bab 83

Romance Completed 12531

"argh penatnya!!"..ifa menjerit kecil

"merompak pun tak sepenat ni"..celah dira

"aku rasa macam malas lah nak gi kerja esok"..ujar ila yang sedang berbaring atas riba nadia

"mana boleh, kita kan baru start kerja so kita kenalah rajin gi kerja, ni baru sehari kerja dah nak cuti esok"..ujar nadia

"tapi aku tak lah penat sangat, bos aku tu bagi kerja dekat aku tak banyak pun, kalau aku tak sempat nak siapkan dia suruh aku sambung esok je"..celah fiqah

"untung lah kan"..bidas dira

"haih korang, kenapa lesu je muka tu"..tegur nia sambil melabuhkan punggung di sebelah fiqah

"mana tak lesunya, letih tahu tak!'..bidas ifa, sungguh dia letih, bukan letih kerja tapi letih melayan karenah haziq yang kerja menangis saja sehari ni, selagi dia berada disisi lelaki tu, selagi tu la lelaki tu asyik merenget padanya dengan air mata yang banyak melimpah, kalau ditengokkan balik dah macam budak ii kena pukul je si haziq tu

"so macam mana harini kerja korang? korang dapat bos yang macam mana?"..soal nia

"aku dapat yang suka menangis tahu tak!"..bentak ifa geram

"aku pula dapat yang kaki buli"..ujar dira sambil memikirkan kejadian memalukan tadi, kehulur kehilir dia mengusung teddy bear tu, bayangkan lah sampaikan meeting pun kena bawak teddy bear, habis satu office tu gelakkan dia

"aku dapat yang jenis dingin"..bidas ila

"emm aku kaki mengusik"... ujar nadia

"hmm aku dapat yang sweet"..balas fiqah

"sweet macam mana tu?"..soal nia

"sweet lah, dia suka panggil aku sayang and baby, boleh gugur jantung aku ni kalau dia panggil aku macam tu"..bidas fiqah

"emm aku dapat yang tegas, korang bayangkan lah aku nak langgar sikit je pun syarat dia tu, tu pun dia beri amaran dekat aku, setiap kata dia aku tak boleh nak membantah langsung stres aku!"..bidas nia

"kekadang kan aku terfikir juga, kenapa diorang tetiba ambil kita kerja dengan diorang, padahal kita bukan kenal diorang pun, kita kenal pun satu malam tu je, malam yang kita gi rompak rumah diorang tu, lepastu tetiba pagi ii dah datang rumah kita siap tawarkan kerja lagi dekat kita"..ujar dira, otaknya selalu sangat memikirkan semua benda tu

"ye la kan, aku rasa mesti ada sebab ni"..bidas ifa

kring!!

bunyi telefon dari 6 gadis itu menyentakkan perbualan mereka

"huih apahal tetiba call serentak ni? macam dah rancang je nak call sekali"..ujar ila yang memandang bingung pada kawan ii nya

"jangan angkat!"..halang nia membuatkan semua memandangnya dengan kerutan didahi

"kenapa?"..soal nadia bingung

"ni kalau call malam ii serentak pula tu mesti ada sebab ni, entah ii nak ajak kita keluar makan ke ha?"..terang nia

"ish tak nak aku, penat dah aku layan si mangkuk gila tu"..celah dira

"ni macam mana ni? diorang call tak henti?"..soal fiqah

"tutup fon korang tu letak dekat atas meja"..arah nia gelabah membuatkan semua juga turut gelabah

semua memcampakkan fon mereka diatas meja dengan perasaan takut

"seram juga aku dengan diorang ni"..ujar fiqah

"dah jangan risau diorang tak call kita dah, so sekarang ni kita kena naik atas tidur"..nia bangun diikuti oleh yang lain

tetiba kaki mereka terhenti tatkala mendengar ketukan kuat dari arah pintu

"siapa pula datang malam ii ni?"..soal dira bingung

"pencegah maksiat apa"...celah ila

"kepala bangang kau pencegah maksiat!"... bidas ifa

"eh jom la gi tengok"..nia menarik tangan fiqah menapak ke arah pintu dan yang lain juga turut mengikut langkah nia ke arah pintu

klak!

pintu dibuka, tersembul lah wajah 6 jejaka tersebut didepan pintu mereka, nia dan yang lain
tercegang tatkala melihat wajah 6 jejaka tersebut yang sedang memandang mereka
" kan aku dah kata pencegah maksiat!"..bisik ila perlahan

nia dengan pantasnya menutup pintu tetapi tangan rayyan lebih pantas menahan pintu tersebut dari ditutup

"saya call kenapa tak angkat?"..soal rayyan serius

"err fon saya dekat bilik saya terlupa nak ambil tadi"..balas nia gugup, takut pula tengok muka serius rayyan

"dah jom keluar"..rayyan menarik tangan nia

nia menepis kasar tangan rayyan
"keluar pergi mana? saya letih la saya nak tidur! saya ni baru balik kerja, bagi la saya rest dulu ni tetiba datang ajak keluar!".. bentak nia tak puas hati

"awak ingkar arahan saya?"..soal rayyan

"yes! kenapa? ehh awak ingat eh, saya setuju syarat tak masuk akal awak tu tak bermaksud saya setuju dengan permintaan awak yang macam minta kaki ni"...ujar nia mendapat anggukan dari kawannya yang sedari tadi perhatikan dia dan rayyan

"kan saya dah cakap, ada masa saya akan bagi awak rehat secukupnya and ada masa juga saya akan bagi awak kerja secukup cukupnya juga! now waktu awak berkerja bukan waktu awak berehat!".. balas rayyan berbaur tegas

"saya cakap tak nak! tak faham bahasa ke? awak siapa nak arah saya ikut cakap awak!"...hembur nia geram, dah orang tak nak tu tak payah la nak paksa bagai kang ada makan penampar ni ha

"ingat, awak dah sign syarat saya, jadi awak kena ikut arahan saya remember that!"...balas rayyan tenang

"boleh tak jangan ulang ayat yang sama, benda tu saya dah hafal dalam kepala otak saya ni ha, masalahnya sekarang ni saya nak rehat saya penat!".. kecik besar je dia memandang wajah tenang rayyan

"pergi je lah nia, sekejap je tu, kau pergi la layan dia kami masuk tidur dulu ehh"..celah ila membuatkan nia memandang tajam padanya

"siapa cakap awak boleh masuk tidur?".. soal daniel

"saya cakap, dah la saya nak masuk tidur"... balas ila sambil menguap kecil

"saya tak benarkan awak tidur sebab sekarang ni awak kena teman saya keluar!"..bidas daniel tegas

"korang datang malam ii ni sebab nak ajak kami keluar dengan korang ke?".. soal dira setelah lama mendiamkan diri

yup, awak kena temankan saya malam ni".. balas danish

"minta maaf kerana mencelah, kalau awak semua nak ajak diorang ni keluar silakan lah, tapi saya masuk tidur dulu lah ehh sebab saya tak masuk campur hal ini"..sampuk nadia dengan sopan santunnya

"minta maaf juga kerana mencelah, saya cuma nak bagitahu yang awak juga kena temankan saya keluar malam ni".. bidas haikal

nadia memandang jengkel pada haikal
"hah pergi lah angkut diorang ni keluar dengan korang, nak bawak lari sekalipun pergi la tapi jangan libatkan aku"...fiqah membuka langkah untuk berlalu dari situ

"baby!".. panggil ash lembut

terhenti terus kaki fiqah, terkedu dia sekejap tatkala mendengar ash memanggilnya baby

"awak nak pergi mana, come ikut saya, saya nak bawak awak gi makan ni jom"..ajak ash lembut

"tapi saya nak rehat, saya mengantuk".. bidas fiqah mendapat gelengan dari ash

"kejap lagi awak rehat la hmm, now saya nak bawak awak keluar"...balas ash mendapat keluhan dari fiqah

"stop! saya bagitahu awak awal ii eh yang saya tak nak KELUAR!"... larang ifa tatkala dia melihat haziq mula membuka mulut untuk mengatakan sesuatu

"saya nak bawak awak pergi makan restoran mahal tahu tak, makanan dekat situ sedap, awak beruntung sebab saya yang nak berlanja awak makan, awak tak payah susah ii keluarkan duit nak makan makanan mahal tu"..bidas haziq

ifa terdiam sejenak, betul juga cakap haziq tu, jarang sekali dia nak dapat makan makanan mewah, ini dah orang nak berlanja takkan nak menolak pula

"saya tak nak la, apa yang tak faham sangat ni, kalau nak keluar esok je la, ini dah malam!".. bentak nia sebal

"NO! keluar sekarang juga!".. bidas rayyan yang turut berasa sebal dengan sikap kedegilan isterinya

'hish lantak awak lah malas saya layan"... nia terus membuka langkah berlalu dari situ

melihat nia mahu beredar, cepat ii dia menangkap nia

argh!....nia menjerit kecil tatkala tubuhnya diangkat oleh rayyan

"lepaslah awak ni kenapa! saya bagitahu isteri awak nanti!...marah nia geram, badannya meronta ingin dilepaskan

"bagitahu la, saya tak kesah"... bidas rayyan

"saya cakap lepaskan saya!"... bentak nia, dia meronta ii supaya rayyan melepaskannya

baik awak duduk diam, kalau bibir saya ni terkiss bibir awak yang cantik tu awak jangan salahkan saya pula..ujar rayyan dengan senyuman nakal

terhenti rontaan nia, dia terkebil ii memandang wajah rayyan

geram je dia melihat wajah bingung isterinya, mahu je dicium isterinya ni

rayyan mengorak langkah berlalu dari situ dengan tangan masih mengangkat tubuh isterinya

"dah jom"..danish menarik tangan dira

pap!..dira menampar kuat tangan danish

"tak nak! saya cakap tak nak, nanti awak suruh saya pegang teddy bear awak tu"... bidas dira

"saya tak bawak pun lah teddy bear tu, awak jangan risau saya tak suruh awak pegang dah pun teddy bear tu"..ujar danish

"boleh percaya ke awak ni, awak dengan beruk sama je dua ii penipu tahap gila".. bidas dira

"eh awak ni, saya nak ajak awak keluar bukan ajak awak gaduh, cepat lah japgi lambat pula".. danish menarik semula tangan dira

"saya tak nak, lepaslah!"..dira menarik tangannya dari dipegang oleh danish

"haih awak ni saya ajak elok ii awak tak nak"..ujar danish geram tanpa berkata apa ii dia terus mencempung tubuh isterinya

"lepaslah gila!!".. marah dira sambil meronta

"itu lah awak saya cakap baik ii awak tak makan saman, kan dah kena angkat, so better awak diam"..ujar danish terus dia beredar dari situ

"tunggu apa lagi, cepat!"... arah daniel tegas

terkejut ila tatkala daniel bersuara

"alaa esok boleh tak, saya penat la, awak ajak la isteri awak keluar dah kenapa awak nak ajak saya pula!".. bidas ila, pelik juga dia dengan lelaki didepannya ni, kata dah ada isteri tapi ajak dia keluar

"awak nak ikut saya ke tak ni? saya nak bawak awak pergi makan, rugi kalau awak tolak, kalau tak nak tak pe lah saya ok je..balas daniel

bersinar mata ila tatkala mendengar perkataan 'makan', rugi kalau tolak ni!

"eh kejap ii, siapa cakap saya tak nak, saya nak la"...balas ila dengan sengihan

"kalau nak, jom cepat".. daniel terus berlalu dari situ tanpa menunggu balasan ila

"eh kejap la"..ila kelam kabut keluar dari rumah mengikuti langkah daniel

"maaf la tapi saya tak lapar sekarang ni and now awak boleh dipersilakan balik sebab saya tak nak langsung keluar makan dengan awak walaupun awak nak berlanja saya sekalipun"...bidas ifa tenang

"awak tak nak keluar makan dengan saya langsung?"..soal haziq yang tetiba berasa sebak

"yes! tak nak langsung full stop!"....balas ifa sambil berpeluk tubuh memandang haziq

air mata yang ditahan dari tadi akhirnya gugur tatkala mendengar keputusan muktamad isterinya

terkedu ifa tatkala melihat beberapa air jernih menitis keluar dari mata haziq

ifa mula berdecit sebal, ini yang susah dapat bos suka menangis ni, kerja nak menangis je saja la tu nak bagi hati aku ni rasa bersalah

"yela saya keluar dengan awak, lap air mata awak tu"... pujuk ifa dengan wajah pasrah, mahu tak mahu dia kena mengalah juga la kalau tidak banjir rumah ni nanti dengan air mata tak laku bosnya ni

air mata haziq tetap jua menitis keluar walaupun dipujuk oleh ifa

terkilan dia saat mendengar isterinya berkata tak nak langsung keluar makan dengannya

"a awak c cakap tak n nak langsung k keluar m makan dengan saya..hiks.."... balas haziq tersedu sedan menangis depan ifa

haikal disebelah memandang jengkel pada haziq
mula dah la tu perangai menangis dia tu

"fuh sabar ifa kau kuat"... bisik hati ifa

"tak saya bergurau je tadi, saya sebenarnya suka keluar dengan awak kalau boleh hari ii saya nak keluar dengan awak".. balas ifa lembut dengan kesabaran yang hampir meletus

"b betul?"... soal haziq sambil menyeka air matanya

yes betul, dah jom nanti lambat pula balik..balas ifa, tangannya menarik tangan haziq berlalu dari situ

"perlu ke? saya letih sangat ni"...bidas fiqah

"yeke awak letih? setahu saya la kan kerja awak dekat office tu bukan banyak sangat pun, awak tu asyik tidur je dekat office kerja pun awak tak sempat siapkan, takkan letih lagi kut?".. balas ash, memang betul pun isterinya ni asyik tidur je sampai kerja satu habuk pun tak siap

"saya tidur ke? esok lah keluar saya masuk dulu ehh assalammualaikum"..ucap fiqah dengan senyuman, kakinya mengorak langkah beredar dari situ

"sayang!"..panggil ash

terhenti langkah fiqah, dia menoleh kebelakang memandang ash

terkejut dia saat dia menoleh ke belakang, ash terus mengangkat tubuhnya

"ehh apa awak buat ni? turunkan saya"... bentak fiqah

"kejap lagi ehh baby abang turunkan, sekarang ni baby kena temankan abang makan sebab abang lapar".. bidas ash membuatkan fiqah tersentak

what! abang? seriusly

"turunkan lah saya dulu!".. marah fiqah

tanpa berbalas kata ash terus membuka langkah menuju ke keretanya

"hello girl, jom la keluar ke awak nak saya angkat awak juga macam diorang angkat kawan awak tu".. haikal memetik jari pada nadia

"hello boy tolong sikit eh tak kuasa saya, kan saya dah cakap yang saya tak masuk campur hal ni kalau awak nak keluar awak keluar je la jangan libatkan saya, awak dah la menyusahkan saya, disebabkan awak tangan saya ni sakit tahu tak!!..bebel nadia geram

"pasal tangan awak sakitlah saya nak bagi hilangkan rasa sakit tu".. bidas haikal

"macam mana?"...soal nadia

"kalau nak tahu cara dia awak kenalah ikut saya, memang confirm lah tangan awak tak sakit lepas ni, bukan setakat hilang sakit hilang tangan awak pun saya boleh buat"..balas haikal dengan sengihan

"boleh percaya ke awak ni, muka macam minta kaki anjing tu kenapa".. bidas nadia

"alah awak ni, kaki anjing awak samakan dengan saya yang awak tu muka macam minta tapak kaki gajah kenapa"... balas haikal

"awak ni kan mulut biadap kan!"... ujar nadia sebal

"awak lagi biadap, awak samakan saya dengan kaki anjing, saya cuma samakan awak dengan tapak kaki gajah, ha siapa biadap sekarang ni?"

"awak balik boleh tak semak saya tengok muka awak ni"

"kalau awak tak ikut saya keluar, saya masuk sekali dengan awak dalam rumah ni, cuba awak tengok sekeliling, hanya tinggal kita berdua je so kalau saya masuk dalam rumah ni pun tak ada orang nampak"

"kalau awak nak saya boleh je masuk dengan awak, boleh lah kita berdua ber....terhenti ayat haikal tatkala nadia menekup mulutnya

"awak jangan nak merepek tahap melampau sangat eh, jangan berani nak masuk kalau tidak saya kerat leher awak nanti, tunggu sini jap saya kunci pintu dulu herh"...nadia terus masuk ke dalam rumah untuk mengambil kunci rumah

haikal mengukirkan senyuman bangga, plannya mahu mengajak gadis ini keluar akhirnya berjaya

---------------------------------------------

jam menunjukkan pukul 11 malam, 6 orang gadis tersebut tiba dirumah dalam keadaan letih, masing ii menguap kecil dengan wajah mengantuk

nia membuka langkah ke ruang tamu lalu merebahkan tubuh di atas sofa begitu juga dengan fiqah yang turut merebahkan tubuh disebelah nia, mereka tidur berpelukan

dira dan nadia berbaring di atas lantai ruang tamu yang berdekatan dengan sofa tempat nia dan juga fiqah tidur

ila juga turut berbaring di sebelah nadia diikuti oleh ifa yang merebahkan badan disebelah ila, ifa memeluk tubuh ila

dengkuran halus terdengar dari 6 gadis tersebut
setelah beberapa minit berlalu, 6 pasang kaki mula melangkah masuk ke dalam rumah tersebut

"haih kenapa tidur luar sejuk nanti".. ujar rayyan perlahan

"diorang letih sangat kut tu yang tak sempat naik bilik"...balas haziq

"hmm rindu lah nak tidur dengan dia, nak peluk dia hmm"... gumam danish perlahan

"kan rindu sangat ii, kalau waktu macam ni kita mesti dah tidur sambil peluk isteri kita lepastu dodoikan diorang tidur"...balas daniel sambil ketawa kecil tatkala mengimbas kenangan dahulu

"sabar lah korang, insyaallah isteri kita nanti akan ingat kita balik dan kita akan dapat kebahagiaan kita semula macam dulu"...pujuk ash lembut

"dah la tu korang, jangan sedih, sekarang ni kita kena angkat diorang tidur dalam bilik diorang".. ujar haikal bagi menghentikan suasana sedih

mereka terus mencempung tubuh isteri mereka untuk dibawa kebilik

kaki berjalan perlahan ii mengorak langkah ke bilik isteri masing ii

rayyan perlahan ii meletakkan badan nia diatas katil, dia melabuhkan punggung di sebelah nia, matanya menatap lama wajah ayu isterinya

rayyan menyelak sedikit rambut nia yang terjuntai supaya dapat melihat dengan jelas wajah nia

"rindunya abang dengan sayang, lama abang tak tatap wajah sayang waktu tidur"..pipi nia dielus lembut

"abang akan pastikan sayang ingat semula tentang kita dan kita juga akan hidup bahagia seperti dahulu"

dirinya memandang lama wajah tidur isterinya, terasa rindu membuak ii dalam hati, dia rindu mahu memeluk isterinya mahu menidurkan isterinya dia rindukan semua tu, melihat wajah polos isterinya ketika tidur mengigatkan dia tika dahulu, dia selalu menyanyikan lagu khas buat isterinya waktu tidur dan lagu tu lah selalu tersemat dalam dirinya, ketika dia rindukan isterinya lagu tu selalu dinyanyikan olehnya

Flashback

"sweety tak tidur lagi ke?"... soal daniel setelah keluar dari bilik air

"dear sinilah nyanyikan untuk sweety, sweety tak boleh tidur kalau tak dengar dear menyanyi"...renget aira manja

daniel tertawa kecil mendengar regekan aira, memang setiap malam dia akan nyanyikan buat isterinya

"kesian sayang dear ni, tak boleh tidur kalau dear tak nyanyi untuk dia ehh, ok lah meh sini dear tidurkan sweety ehh"...daniel mengorak langkah ke arah katil, badan direbahkan sebelah aira, tangannya laju menarik aira baring di dalam dakapannya

aira memeluk erat tubuh daniel, wajahnya disebamkan di dada daniel, daniel mengeratkan lagi pelukannya bersama aira, tangan mula menepuk lembut badan isterinya, nyanyian kecil dinyanyikan khas buat isteri tercinta

Takkan ku biarkan walau ribut
menyentap mu yang tidur
datang petir menyambar
jengking dan ular kanda
takkan berundur

Nyamanlah adinda kanda
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa

daniel mengerling sedikit pada aira, melihat aira sudah pun tidur membuatkan dirinya berasa tenang, dia menukarkan sedikit lirik lagu tersebut khas buat isterinya, lagu tersebut selalu menyinari malamnya bersama aira dan takkan pernah terpadam lagu tersebut dari ingatannya

End Flashback

air mata menitis satu persatu, diseka lembut air matanya yang tetiba mengalir tanpa dipinta, dia rindu mahu memeluk isterinya

akhirnya dia merebahkan badan disebelah ila, perlahan ii tangannya memeluk tubuh ila yang sedang tidur nyenyak, dia mengeratkan lagi pelukannya untuk melepaskan rindu

daniel bersenandung kecil mengikut rentak lagu yang selalu dinyanyikan buat isterinya, tangannya juga perlahan ii menepuk badan ila

haikal menangkap lagi gambar isterinya ketika tidur, sudah kali keberapa pun dia tak tahu dia menangkap

haikal tertawa kecil melihat isterinya yang tidur tak semenggah langsung

"haih anje ni, dari dulu sama je tak berubah langsung kalau tidur je mesti mulut terbuka lepastu mengeruh sampai sabah boleh dengar, air liur tu kalau tak keluar tak sah"... gumam haikal sambil tertawa kecil

"ini boleh aku buat bahan ugut ni, kalau dia degil tak nak dengar cakap aku, aku pakai la benda ni mesti menjadi punya lah"

"tapi tak boleh juga, kang dia tanya aku mana dapat gambar tidur dia pula, aku nak jawab apa nanti dituduhnya aku stalk dia sampai rumah"

dia menutup fonnya lalu ditatap wajah isterinya, serasa tenang menatap wajah ayu isterinya ketika tidur

tangannya mengusap lembut kepala nadia
"abang janji yang abang akan selalu ada dengan anje abang takkan abaikan anje lagi lepasni, anje cepatlah ingat pasal kita, abang rindu nak usik anje dengan nama binatang, abang rindu nak gaduh dengan anje macam dulu, abang rindu nak bermanja dengan anje"... rintih haikal perlahan tanpa disedar air matanya setitis jatuh menitis

danish mencium berkali ii pipi gebu dira, tak cukup dengan pipi diciumnya pula bibir dira

"ini kalau beabea balas ciuman hubby ni mesti lagi best, lamanya hubby tak rasa bibir seksi beabea ni emm masih sedap and seksi"... gumam danish perlahan

"nak kiss lagi ke tak nak, rugi kalau tak kiss banyak ii ni sebab dia tidur jarang nak dapat kiss macam ni, kiss je lah tak banyak pun sikit je"

danish akhirnya melekatkan bibirnya pada bibir dira, lama dia biarkan bibir mereka bertaut

setelah puas mengucup bibir isterinya, pipi dira pula dicium berkali ii, tangannya mengusap lembut pipi dira

"i miss you beabea"... rintih danish dalam hati

"baby ni tidur pun comel!, baby cepatlah sihat, baby tak rindu ke nak peluk bantal busuk baby tu abang selalu tidur peluk bantal baby tu, tapi abang dah jemu tidur peluk bantal tu, abang nak tidur peluk baby"... ujar ash perlahan sambil tangannya bermain ii dengan rambut fiqah

dia mencuit sedikit hidung fiqah
"cepat balik ke pangkuan abang ye baby, abang tunggu!"

mata ash terhenti pada bibir fiqah, lama dia merenung bibir tersebut, wajahnya semakin dekat dengan wajah fiqah dan akhirnya bibir mereka bertaut

ash memagut lembut bibir fiqah, setelah beberapa minit dia biarkan bibirnya bertaut lalu dilepaskan bibirnya dari bibir fiqah, jatuh menitis air matanya tatkala melepaskan pautan bibir mereka

lama dia tak rasa bibir manis isterinya ni, dia rindukan suasana manis bersama isterinya

dirinya tersedu sedan menahan tangis didalam dakapan isterinya

"sayang! cepatlah balik pada bie, bie rindu sayang..hiks..hiks"...rintih haziq perlahan bersama tangisan, dia mengeratkan lagi pelukannya, wajahnya disembamkan didada ifa

"bie nak mengadu pada sayang, bie nak bermanja dengan sayang!"

lama dia melepaskan tangisan didada ifa meratapi rindu yang terbuku dalam hati

tak sanggup lagi dia berjauhan bersama isterinya, sakit menahan rindu itu lebih perit dari ditinggalkan

.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience