Asyriq ceritakan aku segalanya.Apa yang terjadi pada dia pada malam terakhir dia menghubungiku.Malangnya,ayah Asyriq ditangkap polis kerana penderitaan Dina dan Asyriq dapat dikesan oleh jiran sekeliling Asyriq.Jadi,mereka membuat aduan itu kepada polis dan ayah Asyriq juga telah disabitkan dengan kesalahan bekerjasama dengan rakan kongsi gelap di luar negara.Terlalu banyak kes tentang ayah Asyriq namun akhirnya, Datuk Nazli dimasukkan ke dalam hospital kerana mengalami tekanan jiwa.Asyriq kata,ayahnya selalu menyebut-nyebut nama ibunya.Selepas itu,hak penjagaan Asyriq dan Dina beralih kepada mak ciknya yang tinggal di luar negara.Jadi,Dina dan Asyriq menetap di negara dingin bersama mak ciknya itu buat beberapa tahun sebelum pulang ke Malaysia.
Asyriq juga memberikan sebab kenapa dia tidak menghubungiku selama ini,dia kata dia nak jadi orang berguna semula sebelum berjumpa dengan aku.Mendengar alasan Asyriq,aku hanya mencebik.Stupid excuse! Siapa kata dia tak berguna dekat mata aku,dia selalu istimewa di mata aku selama ni.Asyriq je yang tidak pernah perasan.Teruk betul dia tu.He is my one.
Oh ya,pasal Asyriq.Sekarang dia sedang sibuk menyiapkan satu lagi novel dia yang akan diadaptasikan kepada filem tahun depan.Dia betul-betul terkenal sekarang dan aku mengaku aku agak cemburu dengan kejayaan dia.Siapa tak jeles! Dia terkenal aku pulak gadis biasa-biasa je.Tapi kemarahan aku reda apabila dia selalu belanja aku kek blueberry cheese di Aishah Cafe apabila kami sering ‘date’ bersama.Daripada dulu lagi,aku cuba berfikir macam mana Asyriq boleh terjebak dalam dunia penulisan dengan gaya ‘badboy’ dia dahulu.Entahlah! Mamat tu memang misteri bagi aku sejak pertama kali aku kenal dia dulu.
‘Hachhu!’
Aku menggosok-gosok hidungku yang kelihatan merah kerana kerap bersin.Kenapa aku ni,asyik bersin je? Ah biarlah,yang paling penting sekarang macam mana nak buat ‘frame’ ni tak senget.Sekarang,aku sedang menggantung lukisan ‘perang’ milik ibu Asyriq di dinding.Pada kali pertama,aku menolak apabila Asyriq ingin memberikan lukisan ini kepadaku.Sebab bagi aku lukisan ibu Asyriq ini terlalu istimewa untuk aku terima.Namun,disebabkan keras kepala Asyriq,dia memaksa juga aku mengambilnya dan terpaksalah aku menerimanya dengan hati yang terbuka.Aku cuba membetulkan lukisan itu di dinding agar stabil.Namun,bila jari aku melepaskan lukisan itu,dia mula senget semula.Argghh,geramnya!
“Apa yang geram sangat tu sayang?”
Terkejut aku apabila satu ciuman hinggap di leherku dan satu tangan melingkar di pinggangku.Aku mendongak melihat Asyriq yang meletakkan dagunya di atas kepalaku.Maklumlah,dia kan lampai.Ops,lupa nak beritahu.Aku dan Asyriq sudah berkahwin sebulan yang lalu.Ramai orang kata hubungan kami terlalu pantas.What can I say,when you fall hard in love,it hard to separate.Itulah yang terjadi kepada Asyriq sekarang merangkap juga menjadi suamiku.
“Ni ha,’frame’ ni asyik senget.Geram betul.”Bebelku dan cuba membetulkan lukisan itu semula.Aku hanya mendengar Asyriq ketawa di belakangku sambil mengeratkan lagi pegangan di pinggangku.
“Kenapa nak gantung sekarang,esok kan boleh?” Kata Asyriq lembut.
Memang dia sudah berubah 360 darjah sejak berkahwin denganku.Tapi,dia masih Asyriq yang sama aku kenali dulu.
“Saja je,geram tengok lukisan tu kat atas lantai je.Orang fikir nak gantung.”Gumamku.
“Alah,biarkan je lah senget.Walaupun lukisan ni gantung dekat bilik kita.Siapa je nak tengok.”Kata Asyriq malas.
“Mana boleh! Tak cantik.”
Secara tiba,bunyi pintu terbuka daripada luar bilik kami mengalihkan perhatian aku dan Asyriq.Suara Dina daripada bawah kedengaran.
“Abang,kak Zani! Cepatlah turun,nanti lambat nak pergi tanah perkuburan.”
Jerit Dina daripada bawah membuatkan aku cuba melepaskan pegangan Asyriq namun gagal.Setiap bulan,aku,Asyriq dan Dina akan ziarah perkuburan Cik Nah.Ya,Cik Nah sudah meninggal dunia sejak Asyriq berada di luar negara bersama mak ciknya lagi.Perkara ni betul-betul membawa kesedihan kepada aku kerana aku sayang Cik Nah.Suara Cik Nah,wajahnya-Aku betul-betul rindukanya.
“Abang,lepas!Dina dah tunggu,kesian dia!”Marahku kemudian mengetap bibir.Bertuahlah aku dapat suami yang suka berkepit 24 jam macam ni.Asyriq mempamerkan senyuman sebelum merapatkan wajah kami.
“Kiss abang dulu.”
Mata aku membulat.
“Ieee,jangan nak ngada-ngada!”
“Cepat,kalau tak-“
“Kalau tak apa?”Sengaja aku mencabar dengan mengangkat kening.
“Abang takkan bergerak dekat sini,biar Dina tunggu.”Sengaja Asyriq berbisik di telingaku.
Hishh,geram betul! Laju aku mengucup bibirnya lalu mempamerkan wajah tidakpuas hati.
“Ha,sekarang lepas.”
Asyriq ketawa sebelum melentokkan dahinya pada dahiku.
“Gosh,i love you so much woman it almost kill me.”
Aku tersenyum lebar.
“I know.”
Secara tiba,telefon bimbitku berbunyi.Aku melihat panggilan daripada Wani dan laju aku menjawab.Ni kenapa pulak dia call aku time-time aku tengah gembira bagai nih.Asyriq mengucup pipiku sebelum tersenyum melihat riak wajahku yang berkerut.
“Assalammualaikum.Ha, Wani.Apasal call?”
“Beb,Bob ajak aku keluar? Nak buat apa ni?”
Aku dan Asyriq tergelak mendengar suara Wani yang agak kuat di talian sana.Nampaknya bagi Wani,kisah dia baru bermula.
Tamat.
Share this novel