bab 86

Romance Completed 12531

pap!!..

terhinjut bahu mereka tatkala rayyan menampar kuat meja

ok sekarang ni mereka rasa macam nak lari....menyesal pergi ikut rancangan ila gila ni ha kan tak pasal ii kena...

"err kami balik dulu lah, terlupa pula nak tutup api rumah".. ujar ila sambil tersengih

kaki 6 gadis itu laju keluar dari kedai makan tersebut

lantas 6 jejaka tersebut berlari mendapatkan isteri mereka yang makin jauh berlari

tersentak mereka tatkala tangan mereka direntap oleh jejaka masing ii

"ila ni semua salah kau ila!! kau tunggu balik nanti!!".. jerit dira geram, tangannya sudah ditarik danish, sudah pastinya danish mahu mengambil dirinya

"hish awak ni, sakit la telinga saya awak jangan nak jerit ii sangat, sekarang ni awak kena terima hukuman dari saya!".. tangan dira ditarik berlalu dari situ

"awak ii saya nak gi tandas kejap tak tahan sangat ni".. ujar ila terdesak

"NO!"... balas daniel tegas

"boleh la tak tahan sangat ni!".. rayu ila dengan wajah macam minta penampar, dah memang betul dirinya nak membuang air kecil takkan nak menipu pula, masalahnya pula si mamat dingin ni tak bagi pula! kang terbuang dekat sini marah pula!!

tangan ila ditarik laju berjalan keluar dari situ

-----------------------------------------------

"ish sakitlah! tak boleh pelan ii ke?!"... marah nia sebal, sakit tangannya tatkala diggengam kuat oleh rayyan

rayyan membuka pintu officenya, tangan masih tak lepas menggengam tangan nia

"duduk!".. arah rayyan tegas, wajah diraup kasar

dengan perasaan sebal nia duduk dengan wajah masam mencuka

rayyan keluar sebentar untuk mengambil sesuatu, selang beberapa minit rayyan masuk semula ke dalam bilik officenya bersama sehelai kain putih dan sebekas air

dia menarik kerusi disebelah nia, setelah duduk di kerusi bersebelahan nia, tangannya menarik kerusi nia rapat dengannya

nia mengalihkan muka ke arah lain, merajuk dengan rayyan kerana bersikap kasar dengannya

"pandang sini!"..

nia membuat tak tahu saja arahan rayyan

rayyan melepaskan keluhan berat, tangan diangkat menyentuh pipi nia

"look at me sayang!".. ujar rayyan lembut

nia memandang rayyan dengan wajah masih masam mencuka

"good! kenapa muka masam je ni hmm?".. tangannya mengambil sehelai kain putih yang dibawa tadi, kain tersebut dicelup ke dalam air tersebut lalu diperah sehingga tiada air didalam kain tersebut

terus dia mengelap lembut darah yang masih mengalir perlahan dikepala isterinya

"yang awak tu kenapa pegang tangan saya kuat ii, dah la kepala saya sakit lepastu tangan pula awak nak sakitkan!".. luah nia geram

"awak kenapa keluar tak inform dekat saya dulu? awak tahu tak saya cari awak macam nak terputus nyawa ni! saya takut apa ii jadi dekat awak, tengoklah tadi belum apa ii lagi dah terluka sana sini!".. bebel rayyan sambil tangan mencelup kembali kain tersebut ke dalam air

"saya bosan tahu tak! selama 5 bulan saya kerja dengan awak cuti pun saya tak dapat, orang lain boleh je cuti kenapa saya tak? kalau waktu cuti pun awak still panggil saya kerja dengan awak, i'm tired!!".. luah nia dengan air mata menitis, lega dia dapat meluahkan apa yang terbuku didalam hati, dia penat!

"syyy, don't cry, i don't like to see you cry, i'm sorry ok".. pujuk rayyan lembut, lantas dia menarik nia ke dalam dakapannya

"ok macam ni! saya bagi awak cuti 2 days, awak pergi lah mana awak nak pergi with your friend"... ujar rayyan membuatkan tangisan nia berhenti, kepala lantas diangkat memandang rayyan

"but...awak kena inform dulu dekat saya kemana saja awak nak pergi faham?".. tegas dia berpesan kepada nia

laju nia menggangukkan kepala, alah setakat inform pergi mana apa semua tu kacang aje lah! janji dia dapat keluar dari penjara ni!

"tapi....masih ada tapi lagi ni..."

nia menanti dengan penuh sabar

"disebabkan awak dah buat salah harini so awak kena denda..."rayyan mencuit lembut hidung nia

hilang terus semangat nia, baru semangat sebab dapat cuti, dua hari pun terasa gembira

nia melepaskan keluhan panjang
"denda apa?"... mulut sudah muncung sedepa

*****
"tak guna punya jantan! dasar jantan tak bermaruah! berani kau denda aku macam ni ehh, kau tunggu!! eeiii dasar buaya jantan, betina, pondan, tomboy! ha kan semua dah aku bawak keluar, aku akan pastikan isteri kau menyesal kahwin dengan kau bod*h!.."terkumat kumat mulutnya menyumpah rayyan sambil tangan menyental lantai menggunakan mop

"agak ii lah kalau nak denda aku pun, disuruhnya aku mop satu office yang besar gedabak ni, dia nak bagi tangan aku patah ke apa!!".. marahnya sebal, orang yang lalu lalang disitu hanya perhatikan saja dirinya yang membebel seorang diri

*****
rayyan datang bersama 2 mug yang berisi air tea panas, dia menghirup sedikit air teanya sambil mata memandang nia yang sedang menyental lantai menggunakan mop, kaki terus berjalan ke arah nia

didengar saja nia yang sedang menyumpah dirinya, mahu saja dia tertawa mendengar bebelan nia

"dasar jantan keparat, koprat, kepret semua kau ambil k, heih nasib kau tak ada dekat sini tidak lama aku sental muka kau guna batang mop ni biar lunyai terus muka kau yang segak tu!".. giginya bergesel tanda geram

"ehem! mop lantai tu ke tengah mengumpat orang?"... sergah rayyan menyentakkan nia

tercegang dirinya, aduh! sejak bila pula mamat gila ni ada belakang dia?

muka dibuat seceria boleh, dia berpusing kebelakang melihat rayyan yang sedap menghirup air didepannya

"ehh tak ada lah, saya tengah mop lantai la ni tak nampak ke? kalau awak rasa nak saya mop muka awak pun boleh meh la sini saya bersih kan muka awak!".. perli nia dengan senyuman paksa

"hmm bagus la kalau mop, don't forget to wash all the floors, cuti 2 hari kan nanti, so harini kena cuci semua sebab esok awakkan dah nak cuti"

"cuti 2 hari je pun, bagi cuci semua tingkat macam aku nak cuti 2 tahun, dia tahu tak company ni ada berapa tingkat? dasar lu an***r.." omelnya perlahan

"ok saya bagi awak cuci 3 tingkat, start cuci dari lantai 3"

nia sudah berdecit sebal, kenapa start tingkat 3? start la tingkat 1 kan senang!

"nah air untuk awak, panas ni, kejap bagi saya tiup dulu".. rayyan meniup lembut air tea yang masih panas didalam mug tersebut

setelah beberapa kali meniup, dia memberi mug tersebut kepada nia

nia menyambut mug ditangan rayyan

"minum tau sayang".. rayyan mengenyitkan mata pada nia lalu kaki melangkah pada satu kerusi yang tersusun rapi disitu, punggung dilabuhkan disitu, mulut menyisip perlahan air tea sambil mata tak lepas memandang nia

--------------------------------

daniel menghentikan 4 pacuan keretanya didepan rumahnya

"dah pergi cepat!".. arah daniel dingin

berkerut dahi ila mendengar arahan daniel
"pergi mana?"

"tadi cakap nak buang air kecil kan? pergi la cepat!".. balasnya dingin

"ouh ok tunggu tau jangan hilang pula!".. pesan ila lalu cepat ii dia keluar dari perut kereta

****
"argh leganya!".. ila menjerit kecil

pintu bilik air dibuka, kaki melangkah keluar, baru saja setapak dia berjalan tetiba saja tangannya direntap kasar oleh seseorang, terus badannya ditolak kasar ke dinding

"eh apa awak buat ni?!".. ila meronta ingin dilepaskan, meremang buku romanya tatkala wajah daniel semakin dekat dengan wajahnya

daniel merentap kasar bibir merah ila membuatkan mata ila membutang luas

tangan memukul bahu daniel tanda menyuruh daniel berhenti melakukan dirinya begitu

termengah ii dia melepaskan bibir ila, ila juga tercungap ii

"awak buat ap..."

sekali lagi daniel merentap bibir ila membuatkan ayat ila terhenti begitu saja

lama kelamaan begitu, ila bagai hanyut dengan ciuman daniel, dia juga turut membalas ciuman tersebut

daniel melepaskan pautan bibir mereka berdua, dia memandang tepat anak mata ila bagai ingin menyampaikan sesuatu yang sudah lama terpendam dalam hati..

"please! saya merayu pada awak tolong jangan buat saya risau lagi!"..rayu daniel perlahan

terkedu ila tatkala melihat setitis air mata daniel menitis
tangannya gatal saja mahu menyeka air jernih lelaki ini, terasa sakit dia melihat daniel menangis

terkedu lagi ila tatkala daniel memagut bibirnya lagi sekali, tapi kali ni lebih lembut membuatkan dirinya terasa selesa dengan ciuman tersebut

"and saya rayu dekat awak tolong bagitahu saya dulu jika awak nak keluar ke mana ii, terluka diri awak seperti hilangnya separuh nyawa saya".. ucap daniel setelah melepaskan pautan bibir mereka

lama dia merenung sepasang anak mata yang berwarna coklat ini, kenapa dia merasa seperti daniel mahu menyampaikan sesuatu yang tersirat? dari pandangan matanya saja dia sudah boleh agak ada sesuatu yang daniel sorokkan darinya

tetiba saja otaknya mengimbas sesuatu seperti bayangan pasangan yang sedang bermesra

"dear! look at me, cantik tak?"..

"of course my sweety ni cantik, sebab tu lah dear sayang!"...dia memeluk pinggang ramping isterinya

"ouh kalau tak cantik tak sayang la ni?".. mulut sudah dimuncung panjang

"kalau tak cantik pun tetap dear sayang! because you are my first love!".. hidungnya digesel pada hidung isterinya

gelak tawa bahagia kedengaran diarah mereka

tetiba saja kepalanya terasa sakit ya amat
"argh!".. ila merintih sakit, kepala yang terasa sakit dipegang

"ila awak ok ke?"... soal daniel yang sudah panik

"k kepala s saya sakit s sangat! arghh!".. terjatuh dirinya kebawah menahan sakit bagai mahu pecah sudah rasa kepalanya ni

"awak jum kita pergi hospital jum!".. ajak daniel yang wajah sudah bertukar risau

"dear nak kiss sikit boleh?"...

"dekat sini ke? ish tak nak la malu la orang nampak"

"alah sikit je please"

tergeleng ii kepalanya mengusir bayangan suara di mindanya

terpejam rapat matanya menahan sakit yang teramat sakit di kepalanya

"ila awak ok ke tak ni? kalau tak jum kita pergi hospital!"... sudah gelabah dirinya melihat bertapa sakit isterinya, air mata mahu saja mengalir tika ini

"ila".. seru daniel lagi tatkala melihat wajah ila yang sudah bertukar pucat

"AIRA!!"... sebutnya lantang membuatkan mata ila terbuka luas

ila memandang wajah daniel lama
"dear!".. sebutnya perlahan sebelum sakit dikepalanya kembali datang

terkedu daniel seketika, betulkah apa yang dia dengar sebentar tadi

"argh!".. ila memegang kepalanya yang bagai rasa nak meletup

"dear!"..

buk!!...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience