bab 82

Romance Completed 12531

Jawab!!..soal daniel dengan nada suara sedikit meninggi tapi dikawal supaya perlahan, semarah ii dia pun dia takkan menengking isterinya

s sorry, terlajak t tidur t tadi...balas ila gugup, melihat wajah menyinga daniel membuatkan kepala ila tertunduk ke bawah

terlajak tidur?..daniel perlahan ii bangun dan mengorak langkah ke arah ila

kecut perutnya tatkala daniel berdiri didepannya dengan pandangan tajam

pukul berapa semalam tidur?..soal daniel dengan pandangan tajam, melihat wajah takut ila membuatkan dirinya berasa geli hati, saja dia berbuat garang pada isterinya

satu..balas ila, kepalanya masih menunduk memandang bawah

kenapa tak tidur subuh je senang sikit tak payah masuk kerja terus!..perli daniel membuatkan ila tersentak

halamak mamat ni, kalau nak marah tu marah je la tak payah lah menyindir bagai, kang aku tidur subuh sungguh baru tahu!..gumam ila perlahan tapi cukup membuatkan daniel tergelak kecil mendengar omelan ila

hah mengutuk orang je tahu!..tegur daniel menghentikan omelan ila, ila mengangkat muka memandang daniel, tersengih mulutnya memandang jejaka didepannya ni

maaf la tapi saya tak kutuk awak pun..balas ila dengan sengihan, kepalanya yang tak gatal digaru

mahu saja dia cubit pipi isterinya ni, geram!

start tomorrow awak kena datang awal! kalau saya datang tapi kelibat awak tak nampak dekat sini siap awak, saya tukarkan awak nanti jadi cleaner dekat office ni..pesan daniel berbaur ugutan

mata ila terus membutang tatkala mendengar ugutan daniel, cleaner dia nak jadikan aku? kenapa tak jadikan pencuci toilet je dekat office ni habis cerita!

bagus apa jadi cleaner, sekurang ii nya aku tak payah menghadap muka singa dia tu hmm bagus ii..gumam ila perlahan

awak cakap muka saya macam singa?..soal daniel membuatkan ila tersentak, dia dengar ke apa aku cakap tadi?

eh tak lah, mana ada saya tak cakap pun, telinga awak tu lain kali cuba dengar betul ii, saya cakap muka awak macam beruk..seloroh ila berkata membuatkan daniel menatap tajam pada ila

eh silap bukan beruk, maksud saya muka awak comel, marah ii pun comel muka awak ni, ini kalau saya terkam awak ni mesti lagi comel aumm..bidas ila selamba, daniel pula tergelak kecil lalu dia kembali membuat wajah bekunya, isterinya bukan boleh dilayan makin dilayan kang makin menjadi gatal dia tu

nah ini untuk awak saya beli tadi!..dengan muka beku daniel memberi coklat cadbury pada ila

bibir ila automatik terlukir senyuman lebar, baru first day kerja dah dapat coklat, cuba kalau sebulan kerja mesti dapat cincin nikah punya ni, tahu ii dah nikah, CEO daniel rizki telah bernikah dengan PA nya yang cantik melecun, haih susah jadi orang cantik ni

nak ke tak nak coklat ni?..soal daniel menghentikan lamunan ila

ehh nak ii..ila terus merampas coklat cadbury ditangan daniel, dalam sekelip mata coklat tersebut telah selamat masuk ke dalam mulut ila

kalau hari ii awak beli coklat dekat saya, saya sanggup kerja 24 jam dengan awak...ujar ila dengan tangan masih menyumbat coklat di dalam mulut

nanti isteri saya marah kalau awak asyik berkepit dengan saya..bidas daniel dengan muka bekunya, mahu saja tangan ila menampar wajah daniel, senyum lah sikit ini tak beku je muka, dia letak ais ke apa dekat muka dia tu asyik beku je

ila mencebik bibir pada daniel
habistu yang awak bagi coklat dekat saya ni buat apa? dasar lelaki gatal! dah ada isteri tapi menggatal dengan PA sendiri, saya bagitahu isteri awak kang biar dia terajang awak sampai langit ke tujuh..selamba ila berkata dengan pandangan tajam pada daniel

aku ingat kan single menyingle lagi rupanya dah kahwin, tapi menggatal dengan aku nak makan tapak kaki aku agaknya dia ni..omel ila dalam hati

kalau awak rasa tak malu awak try la bagitahu isteri saya, saya takut awak cop diri awak tu diperbodohkan pula..balas daniel tenang, kakinya mengorak kembali ke arah kerusi kerjanya dan melabuhkan punggung

dah kenapa saya nak cop diri saya diperbodohkan pula, patutnya isteri awak tu yang rasa diperbodohkan sebab dapat suami gatal macam awak..bidas ila geram

because you are my wife...perkataan tu hanya dapat diungkapkan dalam hati, daniel mengoyak senyuman tipis buat ila

hmm tu lah, bodoh kan isteri saya tu sebab dapat suami gatal macam saya ni, kesian saya dekat isteri saya tu..balas daniel membuatkan mata ila terbutang seluas ii nya

kejamnya awak! depan saya awak cakap isteri awak tu bodoh, kenapalah isteri awak tak dengar eh apa yang awak cakap ni biar dia bagi penampar je dekat mulut awak yang biadap tu, kalau saya lah jadi isteri awak, dah lama saya tanam awak ni hidup ii!..hembur ila geram, nasib malang betul siapa isteri jejaka depannya ni, depan aku dikata isterinya bodoh!

dia dah dengar pun apa yang saya cakap ni..bidas daniel tenang, wajahnya kembali membeku memandang ila

mahu terkeluar dah rasanya bijik matanya ni, entah berapa kali dah matanya ni asyik membutang

dia dengar? mana saya tak nampak pun isteri awak tu?..mata ila meliar mencari susuk tubuh isteri bosnya ni

ada je, dia dekat sangat dengan saya..mahu saja dihembur tawanya ni tapi dikawal riak wajahnya menjadi serius, muka isterinya bila blur sangat ii lucu

awak ni cakap betul ii la, awak nak perbodohkan saya ke apa ni?..soal ila sebal

hah tengok, kan saya dah cakap awak sendiri yang akan cop diri awak diperbodohkan..bidas daniel tenang

kecik besar je dia memandang daniel
perangai awak ni kan macam minta kena bakar kan..ujar ila dengan pandangan tajam

awak ni bila nak buat kerja? baru first day kerja dah melawan cakap bos awak, siapa bos sekarang ni saya ke awak yang borak rancak sangat dengan saya ni..soal daniel dengan nada bertukar serius

terdiam ila seketika, betul juga kata daniel tu, kenapa dia borak rancak sangat dengan bosnya ni, macam dah lama kenal

maaf..ucap ila ringkas, kepala ditunduk memandang lantai

awak pergi siapkan kerja awak sekarang!..arah daniel tegas, kaki ila laju bergerak tatkala mendengar arahan tegas dari daniel

terhembur terus tawa daniel tatkala kelibat ila menghilang

aduh sakit perut aku macam ni..daniel memegang perutnya dengan tawa masih bersisa

haih best juga perkenakan isteri sendiri, good daniel, pandai aku buat wajah dingin, biar dia takut sikit dengan aku..gumam daniel perlahan dengan senyuman lebar

-------------------------------------------------------

nadia berdecit sebal, dadanya turun naik menahan amarah, mana taknya start dari dia masuk kerja tadi sampai sekarang haikal asyik cari gaduh dengan dia saja, hilang sudah keayuannya sebagai seorang perempuan, banyak kali sabar dah dengan perangai bosnya ni

awak ni kenapa! perangai macam syaitan sangat ni kenapa!..hembur nadia geram, dengan syaitan ii semua dikeluarkan dari mulutnya

apa?..soal haikal selamba

awak ni kalau saya baca surah ruqyah ni terbakar awak kang..ujar nadia sambil bercekak pinggang

kenapa awak tak baca ayat kursi je terus, dah alang ii awak nak bakar saya kan?..balas haikal selamba betul ii membuatkan hati nadia berapi

tepi lah, jangan kacau saya buat kerja boleh tak! yang awak pergi conteng kertas kerja saya ni buat apa! bodoh sangat ke sampai nak lingkupkan office sendiri!..hembur nadia, geram! tersangat geram dengan perangai kebudakan haikal, habis semua kertas kerja yang dia perlu siapkan diconteng oleh haikal, satu lagi kerja nak kena siapkan balik, kalau macam ni sampai tahun depan pun tak habis

siapa bos sekarang ni? suka hati saya lah nak conteng ke nak buang ke kertas tu nak bakar sekalipun bukan masalah awak, itu masalah saya, office saya pandai ii la saya tanggung..bidas haikal dengan pandangan selamba memandang nadia yang bagai mahu menerkam haikal

nadia menampar meja kuat membuatkan bahu haikal terhinjut dengan bunyi tamparan kuat nadia

masalah sekarang ni, saya yang kena siapkan semua tu balik!..nadia memandang haikal dengan pandangan tajam

awak ni berkira eh nak buat kerja, saya bayar juga gaji awak tu bukannya saya tak bayar..bidas haikal

masalahnya sekarang ni awak menggangu saya nak buat kerja! kenapa eh? kenapa awak tak kacau orang lain kenapa mesti saya? saya penat tahu tak dah 5 kali saya siapkan kerja yang awak sengaja contengkan! awak ingat tangan saya ni tangan robot ke yang berulang kali buat pun tak sakit!..bebel nadia geram

tersenyum senang haikal mendengar bebelan isterinya, dia sebenarnya rindu mulut laser isterinya ni sebab tu dia sengaja kacau

senyum ii, awak keluar sekarang!..arah nadia tegas

kalau saya cakap tak nak?..soal haikal dengan senyuman

tak baik tahu tak awak menghalau saya, dapat dosa free ii je awak ni

dah kenapa saya nak kena berdosa pula, bukannya saya halau suami saya! awak tu cuma bos saya bukan suami saya so tak ada istilah berdosa pun kalau halau bos sendiri!..bidas nadia sambil berpeluk tubuh memandang wajah selamba haikal

kalau saya cakap saya suami awak?..haikal kini menompang dagu memandang nadia

awak jangan sampai kaki saya nak melayang ke wajah awak tu ehh, tak hingin saya nak bersuamikan orang gila macam awak!

tak pe, one day awak akan tahu juga kan just wait sayang..balas haikal lembut, dia mengenyitkan mata pada nadia

awak keluar sekarang, menyampah saya tengok muka gatal awak ni..nadia melempar segala kertas pada haikal

muka ni dulu lah yang awak selalu dambakan tahu!..bidas haikal sambil tangan menepis kertas yang dilempar oleh nadia

awak ni kan! makin lama makin merepek, keluar boleh tak saya nak buat kerja, saya nak balik awal harini, kalau awak duduk dekat sini satu kerja pun tak settle lagi, keluar cepat!..arah nadia tegas

alah awak ni, saya datang sini saja nak hiburkan hati awak tu, awak mesti stress kan sebab kena fokus kerja so saya datang untuk menghilangkan stress awak

awak bukan menghilangkan stress saya tapi awak menambahkan lagi stress saya, saya dah tersangat stress bila awak ada dekat sini please la keluar

ok lah saya keluar tapi sebelum tu...

nadia mengerutkan dahi tatkala melihat senyuman jahat haikal

tangan haikal mengambil beberapa kertas kerja yang nadia sempat sorokkan sebab tak bagi dia conteng

haikal mengukirkan senyuman paling jahat
tangannya perlahan ii mengoyak kertas tersebut

membutang mata nadia melihat haikal mengoyakkan semua kertas kerjanya, darahnya mula mengelegak naik

awak!! KELUAR SEKARANG!!!..tengking nadia kuat membuatkan semua dalam office tersebut terkejut akan tengkingan nadia

kelam kabut haikal keluar dari bilik office nadia tatkala melihat nadia sudah pun berubah menjadi singa betina

awak siapkan cepat tau kerja tu se...tak sempat haikal menghabiskan katanya tatkala nadia membaling sesuatu padanya

buk!!..terkaku haikal seketika tatkala sebuah fail mendarat ke wajahnya

matanya terkebil ii memandang wajah merah padam nadia, perlahan ii dia mengukirkan senyuman lebar

siapkan capat tau kerja ni sebab balik japgi saya nak bawak awak gi makan..haikal menyambung katanya yang tergantung tadi, senyuman manis dilemparkan buat isterinya

BERAMBUS!!....jerkah nadia kuat membuatkan kaki haikal laju berlari meninggalkan nadia yang sedang marah

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience