BAB 11

Romance Completed 112147

Mata aku dilirikkan pada jam loceng di atas meja.Pukul 5.57 pagi?! Aku dah lambat,sekejap lagi van datang! Dengan laju,aku menyarungkan tudung di kepala dan membelek wajahku di cermin.

"Zani! Cepat nanti van Cik Ani datang!"

Jerit suara ibu di tingkat bawah.

"Ok!" Aku membalas kembali.

Laju aku keluar daripada bilik dan turun ke tingkat bawah.Aku menyarungkan kasut tanpa pergi ke dapur untuk sarapan.Ibu datang kearahku dengan membawa 'nugget' yang berada di dalam plastik.

"Nah,makan nugget ni dalam van."

Kata Ibu sambil menghulurkan plastik itu.Aku mengambil huluran itu dan mencium pipi ibu.

"Eh? Ibu tak keluar awal pagi ni?"Soalku dengan bingung.Selalunya ibu keluar awal daripada aku untuk pergi kerja.

"Tak.Hari ni tak ada 'meeting' penting.Jadi ibu pergi kerja lambat sedikit."Kata ibu dengan senyuman.

Aku hanya membalas senyuman ibu dengan gembira kemudian terus menoleh untuk keluar rumah.Kemudian,langkah aku terhenti apabila aku teringatkan sesuatu.Aku berpaling memandang ibu.

"Ibu."

"Ye?"

"Emmm,Zani nak tanya sesuatu dulu boleh tak?"

"Apa dia?"

"Siapa lelaki tu?"

Akhirnya,aku katakan juga ayat itu kepada ibu.Mataku merenung pada wajah ibu menantikan jawapan.Aku lihat ibu mengambil nafas perlahan-lahan.

"Jangan terkejut ok."Kata ibu perlahan-lahan.

Hati aku sudah berdebar.Aduh,siapa agaknya lelaki ni?

"Bos ibu."Suara ibu dengan sedikit kuat.

Hanya dua ayat itu,sudah membuatkan aku terkedu.

"Bos ibu?" Aku kata dengan tidak percaya.

"Ye."

"Bos ibu?!" Kali ini suara aku sedikit terkejut.

"Zani,ibu tahu kamu mesti banyak persoalan dalam minda kamu sekarang.Tapi ibu janji ibu akan terangkan pada kamu pada waktu yang sesuai nanti."Kata ibu dengan lembut.Dia mendekatiku sambil menghadiahkan aku senyuman kecil.Namun,aku masih terkejut untuk proses semula ayat ibu tadi.Bos ibu aku sendiri?!

"Sekarang pergi tunggu dekat pagar,nanti van Cik Ani sampai."

Arah ibu dan aku hanya menganggukkan kepala.Aku berjalan selangkah kemudian terhenti lagi.Aku melihat wajah ibu buat kali terakhir.

"Ibu,asalkan ibu bahagia."Kataku dengan nada yang mengalah walaupun hatiku berasa berat.

Kemudian,aku lihat ibu memberikan aku senyuman paling manis sebelum hon van Cik Ani kedengaran di telingaku.

*************

"Bos ibu aku sendiri,Wani."

Itulah ayat pertama yang keluar daripada mulut aku selepas mendekati Wani yang sedang duduk di kantin.

"Apa? Apa yang kau merepek ni Zani?" Soal Wani dengan kening berkerut.

Aku melepaskan keluhan.

"Lelaki yang mak aku suka tu,adalah bos mak aku sendiri,"Kataku dengan lemah.

"Seriously!!" Kata Wani dengan mata membulat.

Aku sudah dapat agak yang Wani sendiri akan terkejut seperti aku.Aku meletakkan beg di atas kerusi dan melabuhkan punggungku.Sehingga sekarang,aku masih tidak percaya yang ibu ada hubungan dengan seseorang selain ayahku.Fakta ni terlalu susah untuk aku telan.Tunggu,maksudnya nanti aku ada ayah tiri? Ergghh,semuanya terlalu pelik! Aku memegang dadaku yang berasa tidak sedap daripada tadi.

"Pergh,aku tak sangka yang mak kau akan bercinta dengan bos dia sendiri!"Kata Wani masih tidak percaya.

"Entahlah Wani,aku pun still tak percaya."

"Ibu kau dah beritahu ke macam mana mereka jumpa?"Soal Wani.

"Belum."Balasku sepatah.

Kemudian,kami berdua diam sejenak cuba memikirkan kembali situasi yang terjadi.

"Wow,aku tak sangka ibu kau akan bercinta dengan bos dia sendiri.Mungkin,sebab ibu kau selalu balik lewat,hubungan diorang jadi rapat kut."Kata Wani memandang wajahku.

Kemudian,aku tersedar sesuatu.Macam mana ibu aku boleh suka kepada bos yang selalu susahkan kehidupan kerja ibu aku?! Kalau ibu balik lewat,aku selalu ternampak ibu merungut tentang majikanya yang memberikan dia kerja yang banyak.Tiba-tiba sahaja mereka berdua ada hubungan!Boleh ke macam tu? Takkanlah bos ibu aku selalu berikan ibu kerja yang banyak sebab dia sukakan ibu aku? Aduhai,terlalu menggelikan untuk aku fikir percintaan ibu aku sendiri! Lupakan!Lupakan!

"Jadi,ibu kau serius ke? Maksud aku,nanti kau akan ada ayah tiri lah ye?" Kata Wani dengan berterus terang.Memang begitulah sifatnya.Aku memandang Wani dengan wajah sayu.

"Aku tak tahu Wani.Semuanya terlalu cepat.Aku tak tahu aku akan bersedia ke tak."Luahku.

Wani tersenyum sambil memegang bahuku.

"Beb,jangan risau.Aku tahu ibu kau akan still sayang kau."

"Thanks."Aku tersenyum kecil.

"Buat masa sekarang,kita lupakan hal ni.Aku ada hal lebih penting untuk beritahu kau."Kata Wani.

"Ape dia?" Aku sudah keliru.

"Kau tau tak,nanti BTS nak buat 'comeback'! Yeay!" Wani tersenyum lebar dengan riang.

Ceh! Aku ingat hal serius apalah tadi.Rupanya K-pop! Aku mendengus lalu tersenyum.

"Kau ni kan Wani,lain kali check otak kau dulu sebelum cakap dengan aku boleh tak?" Aku memerli.

"Eleh,kata orang.Otak dia pun mereng!"

"Suka hati aku lah!" Aku tersenyum.

Tidak sempat Wani membalas,aku melihat kelibat Ariff dan Amir menghampiri meja kitaorang.Aku dan Wani berpandangan sesama sendiri dengan kening berkerut.Kemudian,Ariff dan Amir berhenti dihadapan kami dengan senyuman meleret.Apahal pulak ni?

"Hai."Sapa Ariff.

"Hai? Tak reti beri salam?" Balas Wani dengan jelingan.

"Opps,sorry.Assalammualaikum.Boleh kitaorang duduk?" Soal Ariff dengan riang.

Aku memandang Wani dan Wani hanya memberikan aku anggukan.

"Maaf,tapi tak boleh.Sebab buat masa sekarang aku dan Zani tak suka nak tengok muka korang."Balas Wani dengan selamba.Aku hanya tersenyum lebar.Haha..

"Ceh,kau dengan Zani jual mahal pulak ye sekarang."Perli Ariff.

Aku lihat Amir memegang bahu kembarnya dan kembali memandang aku dan Wani.

"Hahaa...Aku dengan Ariff bukan nak kacau korang sebenarnya."Amir tersenyum lebar.

"Jadi,datang sini buat apa?" Aku bersuara tegas.Mana boleh layan sangat geng Asyriq nih! Semuanya perangai macam mamat tu.Baru aku tersedar,mana Bob? Entah kenapa hati aku tersenyum nakal apabila memikirkan Bob dan Wani.

"Aku datang ni sebab nak hantar benda ni dekat Zani."

Kata Amir kemudian satu plastik berat dijatuhkan dihadapan kami.Wani terlebih dahulu mengambil plastik itu dan ternyata di dalamnya terdapat coklat! Ada coklat Cadbury,Toblerone,Snickers dan Kinder Bueno! Mata aku membulat dan air liur aku hampir meleleh.Gilalah! Aku bermimpi ke ni? Semuanya coklat yang aku suka! Oh,Cadbury Black Forest kesukaan aku!Ya Allah,kawal nafsu kau Zani!

"Banyaknya coklat!" Kata Wani dengan tidak percaya.

"A..Apasal pulak korang bagi aku coklat ni?!" Kata aku memandang wajah Amir dan Ariff silih berganti.Mereka berdua memandang sesama sendiri dengan senyuman nakal.

"Haha..Kau ingat kitaorang ada masa ke nak beli coklat untuk kau?" Kata Amir.

"Habis siapa?" Soalku dengan curiga.Tunggu? Takkanlah....

"Pakwe kaulah,siapa lagi!" Sambung Ariff dengan senyuman.

Wani sudah memandangku dengan sengihan.Nafas aku sudah turun naik.Ieeee,Asyriq ni kan!Dia perli aku ke tentang semalam?

"Dia bukan pakwe aku lah!" Suaraku sambil mengetap gigi.

Amirr dan Ariff hanya tergelak sambil menggeleng-gelengkan kepala.

"Iyelah tu Zani,dia bukan pakwe kau."Perli Ariff.Aku sudah memandang wajahnya seperti ingin telan.Aku mengambil plastik itu kemudian menghulurkan kembali kepada mereka.Tak nak aku ambil pemberian Asyriq! Nanti aku rasa tak sedap hati.

"Bagi coklat ni balik pada Asyriq.Kata dekat dia,aku tak perlukan rasuah coklat dia ni.Jadi,korang berdua tolong jangan kacau aku dan Wani."Kataku dengan geram.

Namun,Ariff mengangkat bahu sementara Amir pula hanya mengangkat tangan.

"Sorry babe,tapi kitaorang ni cuma hantarkan je."Kata Ariff.

"So,nak tak nak kau terima je lah pemberian buah hati kau tu." Amir tersenyum nakal.

"Dia bukan pakwe akulah!" Aku mengaku buat kali kedua. Aku benci dilabelkan sebagai awek Asyriq.

"Apa-apalah,kitaorang tak kisah.Blah dulu.Bye."Kata Amir kemudian mereka berdua beredar daripada tempat kami tanpa aku sempat berkata apa-apa.Geramnya!

Aku memandang coklat itu kembali kemudian melihat Wani.

"Zani,banyak kut coklat ni.Kau betul-betul tak nak ke ni!?" Wani membelek-belek coklat Kinder Bueno yang berada di dalam plastik.

"Ish,kau gila Wani aku nak terima pemberian daripada mamat sengal tu? Aku tak boleh terima pemberian daripada budak lelaki.Aku tak suka."Kataku dengan mulut mencebik.Aku mengaku aku memang tertarik dengan coklat tersebut.Hmmph! Asyriq ingat dia boleh bodek aku? Never!

"Zani,kau ni fikir banyak sangatlah.Asyriq just bagi kau coklat je.Mahal kut coklat ni!"

"Dia kan anak orang kaya."Kataku dengan meluat.

"So,kau nak buat apa dengan coklat berlambakk ni? Kau tak nak,ada orang yang sudi untuk menerimanya."Wani sudah memberikan aku sengihan dan mempamerkan wajah comelnya.Dia nak lah tu!

"Kau ambil lah." Kataku dengan selamba.Sebenarnya,dalam hati sedang menangis untuk berikan

Wani coklat Cadbury Black Forest kesayangan aku tu.Aduh,aku nak coklat tu!Tapi coklat ni daripada Asyriq! Ieee,tak guna betul lah mamat tu.

"Betul ni? Kau bagi aku?" Wani sudah tersenyum meminta kepastian.Aku mengeluh berat.Nak je menjerit dalam hati!

"Wani,baik kau ambil sebelum aku ubah fikiran."

"Hehe..Yeay! Thanks Zani,aku sayang gila gila pada kau!"Kata Wani sambil memeluk erat plastik berisi coklat itu.Aku hanya memandangnya dan cuba menahan air liur daripada meleleh.Good bye my love.Good bye my Cadbury Black Forest.Arggh! Aku benci kau Asyriq!

"Kau tak nak sikit ke Zani,aku rasa bersalah pulak."Wani memandangku.

"Kau ambil je lah.Aku tak nak."Kataku sambil melemparkan pandangan ke tempat lain.Sebenarnya dalam hati jeles.Wani tersenyum lalu memasukkan plastik itu ke dalam beg sekolahnya.

Aku bukan sombong.Aku cuma tak biasa dapat pemberian daripada orang.Terutamanya daripada mamat sewel tu,Asyriq! Kalau aku makan coklat tu,aku takut nanti hati aku sekali pun berubah.Mamat tu memang suka ceroboh hidup aku.Aku mendengus.

Kemudian,mataku dapat menangkap Bob daripada jauh.Aku sudah tersenyum nakal apabila mendapat tahu sekejap lagi dia akan melintasi meja kami berdua.Kenapa dia tak ada bersama Amir dengan Ariff tadi?Takkanlah dia malu dengan Wani? Aku tersenyum lebar.Ini yang best sakat orang ni! Aku melanggar bahu Wani apabila melihat Bob makin menghampiri meja kami.

"Ape dia?" Soal Wani dengan rimas apabila aku menyentuh bahunya.

"Cuba kau pandang arah sana."Kataku.

Laju Wani memandang ke arah Bob.Apabila dia menyedari Bob ingin melintasi meja kami,cepat-cepat dia menolehkan kepala dengan pipi kemerahan.Eceh! Malu-malu kucing pulak!

"Tak payahlah nak malu-malu sangat Wani.Aku panggil Bob datang sini baru tahu!" Aku tersengih panjang.

"Kau ni Zani,aku tak suka dialah! Berapa banyak kali aku nak beritahu kau ni!" Wani mengetap gigi.

"Iyelah tu! Ok,aku panggil dia!" Aku berlagak ingin bangun daripada kerusi.

"Ish! Apa kena kau ni! Janganlah!" Wani memegang lenganku dengan geram.Laju aku duduk kembali dengan ketawa kecil.

Sementara Wani melemparkan pandanganya kearah lain untuk mengelakkan diri daripada Bob,aku memerhatikan Bob.Dia menghampiri meja kami berdua yang hanya membuatkan Wani mengeratkan buku limanya dengan gelisah.Aku sudah tersenyum lebar.Bob berhenti di hadapan kami berdua.

"Hai awek Asyriq."Kata Bob sengaja ingin menaikkan amarahku.Aku memberikan dia jelingan.

"Ish,aku bukan-"

"Kau bukan awek Asyriq.Aku tahulah."Sambung Bob sengaja menyakatku.Aku memandang Bob dengan jelingan maut.Sudah tau,kenapa tanya! Aku ketuk baru tahu!

Kemudian,Bob memandang pula pada Wani.

"Hai minah gila."Bob berkata dengan senyuman nakal.

Aku tahu Bob sengaja ingin mengacau Wani.Namun,disebabkan sifat gugupnya,aku hanya memerhatikan Wani yang terus melemparkan pandanganya ke tempat lain tanpa menghiraukan Bob.Haha,Wani nervous!

Melihat keadaan janggal itu,Bob hanya menggaru-garu rambutnya yang tidak gatal dengan janggal.Aduh,kenapalah aku tak bawak 'popcorn' untuk tengok drama depan mata aku ni sekarang.

"Ermmm,aku blah dulu."Gumam Bob dengan kekok kemudian terus berlalu pergi dengan laju.Aku memandang kembali wajah Wani yang sedang merah padam.Aku tersenyum lebar kemudian bersedia untuk membuka mulut.Namun,Wani mengangkat tanganya yang membuatkan perbuatan aku terhenti.

"Zani,tolong jangan cakap sepatah pun."Wani memberikan aku jelingan tajam apabila tahu aku sudah mula ingin menyakatnya.Aku tergelak kecil dan mengangkat tangan tanda menyerah.

"Nope.I will not say anything.Hehe.."Aku memberikan Wani senyuman kerang busuk.

Kemudian,loceng berbunyi dan kami berdua bersiap sedia untuk pergi ke kelas masing-masing.

************

Pada waktu rehat,aku terus menuju ke bilik seni untuk berjumpa dengan Puan Latifah.Tidak tergambar betapa gembiranya aku apabila melihat wajah Puan Latifah selepas aku memberikanya borang persetujuan daripada ibuku.Puan Latifah tersenyum lebar dan benar-benar gembira.Nasib baik Puan Latifah masih tidak mencari pengganti diriku.Fuhh! Selepas itu,Puan Latifah memberikan aku arahan serta menyuruhku memilih soalan dengan berhati-hati.Dia menasihatiku agar aku memilih soalan yang sesuai yang berkaitan dengan bakat seniku.Iaitu seni 'Watercolour.'

Aku hanya menganggukkan kepala dan cuba memasukkan segala kata Puan Latifah dalam otak.Hmm,nampaknya malam ni aku kena fikir balik untuk lukis apa.Fikir hatiku dengan teruja.Apabila loceng tamat rehat berbunyi,perbincangan kami berdua pun selesai.Aku mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada Puan Latifah dan bersedia untuk berlalu pergi sehinggalah Puan Latifah bersuara.

"Zani,cikgu tak kisah kamu menang ke tidak.Asalkan kamu berusaha dan lukisan kamu penuh dengan kreativiti."Ucap Puan Latifah kepadaku.Aku hanya tersenyum dan menganggukkan kepala dengan gembira.Entah kenapa akalku boleh terfikir kembali pada bilik galeri seni lukisan yang terdapat di rumah Asyriq.Kalaulah aku dapat masuk sekali lagi ke dalam bilik tu.Fikirku dengan keluhan.Kerana di segenap hatiku,aku tahu aku takkan jejak kembali ke dalam bilik seni galeri itu.

**************

Malam itu,aku tekun menulis karangan di atas kertas kajang.Kerja rumah yang diberikan pagi tadi perlu disiapkan malam ini juga.Sekali-sekala,mataku menoleh kearah kertas soalan pertandingan lukisan.Aku tidak tahu mengapa,namun fikiranku masih terganggu tentang lukisan apa yang mahu aku pamerkan.Selesai sahaja kerja rumah B.Melayu,aku terus membuka laptop dan mencari perkara yang aku minat di internet.Aku cuba mencari perihal seni yang mungkin akan memberikan aku idea untuk melakarkan gambar untuk pertandingan.Namun,selepas hampir sejam setengah mencari,aku mengalah.Tiada satu pun yang menarik minatku.Dengan malas,aku membuka You Tube dan menonton MV daripada 2NE1.Haha,sekali-sekala aku perlu hilangkan stress.Daripada petang tadi sehinggalah malam ini aku tidak berhenti belajar.Aku bukanlah seorang yang rajin,tapi disebabkan SPM di seberang jalan.Aku terpaksa 'On' kan mood belajar dan jadi 'nerd' untuk hari ini.

Sehinggalah,telefon bimbitku berbunyi yang membuatkan perhatianku pada skrin laptop terganggu.Ish,waktu aku tenang macam ni lah ada orang kacau! Dengan mendengus malas,aku mencapai telefon dan memerhatikan panggilan yang diterima.Asyriq.

Aku melepaskan keluhan berat sebelum mengangkat panggilan tersebut.Tengok nama mamat ni pun dah buat aku bosan.Wajib ke dia kacau aku setiap hari? Erggh.

"Assalammualaikum.Apahal telefon ni?" Sengaja aku membuat nada malas.

"Jawab pulak kau kali ni.Ingat tak angkat."Suara Asyriq dengan mesra.

Aku mencebik.Kalau aku tak angkat nanti,meletup jugak 'inbox' aku.

"Kau nak apa?Bukan aku kata jangan ganggu aku lagi." Kataku tidak ingin memanjangkan cerita.

Aku terdengar gelakan Asyriq di talian sana.Entah kenapa hatiku berasa sedikit gelisah.Aku menggigit bibir.Kawal Zani,kawal!

"Perlu ke banyak kali aku ingatkan kau Zani.Aku suka kacau kau.There's nothing you can do about it."Balas Asyriq dengan nada halus.

Aku mengambil nafas panjang.

"Kau suka coklat tu?" Soal Asyriq yang membuatkan aku tersedar.Oh,aku hampir terlupa tentang coklat tu.Teringatkan itu hatiku membara.

"Asyriq,tolong jangan sekali-kali bagi aku coklat.Aku tak suka ok! Aku tahu kau orang kaya,tapi terima kasih je la ye.Kau tak perlu berikan aku apa-apa,"Balasku dengan jengkel.Dia ingat dia boleh rasuah aku dengan coklat.Aku tersenyum sinis.

"Kau tak payah tipulah.Aku tahu kau suka coklat tu."Aku menangkap gelakan halusnya.

"Aku mengaku aku memang suka coklat kau,tapi itu tak bermakna aku terima coklat kau."Balasku.

"Apa maksud kau ni?"

"Maksud aku,aku tak makan coklat kau.Aku bagi Wani."Kataku dengan bangga.

Kemudian,talian Asyriq diam seketika.Dapat aku mendengar dia menarik nafas dalam-dalam.Aku sudah tersenyum menang.Asyriq bengang! Haha..Padan muka!

"Kenapa kau bagi Wani? Aku beli tu untuk kau." Soal Asyriq dengan sedikit keras.Aku tahu dia sedang merah namun aku masih tersenyum.Now,i'm evil.

"Sebab aku tak nak,jadi aku bagi Wani.Senang,habis cerita."Sengaja aku menaikkan amarahnya.Suka sangat kacau aku kan!

"Kenapa kau-! Arggh!" Asyriq mendengus bengang tanpa sempat menghabiskan ayatnya.Aku menutup mulut cuba mengawal daripada tergelak.Betapa bahagianya aku sekarang dapat mengusik Asyriq.

"Iye Asyriq?" Aku tersenyum nakal.

"Senyaplah!"Marah Asyriq kemudian aku dapat menangkap dia melepaskan keluhan.

"Apa makanan kesukaan kau?" Soal Asyriq kepadaku dengan nada yang berubah.Wajahku berkerut.

"Asyriq,kenapa kau nak tahu sangat tentang aku ni? Kau nak sabotaj aku eh?" Soalku tanpa berfikir.Aku cuba menyorokkan perasaan gembira dalam hatiku.

"Aku tak ada masa lah nak sabotaj hidup kau!"

"Habis kenapa kau-"

"Zani,lagi cepat kau layan aku,lagi cepat aku takkan ganggu kau.So,you'r choice."Suara Asyriq dengan jengkel.Amboi,nak ugut aku pulak!

"Arghh!Oklah! Oklah!.Aku suka makan ikan tiga rasa, puas hati!"Jawabku dengan bengang.

"Hmmm,puas sangat."

"Jadi,kenapa kau nak tahu sangat tentang makanan kesukaan ak-"

"Tut!"

Tidak sempat aku berkata,Asyriq telah memutuskan talianya sekali lagi kepada aku.Ini dah masuk kali kedua tau! Apa masalah mamat sewel tu agaknya! Dia obses ke nak ganggu hidup aku? Kenapa Ya Allah,kenapalah aku boleh ter-suka kepada mamat macam ni! Aku menarik nafas cuba menahan kemarahan dalam hati.Sabar Zani,ini semua cubaan untuk kau.Lalu,aku meletakkan kembali telefon bimbitku di atas meja.Dengan perasaan terganggu,aku kembali menonton MV daripada 2NE1.

************

Asyriq menyandarkan badanya di motosikal sambil merenung telefon bimbitnya di tangan.Dia tersenyum kecil apabila teringatkan perbualan dia sebentar tadi dengan Zani.Selepas selesai berlumba,dia terus menghubungi Zani.Sengaja ingin mengacau gadis itu dan ingin mendengar suaranya.Dia ketawa apabila teringat kembali sewaktu dia sengaja memutuskan talian tanpa sempat memberikan Zani berkata apa-apa.Dia sengaja berbuat begitu kerana ingin mencabar kemarahan Zani.Seperti yang dia katakan,dia suka mengacau Zani.Tak sah sehari dia tak ambil perhatian daripada Zani.

Asyriq menyimpan kembali telefon bimbitnya ke dalam kocek 'jeans'.Dengan bosan,dia memerhatikan persekitaran sekelilingnya sambil menyilangkan tangan.Pada waktu ini,dia sedang berada di tempat perlumbaan motosikal yang selalu dia kunjungi.Terdapat banyak motor dan remaja liar yang bersosial tinggi.Dia malas ingin melayan semua itu dan hanya memerhatikan perlumbaan motosikal yang terjadi di hadapanya.Tanganya menjalar ke dalam poket dan cuba mencari kotak rokok yang selalu dibawa.Namun malangnya,poketnya kelihatan kosong.Aku lupa bawak ke? Damnit!

Dengan keluhan berat,Asyriq menyambung kembali melihat perlumbaan di hadapan.Tanpa dia sedari,dua orang gadis yang memakai 'jeans' dengan pakaian ketat dan sendat menghampiri tubuhnya.

"Hi Asyriq,sorang je? Mana Ariff,Amir dan Bob?" Soal salah seorang gadis itu dengan senyuman menggoda.Asyriq hanya memandang sekilas kearah gadis itu yang merupakan bekas teman wanitanya dulu.Amirah dan rakanya.

"Berlumba dekat sana."Balas Asyriq dengan malas.Secara terang-terangan dia mahu menghindarkan Amirah daripada pandanganya.

"Oh,yeke.U nak join kitaorang karoke lepas ni.Mesti lagi seronok kalau U ada."Pinta Amirah dengan nada manis.Jarinya menyentuh lengan Asyriq yang hanya membuatkan Asyriq menepisnya dengan kasar.

"I malas nak pergi."

"Ala,janganlah macam ni.U terasa lagi ke pasal 'break' kita bulan lepas."Balas Amirah membuat rajuk comel.Asyriq tergelak kecil.Walhal,Asyriqlah orang yang meminta 'break' bulan lepas.Dia sudah malas melayan Amirah,sifat dan perangai Amirah memang sama dengan perangai bekas teman wanitanya dulu.Terlalu gedik dan materialistik.Semuanya tidak menarik dan bosan baginya.Berbeza sungguh dengan Zani.Teringatkan Zani,dadanya bergetar.

"Janganlah macam ni Asyriq,I masih sayangkan U tau."Pinta Amirah sekali lagi.

Asyriq sudah rimas.Bilalah minah ni nak pergi! Dia mengambil nafas panjang kemudian mendekatkan wajahnya pada Amirah yang membuatkan senyuman di bibir gadis itu.

"Amirah,I hargai U masih lagi sayangkan I.Tapi I akan lebih hargai U kalau U hilang daripada pandangan I sekarang."Balas Asyriq kembali dengan senyuman menggoda.

Mendengar itu,mata Amirah membulat dan dia mendengus geram.

"Whatever!" Kata Amirah dengan geram lalu menghentak kaki dan pergi daripada situ.

Asyriq tersenyum puas.Malas dia mahu layan karenah perempuan sebegitu.Tidak sempat dia menolehkan kepala untuk melihat kembali perlumbaan di hadapan.Satu tangan menarik kolar T-Shirtnya dengan kasar membuatkan Asyriq terkejut.

"Kau ke mamat sial yang tumbuk adik aku dekat sekolah?!" Soal lelaki itu dengan mata kemerahan menandakan kemarahan.Namun malanganya,Asyriq tidak menyedari hakikat itu.Dirinya pun diselebungi amarah.

"Kalau kau tak nak mati,baik kau lepaskan baju aku sekarang."Kata Asyriq dengan mata terjegil.

Mereka berdua bertatapan seketika dengan mendalam.Kemudian,lelaki itu melepaskan kolar Asyriq dan tergelak.

"Jadi,kau ingat kau kuat! Lepas kalahkan adik aku kau ingat kau bagus!" Kata lelaki itu dengan senyuman sinis.Asyriq hanya memberikan pandangan tajam.Saat ini,dia cuba menahan buku limanya daripada terkena mulut abang Shazwan.Lalu,Asyriq tersenyum sinis.

"Jadi Shazwan mengaku pada kau lah sekarang."Suara Asyriq.Dapat dia menangkap ketegangan pada wajah abang Shazwan.

"Kau jangan berlagak.Aku boleh patahkan tulang kau bila-bila masa tau!"

"Iyeke?"

Abang Shazwan semakin membara apabila mendengar jawapan Asyriq yang selamba.Kemudian,mata Asyriq dapat menangkap sekumpulan lelaki yang berada di belakang abang Shazwan yang turut memberikannya jelingan tajam.Asyriq tersenyum.Tak sangka dia bawak geng dia sekali.

"Kau bawak geng kau demi aku.Aww,aku terharu."Sengaja Asyriq membuat lagak sedang menyeka air matanya.Kemarahan dalam dada abang Shazwan tidak dapat ditahan lagi,dia benar-benar ingin menghapuskan Asyriq yang sombong di matanya.

"Siap kau!" Kata abang Shazwan lalu menyerangnya dengan kayu tebal di tangan.Asyriq hampir terkena namun sempat mengelak.Dia menumbuk perut abang Shazwan dan wajahnya dengan kuat.Huh,lemah punya orang! Macam ni dia nak kalahkan aku!Asyriq tersenyum sendiri.

"Berlagak gila ye kau! Kita serang dia ramai-ramai!" Kata salah seorang kumpulan itu dan mereka berkumpulan menyerang Asyriq serentak.Tanpa Asyriq sedar,Amir,Ariff dan Bob sudah berdiri di sisinya.

"Nampaknya malam ni akan jadi menarik."Kata Bob dan tersenyum sinis.Amir dan Ariff sudah meluru untuk menyerang manakala Asyriq pula sudah menumbuk lelaki di hadapanya.Sepuluh minit berlalu,keadaan menjadi makin huru-hara dengan bunyi tendangan serta orang mengerang kesakitan.Selepas itu,siren polis berbunyi.Asyriq menolehkan kepalanya dengan terkejut.

***************

Telefon bimbit yang berbunyi sejak daripada tadi menganggu aku daripada tidur.Dengan malas,aku bangun dan mengambil telefon bimbit daripada meja belajar.Siapa pulak yang ganggu aku tidur ni! Kalau orang tu Asyriq,memang aku cekik-cekik leher dia nanti! Mataku memerhatikan jam sebelum mengangkat talian.Pukul 11.07 malam.Orang sewel mana pulak ni yang telefon aku pada waktu macam ni?! Aku melihat nama yang tertera di skrin yang tertulis 'unknown number'.Aku agak terkejut apabila mengetahui bahawa bukan Asyriq yang menghubungiku.Selalunya dia yang suka ganggu aku.Siapa ni?Aku mengangkat panggilan itu tanpa ragu-ragu.

"Hello?Siapa ni?" Soalku dengan serius.Asyriq jual nombor aku ke? Kalau betul,aku rasa nak tumbuk je wajah mamat tu.

"Cubalah teka?" Suara lelaki itu yang ternyata bukan suara Asyriq.Aku malas ingin melayan.

"Kalau macam tu,saya tutup du-"

"Pergh,relaks la Zani.Ini akulah,Amir."

Mendengar nama itu,mata aku membulat.

"A..Amir?! Macam mana kau ada nombor telefon aku ni?" Soalku dengan bingung.Ya Allah,serabutnya kepala aku.Geng Asyriq ni memang suka sangat ke ganggu hidup aku?

"Haha...Aku curi nombor kau daripada telefon Asyriq.Bijak tak aku."Amir tergelak sendiri yang hanya membuatkan aku geram.Aku mengetap gigi menahan marah.

"Ieee,kau buat apa nak nombor aku?"

"Sengaja,tak boleh?"

Aku sudah berasa jengkel.Lama-lama aku layan geng Asyriq,boleh gila aku jadinya.

"Kenapa kau telefon ni? Kau tahu tak sekarang pukul berapa?!" Terangku dengan nada marah.

"Sorry la kalau aku ganggu kau.Tapi,aku cuma nak beritahu kau tentang Asyriq."Kata Amir dengan perlahan.Aku sudah bosan.Kenapa diorang suka kaitkan hidup aku dengan Asyriq?! Aku bukan awek dia lah!

"Amir,aku tak nak tahu pun."

"Zani,just dengar ok."

Aku melepaskan keluhan berat.Dengar je lah,bukan sakit pun kan?

"Apa dia?" Kataku dengan mengalah.

"Malam ni,kitaorang dengan Asyriq bergaduh dengan geng lain.Kitaorang hampir kena tangkap tapi sempat lari."Kata Amir kepadaku.Aku terkedu.

Bergaduh?Asyriq bergaduh lagi?! Ya Allah,bukan aku kata dengan dia ke bergaduh tak datangkan apa-apa faedah!Keras kepala betul lah mamat tu!Tanpa aku sedar,aku menggigit bibir dengan risau.Dia ok ke?

"Zani?" Soal Amir apabila aku masih berdiam diri.

"Apa dia?" Suaraku.

"Kau tak nak tahu tentang Asyriq ke?" Dapat aku tangkap nada gembira di suara Amir.

"Jadi,kau telefon aku malam-malam macam ni sebab nak beritahu aku pasal Asyriq je lah."Soalku dengan keliru.Mamat ni memang tak ada kerja yang bagus untuk dibuat agaknya.

"Iyelah,kau kan awek dia."Amir tergelak.

"Ieee,aku bukanlah! Aku tak kisah dia berlawan ke atau cedera.Aku dah bagi amaran,siapa suruh dia tak dengar! Hmpph!"Omelku dengan marah.

"Tak payah nak soroklah Zani,aku tahu kau risau."

"Aku tak risau ok! Bye,Assalammualaikum!"

Jeritku dan terus matikan talian.Aku mundar-mandir di tengah-tengah bilik sambil menggigit bibir.Hampir berdarah bibir aku jadinya.Aku tidak boleh tipu diri sendiri,aku memang risau tentang Asyriq.Teruk ke muka dia? Berdarah tak kening dia? Aduh,yang Asyriq ni bijak sangat cari gaduh kenapa! Sudahlah dia dalam keadaan gantung sekolah!Marah hatiku.Aduh,yang aku risau sangat pasal dia ni kenapa?

Kemudian,telefon bimbitku berbunyi sekali lagi.Dengan malas,aku mengangkat panggilan itu tanpa melihat pemanggilnya.

"Amir,jangan kacau aku lagilah!" Serangku dengan geram.

Talian di sana senyap seketika.Kenapa dengan Amir ni? Dahiku berkerut.

"Aku Asyriq lah,bukan Amir."

Hampir terjatuh telefon bimbit itu di tanganku apabila terdengar suara tegang Asyriq.Mulutku tergamam.Ya Allah,kenapalah aku tak tengok nama dulu sebelum angkat! Entah kenapa aku rasa gelisah.

"Kau dengan Amir-"

"Bye,Assalammualaikum!"

Aku sengaja memutuskan talian tanpa sempat mendengar kata-kata daripada Asyriq.Kenapa aku gelisah sangat kalau Asyriq tahu Amir telefon aku.Aduh,kenapa dengan aku ni?! Aku merebahkan badanku semula di atas katil dan cuba untuk melupakan apa yang berlaku.Secara tiba,telefon bimbitku berbunyi dan dengan berhati-hati aku mencapainya.Kali ini aku telah mendapat satu mesej yang berbunyi:

Kenapa pulak Amir telefon kau?
-Asyriq.

Aku hanya memerhatikan mesej itu tanpa tidak tahu untuk buat apa-apa.Aduh,aku nak jawab apa nih?Kemudian,satu lagi mesej masuk dalam 'inbox' ku.Laju aku membukanya.

Jadi selama ni bukan aku seorang je.
-Asyriq.

Gulp!Hati aku sudah gugup.Aku tahu sangat daripada aura mesej itu,Asyriq marah pada aku.I'm so dead.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience