bab 49

Romance Completed 12531

maaf saya tak dapat nak selamatkan atuk awak saya dah cuba nak selamatkan tapi...maaf ....ujar ash perlahan sambil menundukkan kepalanya memandang lantai..dia mula rasa bersalah terhadap ika teringat dia waktu rayyan memberitahu tentang kematian tuan Khalid tadi gadis tu bagai dirasuk

tak pe saya okay..tak sekarang apa saya nak buat ni dengan Kyra ni..kata ika yang sedang cuba memikirkan sesuatu

ash pun mula teringatkan kejadian tadi pelik..
siapa khayla..ujar ash perlahan

FLASHBACK

di diaa.....jawab rayyan tergagap takut mahu memberitahu hal sebenar

aku tanya dia apaaa...tengking ika membuatkan yang lain terkejut akan tengkingan ika

sabar ika cuba bersabar kita dengar dulu apa yang rayyan nak bagitahu..pujuk aina yang berada di sebelah ika

kau bagitahu aku rayyan atuk apa sekarang nih bagitahu CEPATT..jerkah ika lagi.

Zulaikha..Kyra menegur dengan nada yang keras

ika mendengus kasar

teruskan apa yang awak nak beritahu tadi..ujar Kyra dengan nada serius

Rayyan menarik nafas sedalam dalamnya kemudian dia menghembus

atuk dia dah mati kena bunuh...jawab rayyan laju membuatkan enam orang gadis itu tersentak..aina sudah pun jatuh terduduk dengan air mata mengalir laju begitu juga dengan aira dan mia..sara , ika dan kyra masih terkaku di situ

air mata ika mula menitis perlahan...kau bagitahu aku rayyan kau tipu aku kan kau tipu kan cakap la rayyan...ika meluru ke arah rayyan lalu menarik kuat kolar baju rayyan

maaf..ujar rayyan perlahan lalu dia menundukkan kepalanya memandang lantai

ika masih tak berpuas hati dengan jawapan rayyan..dia memusingkan badannya dan meluru ke arah ash

ash kau beritahu aku ash rayyan tipu aku kan..atuk ada kan kat rumah dia tengah bersiap kan sekarang ni..rintih ika dengan air mata laju membasahi pipinya..

awak saya minta maaf..ujar ash perlahan

ARGHHHHHHHH...jerit ika kuat membuatkan satu hospital kecoh akan jeritan ika

ika menumbuk ii dinding sehingga tangannya berdarah..ash yang tengok ika dah makin tak keruan terus meluru ke arah ika

ika bawak bersabar ika saya tahu awak sedih ..pujuk ash sambil membawa ika ke dalam pelukannya..ika menghemburkan tangisannya

kau bagitahu aku ash siapa bunuh dia bagitahu akuu...ujar ika yang semakin tak keruan

ika tolong jangan jadi macam ni please saya risau..pujuk ash lagi

tak pe kau tak nak beritahu kan biar aku sendiri yang cari biar aku sendiri yang bunuh bangsat tuu..jerkah ika lalu dia meluru laju untuk keluar..ash berlari mendapatkan ika..dia memeluk ika erat supaya menenangkan gadis itu

lepaslah aku nak bunuh orang tuuu...ika meronta supaya ash melepaskannya

jangan awak bahaya please..rayu ash air matanya turut mengalir apabila melihat gadis kesayangannya meraung begitu..

lepaslah saya nak jumpa atuk kenapa dia tinggal saya macam tu..ika memukul ii dada ash sambil menangis kuat

sara menggengam kuat tangannya air matanya juga laju membasahi pipinya

Danish mengusap lembut bahu sara untuk menenangkan sara..sara memeluk tubuh danish dengan erat lalu menghemburkan tangisannya

kyra memejamkan mata sambil menahan marah dalam hati..hatinya makin berapi jantungnya makin kuat mengepam darahnya seolah sedang membangunkan seseorang yang lama terpendam di dalam dirinya tangannya yang putih sudah menampakkan urat ii biru wajahnya bertukar bengis matanya pula kian berubah warna..api kemarahannya kini sudah mahu meletus..

Dan kini matanya sudah berubah sepenuhnya menandakan seseorang sudah bangun dari tidur yang sangat lama dan kini ia sudah menguasai dirinya yang sekarang

Kyra tetiba bangun lalu meluru untuk keluar dari wad itu

kyra awak nak pergi mana..rayyan menahan Kyra dari keluar dari wad ..disaat dia berdiri berhadapan dengan Kyra dia terkejut melihat wajah Kyra yang sangat menakutkan..tak pernah lagi dia tengok wajah Kyra bertukar sebegitu rupa selalunya kalau dia marah matanya berubah warna kelabu tapi ni warna lain wajahnya pula bengis sekali anak matanya kini berubah ke warna merah seakan yang berada di depan dia bukan lah kyra tetapi orang lain

a awak na nak pergi ma mana Kyra..tanya rayyan dalam keadaan tergagap masih terkejut dengan perubahan Kyra yang mendadak itu

Kyra memandang tajam ke arah rayyan..

jangan halang aku kalau kau tak nak aku bunuh kau..ujar Kyra dengan nada kuat lalu dia mula melangkah untuk keluar dari wad tersebut tetapi rayyan menghalang dirinya untuk pergi

kyra no jangan pergi bawak bersabar Kyra..pujuk rayyan sambil menarik tangan Kyra dari belakang

aku cakap lepas LEPASLAHHH...tengking Kyra sambil berpaling ke belakang menghadap rayyan..disaat dia berpaling ke belakang terkejut semua yang berada di situ terutamanya sepupunya..tak pernah lagi mereka nampak kyra berubah sebegitu rupa kali terakhir mereka melihat kyra begitu sewaktu kejadian yang menimpa keluarga mereka

Kyra..panggil sara perlahan yang kini sudah rasa aneh terhadap kyra

Kyra kau okay tak ni bawak bertenang Kyra ..pujuk aira

DIAMMM..tengking kyra

jangan sesekali halang aku..ujar Kyra dengan nada kuat

Kyra bawak bersabar Kyra kawal diri kau Kyra..pujuk sara sambil menghampiri Kyra cuba untuk memegang tangan Kyra tetapi Kyra menepis kasar tangan sara

aku cakap jangan kacau aku ....JANGAN KACAU LAHHHH..tengking Kyra lalu menendang sara sehingga sara jatuh terduduk yang lain sudah terkejut melihat Kyra menendang sara..

Kyra aku tahu itu bukan kau..ujar sara dalam hati

ika memandang kyra tak percaya yang itu adalah Kyra kerana selalunya kalau aura membunuh Kyra datang walaupun mereka menghalang kyra dari membunuh kyra tak akan tengking mereka atau memukul mereka kecuali kalau orang lain yang menghalang dia tapi kenapa kyra berubah sebegitu sehingga sanggup menendang sara kalau di tengokkan balik macam bukan Kyra tapi orang lain adakah itu khayla ...ika terkedu apabila mengingatkan sebaris nama yang sangat dikenali

bahaya nih kalau khayla terus menguasai Kyra aku kena hentikan..ika terus meluru ke arah Kyra dan menghadiahkan sebijik tendangan buat Kyra supaya Kyra sedar tetapi hampa

Kyra terdorong ke belakang sedikit apabila ditendang oleh ika...ash terkedu melihat ika menendang kyra

ika kenapa awak tendang dia..tanya ash

kau diam aku tahu apa nak buat..balas ika dengan nada sedikit kuat

mia,aina dan aira memandang sesama sendiri mereka seperti tahu apa yang jadi sekarang

tetiba Kyra gelak kuat membuatkan semua memandang dia

ika kau kenapa tendang aku kau nak aku bunuh kau ke kalau bukan disebabkan si Kyra ni aku rasa dah lama aku bunuh kau..kata Kyra dengan nada kuat

kenapa macam bukan Kyra..kejap rasanya macam.. itu khayla ke ..tanya aina dengan nada tak percaya rayyan dan yang lain terdengar akan kata aina tadi mula memandang pelik ke arah aina

tak boleh jadi ni bahaya ni kita kena tolong ika hentikan si khayla tu..balas mia lalu bangun menuju ke arah ika

aira pun turut bangun tetapi ditahan rayyan

kau boleh beritahu siapa khayla..tanya rayyan

aira memandang rayyan ..bukan sekarang rayyan.. sekarang ni bahaya ..terus aira meluru ke arah ika dan yang lain

ika mengukirkan senyuman sinis...khayla aku rasa kau dah lama tak muncul kenapa kau tetiba muncul

kau macam tak tahu aku akan muncul sekiranya Kyra betul ii marah jika orang kesayangan dia pergi dari hidup dia and now i'm coming ..kata khayla dengan senyuman penuh makna dan mengenyitkan mata kepada ika

punya susah aku cuba halang kau muncul akhirnya kau muncul juga eh khayla ..ujar sara sambil berpeluk tubuh memandang khayla

tolong lah aku bosan nak gaduh dengan korang sekarang ni aku nak pergi bunuh orang dah lama rasanya aku tak bunuh orang ..ujar khayla

kau nak bunuh siapa hah gila..balas mia kasar

kau tanya aku nak bunuh siapa hehh bodoh aku nak pergi bunuh orang yang bunuh atuk korang la bangang..ujar khayla kasar

kau jangan mimpi aku bagi kau bunuh sekarang ni kau keluar aku nak Kyra sekarang bukan kau blah..ujar ika

khayla tersenyum sinis

aku dah lama sangat tidur dan sekarang kau nak suruh aku keluar huh in your dream..ujar khayla lalu dia menendang ika ..ika dan yang lain turut berbalas serangan dengan khayla..mia menangkap tangan khayla lalu memulas kuat aina mengambil kesempatan untuk menendang kaki khayla ..khayla jatuh terduduk mia memegang tangan khayla dari belakang supaya khayla tak bangun

Kyra bangun kyra bangunn...jerit aina kuat di telinga Kyra

khayla ketawa kuat..korang kena ingat aku akan muncul balik lepas ni cuma tunggu je bila masa dia aku akan sentiasa muncul selagi kyra perlukan aku ..ingat aku akan datang ..kata khayla kemudian matanya perlahan ii berubah ke warna asal

Kyra kau ok ke..tanya aira setelah melihat mata Kyra sudah pun berubah

Kyra terkebil kebil memandang sepupunya

err korang kenapa ni kenapa korang tengok aku..tanya Kyra

ika duduk memandang Kyra dia memegang kedua belah pipi Kyra lalu memandang tepat ke dalam anak mata Kyra

Kyra listen to me..khayla dah muncul balik..kata ika membuatkan Kyra terkedu

di dia mu muncul balik..tanya kyra tergagap..

yes kau marah sangat ke tadi sampai dia muncul balik aku rasa dah lama dia tak muncul kenapa tetiba dia muncul..tanya ika

sorry mungkin aku tak dapat kawal perasaan aku..kau pun tahu aku kalau orang yang aku sayang pergi tinggalkan aku ..aku akan jadi sedih bercampur marah lepastu aku tak boleh nak kawal ..sorry korang aku tak dapat nak kawal sampaikan khayla muncul balik..ujar Kyra perlahan

tak pe lepasni kau kena cuba tahan supaya dia tak keluar lagi faham...tegas ika berpesan kepada Kyra

aku akan cuba bertahan supaya dia tak muncul lagi sorry korang..ujar Kyra lalu memeluk tubuh ika

kenapa kau muncul balik khayla..ujar Kyra dalam hati

END FLASHBACK

awak saya nak tanya ni..tanya ash pada ika

hmm apa dia tu..sahut ika

siapa khayla tu..

ika mengeluh ..baru dia mahu menceritakan tetiba rayyan dan yang lain datang dan duduk dihadapannya

ok sekarang aku nak kau cerita kat aku siapa khayla tu..tanya rayyan yang dari tadi asyik memikirkan tentang siapa khayla

ok macam ni semuanya bermula 5 tahun lepas
kyra dulu seorang yang ceria suka ketawa selalu senyum suka usik orang sampai la satu hari tu kami menyaksikan sendiri kematian ibu bapa kami ..orang yang paling sedih sekali adalah kyra..dia jadi macam tak tentu arah..kekadang tu sampai 5 hari dia tak keluar bilik makan pun tidak lepastu kekadang dia menjerit dalam bilik tu and then ketawa kuat lah nangis lah yang paling teruk tu dia bercakap sorang ii..kalau korang tengok waktu tu dia macam orang gila tahu tak sampai la satu hari tu dia nak bunuh diri

FLASHBACAK

Kyra apa kau buat ni turun Kyra..ujar aina yang cuba mendekati Kyra yang kini mahu terjun dari bangunan

buat apa aku hidup lagi aina buat apa..aku dah tak de sesiapa lebih baik aku mati saja ..rintih Kyra perlahan

no Kyra kau ada kami ..jangan bunuh diri kyra berdosa kami sayang kan kau Kyra please..rayu mia

tetiba Kyra ketawa mata dia pula tetiba berubah jadi warna merah wajahnya bertukar bengis ika dan yang lain sudah terkejut melihat perubahan kyra

aku nak mati suka hati aku la yang korang sibuk pahal..ujar Kyra dengan nada sinis

Kyra bawak bertenang kyra turun ehh kita bincang elok ii ye...pujuk sara yang kini cuba meraih tangan Kyra lalu kyra menepis kasar tangan sara

korang ni sibuk lah biar lah dia nak bunuh diri yang korang sibuk sangat dah kenapa...tengking Kyra

Kyra jangan buat macam ni Kyra please..rayu aira dengan wajahnya sudah lenjun dengan air matanya..

siapa Kyra ..aku KHAYLA la bodohh...tengking kyra sekuat hati..mereka tersentak tatkala Kyra kata begitu

tak tak mungkin..Kyra wake up please jangan buat macam ni...rintih mia lagi

kau diam lahhh..tengking Kyra

kau nak sangat tengok siapa aku kan..mari sini aku tunjukkan aku siapa..kyra terus meluru ke arah mia lalu menendang mia sehingga mia terjatuh

ika meluru ke arah Kyra lalu menampar wajah kyra sekuat hati

PANGG...Kyra memegang pipinya yang terasa kebas akibat ditampar oleh ika..kemudian dia mengukirkan senyuman sinis

jangan risau korang nak sangat dia bangun kan tak pe..tapi ingat aku akan selalu muncul depan korang..remember that..ujar Kyra lalu matanya mula berubah ke warna asal

belum sempat ika mahu memanggil nama Kyra ..Kyra sudah pun rebah di hadapan mereka

END FLASHBACK

lepastu apa jadi..tanya daniel yang sudah tidak sabar mahu mendengar apa yang berlaku

lepas kejadian tu aku mula rasa pelik sebab kekadang tu perangai dia berubah..kejap jadi kasar kejap jadi manja so aku pergi la jumpa dokter untuk tanya sebab apa ..

FLASHBACK

berdasarkan apa yang awak cerita tu kawan awak mungkin menghidap penyakit (DID)

apa dokter DID ..penyakit apa tu..tanya ika yang kurang jelas dengan jawapan dokter tu

ok DID bermaksud Dissociative Identity Disorder (DID) pula adalah sejenis bentuk perpisahan yang lebih teruk, sejenis proses mental yang memisahkan pemikiran,memori,perasaan,
tindakan atau perasaan identiti seseorang kepada beberapa personaliti

Dalam bahasa mudahnya,DID bermaksud kecelaruan personaliti ,yakni apabila seseorang itu mempunyai lebih daripada satu personaliti dalam dirinya,yang sangat berbeza antara satu sama lain.Kadang kala mereka kelihatan ceria dan bahagia,pada saat lain apabila personaliti mereka berubah,mereka boleh menjadi lebih agresif,negatif dan lain - lain, bergantung kepada personaliti yang berbeza yang ada dalam diri mereka

Menurut National Alliance On Mental Illness daripada Amerika syarikat, kecerlaluan identiti dialami sekurang - kurangnya 2 peratus daripada populasi dunia, dimana perempuan lebih terkesan berbanding lelaki

sebab apa mereka berubah sebegitu dokter..tanya ika dia mula berminat untuk mengetahui tentang penyakit DID ni

sebenarnya terdapat banyak punca yang dikaitkan dengan penyakit kecelaruan identiti ini.
Antara yang paling berkait rapat dengan DID
adalah trauma yang dialami oleh individu tersebut

Trauma seperti dipukul, kemalangan atau kematian ahli keluarga akan menyumbang kepada trauma psikologi yang tidak mudah hilang daripada ingatan.

ika terkedu..sebab kemalangan tu ke kau dapat penyakit ni Kyra ..tanya ika dalam hati

Tekanan hidup misalnya berupaya menyebabkan trauma pada masa lampau untuk timbul semula. Trauma seperti ini sekiranya tidak dirawat daripada awal boleh menyebabkan iainya berkembang menjadi kecelaruan identiti..sambung dokter tu lagi

DID boleh jelas dilihat melalui kehadiran 2 atau lebih identiti yang sangat berbeza dalam diri seseorang. Seseorang yang mengidapi penyakit ini kerap kali mempunyai masalah mudah lupa, sukar untuk mereka mengingati semua maklumat diri yang penting

Mereka yang mempunyai masalah kecelaruan identiti juga mempunyai variasi memori yang sangat berbeza, yang berubah - ubah bersama dengan personaliti yang berbeza. 'Alters' merujuk kepada identiti yang berbeza yang ada dalam diri penghidap DID. Alters ini boleh mempunyai umur, jantina, bangsa atau warganegara yang berbeza dengan hos badan

jadi sepupu saya ni menghidap penyakit DID ni ke dokter..tanya ika

maybe dari segi apa yang awak cerita tadi saya rasa dia menghidap penyakit DID ni tapi kalau awak nak kan kepastian awak boleh bawa dia jumpa saya biar saya check dia dulu untuk pastikan yang dia menghidap penyakit DID ni atau tidak...ujar dokter tu

baiklah terima kasih dokter kerana meluangkan masa dengan saya untuk ceritakan tentang penyakit ni..nanti saya bawa sepupu saya berjumpa dokter ye ..ujar ika lalu menyalami dokter tu

END FLASHBACK

wuu saya respect dengan awak ika ..awak boleh cerita sebijik macam dokter tu cerita dekat awak pandai gile ahh..puji ash pada ika..ika tersenyum malu mendengar pujian ash

kenapa sebelum ni aku tak pernah nampak pun Kyra pelik aku nampak dia okay je..tanya rayyan menggundang anggukkan dari yang lain tanda setuju dengan pertanyaan rayyan

yes memang sebab Kyra tahan perasaan dia supaya tak keluar diorang tu lama juga diorang tu tak keluar entah kenapa pula diorang keluar maybe sebab Kyra mula rasa tekanan kot..aku dan yang dah buat macam ii dah supaya khayla tu tak keluar..makin lama makin keluar la personaliti yang lain dalam diri Kyra tu sampai satu tahap tu Kyra dah tekad untuk tak bagi diorang keluar dah dia susah payah tahan diri dari jadi marah supaya khayla tak keluar dan dia juga tahan diri dari sedih supaya yang lain tak keluar..sebab tu waktu dia dapat tahu kau rayyan bunuh mak ayah dia..dia sedih sangat tapi dia tahan aku rasa la kan mungkin sebab tu kot dia dah start nak keluar tapi Kyra tahan lepastu bila dia dapat tahu pula atuk dah mati maybe dia dah tak dapat nak kawal perasaan dia ..ujar ika dengan panjang lebar

jap dari apa yang kau cerita ni sebenarnya dalam diri Kyra tu ada berapa sebenarnya..tanya danish

dalam diri dia ada 4 orang ..ujar ika selamba
yang lain sudah ternganga mulut mendengar kata ika

laki ke perempuan...tanya haikal pula

2 laki 2 perempuan..yang no 1 yang pertama sekali keluar adalah si khayla tu..dia tu ganas dia kalau keluar dia tak kira dah kau tu siapa dia tau nak bunuh je..yang ke dua pula keluar nama dia Iqwal dia ni lembut je orangnya selalu berkepit dengan si mia tu

Haziq dah mula rasa cemburu

yang ke tiga keluar lah si jahanam tu apa entah nama dia jap lupa..ha ni nama dia iqbal abang kepada Iqwal tu dia tu kan boleh tahan garang juga tau tapi dia cekap buat kerja tapi masalahnya dia suka cari pasal dengan aku kalau dia keluar tu aku rasa macam nak lempang je muka dia tu bagi Kyra sedar balik supaya dia tak keluar..

dia memang suka gaduh dengan awak ke...tanya ash yang sudah rasa cemburu

memang pun kemana saya pergi situ juga la dia datang menyemak..ujar ika tanpa sedar yang riak wajah ash sudah masam mencuka

ada juga ke personaliti adik dengan abang dalam diri seseorang tu..tanya haikal

yup memang ada kekadang tu ada personaliti yang dah kahwin atau pasangan kekasih dalam diri seseorang tu..terang ika

hah lagi sorang siapa..tanya haziq

lagi sorang tu Keisha ..Keisha tu gedik la menyampah aku kekadang manja nak mampus kekadang tu kan dengan abang am pun dia nak peluk..ujar ika jujur tanpa selindung..rayyan sudah mula panas hati

eh yang kau tu kenapa muka tak puas hati je...tanya ika yang mula perasan riak wajah rayyan berubah

tak la yang dia gi peluk abang am tu buat apa baik peluk aku ni ha ...rungut rayyan

lah kau ni yang dalam diri Kyra tu bukan kyra orang lain faham kalau kyra tu kau ingat dia teringin ke nak gi peluk abang am tu..balas ika

nih yang korang seronok dengar aku cerita ni buah hati korang mana ..tinggal lama ii kang merajuk pula tambah ii si sara tu..kau hati ii danish kalau kau nak tahu sara tu paling manja walaupun kau nampak dia kasar sikit tapi dia tu manja lagi ii waktu dia sakit mengada dia rasa macam nak lempang je..ika memberi pesanan pada danish..

tak pe aku suka manja ii senang sikit nak bersweet nanti..ujar danish dengan senyuman nakal

dah ii gi balik aku nak berasmara dengan ika ni..halau ash pada kawan ii dia
mereka terus berlalu keluar dari wad ika

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience