"Tapi maaf kami bukan isteri korang!..kami kenal siapa diri kami..."
zap!..
bagai terbelah dua hati mereka tika ini..mendengar kata nia barusan membuatkan jiwa terasa lemah..habis selama ni yang mereka sangkakan adalah orang yang salah?..
"apa buktinya?.." soal rayyan dengan nada bergetar..tak sanggup dia menerima hakikat yang sebenarnya nia bukanlah isterinya..dia menaruh harapan setinggi gunung pada nia selama ni!..hancur berderai lah harapannya kalau begini..jadi isterinya mana?..sudah tiada ke dalam dunia ni?...
"buktinya?..beberapa hari lepas kami sudah jumpa keluarga sebenar kami!..dan alhamdulilah mereka boleh terima kami dan sekarang kami akan balik semula pada family kami.."ujar nia dengan senyuman nipis
berpinar mata memandang nia..kepala tetiba saja berasa pusing..mata terpejam rapat cuba menerima sesuatu yang belum pasti dia dapat hadam ke belum sekarang ni...air mata sekali lagi melimpah ruah keluar..dirinya sangat lemah hanya kerana seorang wanita...
daniel tertawa kecil meski dalam tangisan..terasa lucu pula mendengar..air mata sedia saja menurun..walau hati terasa bagai dihiris dengan pisau dia masih tertawa kecil..apakah ini takdir?..kenapa takdir sekejam begini?..tangan diletakkan atas kepala..masih tak henti tawa kecilnya..dia cuba menghadam hakikat yang baginya sangat tak masuk akal!..
"jadi selama ni korang memang bukan isteri kami?..so kau nak kata kami salah orang?..kau buat lawak apa ni?.." soal daniel sambil tertawa kecil..menitis setitis air matanya..
"kami tak buat lawak..memang betul saya bukan isteri awak!..saya sebenarnya dah ada husband!.." ujar ila menyentakkan daniel..hilang terus tawa kecilnya
gulp!...
sungguh dirinya bagai terpanah petir..jatuh terduduk dirinya diatas tanah..baju diggengam kuat...kenapa?..kenapa dia perlu melalui sesuatu yang begini?..sumpah dia tak kuat nak hadap situasi yang menyakitkan ini..
"ni semua tak betul kan?...cakap sekarang ni mimpi kan?..dira kau isteri aku kan?..CAKAPLAH!!.." jerkah danish kuat..dia tak boleh!..dia tak boleh berterusan begini..dia sudah terpaut hati bersama dira..mana mungkin dira bukan isterinya?..hati kuat mengatakan dira isterinya?...
"m maaf.." ujar dira tersekat...gugur air mata melihat danish yang bagai kerasukan itu
danish mengurut pelipis dahi..diseka kasar air matanya...
"a awak..s saya.." nadia cuba menghampiri haikal yang bagai tak berdaya itu menangis..
haikal menghalang nadia dari mendekatinya...berkaca mata memandang nadia..
"tak tak!..jangan dekati saya!..rupanya selama ni awak bukan isteri saya?..bodohnya saya percaya yang awak isteri saya.." tergelak sinis haikal meski dalam tangisan..wajah diraup..bibir dikemam sedikit..
"ifa!..jadi awak pun dah bersuami?..kiranya awak dah jumpa keluarga sebenar awak?.." soal haziq perlahan..perlahan mata melorot memandang ifa yang tampak bersalah itu..kepala diggeleng perlahan..air mata diseka kasar..salah dirinya ke sampai dia perlu terima hukuman sebegini?..
ifa mengganguk perlahan..jelas menampakkan wajahnya bersalah..
"bodoh kan saya menaruh hati pada orang yang dah berpunya?..bodoh kan saya sampai tak kenal isteri saya siapa?..bodoh kan saya menaruh harapan terlalu banyak pada awak?..kenapa bodoh sangat saya?.." soal haziq sesal...nafas ditarik sedalam mungkin..merah sudah hidungnya kerana banyak menangis
mahu saja ifa memeluk haziq..tapi apakan daya..hanya mampu melihat saja haziq menangis
"don't come near me.." halang ash saat melihat fiqah mahu menghampirinya
terhenti langkah fiqah..redup mata memandang ash yang tampak begitu sedih
"maafkan saya sebab selalu menggangu awak..selalu control hidup awak..saya sangkakan awak isteri saya tapi saya silap..awak bukan isteri saya dan mustahil saya mahu jatuh cinta pada perempuan yang bukan isteri saya..please..pergi jauh dari sini..saya dah cukup penat lalui semua ni..biarlah semuanya terhenti disini..biarlah saya menahan rasa sakit tu..lagi sakit saya jika saya lihat muka awak yang persis isteri saya..itu membuatkan jiwa saya terseksa..tolong pergi!.." ujar ash perlahan bersama air jernih yang menitis perlahan
rayyan mengganguk perlahan..wajah diraup kasar..
"baiklah..awak boleh pergi dari sini dan bebas dari kami..kami tak akan ganggu korang lagi..perjanjian bersyarat itu dibatalkan..korang boleh hidup seperti yang korang mahu tanpa gangguan kami..sekali lagi kami minta maaf atas kesalahan kami mengawal hidup korang..terima kasih untuk bahagiakan diri kami walau hanya sementara..thanks for everything.." ucap rayyan perlahan..lalu badan berpusing ke belakang dan mula mengatur langkah berlalu dari situ..yang lain juga mengikut rayyan
6 orang gadis itu memandang sesama sendiri lalu terlukir senyuman lebar..plan mereka sudah berjaya untuk membuatkan 6 jejaka itu bersedih pada mereka..huhu..iya mereka sudah ingat diri mereka..sejak bila?..sejak tadi waktu mereka diculik
'Flashback'
diri tersedar saat ditarik kuat..terkebil mereka memandang luar hutan yang gelap itu..
"keluar!.." arah seorang lelaki kasar memaksa nia dan yang lain keluar dari perut van
nia perlahan keluar bersama yang lain..mereka memandang sesama sendiri..
badan ditolak kasar masuk ke dalam bangunan yang tampak lama itu..setelah masuk ke dalam bangunan itu nia memerhati sekeliling yang penuh ramai dengan lelaki
"wuuu ada lauk lah malam ni kita nak makan!.." seorang lelaki berkata lalu ketawa besar..
"boleh tahan cantik wuh..bergetar tulang rusuk aku ni..tak sabar nak ratah lauk ni mesti sedap..aku dulu ehh yang rasmikan!.." bibir bawah dijilat sambil memandang geram pada 6 gadis itu
mereka memandang tajam pada sekumpulan lelaki yang nampak miang itu..
seorang lelaki perlahan datang ke arah nia..wajah nia dipegang lembut..wajah jelas menunjukkan wajah miangnya
nia menepis kasar tangan lelaki tu..dia meludah tepat pada lelaki tu..
dia ketawa besar..sekali lagi wajah nia dipegang
"aku suka garang ii..dia nampak ganas..dah tentu waktu aku ratah kau nanti kau mengganas juga kan..ganas ii ni yang buat aku geram.."
"lepaskan tangan kau dari pipi aku!.." arah nia serius
"kalau aku tak nak?..bukan setakat pipi kau je aku boleh sentuh..seluruh badan kau pun aku boleh sentuh.." gelaknya jahat
nia berdecit sebal..
"aku cakap lepas tu!...LEPASLAH!!.." tengking nia kuat lalu menghentak kepalanya pada kepala lelaki tu..dan secara automatik semua lelaki datang mendekati mereka
6 gadis itu sudah bersiap sedia untuk berlawan
lelaki yang dihentak kepala tu merengus geram..
"belasah mereka!.." jeritnya kuat
dan semua dengan lajunya membuat serangan pada 6 gadis tersebut
argh!..
kepala 6 gadis tu terhentak di dinding bangunan tersebut secara serentak..
berpinar mata mereka..badan terasa mahu tumbang..dan secara tidak sengaja otak mereka terimbas satu kenangan
dan dimana kenangan mereka bermesra sesama sendiri..kenangan bersama ibu bapa mereka dan atok mereka..tidak lupa juga kenangan bersama suami mereka..dengan kenangan itu telah menyedarkan mereka di alam nyata..
mereka memandang sesama sendiri
"ika?.." soal nia
"kyra?.." soal fiqah semula
"sara..mia..aina..aira?..korang kan ni.." soal nia lagi
mereka semua memandang nia dengan mata terkebil..
"kyra?..kau kan?.." soal mereka serentak
"ye la aku lah tu!.." balas nia yang sudah tersenyum lebar..terus mereka berpelukan sesama sendiri..terlompat bahagia mereka kerana dapat mengigat kembali
"aduh..rupanya selama ni kita cousin doh..aku ingat kita kawan hahaha.." ujar ila dengan tawa besar..tersenyum riang mereka melompat..berpelukan sesama sendiri..sampai tak perdulikan sekumpulan lelaki yang menyaksikan adegan bahagia mereka
"seronok weyh dapat ingat balik...argh teruja aku siot!..." balas nadia
"bawak diorang..ikat sekali tangan mereka letak dalam bilik hujung.." arah seseorang..
terus saja 6 orang lelaki datang menarik mereka dari berpelukan..
mereka membawa 6 gadis tu diletakkan dalam satu bilik yang sudah usang
setelah mengikat tangan 6 gadis tersebut..mereka keluar lalu menutup pintu yang hampir reput itu
"kyra!..kita dah ingat so macam mana dengan suami kita?.." soal ifa
"apa kata kita buat tak kenal diorang!.." ujar ila memberi idea
"aku setuju dengan cadangan aira tu!..selama ni diorang buli kita macam ii!..mentang ii lah kita tak ingat..sekarang kita buat diorang menderita pula!..bidas dira
"eeii tak sabar aku nak belasah si haikal ni!..tunggu dia..aina yang lama sudah kembali!.." ujar nadia lalu ketawa jahat
"macam mana kyra?..aku pun tak sabar nak tengok apa reaksi diorang ni!.." bidas fiqah dengan senyuman jahat..sudah lama rasanya dia tak sakat ash
nia berfikir sejenak..terus saja bibir tersenyum lebar
"hmm ok..kita buat ii macam tak kenal diorang faham!..kita tengok apa reaksi diorang.." ujar nia serius
yang lain mengganguk faham sambil menyeka air mata yang tetiba mengalir tanpa dipinta.. maybe air mata bahagia...
krek~
pandangan terus teralih pada pintu bangunan yang hampir reput itu terbuka sedikit
'End Flashback'
tersenyum lebar mereka sesama sendiri..lantas kaki berlari lalu memeluk suami mereka dari belakang
tersentak mereka saat dipeluk dari belakang..langkah terus terhenti
"saya ingat siapa diri saya..and saya ingat suami saya siapa?..saya nurul kyra nasuha isteri kepada rayyan imran.." ujar nia sambil membenamkan wajah dibelakang tubuh rayyan
gulp...
terkedu rayyan..mata sudah terbutang luas..air mata laju diseka..pantas badan berpusing ke belakang menghadap nia
"hye abang!.." sapa nia dengan senyuman manis..
"s sayang?.." soal rayyan bagai tak percaya..lantas saja dia memeluk tubuh nia erat bagai tak mahu lepas..rindu pada isterinya semakin membuak ii
"ya allah sayang..abang mati ii ingat sayang bukan isteri abang..kenapa buat abang macam ni hmm?.." pipi nia dikucup berkali ii membuatkan nia tertawa geli
"abang geli lah..hehe saja je nak tengok reaksi abang macam mana..rindu sayang tak?.." tangan melingkar leher rayyan
"gila tak rindu isteri abang yang manja ni?..nak tercabut nyawa abang bila sayang sakat abang macam tu tadi..eish sayang ni nakal!.." hidung nia dicuit
"ye ke nak tercabut?..love you abang..now sayang dah ada disisi abang..sorry sebab makan masa sayang nak ingat kembai pasal kita.."
"it's okay..janji sayang dah ingat..kalau 10 tahun akan datang pun abang sanggup tunggu untuk sayang ingat..janji sayang ada disisi abang pun dah cukup..rindunya abang dekat sayang.." pipi nia dikucup lagi..
nia tertawa kecil..tangan menampar lembut badan rayyan
"abang sudah lah...geli lah.."
"eh biarlah..ini hukuman sayang sebab buat abang nangis tadi!.." bibir nia disambar sekilas
"apa abang ni malu lah!.." ujar nia malu saat dicium
"nak malu apa?..isteri abang kan..lagipun tak ada sesiapa pun dekat sini..sayang kiss lagi.." pinta rayyan manja
"ish tak nak lah..nak lebih ii tunggu lah balik nanti.."
"hah jum balik sekarang..jum laaaa..." renget rayyan manja..tersenyum nia melihat perangai rayyan yang sudah berubah menjadi manja
ila berlari dan memeluk tubuh daniel erat..terhenti langkah daniel..dia terdiam seketika
"sudah ila..awak tak perlu minta maaf tentang apa ii lagi..cukuplah harini saya terseksa..lepaskan tangan awak dari peluk saya..tak elok suami awak nampak nanti.." ujar daniel perlahan..air mata diseka kasar..dia perlu menahan air mata dari gugur..sampai bila dia perlu jadi lembik dan menangis hanya kerana wanita?..biarlah apa pun yang berlaku..yang pastinya sekarang ni dia perlu kuat
"emm tak nak..saya nak peluk awak juga..awak nak tahu siapa suami saya?.." soal ila
daniel menggelengkan kepala..
"tak perlu..saya tak mahu hati saya terseksa lagi..saya doakan awak bahagia bersama suami awak.."
"dear...." panggil ila meleret
ok kali ni daniel tersentak..sekaligus badannya berpusing ke arah ila..mata sudah membutang melihat ila yang tersengih kambing
"terima kasih sebab doakan saya bahagia dengan suami tercinta saya ni..daniel rizki i love you dari sweety mu yang tercinta aira maisarah.." bisik ila perlahan tapi cukup membuatkan daniel tercegang..bagai tak percaya mata memandang ila
"s sweety?..apa sebenarnya ni?.." soalnya bingung
"ni sweety lah dear..sampai hati tak kenal sweety..saja je sweety bergurau dengan dear kata yang sweety bukan isteri dear hehe..jangan marah tau.." dia membuat muka sehabis comel..cuba memancing daniel supaya tak marah
pantas daniel memeluk ila kuat..tak dihiraukan tangannya yang sakit akibat ditembak..jatuh lagi air matanya..tak tahu nak rasa marah ke bahagia sekarang ni?..marah sebab ditipu and bahagia sebab benda yang ditipu tu tak jadi betul ii..fuh selamat!..bahagia juga akhirnya..
"sweety tak baik buat dear macam ni!..nak gila dear menangis sebab kena tipu hidup ii dengan sweety!..memang suka bagi dear sedih ke?..sweety suka buat dear risau..cuba ubah sikit perangai tu.." omel daniel bersama tangisan kecil...haih dalam menangis pun sibuk nak mengomel pun!..
ila mengusap lembut kepala daniel..rasa bersalah pula..
"alololo...tak mo macam tu..dear nak nangis ke nak berleter dekat sweety ni?..sorry lah saja nak sakat dear sebab terasa lama tak sakat dear.." pujuk ila lembut
daniel laju menyeka air matanya
"lagi sekali sweety buat dear macam ni!..tahu lah nasib sweety nanti!..memang dear tak ampun kan dosa sweety nanti tengoklah!..." ugut daniel menggundang tawa ila
"haih dear marah sangat tu?..alah bergurau sikit tak boleh..dear patut bersyukur sweety mengaku..cuba kalau sweety masih tak mengaku yang sweety ni isteri dear?..memang dah lama surat perkahwinan kedua aira maisarah sampai dekat office dear.."
daniel mencerlung tajam pada ila
"berani buatlah?..kalau sweety nak tengok suami baru sweety tu lumpuh satu badan try lah buat?.." ila dijeling tajam
tertawa besar ila melihat wajah cemberut daniel
"suami lama ke suami baru ke tetap tak ubah hati sweety ni!..my heart is only for you darling.."
tersenyum malu daniel mendengar..haih blushing lah pula..
"dear dah lama kita tak kiss kan?..jum kiss nak?.." pinta ila
"agak ii lah kalau nak kiss dekat sini pun..balik nanti lah apa ii pun..malam ni sweety tidur dengan dear kan?.."
"habistu tak kan nak tidur dengan uncle cina sebelah rumah tu kut?.."
"malam ni siaplah sweety!..memang kena ratah lah teruk ii nanti dengan dear..pandai sangat menyakat orang.."
memuncung mulut ila..sakat pun salah..apa lah nasib..
ifa datang menghampiri haziq dari belakang
"awak memang bodoh haziq!.."
terhenti langkah haziq..
"bie memang bodoh sebab tak kenal isteri bie sendiri?..i'm your wife haziq fahmi!..dare you not know me?.."soal ifa menatap tajam pada haziq
tercegang haziq dibuatnya
"s sayang?....sayang ke tu?.."
tersenyum lebar ifa
"yes..i'm your sayang..come hug me bie.."
laju dia menyeka air mata..bibir sudah tersenyum..terhinjut kaki melangkah ke arah ifa..kaki yang sakit akibat ditembak tak dihiraukan..yang dia tahu sekarang ni dia mahu peluk isterinya
"sayanggg...." renget haziq memeluk ifa..terus saja dia menghemburkan tangisan sekuatnya..bingit telinga ifa mendengar
"apa sayang buat bie macam ni!..s sayang tak kesian ke t tengok bie d dengan kaki sakit macam ni!..b boleh pula dia sakat kita.." bebelnya bersama tangisan kecil
tertawa kecil ifa mendengar bebelan haziq..rambut haziq diusap lembut
"saja je sayang nak tengok reaksi bie macam mana..sedih sangat bie eh.."
"mana tak sedih!..kita ingat awak tu isteri kita..lepastu mengaku bukan isteri kita pula.." bebelnya lagi
"bie ni memang tabiat suka menangis ke?..dari start kahwin dulu sampai sekarang kerja menangis je?..nanti ada anak tak kan nak menangis juga?.." soal ifa..tak tahu lah apa perangai suaminya ni..dari dulu kerja menangis..harap sangat nanti kalau ada anak perangai tak macam ayah dia ni..buruk nau menangis..
haziq meleraikan pelukan..bersinar mata memandang ifa..bibir sudah terlukir senyuman
"sayang cakap apa tadi?..anak?..kenapa sayang nak anak ke?.." soalnya dengan sengihan
"sayang tak cakap pun...sayang just tanya kalau ada anak nanti macam mana?..tak kan nak menangis macam ni lagi kut?..buat malu je nanti.."
"eh biarlah..bie nak menangis..merenget dekat sayang je..kalau bie merenget depan perempuan lain nanti baru tahu kut.." ugut haziq menggundang cubitan diperutnya
"argh aduh..sakitlah sayang..dah lah kaki sakit kena tembak..hati pun sakit kena tipu..ni perut pun sakit kena cubit..hah sayang nak buat apa lagi bagi sakit bie?.."
"berani bie merenget dekat perempuan lain..mati dua ii ekor nanti aku kerjakan.."
"sayang,...kalaulah sayang izinkan bie kahwin lain, perempuan yang macam mana sayang nak jadikan madu sayang?.." soal haziq menggundang kemarahan ifa..
haih..bengang pula dia melihat haziq ni..tanya soal madu sangat apahal?..nak kahwin sangat?..tengoklah sebelum dia kahwin dengan perempuan lain tu memang aku kerat dia punya ehem tu!..gatal tak bertempat
"perempuan yang rela mati sehari lepas kahwin.." bidas ifa sebal..tajam dia memandang haziq
tersentak haziq..gulp!..dia tertawa kekok seketika menghilangkan suasana tegang
"tak ada lah..bie gurau je..mana mungkin bie nak kahwin lain..yang ada ni pun dah cukup cantik dimata bie.."lengan ifa dipaut manja
ifa hanya memandang jengkel saja pada haziq..tahu takut..
"hubby?.." panggil dira perlahan tapi cukup membuatkan danish terkedu..perlahan badan berpusing menghadap dira yang sudah mengalirkan air mata..
"hubby!..i miss you.."terus saja dia menerpa ke arah danish dan memeluk erat..
danish tak membalas pelukan dira..masih bingung dia sekarang ni?..apa sebenarnya ni?..
"hubby..beabea minta maaf sebab tipu kata beabea bukan isteri hubby tadi..sorry.." ucap dira yang tersedu sedan menangis
terpana dia seketika...ouh jadinya tadi hanya lakonan?..cis membazir air mata saja menangis..
"so beabea tipu hubby?.."soalnya serius
dira mengganguk kepala laju..perlahan dia merungkaikan pelukan saat melihat wajah serius danish..seram lah pula!..
serius saja wajah danish memandang dira..beberapa detik dia memandang dira dengan pandangan tajam..tetiba wajah yang serius bertukar ceria..bibir sudah tersenyum lebar..
"beabea!..." jerit danish bersama rengekan lalu memeluk dira erat..
terkebil ii dira seketika..lama dia diam lalu membalas pelukan danish
"betul kan ni beabea?..ke ada tertukar orang nanti..ke salah orang ni?..berdosa kalau peluk orang yang salah nanti!.." pelukan dileraikan..wajah dira dibelek..
"ish hubby ni..betul lah ni beabea..hubby dah kenapa?.." tangan menepis tangan danish
"ya allah beabea ku dah balik...rindunya hubby..lama tak peluk..kenapa pipi beabea sekarang nampak chubby?..beabea kuat makan ni sekarang!.." pipi dira digomoi geram..tembam sunggu pipi isterinya ni..macam nak gigit je aih!..
"tapi...sekarang beabea ada penyakit..dokter cakap hati beabea sakit.." keluhnya panjang
tersentak danish..
"hah hati sakit?.." ujarnya kuat..terkejut punya pasal lah ni
dira mengganguk perlahan..mata sayu memandang danish
"kenapa hati sakit pula?..beabea buat apa sampai hati tu sakit..eei beabea ni cuba lah jaga diri tu sikit!.." bebel danish
"hati sakit sebab menahan rindu pada hubby..sekarang dah ada hubby hati dah tak sakit lah..dia jadi berdebar dup dap dup dap..rasa macam nak terkeluar hati beabea ni hubby!.." bidas dira tersenyum lebar
mendengar ayat sweet dari dira membuatkan dirinya malu..dia menekup wajahnya menggunakan kedua tapak tangannya..tersenyum malu dia
"alolo..malu ke tu?..comelnya dia malu..macam nak je gomoi pipi dia ni.." pipi danish dicubit geram
danish sudah bagai orang gila tersenyum malu..badan tergedik ii melengkok didepan dira..wajah sudah merah menahan malu
"beabea jam hubby mana?.."
"aik?..jam apa?.." bingung dia sekejap..sejak bila jam danish ada dekat dia?..
"jambatan ke hati beabea lah hehe.." lagi sekali wajahnya ditekup menggunakan tapak tangan setelah memberi ayat sweet pada isterinya..dia yang bagi dia pula yang melebih gediknya..
dira menampar lembut lengan danish bersama senyuman malu..bibir dikemam sedikit..ini lah masalah bila dua orang pasangan sweet melekat kembali..dia punya gedik tu macam minta penampar
"beabea ii...tahu tak apa beza beabea dengan bulan?.."
"nak.." balas dira dengan senyuman
"kalau bulan bercahaya dekat bumi..tapi beabea bercahaya dekat hati hubby.." hidung dira dicuit kecil
dira jangan cakap lah..tergedik dia macam minta kaki..terlengkok ii badan didepan danish..bibir sudah dikemam rapat..membahang muka sekarang ni..padah bila dapat suami kaki sweet nih!..dari waras terus jadi tak waras
"awak berhenti!.." halang fiqah menghentikan langkah ash
"awak nak apa lagi fiqah?..sudah lah sa.." terhenti bicaranya saat ada satu tangan melingkar pinggangnya dari belakang..terkedu dia sebentar
"abang marah baby lagi ke?..sorry lah pasal tadi?..saja baby gurau dengan abang.." ujar fiqah perlahan sambil membenamkan wajah dibelakang tubuh ash..bau haruman badan ash sungguh membuatkan hatinya nyaman..lama sudah dia tidak bau haruman badan ash..
tersentak ash...dia salah dengar ke tadi?...
"abang..baby minta maaf..jangan lah diam macam ni..i'm your wife ashraf rizmi!.." ujar fiqah sedikit kuat..geram pula bila ash hanya diamkan diri..
laju ash memusingkan badan memandang fiqah..wajah fiqah dipegang..mata memandang dalam anak mata fiqah
"ika?.."soalnya sedikit gugup
fiqah mengganguk kepala perlahan bersama senyuman
terpana dia seketika..jadi tadi apa?..haih kali ni dia rasa geram..penat dia buat ayat paling tersedih diantara ranking dunia pakej air mata sekali ha ada pula tu!..bukan setakat air mata!..air hingus pun ada..ye la siapa yang menangis tak terkeluar air hingus.. amende lah..dia kena tipu guys?..
"sorry isteri saya bukan awak!..saya kenal isteri saya.." bidas ash serius..kali ni biar dia pula yang sakat fiqah..ha ingat fiqah sorang je ke boleh sakat benda bangang ni?..dia pun boleh lah
terkedu fiqah..mata memandang ash yang memandang serius padanya..agak tak percaya ayat yang keluar dari mulut ash itu?..
"a..abang...k kenapa cakap macam tu?..i..ini baby lah nurul qaisara zulaikha!..k kenapa pula baby buka isteri a...abang?.." tersekat dia menyoal..gugup pula rasa
terjongkit kening ash..wajah kosong ditayangkan pada fiqah
"sebab awak yang mengaku tadi?..dan saya percaya kata ii awak!..saya ni sekali orang tu dah mengaku sesuatu sampai mati saya percaya benda tu!..dan agak sulit untuk saya terima kenyataan sekarang yang awak kata awak isteri saya? sedangkan tadi awak cakap awak bukan isteri saya?..awak fikir ni kelakar ke?..seronok ke permainkan hati orang?..benda ni bukan boleh bawak main!..so please saya tak akan percaya lagi kata ii awak!.." tegas ash berkata membuatkan fiqah betul ii tersentak
terkebil ii dia memandang ash..bila masa dia mengaku?..dia just senyap je tadi kan?..rasa menyesal pula tipu ash tadi hmm...
"ouh..tak apa lah..sorry sebab permainkan hati awak..saya tak ada niat pun nak tipu awak..just bergurau..tapi tak tahu pula awak tak suka..i'm sorry..ok lah saya tak akan ganggu lagi awak..maaf sebab buat awak menangis.." ujar fiqah perlahan sebak..langkah dibuka perlahan berlalu dari situ
setapak demi setapak dia berjalan mengiringi air mata yang menitis..tak pasal ii dia pula yang menangis!..
ash tersenyum senget..dia berlari dan terus memeluk fiqah dari belakang membuatkan langkah dan air mata fiqah terhenti serta merta
gulp!..
"baby nak pergi mana?..kata isteri abang..kenalah ada dengan abang?..kenapa nak tinggal abang pula?..sudah lah baby tinggal abang lama..sakit jiwa abang tahan rindu dekat baby..dan sekarang baby nak pergi lagi?.." ujar ash meletakkan dagu diatas bahu fiqah
tersentak fiqah..apa barusan dia dengar ni benar?
"okay kali ni abang maafkan baby..lagi sekali baby tipu abang macam tu..tunggulah nasib baby nanti!.."
fiqah masih diam tak terkutik..masih terkejut, terpana, terpaku, tersentak..semua sekali masuk dalam dirinya
ash meleraikan pelukan saat merasa tiada respond dari fiqah..badan fiqah dipusing menghadapnya..
terkebil ii fiqah memandang ash..masih keliru sebenarnya ni!..
ash tersenyum senget...
cup!...
membutang mata fiqah saat bibirnya disambar sekilas oleh ash...
tersenyum lebar ash memandang wajah terkejut fiqah
"buat lagi muka comel macam tu abang kiss lagi.."ujar ash tersenyum miang
pantas saja fiqah mengemamkan bibir rapat..takut juga ash buat betul ii karang
ash tersenyum..lantas saja dia mengucup pipi fiqah
"a abang tak marah ke?..b..bukan tadi abang marah ke?.." soal fiqah gugup
ash menggeleng kepala
"abang gurau je..kalau baby boleh buat..kenapa abang tak boleh buat pula kan?.."
berkaca mata memandang ash..tak berguna punya ash..dia mati ii ingat ash tak terima dia dah!..
laju tangan menampar kuat tangan ash..tercebek bibir ingin menangis kerana ditipu oleh ash..okay baru dia tahu perasaan kena tipu tu macam mana!..
"hish apa ni!..tahu tak orang ingat abang dah tak terima orang dah!.." marah fiqah bengang..setitis air mata yang mengalir diseka rakus..
ash tertawa besar...fiqah ditarik dalam dakapannya
"tahu pun marah...dia buat dekat kita tak apa pula?..tu la lain kali jangan buat dekat orang!..kena batang hidung sendiri tahu pun nak menangis.." ujarnya dengan tawa..tangan membelai lembut rambut fiqah..
"orang bergurau je..tak payah lah balas!.." bidas fiqah yang tersedu sedan menangis
"halah ii..abang pun bergurau juga..dah sudah jangan menangis..sekarang baby dah ada disisi abang..so abang dah tak sunyi.." fiqah dipeluk erat..dia mencium ubun ii fiqah berkali ii..fiqah juga turut membalas pelukan ash..terasa rindu mahu berpeluk begini
"HAH APA!!..." jerit haikal kuat...
nadia cepat ii menekup mulut haikal..sebal dia melihat haikal..menjerit mengalahkan speaker dah kenapa!..
"eh abang nak anje sumbat speaker ke dalam mulut abang ni?..menjerit dah kenapa?..nak minta penampar?.." soal nadia bengang
haikal menepis tangan nadia yang menekup mulutnya...mana tak menjerit!..tengah elok dia berjalan sambil melayan hati yang sedih ni..tetiba nadia muncul dan menjerit kata dia aina..lepastu gurau je pasal tadi!..kau rasa aku nak menjerit ke nak menangis lagi?..
"tak ii...yang anje tipu abang kenapa?..anje tahu tak jantung abang macam nak berhenti!..abang terfikir dah nak cari keranda tadi!.." bebel haikal tak puas hati.
nadia memandang haikal atas bawah..dah kenapa nak cari keranda pula?..tak kan nak tidur dalam tu kut?..
"nak buat apa dengan keranda?..nak tidur dengan keranda tu?.."
"buat persiapan lah untuk diri abang mati malam ni!..dah anje tak ada..nak buat apa lagi abang hidup..abang hidup pun dah tak guna sebab tak ada isteri abang...so itu je lah yang abang terfikir dari tadi.."
meletus tawa nadia..boleh tahan juga otak suaminya ni..sampai terfikir nak bunuh diri sebab isteri tak ada..tak ke bangang tu?..
haikal memandang jengkel pada nadia yang gelak sakan padanya..
"gelak ii apa?..dia buat salah dekat orang lepastu bukan reti minta maaf..boleh pula gelak macam tercekik tulang ayam..kalau gelak lawa tak apa lah juga..ini gelak macam lembu makan rumput aje.."
terhenti tawa nadia..serius sekarang dia naik bengang dengan haikal..perangai tak berubah langsung..dari dulu suka samakan dia dengan binatang
"amboi.." meleret nadia berkata..
"mulut tu kalau tak menghina orang memang tak sah kan?..doa ii je la nanti mulut abang tu masih ada..takut esok pagi bangun mulut tu dah hilang je.." bidas nadia sebal
"menghina ke?..tapi abang rasa benda tu kenyataan..anje tak reti nak bezakan ke antara menghina dengan kenyataan?.."
"hah apa beza dia kalau pandai sangat?.."
"tak ada beza pun..bagi abang dua ii sama pada anje..kalau nak tahu benda yang abang kutuk tu lah kenyataan..tengok lah muka dah macam kuda baru bangun tidur..mata pula macam biawak hidup..hidung dah macam hidung zirafah..kulit pula putih dah tak macam orang pula.." kutuk haikal semahu mahunya..padahal baru setahun lepas dia berjanji pada dirinya tak akan mengutuk isterinya lagi dengan nama binatang..janji isterinya pulang pada pangkuannya..
nadia mengetap gigi geram..kalau boleh kutuk tu kan...sampai semua nama binatang dia nak samakan dengan aku!..
"eleh cakap dekat orang..kalau nak tahu muka abang tu macam kambing tengah susukan anak dia!..mata pula macam mata lalat..abang dengan lalat lebih kurang sama je..suka pada sampah!..hidung dah macam hidung lipas..kulit muka dah macam binatang peliharaan uncle sebelah rumah tu.." nadia mengutuk kembali haikal..hello dia kutuk aku teruk kut..dah tentulah aku balas..tak kan nak melompat gembira pula..itu namanya gila
"haiwan peliharaan uncle sebelah rumah tu haiwan apa?.." soal haikal ingin tahu..mana tahu kucing ke..comel juga
"anjing.." selamba nadia membalas
tersentak haikal..tertawa kekok dirinya..dia samakan aku dengan anjing guys?..apa nak buat?..aku kutuk dia simple je..dia kutuk aku macam melebih pula lahaih..
"kenapa diam?..sentap?..lain kali mengata lah lagi orang cukup ii..dia tak sedar diri yang diri dia pun lebih kurang sama.." soal nadia tatkala haikal sudah diam tak membalas
kekadang dia menyesal meminta aina yang dulu kembali..mulut lancang bukan main!..boleh tak dia nak berdoa semula minta aina yang baru muncul semula..sekurang ii nya aina yang baru tak ada lah biadap..sopan santun je ha..ini terlampau biadap dah ni..nasib dia kahwin dengan aina..cuba bayangkan aina kahwin dengan lelaki lain yang panas baran..dapat pula isteri mulut puaka macam aina ni hmm..kalau tak talak 3 mesti jatuh talak 8 ni..
"okay la..sorry...abang tak ada niat pun nak kutuk anje..abang just rindu nak bergurau kasar dengan anje..haih sekarang ni hati abang dah kembali mekar dengan bunga ii indah kerana bidadari abang dah muncul semula..yeay ii anje dah balik.." sorak haikal sambil menarik tangan nadia dan menari kecil bersama nadia
pasrah saja wajah nadia..nak buat apa lagi?..suaminya bagai budak kecik terlompat girang kerana dirinya sudah pulang..tak tahu lah sekarang ni nak rasa malu ke apa..
Dengan bahagianya 6 pasangan tersebut bergelak tawa..bergurau senda setelah sekian lama menghilang..tangan sentiasa berpaut pada tangan pasangan masing ii..hati yang dulu sepi..kini sudah dipenuhi dengan bunga ii cinta..bahagia 6 pasangan tersebut berjalan bersama senyuman bahagia yang tak lekang dari bibir..bersama ii mereka pulang ke rumah dengan bahagia..
Disangkakan awan mendung yang akan menyapa kehidupan mereka..tetapi yang datangnya adalah pelangi indah yang kini mula bermekar dalam kehidupan mereka...
....
Share this novel