bab 70

Romance Completed 12531

hari berganti hari, siang berganti malam, kini tibalah masa untuk mereka spend time bersama pasangan masing ii

sayang dah ke??..laung rayyan dari bawah

ok dah siap, kejap sayang turun..balas Kyra, malam ni rayyan telah mengajaknya keluar kerana esok dah nak pergi bercuti dah, tak sabarnya nak tahu tempat apa yang rayyan bakal membawa dia

Kyra perhatikan lagi sekali dirinya di depan cermin, dia hanya mengenakan pakaian santai ja iaitu blouse warna biru muda dan juga seluar slack warna hitam, rambut diikat menjadi ponytail, setelah puas menilik dirinya, dia mula mencapai sling bagnya lalu bergegas keluar dari bilik

abang, kita buat apa dekat pantai malam ii ni?..soal Kyra bingung, tetiba ja rayyan membawa dia ke pantai, nasib pantai ni meriah tidak dah lama dah dia lari balik

saja nak berjalan dengan sayang..rayyan mencuit hidung Kyra lalu dia berjalan meninggalkan Kyra yang masih bingung, Kyra cepat ii mengejar langkah rayyan yang semakin menjauh darinya

abang ii, ada busking la jom kita tengok..ajak Kyra sambil menarik tangan rayyan menuju ke arah busking yang berada tidak jauh darinya

merdu suara budak lelaki tersebut menyanyi ditambahnya angin menampar lembut pipinya membuatkan dia berasa tenang, rayyan mengerling sedikit ke arah isterinya yang kelihatan tenang

dah habis jom kita gi makan pula..ajak kyra setelah lagu yang di nyanyi budak lelaki tersebut habis, tunggu masa untuk lagu kedua pula dinyanyi

emm kejap, abang rasa abang nak buat sesuatu lah sekarang ni..ujar rayyan

buat apa?

sayang tunggu sini jap eh..rayyan membuka langkah meninggalkan Kyra yang terkebil ii memandangnya

kyra melihat rayyan pergi ke arah tempat busking tersebut, dilihatnya rayyan sedang bercakap dengan pemain busking tersebut

haih pelik, kawan dia ke yang dia sembang rancak sangat tu..ujar kyra pelik tatkala melihat perbualan mereka semakin rancak

ehem ii asalamualaikum, nama saya rayyan, saya disini untuk menyanyikan lagu khas buat isteri tercinta saya iaitu nurul Kyra nasuha yang berdiri di sebelah sana..ujar rayyan membuatkan lamunan kyra tersentak, membahang mukanya tatkala semua memandang ke arahnya

this song is special for you sayang, i promise to always protect you, because you complement my life..ujar rayyan merdu membuatkan semua orang yang berada disitu bersorak buat rayyan, ada yang bersiul nakal, ada yang berkata 'pasangan sweet' haih dia pula yang berdebar

Rayyan mengambil gitar budak lelaki tersebut lalu dipegangnya, dia mula memetik gitar tersebut, baru petik je dah riuh sekampung apatah lagi menyanyi ni, dia telah memilih lagu 'Dengarlah Bintang Hatiku' entah kenapa dia terminat lagu ni untuk menyanyikan pada isterinya

Dengarlah bintang hatiku
aku akan menjagamu
dalam hidup dan matiku
hanya kaulah yang ku tuju
dan teringat janji ku padamu
suatu hari pasti akan ku tepati

Aku akan menjagamu
semampu dan sebisaku
walau ku tahu ragamu
tak utuh...
ku terima kekuranganmu
dan ku tak akan mengeluh
karena bagiku
engkaulah nyawaku

Dengarlah bintang hatiku
aku akan menjagamu
dalam hidup dan mati ku
hanya kaulah yang ku tuju
dan teringat janjiku padamu
suatu hari pasti akan ku tepati...

Aku akan menjagamu
semampu dan sebisaku
walau ku tahu ragamu
tak utuh...
ku terima kekuranganmu
dan ku tak akan mengeluh
karena bagiku engkaulah
nyawaku....

karena bagiku.....
engkaulah....
Nyawakuu.....

walau pun terasa singkat lagu tersebut tapi cukup membuatkan hatinya berasa sebak mendengar suaminya menyanyi buatnya, lagu ni dah la sebak kalau dengar apatah lagi kalau suara orang menyanyi tu merdu lagi bertambah sebak dibuatnya

air matanya menitis perlahan, entah kenapa hatinya saat ini terasa begitu sebak mendengar lagu tersebut

Rayyan mengucapkan terima kasih setelah menghabiskan lagu, orang ramai bertepuk riuh akan rayyan, rayyan tersenyum lebar sambil menghampiri Kyra

hey, kenapa nangis ni hmm?..soal rayyan lembut, dia menyeka lembut air mata Kyra

abang la, sedih sayang dengar lagu tu..balas Kyra

lah sedih kenapa, lagu tu abang maksudkan yang abang akan sentiasa lindungi sayang walau apa pun berlaku

Kyra memeluk tubuh rayyan
thanks abang..ucap Kyra

thanks je ke?

Kyra meleraikan pelukan
Hish abang ni, jangan nak mengada eh

Rayyan ketawa kuat
yela ii, jom tadi nak gi makan kan..rayyan menarik tangan kyra berlalu dari situ

err bie, boleh buka tak kain ni, gelap la..soal mia, sejak dari dalam kereta lagi haziq sudah menutup matanya menggunakan kain, dah la dia tak nampak apa ni

kejap lah sayang, ikut bie dulu..haziq memimpin tangan mia

sampai saja pada tempat yang dituju, dia melepaskan tangan mia

sayang jangan buka lagi tau kain ni, tunggu bie yang buka kan untuk sayang, bie gi dulu tau, sayang cuma ikut je tali ni, nanti sayang akan jumpa bie..bisik haziq lembut, dia meletakkan tangan mia pada tali yang sudah dia ikat panjang, haziq terus berlalu dari situ

err bie, bie gi mana ni, jangan la tinggal sayang, sayang dah la takut gelap, bie ni sengaja la tu nak usik sayang, bie jangan sampai sayang potong tangan bie nanti..ujar mia geram tetiba saja haziq meninggalkan dia keseorangan disini, nak buka mata tapi tak dibagi pula

bie!!..panggil mia lantang apabila tiada sahutan dari haziq

ikut tali tu sayang!..laung haziq

hah ikut tali, aduh dia ni, dia nak main tarik tali ke apa ni! suara dia macam duduk jauh je, hah sudah jangan la jauh sangat tengah ii malam ni kang ada pulak hantu bawak sorok..gumam mia perlahan, tangannya memegang erat tali tu dan kakinya mula melangkah mengikut tali tersebut

jauh lagi ke ni?

berjalan punya berjalan tetiba tali pun dah sampai penghujungnya

kenapa tali ni dah tak de? jap jangan kata tali ni sampai sini je, oh no!! takkan la aku nak jalan seseorang kut!..ujar mia separuh menjerit, jantungnya kini berdegup laju, perasaan takut mula menjalar di hati

aku dapat kau haziq siap kau, kau tidur malam ni dekat luar eeii geram aku..bentak mia geram, tetiba telinganya menangkap derap tapak kaki dan juga petikkan gitar

terkedu dia sekejap, siapa pula yang baik hati sangat menyanyi dekat dia ni?

terlena didalam ku
di dakapanmu sayang
hanya dirimu
penyembuh luka diri ini
berat rasa untuk ku melupakan
segala yang kita bina
hancur sekiranya diri mu pergi

hanyalah dirimu teman
sehidup dan semati
hanyalah dirimu
kekasih hayatku..
hanyalah dirimu yang ku
puja dan kusayangi
hanyalah dirimu kekasih abadi...

jangan kau pergi meninggalkan
diri ku sayang
yang ku inginkan kau selalu di sampingku
ku ingin ketulusan di hatimu
sayang buat selamanya
tiada yang kedua hanya kau satu

hanyalah dirimu teman
sehidup dan semati
hanyalah dirimu kekasih hayatku
hanyalah dirimu yang ku puja
dan kusayangi
hanyalah dirimu kekasih abadi

di hatimu tempat untukku
mengadu sayang
ketiadaan dirimu membuat
diriku rapuh
hanya kejujuran dirimu yang
ku perlukan
relaku pertahankan hanya untuk dirimu
hanya untuk dirimu.....

terkedu mia mendengar setiap bait lagu yang dinyanyikan oleh haziq, haziq perlahan ii mendekati isterinya sambil tangannya memetik gitar

i love you sayang!..bisik haziq di telinga mia lalu dia mencium sekilas bibir mia, tangganya mula membuka ikatan kain pada mata isterinya

perlahan ii matanya membuka, tercegang dia melihat situasi didepannya yang begitu cantik, dilihatnya tempat tersebut penuh dengan bunga berwarna merah, dihiasi dengan lilin dan juga belon disekitar tempat tersebut, ada pula tulisan besar bercahaya didepannya yang tertulis 'i love you'

air matanya kini sudah bergenang di tubir mata, tunggu masa saja mahu menitis, tak sangka haziq membuat semua ni buat dirinya, disangka haziq hanya melayan kerja saja darinya

bie buat semua ni ke?..soal mia dengan air mata sedikit lagi mahu menitis

ye, bie buat untuk sayang, just for you sayang..ucap haziq merdu dengan lantasnya mia memeluk tubuh haziq, dia melepaskan tangisan didada haziq, bukan tangisan kecewa tetapi tangisan bahagia, tak kan dia lupakan detik indah ni

thanks bie, sayang akan ingat semua moment sweet ni, i'm promise, i love you bie..ucap mia memperkemaskan lagi pelukannya

love you too sayang, come here kita makan ehh..haziq menarik tangan mia untuk ke meja makan

bersinar ii mata mia melihat meja tersebut dihiasi bunga menjadi bentuk love, di tepinya pula ada beberapa lilin bagi menerangkan bunga tersebut

sayang, meh duduk atas riba bie..arah haziq, mia perlahan ii menuju ke haziq dan melabuhkan punggung atas riba haziq

Haziq mula memotong daging yang dia sendiri masak khas untuk isterinya, disuapkan ke dalam mulut mia

sedap?

emm sedap, rasa dia lemak ii hmm sedap ii..mia terangguk ii merasakan makanan yang dikunyah dalam mulutnya

bie la yang masak tu..hampir tersedak mia mendengar

serius bie masak?..soal mia tak percaya, jarang sekali suaminya ni mahu memasak, kekadang masak pun boleh hangus

yela, bie masak, kenapa tak percaya?

bie reti ke masak..mia memandang jengkel pada haziq

hello, ini haziq fahmi ok, jangan tengok pada luaran la tapi tengok pada dalaman, untuk sayang bie sanggup belajar masak tahu!

bie, sayang betul ii rasa bahagia sekarang dengan bie, thanks bie sanggup buat semua ni untuk sayang..mia merangkul leher haziq

anything for you sayang..balas haziq, dia menghadiahkan senyuman manis buat mia

dear, kedai makan mana yang dear bawak sweety ni?..soal aira bingung, tak pernah lagi dia pergi kedai makan macam ni, cantik, kedai dia tersusun kemas je lepastu kedai dia dekat tepi pantai, tenang je kalau duduk makan dekat kedai ni sebab kita dapat merasakan angin sambil menikmati makanan

dear, ada busking lah wah!..ujar aira teruja tatkala melihat kedai makan tersebut ada busking, patutlah ramai datang meriah rupanya kedai ni

dear..panggil aira sambil mengoncang tangan daniel tatkala dia melihat daniel hanya senyap dan termenung seorang diri

daniel tersedar dari lamunanya, dia menoleh menghadap isterinya yang berada di sebelah

ye sweety, sweety kata apa tadi?..soal daniel

ish dear ni, termenung je keje, dear ada masalah ke?

tak de lah, tak de masalah apa pun, jom masuk makan..daniel menarik tangan aira menapak masuk ke dalam kedai makan tersebut

eeii best lah, makan sambil dengar lagu, lepastu angin pula lembut je rasa, rasa macam nak tidur pula kat sini..gumam aira sendiri, daniel disebelah tersenyum kecil mendengar bebelan isterinya

sweety oder dulu, dear nak gi tandas jap!..daniel terus berlalu dari situ

aira memanggil pekerja kedai tersebut untuk memesan makanan, setelah siap memesan dia mengambil fon suaminya yang dia pegang dari tadi lalu menangkap gambar, jarang sekali nak dapat pergi kedai macam ni dengan suami tercinta huhu

setelah puas menangkap gambar, aira merenung seorang diri, terasa tenang je berada dekat sini, angin menampar lembut pipinya membuatkan matanya sedikit layu, 'mengantuk lah tu'

ok semua, harini bos saya iaitu pemilik kedai ni akan membuatkan persembahan buat anda, dia akan menyanyikan lagu untuk anda semua..ujar seseorang di atas pentas tersebut

aira mendongak memandang pentas tersebut dengan senyuman lebar, boleh lah dia tahu siapa pemilik kedai ni, yela kedai dia cantik kemas, makanan mesti sedap ni, sebab tu orang ramai datang

orang ramai bertepuk riuh
ok saya perkenalkan bos saya iaitu daniel rizki, silakan naik bos..ujar lelaki tersebut membuatkan aira tersentak mendengarnya

seriusly! ini kedai suami dia ke! ouh i can't believe it! kenapa dia tak pernah tahu suaminya ada kedai makan sendiri, kenapa daniel tak beritahu dia! haih pelik ii

daniel naik atas pentas dengan senyuman manis membuatkan semua orang bertepuk riuh akan daniel

aira mengetap gigi geram tatkala mendengar sekumpulan wanita memuji suaminya yang tersenyum kacak

wouu dia senyum handsome beb, aku terpikat dah ni..ujar salah seorang perempuan disitu dengan gediknya

eeeii yang daniel ni pun satu, agak ii la kalau nak senyum pun, aku sorang je yang boleh tengok senyuman cair dia tu, yang dia bagi semua orang tengok tu buat apa!..bentak aira dalam hati, dia merenung tajam pada daniel yang perhatikan dia dengan senyuman manis

assalammualaikum, saya daniel rizki pemilik kedai ni, harini saya nak menyanyikan sebuah lagu khas untuk anda semua, terima lah dari saya iaitu lagu "berharap kau setia"

aira masih menatap tajam pada daniel yang bersiap sedia untuk menyanyi

daniel memejamkan mata, dia menarik nafas sedalamnya sebelum dihembuskan perlahan, mulutnya mula terbuka untuk menyanyikan lagu

Aku yang tak pernah bisa
bila jauh darimu
aku tak ingin engkau ada
di samping yang lain!

bila waktu izinkan ku
untuk terus bersamamu
aku kan selalu menjagamu
di setiap nafas hidupku!

aira terkedu mendengar setiap bait lagu dari daniel, dia lagi terkedu saat daniel membuka mata dia boleh nampak yang mata daniel bergenang dengan air mata, tanpa dia sedar dia juga turut mengalirkan air mata

daniel menatap wajah isterinya dari jauh sambil menyanyi lagu, dilihat isterinya juga turut mengalirkan air mata

bila kau jauh ingat aku
dekat bayangku bersamamu
bila kau dekat peluk tubuhku
janjilah padaku tetap setia......

Aku tak ingin engkau pergi..
aku tak ingin engkau jauh..
aku sangat mencintaimu
sungguh sungguh ku cinta kamu

Bila waktu izinkanku
untuk terus bersamamu
aku kan selalu menjagamu
di setiap nafas hidupku
bila kau jauh ingat aku
dekat bayangku bersamamu
bila kau dekat peluk tubuhku
janjilah padaku tetap setia...

Aku tak ingin engkau pergi..
aku tak ingin engkau jauh
aku sangat mencintaimu
sungguh sungguh ku cinta kamu

ku hanya ingin kau mengerti
ku hanya ingin kau fahami
ku harap kau tetap disini
tuk sama sama setia..

air mata daniel yang ditahan sejak tadi akhirnya gugur jua, dia menyeka sedikit air matanya sementara menunggu rentak lagu untuk dia masuk menyanyi

aku tak ingin engkau pergi....
aku tak sanggup bila engkau jauh
sungguh ku ingin..
ingin berdua bersama kamu hoo...

ku hanya ingin engkau
mengerti aku
ku hanya ingin engkau fahami aku

ku harap kita tetap berdua......

tuk sama sama setia....

daniel menghadiahkan senyuman manis setelah menghabiskan lagu, dengan pantasnya dia turun dari pentas menuju ke luar, tak dapat ditahan lagi air matanya yang asyik mahu gugur saja, mahu saja air matanya menurun lebat tadi tatkala melihat aira turut menangis, tapi ditahannya air mata dari gugur

daniel berlari ke arah luar menuju ke pantai, air mata terus menurun lebat, entah kenapa dia merasakan yang aira akan pergi jauh darinya

ya allah, kau kuatkan lah hati aku ni, jangan lah kau tarik nyawa isteri ku ya allah, jika kau mahu tarik nyawa dia, kau gantikanlah dengan nyawaku kerna aku tak sanggup hilang dia..rintih daniel dalam hati dengan tersedu sedan dia melepaskan tangisan

aira menyeka air matanya setelah daniel menurun dari pentas tersebut, entah kenapa dia merasakan lagu tu dituju olehnya, bagai ada maksud disebalik lagu tu, kenapa daniel menyanyikan dengan penuh emosi, dia nampak air mata daniel turun tadi, daniel bagai menyampaikan sesuatu maksud disebalik lagu tersebut, lagu tu macam...daniel berharap yang dia takkan tinggalkan daniel ? itukah maksud lagu tu? tapi sebab apa dia nak tinggal daniel? buntu fikirannya memikirkan semua ini

dia tersedar dari lamunanya, baru dia perasan yang daniel masih tidak datang kepadanya, aira bangun dan menuju ke luar untuk mencari sang suami yang tetiba menghilangkan diri

dear!..laung aira mencari kelibat suaminya tetiba matanya tertancap pada susuk tubuh yang sedang merenung ke arah pantai, dengan pantasnya kakinya bergerak ke arah tersebut

dear!..panggil aira tatkala berada di belakang daniel, terkedu aira melihat mata daniel yang sedikit sembab akibat menangis, jelas dia boleh menampakkan yang suaminya banyak menangis kalau tidak mata suaminya tak kan bertukar merah

dear, kenapa dear menangis ni!..ujar aira lembut sambil menyeka air mata daniel, hatinya sakit saat melihat air mata daniel menurun setitis, tanpa dia sedar dia juga turut mengalirkan air mata, sebak melihat sang suami menangis didepannya

sweety sayang!..rintih daniel perlahan terus dia mendakap tubuh isterinya erat

syy, dear kenapa ni, cuba cerita dengan sweety, kenapa menangis ni sweety ada buat salah ke dear..ujar aira sambil menggosok lembut belakang tubuh daniel untuk meredakan tangisan suaminya

daniel meleraikan pelukan dia menatap sayu mata aira
sweety janji, sweety tak kan tinggalkan dear kan..ujar daniel perlahan

sweety janji dear, sweety nak tinggalkan dear sebab apa! dear tak de salah pun yang sweety nak tinggal dear

entah hati dear rasa macam sweety akan pergi jauh dari dear, dear tak nak hilang sweety..daniel kembali mendakap tubuh isterinya melepaskan tangisan di bahu aira

dear, perasaan je tu, sweety tak pergi mana ii pun sayang syy don't cry please, sweety tak boleh tengok dear nangis nanti sweety juga menangis..pujuk aira

daniel menyeka air matanya
sorry dear melebih pula menangis..ujar daniel, dia mengukirkan senyuman manis buat aira walaupun agak sukar dia untuk mengukirkan senyuman dalam tengah sedih

haih dear ni, dear kenapa tak bagitahu sweety yang dear ada kedai, terkejut tahu tak sweety tetiba je nama dear kena sebut, sampai hati eh tak bagitahu ada kedai..ujar aira berbaur merajuk, saja hendak menukar topik tak mahu lagi meneruskan drama sedih ni

daniel tergelak kecil melihat muka isterinya cemberut dengat mulut muncung sedepa, dia mencubit geram mulut aira yang mucung

dear saja je nak buat suprise untuk sweety, cantik kan kedai dear..daniel memeluk tubuh isterinya

hmm cantik pandai dear reka, i like it, tak sangka dear ada kedai makan, boleh la sweety makan hari ii dekat sini, tak payah bayar kan jimat duit sweety..aira bersuara teruja

eh kesitu pula, tak pe anything for you sayang! sweety nak makan apa ii pun boleh, nak makan semua menu yang ada dalam kedai ni pun tak pe, tak payah bayar dear bagi free je buat sweety..balas daniel, dia tahu isterinya ni suka makan sebab tu dia sendiri buka kedai makan khas buat isterinya

cuba tengok apa nama kedai tu..ujar daniel sambil memeluk tubuh aira, digoyang ii kan tubuhnya yang memeluk aira, tubuh aira juga ikut bergoyang tatkala daniel menggoyangkan badan

emm, my special sweety..balas aira menyebut satu persatu nama kedai tersebut

daniel tersenyum kecil
yup, special untuk sweety je kedai ni, sweety datang lah bila ii masa pun dekat sini, kedai ni hadiah dari dear untuk sweety

auch thanks dear, love you dear..ucap aira lalu mencium pipi daniel

wc sweety, love you too..ucap daniel

beabea, tunggu sini jap tau..arah danish terus dia berlalu tanpa sempat sara mahu membalas

ish dia ni, apa tinggal aku sorang dekat sini, kalau ye pun bawak la aku masuk dalam restoran tu, aku lapar tahu tak!..bentak sara geram

tapi kan! besar juga eh restoran ni, tak macam restoran pun ada nampak macam dewan, yeke restoran ni entah ii danish menipu tak? hmm cantik..gumam sara tatkala melihat restoran di depannya kini, besar and cantik, ini untuk orang kaya boleh la masuk tengok lah semua yang masuk pakai baju cantik ii

bukan calang ii orang boleh masuk ni, tengoklah kalau nak masuk kena bagi kad, ni mesti kena tempah dulu ni..gumam sara, dia menilik sedikit penampilan dia harini, nasib danish belikan baju yang sesuai untuk masuk tidak jangan mimpi la dia nak masuk

tetiba fonnya berbunyi, sara melihat telefon dilihatnya pesanan dari 'my hubby'

my hubby : beabea! masuk la cepat hubby tunggu lama dah ni!!

naik bengang sara membaca pesanan ringkas dari suaminya

apa ni! tadi suruh aku tunggu lepastu ikut suka hati dia je masuk tak tunggu aku, ini kejap lagi ada nak kena makan kaki ni ha..bebel sara bengang

sara : mana boleh masuk! beabea tak de kad la ish hubby ni suka hati je kan tinggal beabea!!

my hubby : masuk je, cepat!!

gila ke mamat ni, kalau tak boleh masuk japgi dia dengan pekerja restoran ni semua aku tikam..gumam sara bengang, kakinya mula menapak ke arah pintu restoran tersebut

dua orang lelaki tu menatap tajam pada sara
silakan masuk cik!..ujar salah seorang lelaki yang berbadan tegap

err ok ii..balas sara gugup, seram pula dia tengok muka dua orang lelaki tu, garang sungguh tak de pun nak senyum ke kat dia eeii lempang kang terus senyum kut

saat sara melangkah masuk tercegang dia melihat restoran tersebut, ini bukan restoran tapi macam dewan, betul lah sangkaannya, besar gila ni lepastu sekor manusia pun dia tak nampak ada dekat sini, nak kata restoran tak de pula meja makan, ni kosong je

haih aku masuk alam bunian ke ni?..sara menampar sedikit pipinya

tak, ni real ok sara, just jalan je..sara mula melangkah berlalu dari situ

seorang lelaki yang berbadan tegap tu mula mengekori sara dari belakang

sara menaiki anak tangga satu persatu, haih dah macam cinderella pula kena jalan dekat atas tangga

tetiba dia terdengar suara orang bercakap, riuh pula tu, kakinya laju bergerak ke arah tersebut

dia dah nak sampai..ujar lelaki tersebut ke telefonnya

baik readdy..balas seseorang di corong telefon

hai semua i'm danish khairin, saya harini membuat parti ni untuk menyanyikan lagu khas buat isteri tercinta saya, terima kasih kerana sudi hadir pada parti saya

telinga sara semakin jelas dengan suara bercakap tersebut, dia mula masuk ke lorong yang agak gelap kerana dia nampak ada satu pintu masuk disitu, jelas suara tersebut di sebalik pintu tu

saya perkenalkan isteri saya iaitu sara Irdina..bergema suara danish sambil menunjuk ke arah pintu atas tersebut, semua memandang ke arah pintu atas

sara memulas tombol pintu lalu melangkah masuk, bergema dia mendengar namanya dipanggil, matanya tertutup sedikit kerana terasa silau akan cahaya yang menerangi ke arahnya

semua orang bersiul nakal padanya membuatkan dia terasa aneh, tetiba matanya tertancap pada tubuh suaminya yang memandangnya dengan senyuman

membahang malu muka sara apabila semua perhatikan dia

lampu tetiba terpadam hanya cahaya saja menerangi dirinya yang berada di atas

danish mula menyanyikan lagu buat sara

Hatiku berkata ingin
katakan cinta
Namun aku malu untuk
mengawalinya

Jantungku berdebar saat
kau menatapku
jadi salah tingkah bicara
sama kamu..

Bibirku terbungkam melihat
senyummu
Aku tak kuasa saat didepanmu...

sara tersenyum suka mendengar bait lagu dari danish, tangannya dipimpin oleh seorang perempuan yang dia tak kenal maybe pekerja dewan ni kut, dia dibawa menurun anak tangga menuju ke bawah, setiap langkah dia berjalan cahaya lampu akan mengikut pergerakannya

sebenarnya aku ingin
mengukapkan rasa
tapi mengapa aku selalu
tak bisa
bagaimana caranya agar
dirimu bisa tahu
kalau aku suka
suka ...suka ...suka
sama kamu

Danish perlahan ii menapak ke arah sara sambil menyanyikan lagu

Jantungku berdebar saat
kau menatapku jadi salah
tingkah bicara sama kamu...

bibirku terbungkam
melihat senyuman
aku tak kuasa saat
di depanmu...

Danish berhenti tepat didepan sara, dia menjedakan lagunya seketika sebelum membisikkan sesuatu pada sara

i love you sayang..ucap danish berbisik tapi cukup membuatkan semua orang dalam dewan tersebut mendengar dan menepuk tangan riuh, ada yang bersiul nakal ada yang memuji

Danish mencuit sedikit hidung sara sebelum menyambungkan lagunya yang terjeda tadi

sebenarnya aku ingin
mengukapkan rasa
tapi mengapa aku
selalu tak bisa
bagaimana caranya
agar dirimu bisa tahu kalau
aku suka..suka...suka
suka sama kamu

suka sama kamu......

habis saja lagu yang dinyanyikan danish semua melempar bunga yang dipegang masing ii ke arah mereka, terkejut sara dengan tindakan semua disitu

sara tersenyum lalu memeluk erat tubuh danish

thanks hubby, beabea suka..ucap sara dalam pelukan danish

Danish meleraikan pelukan, dia memasukkan tangannya ke dalam poket seluarnya lalu membawa keluar sesuatu

terkejut sara melihat ditangan danish ada rantai yang danish pernah hadiahkan dia dulu, seingat dia, dia melemparkan rantai tersebut pada danish
waktu mereka bergaduh dulu, tak sangka danish masih menyimpan lagi rantai tu, dia pun hampir lupa dah dengan rantai pemberian danish padanya

hubby simpan lagi rantai ni?..soal sara

yup, hubby masih simpan lagi rantai ni because rantai ni hadiah pemberian hubby pada beabea, jadi tak mungkin hubby buang macam tu je..balas danish sambil memakaikan rantai di leher sara

thanks hubby, i love you..ucap sara sambil memeluk tubuh danish

love you more beabea..balas danish memperkemaskan lagi pelukannya

wuu ramai harini dekat mall eh, selalu tak ramai sangat, asal ni tetiba je ramai, ada konsert ke!..soal aina bingung

ha ah ada konsert, jom la tengok..haikal menarik tangan aina

dilihatnya ramai pengunjung datang berkumpul melihat konsert busking, dia dan juga haikal turut mendengar lagu yang dinyanyikan oleh sekumpulan budak lelaki tersebut

merdunya suara dia, patut la ramai datang..gumam aina

emm, anje tunggu sini jap eh, abang nak gi beli air haus la pula..ujar haikal mendapat angukan dari aina

jangan lambat tau..balas aina, haikal dengan pantasnya berlalu dari situ

haih lama pakcik ni gi beli air, dah lebih sepuluh minit aku tunggu, lagu yang budak tu nyanyi pun dah habis, dia ni gi beli air ke, gi belajar buat air tu..gumam aina tatkala kelibat haikal masih tak kelihatan

kakinya mula membuka langkah untuk pergi mencari sang suami yang tetiba hilang, baru setapak kakinya melangkah tetiba terhenti tatkala mendergar suara yang dia sangat kenal sedang bercakap atas pentas konsert busking tadi

dia menoleh ke arah tersebut, membutang matanya melihat haikal yang sudah berada di atas pentas tersebut sambil memegang gitar

hai, harini baru pertama kali saya nak menyanyi dekat sini and lagu ni saya nyanyikam khas buat insan yang paling istemewa dalam hidup saya, terimalah lagu yang saya akan nyanyikan iaitu
"cinta luar biasa"

kedengaran orang ramai bertepuk suka akan lagu yang akan dinyanyikan oleh haikal, haikal mula memetik gitar sambil matanya hanya menatap wajah isterinya yang juga memandangnya dengan riak wajah terkejut

waktu pertama kali
ku lihat dirimu hadir
rasa hati ini, inginkan dirimu
hati tenang mendengar
suara indah menyapa
geloranya hati ini
tak ku sangka

Rasa ini tak tertahan
Hati ini slalu untukmu

Terimalah lagu ini
dari orang biasa
Tapi cintaku padamu
luar biasa
Aku tak punya bunga
Aku tak punya harta
yang ku punya hanyalah
hati yang setia, tulus padamu...

hari - hari berganti
kini cinta pun hadir
melihatmu, memandangmu
bagai bidadari
letik indah matamu
manis senyum bibirmu
hitam panjang rambutmu,
anggun terikat

Rasa ini tak tertahan
Hati ini slalu untukmu...

Terimalah lagu ini, dari orang biasa
Tapi cintaku padamu luar biasa
Aku tak punya bunga
Aku tak punya harta
yang ku punya hanyalah hati
yang setia...

yang ku punya hanyalah hati yang setia...

Terimalah cintaku yang luar biasa
tulus padamu.....

aina tersenyum suka mendengar lagu yang dinyanyikan haikal buatnya, terasa bagai ada rama-rama dekat hatinya, baru dia perasan yang haikal mengenakan cap..tapi cap tu macam kenal

bukan ke cap tu yang aku pernah beli dengan dia dulu, sejak bila dia bawa cap tu, aku tak nampak pun tadi..gumam aina seorang diri

orang ramai menepuk tangan buat nyanyian haikal, ada yang memuji suka akan suara merdu haikal, haikal dengan gembiranya menghampiri aina

anje, sedap tak suara abang tadi?...soal haikal dengan senyuman tak lekang di bibir

tak sedap, macam katak panggil hujan..bidas aina selamba, hilang terus senyuman dibibir haikal

anje ni nak gaduh dengan abang ke, abang bawak anje datang sini sebab abang nak nyanyikan lagu untuk anje, tapi ini abang dapat, kalau abang tahu jadi macam ni abang tak hingin nak bawak anje keluar, tepi lah!..haikal menolak badan aina dengan riak tak puas hati, sakit hatinya mendengar balasan selamba dari isterinya, penat ii dia bawak aina datang sini sebab nak menyanyi dekat isterinya tapi ini yang dia dapat

ada dia kata suara aku macam katak panggil hujan! erhh kenapa dia tu pernah berkawan dengan katak tu ke? ke dia pernah jadi katak sebab tu dia tahu katak panggil hujan macam mana?..ujar haikal tak puas hati, dia berjalan laju meninggalkan isterinya di belakang

aina cepat ii mengejar langkah haikal, setelah berjalan sebelah haikal, dia memegang lembut tangan haikal tapi tangannya ditepis kasar oleh haikal

abang! anje gurau je la tadi sorry la..ucap aina sambil menarik tangan suaminya

tepilah, buat apa anje nak minta maaf dengan orang yang suara macam katak ni..bidas haikal tak puas hati, kakinya dibuka laju keluar dari mall dan menuju ke kereta

alah katak ii pun comel apa!..bidas aina membuatkan haikal bertambah bengang, ini kalau kena sepak isterinya ni kang menangis pulak dekat sini

haikal menapak masuk ke dalam kereta, dia menghempas kuat pintu kereta, terkejut aina yang baru masuk ke dalam kereta, marah sangat tu! apa yang salah dengan katak tu, aku cakap katak je bukannya anjing, yang dia melebih sangat kenapa!

abang i'm sorry ok, anje gurau je dengan abang tadi, abang sorry lah please..pujuk aina dengan muka comel

tak payah buat muka comel macam tu dah macam anak kambing..bidas haikal, dia memalingkan wajahnya ke arah lain tak mahu melihat wajah comel isterinya kang tergugat imannya pula

hish aku pujuk elok ii dia kata muka aku macam anak kambing pula, kang aku sumbat mulut dia ni dengan kasut aku kang apa tak dapat..gumam aina dalam hati geram

abang..panggil aina dengan nada menggoda

sorry la abang, anje gurau je tadi, sebenarnya suara abang tu sedap anje dengar pun terasa berbunga tau dalam hati ni, merdu je anje dengar..pujuk aina lembut

haikal masih diam tak mengaku kalah lagi dengan pujukan tak bermoral aina tu

aina menarik nafas sedalamnya cuba untuk bersabar dengan perangai kebudakan haikal ni

aina mengambil fonnya, lalu dibuka muzik, dia memilih lagu "on my way"

gila! orang suruh pujuk yang dia pasang lagu buat apa!!eeii benci lah macam ni..rungut haikal dalam hati

I'm sorry but don't
wanna talk
I need a moment before i go
it's nothing personal

I draw the blinds
They don't need to see me cry
cause even if they understand
They don't understand

haikal mahu saja tertawa melihat tingkah isterinya, mana tak gelak isterinya menyanyi sambil membuat macam ii gaya comel untuk memujuknya, kekadang buat muka macam kucing kekadang tu muka macam minta penampar, aina memang pandai bab memujuknya

yeay abang dah tak merajuk..sorak aina tatkala tawa haikal sudah terhambur keluar

haih anje ni, dalam kereta pun boleh jadi eh, comel isteri abang ni..haikal mencuit hidung aina

tengoklah isteri sapa enn, isteri pada haikal hadif kut lelaki yang diakatakan dulu adalah buaya darat tetapi sekarang bertukar ke buaya air..balas aina

hah nak bagi abang merajuk lagi ke!

eh tak ii, abang jom la masuk mall balik, abang ni tak sempat anje nak beli apa ii dalam tu ish..ujar aina berbaur merajuk

sapa suruh anje cari gaduh dengan abang, ha padan la muka tu..balas haikal

ok lah jom, kang merajuk sampai esok pula..haikal mula membuka pintu kereta untuk keluar, aina pula dah tersenyum lebar dengan cepatnya dia keluar dari kereta mengikut haikal

haih lambat ii, dia buat apa ajak aku masuk hotel ni! kalau nak tidur hotel baik tidur dekat rumah sama je rasa dia, lepastu ditinggalnya aku lama ii dekat sini buat apa?..bebel ika geram, dah 20 minit suaminya ni menghilang jangan kata batang hidung tak nampak, tapak kaki dia pun tak nampak lagi sekarang ni

err cik Zulaikha?..panggil salah sorang pekerja hotel disitu

ye saya kenapa?..balas ika

suami cik suruh naik ke atas, bilik number 204..ujar pekerja tersebut

tanpa menunggu lama ika terus berlalu menuju ke lif
setelah sampai ditingkat atas, dia mencari bilik number 204, ika sudah pun menjumpa bilik yang dinyatakan pekerja tersebut

pelik ika melihat pintu tu dah terkuak sedikit, dia perlahan ii menolak pintu bilik tersebut dan menapak masuk, setelah dia menutup pintu dia menoleh semula ke depan, tercegang dia melihat bilik tersebut

bilik dia hanya gelap tanpa sebarang cahaya, hanya lampu lilin saja menerangi ruang bilik tersebut lepastu ada bunga ii menghiasi katil bilik dan juga lantai, haih rasa macam baru lepas kahwin pula!

ika mengangkat muka tatkala mendengar petikan gitar, dilihatnya ash sedang tersenyum ke arahnya sambil memegang gitar

Aku lihat dia sana
aku ingin mendekatinya
aku cuba menghampirinya
lalu aku menyapa dia

Dia pun membuka bicara
dan aku mulai mengenalnya
kita mulai bermain mata
mula timbul rasa bahagia

Bila dia mendekati Diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia senyum pada diriku
Hati ku rasa tak menentu

huohoho.....

kekadang hatiku bertanya
adakah dia dah berpunya
kerana diriku berasa
aku jatuh hati padanya

Aku ingin memilikinya
aku ingin menjaga dia
aku ingin mencinta dia
aku ingin hidup dengannya

Bila dia mendekati diriku
Hati kurasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Mungkinkah aku kan
berjumpa dengannya
untuk meluahkan rasa
mungkinkah aku kan berdiam
diri saja
menunggu cinta darinya

huhoooo....

ku terima satu nota darimu...
yang tertulis..."aku cinta kamu"

aku suka dia.....

ika tergelak kecil mendengar lagu yang dinyanyikan ash, teringat pula dia beberapa hari lepas, dia ada menulis nota buat suaminya lalu dia selitkan dalam beg kerja suaminya, dia tulis dalam nota tu " i love you"

tersenyum kecil dia apabila mendengar ash menukar sedikit lagu tu, sepatutnya " aku suka kamu" tapi ditukarkan kepada " aku cinta kamu", tahulah dia yang suaminya tu maksudkan nota yang dia bagi haritu

ash perlahan ii mendekat isterinya, dahi ika dikucup penuh sayang setelah dia mengucup dahi ika dia beralih pula kepada pipi ika dan akhir sekali ke bibir ika

abang ke buat semua ni?..soal ika setelah ash melepaskan pautan bibirnya

ha ahh, abang buat khas untuk baby..balas ash

kenapa tak buat dekat rumah je?..soal ika

baby rasa boleh ke dekat rumah tu? kang dah elok ii abang buat lepastu diorang semua balik, tak jadilah suprise abang untuk baby, lepastu buatnya yang datang tu kyra ke sara ke ha macam mana, hancur plan abang tahu!..balas ash

ika tergelak kecil mendengar kata ash
yela ii, haih tak sangka baby yang abang ni sweet juga orangnya ehh

tengok orang lah, Ashraf kut orang yang paling romantik dekat dunia ni..balas ash membanggakan diri

ika mencebik bibir mendegar kata pujian ash pada diri sendiri tu, dia mula menapak ke arah balkoni, terasa nyaman apabila angin meniup lembut ke arahnya, bukan calang ii hotel ash memilih ni siap boleh nampak kolam renang lagi dari atas, sejak jadi CEO suaminya ni, keje bawak dia tempat mewah je, haritu saja ash dah bawak dia makan dekat restoran paling mahal

ash mendekati isterinya lalu memeluk tubuh isterinya dari belakang, dia meletakkan dagu di atas bahu ika

are you happy?..bisik ash lembut pada telinga ika

yes i'm very happy with you.. ika mendongak memandang bulan dan juga bintang di atas

abang cuba tengok bintang dengan bulan tu..ika menunjuk ke arah tersebut, ash mendongak memandang bintang dan bulan

andai suatu hari kita terpaksa berjauhan, bulan dan bintang tu lah yang menjadi saksi cinta kita disini dan bulan bintang tu lah akan menyampaikan rasa cinta, rindu dan sayang kita berdua apabila kita berada jauh..ujar ika lembut

dan andai kata kita berpisah suatu hari nanti, bulan dan bintang tu jugalah yang akan pertemukan kita dan satukan kita suatu hari nanti, tiada apa yang dapat pisahkan kita kecuali ajal..sambung ash lembut, dia memperkemaskan lagi pelukannya

wahai bulan dan bintang, jadilah saksi akan cinta kami berdua dan andainya satu hari nanti aku terpaksa pergi dari hidupnya, kaulah yang akan menyampaikan perasaan cintaku kepadanya dan kau jugalah yang akan temani dia dengan kenangan indah ku bersamanya..rintih ika dalam hati, entah kenapa dia merasakan yang dirinya akan pergi jauh dari ash, rasa tu seakan membuak dalam dirinya

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience