bab 80

Romance Completed 12531

dah jom masuk..arah nia setelah membuka pintu rumah

wouu besar doh rumah ni arghh bestnya!..jerit ifa teruja

kalau aku tahu kita akan hidup mewah macam ni dah lama aku merompak rumah diorang tu..celah ila

bilik mesti cantik ni, aku naik dulu lah nak pilih bilik aku..kaki nadia laju menaiki anak tangga menuju ke atas

ehh tunggu aku!..dira laju mengikuti nadia

aku nak gi tengok dapur lah...fiqah membuka langkah menuju ke dapur

korang gi lah naik bilik, mandi apa dulu..arah nia pada ila dan ifa

ok..balas ila dan ifa serentak lalu kaki mereka laju naik ke atas

nia mengorak langkah menuju ke atas
tergeleng kepalanya melihat kawannya sedang berebut bilik, dibiarkan saja kawannya bergaduh, kakinya membuka langkah ke satu bilik yang tidak jauh darinya

setelah masuk ke dalam bilik, dia terus merebahkan badan atas katil empuk tersebut

bunyi deringan telefon membuatkan nia berdecit sebal, tangannya mengapai fonnya lalu menjawab panggilan tersebut

emm hello

waalaikumsalam..sahut rayyan dihujung talian

hmm kau nak apa call aku ni?..soal nia malas, matanya dipejam rapat

saja saya call awak, so macam mana rumah tu cantik tak? awak selesa tak tinggal situ, kalau awak tak selesa saya boleh beli rumah yang lagi elok untuk awak

terbuka luas mata nia, gila ke apa mamat ni, gila aku tak selesa rumah besar macam ni

ehh tak payah nak menyusahkan diri kau tu, aku dah cukup selesa dah tinggal sini

lega hati saya dengar, awak ada nak pergi mana ii ke japgi? ingat kalau nak pergi keluar ke awak kena bagitahu saya dulu faham

perlu ke semua tu?

perlu lah..balas rayyan

hish kau ni, macam suami aku pula yang aku kena bagitahu dulu, aku tak keluar gi mana ii pun, malas lah

hmm bagus macam tu, kalau awak lapar awak masak lah, awak tak perlu keluar beli barang untuk masak dah sebab saya dah sediakan semua dalam peti sejuk tu so awak just masak je

berbaloi juga kan kerja dengan kau ni, semua kau dah sediakan, terima kasih lah eh

kasih diterima awak, awak rehat lah dulu, esok awak dah start kerja, jangan lupa esok sarapan awak kena siapkan untuk saya

ye ingat, ok lah bye..nia terus mematikan panggilan tanpa menunggu balasan rayyan

letihnya lahaih..nia kembali memejamkan mata, setelah beberapa saat terdengar dengkuran halus dari nia

--------------------------------------------------------------

hari sudah menjelang pagi, seperti yang dirancang 6 orang gadis ni sudah bersiap untuk masuk ke hari pertama mereka berkerja di office suami mereka sendiri, masing ii mengenakan baju kurung

weyh ii cepat, lambat dah ni..ujar nia yang tergesa ii turun

nah bekal untuk bos korang tu nanti! aku dah siapkan sekali untuk korang, kalau si mangkuk semua tu tanya siapa masak korang cakap je korang sendiri yang masak..dira memberi bekal makanan yang sudah disediakan untuk semua kawannya

thanks dira, kau memang bagus arhh..ifa mengambil bekas makanan di tangan dira

kau masak apa ni dira?..soal ila

aku buat sandwich je, simple tak payah nak bersusah bagai masak berat ii..balas sara sambil mengalas sling begnya

dah jom, jangan nak berborak panjang pula dekat sini, kita dah terlambat sangat ni, dah la first day masuk kerja kita dah terlambat, harap sangatlah diorang tak marah kita..celah fiqah

ha ahh kang lambat pula..sampuk nadia

jom aku hantar korang dulu..kyra dengan kelam kabutnya keluar dari rumah diikuti dengan yang lain

-----------------------------------------------

fuh penat..kyra berhenti sekejap sambil membetulkan baju kurungnya, rambutnya yang sedikut kusut kerana dia berlari dirapikan sedikit agar kelihatan kemas, kakinya perlahan masuk ke dalam office tersebut

assalammualaikum..ucap nia lembut

akif yang sedang sibuk menyemak fail dimejanya terhenti seketikan tatkala ada suara seseorang didepannya, dia mengangkat kepalanya sedikit untuk melihat siapakah empunya suara, terkedu dia tatkala melihat wajah yang sudah lama menghilang, kepalanya teringat akan kata rayyan semalam, rayyan sudah menceritakan semua padanya dan rayyan juga meminta dirinya supaya berbuat tidak kenal akan isterinya yang kini muncul kembali

ouh waalaikumsalam, ye boleh saya bantu?..soal akif

saya pekerja baru dekat sini...balas nia dengan senyuman manis

ouh ye ini ke cik nia?..soal akif

yes saya..balas nia

ok baiklah, cik nia boleh tunggu dekat dalam office bos saya, sebab bos saya belum sampai lagi

hah dia belum sampai lagi?..soal nia, lega hatinya tatkala rayyan belum tiba lagi

yup dia belum datang lagi, mari saya bawakkan cik nia tunggu dalam bilik office bos saya..akif mengorak langkah memasuki office rayyan diikuti oleh nia dibelakang

duduklah dulu, kejap lagi bos saya sampai..setelah mendapat anggukan dari nia, dia terus berlalu keluar dari situ meninggalkan nia seorang diri

nia melabuhkan punggung di salah satu sofa yang tersedia di dalam bilik office tersebut, bekal makanan diletakkan atas meja, matanya tak lepas memandang setiap inci bilik office tersebut

cantik juga eh bilik office dia..gumam nia perlahan, dia bangun lalu menuju ke arah meja kerja rayyan

tangannya laju mengambil bingkai gambar yang terletak di atas meja kerja tersebut

hmm kacak, tapi dia kata dia dah kahwin? mana gambar isteri dia tak nampak pun? ke yang ni?..nia meletakkan kembali bingkai gambar tersebut lalu tangannya mula mengambil satu lagi bingkai gambar disitu

baru saja dia mahu melihat gambar tersebut tetiba pintu office terkuak membuatkan dia terkejut, cepat ii dia meletakkan kembali bingkai gambar tersebut

hai nia, dah lama ke sampai?..soal rayyan dengan senyuman manis, kakinya mengorak ke arah meja kerjanya dan melabuhkan punggung di atas kerusi kerjanya

eh tak lama pun, baru je sampai..balas nia

duduklah..arah rayyan

nia perlahan ii duduk dihadapan rayyan

so where's my breakfast..soal rayyan sambil menatap wajah nia

ouh jap saya ambil...nia dengan kalutnya bangun lalu mengambil bekas makanan yang diletakkan atas meja tadi

nah ni saya dah sediakan untuk awak..nia memberi bekas makanan tersebut kepada rayyan

awak dah tukar panggilan 'saya awak' ke..soal rayyan bingung, terkejut juga dia tetiba nia menukarkan panggilan sebegitu

memang la, awak tu sekarang bos saya dah tentulah saya kena panggil 'saya awak' kang guna bahasa 'aku kau' nampak biadap pula, tempat kerja kan ni kenalah sopan sikit..bidas nia

ouh macam tu..rayyan membuka penutup bekal makanan yang dibawa nia tadi

awak buat sendiri ke ni?..soal rayyan

ye la saya buat sendiri, penat saya bangun pagi ii semata ii nak buat sandwich ni dekat awak..balas nia

rayyan mengukirkan senyuman sinis, macam lah dia tak tahu sebenarnya dira yang buat semua sarapan ni, macam mana dia tahu? ini rayyan lah, kalau dah sebut nama rayyan bermakna otaknya terlampau berfungsi, dah tentu lah dia memasang cctv tersembunyi di dalam rumah tersebut, apa yang gadis ini semua buat akan mereka tahu

awak tahu kan yang awak tak boleh sesama sekali menipu?..soal rayyan dengan pandangan tajam

jantung nia berdegup laju, teringat pula dia syarat yang rayyan sengaja menambah semalam sewaktu mereka sudah mahu pulang, dalam syarat tersebut berkata ' tidak boleh sesama sekali menipu', banyak lagi syarat yang rayyan menambah semalam, betul ii buat dirinya bagai mahu menendang rayyan

betul lah saya yang buat sandwich tu..balas nia gugup, takut juga kalau rayyan tahu bukan dia pun yang buat sandwich tu, tapi macam mana rayyan tahu bukan dia yang buat sandwich tu?

hmm tak pe, harini saya lepaskan awak, tapi...rayyan menjedakan ayatnya sambil menatap tajam pada nia

start esok saya nak awak sendiri yang sediakan sarapan untuk saya! saya ulangi lagi sekali, ' awak sendiri' yang sediakan, tak ada istilah orang lain yang tolong buatkan sarapan saya!..rayyan bersuara tegas

nia menelan air liur yang tetiba rasa kesat

saya tahu apa awak buat belakang saya nia! awak dah sign syarat yang kita dah tetapkan semalam, so awak tak boleh langgar, jangan awak berani untuk tipu saya sebab saya tahu apa yang awak lakukan setiap masa, setiap saat setiap detik semua saya tahu!..ujar rayyan lagi dengan suara tegas

takut pula dia mendengar kata rayyan
ok kita berbalik kepada situasi, awak akan jadi PA saya, yang awak jumpa dekat luar tadi nama dia akif, dia juga PA saya, jadi sekarang ni saya ada dua PA, akif akan tolong awak jika awak tak faham akan sesuatu, awak boleh je minta dia tolong ajarkan awak..balas rayyan tenang

kalau dia dah jadi PA awak, dah kenapa awak nak suruh saya jadi PA awak pula?..soal nia bingung

dia PA yang hanya bekerja didalam office dan awak pula PA yang bekerja untuk dua masa iaitu dalam office and juga luar office..terang rayyan tapi tetap juga otak nia berfungsi

saya tak faham lah?

macam ni, awak akan selalu ikut saya kemana saja saya pergi meeting ke lunch or dinner, kemana saja saya pergi awak kena ada dengan saya, jika saya call awak bermaksud awak kena bekerja tak kira malam sekalipun..terang rayyan lagi membuatkan nia ternganga mendengarnya

kenapa waktu malam pun saya kena kerja? sepatutnya waktu malam awak kena bagi saya ni rehat bukan bekerja...bentak nia tak puas hati, kalau dah siang dia bekerja lepastu malam pun dia kena kerja berkecai lah tubuh dia nanti, bila masanya dia nak rehat kalau 24 jam tubuh dia kena bekerja

ada masa saya akan beri awak rehat secukupnya! ada masa pula saya akan beri awak kerja secukupnya juga!..bidas rayyan

tak nak! badan saya ni pun perlukan rehat juga! saya tak nak kerja jadi PA yang tak masuk akal ni!..bentak nia

maaf awak tak boleh membantah setiap arahan saya sebab awak dah sign syarat saya semalam..balas rayyan membuatkan nia mendengus kasar

ok awak boleh mula kerja sekarang, awak boleh keluar nanti akif akan tunjukkan bilik kerja untuk awak, jangan lupa kejap lagi awak kena ikut saya lunch ok..ujar rayyan sambil tangannya membuka salah satu fail yang tersedia di mejanya

perlahan ii nia bangun lalu menapak keluar dari bilik office rayyan

akif yang perasan kelibat nia, dia mula bangun dan menujuk bilik kerja nia yang tidak jauh dari bilik office rayyan

setelah ditunjuk bilik kerjanya, dia menghempas pungung kasar atas kerusi kerja

nia memicit sedikit kepalanya yang tetiba berasa sakit, dia termenung seorang diri memikirkan setiap kata rayyan tadi

kekadang menyesal juga dia terima tawaran lelaki itu tanpa memikir selanjutnya

---------------------------------------------------------

fiqah merenung setiap sudut bilik office ash, memandangkan ash belum datang lagi so dia dibenarkan menunggu dalam bilik office ash

hah baru sampai ke?..sergah ash yang baru masuk dalam bilik officenya, dia melabuhkan punggung disebelah fiqah, fiqah pula mengesot ketepi sedikit tatkala ash duduk disebelahnya

baru je..balas fiqah pendek

mana sarapan saya?..soal ash sambil merenung wajah fiqah membuatkan fiqah berasa tidak selesa apabila ditenung sebegitu

ni makan lah..fiqah memberi bekal makanan yang dibawa tadi pada ash

ash membuka penutup makanan tersebut lalu mengambil satu sandwich dan mengunyah ke dalam mulut

awak makan tak lagi?..soal ash

dah..balas fiqah

ash memandang wajah fiqah, macam lah dia tak tahu yang fiqah menipu, dia nampak tadi dalam cctv yang fiqah tak sempat pun makan, sandwich ni pun bukan fiqah pun yang buat

nah makan lah satu, saya tahu awak tak makan lagi..ash mengambil sandwich lalu memberi kepada fiqah

fiqah teragak ii mahu mengambil, setelah mengambil sandwich di tangan ash, dia pun makan sandwich tersebut

nama awak fiqah kan? panjang sangat la nama tu, kalau saya pendekkan boleh?

hmm ikut lah..balas fiqah sambil mengunyah sandwich

saya panggil awak ika boleh?

fiqah mengerutkan dahi
kenapa ika pula?

sebab saya rasa selesa nama tu, lagipun nama tu sesuai dengan awak

hmm boleh lah..balas fiqah

saya tak nak awak gunakan nama 'aku kau' sebab nampak kasar, jadi saya nak awak guna 'saya awak' faham sayang..ujar ash membuatkan fiqah hampir tersedak

f faham..balas fiqah tersekat

ok jom saya tunjukkan bilik office awak..ash bangun diikuti oleh fiqah lalu mereka berdua keluar dari bilik office

ini bilik awak, bilik awak berhadapan dengan bilik office saya je, so senang sikit kalau saya nak panggil awak..ujar ash setelah masuk ke dalam bilik kerja fiqah

fiqah masuk lalu memandang sekeliling

do you like it..bisik ash secara tiba ii ditelinga fiqah membuatkan fiqah terkejut, terus dia berpaling ke belakang menghadap ash

awak makan agak comot..ash menyeka sedikit kesan makanan dibibir fiqah, jantung fiqah betul ii mahu meletup tika ini

awak duduklah, meh saya tolong ajar awak benda yang awak tak faham..ash dengan selambanya menarik tangan fiqah supaya duduk

fiqah terkebil ii memandang ash
awak, kita nak mulakan dari mana ni?..soal ash setelah duduk berhadapan dengan fiqah

awak..panggil ash lagi tatkala melihat fiqah hanya diam

baby!..panggil ash lembut membuatkan fiqah tersentak

dia panggil aku apa tadi? baby? aku salah sengar ke tadi

ye saya maaf..ujar fiqah sambil tersenyum kekok

awak fikir apa hmm sayang?..soal ash lembut, fiqah pula betul ii rasa macam nak pengsan

t tak ada f fikir kan apa pun..balas fiqah gugup, fuh kalau macam ni hari ii menghadap lelaki didepannya ni, mahu tak pengsan dirinya nanti

kalau awak tak selesa saya ada dalam bilik ni tak apa lah, awak buat lah dulu kerja awak, kalau awak ada tak faham awak just datang dekat saya and tanya je saya ok, saya pergi dulu tau..ash bangun lalu menapak ke arah pintu

ouh sebelum saya lupa..ash memusingkan kembali badannya ke arah fiqah

awak kena ikut saya meeting kejap lagi, nanti saya datang bilik awak and kita pergi sama ii, lepastu kita terus pergi lunch, understand darling?..soal ash dengan senyuman manis

fiqah mengangguk kecil, ash terus meluru keluar, setelah kelibat ash menghilang fiqah terus menghembuskan nafas yang sedari tadi dia menahan kerana melihat senyuman ash yang manis tu

argh boleh naik gila aku kalau dengan mamat sweet macam ni!..gumam fiqah perlahan sambil menekup wajahnya

-------------------------------------------------------------

haziq masuk ke dalam bilik officenya, terkejut dia saat dia masuk dia melihat ifa sedang berbaring tidur diatas sofa miliknya, dia mengoyakkan senyuman lalu perlahan ii dia mendekati ifa

wajah ifa ditenung lama, tangannya gatal mahu menyentuh wajah ayu isterinya ni

tangannya naik menyentuh pipi ifa, dia membelai lembut pipi gebu ifa, air matanya tetiba bergenang tubir mata

ifa menguap sedikit lalu mengeliatkan badan, matanya perlahan ii dibuka, terkedu dia saat dia membuka mata, ada sepasang mata yang sedang merenungnya

slurp!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience