BAB 13

Romance Completed 112147

'One boy,thousand feelings'

"Asyriq!"

Jerit Aina dengan senyuman lega.Laju dia pergi kearah Asyriq namun langkahnya terhenti apabila baru menyedari kehadiran aku di sebelah Asyriq selama ni.Dia memandang kearahku dengan tidak puas hati sebelum menjeling tajam.Apabila tersedar kembali,Aina menuju ke sisi Asyriq dan memegang lengannya.Keningku hanya terangkat.

"Asyriq tolong aku! Irfan ni gila!" Kata Aina dengan penuh cemas.Nampak juga kepura-puraan di wajahnya.Wow,minah ni pandai berlakon.Cebik hatiku.

Asyriq tersenyum dan menepis pegangan Aina di lenganya.Matanya tajam memandang Irfan yang sudah bengang.Aku mengetap bibir apabila merasai suatu aura yang tidak enak.Alamak,janganlah gaduh.

Aku lihat wajah Irfan daripada bengang kepada senyuman lebar.Entah kenapa apabila melihat Irfan bulu roma aku meremang.Err,mungkin Asyriq betul.Mungkin Irfan nih memang physcho.

"Hahah...."Gelak Irfan.

Asyriq hanya tersenyum sebelum melihat Irfan atas bawah.

"Gila."Aku dengar Asyriq kata sepatah.

"Kau! Kau kan mamat sengal tuh! Sebab dia ke Aina kau tinggalkan aku?!" Jerit Irfan dengan baran.

"Irfan,hubungan kita memang dah over! Kau tu yang gila! Aku memang sukakan Asyriq daripada dulu lagi!" Balas Aina.

Asyriq mencebik.

"Aina,perlu ke aku ulang yang aku baru putus dengan kau tadi."Kata Asyriq dengan rimas.

Aina tersentap sebelum memuncungkan bibir.Jarinya cuba memegang jari Asyriq.Aku hanya melihat perlakuan itu dengan wajah berkerut.

"Baby,U tau kan walaupun kita dah putus tapi I tetap..."

Secara tiba Irfan menjerit kuat membuatkan aku terkejut.

"Jangan Aina! Dulu kau kata kau suka aku,sekarang ni hati kau pada dia pulak! Kau yang buat aku jadi gila macam ni Aina!" Luah Irfan dengan renungan tajam pada Aina.Dia mula menapak kehadapan cuba menggapai Aina membuatkan Aina kebelakang secara drastik.Aku dapat menangkap tubuh Aina sedikit menggigil apabila mula menyedari perlakuan Irfan benar-benar seperti sudah gila.Itulah,pandai-pandai mainkan hati orang! Kan dah susah bila jadi macam ni! Omelku dalam hati.

"Bro,aku tahu kau gila.Aku boleh tolong hantarkan kau dekat hospital kalau kau nak?"Kata Asyriq dengan sinis.

Irfan memandang Asyriq dengan hati membara.

"Kau! Kau memang-"

"Aku ape? Kau nak cakap aku ni ape!"

Asyriq tersenyum lebar apabila suka melihat wajah Irfan yang semakin bengang dengan perlakuanya.Aku sudah marah.Asyriq ni pun satu! Suka sangat tambahkan api dalam marah Irfan!

Dengan marah yang menjulang,Irfan mengambil langkah pertama dengan buku limanya menuju kearah Asyriq.Dengan selamba,,Asyriq hanya ketepi membuatkan Irfan terkejut dan terjatuh ke atas tanah apabila sasaran buku limanya tidak mengena.Wajah Irfan tersebam di atas tanah di sebelahku sebelum dia mengaduh kesakitan.Ish,terjatuh dekat sebelah aku pulak! Laju aku cuba bergerak namun terkejut apabila tangan Irfan mula memegang kasutku.Secara automatik aku menjerit kecil.Dia pegang kasut aku?!

"Eeek!" Jeritku.

Dengan sepantas kilat aku sudah melihat Asyriq menarik kolar baju Irfan dengan kasar dengan mata mencerlung.Gulp.Asyriq nampak marah.

"Jangan sentuh dia."

Kata Asyriq dan terus melepaskan tumbukan pertama di wajah Irfan membuatkan aku terkejut sekaligus tercengang.

Irfan cuba bangun namun ditumbuk lagi oleh Asyriq.Tidak sanggup lagi melihat perlakuan yang tidak berperikemanusiaan daripada Asyriq,laju aku mengorak langkah,

"Asyriq,berhenti!"Asyriq sudah mengangkat tanganya untuk melepaskan lagi kemarahanya.Ieee,kena rasuk ke mamat nih!

"Asyriq,kau jangan nak jadi gila macam dia! Kau lupa ke kau dah kena gantung?Berhentilah!" Jeritku yang membuatkan badan Asyriq kaku seketika.Dengan dengusan dia terus melepaskan kolar Irfan dengan kasar.Irfan mengerang kesakitan menyentuh wajahnya.Ya Allah,kesian pula aku lihat Irfan.Geram aku dengan Asyriq!

"Asyriq,kau ingat semua masalah boleh selesai dengan bergaduh?" Kataku dengan nada tinggi.Aku cukup tak suka keganasan.Macam mana Asyriq boleh terfikir bahawa dengan darah dan tumbukan boleh selesaikan masalah?!Asyriq tidak mengendah kataku malah membetulkan bajunya yang komot.Aku menggeleng-geleng kepala dengan kecewa lalu laju mengeluarkan 'plaster' dengan niat untuk campak di atas tanah agar dapat digunakan oleh Irfan.Aku tau memang bodoh untuk tolong orang yang physcho macam Irfan,tapi dia masih manusia dan masih ada perikemanusiaan dalam hatiku.

Tidak sempat aku ingin membaling 'plaster' itu,Asyriq menarik tanganku pergi daripada situ.Diikuti oleh Aina sekali.

"Tak payah nak tolong dia."Kata Asyriq dengan marah.

"Tapi-"

"Kau jangan nak jadi naif Zani."Kata Asyriq seperti cuba menahan marahnya.Dia masih menarik lenganku membuatkan aku berasa tidak selesa.Aku cuba merungkaikan peganganya yang erat.

"Tapi dia berdarah teruk! Sebab kau-"

"Kau jangan nak jadi naif boleh tak Zani! Ada masa kau tak perlu jadi baik sangat!" Jerit Asyriq membuatkan aku tersentak.Salah ke aku nak tolong orang? Sekurang-kurangnya aku tak tumbuk orang macam orang gila! Hatiku membara.

Dengan kasar aku merungkaikan peganganya membuatkan Asyriq terkejut.Aku melihat wajahnya dengan nafas turun naik.Aku berpaling dan menuju kembali kearah Irfan.Irfan melihat wajahku dengan berkerut sebelum aku lemparkan dua 'plaster' pada mukanya.Ambik kau! Laju aku berpaling kembali dan pergi daripada situ.Laju aku berjalan melintasi Asyriq membiarkan dia melihat tindakanku dengan tidak percaya.Asyriq mendengus bengang sebelum meraupkan rambutnya kebelakang dengan rimas.

"Zani!"

Aku hanya membuat bodoh dengan sahutanya dan terus keluar daripada pagar sekolah.Menyampah aku dengan Asyriq! Ada aku kisah aku berhutang dengan dia ke tak!

*************

Apabila keretanya masuk ke dalam perkarangan rumah,Asyriq keluar daripada keretanya dengan menghempaskan pintu.Hati Asyriq masih membara apabila teringatkan Zani.Bagi minah tu semuanya salah aku! Dia tu yang baik sangat! Bengang Asyriq mempercepatkan lagi langkahnya ke dalam rumah.Cik Nah yang perasan tindakan Asyriq memandang anak muda itu dengan pelik.

"Kenapa ni Asyriq?" Soal Cik Nah dengan perlahan dan lembut.

Asyriq memandang sekilas sebelum menyambung langkahnya mendaki tangga.

"Tak ada apa-apa lah."

Kata Asyriq dan terus pergi ke tingkat atas.Dia menolak pintu biliknya dengan kasar dan mencampak begnya di atas katil.Dia meraupkan wajahnya! Arggh,serabutnya otak aku pasal pasal Zani! Dia ingat dia boleh ubah tabiat aku?! Tak faham aku? Asyriq menendang katilnya sebelum terduduk di atas lantai.Dia melepaskan keluhan sebelum mengalihkan perhatianya pada gambar di atas meja belajarnya.Dia merenung lama gambar yang amat dia rindu dalam hatinya.Ibu.

Secara tiba,pintu biliknya terkuak membuatkan Asyriq terkejut.Cik Nah menolak pintu itu perlahan sebelum memasuki ke dalam kamar itu.Asyriq melihat wanita tua itu meletakkan air sirap sejuk di atas meja belajarnya sebelum menuju kearah pintu kembali.Sebelum keluar,Cik Nah memandang wajah Asyriq.

"Asyriq,jangan terus jadi macam ni.Kamu masih muda."Kata Cik Nah,dalam hati dia sudah tidak sanggup melihat keluarga ini yang semakin lama semakin runtuh.Sudah lama berkhidmat membuatkan dia menyayangi anak muda dihadapanya.

"Ape maksud Cik Nah ni?" Soal Asyriq tidak mengerti.

"Maksud Cik Nah,ayah kamu tu-"

"Cik Nah,tolonglah.Bukan sekarang."Asyriq memalingkan wajahnya dengan rimas.Dia cukup tak suka kalau dibangkitkan hal tentang ayahnya.

"Cik Nah tahu ayah kamu tu masih sayangkan kamu Asyriq.Dia masih sayangkan kamu dengan Dina.Dia jadi macam tu sebab dia rindukan ibu kamu!"Jelas Cik Nah dengan nada terdesak.

Asyriq tergelak.

"Itu tak masuk akal Cik Nah.Kalau dia sayang kitaorang,selepas ibu meninggal dia takkan buat Asyriq dengan Dina macam ni."

"Tapi Asyriq-"

"Sudahlah! Jangan cakap pasal dia lagi! Bagi Asyriq ayah yang Asyriq ada sekarang hanya orang yang tak waras yang selalu dera Asyriq dengan Dina!"Kata Asyriq sedikit menjerit dan terus berdiri merenung ke tingkap.Dia tiada hati untuk memandang Cik Nah.Asyriq dapat mendengar keluhan Cik Nah sebelum mendengar biliknya tertutup rapat.

Asyriq mencapai kotak rokok yang terdapat di bawah bantalnya dengan bengang.Dia menyalakan puntung itu dan menghisapnya lalu terduduk di atas lantai.Dia tergelak kecil apabila memikirkan kata-kata Cik Nah tadi.Rasa bersalah pula menjerit pada Cik Nah kerana membela ayahnya.Dia tidak pernah membenci Cik Nah malah menyayangi wanita itu seperti Cik Nah menyayangi dia dan Dina.Asyriq cuma tidak percaya apabila Cik Nah cuba menukar hakikat tentang ayahnya.Tak! Setelah apa yang terjadi,aku tak boleh terima ayah kembali ke dalam hatiku!

Mata Asyriq dilirikkan pula pada gambar ibunya di atas meja.Lama dia memandang gambar itu seperti menumpahkan rindu yang tidak kesampaian.Dia rindu ibu.Dia rindukan keluarganya yang dulu.Namun mengapa ayahnya perlu hancurkan segalanya sekarang?

Secara tiba Asyriq teringat kata-kata guru disiplin kepadanya sewaktu dia buat masalah dulu.

'Jangan jadi orang tak berguna Asyriq.'

Asyriq tergelak apabila memikirkan ayat itu sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.

Jadi orang berguna?

Jadi orang tak berguna?

Apa bezanya?

Bagi Asyriq dia tidak perlu lagi untuk fikirkan semua itu apabila hidupnya sudah hancur begini.Yang penting adalah,Dina.Ya,Dina adik kesayanganya.Dengan malas Asyriq melihat jam di dinding lalu mengeluh.Sudah tiba masanya untuk dia bekerja di 'Aishah Cafe'.

Asyriq membuang puntung rokoknya ke dalam tong sampah dan keluar daripada bilik.Dia menuruni tangga dan menuju ke dapur.Kelihatan Cik Nah yang sedang menggoreng makanan untuk Dina di matanya.

"Cik Nah,saya minta maaf."

Kata Asyriq diantara dengar dan tidak dengar lalu terus pergi.Cik Nah yang terkejut hanya menoleh melihat kelibat Asyriq yang sudah keluar daripada rumah untuk pergi ke kerja.Dia tersenyum kecil.

Asyriq memakirkan keretanya di hadapan 'Aishah Cafe' dan keluar daripada perut kereta itu.Dia masuk ke dalam 'Aishah Cafe' dan menukar uniform kerjanya seperti biasa.

"Lambat kau hari ni."Tegur Daniel rakan sekerjanya.

"Biasalah.."Balas Asyriq dengan malas.

Dia memakai apron hitamnya dan terus berdiri di muka kaunter.Dapat dia lihat semua mata pelanggan perempuan yang menoleh untuk melihat wajahnya.Laju sahaja mereka berdiri di kaunter dengan mempamerkan senyuman yang manis.Asyriq hanya mempamerkan wajahnya yang tiada perasaan dan mengambil pesanan mereka satu persatu.

Waktu semakin berjalan dan 'shift' nya telah habis,Asyriq menyalin pakaianya semula dan bersedia untuk keluar.Tidak sempat dia menolak pintu,Daniel menepuk bahunya.

"Woi,malam ni aku nak 'race'.Jomlah join,kau dah lama tak buat aksi." Ajak Daniel dengan senyuman.

"Malaslah..Lain kalilah."

"Kau dah kenape Asyriq,asyik-"

"Bye Daniel."

Laju Asyriq menolak pintu kedai meninggalkan Daniel yang tercengang dengan perbuatannya.Dia bukan tidak suka Daniel,cuma saat ini dia betul-betul malas untuk berbual dengan seseorang.Asyriq menuju ke keretanya dan bersedia untuk masuk.Namun,entah mengapa seorang perempuan dapat menangkap perhatianya.Dia mengecilkan matanya lagi untuk melihat perempuan yang ingin masuk ke dalam kedai buku itu dengan lebih jelas.Ya,tak mungkin dia tersalah lihat.Dia kenal benar dengan perempuan itu.

Asyriq menutup pintu keretanya semula dan menuju ke kedai buku itu.Senyuman terukir di bibirnya tanpa dia sedari.

******************

Aku menolak pintu kaca kedai itu dan menapak masuk.Serta merta angin sejuk daripada penghawa dingin kedai itu menampar lembut pipiku.Aku tersenyum kerana sudah lama tidak menjejak ke kedai buku.Peristiwa pulang daripada sekolah sebentar tadi terlayar kembali dalam mindaku.

Pulang sahaja daripada sekolah aku terus menuju ke dalam bilik dengan perasaan sebal.Kata-kata Asyriq masih lagi terkesan dalam hatiku.Tidak mahu mengingati tentang Asyriq lagi,aku terus menuju ke kamar mandi untuk menyejukkan tubuh dan badan.Apabila selesai menyalin pakaian,aku turun pergi ke dapur untuk makan.Sewaktu ingin memasukkan makanan ke dalam mulut.Entah bagaimana kata-kata Asyriq boleh termuncul kembali dalam fikiranku.Ieee,bengangnya! Habis terbantut terus seleraku disebabkan Asyriq.Akhirnya,aku habiskan juga makanan dengan paksa dan terus naik kembali ke dalam bilik.Aku mundar-mandir di tengah-tengah kamar dengan runsing cuba memikirkan perkara untuk mengalihkan perhatianku daripada teringatkan kata-kata Asyriq.Hissh,nak buat ape ye? Fikir Zani,fikir.

Ha,aku tahu! Aku boleh melukis.Aku tersenyum dan tanpa membuang masa mengeluarkan buku 'sketch' dan pensil 2B.Aku mengambil nafas panjang dan mengangkat tangan sebagai tanda bersedia untuk lukis.Namun,tidak sempat mata pensel menyentuh kertas lukisan,aku terhenti.Aku diam seketika.Emmm,macam mana aku nak lukis keadaan di Gaza ye?

Aku menutup mata cuba memikirkan jikalau aku berada di tempat kanak-kanak yang berada di Gaza.Mataku dipejam rapat namun otak aku masih gelap dan kosong.Kalau aku tidak dapat menghayati suasana di sana,bagaimana aku nak lukis sepenuh hati? Aku cuba sekali lagi memikirkan tentang Gaza,namun gagal.Sudah berputus asa untuk berfikir,aku merebahkan badan di atas katil dengan malas.Macam mana nak lukis nih?

Aku berfikir sambil memerhatikan kipas di siling yang berpusing.Lama kelamaan mata aku semakin memberat.Aku sendiri tidak sedar bahawa hari ini tubuh aku terasa penat dan lenguh sehingga aku terlelap.

Aku membuka mata perlahan-lahan apabila tersedar daripada tidur.Eh,sudah pukul berape ye? Laju aku bangun dan memandang jam di dinding.Owwhh,baru pukul 4.13 minit.Lama jugak aku tidur ye.Beralih sahaja mataku pada kertas lukisan di atas meja,aku terus melepaskan keluhan panjang.Aduh,macam mana nih? Aku diam sejenak sebelum satu idea datang pada akalku.Mungkin aku patut beli buku.Ya,buku tentang gaza.Sekurang-kurangnya aku dapat maklumat tentang keadaan dekat sana.

Aku terus bangun dan menuju ke kamar mandi untuk mengambil whuduk.Aku tunggu sehingga masuk waktu asar dan terus menunaikan solat.Selesai sahaja beribadah,aku terus menyarungkan tudung dan baju berlengan panjang berwarna ungu cair di tubuhku.Aku mencapai telefon bimbit dan mendail nombor telefon ibuku untuk memaklumkan hal aku untuk keluar petang nih.Agaknya ibu balik lewat ke hari ni

"Assalammualaikum,kenape ni Zani call mak?"

Soal terus ibuku apabila mengangkat panggilan.

"Ibu,Zani nak pergi kedai sekejap boleh?"

"Buat ape?"

"Nak pergi kedai buku sekejap,nak beli buku."

"Zani ade duit tak?"

"Adalah,jangan risau.Habis beli buku nanti Zani terus balik ok?"

"Emmm,oklah.Hati-hati and tengok kereta ok.Oh ya,ibu balik awal hari ini.Malam nih kita makan sama-sama ye."Kata ibu denga nada ceria yang membuatkan aku tersenyum.

"Ok,Zani pergi dulu ye.Bye."

"Bye".

Aku terus mematikan talian dan keluar daripada bilik untuk mengambil kunci.Setelah memakai sandal dan pastikan pintu rumah betul-betul terkunci,aku membaca doa dahulu sebelum bergerak pergi ke kedai.

Bayanganku tentang peristiwa tadi terus terputus apabila satu suara menyapaku.

"Ye adik cari buku ape?".Soal seorang kakak yang kelihatan seperti pekerja di kedai buku itu.Aku agak malu apabila menyedari aku terlalu lama berhenti bergerak di depan pintu masuk.Malunya,mesti kakak tu ingat aku berangan.

"Ohh,emm.Saya nak cari buku tentang Gaza ade tak?" Soalku untuk menutup malu.

"Adik boleh jumpa dekat hujung sana bahagian agama."

"Terima kasih ye."

Ucapku dan terus berlalu pergi apabila malu dengan kakak pekerja itu.Ha,lain kali beranganlah lagi!

Aku menuju ke sudut hujung sekali dan menjumpai bahagian agama.Aku mencari satu persatu buku tentang Gaza yang dapat menarik perhatianku.Kemudian,aku mengeluarkan satu buku yang terdapat bendera Gaza yang besar di kulit bukunya.Aku tersenyum apabila menyelak buku itu satu-persatu dan menjumpai maklumat yang ingin aku gunakan sebagai inspirasi.Baguss! Buku ni memang betul-betul menjelaskan keadaan teruk di Gaza.Aku memusingkan buku itu untuk melihat berapa harganya sehinggalah satu suara yang kedengaran di telingaku.

"Nak beli buku tu ke?"

Aku terkejut dan melompat kecil apabila terdengar suara itu.Laju aku memusingkan badan dan mendongak untuk melihat mata yang amat aku kenali.

"Asyriq?!" Kataku dengan sedikit berbisik kerana kedai buku ini yang sangat sunyi.

Asyriq memandang mataku tanpa memutuskan pandanganya.Perasaan marah dan resah mula bercampur dalam hatiku.Laju aku cuba larikan diri namun Asyriq terlebih pantas meletakkan kedua-dua belah tanganya di rak buku membuatkan aku terperangkap sudut rak.Aku memandang matanya dengan perasaan marah.Kata-kata Asyriq petang tadi mula bangkit kembali dalam mindaku.

"Ke tepilah." Kataku dengan tegas.

Asyriq tidak mengendahkan kataku malah tersenyum apabila mengesan perasaan resah pada mukaku.

"Kenapa kau nak lari daripada aku?"Soal Asyriq membuatkan aku melihat sekeliling untuk mencari kelibat pekerja kedai atau kakak tadi.Hiissh,mana pekerja kedai bila aku perlukan mereka?! Geramku.

"Aku betul-betul tak nak tengok muka kau sekarang.Jadi ke tepi Asyriq." Kataku kali ini sedikit terdesak.

"Kau marahkan aku lagi Zani.Aku tak tau pulak yang kau ni sensitif."Senyum Asyriq merapatkan lagi wajahnya padaku membuatkan aku memeluk erat buku itu di dadaku dan memandang ke tepi.Ieee,kenape dengan dia nih?!

"Apa kau buat dekat sini Asyriq? Tolong bagi aku keluar."

"Zani,aku cakap benda yang betul je tadi.Kau baik sangat,kau sedar tak yang kau ni perempuan dan apa yang Irfan boleh buat pada kau."Kata Asyriq dengan nada yang tidak bersalah.Marahku mula membara.

"Mungkin kau yang patut belajar kesabaran sebelum layangkan je penumbuk kau dekat seseorang!"

Wajah Asyriq berubah tegang.

"Aku dah kata pada kau kan,yang inilah diri aku sebenarnye.Kau patut tau Zani yang dunia ni memang perlukan orang macam aku dan orang baik macam kau akan terus ditindas!"

"Tak,kau yang salah Asyriq.Semua masalah dalam dunia nih takkan dapat diselesaikan kalau ramai orang macam kau.Kau patut tahu tumbukan kau tu tak dapat bawak masalah kau pergi macam tu je.Tapi sebaliknya,masalah kau yang akan menghantui kau!" Kataku dengan hilang kesabaran apabila Asyriq merendahkan diri aku.

Asyriq terkejut apabila mendengar kataku seakan-akan kataku terus tertusuk dalam hatinya.Kata Zani benar-benar tepat tentang dirinya.

"Sial!" Jerit Asyriq membuatkan aku mula takut.Asyriq memandang tepat kearah mataku dengan kemarahan yang jelas terpamer.Asyriq menjatuhkan beberapa buku di rak dengan bengang sebelum pergi dan keluar daripada kedai buku itu.

Aku terkedu dan melihat buku-buku yang telah dijatuhkan oleh Asyriq.Badan aku agak menggeletar kerana takut dengan tindakan Asyriq tadi.Sekarang aku mula tahu sifat sebenar Asyriq.Salah aku ke?

Aku memandang sekeliling dan melihat beberapa orang pekerja pekedai memandang kearahku dengan muka berkerut.Cuba menahan malu,aku mengutip kembali buku-buku yang dijatuhkan oleh Asyriq dan susun di rak.Aku meletakkan kembali buku Gaza di rak semula apabila terlalu malu untuk melihat wajah 'cashier' atau pekerja kedai yang telah menyaksikan pertelingkahan aku dengan Asyriq sebentar tadi.Serius aku rasa macam nak menangis sekarang.Kenapa Asyriq tak boleh tinggalkan aku dan hidup aku dengan tenang?

Laju aku keluar daripada kedai dan berjalan kaki untuk kembali ke rumah.Aku betul-betul marah pada Asyriq!Dia ingat dia tu siapa?! Tak pernah lagi dalam hidup aku ada orang yang merendahkan martabat aku sebab buat benda baik.Dia ingat aku ni lemah sangat ke!

Tanpa aku sedar,mata aku mula berair dan air mata mula menuruni pipiku.Issh,kenape aku menangis pulak nih?! Puas hati kau Asyriq kau buat aku menangis sekarang!

"Zani!"

Aku terkejut dan menoleh untuk melihat siapa pemanggilanya.Namun sekejap sahaja sebelum perasaan aku kembali membara apabila melihat kereta Asyriq yang berhenti di sebelahku.

"Aku hantar kau balik.Jalan ni sunyi." Kata Asyriq melihat wajahku daripada cermin seperti menambahkan lagi minyak di hatiku.

"Pergilah!" Marahku dan terus melajukan langkah.

"Jangan degil boleh tak!" Nada Asyriq kedengaran bengang namun malas untuk aku hiraukan.Dia ingat aku ni haiwan peliharaan dia untuk turuti sahaja segala arahan dia! He is freakin' wrong! Aku dah letih nak layan perangai gila dia yang selalu buat aku takut.

Aku berjalan laju apabila terdengar bunyi pintu kereta di hempas dan tidak sampai sesaat tanganku ditarik oleh Asyriq.Aku melihat matanya yang tepat memandang ke dalam anak mataku.

"Jangan larikan diri daripada aku boleh tak! Ini untuk keselamatan kau jugak!"

"Ieeee!Aku benci gila-gila dengan kau! Sebab kaulah aku dapat malu tadi dan sebab kaulah hidup aku serabut sekarang!Sekarang lepaskan tangan ak-"

Tidak sempat aku melepaskan amarahku yang memuncak,Asyriq menarik tanganku di keretanya dan tidak sempat aku bertindak tubuhku telah ditolak masuk ke dalam kereta.Asyriq menghempaskan pintu kereta dan saat aku ingin keluar,Asyriq mula meluncurkan keretanya di atas jalan raya membuatkan aku mendengus geram.

Aku melemparkan pandangan ke luar tingkap kerana terlalu bengang untuk melihat wajah Asyriq.Air mata yang turun tadi cepat-cepat aku seka.Asyriq memandang sekilas dan menangkap tindakanku.Dia meraupkan rambutnya kebelakang sebelum membuka mulut untuk berkata.

" Kau menangis?"

Tak mungkin aku akan mengaku malah aku tetap diam melihat pemandangan di luar.Lebih baik aku diam untuk tenangkan lava kemarahan yang sedang memuncak dalam hatiku daripada berkata dengan mamat gila macam nih.

Akhirnya,kereta Asyriq berhenti di hadapan rumahku dan laju aku membuka pintu.

"Aku-"

Laju aku memotong kata Asyriq.

"Masa datang rumah kau hari tu aku perasan ada kesan lebam pada lengan Dina.Lebih baik kau bincang dengan Dina tentang masalah tu." Kataku dengan dingin dan terus masuk ke dalam perkarangan rumah.Walaupun aku marah gila dengan Asyriq,namun aku masih tidak boleh lupakan masalah Dina.Aku rasa aku patut beritahu Asyriq sebelum tidak mahu tengok wajah dia lagi.

Masuk sahaja ke dalam rumah aku terus pergi ke singki dan mencuci muka.Aku melepaskan keluhan panjang memikirkan nasib aku dan Asyriq.Kenapa Asyriq suka ganggu aku?Ya,pada mulanya aku mengaku bahawa akulah yang meminati dirinya dahulu.Itupun kerana aku dapat menangkap diri Asyriq yang seperti menanggung sesuatu yang berat.Masalah Asyriq seakan -akan menimbulkan perasaan ingin tahu dalam hatiku malah masalah lebam di lengan Dina masih aku risaukan.Tapi kenapa sekarang Asyriq nampak seperti sedang sorokkan sesuatu?Seolah-olah dia tiada tempat untuk merasakan bebas?

Lamunanku terhenti apabila telefon bimbitku berbunyi menandakan satu mesej telah tiba.Aku membuka mesej itu yang ternyata daripada Asyriq.Aku mengetap bibir sebelum membaca mesej itu.

keluar daripada rumah sekarang.
-Asyriq

Mukaku berkerut membaca mesej itu.Apa Asyriq nak buat nih? Dengan perasaan gelisah aku membuka kembali pintu rumah dan keluar mencari kelibat Asyriq dan keretanya namun tiada bayang di mana-mana.Apa ni?

Apabila aku menghampiri pagar,aku memandang ke bawah dan melihat satu buku berada di atas tanah.Di atas buku itu terdapat satu bunga lili yang putih membuatkan aku bingung.Aku mengutip buku itu yang ternyata merupakan buku Gaza yang ingin aku beli tadi.Mata aku membulat dengan tidak percaya.Takkanlah Asyriq yang-.

Secara tiba-tiba satu lagi mesej dihantar kepadaku dan laju aku membacanya.

Maaf.Tolong jangan menangis.
-Asyriq

Aku terkejut seketika dan entah kenapa hati aku mula berdegup laju.Aku melepaskan keluhan dan mendongak memandang langit.

Hey Asyriq,

Agaknya,

Macam mana aku nak memahami kau?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience