bab 58

Romance Completed 12531

sweety...jerit daniel secara mengejut, matanya kini terbuka luas

oii makcik kau jatuh..latah haziq yang sedang merinjis air pada wajah daniel, nasib tak jatuh air tu kalau tak habis dia kena marah

kau pahal jerit kalau tertumpah air ni dekat muka kau kang ha marah pula aku..marah haziq

daniel perlahan ii bangun dari pembaringan, dia melihat semua kawannya sedang memandangnya

aira..nama pertama yang terpancul keluar dari mulut daniel

korang, korang ade nampak aira tak, tadi aku mimpi buruk lah aku mimpi aira kena tangkap dengan geng Akif tu...soal daniel membuatkan yang lain memandang sesama sendiri

Rayyan melabuhkan punggung di sebelah daniel lalu menatap sayu wajah daniel

el kau tak mimpi el benda tu memang betul jadi sekarang ni..ujar rayyan perlahan
hati daniel bagai ditikam dengan pisau yang tajam saat mendengar kata rayyan

aku nak pergi cari dia..ujar daniel lantas dia bangun dari sofa, rayyan menarik tangan daniel sehingga daniel terduduk kembali di atas sofa

el kau kena bawak sabar sekarang ni, kau jangan main terjah je kau kena ingat isteri kita ada dekat diorang sekarang ni kalau kita tersilap langkah habis nyawa isteri kita nanti..pujuk rayyan dengan lembut untuk menenangkan daniel

daniel mengeluh berat
so kita nak buat apa sekarang ni..soal daniel dengan nada sayu

esok kita try gi cari tempat diorang sembunyikan isteri kita, sekarang ni kita kena tidur sebab esok awal ii dah kena bangun..terang rayyan membuatkan daniel mengerutkan dahi

tidur?? sekarang ni dah pukul berapa yang kau ajak tidur..soal daniel

3 pagi el..balas haikal

membutang mata daniel
3 pagi?? aku ingatkan dah pagi, kenapa korang tak tidur..soal daniel

nak tidur macam mana kau tu pengsan sebab meroyan aira kena culik kang kalau kami semua gi tidur kau pula sedar lepastu buat benda entah bukan ii, kau tu bukan boleh percaya sangat otak tu kekadang terlebih bengap..bidas danish selamba, daniel mencerlung tajam pada danish

dah la kami nak gi tidur dah ni, kau gi la naik atas tidur, kau jangan buat bukan ii el kalau aku tahu kau buat bukan ii belakang kami, esok juga aku gi tempah batu nisan nama kau el..balas ash lalu bergerak meninggalkan kawannya

ok lah aku cau dulu ngantuk gila dah ni sebab tunggu kau sedar, pengsan pun dah macam orang mati lambat sangat nak bangun, kalau dah pengsan tu lain kali pengsan terus buat selamanya tak payah aku nak tercegat jaga kau lama ii..ujar danish selamba

kau ni macam minta kaki je dengan aku pahal..soal daniel dengan geram

nak buat apa minta kaki kau, kaki kau tu busuk tak hingin aku nak kaki kau yang bau macam taik kambing tu..bidas danish

eleh kau, kaki kau tu bau macam taik anjing tahu tak..bidas daniel balik

heh dah ii apa ni gaduh ii ni pergi naik tidur..marah rayyan

emm ok la aku gi tidur dulu, hmm tidur sorang la jawabnya tak de sapa nak peluk selalu peluk sara tapi sekarang hmm, rindu dia..rintih danish perlahan air matanya kini tetiba bertakung di tubir mata

ok lah aku naik dulu babai..ujar danish sambil menyeka sedikit air matanya

i miss you beabea..rintih danish dalam hati sambil berjalan menaiki tangga

weyh ray aku naik dulu lah tidur, esok nak bangun awal, kau el jangan buat benda bukan ii kalau kau tak nak kaki kau hilang esok..pesan haikal bersama tenungan tajam pada daniel lalu dia beredar dari situ

aku naik dulu eh nak tidur, agak ii lah kan apalah mia buat kan dah tidur ke dia hmm i miss her..gumam haziq perlahan lalu dia berlalu dari situ

el kau jangan sedih macam diorang tu ye, kau kena kuat, jangan risau esok kita mesti jumpa diorang, ok lah aku naik dulu jangan buat benda yang bukan ii eh..pesan rayyan sebelum berlalu dari situ

kini tinggal lah dia keseorangan bayangan aira mula bermain dimatanya

dear jom teman sweety makan, sweety lapar lah dear please..suara aira tergiang ii ditelinganya

sweety..panggil daniel perlahan air matanya kini menitis satu persatu

sweety buat apa sekarang ni, mesti sweety lapar kan sorry sebab dear tak sempat lindungi sweety..gumam daniel perlahan air matanya kini laju membasahi wajahnya

dear tolong sweety dear..masih tergiang ii suara aira meminta tolong, daniel mengepal tanggannya dengan kuat

sweet tunggu dear datang esok ye sayang..gumam daniel lalu dia berlalu dari situ

-----------------------------------------

Kyra tersedar
arhh..kyra merintih sakit apabila kepalanya berdenyut kuat dia mahu memegang kepalanya tetapi tangannya diikat dengan tali

dia memandang sekeliling dari apa yang dia nampak macam sebuah bangunan yang dibiarkan lama

dia menoleh ke sebelah dia melihat semua sepupunya masih tidak sedarkan diri

weyh ika..kyra menendang sedikit kaki ika, ika tersedar tatkala terasa kakinya ditendang dia membuka mata

weyh Kyra kau ok ke..soal ika dengan nada risau

aku ok cuma kepala aku ni sakit sikit..balas Kyra

kita dekat mana ni..soal ika sambil memerhati sekelilingnya

kalau dah tempat macam ni bangunan terbiar lah tak kan diorang nak bawak kita gi masjid, kalau diorang bawak kita gi masjid itu maksudnya kau dah tak hidup yang hidup roh kau tu je..bidas Kyra berbaur perlian

eleh kau dalam sakit masih nak gaduh dengan aku ehh..balas ika

tu kejut lah yang lain tu, tak kan benda tu pun aku nak bagitahu cubalah otak kau tu bagi cerdas sikit ika, aku tengok kan otak kau ni secara automatik akan jadi blur kalau pagi ann kekadang aku nak kata kau bodo tapi takut kau terasa pula tapi itulah kenyataannya..sindir Kyra membuatkan ika menjeling tajam padanya

kau ni kan nasib tangan aku ni kena ikat kalau tak muka kau terbelah lapan sebab kena tampar dengan aku..bidas ika

eleh kau kuat sangat ke tangan kau tu sampai muka aku ni terbelah lapan kalau kau tampar, kau belum rasa lagi tamparan aku, aku kalau tampar bukan kata 8 je 20 pun boleh terbelah..balas Kyra

aku ni kan sebenarnya malas layan orang gila pagi ii ni sebab nanti aku juga jadi gila cukup kau sorang dah la gila tak payah nak ajak aku sekali jadi gila..bidas ika

weyh sara bangun ahh..kejut ika dengan menendang kuat kaki sara melepaskan geramnya kerana kyra cari pasal dengan dia

aduhh sakitlah..rungut sara apabila terjaga

kau ni, dah la kepala aku sakit lepastu selamba badak sumbu kau je tendang ii kaki aku eeii nasib kena ikat je ni tidak kaki kau lumpuh aku buat..marah sara

habis tu kau nak suruh aku kejut macam mana, macam ni ' sara bangunlah sayang dah pagi ni tak elok anak dara bangun lambat' eh dara ke lagi aku rasa tak kut, kau nak suruh aku kejut macam tu erhh lambettt lagi, dengan ash boleh la aku kejut macam tu tapi ann selalunya kalau aku kejut ash aku tendang je dia sampai jatuh baru dia bangun..balas ika selamba

eeii kau ni berdosa kau tendang dia macam tu, kau ni kan memang menempah neraka siap ii kan..ujar sara

dah dia tidur mati sangat aku tendang je la dah tak bangun..balas ika selamba

tu kau kejutlah kawan kau sorang lagi tu bak kata kyra ' cubalah otak kau tu cerdas sikit' ini tak bodoh je..ujar ika dengan memek muka menyampah

sapa bodoh kau lah bodoh herhh..ujar sara sambil menjeling ika

lain kali kalau nak kejut orang biar sopan sikit, kau ni mesti diajar tak de adab kan tak pe biar aku ajarkan kau cara nak beradab sikit, macam ni cara kejut orang tengok ehh..ujar sara lalu membetulkan sedikit suaranya

miaaa..panggil sara dengan lembut

mia bangunlah dah pagi ni..kejut sara dengan lembut

emm kejaplah bie japgi sayang bangun..renget mia sambil mengeliat kecil

bie kepala otak kau woii mia bangun..sergah sara lalu menendang kuat kaki sara

aduh sakit lah ngok kau tak boleh kejut elok ii ke eeii minah keding ni kang kalau aku termaki marah pula..marah mia dengan sebal

dah aku kejut elok ii kau tak makan saman duk 'kejaplah bie japgi sayang bangun' otak kau bie..ejek sara dengan memek muka geli

hek eleh lagi elok bie dari hubby erhh nak muntah aku dengar uwekk...ejek mia lalu membuat muka nak muntah

tu gi la kejut kawan kau lagi dua orang tu tidur sampai tak ingat dunia, agaknya kalau tanah runtuh pun diorang tak sedarkan..ujar sara

eleh kau pun tidur tak sedar diri kekadang sampai terkeluar air liur kau tu macam mana lah danish boleh tidur dengan kau eii tak semengah langsung..ejek mia membuatkan sara memandang tajam padanya

woii makcik bangun lah matahari dah terpacak atas kepala pun tak reti bangun ke..kejut mia dengan kasar

eeii memekak lah minah sengal ni, kau tak nampak ke aku tengah tidur bising arhh..bentak aina

mia yang geram terus menendang kuat kaki mia
aduh sakit lah ngek..marah aina

kau cakap aku sengal eeii kau ni kalau aku sepak ni confirm keturunan kau nanti bengap semua..ujar mia dengan sebal

eh kesah pula aku, yang kau cerita kat aku pahal kau ingat aku nak dengar buat semak je..bidas aina

eeii woi bongok kejutlah kawan kau tu, kau ingat kaki aku ni panjang sangat ke sampai nak ke sana..ujar mia

heish lah dia ni bising doh..rungut aina

woii nenek bangun arhh kau tahu tak kawan kau ni memekak je dari tadi semak aku..kejut aina dengan kasar, dia menendang kuat kaki aira

ehh apa ni tendang ii tak nampak ke orang tidur ni..renget aira

pasal nampak la aku kejut kau ngok, bangunlah, woi beruk bangun doh..kejut aina lagi

eeii hah apa ii benda apa yang kau nak kejut sangat aku ni sampai tak menyempat esok pahal..ujar aira

kita dekat mana ni..soal aina

hospital..balas Kyra selamba

bodo kau tu lain kali bawak keluar waktu sekolah dulu, tak de lah sekarang ni kau nampak bodo sangat..bidas aina

eleh mengata orang lebih kau pun sama level bodo kata kat orang kalau kau nak tahu bodo kau tu lagi banyak dari Kyra tengok muka pun dah tahu yang kebodohan kau tu terlampau tinggi..sindir aira

eeii kau pahal..jerit aina

pahal memang betul pun..bidas aira

eeii dia ni..terus aina menendang kuat kaki aira, aira turut membalas

aina dengan sebalnya menendang kaki mia dan juga aira

mia yang geram terus menendang balik kaki aina tanpa sengaja dia tertendang kaki sara membuatkan sara sebal lalu menendang balik kaki mia

eeeii apa ni gaduh ii rimash arhh..bentak ika lalu menendang kaki sara dan Kyra, kyra apa lagi membalas la jadi lah gelangang menendang.. tanpa mereka sedar ada 6 orang lelaki yang sudah lama berdiri di luar pintu bangunan sambil gelak mengekek

memang patutlah suami diorang terpikat dengan diorang kau tengok lah bergaduh je keje..ujar hafiz lalu ketawa

aku tak tahu pula isteri diorang ni lawak lepastu cute pula tu haishh jangan terpikat sudah la..balas Fattah

kau jangan fat isteri orang tu..ujar dayyan

tahu lah aku just cakap je bukan betul ii nak pun..balas Fattah

so macam mana dengan diorang ni..tanya rafi

Dato suruh kita bunuh diorang secepat mungkin tapi aku tak sanggup lah, sejahat ii aku pun aku tak de la sampai nak bunuh isteri kawan kita..ujar Akif

bukan kau kata rayyan tu musuh kau ke, kau kan benci sangat dengan dia sebab dia dapat jadi ketua club ni..soal hafiz

memang la, walaupun dia musuh aku tapi aku tak jahat lagi nak hancurkan orang yang diorang sayang..balas akif

habis tu kita nak buat apa dengan diorang ni..soal zikri

emm kita tunggu je la suami diorang datang ambil, aku tahu rayyan mesti dapat cari kita punya..balas Akif

apa gunanya kita pukul diorang semalam lepastu bawak dekat sini, kalau aku tahu nak lepaskan balik diorang ni dekat suami diorang tu, tak payah susah ii aku gi pukul diorang tu..balas fattah

aku buat macam ni supaya dato jaafar tu tak marah kita, kalau kita tak tangkap diorang ni nanti dato kata kita tak buat kerja lepastu tak pasal ii kita kena marah, aku suruh korang tangkap diorang ni supaya dato tahu yang kita buat kerja lepastu kita bagi la balik diorang ni dekat suami diorang tu, nanti pandai ii la aku kata dekat dato yang rayyan datang serang kita lepastu ambil isteri diorang tu walaupun hakikatnya memang rayyan akan serang kita so ready je lah..terang Akif dengan tenang

boleh tahan bijak kau ni, lepastu kita kena jaga ke diorang ni sampai rayyan tu datang..soal dayyan

yup jaga je la, aku nak tanya korang semalam korang kasar sangat ke dengan diorang tu..soal Akif sambil merenung tajam pada kawannya

tak kasar sangat pun cuma hentak kepala perempuan tu dekat kereta je..balas zikri selamba

ha ahh, aku pun cuma libas besi je dekat kepala perempuan tu..balas hafiz

otak kau, aku cakap jangan kasar kan, kau nak kena teruk ke dengan geng rayyan tu, habis kita nanti diorang belasah kalau tengok muka isteri diorang tu berkecai, aku nak korang pergi sapu ubat ke apa ke supaya tak nampak sangat lebam dekat muka diorang tu..arah Akif

eleh kau, kau pun sama gi libas kayu dekat kepala perempuan tu..balas rafi

sebab nak selamatkan kau la bongok, tidak kau dah arwah dekat situ tahu tak..bidas Akif

dah pergi letak ubat dekat muka diorang tu sebelum tu bagi diorang makan dulu..arah Akif

alah kena ke..soal rafi

entah kena ke, buatnya tengah letak ubat lepastu terjatuh cinta pula hishh naya aku macam ni, tak nak aku..balas fattah

pergi je la, korang tu bagi la iman tu kuat sikit jangan cepat jatuh sebab perempuan boleh tak..ujar akif
mereka mengangguk kecil lalu menapak masuk ke dalam bangunan

eeiii sakit la bongok..marah aina lalu menendang kuat kaki aira

habis tu aku tak sakit, eeii orang tua ni kang makan penampar dengan aku kang..marah aira

heh apa gaduh ii ni, korang nak kena ke..sergah Akif yang baru masuk ke situ

korang lagi, please la tak de orang lain ke kat sini aku muak la tengok muka korang ni..rungut ika

hek eleh minah ni, kau ingat aku tak muak tengok muka kau, muka serupa lembu makan rumput ada hati kata kat orang..bidas rafi

habis kau tu, muka macam tapak kaki gajah tak kata pula..balas ika

eh kau ni aku nak bagi kau makan ni kang kau tak payah makan kut biar mati sebab tak makan..balas rafi

kami tak makan pun tak pe la, kami sanggup mati dari tengok muka korang yang serupa sampah ni..bidas aina

weyh bongok, kau kalau nak mati, kau mati sesorang eh aku tak nak aku masih belum puas lagi hidup, aku ni tengah lapar tahu tak dari malam tadi aku tak makan, kau kalau tak nak makan kau cakap kau dah lah, tak payah la libatkan kami, kami lapar tahu tak..bisik aira tapi cukup membuatkan 6 orang lelaki itu dengar dan menahan tawa dalam hati

ok lah kalau tak nak, kami makan jela makanan tu dah korang tak nak..ujar Fattah

eh ii tak, aku nak, dia yang tak nak tapi aku nak, kau bagi aku dah lah dia kau jangan bagi sebab dia cakap tak nak tadi..balas aira sambil tersengeh

Hish kau ni siapa cakap aku tak nak, aku nak la saja je aku cakap macam tu, kau ni tak membantu langsung sebab tu kau tu lembab sentiasa..bisik aina

habis tu kau tak lembab eh otak kau lagi lembab dari aku tahu tak sebab tu masa sekolah dulu exam kau selalu dapat E..bidas aira

eleh macam lah kau pandai sangat exam pun dapat E juga..balas aina

korang ni nak makan ke nak gaduh..soal Fattah

ehh nak makan la..balas aira laju

Fattah tersenyum lalu mengambil nasi goreng sotong yang dibeli tadi dan duduk berhadapan dengan aira

meh sini aku suap..arah Fattah

eeii tak nak aku, aku boleh makan sendiri kut, buka la tali ni aku nak makan sendiri..balas aira

tak boleh, korang ni bukan boleh percaya sangat kang kalau dah buka lari pula so tak payah faham..ujar Fattah

ala aku nak makan sendiri..pinta aira

kau ni nak makan ke tak, kalau tak nak aku yang makan sendiri kut..balas Fattah

ok fine cepat lah suap, nak suap pun terhegeh ii..bidas aira, Fattah terus menyuap nasi ke dalam mulut aira

eeeii bagi la sotong tu jangan le kedekut sangat, orang letak sotong dalam nasi tu sebab dia suruh kita makan bukan tengok je yang kau suap nasi je kat aku buat apa aku nak sotong tu faham tak sotong..bentak aira

banyak bunyi lah minah ni, ha nah makan sotong banyak sikit biar bertukar jadi sotong terus..balas Fattah lalu menyumbat semua sotong dalam mulut aira

rafi datang dan duduk depan ika
nah makan..arah rafi sambil menyuap ika

kau ni boleh suap elok ii tak, nak kata OKU tak pula elok je tangan tapi suap macam tangan tak de, ke kau cacat belah dalam ni..soal ika

meh sini aku penampar muka kau baru kau tahu aku cacat ke tak..bidas rafi dengan muka sebal

tak payah tampar memang tangan kau cacat pun tengok muka pun dah tahu, muka kau ni muka yang pernah masuk hospital OKU kan..ujar ika selamba

eeii minah ni kang kalau aku tampar ni arwah terus kau japgi nih..bidas rafi dengan geram

eleh kuat sangat ke tangan kau tu sampai arwah aku kalau kena tampar, tangan macam sotong ada hati nak tampar..bidas ika

weyh kif serius aku rasa macam nak lempang perempuan ni, boleh tak bagi dia makan sendiri semak doh..ujar rafi

buat tak tahu je senang..balas Akif sambil mengambil nasi lalu duduk di hadapan Kyra

buka mulut kau..arah Akif

jap aku nak tanya something ni..ujar Kyra

hah apa benda tanya la cepat..balas Akif

korang ni sebenarnya tak de la jahat sangat pun, tapi asal korang culik kami ehh..soal kyra mendapat anggukan dari kawannya

ada sebab la..balas Akif

apa sebabnya..soal Kyra

sebab dia kau tak perlu tahu sekarang ni kau just makan je boleh tak..ujar Akif

asal korang pukul kami kuat sangat semalam padahal boleh je culik elok ii kan..soal kyra lagi membuatkan Akif berdecit sebal

kalau aku panggil elok ii kau rasa kau nak ikut kami ke hah..soal Akif dengan sebal

janji kau try kan, ni tak datang ii terus nak tumbuk orang, kau ingat aku dilahirkan untuk kau pukul aku..marah Kyra

dah degil sangat..balas Akif

aku nak balik..ujar Kyra

no..balas Akif

i said i wanna go home..ujar kyra dengan nada sedikit tinggi

i said no kan..balas Akif dengan suara sedikit tinggi

kenapa tak boleh..soal Kyra

kau tunggu je la suami kau datang ambil pahal yang degil sangat kau ni..balas Akif dengan sebal

bila diorang nak ambil kami..soal kyra lagi membuatkan Akif memandangnya dengan geram

kau faham tak maksud 'tunggu' kalau aku tahu suami kau tu nak datang pukul berapa aku tak suruh kau tunggu, kau ni dulu waktu kecil ii pernah telan semut ke sebab bodo semacam je..balas Akif dengan geram

kau la bodo, semut tu kalau termakan dia jadi lupa bukan bodo erhh nampak sangat kau yang bodo..bidas Kyra lalu menjeling tajam pada Akif

lebih kurang la tu, kau makan sekarang boleh tak memekak je mulut kau ni..ujar Akif lalu menyumbat nasi dalam mulut Kyra, Kyra memandang Akif dengan geram kerana menyuapnya bagai menyuap kucing makan

hah kau nak apa..soal sara apabila hafiz duduk di hadapannya

nak suap kau makan la tak kan nak ajar kau mengaji kut..perli hafiz

aku tak nak makan..balas sara

kau jangan macam ii, aku tengah mood elok ni jangan nak gaduh dengan aku kang tak pasal ii lebam lagi biji mata kau tu..ujar hafiz

arh kesah pula aku, semalam kau pun libas besi dekat kepala aku apa kau ingat tak sakit meh sini aku buat dekat kau biar kau rasa..bidas sara dengan geram apabila mengigatkan kejadian semalam

alah sorry la sakit sangat ke..soal hafiz

ehh tak sakit, tak sakit langsung rasa macam nak kena lagi lah..sindir ika

kau ni banyak cakap aku kiss kang baru tahu..ujar hafiz dengan geram

kau kalau rasa nak kena penampar seribu kali kau buat lah, kau berani buat kau percaya lah esok pagi kau bangun kau dah ada dalam kubur..balas sara

kau makan sekarang ni..hafiz terus menyumbat nasi ke dalam mulut ika, ika memandang tajam padanya

kau ni duk tengok je nasi ni nak makan ke tak nak, lenguh tangan aku ni duk tunggu kau buka mulut..soal zikri

mia teragak ii mahu membuka mulut terasa janggal pula apabila orang lain menyuapnya makan selalunya haziq yang selalu suap dia makan

kalau aku makan sendiri boleh..soal mia dengan lembut

kau nak makan pakai apa kaki ke, sedap ke makan pakai kaki..soal zikri membuatkan mia geram

pakai tangan la bongok apa kau ingat aku tak de tangan..bidas mia

kau jangan harap la aku nak lepaskan tangan kau..ujar zikri sambil menunjal kepala mia

aduh..adu mia apabila kepalanya terasa sakit

kau kenapa..soal zikri

kau la gi hentak kepala aku kuat sangat semalam sakit tahu tak..ujar mia dengan geram sambil menahan sakit di kepalanya

sakit sangat ke..soal zikri dengan nada sedikit risau

sakit la apa punya soalan bongok yang kau bagi ni..balas mia

tunggu sini jap..ujar zikri lalu dia cepat ii bangun dan keluar dari situ, tak lama kemudian dia muncul dengan sebotol minyak gamat di tangannya, lalu dia kembali duduk berhadapan dengan mia

meh sini aku sapu ubat..ujar zikri sambil membuka penutup ubat

ehh tak payah la..halang mia

sini lah jangan la degil sangat..arah zikri lalu menarik kasar wajah mia

teruk juga ehh kepala kau ni, aku hentak kuat sangat ke sampai bengkak kepala kau ni..soal zikri perlahan sambil menyapu ubat di kepala mia

eemm sakit juga la..balas mia

Haziq menunduk sedikit wajahnya untuk memandang mia, dia terkaku saat menatap wajah mia jantungnya kini berdegup laju, mia pula terkejut tatkala zikri tetiba menatap wajahnya dengan riak wajah yang agak pelik

cantik..gumam zikri dalam hati, terus dia tersedar tatkala mia mengalihkan pandangan ke arah lain

ehem, nah makan la cepat kang lapar pula..ujar zikri dengan kelam kabutnya dia mengambil nasi lalu menyuap mia makan

kau sure tak nak makan ni, sedap tau nasi ni ada sotong ada udang ada daging seriuslah kau tak nak, aku yang tengok ni pun terliur..soal dayyan

aina menelan air liur sedikit
tak nak..balas aina dengan yakinnya

ok lah kalau tak nak biar aku je makan emm sedapnya haih..ujar dayyan lalu berpura ii hendak makan

eh aku nak..cepat ii aina menahan apabila nasi tu sudah dekat dengan mulut dayyan

dayyan tersenyum
tu la kau, lain kali jangan ego sangat kalau lapar cakap lapar ni tak berlagak sangat pahal..ujar dayyan lalu dia menyuap aina makan

kau kena tahu perempuan ni ego dia tinggi jadi kau sebagai lelaki kena pandai turunkan ego seorang perempuan tu, kalau tak pandai nak turunkan ego seorang perempuan tu kau jangan berangan la nak bercinta..balas aina dengan mulut penuh dengan makanan tak senonoh langsung tapi di mata dayyan aina nampak comel apabila bercakap sambil makanan dalam mulut

eleh perempuan ni dia tak boleh terlampau pujuk sangat nanti dia mengada tahu mengada, bila dah kata lelaki tu asyik pujuk dia je, dia pula sengaja nak gaduh memanjang lepastu ego tinggi bukan main lepastu asyik dia je nak menang..bidas dayyan balik

sebab tu la lelaki ni kena ada sifat penyabar, dia kena selalu bersabar dengan perangai girfriend dia tu..ujar aina

sabar?? kau cerita tentang sabar?? meh sini aku nak cerita dekat kau, bercerita tentang sabar ni kau tahu ke apa makna sabar..soal dayyan

sabar la..balas aina

sabar ni makna dia kita kena sabar dengan perangai seseorang tu, memang betul kau cakap seorang lelaki perlu ada sifat penyabar tapi kau rasa tak perempuan juga perlu ada sifat penyabar sebab apa tau, sebab dia kalau seorang lelaki je yang ada sifat penyabar yang perempuan akan terlebih mengada sebab dia tahu lelaki tu tak kan buat apa dekat dia sebab lelaki tu penyabar jadi kau rasa wajar ke seorang lelaki tu terlampau sabar disebabkan cinta dia pada seseorang tu sedangkan perempuan tu tak pernah hargai pun sifat sabar dia selama ni, kau pernah dengar cerita tentang dua pasangan ni bercinta lama dah and then diorang kahwin laki ni dulu orang kaya tapi dia jatuh miskin atas sebab tertentu, perempuan ni jenis mengada, dia minta laki dia belikan dia baju mahal ii lepastu kasut mahal ii, makanan nak makan yang mewah tapi dia tahu tak laki tu tak de duit, dia tahu tapi dia minta juga bila laki tu tak bagi dia marah and merajuk, yang lelaki ni pula disebabkan sayang dia pada perempuan tu dia sanggup beli walaupun dalam dompet dia ada 500 je cukup ii makan, dia sanggup berhutang dengan orang semata ii untuk tunaikan apa yang isteri dia minta, and satu hari tu dia sampai tak de duit langsung isteri dia minta duit nak beli baju lagi, dia cakap dekat isteri dia, dia tak de duit lagi dia suruh tunggu hujung bulan ni gaji baru masuk, kau tahu perempuan tu kata apa perempuan tu maki dia hina dia tapi dia tetap sabar dengan perangai perempuan tu sampai satu hari tu dia ternampak isteri dia dengan lelaki lain dalam bilik hotel kau rasa hancur tak hati laki tu..jadi aku nak cakap dekat kau la erti sabar ni sebenarnya sabar untuk sesuatu yang kita nak sabar dan cuba fahami pasangan kita, itu baru erti sabar kalau lelaki tu je nak kena ada sifat penyabar kau silap lah perempuan ni pun kena ada sifat sabar...terang dayyan dengan panjang lebar membuatkan aina terlopong mendengar

sebenarnya dia pun tak berapa faham apa benda yang dayyan cakap tapi dia kagum dengan dayyan sebab dia cuma cakap sikit je tapi dayyan balas siap boleh buat karangan lagi

kau pernah bercinta ke yan, setahu aku kau mana ada girfriend tapi kau bercakap macam kau pernah ada pengalaman..sampuk Fattah membuatkan dayyan menjeling tajam padanya

kau tak pernah bercinta rupanya tapi kau berlagak cakap macam pernah kena..ujar aina

dah kau cerita tentang sabar..bidas dayyan

ouh boleh pula yang kau cerita tentang sabar ni, habis yang semalam kau tumbuk muka aku tu mana perginya sabar kau..soal aina

aku ni bukan jenis penyabar ehh..balas dayyan

kau bercerita macam kau ni seorang penyabar, kau sebenarnya ni nak bodohkan aku ke apa ni, dah la kau cerita tadi macam kau menyalahkan perempuan sepenuhnya macam la lelaki tak de salah..ujar aina

aku tak kata pun lelaki tu tak de salah..balas dayyan

ka..tak sempat aina mahu membalas kata dayyan, tetiba dayyan menyumbat nasi ke dalam mulutnya membuatkan dia berasa sebal

-----------------------------------------------

ash dengan kelam kabutnya keluar dari kereta lalu dia menapak masuk ke dalam rumah

weyh ray..panggil ash setelah dia sampai ke ruang tamu, kawannya semua memandangnya

kau dah kenapa ash resah semacam je muka kau tu..soal daniel

aku dah tahu dah dekat mana diorang sorok isteri kita..terang ash membuatkan 6 orang jejaka itu pantas bangun dan memandangnya dengan riak wajah serius

dekat mana..soal rayyan dengan serius

alah nanti la aku bagitahu yang penting sekarang ni kita kena pergi sekarang..ujar ash mendapat anggukan dari kawannya

ok jom..ajak rayyan lalu mereka semua keluar dengan cepat dari rumah

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience