BAB 7

Romance Completed 112147

Akhirnya,aku menjejak masuk ke dalam bilik galeri itu.Mata aku meliar di seluruh kamar dan memerhatikan hasil seni lukisan yang tergantung.Hati aku sungguh teruja sehingga aku terlupa kehadiran Asyriq di sebelahku.

"Jadi,kau suka bilik ni?" Asyriq menyoalku dengan senyuman sinis.

Laju aku menganggukkan kepala.Memang gilalah kalau aku tak suka! Sekarang ni aku rasakan diri aku seperti dikelilingi dengan hasil seni.Bestnya!

"A..Aku tak pernah pergi galeri hasil seni sebelum ni."Kataku dengan jujur.

Aku dapat mendengar Asyriq ketawa kecil.Namun aku mengendahkanya kerana saat ini aku sungguh terpesona dengan dekorasi bilik galeri seni itu serta lukisan-lukisan yang aku lihat.Terdapat lukisan abstrak,potret,seni bina,alam semula jadi dan lukisan tradisional.Semuanya terkumpul di dalam bilik galeri yang besar ini.Mata aku juga dapat menangkap beberapa kanvas yang mempunyai lukisan di atas lantai.Aku mengalihkan pandangan kepada Asyriq.Asyriq yang hanya memerhatikan aku sejak tadi hanya menyilangkan tangan dan menyandarkan bahunya ke dinding.Kenapa dia tersenyum?

"Asyriq,ini galeri keluarga kau ye?" Soalku.

Asyriq jalan menghampiriku.

"Tak.Ini sebenarnya galeri ibu aku."Kata Asyriq sambil merenung salah satu lukisan yang tergantung di dinding.

Ibu? Baru aku tersedar,aku tak pernah tahu apa-apa tentang ibu bapa Asyriq.

"Jadi ibu kau memang orang yang berseni lah ye?"

Asyriq menganggukkan kepala.

"Macam kau,ibu aku pun sukakan seni dan melukis.Disebabkan rumah kitaorang besar dan hanya sedikit sahaja orang yang tinggal di dalam rumah ni.Ibu buat keputusan untuk buat tingkat ketiga ni sebagai galeri dia.Lukisan-lukisan yang dia beli dan sayang semua dia kumpulkan dekat sini.Kanvas-kanvas yang separuh siap tu pun semuanya dia yang lukis kalau ada masa lapang.Pendek kata,ibu aku selalu luangkan masa dalam bilik ni."

Aku hanya memerhatikan cara Asyriq berkata.Dapat aku lihat senyuman kecil terbit daripada bibirnya apabila mengatakan ayat 'ibu'.Dalam hati aku tahu Asyriq sayangkan ibunya.Aku bingung,kalau Asyriq merupakan remaja yang mendapat kasih sayang yang cukup daripada ibu bapanya,mengapa dia jadi bermasalah seperti sekarang? Serta merta akalku teringat pada wajah ibu.Agaknya ibu buat apa ye sekarang ni?

"Jadi-"

Serta merta suara Asyriq memecahkan lamunanku.

"Apa?" Aku memandang wajah Asyriq.

Dia hanya tersenyum panjang tanpa berkata apa-apa.Aku sudah keliru.Issh,mamat ni senyum lama-lama aku boleh cair dekat sini.

"Apa?!" Aku soal sekali lagi.

"Kau dah tak marahkan aku lagi."Katanya dengan gembira.

Oh,jadi sebab inilah dia senyum.Ceh,berlagak!

"Macam mana kau tahu aku sukakan seni?" Aku soal masih tidak mahu mengalah.

Asyriq ketawa dan menggeleng-gelengkan kepala.

"Hei,Zani.Kau ni jenis pelupakan?"

"Apa?! Aku bukan-"

"Aku nampak kau lukis masa aku kerja dekat 'Aishah Cafe'.Ingat tak?" Dia mengangkat kening.

Aku sudah terdiam dengan malu.Melihat reaksi aku,Asyriq hanya tersenyum.

"Lepastu,aku selalu nampak kau dekat bilik seni masa koko." Sambungnya lagi.

Asyriq perhatikan aku? Aku hanya menyepi tidak tahu untuk mengatakan apa-apa.Nampaknya aku silap,selama ni aku ingat hanya aku sahaja yang perhatikan dia.Asyriq hanya melihat wajahku dengan senyuman curiga.Aku hanya memberikan Asyriq jelingan yang tajam dengan hati yang berat.Aku tahu apa yang Asyriq inginkan.Dengan perasaan berat,aku melepaskan keluhan.Iee,benci betul bila kalah!

"Ok,aku mengaku! Aku dah tak marah dekat kau lagi.Puas hati" Kataku dengan malas.

"Haha,,Puas sangat!" Asyriq tersenyum lebar.

Aku hanya memandang wajahnya dengan tidak puas hati.Apahal lah mamat ni gembira sangat?

"Emm,aku pun nak katakan terima kasih sebab bawak aku dekat sini.Aku suka bilik galeri yang ada dekat rumah kau." Aku berkata dengan jujur.Sebelum Asyriq membuka mulut,aku memotongnya lagi.

"Tapi,aku still tak puas hati sebab kau memaksa aku untuk datang ke sini!" Aku merungut.

Asyriq tidak mengatakan apa-apa,hanya ketawa kecil yang keluar daripada mulutnya.

Mata aku dan Asyriq hanya merenung lukisan rumah tradisional di hadapan kami.Aku tidak tahu untuk kata apa lagi.Jadi,mata aku hanya meneliti seni lukisan rumah tradisional di hadapanku.

"Kau orang pertama aku bawak masuk dalam bilik ni."

Kata Asyriq membuatkan aku menoleh melihatnya dengan terkejut.

"Seriously?! Kawan kau sendiri pun tak pernah masuk dalam bilik ni?"

Asyriq hanya menganggukkan kepala tanpa melihat wajahku.Aku pula hanya membuat mulut berbentuk 'o' sambil menundukkan kepala kebawah.Walhal,dalam hatiku berasa gembira dan bangga.Perggh,orang pertama! Mana tak gembira kut.Bibirku menguntumkan senyuman kecil dengan malu.Kemudian,hatiku terasa ingin menyoal sesuatu.

"Asyriq,ibu kau sekarang dekat-"

Tidak sempat aku menyoal,telefon bimbit Asyriq berdering.Laju Asyriq mengeluarkan daripada kocek seluar 'jeans' nya dan melihat siapa yang menghubunginya.

"Aku jawab panggilan ni dekat luar sekejap." Kata Asyriq sebelum aku sempat untuk kata apa-apa.Akhirnya,aku hanya menganggukkan kepala.Asyriq menjawab panggilan sambil berjalan keluar.

"Yo,Bob.Apahal?"

Kata Asyriq di telefonya kemudian keluar daripada bilik galeri dan menutup pintu.

Aku hanya memerhati daripada tadi.Jadi Bob lah yang telefon dia.Serta merta akalku teringat wajah Bob serta pasangan kembar yang aku jumpa pagi tadi.Apahal agaknya ye dia telefon Asyriq? Biarlah,lagipun bukan hal aku untuk masuk campur.

Tanpa membuang masa,aku meliar di seluruh galeri sambil memerhatikan satu persatu lukisan yang terdapat di dalam kamar itu.Hati aku sungguh gembira melihat lukisan yang dihasilkan oleh tangan profesional orang berseni.Termasuk ibu Asyriq.Sehinggalah,satu lukisan yang benar-benar menangkap perhatianku di hujung sudut kamar.Aku menghampiri lukisan itu.

Sebuah lukisan yang mengandungi seribu cerita itu serta merta menarik hati kecilku.Suasana gambar itu seperti dalam keadaan perang dan terdapat seorang wanita yang berada di tengah-tengahnya.Wanita itu sedang bersedih sambil meratapi mayat seorang lelaki yang telah cedera.Hatiku rasa terpaut dan sayu pada waktu yang sama.Seakan-akan aku dapat rasakan emosi lukisan itu sampai ke dalam jiwaku.Perempuan itu amat menyayangi lelaki itu.Namun lelaki itu cedera dan mati sewaktu perang.Tapi,separuh hatiku mengatakan terdapat kisah lagi di sebalik lukisan indah itu.

Pintu galeri terbuka semula dan Asyriq menuju kearahku.Dia hanya memerhatikan gelagat aku yang memerhatikan lukisan perang di hadapan.Dia diam seketika sebelum membuka mulut.

"Kau suka lukisan ni?"

Aku menganggukkan kepala perlahan-lahan.

"Emm,suka sangat.Macam...Macam ada banyak cerita kesedihan pada gambar ni.Kau tak rasa macam tu?" Aku melihat wajah Asyriq untuk mendapat jawapanya.Asyriq hanya menyepi.

"Asyriq? Kau dengar tak ni?"

Aku lihat wajah Asyriq berubah menjadi serius dan keruh.Seakan-akan ada aura suram yang menyeliputi dirinya saat ini.

"Lukisan ni ibu aku yang lukis."Kata Asyriq.

Aku terkejut.

"Yeke? Ibu kau memang berbakatlah Asyriq.Aku suka lukisan ni."Aku tersenyum gembira.

"Dia meninggal dunia 4 tahun selepas lahirkan Dina.Ini lukisan terakhir mak aku." Luah Asyriq seperti susah untuk katakanya.

Aku terkedu.Tak pernah aku menyangka bahawa ibu Asyriq sudah meninggal.Ya Allah,setiap saat mesti Asyriq rindu kasih sayang seorang ibu .Tanpa aku sedari,satu perasaan simpati menjalar dalam hatiku.Aku melihat wajah Asyriq dengan pandangan sayu.

"Ak..Aku tak tahu.Aku minta maaf."Kataku perlahan.

"Tak apa.Aku benci bila orang simpati dengan aku.Jadi,kau tak perlu nak rasa apa-apa." Kata Asyriq dengan suara yang keras.

Aku tahu dia cuba menolak kesedihanya sendiri.Namun,aku tak nak memaksa Asyriq.

"Kau tahu apa yang kelakar Zani? Ibu aku sentiasa cakap dengan aku bahawa dia sentiasa anggap perempuan di dalam lukisan itu adalah dia."Kata Asyriq.

Arwah ibu Asyriq selalu besedih ke? Aku hanya membiarkan persoalan itu berlalu pergi.Asyriq hanya ketawa kecil dengan pahit.Buat kali pertamanya,hatiku seperti menjerit ingin memujuk Asyriq supaya tidak bersedih walaupun aku tahu Asyriq cuba selindung perasaanya.Aku tahu bagaimana rasanya kehilangan orang tersayang.

"Kita sama Asyriq."Kataku.

Kali ini,Asyriq memandang wajahku dengan berkerut.

"Maksud kau?"

"Ayah aku meninggal dunia dua tahun lepas."

Aku dapat menangkap riak terkejut pada wajah Asyriq.

"Aku minta maaf,aku pun tak-"

"Tak apa,Asyriq.Macam kau,aku pun tak suka bila orang simpati pada aku."Kataku.

Asyriq merenung wajahku lama sebelum menarik perhatianya kembali pada lukisan di hadapan.

"Nampaknya kita ada pengalaman yang sama."

Kata Asyriq yang hanya membuatkan aku tersenyum pahit.Tidak aku jangka sehingga sekarang bahawa aku dan Asyriq mempunyai satu persamaan.Aku tawakkal dengan pemergian ayahku kerana itu telah ditakdirkan oleh Qada' dan Qadar oleh tuhan yang maha Esa..Kita semua manusia dan kita semua akan mati.Suatu hari nanti,kepentingan dan pencapaian kita di atas dunia akan lenyap dan apa yang tinggal hanyalah amalan yang akan dihitung oleh Ya Rabbee.

Bunyi pintu terkuak membuatkan aku dan Asyriq mengalihkan pandangan pada pintu.Wajah Cik Nah yang gembira terpacul di muka pintu.

"La...Dekat sini rupanya kamu berdua.Penat Cik Nah cari.Asyriq,ajak kawan kamu tu makan.Air dengan kuih Cik Nah dah sediakan."Kata Cik Nah dengan lembut.

Aku menghampiri Cik Nah.

"Terima kasih Cik Nah,minta maaf kalau Zani ni tetamu yang menyusahkan." Kataku dengan bersalah.Cik Nah hanya tergelak kecil.

"Mana ada kamu menyusahkan! Sudah,pergi turun bawah." Kata Cik Nah dan berlalu pergi.

Aku memandang kali terakhir bilik galeri seni itu sebelum pergi.Huhu..Bye-Bye my lovely.Aku akan rindu korang semua yang ada dalam bilik ni!Mataku memandang sekilas lagi lukisan ibu Asyriq.

"Tak payah buat muka sedih sangatlah.Lukisan je kut."Perli Asyriq yang sudah berada di sisiku.

Aku memandang wajahnya dengan geram.

"Bagi kau lukisan je,bagi aku lukisan -lukisan ni berharga tau.Bestlah kau sebab ini rumah kau.Aku pulak,bukan selalu tau dapat tengok lukisan-lukisan macam ni.Kalau rumah aku macam ni,setiap hari aku bermalam dalam bilik ni."Kataku panjang lebar.Sebenarnya hati sedang cemburu pada kelebihan Asyriq.

Asyriq ketawa dan tersenyum melihat wajahku.

"Zani,kalau kau nak datang sini lagi.Bila-bila masa aku bagi."Kata Asyriq dan terus menuruni tangga.

Aku tergamam cuba memproses semula ayat Asyriq.Apa maksud dia bila-bila masa? Mamat ni biar betul? Takkanlah aku nak datang rumah dia setiap hari? Aku menggaru tudungku yang tidak gatal dengan perasaan keliru.

"Woi,ko nak turun ke tak!"

Suara Asyriq kedengaran daripada tingkat bawah.

"Eh? Oh,nak turunlah ni!" Sahutku kembali dan terus menuruni tangga dengan laju.Ah,lantaklah! Asyriq ni bukan boleh percaya sangat.

Selesai makan kuih dan minum air yang dihidangkan oleh Cik Nah.Aku melihat jam tanganku sekilas.Alamak,dah lewat! Gilalah,aku tak pernah balik rumah lewat macam ni! Laju aku memandang wajah Asyriq yang sedang menonton televisyen.

"Asyriq! Hantar aku balik.Dah lewat!" Aku cuba sedaya upaya menunjukkan wajah gusarku.Aku takut-takut kalau ibu balik awal walaupun aku tahu ibu sentiasa balik lewat.Entahlah,aku cuma risau.

"Oh,ok.Aku ambik kunci dekat atas jap." Kata Asyriq dan berlalu ke tingkat atas.

Aku pergi ke dapur dan menyalam tangan Cik Nah.

"Saya pergi dulu ye Cik Nah.Cik Nah jaga kesihatan tau." Mohonku.

"Baiklah.Cik Nah harap kamu datang sini selalu."Pinta Cik Nah dengan senyuman.

"Ish.mana boleh Cik Nah.Tak manis kalau saya datang rumah Asyriq selalu,dia kan lelaki." Kataku berterus terang.Cik Nah hanya memberikanku pandangan sedih.Alamak,ini yang aku lemah ni.

"Tak apalah,Cik Nah faham.Tapi Cik Nah harap kamu tak lupakan Cik Nah." Balas Cik Nah dengan gembira.

Aku hanya menganggukkan kepala dan memeluk Cik Nah buat kali terakhir.Aku menuju ke pintu utama untuk menunggu Asyriq di luar sehinggalah mataku menangkap sebuah gambar yang mempunyai bingkai besar di sebelah pintu.Gambar itu merupakan gambar Asyriq sekeluarga dan aku memerhatikan gambar itu dengan mendalam.Wajah ibu Asyriq sungguh cantik,seperti terdapat kacukan belanda pada wajah ibunya.Pada waktu itu pula,Asyriq dan Dina yang masih kecil hanya mempamerkan senyuman ceria.Aku tersenyum memikirkan betapa bahagianya mereka sekeluarga sewaktu gambar ini diambil.Sehinggalah,mataku tertancap pada wajah ayahnya,Datuk Nazli.Jadi inilah ayah Asyriq yang terkenal itu.Kadang-kala aku sentiasa terbaca nama ayahnya yang tertulis di majalah atau suratkhabar.Nampaknya ayah Asyriq memang seorang yang terkenal dan dihormati.Aku meneliti muka Datuk Nazli dengan tajam.Wajahnya di dalam gambar nampak seperti tiada perasaan dan agak tegas bagi aku.Agaknya ayah Asyriq ni jenis orang yang garang atau penyayang ye?Aku diam sejenak.

"Akak dah nak balik ke?"

Suara Dina memecahkan lamunanku pada gambar besar itu.Laju aku memandang wajah yang naif itu.Aku tersenyum.

"Haah.Dina jaga diri elok-elok ye."Kataku perlahan.

Dina menganggukkan kepala dan tanganya hanya menggaru-garu kesan lebam di lenganya.Aku hanya melepaskan keluhan dan memegang lembut bahu budak perempuan di hadapanku.

"Dina,akak tak nak paksa Dina untuk beritahu akak sesuatu.Tapi,kalau Dina ada masalah,tolong kongsikan dengan akak.Akak janji takkan beritahu pada siapa-siapa." Aku kata dengan serius.Aku memang maksudkan setiap kata yang aku ucap.Aku sayang Dina dan aku harap adik Asyriq akan terbuka hati kepadaku.

Aku melihat Dina memberikan aku riak muka bersalah.Kemudian,aku melihat kelibat Asyriq turun daripada tangga.Dia menuju kearah aku dan Dina.

"Dina,duduk rumah sekejap dengan Cik Nah ye.Abang nak hantar kak Zani sekejap." Kata Asyriq sambil mengusap kepala adiknya dengan lembut.

"Nanti abang balik tau."Kata Dina dengan risau.

Asyriq tersenyum sambil menganggukkan kepala.Aku hanya memerhatikan kasih sayang diantara adik beradik itu daripada jauh.Aku tidak dapat sorokkan senyuman di bibirku.Lalu,Asyriq menghidupkan enjin keretanya dan aku masuk ke dalam perut kereta.Aku melambaikan tangan kepada Dina dan Cik Nah buat kali terakhir.Dina tersenyum manis kepadaku dan begitu juga dengan Cik Nah.Aku gembira dapat berkenalan dengan mereka hari ini.Kereta Asyriq mula keluar daripada perkarangan rumah dan pandangan mereka berdua hilang begitu sahaja.

Aku memandang wajah Asyriq dan membuka mulut.

"Asyriq,aku suka Dina dan Cik Nah."Kataku tanpa selindung.

Lalu,aku melemparkan pandangan ke luar tingkap namun aku dapat menangkap ketawa kecil daripada Asyriq.Namun,separuh hatiku masih bimbang dengan kesan lebam di lengan Dina.Rahsia apa agaknya Dina sorokkan daripada aku?

"Kita dah sampai." Kata Asyriq dan keretanya berhenti di hadapan rumahku.Aku masih tidak berganjak daripada tempat dudukku namun masih memandang ke bawah sambil merenung jari sendiri.Aku mengambil nafas dan melihat wajah Asyriq di sebelahku.

"Asyriq,aku cuma nak cakap terima kasih sekali lagi sebab selamatkan aku daripada Aina tempoh hari.Tapi,itu tak bermaksud kau boleh suruh kawan kau perhatikan aku sesuka hati.Aku tahu niat kau baik tapi ini masalah aku.Aku rasa aku boleh handle sendiri.Jadi,aku harap kau tak perlu suruh kawan kau perhatikan aku lagi sebab aku tak nak susahkan sesiapa."Luahku dengan panjang.

Aku sama seperti Asyriq,aku bencikan simpati orang.Aku tahu Asyriq risau pasal aku walaupun aku tak tahu mengapa dia perlu risau pada gadis pelik dan pendiam macam aku ni.Namun,ini masalah aku dan aku tak nak libat siapa-siapa termasuk Asyriq sendiri.

Asyriq hanya melihat wajahku lama seperti terkejut dengan kata-kataku tadi.Matanya mempamerkan reaksi keliru dan tidak puas hati pada waktu yang sama.Tanpa membuang masa,aku keluarkan 'plaster' di dalam beg ku.Korang mesti pelikkan kenapa aku sentiasa ada 'plaster'? Well,jangan tanya.Sebab aku memang sediakan 'plaster' untuk diri aku 24 jam.

"Hulurkan tangan." Arahku dan Asyriq hanya menuruti dengan keliru.

Aku meletakkan dua 'plaster' berwarna merah dan hijau di tanganya dengan selamba.

"Aku harap kau guna 'plaster' ni.Geram aku tengok muka kau yang banyak luka tu."Kataku.

Asyriq tersenyum.Dia tergelak kecil sambil menggeleng-gelengkan kepala.

"Lagi sekali?"Soal Asyriq dengan nada ketawa.

"Apa maksud kau dengan lagi sekali?"

"Tak ada apa-apalah.Aku cuma terfikir,kau ni memang stok untuk 'plaster' agaknya."Dia tergelak lagi.

Aku hanya mendengus kerana malas untuk melayan gelakanya.Laju aku membuka pintu dan keluar daripada kereta.Tidak sempat aku melangkah,fikiranku teringatkan sesuatu.Aku patah kembali pada kereta Asyriq dan cermin kereta diturunkan.

"Kau ada tinggal sesuatu ke?" Soal Asyriq.

"Tak.Aku cuma terlupa nak cakap sesuatu pada kau."

"Apa dia?"

"Asyriq,tolong jangan merokok lagi.Benda tu boleh membunuh kau."Kataku dengan serius dan terus berpaling untuk pergi.

"Zani."

Kali ini Asyriq pula yang memanggilku.Aku menoleh melihat wajahnya di tingkap kereta.

"Aku akan suruh kawan aku berhenti perhatikan kau."Kata Asyriq membuatkan aku gembira.

Aku tersenyum lebar.Finally!

"Tapi aku yang akan perhatikan kau."Kata Asyriq dengan senyuman sinis.

Serta merta senyuman di wajahku hilang.Ok,that's creepy.

************

Aku mendengus beberapa kali sebelum merebahkan badan aku di atas katil.Selepas solat maghrib,aku mengeluarkan kertas lukisan dan cuba memikirkan lukisan apa yang patut aku lukis untuk pertandingan melukis akan datang.Aku cuba memerah otak namun tiada satu idea pun yang terbit dalam akalku.Aku tahu,aku sepatut memberitahu ibu aku dahulu tentang pertandingan itu sebelum membuat persediaan melukis.Namun,separuh hatiku masih takut untuk menyerahkan borang itu kepada ibu.Aku takut kalau hubungan kami renggang semula hanya kerana aku ingin melukis.Tapi separuh hatiku ingin menolak perasaan itu dan cuba meyakinkan kepada ibu bahawa melukis adalah impianku.Sekali lagi,aku melepaskan keluhan kerana terlalu pening untuk memikirkan dilema yang aku hadapi.

Aku membuka laptop 'Lenovo' dan membuka internet.Mungkin di internet ada bahan yang aku boleh gunakan untuk melukis.Aku mencari serta memerhatikan gambar-gambar yang dipaparkan dengan pandangan kosong.Entah mengapa fikiranku melayang kembali pada hasil seni lukisan di galeri Asyriq.Sejujurnya aku cemburu pada Asyriq kerana mempunyai rumah sebegitu mewah serta galeri lukisan sendiri! Kalaulah aku ada galeri macam tu jugak,mesti aku takkan serabut untuk fikir apa yang patut aku lukis.Aku memuncungkan bibir dengan perasaan malas. Kemudian,aku terdengar kunci pintu 'grill' terbuka dan satu sahutan suara daripada bawah.

"Zani! Ibu dah balik!"

Aku mendengar suara ibu daripada dalam bilik.Laju aku bangun dan menuju ketangga.Aku melihat ibu menuju ke dapur dengan beberapa beg plastik yang agak berat di tanganya.Aku menuju kearah ibu sambil memerhatikan barang yang ibu beli daripada pasar raya.

"Awalnya ibu balik hari ni?" Soalku dan membantu ibu meletakkan barang dapur dalam kabinet.Selalunya ibu balik selepas isyak.

"Sengaja.Tak boleh ke?" Soal ibu dengan senyuman lebar.

Aku memerhatikan wajah ibu dengan curiga.Mesti ada sesuatu yang terjadi ni? Ibu nampak gembira semacam.

"Ibu,kenapa ni? Zani tahu ada sesuatu yang terjadi.Cepatlah cakap."Kataku dengan selamba.Aku kenal sangat dengan riak dan perasaan ibuku.

Ibuku ketawa kecil.Dia tahu dia sendiri tidak boleh sorokkan apa-apa daripada aku.Jadi,kami berdua duduk di kerusi meja makan dengan menghadap diri masing-masing.Agaknya apa benda yang terjadi pada ibu sampai dia gembira sangat macam ni? Fikirku dengan curiga.

Ibu tersenyum lagi sebelum membuka mulut.

"Ibu dapat promosi Zani!" Kata ibu sedikit kuat.Jelas sekali dia gembira dengan khabar itu.

"Promosi? Macam kenaikan gaji?!" Mata aku membulat dengan terkejut.

"Yes! Dan bulan ni pun ibu dapat gaji bonus daripada bos ibu.Sebab itulah,ibu balik awal hari ni.Ibu ingat nak masakkan sedap-sedap untuk kita bedua sebagai raikan promosi ibu!"Kata Ibu dengan gembira.

Aku juga tidak dapat sorokkan kegembiraan yang terpancar pada wajahku.Akhirnya,Allah mula mempermudahkan urusan kehidupan kami sekeluarga.Terima kasih Ya tuhan.

"Ya Allah,bagusnya ibu! Zani tumpang gembira!" Aku meluahkan rasa hatiku.

Laju ibu memelukku dengan erat walaupun sekejap.

"Jadi,Zani nak ibu masak apa hari ini? Apa kata-"

"Ikan tiga rasa! Zani rindu nak makan ikan tiga rasa."Kataku memotong kata ibu dengan laju.

Ibu tersenyum.

"Okay,jadi itulah yang akan ibu buat."

Kata ibu dan terus membuka peti sejuk dan mengambil bahan-bahan yang diperlu.

Aku hanya memerhatikan perbuatan ibu dengan hati yang gembira.Aku tak pernah melihat ibu seceria ini selepas ayah meninggal.Nampaknya keadaan menjadi semakin baik pada kami.Kemudian,aku teringatkan borang pertandingan yang terdapat di dalam bilikku.Hatiku kembali gusar.

"Ibu." Panggilku.

Ibu menoleh kearahku dengan senyuman ceria.

"Kenapa Zani?"

"Emm.."Aku masih tidak pasti.

"Kenapa ni Zani? Cakap dengan ibu.

Patut ke aku?

"Emm,tak ada apa-apalah.Zani cuma nak tolong ibu je."Kataku dengan senyuman yang dipaksa.

"La...Itu je ke.Ha,nak tolong sangatkan.Pergi potong bawah merah dengan bawang putih atas meja tu."Tunjuk ibu dan kembali memandang peti sejuk di hadapanya.

Aku mengambil pisau dan memotong bawang merah perlahan-lahan.Hati aku berbelah bagi,aku tak sanggup hilangkan kecerian yang terdapat pada wajah ibu.Tanpa aku sedari,aku melepaskan keluhan,

************

Malam itu,Asyriq baring di atas katil sambil membaca majalah tentang koleksi-koleksi motor yang terbaharu.Petang tadi,Bob menghubunginya untuk mengajak Asyriq mengikuti sekali perlumbaan motosikal yang akan diadakan malam ini.Asyriq serta gengnya gemar berlumba pada waktu malam untuk melupakan hal sekolah yang bagi mereka tidak penting langsung.Namun kali ini, dia menolaknya dengan malas dengan alasan dia perlu ada di rumah untuk melindungi adiknya Dina.Mendengar kata itu,Bob tidak membantah kerana dia tahu tentang situasi Asyriq.Asyriq hanya meluahkan rahsia hidupnya kepada Bob,Ariff,dan Amir.Mereka bertigalah sahabat rapat Asyriq semasa dia susah dan senang walaupun perangai mereka agak menjengkelkan.Dia teringat kembali kata Zani dan sedar bahawa mereka bertiga telah bocorkan rahsia Asyriq supaya memerhatikan Zani dalam senyap.Dia mendengus geram apabila teringatkan hal itu.Dia tidak sempat memarahi Bob petang tadi kerana dia terlupa.Aduh,macam manalah aku boleh terlupa!Siaplah diorang tiga ekor bila aku pergi sekolah esok! Marah Asyriq.

Malas untuk membaca lagi,dia mencampakkan majalah itu di atas lantai dan mengambil sekotak rokok di dalam poket seluarnya.Dia mengambil satu puntung dan mula nyalakan 'lighter' di tangan.Kemudian,perbuatanya terhenti tanpa disedari.Dia teringat kembali kata Zani pada petang tadi.

Asyriq,tolong jangan merokok lagi.Benda tu boleh membunuh kau.

Asyriq terdiam seketika dengan hati berbelah bagi.Dengan dengusan malas,dia mencampakkan puntung rokok itu ke dalam tong sampah dan meraupkan rambutnya dengan kasar.Dia tidak tahu mengapa dia jadi begini hanya kerana Zani! Arggh,namun ketagihanya pada rokok masih tinggi walaupun malam ini dia tidak merokok.Tapi dia tahu keesokanya perbuatan merokoknya akan berulang kembali.Dia terduduk di atas lantai dan menyandarkan belakangnya pada kayu katilnya yang besar.Dia melepaskan keluhan sekali lagi dan merenung wajahnya di cermin yang terdapat di sudut biliknya.

Dia memerhatikan wajahnya dengan lama.Kini,luka yang terdapat di wajahnya telah di tutupi dengan 'plaster' Zani walaupun dia tahu 'plaster' itu tidak mengubati sangat lukanya.Dia tersenyum apabila memikirkan ini kali pertama dia menggunakan 'plaster' Zani di wajahnya.Sejujurnya dia katakan,dia tidak tahu mengapa dia tertarik pada Zani. Zani hanya merupakan gadis biasa yang boleh dijumpai di mana-mana,malah ramai lagi perempuan atau ex-girlfriend nya yang lagi cantik daripada Zani.Namun,sejak dia menyelamatkan Zani serta mendukungnya hingga ke bilik kesihatan.Ada satu perasaan yang sukar ditafsir yang menjalar dalam hatinya.Satu perasaan yang memaksa hatinya untuk melindungi Zani daripada kesusahan.Tanpa dia sedari,Zani mula penting baginya.Dia mula memerhatikan Zani daripada jauh dan suka melihat perbuatan Zani ketika gadis itu sedang membaca buku di dalam kelas.Dia suka melihat wajah gembira Zani dan tidak mahu sekali-kali melihat wajah sedih gadis itu.Dia tahu dia kedengaran seperti stalker atau phsycho.Tapi nak buat macam mana,dia tidak boleh menghalang perbuatanya sendiri.Asyriq menutup mata dan cuba membayang wajah Zani dalam fikiranya.This girl drive me crazy.

Kemudian,satu bunyi pecah menyedarkan Asyriq daripada lamunanya.Laju dia membuka mata dan menuju ke luar bilik.Suara kuat ayahnya mula kedengaran membuatkan separuh hatinya berasa takut.

"Ayah kata jangan sekali-kali masuk ke dalam bilik ni! Apahal kau tak faham bahasa!" Jerit suara Datuk Nazli yang kedengaran di dalam bilik Dina.Serta merta hati Asyriq menjadi gusar,risau tentang adiknya.Cik Nah yang berada di dapur hanya mengalirkan air mata mendengar situasi itu.

Laju Asyriq melangkah ke dalam bilik adiknya.Dia melihat Datuk Nazli memegang kasar lengan adiknya sehingga meninggalkan kesan lebam.Dina menangis teresak-esak.

"Dina tak sengaja.Peralatan melukis Dina tertinggal dalam pejabat ayah."Kata Dina dengan sedu sedan.

"Ayah dah kata banyak kali,jangan sekali-kali masuk dalam pejabat ayah.Ayah tak suka!" Marah Datuk Nazli pada anak bongsunya.Hati Dina menjadi kecut dan air matanya tidak boleh berhenti mengalir.

"Ayah,Dina tak sengaja."Kata Asyriq yang secara tiba muncul di dalam bilik itu.

Dina laju melepaskan regangan kasar Datuk Nazli dan menyorok di belakang abangnya.Asyriq yang melihat adiknya menggigil ketakutan hanya mempamerkan wajah sayu.Apa salah Dina kerana perlu tempuhi keperitan hidup dengan mempunyai ayah seperti Datuk Nazli.

"Kau jangan nak masuk campur Asyriq! Dina,meh sini!" Datuk Nazli meninggikan suara.

"Ayah,Dina kata dia tak sengaja.Kitaorang janji takkan masuk pejabat ayah lagi!" Asyriq juga meninggikan suara garaunya.

Muka Datuk Nazli bertambah bengis,dia meluru kearah Asyriq dan menarik kasar baju anak lelakinya.

"Kau jangan nak melawan! Anak lelaki tak guna,jangan sekali-kali tinggikan suara pada aku,ingat tu!"

Kata Datuk Nazli dengan bengang dan mencampak Asyriq ke tepi.Asyriq terjatuh di atas lantai dengan kasar.Datuk Nazli memandang tajam kearah Dina.Setapak demi setapak dia melangkah kehadapan membuatkan Dina semakin kecut perut.Air matanya mengalir lagi.Asyriq yang menahan kepedihan cepat-cepat untuk bangun untuk menghalang ayahnya.

Tidak sempat Datuk Nazli merentap lengan Dina,satu bunyi kedengaran.Telefon bimbit Datuk Nazli yang terdapat di dalam sutnya mula bergetar dan berbunyi.Datuk Nazli memandang tajam kearah mereka berdua sebelum menjawab panggilan.

"Ye,saya Datuk Nazli." Kata Datuk Nazli setelah mengangkat panggilan.

Asyriq melepaskan keluhan lega dan laju mendapatkan adiknya.

"Baiklah.Kata dekat dia supaya tunggu saya.Ok,saya datang sekarang." Kata Datuk Nazli cuba mengawal nadanya.

Akhirnya,dia memutuskan panggilan dan memandang kembali kearah kedua orang anaknya.

"Masuk bilik pergi tidur.Kalau ayah tahu siapa yang masuk dalam pejabat ayah lagi,teruk orang tu kena!" Dia memberi amaran.

Sebelum keluar,dia memberi pandangan tajam pada Asyriq.

"Dan kau Asyriq,jangan cabar kemarahan aku.Kalau tak teruk kau kena." Kata Datuk Nazli berbaur amaran dengan nada serius.

Asyriq hanya membalas pandangan ayahnya dengan wajah serius.Ini bukan kali pertama amaran itu dilemparkan padanya.Akhirnya,Datuk Nazli pergi meninggalkan mereka berdua.Lalu,muka Cik Nah yang risau terpacul di hadapan mereka.

"Kamu tak apa-apa ke Dina? Asyriq kamu ok?" Soal Cik Nah dengan risau.Dia membelek-belek lebam di lengan Dina.

Asyriq tidak mengatakan apa-apa hanya memegang adiknya dengan erat.

"Cik Nah...Le..Lebam makin sakit."Kata Dina dengan tersekat-sekat.

Cik Nah berasa sayu,dia kasihan dengan nasib dua orang anak majikan di hadapanya.

"Meh sini jom,ikut Cik Nah.Cik Nah letakkan ubat."Kata Cik Nah dengan lembut dan memegang bahu Dina.Dina hanya menganggukkan kepala dengan rela.

"Asyriq,kamu ikut sekali.Biar Cik Nah ubatkan muka kamu tu." Cik Nah memandang wajah Asyriq dengan kasihan.

Asyriq tidak menjawab namun hanya mencium dahi adiknya dan bangun daripada lantai.

"Dina,ikut Cik Nah.Lepastu tidur bilik abang ok."Kata Asyriq melihat mata adiknya.

"Baik bang." Akur Dina.

"Cik Nah,saya pergi keluar sekejap."

Kata Asyriq dan terus keluar daripada kamar adiknya.Dia menuruni tangga dan keluar daripada rumah daripada pintu belakang.Dia berasa sesak di dalam rumah itu,seperti tiada oksigen untuk dia hirup.Dia bencikan ayahnya! Dia tak mahu panggil Datuk Nazli sebagai ayah selepas apa yang dia buat pada Dina dan dirinya.Ayahnya tidak ubah seperti orang yang kehausan dengan keganasan dan lemparkan nafsunya pada Asyriq.Dia perlu keluar daripada rumah ni dengan Dina! Lagi sikit sahaja,selepas duit gajinya sudah banyak.Dia akan tinggalkan semua perkara gila ni buat selama-lamanya.

*******

Labuhkan sahaja punggungnya di kerusi kantin,Zani menunggu kehadiran Wani seperti biasa.Hatinya masih tidak tenang tentang semalam.Dia tahu lambat laun dia harus beritahu juga tentang borang itu kepada ibunya.Masalahnya bagaimana? Zani melepaskan keluhan.Nampaknya dia perlu beritahu Puan Latifah supaya memberikan dia sedikit masa.Kemudian,matanya menangkap kelibat Wani.Laju dia meluru kearah sahabatnya.

"Nasib baik kau datang.Aku ingat lambat lagi." Aku sengaja memerli Wani.

"Hei,lambat sekali tak bermaksud lambat selamanya tau!" Dengus Wani.

"Whatever."Aku tergelak kecil.

Lalu kami berdua berbual kosong seperti biasa dan berbincang tentang masalah pelajaran.Sehinggalah seorang pelajar mendekati aku dan Wani lalu menegur kami.

"Hei."

Tegur Syaz.Secara serentak mata kami berdua memandangnya.

"Hai Syaz,apahal?" Soal Wani dengan ramah.

Syaz merupakan kawan kami berdua sejak tingkatan 2.Aku dan Syaz agak rapat namun pada waktu yang sama tak begitu rapat juga.Maksudnya,Syaz mempunyai kumpulan sendiri manakala aku pula hanya lepak dengan Wani.Jadi pada tahun lepas dan tahun ni,aku dan Syaz memang jarang bertegur sapa.Jadi mengapa dia menegur aku sekarang?

"Ermm,boleh aku cakap sesuatu dengan kau tak Zani?" Soal Syaz dengan terus terang.

"Oh,ok."Kataku dengan wajah berkerut.Apahal agaknya ye?

Syaz duduk di hadapan kami berdua dan memadang tepat kearah wajahku.Dia merenung tajam wajahku sebelum berkata.

"Ok,sebenarnya macam ni.Aku dengar orang cerita pasal kau dengan Asyriq 'couple'.Betul ke Zani?"

Kata Syaz memandang wajahku dengan curiga.Mata aku sudah membulat dan mulut ku terbuka besar.Apa dia?! Siapa pulak yang buat cerita ni? Dan kenapa pulak Syaz nak tahu?!

"Syaz,itu semua khabar angin! Aku mana ada 'couple' dengan Asyriq! Aku tak bertegur sapa dengan dia pun dalam sekolah!" Kataku cuba meyakinkan Syaz.Ok,mungkin sedikit berbeza dengan apa yang aku beritahu Syaz.Aku memang tak bertegur sapa dengan Asyriq dekat dalam sekolah,tapi di luar sekolah lain cerita.Bisik hatiku cuba menyorokkan hal itu.

"Tapi ada orang nampak kau naik kereta dia Zani.Budak-budak sekolah kita nampak kau dekat 'Aishah Cafe'.Jadi betul lah kau dengan Asyriq 'Couple'?" Sekali lagi Syaz menghentam aku dengan soalan.Wani pula sudah melihat wajahku dengan riak terkejut.

Argghh,peningnya kepala aku.Tanpa aku sedar,Asyriq sudah libatkan aku menjadi bahan gosip dia.Siap kau Asyriq!Aku melepaskan nafas dan memandang kembali wajah Syaz dengan serius.

"Ok Syaz,dengar ni.Aku tak tahu mana kau dengar benda merepek ni tapi itu semua tak benar."Kataku.Well,yang pasal kereta tu sebenarnya betul.

"Aku dengan Asyriq tak pernah 'couple'.Itu semua khabar angin yang diorang cipta.Boleh ke kau bayangkan aku dengan Asyriq?Tak masuk akalkan?!" Aku kata dengan nada tergelak.Cuba meyakinkan Syaz dihadapanku 100%.

Syaz melihat wajahku dengan mendalam seakan-akan cuba memproses ayatku perlahan-lahan.Kemudian satu senyuman terbit pada bibirnya.

"Yup! Kau betul Zani! Itu memang khabar angin.Bodohnya aku.Aku patut jangka kau dengan Asyriq memang takkan 'couple'.Sebab itu pelik dan tak sesuai."Kata Syaz sambil tergelak.Aku dan Wani hanya memerhatikanya dengan ketawa perlahan.Namun,kenapa hati aku agak sakit hati bila Syaz kata begitu pada aku? Aku memang ada perasaan pada Asyriq ke?

"Oklah.Memandangkan aku dah confirm tentang khabar angin tu,aku blah dulu ye.Bye!"Kata Syaz dengan gembira dan terus berlalu.Ok,kenapa Syaz gembira sangat?

Aku melepaskan keluhan lega dan terus memandang wajah Wani.Melihat sahaja wajahnya aku tahu dia mahukan penjelasan.

"Sekarang,cerita pada aku."Arah Wani seperti ibu mengajar anaknya.

Aku mengambil nafas sekali lagi dan menceritakan pada Wani apa yang terjadi semalam diantara aku dan Asyriq.

"Beb! Asyriq memang ada hati pada kau lah!"

Itulah yang diucapkan oleh Wani pada aku selepas aku selesai memberitahu dia segalanya.

"Bukanlah Wani! Dia cuma rasa bersalah,sebab itulah dia bawak aku dekat rumah dia."Aku cuba selindung perasaan sendiri.Pipiku sudah merah.

"Zani,aku bukan bodoh tau.Aku pun remaja yang banyak baca novel melayu.Dan,daripada pengamatan aku.Asyriq ni betul-betul sukakan kau! Like seriously,really like you!" Kata Wani sambil menundingkan jarinya padaku.Aku mendengus .

"Wani,please lah stop,Aku tak nak cakap pasal mamat tu lagi.Dia buat aku serabut tahu tak!"

"Iyelah tu.Serabut sebab fikir pasal dia 24 jam lah tu."Kata Wani dengan senyuman nakal.

Serta merta pipiku merah.Memang tepat apa yang dikatakan Wani.

"Mana adalah! Berhentilah cakap pasal dia!"

"Ececeh,pipi dah merah.Still tak nak mengaku lah tu.Tapi 'sweet' lah apa yang Asyriq buat pada kau."

"Bla,bla,bla,bla..Aku tak nak dengar."Aku sengaja menekup telingaku sendiri.Wani kalau usik aku memang nombor satu.

"Tapikan,aku rasa Syaz mesti minat mamat tu sekali Zani."

Kata Wani membuatkan aku laju menoleh kearahnya.

"Iyeke? Kau pun rasa macam tu? Aku ingat aku seorang je."Luahku.

Wani menganggukkan kepala.

"Aku tahu sangat perangai Syaz.Daripada muka dia masa tanya kau tadi pun,aku tahu dia jeles dengan kau" Kata Wani melihat wajahku.Aku hanya menggeleng-gelengkan kepala.Jeles pada aku?Aku bukan secantik dia pun.Mungkin Asyriq akan lebih minat Syaz daripada aku.

"Entahlah,pelik aku kenapa mamat tu ramai sangat peminat walaupun perangai dia macam tu."

Kataku dan loceng terus berbunyi,Aku dan Wani berjalan sambil berborak semasa pergi ke kelas masing-masing.Sampai sahaja di kelasku,aku mengeluarkan buku belajar seperti biasa.Kemudian,aku menangkap Asyriq yang baru masuk ke dalam kelas.

Pagi ini,ada sesuatu yang berbeza dengan Asyriq.Dia nampak lain daripada yang lain.Wajahnya kelihatan marah dan bengang dan aura di sekelilingnya terasa lebih bahaya.Seakan-akan Asyriq di dalam kelas mempunyai personaliti yang berbeza dengan Asyriq yang aku kenali di luar sekolah.

Asyriq melabuhkan punggungnya di kerusi dan terus mencampakkan begnya di atas meja.Tanpa memandang orang disekitarnya,dia hanya melemparkan pandanganya ke luar tingkap.Kenapa dengan Asyriq ye hari ini? Ada sesuatu yang berlaku ke?

Aku tidak boleh berhenti memikirkan tentang Asyriq sehinggalah sekumpulan pelajar perempuan mendekati aku.Aku memberikan mereka pandangan keliru.

"Emm.Ye?" Tegurku.

Mereka semua berpandangan sesama sendiri sebelum salah seorang daripada mereka tampil kehadapan dan membuka mulut untuk mengatakan sesuatu kepada aku.

"Kau dengan Asyriq 'couple ke'? " Soal pelajar perempuan itu padaku.

Saat ini ingin sahaja aku gali lubang dan sorok di dalamnya selamanya.Argghh,siapa yang sebarkan khabar angin ni!

Masa semakin berlalu,khabar angin tentang aku dan Asyriq semakin tersebar luas.Hati aku mula berasa geram dan jengkel pada makhluk tuhan yang pandai-pandai buat cerita mengarut tu dan sebarkan pada budak sekolah aku! Geramnya,kalaulah aku tahu siapa!Cara mereka berbisik dan merenung aku terlalu ketara membuatkan aku tak senang duduk.Iye pun,tak payahlah pandang aku macam nak telan! Desis hatiku sambil menjeling kepada pelajar yang berbisik-bisik di luar kelasku.

Sementara itu,Asyriq pula hanya kekal seperti biasa.Seperti khabar angin ini tidak memberikan kesan apa-apa pada dia.Takkanlah dia tak dengar tentang khabar angin tentang aku dan dia? Sejak daripada tadi,Asyriq tak pernah menjeling kearahku.Dia seperti bukan Asyriq yang aku kenal.

Aku cuba mencuri pandang pada arahnya,dan pada waktu yang sama,Asyriq juga sedang memandangku.Dia hanya memandangku dengan riak kosong dan terus mengalihkan pandanganya pada luar tingkap.Ok,dia berlagak macam tak pernah kenal aku langsung?Macam semalam dia tak pernah bawak aku pergi rumah dia? Kenapa dengan Asyriq ni? Entah kenapa aku berasa jengkel pula dengan sifat dia sekarang.Tunggu,kenapa aku perlu rasa jengkel pula.Bukan aku ke yang nak jauhkan diri daripada dia?Arggh,malas nak fikir!

Lantak kau lah Asyriq! Aku pun boleh berlakon macam tak kenal kau lah! Kata hatiku dengan marah.Kemudian,pelajaran tamat dan semua pelajar mula bersurai untuk pergi berehat.Asyriqlah orang pertama yang keluar dan masih berlagak seperti tidak mengenaliku.Aku hanya mendengus melihat kelibatnya.Tidak sempat aku menjejak keluar,guru matematik menyaut nama aku.

"Zani,boleh kamu tolong saya angkat buku ni."Pinta Puan Rozita.

Aku hanya menganggukkan kepala dan mula mengangkat buku yang banyak dan tebal itu.Ya Allah,beratnya!

"Berat sangat ke?"Puan Rozita soal dengan prihatin.

Laju aku menggeleng-gelengkan kepala dengan senyuman manis.Walhal,aku sudah seperti terasa hendak jatuh kebelakang! Memang susah agaknya jadi guru.

"Oklah kalau macam tu.Kamu tahukan di mana meja saya,letak saja dekat situ.Saya nak pergi bilik SPBT sekejap.Terima kasih ye Zani."Ucap Puan Rozita dengan ikhlas dan terus berlalu pergi.

Aku mengambil nafas panjang sebelum membuka langkah untuk pergi ke bilik guru.Ok,Zani you can do this! Dengan menggunakan segala tenaga yang ada,aku mengangkat sekali lagi buku yang berat itu dan terus berjalan keluar kelas.Nampaknya aku lambat untuk ke kantin hari ni.

Sepanjang aku berjalan,pelajar di sekelilingku hanya melemparkan aku jelingan yang sukar ditafsir.Aku cuba buat tak endah kerana khabar angin itu memang betul-betul salah.Lantak koranglah kalau nak percaya sangat dengan khabar angin tu! Kata hatiku dengan geram.

Kemudian,pandanganku dapat menangkap Shazwan yang berjalan menghampiriku dengan senyuman nakal.Shazwan dan aku pernah sama kelas pada tingkatan satu dan biar aku beritahu korang sesuatu.Shazwan memang seseorang budak lelaki nakal yang patut korang jauhi.Sepanjang aku sama kelas denganya,banyak perkara buruk yang dia buat yang pernah aku saksikan.Dia membuli pelajar,merosakkan harta awam,berkata kasar dengan guru dan tahun ini aku dengar cerita dia hisap dadah pula.Secara natijahnya,dia lebih teruk daripada Asyriq dan kenapa dia menuju ke sini?!

Aku semakin kecut perut apabila Shazwan berdiri di hadapanku.Ya Allah,kenapa pulak ni? Shazwan dengan aku mana ada pernah bertegur? Hatiku mula gugup.

"Ermm,tumpang lalu."Kataku pada Shazwan yang menghalang perjalananku.

Shazwan hanya tergelak kecil dan memandang wajahku tepat-tepat.

"Aku kenal kau.Kau pernah sama kelas dengan aku kan?" Soal Shazwan dengan senyuman sinis.

Alamak,aku dapat rasakan ada benda buruk yang akan berlaku.

"Emm,ye.Jadi boleh ke tepi sekarang."Kataku dengan laju.

Aku cuba ketepi,namun kemana sahaja aku pergi Shazwan pasti menghalang perjalananku.Aku melihat wajahnya dengan tidak puas hati.

"Aku dengar kau awek Asyriq."Katanya dengan halus.

Argggh,pasal gosip ni lagi! Takkanlah Shazwan pun minat pada Asyriq?!

"Bukan.Aku bukan awek siapa-siapa.Tolong ke tepi boleh tak.

"Kau jangan nak tipu aku.Aku tahu kau dengan Asyriq cuba rahsiakan hubungan korang."Katanya dengan tidak puas hati.Kali ini aku nampak kebencian pada matanya.

Ya Allah,kenapa dengan semua orang hari ni! Tak habis-habis cakap pasal aku dengan Asyriq?! Gosh,mereka semua ni terdesak sangat ke?

Secara tiba,Shazwan menjatuhkan semua buku yang aku bawa membuatkan buku itu jatuh bertaburan di atas lantai.Aku terkejut manakala Shazwan pula tergelak besar.

"Hei! Kenapa-"

Tidak sempat aku menjerit Shazwan memotong.

"Aku benci Asyriq!Dia jatuhkan maruah aku depan orang ramai!Tapi,memandangkan kau awek dia.."

Kata Shazwan lalu merentap pergelangan tanganku dengan kasar.Aku mula takut dan jantung aku berdebar.Ya Allah,apa salah aku? Kenapa semua orang layan aku macam ni?!

"Lepaskan-"

"Memandangkan kau awek dia,nampaknya kau pun kena balas apa yang Asyriq lakukan pada aku."Kata Shazwan merapatkan jarak aku pada dia.

Ya Allah,apa yang Asyriq sudah terlibat ni sampai Shazwan marah gila dengan dia? Kenapa tak ada orang lalu lalang dekat koridor ni? Sesiapa tolong aku! Tidak pernah dalam seumur hidupku rasa takut sebegini rupa.Wajah Shazwan yang penuh kebencian itu seakan-akan ingin menelan aku di sini juga.

Secara tiba,satu tangan memutuskan pegangan Shazwan pada pergelangan tanganku dengan kasar.Aku melihat siapa yang melakukan perbuatan itu dan ternyata Asyriq yang sedang berdiri di sebelahku.Wajahnya nampak tegang serta matanya menceritakan kemarahan.Oh,no.

"Kau sentuh dia sekali lagi.Aku sumpah aku akan-"

Tidak sempat Asyriq berkata dengan nada kemarahan,Shazwan memotong percakapanya.

"Huh,nampaknya si hero dah datang! Kau jangan nak berlagak hebat sangatlah depan awek kau!Aku akan pastikan kau terima balasan sebab buat maruah aku jatuh!" Jerit Shazwan dengan bengis membuatkan aku serta merta sorok di belakang Asyriq yang tinggi.

Asyriq memandang sekilas wajahku dan memandang kehadapan semula.

"Bukan salah aku ok jadi juara dalam perlumbaan tu.Kau yang lembab dan malukan diri sendiri.Apasal? Malam tu kau mengadu pada mak kau ke?" Kata Asyriq dengan nada sinis.Mata aku sudah membulat.Apahal Asyriq ni?! Dia cuba nak marahkan Shazwan lagi ke! Asyriq memang gila.

"Asyriq,jangan-" Tidak sempat aku bersuara ,aku lihat Shazwan sudah mengeratkan buku limanya.

"Sial kau!" Kata Shazwan dan terus laju meluru kearah Asyriq dengan buku limanya.

Asyriq menolak aku ketepi dengan kasar sehingga aku terdorong ke lantai.Aku cuba bangun dan tidak sampai beberapa saat,aku melihat Asyriq sudah membalas tumbukan di rahang Shazwan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience