bab 75

Romance Completed 12531

daniel tersedar dari lenanya secara mengejut, jantungnya berdetak laju, entah kenapa dia tetiba mimpikan kemalangan isterinya setahun lepas

dia meraup kasar wajahnya
fuh! kenapa aku tetiba mimpi pasal tu pula!..daniel meraba fonnya yang berada di atas meja

pukul 2 pagi dah!..daniel mengerling sedikit ke arah kucingnya yang enak tidur di sebelahnya

dia membelai lembut bulu kucingnya membuatkan kucingnya terjaga

koko! sorry daddy ganggu koko ke! tidur balik ye daddy nak gi bilik air jap!..ujar daniel lalu dia mencium kucing kesayangannya

daniel bangun lalu menapak ke arah bilik air
setelah beberapa minit berlalu, dia membuka pintu toilet dan menapak keluar

disaat dia menapak keluar dari bilik air tetiba langkahnya mati tatkala dia ternampak satu susuk tubuh yang sedang berdiri di depan katilnya dan memegang kucingnya sambil bercakap

haikal ke? haih dia ni suka sangat datang bilik aku, nak tidur dengan aku lah tu!..gumam daniel perlahan

daniel mengerutkan dahi tatkala mendengar suara tersebut persis suara perempuan, dia perlahan ii mendekati susuk tubuh tersebut

perempuan ke? suara macam perempuan ni! takkan lah kal tukar suara! setahu aku suara dia elok je tadi!..gumam daniel dalam hati

lama daniel mendiamkan diri memerhati saja apa yang dikatakan oleh susuk tubuh di depannya kini

nama dia koko!..ujar daniel tatkala si empunya suara menanyakan nama kucing kesayangannya

koko cuba cakap lagi sekali nama koko, saya nak dengar ni suara koko ni!..arah empunya suara

nama dia koko..daniel mengulangkan lagi nama kucingnya

daniel mengerutkan dahi tatkala melihat empunya suara tetiba diam tak terkutik, lama kelamaan susuk tubuh tu pun memusingkan badan menghadap dia

gulp!!

terkedu ila tatkala dia memusingkan badan ada seorang jejaka yang sedang berdiri di depannya sambil merenung tajam padanya

ila menelan air liur yang tetiba rasa kesat, seram sejuk dia melihat padangan gerun dari jejaka di depannya kini

h hai!..ujar ila tergagap sambil tangannya bergetar melambai lelaki yang sedang merenung dia bagai nak terkam

who are you? why are you in my room!..soal daniel serius dengan pandangan tajam

ila diam tak terkutik dengan perasaan gementar, entah mengapa suaranya tika ini tak mampu keluar walau satu patah perkataan pun

i ask you again! why are you in my room! asnwer my question NOW!!..bergema bilik tu dengan suara daniel yang sedikit meninggi

mengigil badan ila dibuatnya, macam mana dia nak jawab kalau suara dah macam singa kelaparan je pun! ni nak bagi dia takut adalah bukan nak bagi dia tenang

s saya c cari k kucing s saya! dah jumpa dah ni saya gi dulu lah!..ila cepat ii membuka langkah untuk pergi, saat dia berjalan di tepi sang jejaka yang dari tadi merenungnya tetiba tangannya ditahan

that's my cat! put my cat back on my bed..arah daniel tegas

ouh hah s sorry s silap k kucing! s saya lu lupa k kucing s saya ada d dekat rumah dah!..balas ila gugup dengan pantasnya dia meletakkan kembali kucing tersebut di atas katil, laju kakinya melangkah untuk keluar dari bilik yang menyeramkan ni

tangannya baru hendak memulas tombol pintu tetiba tangannya direntap kasar dari belakang

kau tak jawab lagi soalan aku! kenapa kau ada dalam bilik aku and siapa kau!..soal daniel serius dengan pandangan paling tajam setajam mata pisau

emm pencuci rumah hah saya pencuci rumah yang baru diambil untuk bekerja dekat sini!..lancar mulut ila mengeluarkan kata

aduh kau ila! agak ii la " pencuci rumah" kut! kalau dalam rumah ni tak de pencuci rumah macam mana!!..gumam ila sebal dalam hati

daniel merenung tajam pada ila membuatkan jantung ila berdetak laju bagai baru lepas lari marathon

daniel mendekatkan wajahnya di telinga ila untuk membisikkan sesuatu

rumah ni tak de pencuci rumah! and dalam rumah ni tak de langsung perempuan yang tinggal di sini! jadi kau siapa and kenapa kau boleh ada dekat sini!..bisik daniel gerun membuatkan jantung ila betul ii mahu meletup

err saya balik dulu assalamualaikum..ila dengan cepat memusingkan badan semula untuk berlalu, dengan pantas daniel menarik tangan ila semula dan tangannya terus membuka suis lampu biliknya

masing ii terkedu sesama sendiri

awak!..ujar mereka berdua serentak

awak ni pakcik 5 ringgit tadi tu kan!..ujar ila membuatkan daniel tercegang, pakcik 5 ringgit dia panggil aku! apa muka aku ni tua sangat ke!

awak ni minah air tadi kan!..serkap daniel mendapat kerutan di dahi ila

saya? kenapa awak panggil saya Minah air?..soal ila bingung! dia ada jual air ke tadi?

yela dah awak bedal air saya kan!..bidas daniel

kenapa awak ada dalam bilik saya ni? macam mana awak masuk dalam rumah saya! awak stalk saya ke?..serkap daniel

eh hello tak de masa saya nak stalk awak, saya datang sini nak merompak rumah ni lah!..sembur ila geram tetiba dirinya dituduh "stalk"

merompak?..soal daniel

ila cepat ii menekup mulutnya menggunakan kedua tapak tangannya, baru dia sedar yang dia dah terlepas cakap!

ehh tak! maksud saya melepak! hah melepak lah

apa kejadahnya kau melepak dalam bilik jantan ni ila oii, kang dia tuduh kau stalk balik ha padan la dengan muka kau!..gumam ila dalam hati

daniel mula tak berpuas hati dengan jawapan ila! dia harus tahu wajah ila!, tangannya laju menarik pelitup muka ila membuatkan ila tercegang

bagai ada petir memanah hatinya tika ini tatkala melihat seraut wajah yang dirindui selama ini

s sweety! d dear r rindu...perlahan ii tangannya naik ke wajah ila, bergetar suaranya saat menyebut nama "sweety" panggilan yang sudah lama dia tak sebut dan sudah lama tak keluar dari bibirnya! akhirnya tercetus juga panggilan tersebut dari bibirnya

ila mengerutkan dahi, pelik! tetiba je lelaki di depannya ni memanggil dirinya 'sweety'

air mata daniel akhirnya jatuh menitis dipipinya, terus daniel memeluk erat tubuh ila melepaskan rindu yang dah lama ditahan dalam hati

sweety!..rintih daniel dengan tangisan lebat

terkedu ila tatkala daniel memeluknya erat dengan tangisan, dia ada buat salah ke?

pahal pula mamat ni nangis! ke sebab aku panggil dia pakcik 5 ringgit! ehh tak mungkin! takkan lah sebab tu!!..omel ila dalam hati

kesian pula dia melihat lelaki tersebut menangis semakin lebat di bahunya, tangannya perlahan ii mengusap lembut belakang tubuh daniel untuk meredakan tangisan daniel

semakin lebat tangisan daniel apabila ila memujuknya

syy awak ni kenapa ni! tetiba menangis dekat saya? saya tak kenal awak pun! peliklah awak ni..ujar ila sambil mengusap lembut belakang daniel

tetiba ila merasakan pelukan daniel semakin terlerai, tangisan daniel pun terhenti serta merta

ila pun meleraikan pelukan setelah merasakan pelukan daniel semakin renggang, saat dia meleraikan pelukan tubuh daniel serta merta terjatuh ke lantai membuatkan ila terkejut

eh ii pengsan ke apa ni! alamak! drama tv berapa sebenarnya ni! nak kata tv 3 macam ada juga watak pengsan selepas peluk! tv 4 hmm ada kut! ke tv 9! eh apa kau merepek ila! dia pengsan ni kau boleh pula fikir drama apa yang dia buat...ujar ila panik

ila dengan gelabah duduk di tepi daniel yang sudah tidak sedarkan diri tu, dia meletakkan jari telunjukknya di bawah hidung daniel

hmm hidup lagi ni!..gumam ila perlahan

ila! dia pengsan je bukan mati! agak ii lah kau ni!..bisik hati kecil ila

haih apa lah masalah dia ni! dah la tetiba peluk aku lepastu menangis and last pengsan! muka aku ni cantik sangat ke sampai dia pengsan!..gumam ila perlahan

awak! ooo awak...ila menampar lembut pipi Daniel

lebih baik aku blah! kang ada pula orang tuduh aku membunuh err!..ila dengan gelabahnya keluar dari bilik meninggalkan daniel yang pengsan di atas lantai

-------------------------------------------------

bilik apa yang besar sangat ni! ini bilik ke stadium bola? bilik aku pun tak sebesar ni! haih untung jadi orang kaya ni, ini kalau bina kolam renang dalam ni pun muat ni!..gumam fiqah perlahan

perlahan ii dia menapak ke arah katil
katil pun besar padahal nak tidur tu sorang je! bukannya satu kenduri nak tidur sini!..ujar fiqah dengan nada yang sedikit tinggi

mesti lembut kan tilam ni hmm nak try rasa lah!..fiqah meraba ii tangannya di atas tilam

weyh lembut doh! bukan macam tilam rumah aku! ini kalau tidur aku rasa sampai raya tahun depan pun aku tak bangun lagi nih!..gumam fiqah dengan tangan yang masih leka menekan tilam empuk tersebut

ini apa ni! macam....oh no!...tangan fiqah terhenti serta merta tatkala merasa sesuatu yang aneh

macam kaki orang!!!.....ada orang bodo! halamak!..fiqah terus menarik tangannya dari menyentuh kaki siapa pun dia tak tahu

baik aku blah! kang dituduh aku cuba merogol orang pula eeii tak nak aku!..kaki fiqah dengan lantasnya berjalan laju keluar dari bilik

setapak lagi dia mahu sampai ke pintu bilik tetiba seseorang menekup mulutnya dari belakang membuatkan matanya terbutang luas

kau siapa!..bisik suara garau tersebut membuatkan jantung fiqah hampir ii mahu berhenti berdetak

dengan pantasnya ika menarik tangan seseorang yang menekup mulutnya lalu dipulas kuat tangan tersebut

arghh!..ash merintih sakit tatkala tangannya dipulas kuat, dia terus menendang perut fiqah

fiqah menahan pedih di perut tatkala ditendang, dia mula membuat serangan dengan laju pada ash, ash menepis setiap serangan dari fiqah!

fuh boleh tahan lincah dia ni!..gumam ash dalam hati, mana tak lincah! setiap serangan dibuat dengan laju sehingga dia sendiri pun jenuh menepis

fiqah menendang kuat perut ash tanpa sempat ash mahu menepis, ash terdorong kebelakang akibat ditendang kuat oleh fiqah

fiqah dengan pantas berlari lalu membuat flying kick pada ash membuatkan ash jatuh terduduk

fiqah tersenyum sinis lalu langkah dibuka untuk berlalu, ash menarik kaki fiqah yang baru hendak melangkah pergi, dia menarik kuat kaki fiqah membuatkan badan fiqah hilang imbangan dan terjatuh

ash dengan cepat menindih badan fiqah lalu digenggam kuat tangan fiqah

aku tanya siapa kau?..soal ash dengan nada serius

fiqah menendang ash membuatkan ash jatuh dari menindih badan fiqah

fiqah cepat ii bangun dan berlari untuk keluar
tak sanggup lagi dia mahu berlamaan! yang sakit tu dia sebab kena berlawan

ash menarik kasar rambut fiqah sehingga fiqah terdorong kembali kebelakang, ash dengan pantas membuka suis lampu

ouh kau perempuan! kau buat apa dalam bilik aku?..soal ash sinis

kau tak perlu tahu apa aku buat dalam bilik kau!..bidas fiqah dingin

pasal bilik aku lah aku kena tahu apa kau buat dalam bilik aku!!..ujar ash geram, giginya bergesel tanda geram dengan perempuan yang berada didepannya kini

fiqah hanya diam memerhati ash dengan renungan tajam

kau tak nak bagitahu aku? tak pe biar aku sendiri yang teka! kau masuk sini sebab nak merompak kan!..serkap ash

dah tahu buat apa tanya!..bidas fiqah dingin

hurh! dasar perempuan tak tahu malu!..ash pantas membuka pelitup muka fiqah membuatkan fiqah terkejut dengan perbuatan drastik dari ash

terkedu ash tatkala melihat wajah gadis didepannya kini

ika!..terpancul nama tersebut keluar dari mulut ash tanpa dia sedar

matanya tetiba bertakung dengan air mata, ditatap penuh sayu wajah yang dirindui selama ini

fiqah menolak kasar tubuh ash menjauhi dari dia, terus dia berlari keluar dengan cepat tanpa mempedulikan ash

ika itu awak ke!..rintih ash dengan esakan kecil

----------------------------------------------

Nad kau try masuk bilik tu! mana tahu tu bilik cctv ke, kau gi masuk bilik hujung tu, aku try masuk bilik ni..arah dira mendapat angukan dari nadia

ok aku gi dulu!..pamit nadia, dia terus berlalu meninggalkan dira dibelakang

kakinya menapak masuk ke bilik tersebut, bau haruman bilik tersebut betul ii membuatkan dirinya terasa hanyut, mahu saja dia merebahkan badan di katil yang kelihatan empuk dimatanya

ini bilik air kut! kalau dah bilik besar mesti toilet dia pun besar! nak try masuk ke tak, hmm..gumam nadia perlahan

ok lah masuk je, bukan lama pun sekejap je!

baru saja tangannya mahu membuka pintu bilik air tersebut tetiba pintu bilik air tu terkuak sendiri dari dalam membuatkan nadia tercegang

keluarlah seseorang dari bilik air tersebut, susuk tubuh tu kelihatan terkejut juga tatkala bertembung dengan dia

mereka bertentang mata lama sebelum kedua ii nya....."menjerit"

arghhhh!!!..jerit mereka serentak

.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience