aduh, tetiba aku rasa lemah semacam aje ni..ujar aira sambil menggosok hidungnya yang sedikit berair
tula, menyesal pula gi mandi hujan..bidas mia
tak sangka kan, Fiya tu sekarang dengan abang am..sampuk ika
ha ahh kan tetiba datang bawak awek terkejut juga aku..balas sara
tak pernah pun sebelum ni dia datang melawat kita bawak perempuan ni tetiba je mesti ada something ni, betul tak Kyra..soal aina pada Kyra
eh mana Kyra..soal aina pelik tetiba kelibat Kyra menghilang
weyh Kyra kau asal tercegat macam patung dekat situ..ujar ika tatkala melihat Kyra dibelakang hanya berdiri dengan mata tak berkelip
asal dia tu, seram je aku tengok..bisik aira
kau try la gi tengok sara..arah mia
eh asal aku pula..bidas sara
kau kan rapat dengan Kyra, kau dengan ika hah korang dua gi tengok..balas mia
hati ii korang..bisik aina
pahal korang ni, takut semacam aje, ni siang lagi bukan malam haihh..keluh ika lalu dia dan sara menapak ke arah Kyra
Kyra..panggil sara, tangannya menyentuh sedikit bahu Kyra
dah kenapa dia ni diam je pahal..ujar ika tatkala melihat kyra masih diam
ke dia terkejut sebab abang am datang..celah aina
dia nak terkejut apanya, macam la sebelum ni abang am tak pernah datang sini..bidas aira
abang am datang??..soal Kyra secara tiba ii, matang kini bersinar ii memandang sepupunya
err ye la, kan kau sekali ada kat bawah tadi..balas ika
dia datang dengan sapa..soal kyra lagi
kau kenapa Kyra pelik semacam je..soal mia
Kyra memandang wajah sepupunya
aku bukan Kyra..ujar Kyra membuatkan 5 orang gadis itu tersentak
kalau bukan Kyra siapa..soal sara
kyra mengukirkan senyuman lebar
aku nak gi jumpa abang am lah..ujar Kyra dengan teruja
ehh kejap, kau tak jawab lagi soalan aku tadi..sara menahan tangan Kyra
dari segi tingkah laku dia aku rasa macam....aira menjedakan ayatnya sementara otaknya sedang memproses sesuatu
macam Keisha..ujar mia secara tiba ii membuatkan semua memandang mia dengan riak wajah terkejut
betul ke apa dia cakap..soal ika, dia kini memandang tepat anak mata Kyra
dah tahu tanya buat apa, dah tepi aku nak jumpa abang am, abang am i'm coming..Kyra menjerit kecil lalu dia berlari menurun ke bawah
eh ii dia lari lah, kejar dia kejar..jerit ika lalu mengejar Kyra
aduh aku dah la tengah lemah ni adeh..keluh aira namun dia tetap berlari mengejar Kyra, yang lain juga turut mengejar Kyra
woi Kyra tunggu!! kau nak lari mana!!..jerit sara sambil mengejar Kyra
kejar dia woi!!..jerit mia
abang am!!..jerit Kyra dengan mata bersinar ii memandang amar
ray abang minta maaf..ucap amar
mereka memandang pelik pada amar
abang!!..jerit kyra lalu memeluk tubuh amar
membutang biji mata rayyan
aduh penat macam ni..keluh aira dengan nafas termengah ii
sweety what happend??..soal daniel dengan pandangan pelik
err i itu..aira tak dapat menghabiskan ayatnya tetiba tekaknya terasa kering bagai tak boleh mengeluarkan suara
abang!!lama gila Keisha tak jumpa abang, abang makin segak ehh ni buat keisha jatuh cinta ni..ujar Kyra teruja, dia masih memeluk tubuh amar
mata rayyan lagi membutang mendengar kata Kyra, apa dia salah dengar kata kyra tadi, tapi rasanya telinga dia tak pekak lagi
can you guys explain to me what happend..soal rayyan memandang ika dan sara silih berganti
kejap awak ni sapa..soal kyra, dia meleraikan pelukan dari amar lalu memandang rayyan
err Kyra, i'm your husband..balas rayyan, membutang mata keisha
what!! Kyra dah kahwin!!..soal keisha dengan nada sedikit kuat
mana boleh macam ni, Keisha nak kahwin dengan abang am bukan dengan awak..bentak keisha tak puas hati
ehh gila!!..ika menarik kasar tangan keisha
kau tu menumpang je dalam badan kyra tu, badan Kyra so hak kyra la dia nak kahwin dengan siapa pun, kau peduli apa..ujar ika sedikit tinggi, matanya mencerlung tajam pada Kyra
mimpi apa entah si keisha ni tetiba nak kahwin dengan abang am, dia sedar tak dia tu wujud ke tak hurh memang tak arh, kalau abang am setuju nak kahwin dengan si Keisha tu, dia orang pertama yang akan bantah
tak nak, Keisha nak kahwin juga dengan abang am..renget Keisha dengan gediknya
heh perempuan ni, abang am tak nak dekat kau la, kau tu bukan cantik pun, muka macam tapak kaki aku je, tapak kaki aku lagi cantik pada kau..kutuk aira tak puas hati
nak kahwin dengan abang aku konon, langkah dulu lah mayat aku
mia menyiku sedikit tangan aira
eh kau tahu tak muka yang kau kutuk tu muka Kyra bukan muka si Keisha tu..bisik mia
yeke, alah biarlah, biar dia sedar sikit diri dia tu tak layak untuk abang am, dia tu pun kekadang keluar kekadang tak keluar, kang buatnya tengah duk bersama dalam bilik tetiba keluar si iqbal tu tak ke naya tu..balas aira dalam keadaan berbisik
selalu aku tengok kyra ok je duduk dalam bilik dengan rayyan, tak de pun keluar personaliti lain dia tu, tapi betul juga kan cakap kau tu, buatnya kyra tengah buat ehem tu dengan rayyan tetiba Iqwal keluar tak ke menjerit si Iqwal tu nanti..bisik mia balik
tipu!! abang nak kahwin dengan Keisha kan abang..soal Keisha, dia menatap wajah amar dengan penuh pengharapan, amar yang tengok muka Keisha yang penuh pengharapan jadi tak sampai hati pula
tak abang am tak kan kahwin dengan kau, sebab dia nak kahwin dah tapi dengan orang lain..ujar sara selamba
dengan siapa, kau bagitahu aku sekarang ni..soal Keisha tak puas hati
tu sebelah abang am tu kau tak nampak ke, ke mata kau tu dah buta..bidas sara
Keisha memandang tajam pada afiyah, perlahan ii kakinya menapak ke arah afiyah
kau nak kahwin dengan abang am, dasar tak tahu malu perampas!!..tengking Keisha tangannya di angkat mahu menampar afiyah
dengan cepatnya sara menahan tangan keisha yang mahu menampar afiyah, dia mencerlung tajam pada Keisha
kau sentuh dia aku akan pastikan kau tak muncul dah lepas ni..ugut sara
eeii lepaslah..Keisha meronta kesakitan
sara sudah naik bengang, api kemarahannya sudah mencanak naik, serius dia sangat tak suka situasi begini, situasi yang paling dia benci sebab kena hadap personaliti kyra yang tak sedar diri ni, tangannya malah bergetar seolah mahu menampar wajah Keisha tapi dia cuba menahan diri dari berbuat begitu
abang tolong Keisha abang..renget Keisha
kau keluar sekarang..arah sara dengan pandangan tajam, danish mahu menghampiri sara tetapi dia di tahan aina
jangan kacau dia, dia tengah marah tu...pesan aina membuatkan danish tak jadi pergi pada sara
eii kau siapa nak suruh keluar, aku tak nak keluar, susah payah aku tunggu time nak keluar, bila dah keluar kau pula suka hati suruh aku blah balik memang tak la..bidas Keisha
sara mengepal kuat tangannya
aku cakap keluar tu keluar je lah..sara menampar wajah Keisha
tak nak keluar lagi ke..sara menampar lagi wajah keisha
ehh sudah la tu, sakit isteri aku nanti, dah la yang kena tu dia..celah rayyan, tak sanggup dia melihat isteri kesayangannya di tampar berulang kali
sara memandang tajam pada rayyan membuatkan rayyan tetiba diam
kau ni keluar ke tak lagi ni..sara menampar lagi wajah Kyra tapi lagi kuat dari tadi
eeii sara!!!..jerit kyra lantang
sakit la bangang!!..marah kyra dengan nada kuat
kau siapa..soal sara, dia mengangkat tangannya untuk menampar wajah kyra lagi
aku lah kyra, kau kenapa..ujar kyra laju tatkala melihat tangan sara ingin mendarat ke wajahnya
sakit ooo kalau kena penampar sulung dari sara, kalau penampar ika tu boleh gagah lagi tapi ni penampar sara boleh bengkak pipinya kalau ditampar lagi dari sara, dia sendiri pun boleh jadi gerun kalau sara marah
nasib kau keluar, tidak aku penumbuk je muka kau tadi..ujar sara, dia menghelakan nafas lega
Kyra memandang tajam pada sara
kita buat apa dekat sini, tadi bukan kita naik atas ke..soal Kyra dengan wajah blur, dia pun pening tetiba boleh ada kat sini setahu dia tadi dia tengah berborak dengan mia sambil menaiki anak tangga untuk ke bilik
kau tidur berjalan tadi..celah aina
kau jangan sampai aku lempang kau aina, tak pernah lagi aku tidur berjalan selama ni..bidas kyra, dia memandang aina dengan riak wajah tak puas hati
tak de apa lah, jom la naik atas salin baju ni, sejuk dah aku ni..sampuk ika
hmm, abang am gi la masuk kenapa tercegat dekat luar ni lagi, abang pun kenapa tak pelawa abang am dengan Fiya masuk..marah Kyra
aku juga kena, padahal dia yang buat drama tv 4 tadi..gumam rayyan dalam hati
ok lah aku naik dulu..sara terus berlalu tanpa menunggu sepupunya
kau nish, kau gaduh dengan sara ke..soal Kyra
emm sikit la..balas danish perlahan
patut la muka dia sedih je aku tengok, kau jangan terasa sangat kalau sara tak layan kau, dia kalau tengah marah memang macam tu, lagipun dia tengah datang bulan tu, tu yang emosi tak stabil sangat..ujar Kyra pada danish, danish mengganguk kepala
ok lah, abang sayang naik dulu..pamit kyra mendapat anggukan dari rayyan, tanpa menunggu lama terus dia dan yang lain berlalu dari situ
ehh bang jom la masuk, sejuk pula kat luar ni..ajak rayyan lalu berlalu dari situ bersama yang lain
---------------------------------------------------
6 orang gadis itu mula turun dan menapak ke arah ruang tamu, tatkala mereka sampai ke ruang tamu 6 jejaka tu mula meminta diri untuk naik ke atas tukar baju
Fiya minum la, sedap tau air tu..pelawa kyra, afiyah malu ii mengambil segelas air orange, perlahan ii dia menyisip air tu
aira, buka cita hantu, bosan la..arah ika, aira hanya menurut kata ika, dia bangun lalu menapak ke arah rak 'CD', dia memilih cerita hantu 'the nun' lalu dia memasang cerita tersebut dia kembali duduk di atas sofa bersebelahan ika
6 orang jejaka tu mula turun dan menghampiri isteri mereka masing ii, daniel duduk bersila di atas lantai berhadapan dengan aira, diikuti ash yang duduk depan ika, rayyan melabuhkan punggung si sebelah Kyra, haziq dan mia duduk di atas lantai, haziq berbaring di atas paha mia, haikal duduk bersebelahan dengan aina, dia melentokkan kepala di bahu aina, sara terus bangun menuju ke dapur tatkala danish melabuhkan punggung di sebelahnya
sedikit terasa hatinya apabila isterinya seperti menjauhkan diri darinya
yang pertama kau kena try goda dia
dia teringat akan cadangan dayyan kepadanya tadi, dia mula bangun dan menuju ke dapur
sweety urut bahu dear kejap, lenguh la..pinta daniel perlahan
dekat sini eh dear..ujar aira sambil memicit bahu daniel
ash disebelah memandang tajam pada daniel
eleh mengada, sengaja la tu nak tunjuk dekat aku, eh aku pun ada isteri juga la..gumam ash dalam hati
baby, urut bahu abang juga boleh, baby urut sedap..renget ash membuatkan daniel disebelah memandang dengan riak wajah geli
ye ke, setahu baby, baby tak pernah lagi urut abang..balas ika selamba membuatkan ash mendecit sebal
dia ni tak boleh ke membantu sikit, aku nak bermanja pun tak boleh heish..bentak ash dalam hati
ish baby ni..balas ash berbaur merajuk
ha ye la, dekat mana sini ke..soal ika, tangannya sudah naik memicit bahu ash
bie mengantuk ke bie..soal mia sambil membelai lembut rambut haziq, matanya mengerling sedikit mata haziq yang sedikit kuyu
emm, selesa lah dapat baring atas paha sayang ni lepastu sayang belai pula rambut bie, bie jadi mengantuk pula..balas haziq dengan mata terpejam
haih, ni siapa lah yang demam ni sebenarnya, patutnya aku baring atas paha dia..gumam mia dalam hati, matanya tak lepas memandang wajah kacak haziq yang sedang lena di ribanya
abang kenapa ni, mengantuk ke..soal aina apabila melihat haikal asyik menguap
mengantuk sikit je anje, tak pe abang boleh temankan anje tengok cerita hantu, nanti anje takut pula..balas haikal dengan mata sedikit layu
abang baru pukul 3 petang abang, nak takut apanya, bukan malam pun yang anje nak takut, dah ii tidur..aina mengusap lembut kepala haikal yang berada di bahunya, setelah dipaksa aina suruh tidur, perlahan ii dia menutup mata, dan akhirnya dia tertidur di atas bahu aina
sayang, badan sayang panas lagi ke..soal rayyan, dia meletakkan tangan dia atas dahi kyra
hmm tak panas sangat, nasib tak panas kalau panas tadi siap sayang ehh..ujar rayyan mendapat sengihan dari Kyra
abang tak marah sayang kan..soal Kyra sambil membuat muka comel
ingat comel ke..balas rayyan membuatkan kyra menarik muka tanda merajuk
alah abang gurau je, tak abang tak marah pun la dekat sayang, meh sini baring dekat abang..rayyan menarik Kyra ke dalam pelukannya, Kyra membaringkan kepalanya di atas dada suaminya
dia menggengam tangan kyra lalu mengucup lembut pipi kyra, kyra tergelak kecil apabila dicium oleh rayyan
wajahnya membahang tatkala melihat pasangan suami isteri tu bersweet di hadapannya, dia mengerling sedikit ke arah amar
amar perasaan akan kerlingan dari afiyah, dia sendiri pun malu dengan situasi di hadapannya kini, mahu saja dia menghempuk sekor ii kerana bersweet dihadapannya, apa diorang tak reti hormat ke orang yang tak kahwin lagi ni, malu la sikit ini tak selamba badak diorang je bersweet didepannya
tak pe, nanti kita pula, awak tunggu saya masuk meminang awak je, lepastu saya boleh buat lebih sweet dari diorang..bisik amar dengan senyuman nakal pada afiyah
afiyah mencubit perut amar
awak jangan mengada ehh..ujar afiyah, dia menjeling manja pada amar dalam masa yang sama hatinya berbunga tatkala mendengar perkataan 'masuk meminang' terpancul keluar dari bibir amar, hatinya berdebar adakah amar mahu mengahwininya, soalan tu dibiarkan bermain di mindanya
Danish menghampiri sara yang sedang leka berbasuh pinggan, dia memeluk pinggang ramping sara dari belakang
hampir terlepas pinggan yang dipegang tatkala ada seseorang memeluknya dari belakang
beabea buat apa tu..soal danish dengan suara menggoda, dia meletakkan dagunya di atas bahu sara
bergetar tulang rusuk sara tatkala mendengar suara menggoda dari suaminya
tak kau tak boleh kalah sara, jual mahal sikit dengan mamat poyo ni..gumam sara dalam hati
tengah lipat baju ni, tak nampak ke..sindir sara
beabea marahkan hubby lagi ke..soal danish kini nadanya bertukar sedih, saja untuk memujuk sang isteri yang sedang marah padanya
tepi boleh tak, saya tengah basuh pinggan ni, saya tak de masa la nak bermanja dengan awak dekat sini..balas sara kasar membuatkan hati danish terluka, dia bukan apa, dia takut hanyut je dalam godaan danish
beabea, hubby minta maaf, hubby janji hubby tak marah beabea dah please beabea jangan buat hubby macam ni, hubby tak boleh kalau beabea jauh dari hubby, hati hubby ni rasa macam kosong je kalau beabea tak de..rayu danish, dia memeluk erat pinggang sara
awak pergi la depan, saya tak suruh awak pujuk saya pun nanti awak kata saya ni menyusahkan pula..pedas sindiran sara beri pada danish membuatkan hati danish bagai dipanah petir
air matanya mula berlinangan di tubir mata
beabea maafkan lah hubby, beabea kalau nak pukul hubby, beabea buat je kalau itu yang boleh membuatkan beabea maafkan hubby, kalau beabea nak sumbat span sabun tu bagi berbuih dalam mulut hubby pun tak pe, biar mulut hubby ni berbuih sebab mulut hubby ni celupar sangat, biar dia berbuih masuk ke dalam hati hubby bersama cinta beabea..rintih danish sedih, sempat lagi dia menyelitkan kata cinta, sara yang dengan mula menahan gelak dalam hati, mukanya dikawal sehabis boleh supaya tidak nampak yang dia sudah kalah dengan pujukan danish
sara menutup pili paip, dia mengelap tangannya menggunakan tisu dapur
dah habis cakap??..soal sara dengan riak wajah kosong
beabea..rintih danish perlahan
kalau dah habis saya nak pergi depan dulu, malas nak duduk lama ii dekat dapur ni panas..bidas sara, terus dia berlalu dari situ tanpa memandang danish
Danish terkaku di situ, dia menarik nafas sedalamnya cuba untuk menahan sebak dalam hati
kau boleh nish, jangan mengaku kalah lagi, kau masih boleh pujuk dia..danish meyakinkan diri tetiba dia teringat akan cadangan dayyan yang ke dua
kalau tak berjaya juga plan tu, kau guna yang kedua pula, yang kedua kau bagi hadiah untuk dia tapi kau belilah benda yang dia paling suka
Danish mengerdipkan matanya sedikit cuba memproses cadangan dayyan
hadiah apa yang dia paling suka..gumam danish seorang diri, tetiba dia terpandang keychain berbentuk bear warna biru di atas meja makan, dia memandang lama keychain tu seolah sedang memikirkan sesuatu
macam mana keychain tu boleh ada atas tu..
alahai dalam banyak ii soalan, soalan tu juga yang dia tanya ingatkan dah tahu cara memujuk sara menggunakan plan kedua adeh
apabila tiada apa untuk difikirkan, dia mula membuka langkah untuk pergi, baru beberapa langkah dia berjalan tetiba dia terbehenti, dia menoleh balik ke arah meja makan dengan riak wajah pelik
dia cuba memproses sesuatu dalam otaknya, entah kenapa hatinya kuat mengatakan keychain bear tu ada sesuatu
otak please bagi kerjasama dengan aku..danish mengerutkan dahi apabila dapat menangkap sesuatu di dalam otaknya, automatik wajahnya bertukar ceria
dia suka bear kan..soal danish dengan teruja, tanpa membuang masa terus dia mencapai kunci kereta entah siapa punya dia bedal pun tak tahu, yang penting sekarang ni dia kena pergi cari teddy bear buat isterinya, dia terus melangkah laju keluar dari rumah, hujan yang lebat tidak dihiraukan, dia menghidupkan enjin dengan lajunya keretanya menderum keluar dari rumah dan memecut laju
sara yang perasan danish melintas tadi keluar dari rumah hanya memandang sekilas tapi dalam hati dia tertanya ii..kemanakah danish??
------------------------------------
sampai sahaja di depan kedai yang menjual teddy bear, dengan pantasnya dia menurun dari kereta dalam keadaan hujan lebat
masuk sahaja ke dalam kedai tersebut, matanya tak lepas memandang setiap teddy bear, tetiba matanya tertancap pada satu teddy bear berwarna pink yang agak besar ditengahnya ada bentuk love dan tulisan 'i love you', dengan pantasnya dia menyuruh pekerja kedai tu mengambil teddy bear tersebut
selepas membuat bayaran, dia terus keluar dari kedai terkejut dia melihat hujan yang semakin lebat ditambahnya lagi kilat yang bersambung ii, tak dihiraukan hujan tersebut, dia terus melangkah laju ke arah kereta, pintu belakang kereta dibuka dan dia meletakkan kotak teddy tersebut dan menutup kembali pintu kereta, lalu dia cepat ii masuk ke dalam kereta, habis lenjun badannya kerana hujan yang sangat lebat, dia terus menderum laju dari situ
argh shit!!..danish menghentak stereng kereta dengan kuat
boleh pula time ni nak traffic jam arghh sial lah..bentak danish geram
--------------------------------------------
BOOM!!..terkejut mereka tatkala kilat berdentum dengan sangat kuat, bagai di atas rumah mereka saja kilat tu meletup
abang, hujan lebat ni, baik bang duduk sini dulu sementara tunggu hujan reda, sayang tunjukkan Fiya bilik..arah rayyan
kyra terus membawa afiyah ke atas
Rayyan pula membawa amar menuju ke atas
sweety jom lah kita naik atas..ajak daniel, dia menutup suis tv lalu menarik tangan aira menaiki anak tangga
baby come..ash menarik tangan ika menuju ke atas
bie, bangun bie, jom tidur dekat atas..kejut mia dengan lembut, haziq membuka mata sedikit kemudian dia bangun bersama mia berlalu dari situ
abang bangun, jom tidur dalam bilik..aina mengoncang lembut tangan haikal, haikal tersedar tatkala namanya dipanggil kuat oleh aina
abang, cepatlah bangun tidur dalam bilik..kejut aina dengan nada sedikit kuat
hmm okok..dengan langkah longlai dia berlalu dari situ bersama aina
tinggalah sara keseorangan di situ dengan riak wajah gelisah, dia mundar mandir di depan ruang tamu menanti kesayangan balik
dari tadi lagi kelibat kereta danish tak kelihatan, hatinya makin gelisah dengan hujan lebat, kilat pula berdentum kuat, dia berdoa saja danish selamat balik
ya allah selamatkanlah suami aku, aku tak sempat minta maaf lagi dekat dia sebab tak layan dia ya allah..sara berdoa perlahan
menyesal pula dia kerana tidak melayan suaminya kerana egonya yang tinggi melangit
janganlah allah menarik nyawa suaminya hanya kerana dia tidak melayan suaminya
BOOM!!..terhinjut bahu sara dengan dentuman kuat dari atas makin gelisah hatinya
dia mengambil telefonnya yang berada di dalam poket seluarnya, number suaminya didail
---------------------------------------------------
Danish menderum laju keretanya membelah jalan
tetiba telefonnya berbunyi, dia cuba mengambil fonnya yang berada di dalam poket seluarnya
baru sahaja dia mahu menekan button hijau tetiba kilat berdentum dengan kuat membuatkan dia terkejut dan fonnya terjatuh ke bawah, sebelah tangganya meraba ii di bawah untuk mencari fonnya sebelah tangannya lagi mengawal stereng kereta
Pin pin!!!...bunyi hon kereta menyentakkan dia
allah!!!...
Share this novel