bab 77

Romance Completed 12531

cepat ii...arah nia gelabah

nak pergi mana pagi ii ni cik adik semua!..sergah satu suara garau membantutkan pergerakan mereka, mereka menoleh ke arah suara tersebut membutang biji mata mereka

gulp!!..nia menelan air liur yang terasa kesat

masuk balik cepat..nia menolak kawannya semula untuk masuk ke dalam rumah kembali

jangan berani nak lari kalau tak kami report polis tentang kes kecurian di rumah kami semalam..ujar rayyan tegas dengan senyuman lebar

tak sia ii dia mengupah orang semalam untuk cari alamat rumah 6 gadis ni, dia dan kawan dia dah berpakat untuk dapatkan isteri mereka balik

"flashback"

apa!! maksud kau betul la yang datang rompak rumah kita ni isteri kita!..ujar danish separuh menjerit

yup! aku yakin tu isteri kita!...balas rayyan tenang

patut lah aku rasa macam nyata benda tu, aku ingat aku mimpi tadi yang sara datang dekat aku!..bidas danish

betul lah yang aku peluk tadi aira kan! rindunya dekat dia walaupun aku dapat peluk sekejap je tadi..rintih daniel sambil melentokkan kepala di bahu haikal

aku dah agak dah tu memang aina! hati aku kuat mengatakan tadi tu memang isteri aku..ujar haikal

tapi kenapa tadi mia macam tak kenal aku! a aku n nak p peluk d dia!..rintih haziq dengan tangisan

ash yang duduk disebelah haziq terus menarik haziq ke dakapannya, dia menggosok lembut bahu haziq untuk menenangkan kawannya

aku rasa ada something yang tak kena dengan diorang! sebab cara diorang pandang kita macam diorang tak kenal kita..ujar ash

aku rasa diorang maybe hilang ingatan kut, i just feel lah tapi tak tahu lah benda tu betul atau tak!..bidas rayyan tenang

so apa kita nak buat sekarang! perlu ke kita bagitahu diorang sapa sebenarnya kini ni pada diorang!..soal haikal

aku tak rasa diorang boleh terima kalau kita bagitahu! aku takut diorang kata kita ni menipu pula! macam ni lah....

apa kata kalau kita ambil diorang kerja dengan kita, tak kan kita nak biar isteri kita merompak sampai bila ii kan!..cadang rayyan

kau rasa diorang tu nak ke ikut cakap kita! ye la kita ni bukannya diorang kenal pun, lepastu kita nak ajak diorang kerja dengan kita, aku rasa diorang memang tak nak..bidas danish

sebab tu kita kena ugut diorang! paksa diorang ikut cakap kita!..ujar rayyan dengan senyuman lebar

ugut? kau nak ugut apa dengan diorang tu!..soal daniel bingung

come on lah ini rayyan imran kut! setakat benda kecik ni aku petik jari je terus settle kut!..ujar rayyan bangga

so what's your plan?..soal ash

kejap lagi aku cerita apa plan aku! tapi sekarang ni korang ada kenal sapa ii tak yang pandai cari alamat rumah orang?..soal rayyan

aku ada la sorang kenapa! kau nak buat apa?...soal ash

suruh dia cari alamat rumah isteri kita! pasal bayaran jangan risau aku settelkan..arah rayyan

kau nak buat apa dengan alamat diorang tu..soal danish bingung

korang nak tak isteri korang balik?..soal rayyan

mesti la nak!..ujar haziq yang sudah tenang

aku nak dapatkan isteri kita balik la ni! aku akan buatkan diorang dekat dengan kita dan aku akan buatkan memori diorang ingat balik! kita kena dapatkan diorang macam mana kita dapatkan diorang waktu dulu..jelas rayyan mendapat senyuman lebar dari yang lain

saya akan pastikan awak jatuh ke tangan saya semula kyra nasuha..bisik hati kecil rayyan

saya akan buat awak kenal siapa saya didalam hati awak dan saya akan pastikan tiada siapa boleh ambil awak kecuali saya zulaika!..gumam ash dalam hati

sara Irdina! you will be mine again one day..bisik danish dalam hati

aira! i will make sure you remember who i am and i swear i won't let you got this time..bisik hati daniel

bie akan buat sayang jatuh cinta semula dengan bie!..ujar haziq dalam hati

saya akan miliki awak semula aina! saya akan buatkan awak tak mampu berjauhan dengan saya walau sesaat pun..bisik haikal dalam hati

"End Flashback"

nia berdecit sebal
haih kenapalah aku tak bunuh mamat tu semalam!..bentak nia dalam hati, badannya berpusing semula menghadap 6 jejaka yang tersenyum manis ke arah mereka, kakinya mengorak langkah menuju ke arah jejaka tersebut diikuti dengan yang lain

nia berpeluk tubuh memandang rayyan dengan pandangan kosong

kau nak apa?..soal nia

nothing! cuma kami nak beri tawaran untuk korang semua..bidas rayyan tenang

tawaran apa?..soal dira pula

simple je! kalau korang setuju kami akan batalkan niat kami untuk buat report pasal korang..balas danish sambil menatap wajah dira

terus terang je boleh apa yang korang nak, tak payah nak berkias bagai bukannya kami ni faham pun!..bidas fiqah dingin

kami nak tawarkan korang kerja dengan kami!..balas ash membuatkan 6 orang gadis tu berkerut dahi memandang ash

kerja? kerja apa?..soal ila

kami akan jadikan korang personal assistant kami..jawab daniel tenang

membutang mata 6 gadis tersebut
nia ketawa kecil mendengar kata daniel

kau buat lawak apa ni! kau tahu tak yang kami ni yang rompak rumah kau semalam! muka kami ni lah cuba tengok betul ii, girls! they make jokes with us lah!..ujar nia lalu ketawa diikuti dengan yang lain

korang nak kami report pasal kes kecurian korang semalam!..ujar rayyan menghentikan tawa 6 gadis tu serta merta

nia menapak perlahan ii ke arah rayyan, dia berdiri dekat dengan rayyan sehingga tinggal beberapa inci saja

dia memandang rayyan dengan pandangan tajam
do you want to die? kau nak apa sebenarnya ni? jangan cari pasal dengan aku kau belum tahu siapa aku?..bisik nia serius

saya kenal awak dan saya tahu siapa awak! cuma awak yang tak kenal saya!..bisik rayyan semula

kalau korang nak kami batalkan report pasal korang! boleh, kami boleh batalkan tapi dengan satu syarat...ujar rayyan dengan nada suara sedikit tinggi

syarat apa?..soal ifa

syarat dia korang kena ikut cakap kami..bidas haziq

korang jangan risau pasal rumah korang! kami dah sediakan sebuah rumah untuk korang dekat sana supaya korang senang sikit nak gi kerja nanti sebab dekat!..terang haikal sambil memandang nadia yang hanya menunduk kepala memandang bawah

aku peliklah dengan korang ni! selalunya kalau ada orang rompak rumah sesiapa lah kan! mesti diorang akan report polis tak pun suruh ganti balik harga yang dicuri tapi korang ni lain? suruh jadi personal assistant pula! apa agenda korang sebenarnya ni?..soal nia tenang

kami cuma nak bantu korang je! ikut pada korang lah kalau nak setuju ke tidak! peluang dah ada depan mata ni takkan nak lepaskan macam tu je! ingat peluang hanya datang sekali je, kalau datang yang kedua kali dia jadi lain dah, dia takkan sama dengan peluang yang pertama, orang kata rezeki jangan ditolak!..bidas rayyan selamba

kami takkan terperangkap dengan rancangan gila kau ni!..ujar nia tegas

gila ke? saya cuma tolong awak! awak boleh dapat apa yang awak nak! awak nak risau apa rumah saya tolong sediakan untuk awak, kerja pun saya tolong bagi untuk awak so apa lagi yang tak cukup? ke awak sanggup duduk dalam penjara tu?..soal rayyan membuatkan nia mengetap gigi geram

nadia menarik tangan nia menjauhi rayyan
nia! kau dengar sini cakap aku! kita terima ok tawaran diorang tu lagipun aku tak nak buat kerja merompak lagi! aku tak nak family kita makan hasil duit haram kita! abah tak tahu yang kita bagi dia duit selama ni hasil rompakan kita! tolonglah nia kita kan memang dah lama nak ada kerja halal cuma kita tak dapat je, ini dah ada takkan nak lepaskan pula! nia sampai bila kita nak hidup macam ni! hidup kita tak kan aman kalau kita makan hasil duit haram! kita nak risau apa nia diorang dah sediakan semua untuk kita, rumah, kerja semua diorang dah sediakan, kita just kerja untuk cari duit halal je, please nia kita kena berubah!..pujuk nadia lembut membuatkan hati nia sedikit tenang mendengar pujukan nia

hmm tapi kalau diorang tipu kita macam mana?..soal nia

insyaallah diorang tak tipu! aku tengok ok je diorang tu! boleh ehh nia aku sayang kau ni!..pujuk nadia mendapat senyuman dari nia

yelah ii..nia kembali menapak ke arah rayyan

macam mana aku nak percaya kau? macam mana aku nak tahu kau ni penipu atau tak?. soal nia

kalau saya penipu dah lama saya bawak polis datang rumah awak ni! kalau saya penipu awak boleh bunuh saya jika awak nak..balas rayyan

hmm kau boleh beri masa dekat aku dulu? aku perlukan masa untuk fikir semua benda ni..pinta nia

boleh! berapa banyak masa awak perlukan saya tak kesah janji awak setuju je, ini kad saya kalau awak dah setuju awak just call je saya ok..rayyan memberi kadnya kepada nia

hmm thanks..balas nia malas sambil menyambut kad ditangan rayyan

dah balik lah, buat apa tunggu lagi aku nak keluar ni..halau nia pada 6 jejaka yang masih tercegat disitu

awak nak pergi mana?..soal rayyan

perlu ke aku bagitahu kau?..soal nia

tak nak bagitahu pun tak pe saya cuma tanya je..balas rayyan

aku nak balik kampung aku! dah gi blah..arah nia terus dia menapak ke arah kereta kepunyaannya iaitu Myvi gt yang berwarna putih, kereta ni dia membeli pada 2 bulan lepas hasil duit rompakannya

awak awak!!..panggil haziq perlahan pada ifa

ifa memandang haziq membutang matanya melihat haziq mengenyitkan mata padanya, dengan pantasnya dia berlari masuk ke dalam kereta

eeii gila agaknya mamat tu!..gumam ifa dalam hati

ehh minah gatal! hati ii dekat jalan tau ingat saya eh..laung danish

dira memandang sebal pada danish
memang makan kaki mamat tu jap lagi..ujar dira perlahan

bye minah air!..daniel melambai tangan pada ila, ila memandang jengkel pada daniel

fiqah hanya memandang kosong pada 6 jejaka tersebut tetiba dia rasa bagai dirinya diperhatikan, matanya lantas mencari siapa yang sedang memerhatinya tika ini, tetiba matanya terhenti pada seseorang yang sedang merenungnya, bagai ada aura yang menarik matanya supaya membalas tatapan tersebut, entah mengapa matanya bagai tak boleh bergerak ke arah lain selain memandang ke arah seseorang tu

lama ash merenung fiqah lalu dia mengukirkan senyuman manis buat fiqah dan mengenyitkan mata pada fiqah membuatkan fiqah terkedu, cepat ii dia mengalihkan pandangan ke arah lain

awak!..panggil haikal

nadia memandang haikal tatkala namanya dipanggil terkedu dia saat melihat haikal membuat flying kiss buatnya, mahu dibalas tapi malu lah pula jadi hanya mampu buat tak tahu je lah

dah masuk cepat..arah nia mendapat angukan dari yang lain, terus mereka menapak masuk ke dalam kereta

bye awak! setuju tau cadangan saya tu!!..laung rayyan sambil melambaikan tangan pada nia

kereta nia mula bergerak meninggalkan perkarangan rumahnya

jom follow diorang!..arah rayyan tegas lalu bergerak ke arah kereta diikuti dengan yang lain

-----------------------------------------------------

hah leha! apa yang kamu termenung kan tu?..soal pak Ismad

entah la bang, rindu pula saya dekat budak ii tu..balas mak leha

dari kamu fikir pasal budak ii tu baik kamu pergi masak! aku ni lapar kejap lagi budak ii silat nak datang berlatih, aku ni tak makan lagi ni..ujar pak Ismad sambil membaca surat khabar

abang tu dah tua, yang nak diajar budak silat lagi buat apa, badan abang tu bukannya kuat sangat..balas mak leha, pening dia dengan suaminya ni, dah tak larat tapi digagahkan juga nak mengajar silat

aku bukan apa leha, saja aku nak menambahkan lagi pendapatan kita ni, duit hasil kebun tu bukannya banyak sangat pun, aku mengajar budak silat tu ada lah juga duit tambah..ujar pak Ismad sambil menghirup air kopi yang disediakan oleh isterinya

susah cakap dengan orang tua ni, makin dicakap makin menjawab, dari saya melayan abang ni baik saya ke dapur buat kuih karipap sikit, anak teruna abang dua ekor tu mengidam pula nak makan karipap..balas mak leha

Assalamualaikum...ucap seseorang dari luar

siapa pula yang datang petang ii ni! suara tu macam saya kenal..mak leha bingkas bangun lalu menapak keluar

ehh anak ii mak dah balik!..mak leha terus menerpa ke arah 6 orang gadis yang tersenyum manis tu

ha ahh mak! saja balik awal, office bagi cuti mak!..ujar nia dengan senyuman kekok, tipu sunat huhu

kenapa tak bagitahu kamu semua nak balik! boleh lah mak masakan makanan kegemaran kamu..ujar mak leha

alah saja nak buat suprise dekat mak..balas fiqah sambil menyalam tangan mak leha diikuti dengan yang lain

abah mana mak?..soal nadia

ada tu ha dekat atas..balas mak leha

mana dua ketul beruk tu mak, tak nampak batang hidung pun, selalunya kalau kami balik diorang tu paling awal menyambut kami..soal ila sambil mencari kelibat 2 adik kembarnya itu

macam lah kamu tak kenal adik kamu tu, petang ii macam ni melepak rumah kawan dia lah tu..balas mak leha

woi kak!!! kau dah balik kak!!..jerit iman dan aman serentak

hah datang dah dua ketul tu..ujar ifa

ouh korang balik tak bagitahu kami pun kan! nasib kami nampak kereta korang tadi dekat depan sana tidak kami pun tak tahu korang dah balik..ujar iman berbaur merajuk

entah! sampai hati! dah lah lepas pergi tu call tak chat pun tak Hish!..marah aman

eleh! dah umur 18 tapi perangai macam budak ii...balas nia

alang ii kau dah balik kan kak! jom belanja kami makan cendol durian dekat kedai pak sani tu, boleh lah kak enn...pinta iman dengan muka comel

kau ni asal kami balik je minta belanja cendol! gi la beli sendiri kau ingat duit aku ni untuk belanja kau je?..soal dira

sampai hati kau kak! lepas ni jangan mimpi aku nak teman kau makan mee kari dekat depan sana tu!..balas aman berbaur merajuk

hah iman, aman apa lagi yang kamu suruh kakak kamu tu buat..sergah pak Ismad yang baru datang ke arah mereka

Assalamualaikum abah!..ucap nadia sambil menyalam tangan pak ismad diikuti dengan yang lain

ajak makan cendol durian depan tu je bah..balas aman

hah yang kamu semua ni kata haritu balik lewat sikit, ni kenapa tetiba balik awal pula..soal pak Ismad

cuti bah! office bagi cuti..balas nia

hmm bagus lah tu! ni abah nak masuk mandi, kejap lagi budak silat nak datang berlatih pula..ujar pak Ismad

abah ajar silat lagi ke bah? kan nad dah kata jangan ajar lagi, abah tu kena rehat, kalau pasal duit tu abah jangan risau kami selalu bagi kan dekat abah..ujar nadia

alah abah bosan tak buat apa, lagipun abah dari dulu mengajar silat, bila nak berhenti ni rasa sayang pula, saja lah abah nak tambah ii duit sikit, tak kan lah abah nak mengharap duit kamu semua je..balas pak Ismad

itulah jawapan orang tua tu! jangan kamu nak berpesan lagi nad, dia bukan mahu dengar pun ikut kepala dia aje, mulut mak ni dah berbuih pesan dekat dia suruh berhenti tapi dibuatnya juga..ujar mak leha

alah kamu leha! melebih pula kamu, udah lah aku nak masuk dari melayan kamu yang tak berapa betul ni!..pak Ismad terus masuk ke dalam rumah

kak jom la makan cendol..ajak iman sambil mengoncang tangan nia

pergi je lah bawak adik kamu ni, dah alang ii kamu nak pergi kedai kan, kejap lagi tolong beli kan mak ketam, mak nak buat masak lemak ketam cili api..ujar mak leha

wah my favorite tu..ujar ila riang

ok lah mak kami pergi dulu, dah jom kau kang kalau tak makan cendol durian kau tu siap kau! aku sekeh kepala kau nanti..ujar nia pada dua adik kembarnya tu

yeah, jom im masuk kereta..aman terus menarik tangan iman masuk ke dalam kereta

pergi elok ii, jangan balik lambat pula..pesan mak leha

baik mak!..jawab mereka serentak, lalu masuk ke dalam kereta dan berlalu dari situ

-----------------------------------------------------

ni ke kampung diorang! jauh juga eh, pergi pagi tapi sampai petang!..ujar ash

so nak turun sekarang ke?..soal danish

yela turun sekarang! diorang dah keluar tu, maybe gi kedai kut! jom lah kang diorang balik pula..ujar rayyan lalu menapak keluar bersama yang lain

mak leha mengorak langkah untuk masuk ke dalam rumah, tetiba langkahnya terhenti tatkala mendengar suara seseorang memberi salam

Assalamualaikum..

mak leha menoleh memandang siapakah gerangan yang memberi salam padanya

mek leha mengerutkan dahi tatkala melihat 6 orang jejaka yang segak lagikan tampan yang sedang tersenyum manis ke arahnya

waalaikumussalam, anak ni siapa?...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience