BAB 12

Romance Completed 112147

'There's a thin line between love and hate.'

Gelisah.Hari ni aku gelisah.Mata aku meliar mencari kelibat Asyriq namun bersyukur apabila tidak nampak bayanganya.Wani yang duduk bersebelahanku di kantin hanya melihat riak wajahku dengan pelik.Sudah lima hari berlalu sejak peristiwa Asyriq menghubungiku pada waktu malam.Sejak malam itu,Asyriq tidak pernah menganggu aku lagi.No sms.No calling.Just silent.Nak kata aku lega,memang aku lega sangat apabila Asyriq sudah tidak menganggu aku lagi.Tetapi entah kenapa boleh terselit lagi perasaan gelisah dalam diri aku.Aku mengangkat buku untuk menghadang wajahku daripada dilihat pelajar lain.

Oh,ya.Hari ini merupakan hari isnin.Hari pertama Asyriq masuk sekolah selepas seminggu digantung.Meliar mataku mencari bayangan Asyriq.Entah macam mana aku boleh berasa gelisah dan bersalah pada waktu yang sama? Kenapa dia nak marah? Aku dengan Amir bukan buat apa-apa pun? Tunggu,yang aku takut sangat nih kenapa? Aku tak buat salah pun! Aduh,serabut otak aku.

"Woit! Kau ni sorok daripada siapa?" Bising Wani disebelahku.Matanya pun meliar melihat apa yang aku cari.Memang aku takkan beritahu Wani apa yang terjadi antara aku dengan Asyriq.Nanti mulut dia tak berhenti-henti berceloteh,

"Tak ada apa-apalah."Kataku dengan keluhan.

Melihat reaksiku,memang Wani tidak percaya dengan apa yang aku luahkan.Aku bukanya takut dengan Asyriq.Aku takut dengan tindakan gila mamat tu.Asyriq tu bukan boleh dijangka.Sudahlah tidak dapat kawal kemarahanya.

"Kau jangan nak tipu aku ok.Kau sorok daripada siapa ni?"Muka Wani mula serius.

"Tak ada siapalah."Dalihku dengan malas.

"Ish,ko ni kan Zani! Baik kau beritahu aku sekarang.Kau sorok daripada siapa?Oh! Aku tahu!"

Keningku terangkat.

"Siapa?" Sengaja aku menduga.

Sebelum menjawab,Wani tesengih panjang.

"Kau sorok daripada Asyr-"

"Eh! Itu Bob kan?!"

Jeritku dan sengaja menunding kearah pondok.

"Mana?" Laju Wani memusingkan kepalanya.

Fuh! Nasib baik.Memang gilalah kalau Wani dapat habiskan ayat dia tadi.

"Tak ada pun.Menipulah kau ni." Dengus Wani lalu melihat wajahku kembali.Kini,aku pula memberikan Wani sengihan panjang.Omooo,nampaknya selama ni kawan aku suka ushar Bob.Lawaknya!

"Ooo,Wani.Selama ni kau ushar Bob eh..." Aku berkata dengan nada panjang.

Apabila sedar kesilapannya,Wani terkedu.

"Eleh,dah suka dengan dia tak nak mengaku dengan aku pulak."Sengihanku makin lebar.Sengaja aku melanggar bahunya.

"Zani,macam mana ni?"

"Macam mana apa?" Pelik aku dengan pertanyaan Wani.

"Aku...Aku dah ter-suka dengan Bob.Eghh."

Aku hanya melihat Wani menekup wajahnya dengan hampa.Aku ketawa kecil dan memegang bahunya.

"Beb,perasaan suka pada budak lelaki tu biasalah.Rilek lah Wani.Tapi yang aku peliknya,kenapa Bob beb? Dalam banyak-banyak lelaki dalam dunia nih,kenapa Bob si pelik tu jugak yang kau melekat?"Aku tersenyum kecil.

Wani hanya menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Manalah aku tau macam mana aku boleh suka dia! Selama ni aku tengok muka dia,rasa menyampah je memanjang.Sekarang ni pulak-Egghh!Entah!"

Aku ketawa.

"Wani,aku tahu macam mana nak buatkan kau lupa pada mamat tu."Aku tersenyum nakal.

Wani memandang wajahku dengan tidak percaya.

"Macam mana?"

Aku memandang sekeliling memastikan tiada sesiapa yang melihatku sebelum aku mengeluarkan sesuatu daripada beg.Apabila melihat majalah E-pop yang berada di tanganku,mata Wani membulat dengan gembira.

"Beb! Kau dah beli E-pop untuk bulan nih!" Kata Wani dengan teruja.

"Shh! Janganlah kuat sangat."Desisku sebelum menghulurkan majalah itu kepada Wani.Yup,aku baru sahaja melanggar peraturan sekolah.

"Bestnye! Aku tak beli lagi sebab tak sempat.Aku nak pinjam boleh?" Wani mempamerkan wajah comelnya kepadaku.Aku ketawa.

"Aku bawak dekat sekolah ni pun sebab nak bagi kau pinjamlah.Jangan curi poster 'Infinite' dalam tu tau!"

"Ha! Ada poster 'Infinite' sekali.Oh my gosh!" Balas Wani dengan dramatik sebelum menyelak helaian majalah itu satu persatu.Aku tersenyum lebar.Memang senang nak buatkan Wani lupa pada masalah,minah ni semua benda pasal Korea dia suka.Aku menggeleng-gelengkan kepala melihat mata Wani yang tidak lepas membaca isu yang ada pada majalah itu.Apabila tekakku berasa haus,aku bangun daripada kerusi.Baik aku beli air mineral sebelum loceng masuk kelas berbunyi.

"Wani,aku beli air sekejap tau."

Wani tidak mengendahkanku.Amboi,dapat majalah terus lupa pasal aku.Tanpa membuang masa aku pergi ke bahagian air dan mengambil air mineral.Tidak sempat aku membayar,satu suara mencelah.

"Hai."

Kepala aku menoleh melihat kearah suara garau itu.Terkejut aku apabila mendapati Amir yang berada dekat di sebelah sisiku.

Tidak sempat aku ingin membuka mulut,pak cik yang menjual air dihadapanku menghulurkan tanganya untuk meminta bayaran.Terkocoh-kocoh aku mencari seringgit di dalam poket.Selesai bayar,laju aku pergi daripada situ.Jauh daripada Amir.

Malangnya,tidak sempat untuk aku pergi ke tempat Wani,Amir sudah berada di hadapanku.Aku hanya memberikan dia jelingan tajam,Ape yang dia nak nih?

"Apa?" Soalku sepatah dengan nada jengkel.Memang mahu Amir sedar bahawa kehadiran dia memang buat aku tak senang hati.

"Woo..Relaksla,jangan marah-marah."Sengih Amir apabila menyedari jengkelan aku.Aku melepaskan keluhan.

"Zani,aku nak tanya kau sesuatu?"

Kepala aku mendongak.

"Ape?"

"Kau ke yang beritahu Asyriq aku ade nombor telefon kau?"Soal Amir dengan kening terangkat.

Mata aku membulat.Not good.

"Maksud kau?" Aku cuba mengawal riak wajahku yang hanya membuatkan pandangan Amir lebih curiga kepadaku.

"Kau biar betul tak tahu ape-ape?"

"Ish,ke tepilah aku nak lalu."Marahku apabila takut untuk berkata dengan Amir lagi.

"Asyriq marah aku kut.Dia suruh aku delete nombor kau.Kau pasti kau tak ada kena mengena dengan hal nih?" Soal Amir dengan senyuman meleret.Amir tahu sangat aku yang beritahu Asyriq.Aku bukan sengaja ok! Terlepas cakap!

"Kau tak nak bincang dengan Asyriq? Aku rasa dia salah faham tentang kita."Senyuman Amir bertambah lebar.

Erggh,buat ape nak bincang dengan Asyriq? Dia bukan kawal hidup aku pun?Bazir masa je.

"Aku tak tahu langsung apa yang kau cakap nih.Buat apa aku nak bincang dengan Asyriq kalau aku tak buat apa-apa dengan dia.Ke tepilah."Kataku kemudian menyelit ketepi dan berlalu pergi.Sempat aku mendengar gelakan kecil daripada Amir.

Aku melabuhkan punggung di kerusi dan melihat Wani yang masih membaca Fan-Fic dalam majalah E-Pop.Aku diam sebentar sebelum mata aku meliar lagi mencari kelibat Asyriq.Lalu aku membuka botol air mineral dan meminum sedikit untuk membasahkan tekak.

Minta maaf?

Pada Asyriq?

No way! Aku tak buat salah pun.Dia tu yang pandai-pandai buat salah faham.Fikirku dan meneguk air sekali lagi.

***************

Loceng berbunyi maka aku dan Wani membuat haluan ke kelas masing-masing.Kakiku terus berjalan menuju ke kelas sehinggalah aku menangkap kelibat Asyriq di luar kelas.Aku agak terkejut dan langkahku juga terhenti.Sehinggalah aku perasan makhluk yang berada di sebelah Asyriq.Aina.Haa?

Mukaku berkerut dan fikiranku agak runsing apabila melihat situasi dihadapanku.Asyriq tersenyum kearah Aina dan Aina pula membalas dengan gelakan kecil.

Aku masih tak faham?Asyriq dengan Aina?Bukan Asyriq marah dengan Aina? Mata aku hanya memerhatikan mereka.Asyriq couple dengan Aina balik ke?Terfikir hatiku.Ish,yang aku nak kisah ni kenapa? Suka hati Asyriqlah nak couple dengan sesiapa pun,bukan masalah aku! Laju aku menyambung langkah dan menuju ke pintu kelas.Asyriq yang menyedari kelibatku hanya memberikan jelingan tajam.Apahal mamat nih? Macam bengang sangat je dengan aku? Dapat aku tangkap Aina yang tersenyum kemenangan.Aduh,ambik je lah Asyriq tu,aku tak nak lah!

Asyriq tersenyum sindir kepadaku sambil menyilangkan tanganya.Malas melayan karenah gila Aina dan Asyriq,aku menggelengkan kepala dan memasuki ke dalam kelas.Dapat aku rasakan renungan mata Asyriq di belakangku.Ah,biarlah! Aku meletakkan beg dan duduk di kerusi.Aku memandang kearah Asyriq dan Aina sekali lagi dan melihat mereka berbual.Hmmm,pelik nih.Kenapa aku tak jeles? Aku mendagu sambil memikirkan perasaanku yang mula aneh.Entah kenapa perasaan pahit mula hadir.

Kemudian,aku menangkap semua rakan sekelasku mula keluar daripada kelas.Eh?Diorang nak pergi mana? Aku memerhatikan jadual kelas yang kulekatkan atas meja.Oh,ada kelas Pendidikan Jasmani.Maksudnya kena pergi padang la nih.Malasnya! Aku memang tak suka pergi padang.Sudahla panas,lepastu kena bersukan dekat bawah matahari pulak tu.Dengan malas aku bangun daripada kerusi dan keluarkan buku novelku seperti biasa.Yup.Aku takkan bersukan dan hanya nak baca novel.Panggil lah aku ni budak malas atau anti-sukan.Sebab aku mengaku aku memang tak suka bersukan.And lazy too.

Aku menuruni tangga dan menuju ke padang dengan rakan sekelasku yang lain.Budak lelaki mula mengambil bola di bilik stor sukan sementara budak perempuan pula hanya duduk di tepi.Kemudian,Azlina mula bersuara.

"Guys,tak nak main apa-apa ke? Takkan nak duduk dekat sini je?" Soal Azlina dengan suara nyaring.

Nope,aku rela duduk sini je.

"Itulah,jom kita lakukan sukan yang mencabar nak?"Balas Mimi pula,kawan kepada Azlina.

Oh no.

"Macam ape?"

"Kita lari 5 pusingan sekeliling padang sebagai warm-up,then kita main bola tampar nak?"Cadang Mimi.

Tidakkkk!

"Bagus,bagus! Aku suka cadangan kau.Okey korang! Jom kita lari lima pusingan!" Ajak Azlina dan aku lihat rakan sekelasku mulakan larian.Errr,aku benci lari! Terutamanya lari dekat depan lelaki! Tak boleh jadi nih,aku kena gunakan power invinsible aku.Dengan perlahan-lahan aku berundur dan duduk di bawah pokok yang redup.Aku tersenyum apabila mendapati tiada seorang pun yang sedar kehadiranku.Kemudian aku melihat Puan Khatijah,selaku guru Pendidikan Jasmani kami datang menghampiri.Dia hanya menganggukkan kepala apabila melihat muridnya lari di padang.Kecuali aku.Sebab Puan Khatijah tidak perasan kehadiran aku di pokok.

Satu bola tergolek kearah kakiku.Aku memerhatikan bola itu dan mendongak untuk melihat siapa pembalingnya.Teryata aku melihat Asyriq yang sedang tersengih kearahku.Aku memerhatikan Asyriq dengan pelik.Kenapa aku rasa tak sedap hati nih? Asyriq tersenyum lagi sebelum menjerit sesuatu.

"Cikgu! Ni ade orang tak nak lari dekat padang sekali! Nama dia Zani!!" Jerit Asyriq kearah cikgu membuatkan cikgu menoleh melihat kearah kami.Mataku membulat dan aku mula berasa malu.Ieee,geramnya! Aku memandang Asyriq seperti ingin menelanya.Namun Asyriq melihat wajahku kembali dengan senyuman kemenangan.Tak guna punya Asyriq!

"Zani,apasal tak lari?Jangan nak curi tulang.Lari cepat!"Arah Puan Khatijah membuatkan aku terkial-kial untuk lari.Muka aku merah padam apabila semua mata memandang kearah aku.Jahat punya Asyriq! Kenapa dia berdendam sangat dengan aku?! Apa aku buat pada dia! Hissh,benci betul lah.

Disebabkan badan aku yang memang ditakdirkan kurang stamina,baru dua pusingan aku sudah tercungap-cungap seperti ikan minta oksigen.Sebab ini lah aku benci sukan! Aku bukanya ada stamina macam atlet wakil sekolah kita nih.Boleh pengsan aku jadinya kalau lari lagi satu pusingan.Dengan tercungap-cungap sambil berpeluh,aku berhenti dan berehat di tepi padang yang terdapat bangku.

"Huh...Aku perlukan air....Nak air..."Kataku dengan nafas naik turun.Secara tiba,satu air mineral sejuk dihulurkan kepadaku.Mataku membulat dan tanpa melihat siapa pemberinya,aku terus meneguk air itu dengan rakus.

Ahh...Lega gila dapat basahkan tekak.Aku ingin mendongak dan mengucapkan terima kasih.Namun aku terkejut apabila melihat Asyriq yang berada di hadapanku.Sekali lagi.

"Kau....Kau ke yang bagi aku air?!" Soalku dengan tidak percaya.

"Yup.Itu air aku,.Kau patut tengok muka kau bila haus tadi.Lawak gila!"Gelak Asyriq.

Mukaku sudah berkerut kegelian.

"Kenapa kau bagi aku minum air kau!Euuuu! Gelinya! Ieee,nak basuh mulutlah!" Kataku dengan tidak percaya dan terus pergi ke singki berdekatan dan membasuh lidahku berulang kali.Asyriq memang gila! Aduh,kenapalah aku tak tengok dulu siapa pemberinya! Memang cuailah kau nih.

Aku menoleh kebelakang apabila terdengar gelakan Asyriq di belakangku.Dengan geram,aku memberikan dia jelingan yang paling tajam.

"Kau ni kenapa? Tak habis-habis nak cari pasal dengan aku?!" Soalku dengan bengang.Tak faham betul aku? Aku cuba bersabar tapi seolah-olah mamat ni mencabar kesabaran aku.Grr.

Asyriq tersenyum sinis.

"Kau masih tak sedar ke ape yang kau buat pada aku?" Soal Asyriq membuatkan aku menelan air liur sedalam-dalamnya.

"Aku tak buat apa-apa pun pada kau.Jadi buat apa aku nak kisah."Balasku dengan yakin.Namun kataku hanya membuatkan wajah Asyriq bertambah bengang.Dia menghampiriku dan memberikan jelinganya yang tajam.Err,janganlah pandang aku macam tu.

"Berhenti pura-puralah Zani."Kata Asyriq dengan jengkel.

"Apa kau cakap nih?"

Dia meraupkan rambutnya kebelakang yang nampak seperti lembut bagiku.Ish,berhenti renung rambut dia! Aku lihat Asyriq mengambil nafas panjang sebelum membuka mulut,

"Kau patut 'break' dengan Amir kalau kau tak nak kecewa.Dia tu banyak awek."Kata Asyriq dengan serius.

Aku tergelak kecil.Ya Allah,dia masih salah faham tentang hubungan aku dengan Amir ke! Aku memicit-micit dahiku yang tidak pening.Haih,memang tak faham bahasa mamat nih.

"Oh,kau kata Amir banyak awek,jadi kau pun tak banyak awek ke?" Sindirku.

"Ini tak ada kena mengena pasal aku lah.Aku cuma nak cakap yang Amir tak sesuai dengan kau!" Baran Asyriq mula hadir.

Aku tergelak kecil.

"Asyriq,ini kali terakhir aku cakap benda ni pada kau ok.Aku dengan Amir mana ada hubungan.Macam mana kau boleh terfikir sampai macam tu? Kau ni peliklah!" Dengusku kemudian terus belalu pergi apabila malas untuk teruskan perbualan dengan mamat tak faham bahasa tu.

Tidak sempat aku membuka langkah kedua,satu bola dibaling kearah kakiku membuatkan aku hilang keseimbangan.Nasib baik tidak terjatuh.Aku cuba berdiri dan melihat seluarku yang sudah sedikit kotor terkena lumpur daripada bola itu.Aduh,kenapa semua benda buruk macam terjadi pada aku hari ni?

Seorang budak lelaki yang memakai cermin mata mengambil bola di tepiku dan terus ingin pergi.Amboi,bukan nak minta maaf pada aku! Terus pergi macam tu je! Gumamku dalam hati.Kenapalah orang zaman sekarang susah sangat nak berbahasa pada orang lain?Kalau dah buat salah tu minta maaf je lah.Aku menjeling geram kepada lelaki yang memakai cermin mata itu.

Namun,itu semua berubah apabila secara tiba aku melihat Asyriq menahan budak lelaki itu dengan pandangan jengkel.

"Woi,tak reti minta maaf ke?"Soal Asyriq dengan kasar.

Budak lelaki itu merenung Asyriq dan membuka mulut.

"Suka hati akulah nak-"

"Ke,kau nak aku yang ajarkan kau cara nak minta maaf?"Kata Asyriq sekali lagi dengan nada yang mendalam.Asyriq menghampiri budak lelaki itu dan memberikan pandangan bahaya.Budak itu berundur sedikit ke belakang dengan wajah yang agak takut.Dengan perlahan-lahan dia memusingkan badanya padaku.

"So..Sorry.."

Katanya dan tanpa berlengah masa terus berlalu daripada situ.Aku melihat Asyriq tersenyum.Benci pulak aku lihat senyuman tu.Seolah-olah Asyriq suka melihat orang yang lemah darinya.

"Kau ni kan,tak boleh tegur baik-baik sikit ke?"Tegurku.

Asyriq hanya mengangkat bahu dan mebuat muka selamba.Menyampah aku.

"Kau tak tipu aku kan?"Kata Asyriq.

"Tipu apa?"

"Kau dengan Amir memang tak ada apa-apa kan?"Kali ini aku melihat mata Asyriq yang betul-betul inginkan kepastian.Sungguh aku tak faham emosi Asyriq sekarang ini.Aku melepaskan keluhan dengan malas.

"Iye,memang tak adalah! Lain kali jangan nak pandai-pandai buat spekulasi."Tuturku.

Asyriq menggeleng-gelengkan kepalanya dan tergelak kecil kepada diri sendiri.

"Aduh,aku ingat korang-"

"Ingat ape?"Keningku terangkat.

"Tak ada apa-apa lah."Asyriq memandangku dengan senyuman sinis dan terus berlalu pergi.Aku tercengang melihat pemergian Asyriq dengan perasaan tidak percaya.Aku rasa Asyriq bi-polar.Sekejap marah dengan aku,sekejap senyum dengan aku.Memang sah mamat tu gila.Tak pasal-pasal menyangkit pulak dengan aku.Dengan runsing aku menggeleng-gelengkan kepala.

***************

Tamat sekolah,aku terus menuruni tangga tanpa menunggu Wani.Wani kata hari ni dia 'stayback' di sekolah sebab ada kelas tambahan.Mmm,nampaknya aku seorang diri jelah balik hari ni.Huhu..

Aku berjalan sambil otakku memikirkan makanan.Haha,aku memang suka makan.Secara tiba,bahuku ditolak kuat dan aku melihat Aina yang berada di hadapanku.Uiish,kuatnya bahu minah ni.Boleh tercabut bahu aku dibuatnya.Aku hanya melihat wajah Aina dengan geram.Kenapa dengan Aina ni?!

"Perampass..."

Kata Aina padaku dengan begitu benci sekali.Pandanganya padaku seolah-olah dia jijik untuk melihat diriku.Tanpa sempat memberikan aku ruang untuk berkata,Aina terus berlalu pergi meninggalkan aku yang termangu.Perampas? Sejak bila aku ada rampas sesuatu dengan Aina? Aku berfikir sejenak.Apa maksud Aina nih? Aku hanya melepaskan keluhan apabila tidak mengerti langsung apa yang telah terjadi.Aku meyambung berjalan dengan fikiran yang runsing.

Namun,cepat sahaja perhatianku teralih apabila aku menangkap terdapat poster baru yang ditampal pada papan kenyataan,Aku memerhatikan poster itu dengan lama sehingga aku bergerak menghampiri poster itu.Poster itu tertulis :

Save Gaza! Save their life.

Aku memerhatikan poster itu dan gambar-gambar yang dipamerkan.Terkesan dalam hatiku apabila melihat kanak-kanak yang kecil sudah mendapat luka akibat daripada peperangan yang terjadi di tanah air mereka.Hatiku bertambah pilu melihat gambar ibu yang diacukan pistol pada kepalanya oleh tentera zionis.Ya Allah,aku tak pernah mengerti bagaimana manusia boleh hilang kemanusiaan dalam diri mereka? Dalam senyap,aku berdoa dalam hati agar Allah tumpaskan musuh islam yang kejam.Aku merenung seketika sehinggalah satu idea muncul dalam kepalaku.Aku ada idea bernas! Aku boleh lukis tentang penderitaan di Gaza dalam lukisanku untuk pertandingan lukis akan datang.Mungkin dengan cara itu aku boleh menyedarkan beberapa pihak yang masih tak prihatin dengan keadaan derita di Gaza.Sebagai remaja,ini sahajalah yang mampu aku buat untuk selamatkan saudara seagamaku.Aku tersenyum dengan yakin.Alhamdulillah,dapat jugak inspirasi untuk lukis.

"Kau tengok apa tu?"

Terkejut aku dibuatnya apabila mendengar teguran Asyriq dibelakangku.Laju aku menoleh melihat wajahnya.Apabila melihat keadaan kami yang agak rapat,aku mula ke tepi apabila hatiku sudah mula berdegup kencang.Haish,Asyriq suka buat aku rasa macamni.Aku tak suka.

"Tak ada apa-apa lah."Selindungku.

"Iyelah tu.Macam aku nak percaya.'Kata Asyriq dengan tidak percaya dan melihat poster yang aku lihat sebentar tadi.Dia hanya menganggukkan kepala melihat poster itu.Malas untuk berada dekat dengan Asyriq lagi,aku mula berlalu pergi.Tak nak dekat dengan mamat tu,nanti perasaan aku bercampur.

Namun,Asyriq berjalan disebelahku membuatkan aku melihatnya dengan tidak puas hati.Ieee,tak boleh pergi tempat lain ke mamat ni?

"Asyriq,boleh tak kau jalan dekat tempat lain?"Omelku.

"Why? Aku suka jalan dekat sini." Asyriq tersenyum sengaja ingin menyakatku.

Aku sengaja melajukan langkah namun Asyriq masih boleh mengejarku.Geramnya!

"Kau ni kan! Ieee,jangan kacau aku lah.Jalanlah tempat lain!"Kataku dengan hilang sabar.

Asyriq tergelak.

"Well,ini adalah tempat awam jadi suka hati mak bapak akulah aku nak jalan dekat mana."Sindir Asyriq.

"Kenapa kau tak balik dengan Aina?Bukan dia awek kau?" Sengaja aku menyoal Asyriq tentang Aina.

"Kau jeles ek?" Asyriq tersenyum lebar membuatkan mukaku merah padam.

"Mana adalah! Aku cuma rasa kau patut balik dengan awek kau daripada kacau aku."Kataku dengan marah.Sudahlah Aina baru marah pada aku tadi.

"Eleh,tak nak mengakulah tu.Cakap je lah yang kau suka aku Zani."Asyriq memberikan aku senyumannya lagi.Aku menggeleng-gelengkan kepala dan terus pergi meninggalkan Asyriq.Mamat tu memang mereng.Asyriq hanya mengikutiku daripada belakang dengan gelakan suaranya.Semasa melintasi belakang kantin,langkahku terhenti apabila aku terdengar suara seseorang.Atau lebih tepat suara Aina.

"Irfan,jangan dekat dengan aku!"

Aku terdengar suara Aina yang penuh keterdesakan.Laju aku pergi ke dinding dan melihat apa yang terjadi.Terkejut aku apabila melihat Aina yang semakin mengundur ke bahagian dinding dan Irfan(Ex-boyfriend Aina rasanya) mendekati Aina dengan senyuman menyeramkan.

Oh tidak,oh tidak!

Irfan dah naik gila sekali lagi dan nak sentuh Aina! Aku gelisah melihat wajah Aina yang semakin takut.

"Oh,Aina rupanya.."

Aku terdengar suara Asyriq yang berada tepat di belakangku.Rupanya selama dia pun mengintai di sebalik dinding ini denganku.Apabila dapat mendengar deru nafasnya,di belakangku.Barulah aku sedar betapa rapatnya tubuh Asyriq denganku.Ya Allah,kenapalah mamat ni suka sangat dekat-dekat macam nih? Laju aku berundur ke belakang.Kemudian baru aku tersedar tentang Aina.Ya Allah ,Aina!

"Asyriq! Pergilah tolong Aina!" Kataku dengan membisik campur perasaan gusar.

"Buat apa?" Soal Asyriq dengan malas.

Buat apa?! Dia tanya aku buat apa? Mamat ni tak ada nilai prihatin ke?

"Kau buta ke?! Kau nampak tak Irfan tu nak sentuh Aina! Pergilah tolong dia,dia kan awek kau!" Aku semakin cemas.

"Kitaorang baru 'break',dia bukan awek aku lagi.Siapa suruh dia cari pasal dengan Irfan.Aku dengar cerita mamat tu physcho."Kata Asyriq dengan lagak biasa.

Mulutku tercengang seperti ingin mencecah tanah.Macam mana Asyriq boleh tenang dalam keadaan macam ni?!

"Ieee,kau tak nak selamatkan Aina,biar aku selamatkan dia!" Balasku dengan geram kemudian menapak ke hadapan.Lantaklah apa nak jadi,asalkan Aina tak jadi mangsa Irfan.Tidak sempat menyambung langkah,Asyriq menarik lenganku kebelakang dengan kasar.

"Apa yang kau-"

Asyriq memotong kataku.

"Aku selamatkan dia,tapi itu bermaksud kau berhutang dengan aku."Asyriq tersenyum penuh makna.

"Ha?"

Tidak sempat aku ingin proses apa yang Asyriq katakan,Asyriq sudah pergi kehadapan.

"Woi,tak ada kerja ke sampai nak sentuh anak orang!"Jerit Asyriq yang membuatkan perhatian Irfan dan Aina beralih kepadanya.Wajah Irfan tampak bengang manakala Aina pula tersenyum lega.Aku hanya melihat itu dengan takut.Great,sekarang aku berhutang pulak dengan Asyriq.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience