bab 85

Romance Completed 12531

"mana diorang ni? dah pandai sekarang keluar tak inform dekat kita dulu! kalau aku dapat nia ni, tahu la apa aku nak hukum nanti!!".. omelnya perlahan sambil mencari susuk tubuh nia

"nasib kita check rakaman cctv tadi, kalau tak kita pun tak tahu diorang keluar tak bagitahu kita!! i think ni mesti cadangan si ila ni, otak isteri aku tu bukan betul sangat, tengok dua hari lepas sudah, ada dia bagi kucing aku minum air kopi!! tak ke gila tu!".. bidas daniel

"lepas ni kita kena kawal ketat diorang tu, jangan bagi diorang keluar tanpa kita, aku tak nak pisang berbuah dua kali, cukup lah aku menderita sakit dulu".. haikal mengeluh berat

"aku setuju kata kau tu kal! tapi tu lah diorang takkan faham apa yang kita cuba buat untuk diorang, tengok lah sekarang dah pandai curi ii keluar".. sampuk danish

"hmm betul, diorang tak faham dan diorang tak tahu apa sebenarnya berlaku, kita cuba protect diorang dari bahaya tapi diorang anggap kita ni kawal hidup diorang".. keluh haziq perlahan

"so kita sebagai lelaki merangkap suami kepada isteri kita walaupun isteri kita tak tahu pun kita ni suami diorang, kita perlu lindungi isteri kita dari bahaya, sebab aku yakin ada something yang akan berlaku one day nanti, so aku nak korang jangan mengeluh and jangan putus asa, ingat bertapa susahnya kita nak tawan hati isteri kita dulu, takkan sesenang tu je kita nak lepaskan mereka!!...ucap ash bagi menaikkan semangat kepada kawannya

"yup!! aku akan pastikan aina yang dulu kembali, sebab aku rindu nak dengar mulut becok dia tu".. ujar haikal yakin

tetiba langkah mereka mati tatkala mendengar satu suara jeritan yang memintata tolong, mata mereka terus beralih kepada suara tersebut

tetiba rayyan ternampak dari atas susuk tubuh nia yang sedang mengejar seorang lelaki yang berpakaian hoddie hitam

"shit!! tak guna!!".. rayyan mendengus kasar, pedih hatinya melihat kepala nia dihentak kuat pada dinding, dengan lantasnya kaki berlari ke arah lif lalu menekan butang lif ke atas, wow!! shopping mall ni ada lif ye anak ii, ceh buat teruk kau!!

-------------------

"nia!".. panggil rayyan lantang menarik perhatian nia

lantas nia berpusing ke belakang melihat siapakah gerangan yang menyeru namanya

tercegang dia melihat rayyan yang sedang merenung tajam padanya

rayyan merenung tajam luka pada kepala nia, tanpa menunggu lama lantas dia menerpa ke arah nia, sesak dadanya melihat darah yang mengalir di kepala nia, air mata sudah bergenang ditubir mata, takkan dibiarkan isterinya terluka lagi walau tercucuk jarum sekalipun

"sakit ke hmm?".. soal rayyan lembut, ada getaran disebalik suaranya, dia cuba menahan sebak didada, kepala nia disentuh lembut

dia mengelap darah yang mengalir menggunakan hujung lengan bajunya, terus dia menarik nia ke dalam dakapannya

terkedu nia saat dipeluk erat oleh rayyan, nak menolak rasa bersalah pula, nak biarkan takut berdosa pula? macam mana ni? diluah mati mak ditelan mati bapak??

"ray!"...
------------------------

"nurul aira maisarah!!".. lantang suara daniel menyeru nama isterinya

ila hanya buat tak endah saja, bukan nama dia pun so dia buat tak tahu aje lah!

dia berpaling ke arah tepi sekilas, melihat wajah seseorang yang merenung tajam padanya hanya memandang biasa saja, tetiba matanya membulat besar bila mendapat tangkap wajah yang perhati tajam dirinya, lantas dia berpaling semula ke tepi and what!!...

seram melihat wajah daniel yang bagai singa kelaparan tu, terus dia menerpa ke arah nia!

--------------------------

and..damn!!

terkedu amar melihat wajah nia yang sedang tersenyum manis padanya, dia memandang nia dan rayyan silih berganti, bagai tak percaya dirinya tika ini yang didepannya ni adalah....kyra!!

"sama ii bang, lagipun risau saya tengok isteri abang ni tengah sarat mengandung".. nia mengukirkan senyuman manis

tersentak dirinya, difikirkan pelanduk 2 serupa tapi bila mendengar suara gadis ini memang persis suara kyra, sebijik!!

"nia!!".. panggil ila lalu datang berdiri si sebelah nia

mata amar terus beralih pada gadis yang berdiri bersebelahan nia

longgar rasa lututnya ni, terasa sebak dalam dada, air jernih sudah bertakung tunggu masa saja mahu tumpah, sesak dada melihat wajah persis adik kandungnya

"aira!".. sebutnya perlahan, air mata menitis satu persatu membasahi wajahnya

dilihat pula wajah 4 orang gadis yang tetiba muncul didepannya, tumpah lagi air mata melihat wajah yang sangat serupa..

"ray! apa semua ni?".. soal amar perlahan menahan sebak

rayyan dan kawannya memandang sesama sendiri

----------------------------------------

(Flashback)

"jadi kamu datang sini nak pastikan yang mereka semua tu betul atau tidak isteri kamu?"..soal pak ismad tatkala mendengar cerita 6 jejaka yang sedang duduk memandangnya

"iya pakcik, hampir setahun dah kami tak dapat khabar berita langsung pasal mereka jadi kami ingat mereka dah mati akibat terjatuh masuk dalam gaung, kami agak terkejut juga waktu pertama kali kami jumpa mereka sewaktu mereka merompak rumah kami macam yang saya cerita tadi pakcik".. balas rayyan sopan

"hmm, sebenarnya mereka tu cuma anak angkat pakcik aje, pakcik dah anggap macam anak pakcik, waktu pertama kali pakcik jumpa diorang......

(Flashback)

"leha aku dah cakapkan dekat kamu, jangan membawang lama sangat dengan si kiah adik kamu tu! aku kejap lagi budak silat datang nak berlatih, ini dah lambat mahu sejam baru nak sampai!".. bebel pak ismad sambil memandu van buruk kesayangannya

"abang ni kita bukan selalu pun pergi rumah kiah tu, dah alang ii anak dia nikah harini, biar la saya berborak lama sikit dengan adik saya yang abang tu tak menyempat nak balik, macam lah abang tak boleh bagitahu si leman tu untuk tunda esok berlatih

"masalahnya dah 3 hari berturut ii aku tunda, kamu nak tunda berapa hari lagi? setahun? hah nanti kamu makan saja nasi dengan kicap, lepastu jangan kamu mengadu dekat aku teringin nak makan sotong, ayam apa semua tu"...

"sudah lah bang, menyampah saya bercakap dengan abang ni, ada saja alasan nak bagi, kira nak menang je kut dia! ni abang ikut jalan mana ni sunyi semacam aje?".. soal mak leha, dilihat kiri kanan hanya hutan tebal

"dah nak sampai cepat aku ikut la jalan singkat, cepat sikit sampai rumah nanti"

"eh bang berhenti ii, ya allah kenapa tu".. mak leha sudah kelam kabut keluar dari perut van diikuti oleh pak ismad

"bang ni kes kena langgar ke kena bunuh ni?".. soal mak leha panik, dilihat 6 gadis sudah terlantar di atas jalan dipenuhi darah

"tolong aku angkat bawak masuk van ni leha".. ujar pak ismad, mak leha menggangukkan kepala lalu menolong suaminya mengangkat satu persatu tubuh 6 gadis itu

--------------------------------

"hah macam mana nisya? ok ke tidak budak ii tu?".. soal mak leha setelah nisya iaitu anak kepada kawan baiknya merawat 6 gadis tersebut

"saya tak pasti makcik, selanjutnya ni kita kena bawak pergi hospital untuk ketahui apa yang berlaku? tapi tak apa saya dah cuba rawat sebaik mungkin, cuma kecederaan di kepala mereka agak teruk sedikit mungkin mereka akan mengalami amnesia secara ringkasnya disebut hilang ingatan, emm kita kena tunggu dulu pesakit sedar untuk ketahui selanjutnya!".. panjang lebar nisya menerangkan pada mak leha dan juga pak ismad, nasib kliniknya tak ramai orang, boleh la dia merawat pesakit tersebut tanpa kelam kabut

mak leha dan pak ismad menggangukkan kepala tanda memahami

(End Flashback)

"macam tu lah ceritanya, lepas saja budak ii tu sedar mereka tak kenal diri mereka langsung, nama pun mereka tak tahu, jadi pakcik dan makcik bercadang untuk merawat menggunakan rawatan tradisional saja".. jelas pak ismad menerangkan pada mereka

"maaflah kami tak buat laporan pasal mereka, kami ada bercadang untuk membuat laporan tentang mereka, tapi mereka yang tak bagi, mereka kata biar mereka sendiri yang cari siapa diri mereka dan mereka juga lah yang minta rawat menggunakan rawatan tradisional".. celah mak leha sambil menatang dulang yang berisi 6 gelas air sirap bandung dan sepinggan pisang goreng

dulang diletakkan atas meja, gelas diagihkan kepada mereka satu persatu, pinggan yang berisi pisang goreng diletakkan atas meja

"jemputlah minum makan".. pelawa mak leha mendapat anggukan dari mereka

(End Flashback)

"macam tu lah ceritanya bang".. ujar rayyan sambil menyeka air mata yang mengalir perlahan

yang lain juga menyeka air mata masing ii, sedih bila mengigatkan kejadian yang menimpa isteri mereka

mata amar sudah merah akibat banyak mengalirkan air mata, hidung pun sudah terasa sumbat, dikerling sedikit ke arah 6 gadis yang sedang tersenyum riang dan tertawa suka berborak bersama isterinya afiyah

"kenapa tak bagitahu abang?!".. soal amar, tangan masih menyeka air mata yang mengalir, sebak dada melihat wajah sepupunya yang dianggap sebagai adiknya sendiri, dan paling sebak tatkala melihat wajah adik kandungnya yang setiap masa dia rindu

"kami tak nak susahkan abang and kami tak nak abang sedih bila mendapat tahu tentang ni, lagipun kami nak pastikan yang mereka betul ii ingat kembali baru kami beritahu abang".. terang rayyan

"tak apa lah, abang faham, abang dah bersyukur sangat ii dapat jumpa kembali adik ii abang, jaga lah mereka baik ii pastikan perkara yang dulu tak berlaku lagi"..pesan amar lalu menarik nafas panjang

"ok lah abang balik dulu, tolong jaga diorang dengan baik, abang tak nak kehilangan diorang buat kali ke dua".. pesan amar sebelum melangkah ke arah isterinya

"sayang jum balik, dah lewat ni".. tegur amar disebelah afiyah

"ouh ok, bye lain kali kita jumpa lagi!".. ucap afiyah lembut, punggung diangkat dari duduk

"hye nama adik sapa?".. soal amar lalu duduk bertinggung didepan ila

terkejut ila tatkala lelaki ni datang duduk bertinggung didepannya

"i ila"... balas ila gugup

"ouh nice name! my name amar just call me abang am thanks for you all help my wife".. ucap amar dengan senyuman manis lalu dia kembali berdiri

"ok see you later, abang pergi dulu jaga diri elok ii".. kepala ila diggosok lembut sebelum langkah dibuka keluar dari kedai makan tersebut

ila sudah tercegang melihat susuk tubuh amar yang kian menghilang, tangannya memegang kepala yang diggosok amar tadi

kenapa dia rasa macam pernah buat benda tu?

"weyh ila!".. fiqah menyiku ila

terhenti lamunan ila
"hah kenapa?".. soal ila blur..

"tu kau tengok tu?".. fiqah menuncungkan mulut pada arah 6 jejaka tersebut

terkedu mereka saat melihat 6 jejaka tersebut sedang merenung tajam pada mereka, seakan mahu menghukum mereka

gulp!..and...6 jejaka tersebut telah pun bangun menuju ke arah mereka

jantung sudah berdegup laju, peluh menitis keluar

pap!!..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience