bab 73

Romance Completed 12531

(setahun berlalu)

hah ray lambat kau harini turun!..sergah haikal

tula, lambat dah ni! ash mana ni lambat dah kang aku tinggal marah pula!..bebel rayyan sambil menapak ke arah peti sejuk dan mengeluarkan sekotak susu strawberry, sejak isterinya tak de dia lah yang selalu minum air susu untuk menghilangkan rindunya pada isterinya

ray ii! sorry lambat!..ash tergesa ii turun

haikal!!...bergema rumah tersebut dengan suara lantang danish, haikal yang sedang meminum air terus tersedak, cepat ii dia bangun menyorok belakang rayyan

mana budak tak tahu malu tu hah!!..danish turun dengan wajah marah

ehh kau sini mangkuk!..danish menarik tangan haikal tetapi haikal mengelak dan berlari ke belakang ash pula

ehh asal ni pagi ii korang dah gaduh ni!..marah rayyan

kau tanya kawan kau ni!! kau buat apa dengan baju aku kal!..bergema ruang dapur tersebut dengan suara kuat danish

Rayyan memandang haikal meminta penjelasan
aku pinjam je baju dia tu! l lepastu a aku terletak dekat kerusi luar tu and...

and apa!..soal ash

koko kencing atas tu!..balas haikal takut ii

patutlah baju aku bau hancing! eeii mamat ni kau tahu tak mahal baju tu! kalau kau nak beli sendiri lah!..marah danish geram

bukan salah aku! salah koko eh dia yang kencing!..ujar haikal membela diri

salah koko buat apa!! kau yang letak merata!..marah danish lagi

tapi koko yang kencing! mana lah aku tahu! salah dia lah..balas haikal lagi

mana koko ni! dia ni pun biasa ni! makin besar makin menjadi perangai dia! aku ingat kalau betina tak kencing merata rupanya sama je kencing merata! jantan mana yang ajar dia kencing atas baju orang ni!..danish mula mencari kelibat koko iaitu kucing kesayangan daniel

koko!!..lantang suara danish memanggil

meow ~~mendengar suara kucing tersebut danish pantas menuju ke ruang tamu

makin menjadi kemarahannya tatkala melihat koko sedang relax landing atas sofa

kau koko! dah buat salah lepastu selamba kau je duduk atas sofa tu eh! jantan mana ajar kau kencing merata ni ehh! kau jangan macam ii koko, aku dapat tahu kau bunting, anak kau nanti aku rebus buat sup..marah danish

ehh kalau dia bunting pun apa salahnya, sekurangnya riuh sikit rumah ni dengan anak dia nanti..celah ash

arh tak de! dia dah buat salah lepastu buat muka tak bersalah eeii kucing gemuk ni tak padan dengan gemuk!!..marah danish

heh ii yang kau marah kucing aku ni kenapa..sergah daniel yang baru turun, terus dia menuju ke sofa dan mengambil kucing kesayangannya yang baru dia bela sebulan lepas

kucing kau ni la! kau ajar la sikit beradab, dia kencing dekat baju aku kau tahu tak! kalau kencing dia wangi aku pun tak kesah masalahnya kencing dia pun lebih kurang sama dengan bau kencing kau!..marah danish mendapat cerlungan tajam dari daniel

kenapa kau pernah bau ke kencing aku?..soal daniel

kalau dah kucing bau macam tu tuan dia mesti lagi teruk bau..bidas danish selamba

kau ni kang aku bagi bau kencing aku baru kau tahu!..balas daniel sebal

ehh korang, asal memekak pagi ii nih, orang nak gi kerja hati kena tenang ini tak bergaduh pula!..celah haziq yang baru turun

kau tengok la kawan kau sorang ni! mulut dia macam minta penampar!..bidas daniel

dah kucing kau tu buat hal! kau ingat ehh kalau kucing kau ni buat hal lagi dengan aku! bukan dia yang kena tapi kau sebab kau tak reti nak ajar kucing kau kencing setempat! dah ada tempat buang najis dia kan! ajar la dia kencing situ!..bebel danish sebal

dah la nish, cuba bertenang sikit pagi ii lagi dah bergaduh..pujuk haziq menepuk sedikit bahu kawannya

kau pula kal!! lagi sekali kau pinjam barang aku lepastu letak merata, kau tunggu apa nasib kau lepas ni!..marah danish pada haikal

heih sudah ii, kalau korang bergaduh macam ni sampai kesudah tak selesai, sekarang ni baik korang gi kerja cepat kang lambat..celah ash

hah jangan lupa! malam ni balik awal sikit, kita dah decide kan malam ni nak makan charkuetiaw dekat kedai yang baru buka tu kan..celah rayyan

hari ni eh?..soal haikal

yela harini! dah gi cepat kerja korang tu! ash jom kang lambat pula..arah rayyan mendapat angukan dari ash, mereka berdua terus menapak keluar dari rumah

kau jaga kucing kau ni eh! koko kau tunggu!..sempat lagi Danish memberi amaran pada daniel, terus dia berlalu dari situ

Ziq! pegang jap koko ni..arah daniel

hah! eeii tak nak aku, geli lah, ehh aku kena pergi dulu ni sebab danish dah keluar ok babai el..haziq terus keluar tanpa menunggu balasan daniel

eleh macam lah aku tak tahu! saja la tu tak nak pegang koko, penakut!..kutuk daniel

kal! kau pergi panaskan enjin kereta dulu! aku nak letak makanan kucing untuk koko kejap..arah daniel

hmm jangan lama sangat pula..haikal terus berlalu keluar untuk panaskan enjin kereta

koko cayang, daddy kena gi kerja dulu, koko duduk elok ii tahu dekat rumah! makanan daddy dah sediakan! kalau nak buang air besar ke apa ke buang dekat tempat yang daddy dah sediakan faham! jangan buang merata..pesan daniel sambil meletakkan makanan kucing dalam bekas yang disediakan khas buat kucing kesayangannya

meow ~~

good! dah gi makan! daddy gi dulu tau..sempat daniel mencium koko sebelum dia meletakkan koko ke bawah, lalu dia beredar dari situ

-------------------------------------------------------

hmm ramai kedai ni! mesti sedap ni, tak sabarnya nak makan perut aku dah lapar sangat dah ni!..ujar haziq

sabar la, kau ni macam lah tak pernah makan!..bidas danish

mereka mengambil tempat di salah satu meja yang terletak dibawah pohon yang agak besar

kal and ziq! korang dua gi oder! aku rasa kena oder sendiri kut dekat depan sana tu! gi la cepat..arah rayyan

ziq jom..ajak haikal lalu dia bangun bersama haziq untuk membuat pesanan

bang! charkuetiaw 6 pastu dengan air neslo ais 6 juga..ujar haikal membuat pesanan pada abang kedai tersebut

ok dik, meja mana dik?..soal abang tersebut

tu meja belakang tu bang! yang ada pokok besar pastu angin bertiup lembut tu! ha dekat situ lah kami bang..seloroh haziq membuatkan abang tu tergelak kecil

ok dik, japgi makanan sampai!..balas abang tersebut

haikal memusingkan badan kebelakang lalu membuka langkah menapak kembali ke arah meja makan tersebut sedang elok dia berjalan tetiba dia terlanggar seseorang

argh..seorang perempuan merintih sakit tatkala terlanggar seseorang membuatkan dia terjatuh

maaf cik saya tak sengaja..haikal dengan gelabah membantu perempuan tersebut untuk bangun

sorry cik..ucap haikal lalu memandang wajah perempuan tersebut, terpaku dia melihat mata perempuan tersebut, ingin saja dia melihat wajah perempuan tu tapi sayang perempuan tu memakai pelitup muka jadi sukar untuk dia melihat

Nad! kau ok..ujar salah seorang perempuan yang mengenakan hoddie warna kelabu datang menghampiri mereka

Haziq bagai terpana mendengar suara tersebut, suara yang dia sudah lama tak dengar, suara yang dia amat rindu suara yang selalu menghiasi hidupnya tika dulu

Haziq cuba melihat wajah tersebut, tapi wajah tersebut dilindungi oleh pelitup muka

aku ok..balas nadia

tersentak haikal mendengar suara ayu gadis tersebut, suara yang dia nantikan sehingga saat ini, suara yang sudah lama menghilang dari dia

emm, maaf sebab terlanggar! terima kasih juga sebab tolong saya bangun tadi, saya minta diri dulu!..ujar nadia dengan penuh sopan

haikal bagai terkaku mendengar suara tersebut, dia memandang terkebil ii gadis tadi yang sudah berlalu dari situ

haikal menundukkan badannya sedikit tatkala melihat barang gadis tu tercicir sewaktu dia terlanggar gadis tu tadi

keychain berbentuk nama "NADIA" dia membelek keychain tersebut, dia meliarkan mata mencari susuk tubuh gadis tadi untuk memulangkan balik barang gadis tu tapi kelibat gadis tu sudah tak kelihatan

ziq kau nampak perempuan tu gi mana tadi?..soal haikal

oii Ziq!..panggil haikal dengan nada sedikit tinggi tatkala melihat haziq hanya termenung

hah ye ii kenapa..sahut haziq setelah sedar dari lamunannya

kau ni kenapa ni? aku tanya kau nampak tak perempuan yang aku terlanggar tadi! ni barang dia tercicir jadi aku nak bagi balik lah dekat dia..terang haikal

emm tak nampak lah! tak pe lah nanti kalau jumpa kita bagi lah, jom..haziq membuka langkah meninggalkan haikal yang masih tak bergerak

pahal mamat tu?..soal haikal bingung lalu dia pun membuka langkah berlalu dari situ

asal lambat sangat korang oder?..soal daniel

hah ramai orang...balas haikal singkat, kepalanya masih memikirkan siapa gerangan gadis tadi, suara dia sebijik macam suara isterinya tapi tak mungkin! isterinya kasar orangnya lepastu tak de adab pula tu, tengoklah dulu ada je benda nak menjawab dengan dia! tapi gadis tadi tu lembut, sopan pula tu

Haziq hanya diam tak terkutik, dirinya masih dalam fasa terkejut lagi tatkala mendengar suara yang amat dirindui, takkan lah itu mia...

seorang pekerja kedai tu menghantar minuman kepada mereka, setelah menghantar minuman, pekerja kedai tu berlalu dari situ

sedang elok mereka bersembang santai tetiba kedai tersebut kecoh dengan pergaduhan, mata mereka secara automatik terpandang pergaduhan tersebut

bayar lah! dah makan tu kena lah bayar! kau ingat ni kedai bapak kau sesuka hati kau je makan tak bayar!..jerkah seorang budak lelaki

seorang lelaki yang berbadan tegap tu mula menolak kasar tubuh budak lelaki tersebut

kau tahu kau tengah bercakap dengan siapa sekarang ni! suka hati kami la nak bayar ke tidak! ini kawasan kami..balas lelaki tegap tu

kawasan tak kawasan sekarang ni dah makan tetap kena bayar!..ujar budak tersebut

lelaki tegap tu mula menampar wajah budak tersebut membuatkan rayyan dan yang lain berasa marah

baru saja rayyan mahu mengangkat punggung untuk membantu budak tersebut tetiba dia terduduk kembali

Bush!!..satu tendangan hebat diberikan pada lelaki tegap tu

lelaki tu mendengus kasar, dia menoleh melihat siapakah gerangan yang berani menendang curi dibelakangnya

kau ke perempuan tendang aku?..soal lelaki tu sinis tatkala melihat gerangan yang menendang dia adalah perempuan yang memakai hoddie warna biru gelap

kalau ye pun kenapa!..balas nia

Rayyan tak berapa jelas mendengar suara gadis tu kerana kedudukan mereka jauh sedikit jadi sukar untuk dia mendengar, tapi dia merasa macam pernah dengar suara tu walaupun tak berapa jelas

lelaki tegap tu mula menarik rambut nia tetapi nia lebih cekap menangkap tangan lelaki tu dan memulas kuat lalu menendang alat sulit lelaki tu

lelaki tu jatuh terkulai lemah apabila alat sulitnya ditendang kuat

korang! kalau dah makan tu bayar la! kau ingat ni kedai kau ke hah! orang suruh bayar tu bayar je la jangan banyak cakap! korang ingat korang gangster kami nak kena takutlah dengan korang lepastu datang sini makan tak reti bayar and marah ii kami, minta duit apa lah semua tu! jangan ingat ini kawasan kau, kau boleh buat ikut suka hati kau je!..ujar nia sinis

sial kau!! belasah dia!!..arah lelaki tersebut

nia berlari ke arah meja 6 jejaka tu lalu memetik jari memanggil kawannya, terkejut rayyan dan yang lain tatkala melihat ada 5 orang gadis keluar dari belakang pokok yang berdekatan dengan meja mereka

masing ii mengambil tempat untuk menyerang
masing ii menyerang dengan begitu cekap dan lancar sekali membuatkan semua orang terpegun dengan kelincahan mereka

lelaki tegap tu mula menyerang gadis yang mengenakan hoddie warna merah tetapi gadis tu lebih cepat mengelak membuatkan lelaki tegap tu sedikit lagi mahu terjatuh ke arah meja 6 jejaka tu

kau tengok apa!!..jerkah lelaki tu pada danish, terangkat bahu danish mendengar jerkahan lelaki tu, dia yang tak tahu apa pun kena, haih apa lah nasib

dira menendang lelaki tu membuatkan lelaki tu berasa sebal memandang dira

kau pahal tendang aku!..jerkah lelaki tu

yang kau jerkah dia kenapa? yang gaduh sekarang dengan kau adalah aku, jangan babitkan orang lain..ujar dira membuatkan danish tersentak

Danish memandang tepat anak mata dira kebetulan dira pun terpandang dia, danish terkaku melihat anak mata dira

lelaki tu tetiba menyerang dira, dengan pantas dira menendang kaki lelaki tu

seorang gadis yang memakai hoddie warna dark green datang menghampiri mereka

dia mengambil air neslo ais kepunyaan daniel
ini air siapa?..soal ila membuatkan daniel terkedu

air siapa?..soal ila lagi apabila tiada sahutan

s saya..balas daniel tergagap

pinjam kejap! nak guna sikit je tak banyak pun, boleh?..soal ila

b boleh..balas daniel, gadis tu tersenyum lebar walaupun daniel tak nampak akan senyuman tu kerana gadis tu memakai pelitup muka

thanks..balas ila lalu dia mengambil air kepunyaan daniel

tak sempat ila mahu menyimbah air kepada seorang lelaki yang dia berlawan dari tadi, lelaki tu lebih cepat menendang air tersebut sehingga jatuh

hey!!..marah ila

kau tahu tak air tu air siapa! air dia tu tahu! aku janji nak pakai sikit je yang kau gi tendang pahal! siapa nak bayar ganti air tu!..bentak ila

dah kau nak simbah air tu dekat aku!..balas lelaki tu

yela tapi tak payah la tendang! air orang tu bukan air kau! kau gi ganti sekarang air tu dekat dia!..arah ila

asal aku pula! kau yang pinjam air dia kan! kau la gi bayar!..bidas lelaki tu

eeii bodoh la kau ni!..ila terus menendang alat sulit lelaki tu dengan kuat, lelaki tu terjatuh duduk sambil mengerang sakit

tula! biadap lagi! orang suruh tu buat je la banyak cakap pula..ujar ila sinis

hah! nak lari mana!..sergah fiqah

tahu pun takut lain kali buat kecoh lagi dekat kedai orang!..ujar nia tatkala semua lelaki gangster tadi dah lari ketakutan

terima kasih kak!..ucap pekerja kedai tersebut

tak pe! lain kali kalau diorang buat macam tu lagi belasah je! diorang tu kalau tak diajar selagi tu lah duk pijak kepala orang..bidas ila

kami balik dulu lah! jom..ajak nia

emm nia!..panggil ila

nia menoleh memandang ila dengan kerutan di dahi

kenapa?..soal nia

6 orang jejaka tu memandang 6 gadis yang sibuk berbincang sesuatu tetiba 4 gadis tu datang ke meja mereka

emm awak saya nak minta maaf tentang air awak tadi! ini duit ganti untuk awak..ujar ila lembut sambil memberi duit yang bernilai 5 ringgit pada daniel

eh t tak p pe la, air je pun tak pe saya boleh beli lain..balas daniel gugup tetiba je jantungnya berdetak laju saat mendengar suara gadis tu

sure ni?..soal ila lagi

ye tak pe..balas daniel sambil matanya tak lepas memandang gadis didepannya kini

ila dah ke?..soal nia yang baru datang ke meja jejaka tersebut, terkedu rayyan mendengar suara gadis tu

suara dia....kenapa mirip sekali dengan suara isterinya..

emm dah! thanks sebab ikhlaskan air tu tadi..ujar ila mendapat senyuman dibibir daniel

fiqah mana?..soal ifa, haziq dari tadi tak lepas merenung ifa

tu ha, fiqah dah ke!..soal nadia, mata haikal tak lepas dari memandang gadis dihadapannya kini

fiqah datang dan berdiri di sebelah dira

dah jom blah! yang korang buat apa lama ii dekat sini..ujar fiqah serius, ash yang mendengar suara fiqa tetiba tersentak, dia terus memandang fiqa dengan wajah terkejut

fiqah menjeling ash yang dari tadi memandangnya
dah la jom! semak je duduk sini lama ii..fiqah terus berlalu tanpa menunggu kawannya

maaf lah! kawan saya tu kasar sikit orangnya..ujar nadia sopan

ok lah blah dulu!..dira terus berlalu dari situ diikuti oleh yang lain

mata mereka tak berhenti menatap 6 orang gadis yang sudah berlalu dari meja mereka

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience