bab 81

Romance Completed 12531

dah bangun?..soal haziq dengan senyuman manis

ifa cepat ii bangun dengan muka membahang malu, tu la pasal bila terlampau mengantuk sampai tertidur waktu first day kerja, dah tu dekat bilik office bos sendiri pula tu, agak ii dia tidur macam mana la tadi, dah la dia jenis tidur buas

kenapa tidur sini? tak cukup tidur ke semalam...soal haziq sambil duduk bersebelahan ifa, tangannya terus mengapai bekal makanan yang ifa bawak tadi, tanpa berkata apa ii terus dia menyumbat sandwich tersebut dalam mulutnya

maaf sebab tidur dekat bilik office awak..balas ifa malu, kepalanya ditunduk memandang bawah, malu tahap tak boleh angkat muka dah ni!

haziq memandang ifa dengan senyuman, comel!
melihat wajah ifa malu memang sangat comel dimatanya, lama dia tak melihat wajah malu isterinya ni

nah makan lah satu sandwich ni, kejap lagi awak kena ikut saya jumpa client diluar..haziq memberi sandwich pada ifa

tangannya mengambil sandwich yang diberi haziq, kepala masih ditunduk memandang bawah, perlahan ii sandwich tersebut dimasukkan dalam mulut

ini saya ada hadiah untuk awak..haziq memberi satu beg yang berisi kotak iphone, salah satu sebab dia masuk lambat sikit harini adalah kerana dia pergi membeli iphone untuk isterinya

tercegang ifa dibuatnya, tangannya terus menolak hadiah pemberian haziq

tak nak lah saya! mahal ni, awak nak buat apa bagi saya iphone ni, saya punya fon masih elok..ifa menolak pemberian haziq membuatkan haziq berasa hampa, mula lah hatinya berasa sebak

terkedu ifa tatkala mendengar esakan kecil dari haziq, apa lelaki disebelahnya ni menangis?

ehh awak kenapa menangis?..ifa dah mula gelabah tatkala esakan haziq makin kuat, seriusly dia tak pernah tengok lelaki menangis disebabkan dia

a awak t tak nak t terima hadiah saya, penat saya b bangun p pagi ii pergi b beli fon d dekat awak hisk..hiks..tersedu sedan haziq meluahkan rasa, sebak hatinya kerana ifa tidak menerima hadiahnya, sanggup dia terlewat masuk kerja kerana membeli fon buat isterinya

tercegang ifa, tak salah dengar kah dia? haziq menangis kerana dia tak menerima hadiah pemberiannya, seriusly!!, muka nampak garang tapi hati lembut aduhai!

ye ii saya ambil, terima kasih sebab sudi beli untuk saya..cepat ii ifa mengambil hadiah ditangan haziq

awak j janji k kena guna fon tu..ujar haziq sambil menyeka air matanya, halah mengadanya aku lempang kang apa tak dapat

ye saya janji saya sentiasa guna fon ni..balas ifa

dalam tu saya dah letak number saya, kalau awak nak letak number kawan ii awak pun boleh tapi jangan number lelaki pula!..tetiba haziq bersuara serius membuatkan ifa kecut perut mendengarnya, tadi bukan main menangis, sekarang dah bertukar jadi singa pula

haziq mengerling sedikit jam di tangannya
ok jom kita kena jumpa client..haziq bangun sambil memandang ifa

sekarang ke?..soal ifa yang terkebil ii memandang haziq

eh tak lah awak tunggu subuh esok baru kita pergi..perli haziq, ifa menghadiahkan jelingan tajam pada haziq, terus dia bangun berjalan meninggalkan haziq dibelakang

awak tunggu lah!..panggil haziq, ifa hanya berbuat tak tahu

ifa!!..panggil haziq lantang membuatkan ifa berpusing kearahnya dengan pandangan tajam, hilang terus pandangan tajamnya tatkala melihat setitis air mata haziq menitis

awak menangis lagi ke?..soal ifa yang tercegang melihat haziq

awak la k kenapa t tak tunggu s saya, hiks..haziq menyeka sedikit air matanya sambil bahu terhinjut ii menahan tangis

ya allah situasi apa yang aku kena hadap ni! kenapa dalam banyak ii bos, bos yang suka menangis ni juga aku dapat

dia mengeluh seketika, kakinya mengorak kembali ke arah haziq yang sedang menangis akibat ditinggalkan, mahu saja dilempang bosnya ni bagi berakal sikit, benda kecil macam ni pun nak menangis

ok dah saya ada sebelah awak ni ha, kita jalan sama ii janganlah menangis nanti orang ingat saya belasah awak pula..pujuk ifa lembut dengan penuh kesabaran, kalau ikutkan hatinya mahu saja dibelasah lelaki didepannya ni lepastu kerat 20 kali tanam dalam tanah, aman sikit hidup

haziq menyeka air matanya, lega hatinya tatkala ifa memujuk, entah kenapa sejak isterinya ni muncul balik, air matanya ni asyik nak keluar je, hati pula terlampau lembut kerja nak menangis je

ok jom..haziq memegang tangan ifa

ish tak payah lah pegang ii tangan saya, jalan je lah awak tu bukan budak kecil nak kena pegang tangan..bidas ifa sambil menarik tangannya dari dipegang oleh haziq

terluka lagi hatinya tatkala ifa tak mahu memegang tangannya

ifa herdecit sebal tatkala melihat air mata haziq lagi sekali menitis, kesabarannya ni dah tahap hujung dah ni, silap hari bulan mati bosnya ni dikerjakan olehnya

hish lah! cepat lah..ifa terus memegang tangan haziq, dengan lajunya dia menarik haziq keluar dari bilik office

haziq pula dah tersenyum lebar, tangannya mengenggam erat tangan ifa

--------------------------------------------------

dira memandang danish bagai mahu terkam, memang rasa macam nak terkam sangat ii, tadi danish menyuruhnya mengikut pergi jumpa client, yang tu tak pe la juga, ni masalahnya ni, si bongok tu suruh dia pegang teddy bear warna merah, kalau kecil tak pe juga ini besar gedabak ni nak buat apa, yang malunya muka dia sebab semua melihat dia, mahu mampus agaknya lelaki tu

makin berasap mukanya tatkala melibat ada dua orang budak lelaki tersenyum mengejek padanya, eei nasib budak tidak aku lempang tu hilang semua gigi dia tinggal gusi je

kakinya ni gatal mahu menendang danish yang sedang berbual bersama clientnya, dia pula danish tinggal keseorangan di meja lain, mahu saja dilempang berkali ii wajah lelaki tu sehingga menjadi petak

tak sanggup berlamaan disini, dira terus mengangkat punggung berlalu dari situ, apa nak jadi jadilah, sekarang ni yang dia tahu dia nak blah dari situ

hish apasal aku bawak benda kejadah ni! patutnya tadi aku tinggal je dekat situ!..dira berdecit sebal tatkala di tangannya memegang teddy bear, dah terlajak jalan dah ni takkan nak pusing balik semata ii nak letak teddy bear ni je kut

kau ni kan menyusahkan aku tahu tak! kau dengan tuan sengal kau tu sama ii bodo!..marah dira seorang diri, dia memukul geram teddy bear ditangannya ni

ehh awak! kenapa pergi tak bagitahu saya, penat saya cari awak..sergah danish yang termengah ii datang menghampiri dira

ni kau ambil teddy bear bangang kau ni!!..dira memberi kasar teddy bear tersebut pada danish

aip, saya cakap apa tadi, awak tak boleh gunakan bahasa 'aku kau' bila dengan saya..tegur danish lembut

dira menjeling tajam pada danish
awak sengaja nak kenakan saya kan! apa masalah awak suruh saya pegang benda kejadah ni!..marah dira tak puas hati, naik turun dadanya menahan amarah

lah awak kan suka teddy bear, jadi saya suruh lah awak pegang..bidas danish selamba

bila masa pula saya suka teddy bear ni! awak ni kang kalau kena lempang ni jangan tanya pula kenapa saya lempang, silap ii muka awak ni bertukar jadi teddy bear ni kang...kecik besar je dia memandang wajah selamba danish

awak tak suka ke teddy bear ni? saya tengok orang semua suka je tengok awak pegang benda ni, siap senyum ada ketawa lagi hah ok la tu..bidas danish betul ii membuatkan darah dira naik

memang la diorang ketawa sebab diorang ingat saya ni gila faham tak gila!!..marah dira dengan suara yang sudah naik tinggi, giginya bergesel tanda betul ii geram dengan perangai selamba danish

tapi saya tak anggap awak gila pun..bidas danish lagi membuatkan tangan dira bergetar mahu menampar wajah danish

fuh sikit lagi je ni, sikittt je lagi!!..dira bergumam perlahan sambil menarik nafas

sikit apa?..soal danish

sikit lagi aku rasa kau ni dah nak mampus dah di tangan aku!..dira sudah menjegilkan mata pada danish

danish pula sudah kecut perut mendengar, marah betul isterinya ni

ok ii saya minta maaf, awak jangan la marah saya seram saya tengok awak bila marah..pujuk danish lembut

kalau dah tahu seram jangan lah cari pasal dengan saya!..marah dira lagi

ok tak saya tak gaduh dah dengan awak, relax cool sayang..pujuk danish

marah dira terus reda tatkala mendengar perkataan sayang dari danish

nah pegang kejap teddy bear ni..arah danish membuatkan mata dira kembali terjegil memandang danish

awak jangan luaskan sangat mata tu kang terkeluar pula, saya nak pergi beli air untuk awak sebab saya tengok tadi awak tak minum langsung pun air yang awak oder tadi, kejap ehh saya pergi beli, tunggu sini tau jangan pergi mana ii, awak pergi mana ii siap awak...danish terus berlalu tanpa menunggu balasan dira

dirinya bagai mahu meletus tika ini, sudah 15 minit danish pergi, kelibat dia masih tak nampak

akak!..panggil salah seorang budak perempuan mengejutkan dira yang sedang menahan marah

ye kenapa dik..soal dira

abang tu panggil akak! dia kata dia tunggu lama dah dekat kereta tapi akak tak muncul lagi..balas budak tu

hah? abang mana?..soal dira bingung

abang tu cakap nama dia danish..bidas budak tu lagi

membutang mata dira

abang tu cakap dia dokter akak, dia kan yang merawat akak dekat hospital gila tu, dia kata jangan beritahu sesiapa yang akak gila, akak jangan risau saya sorang je tahu yang akak gila, saya janji tak bagitahu sesiapa, baik abang tu akak, dia kata akak teringin nak makan dekat luar lepastu dia sanggup temankan akak, teddy bear ni pun akak yang nak kan sebab tu dia beli untuk akak, hmm cantik teddy bear akak ni..ujar budak tu dengan senyuman membuatkan roh dira bagai ditiup angin ditinggalkan hanya jasad dan digantikan dengan roh jahat tika ini

matanya berapi memandang danish yang selamba badak meminum air sambil memeluk tubuh memandangnya

langkah dibuka laju menuju ke arah danish

awak kenapa lama sangat saya tunggu lama dekat sini?...soal danish dengan senyuman, tanpa sedar yang datang padanya bukanlah dira tetapi manusia yang sudah bertukar menjadi syaitan...

dengan pandangan berapi dia menghampiri danish dan...

bush....

-------------------------------------

terkebil ii dia memandang lelaki didepannya ni, wajahnya dingin memandang ila, dia terlewat sikit je pun tu pun dah kena marah, setahu dia sewaktu dia memecah masuk rumah lelaki ni, tak ada lah lelaki ni dingin sangat siap peluk dia lagi lepastu sewaktu dia tak sengaja tertumpahkan airnya sewaktu dikedai makan haritu, baik je, ni dah kenapa tetiba dingin

i asked you again why you were late..soal daniel dingin, ditatap wajah isterinya dengan pandangan dingin

jawab!!..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience