bab 87

Romance Completed 12531

lama daniel merenung wajah cantik ila yang masih tak sedarkan diri lagi, lepas saja ila pengsan terus dia mengangkat tubuh ila dan diletakkan atas sofa ruang tamu

tangan tak berhenti bermain dengan rambut panjang milik ila, tak cukup dengan tu tangannya beralih pada bibir ila yang disambar tadi

tersenyum kecil dia mengigatkan kejadian tadi, masih sama rasanya, manis!

laju mulutnya mencium pipi ila berkali ii, rindu tak terkata dia pada isterinya

melihat mata ila bergerak tanda mahu membuka cepat ii dia melarikan wajahnya dari wajah ila

ila membuka mata perlahan ii, orang pertama yang dia lihat adalah daniel, lantas dirinya bangun dan menjauh dari daniel, perkara tadi masih segar dalam ingatannya, walaupun dia layan juga ciuman tu ehek!

"awak ok ke?".. soal daniel sambil punggung dilabuhkan sebelah ila membuatkan ila terkejut

"s saya ok".. balasnya gugup

daniel tersenyum hambar, dia ingatkan ila sudah ingat siapa dirinya, rupanya hmm belum lagi! baru saja hatinya gembira mendengar ila menyebut panggilan 'dear' padanya tadi, tapi semua tu hanya sementara

"emm awak masih sakit kepala lagi? kalau sakit jum la saya hantar awak pergi klinik".. ujar daniel berbaur risau

ila memandang daniel terkebil ii, betulkah yang didepannya ni daniel merangkap bosnya itu, selalunya si daniel ni kalau jumpa dengannya hanya muka beku saja, kalau tak beku dingin, dah kenapa pula tetiba berubah 100 peratus?

sudah lah tadi bibirnya diragut secara paksa oleh daniel, cis!! kalau nak bagitahu la boleh je dia bagi secara rela, ini tak main cium je kasar, nasib best! tidak dah lama dia penampar muka daniel tu!

ila tersengih kambing memandang daniel, bibir bawahnya digigit sedikit

seram pula daniel melihat ila yang tetiba berubah? dah kenapa? nak goda dia ke apa ni? ha jangan kang tak pasal ii esok viral perempuan dirogol oleh suami sendiri!

"awak.........."ila mendekatkan wajahnya pada daniel membuatkan kepala daniel terundur ke belakang sedikit

"kiss saya kan tadi?".. ujar ila dengan senyuman malu, bibir dikemam rapat

"ouh! emm abaikan lah, saya tak sengaja".. kepala digaru walaupun tak gatal

ila mencebik bibir
"ceh!! tak sengaja lah sangat! tadi bukan main dia bedal bibir aku ni, dengan aku ii sekali hanyut, nasib dia tak bawak aku naik bilik tidak esok aku dah diiktirafkan mengandung anak 5!".. bebelnya perlahan

"anak siapa? anak daniel rizki lah ceo yang muka selalu dingin macam minta selipar dira, nasib gila lah siapa yang jadi PA dia ni, memang setiap jam! bukan setiap jam tapi setiap saat or setiap detik menyumpah si daniel ngek ni, dasar muka tembok!!".. omelnya dalam hati

"dah la saya nak balik! duduk dengan awak ni no function, lebih baik saya bergayut dengan si afiq tu".. ujar ila berpura ii mahu menefon seseorang, siapa afiq? hah dia ni lah kerbau hitam yang dia tak tahu wujud ke tak, nama ni saja direka untuk melepaskan diri dari kena melayan si daniel ni

lantas tangannya merampas fon ila lalu disimpan dalam poket seluarnya

"ikut saya!".. arah daniel lalu mengangkat punggung keluar dari rumah

ila melepaskan keluhan berat, kenapalah dia kena bekerja dengan mamat yang tak berhati perut ni?

------------------------

"eeeiii haziq!!!" jerit ifa lantang

"ok dah siap!".. haziq sudah mengukirkan senyuman lebar, hukuman ifa pada hari ini adalah.....hehe dia sudah pun conteng seluruh wajah ifa dengan lipstip, biar ifa rasa macam mana perasaan dia sewaktu dipaksa memakai lipstip dan berjalan disetiap shopping mall ini

wajah ifa sudah membahang malu, lihat saja lah dirinya sudah bagai badut saja, bibir dengan lipstip terang menerang, pipinya juga diconteng menggunakan lipstip, senang cerita semua wajahnya diconteng menggunakan lipstip!!

"syy jangan menangis, sekejap aje, nanti lepas kita jalan ii dekat mall ni saya cuci la balik muka awak tu!".. pujuk haziq lembut, setitis air jernih yang mengalir di pipi ifa diseka lembut

"salah saya kecil je pun! yang a awak m malukan s saya sampai m macam ni k kenapa?".. balas ifa tersekat ii menahan tangis, air mata diseka kasar

kesian pula dia melihat ifa yang sedang menangis akibat diconteng muka olehnya

ifa ditarik ke dalam pelukannya, rambut ifa diusap lembut

"i'm sorry ok, nanti jangan buat saya risau lagi kalau awak tak nak kena denda dengan saya".. pujuknya lembut

ifa mengganguk kepala perlahan lalu mengangkat muka memandang haziq

"boleh cuci tak lagi muka?".. soalnya perlahan

haziq tersenyum memandang ifa, kepala digeleng
"no! selagi saya tak suruh cuci bermaksud awak tak boleh cuci!"..

ifa sudah mula mahu mengalirkan air mata, jahat betul si haziq ni! agak ii la kalau nak malukan dia, dasar cowok goblok!!

****

setiap perjalanan dia hanya menundukkan kepala memandang bawah, tak berani dia mahu mengangkat muka yang seperti badut begini

haziq mengerling sedikit ifa yang menunduk memandang bawah, bibir tersenyum senget

tangan ifa dipegang lalu digenggam erat, senyuman manis dihadiahkan pada ifa saat ifa memandang pelik padanya

ifa menjeling tajam haziq! tersenyum ii lempang kang hilang gigi depan!!

ditarik ifa masuk ke dalam kedai makan yang berada di mall tersebut

"kejap tunggu sini!".. arahnya lalu bergerak dari situ

selang beberapa minit haziq datang membawa beberapa helai tisu basah lalu dia duduk disebelah ifa

wajah ifa ditarik rapat padanya

jantung ifa sudah jadi tak keruan, entah kenapa jantungnya berdegup laju saat wajah haziq rapat dengannya

dia mengelap lembut bibir ifa menggunakan tisu, mata beralih memandang mata ifa yang sedang memandangnya juga, tetiba dia terpaku melihat ifa

masa bagai terhenti, wajah haziq semakin rapat dengan wajah ifa

"woi nak kiss gi balik rumah lah!"... tegur seorang lelaki menyentakkan mereka berdua, terus wajah mereka menjauh

membahang malu muka masing ii

-----------------------

"dasar jantan tak berguna!!".. hemburnya geram

"sayang come here, buat apa dekat situ lagi come!".. laung danish dari jauh

dira mengetap bibir geram, ada danish membawanya pergi taman permainan kanak ii, itu tak apa lagi! ini yang ini ni!, rambutnya sudah diikat tocang dua oleh danish, disuruhnya juga memegang bear sebesar dirinya, lepastu disuruhnya juga bawa beg sekolah gambar SPONGEBOB!!!

dasar jantan gila!!, agak ii lah kalau nak denda pun, lebih baik bagi dia pakai baju sekolah budak tadika terus!

dengan wajah marah dia menghampiri danish yang sedang memegang 2 batang aiskrim malaysia

bengang betul dia melihat wajah tak bersalah danish

"awak......jangan mimpi saya nak bercakap dengan awak lepas ni!!"... marahnya sebal

"alololo beabea saya merajuk ke ni, tak mo la majuk centu".. pipi dira dicubit geram

"hish apa ni cubit ii pipi orang! nak makan kaki ke?".. tepisnya geram

"ok ii, nah aiskrim makan dulu bagi sejuk hati awak tu?"... sebatang aiskrim diberi pada dira

"abang ii comelnya adik abang ni? nama dia apa?"... datanglah seorang budak lelaki yang entah berasal dari mana tetiba bertanya soalan yang agak membengangkan diri dira

dira yang sedang elok memakan aiskrim tetiba tersedak, budak lelaki yang datang menanya soalan yang agak melampau tu ditatap tajam

"adik dia panggil aku? hello agak ii lah, muka aku ni macam budak darjah 1 ke hah??".. omelnya geram dalam hati

dilihat danish sudah duduk mencangkung memandang budak tersebut, kepala budak tu digosok lembut

"nama dia kitty cute, comel kan!".. balas danish selamba

dira sudah tercegang, bibir diketap geram, mahu saja dia menendang danish sehingga melambung sampai langit ke 7

"comel la! saya suka tengok muka adik abang ni putih lepastu comel hihi! tapi kenapa adik abang ni tinggi macam orang dewasa?"..

nak saja dia melempang budak ni, dah terang ii dia dewasa, eeii anak siapa ni?

"ouh itu sebab dia ada sindrom ketinggian!"..

panas hatinya memandang danish yang selamba mengatakan dirinya ada sindrom? oh god! kenapa aku rasa macam nak lumat saja mulut danish tu dengan kasut aku ni!!

"abang ii, boleh tak kalau saya besar nanti saya nak kahwin dengan adik abang ni?"..

untuk ke sekian kalinya dira tersedak, budak zaman sekarang ni dah pandai fikir nak kahwin ehh?

tersentak danish saat ditanya soalan cepumas begitu

"tak boleh la adik, sebab adik abang ni dia ada masalah otak, kalau malam je dia akan mengamuk lepastu cakap sorang ii!".. bohong danish tanpa sedar wajah dira sudah merah menahan geram

"tak apa, mak saya cakap kalau kita betul ii cintakan seseorang itu, kita kena terima baik buruk dia dan jangan biarkan dia terluka seorang diri!".. ujarnya membuatkan danish terkedu, pandai pula budak ni menjawab?

sebak dira mendengar ulasan yang agak munasabah dari budak tu

"awak sini kejap".. budak tu memanggil dira supaya mendekatinya

dira mendekati budak tu lalu duduk mencangkung dihadapan budak lelaki tersebut

"saya tak kisah kalau awak gila sekalipun sebab saya dah jatuh hati sejak saya nampak awak tadi, perdulikan apa orang bercakap tentang kita, mereka tak duduk tempat kita dan mereka tak rasa apa yang kita rasa, saya janji besar nanti saya akan cari awak dan masuk meminang awak!"...pipi dira dipegang

dia respect gila dengan budak ini, kecik ii pandai buat takzirah dekat dia, ini kalau besar memang confirm jadi lawyer

danish menepis tangan budak tu
"hah sudah ii, amboii!! biasaaa diaaa ni!!!! tak padan dengan kecik dah pandai nak melamar orang, siapa ajar ni? abc pun tak habis lagi belajar ada hati nak masuk meminang orang! pergi balik!".. halau danish tegas

budak tu menjelirkan lidah pada danish dengan pantasnya dia berlari dari situ

"tak padan dengan kecik ada hati nak mengorat isteri orang pula, dasar lu budak kecik!.."omelnya dalam hati

dira disebelah dipandang tajam, suka la tu orang puji dia?

"hah apa pandang ii, ini semua pasal awak tahu? padan lah dengan muka awak, selamba badak awak je mengutuk saya depan budak tu!".. marah dira sebal

danish memandang geram pada dira, lantas tangannya menarik rambut dira yang diikat tocang dua itu lalu digosok rambut dira sehingga menjadi serabai, kalau ditengokkan balik dah rupa hantu kak limah dah

pantas kakinya berlari dari situ meninggalkan dira yang terkedu

dilihat budak ii disitu mentertawakan dirinya, api kemarahan sudah memuncak naik, dipandang danish di sebelah

lagi naik kemarahannya tatkala susuk tubuh danish sudah pun hilang

DANISHH!!!!

..

..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience