BAB 5

Romance Completed 112147

Malam itu,aku termenung ketika sedang menyiapkan esei bahasa inggeris di dalam bilik.Selalunya aku buat homework di ruang depan,entah mengapa malam ini badan aku rasa malas untuk menuruni tangga.Aku mengeluh sekali lagi dan meletakkan pensel ke bawah.Mata aku pandang di atas kertas namun fikiran aku terbang ke tempat lain.Malam ni otak aku penuh dengan peristiwa petang tadi.Akalku hanya fikirkan Asyriq.Aku tidak mengerti mengapa sejak akhir ini hidup aku mesti bertembung denganya.Seperti ada sesuatu yang menarik aku untuk mengenali Asyriq lebih dalam.Dia seakan-akan ada aura misteri yang selalu selubung dirinya.Wajahnya yang sering muram membuatkan aku sering terfikir derita apa yang telah ditanggungnya? Pendek kata,perwatakan Asyriq memang menarik hati aku.

Lamunanku terhenti apabila aku terdengar bunyi grill pintu terbuka di tingkat bawah.Tanpa lihat aku sudah serta merta tahu bahawa ibu sudah pulang daripada kerja.Mataku tertancap pada jam loceng di sebelah katilku.Awal pulak ibu balik malam ini.Fikirku.Tanpa membuang masa,aku memegang pensel kembali untuk sambung menyiapkan esei inggerisku yang terbangkalai.Aku tiada hati untuk turun kebawah melihat ibuku sejak peristiwa semalam.Seakan-akan hatiku menjerit untuk jauh daripada ibu.Aku tidak tahu samada ini perasaan merajuk atau marah?

Secara tiba pintu bilikku diketuk dan terbuka.Terpacul wajah ibu di pintu.

"Zani,turun bawah sekejap.Ibu nak cakap sesuatu dengan kamu."Pinta ibuku dengan lembut dan terus pergi ke tingkat bawah.Aku keliru namun terus melangkah menuju ke tingkat bawah.Aku pergi ke dapur dan melihat ibu sedang memanaskan air untuk membuat kopi.Kopi? Ibu mesti nak tidur lambat untuk siapkan kerja dia.Huh,separuh hatiku rasa bersalah juga pada ibu.

Tanpa berkata,aku menarik kerusi dan duduk di meja makan.Selesai membancuh kopi,ibu duduk pula dihadapanku.Ibu menghirup kopinya sebelum melihat wajahku untuk memulakan katanya.Aku lihat ibu lepaskan keluhan kecil.

"Zani,ibu tahu sejak akhir ni hubungan kita makin jauh."

Aku senyap.

"Dan ibu tahu kamu terasa pasal malam semalam.Ibu stress,tanpa ibu tahu ibu lemparkan kemarahan ibu kepada kamu."

Aku masih senyap.

"Look,i may be not a perfect mother.Tapi,hanya kamu sahaja yang ibu ada sejak ayah kamu meninggal.Ibu tahu ibu selalu kerja sejak akhir ni dan tiada masa untuk kamu.Tapi,ibu perlu fokus pada kerja kalau ibu nak tanggung makan minum kita berdua.Ibu minta maaf kalau.."

Aku memegang tangan ibu di atas meja.

"Ibu,Zani tak kisah sebenarnya kalau ibu tak ada masa untuk Zani.Zani faham ibu buat tu untuk kita berdua.Dan,Zani sebenarnya nak minta maaf kalau Zani jadi beban pada...."

"No! Zani,kamu bukan beban pada ibu.Ibu sayangkan kamu.Ianya cuma,selepas ayah kamu pergi,semua situasi macam himpit fikiran ibu.Ada satu masa,ibu tak tahu nak buat apa dan ibu harap sangat ayah ada di sisi kita sekarang."

Aku terkejut apabila melihat air mata ibu mengalir di pipi.Laju aku pergi ke sisi ibu dan memeluknya.

"Ibu,Zani pun rindu ayah..."

Dapat aku rasakan air mata aku mengalir.Aku rindu dengar suara dan pelukan ayah.Kini,itu semua hanya tinggal kenangan.Hanya tinggal aku dan ibu.

"Ibu pun rindu dia sayang."

Balas ibu dan aku masih dapat melihat air mata ibu bergenang.Ibu benar-benar cintakan ayah.Semasa ayah hidup,kemesraan diantara mereka amat ketara.Ayah selalu cerita padaku bahawa dia dan ibu berkahwin pada usia yang muda.Ayah sering bercerita tentang ibu merupakan wanita yang amat cantik yang pernah dia lihat.Ya,saat sekarang pun usia ibu agak muda dan bagiku ibu masih cantik.Namun,ayah pergi terlalu awal dan hanya meninggalkan kami memori yang berharga.

Aku membelai ibu yang masih menangis di dalam pelukanku.Namun,mataku tertancap pada foto ayah yang besar yang digantung di ruang depan dengan mata berair.

**********

Pagi itu,aku datang awal ke sekolah.Aku memandang sekeliling sambil menunggu Wani di kantin.Fikiranku terlayar kembali peristiwa semalam.Selepas ibu menangis,aku mendesak ibu supaya rehat di dalam untuk berehat.Pada mulanya ibu menolak kerana kerja yang perlu disiapkan.Namun setelah dipujuk berkali-kali,ibu akhirnya mengalah dan pergi ke tingkat atas.Aku tidak sampai hati untuk membenarkan ibu membuat kerja jika fikiranya asyik teringatkan ayah.Aku tahu perasaan dan hatinya sedang sedih dan menderita.Sebagai anak,tiada yang lebih teruk jika melihat ibu sendiri sedang bersedih.Namun,separuh hatiku berasa gembira apabila ibu meminta maaf sendiri padaku dan hubungan ibu dan aku kembali baik.Semoga Allah mempermudahkan urusan hidupku.

Daripada saat berganjak ke minit,bayang Wani masih tidak dapat dikesan.Wani tak datang sekolah ke hari ni? Aku masih memandang sekeliling dengan muka berkerut.Kemudian,loceng sekolah berbunyi menandakan sesi sekolah sudah bermula.Semua pelajar mula bergerak menuju ke kelas masing-masing.Aku mengambil beg dan untuk kali terakhir cuba mencari kelibat Wani.Masih tiada.Aku mengangkat bahu dan terus menuju ke kelas.Wani tak datang kut.

Di dalam kelas,aku meletakkan beg aku di atas meja dan menyandarkan badan aku di kerusi.Wani tak datang,jadi aku lepak dalam kelas je lah.Kalau pergi kantin pun,aku nak rehat dengan siapa? Itulah susahnya kalau jadi anti-socialism macam aku nih.

Kemudian aku tersedar sesuatu,aku memandang sekeliling dan melihat tiada kehadiran Asyriq.Dia pun tak datang jugak ke hari ni? Aku mengintai di luar kelas pula.Ish,yang aku kisah ni kenapa? Biarlah dia tak datang! Aku cuba tidak mahu memikirkan hal itu dan terus mengeluarkan buku.Cikgu Farah masuk ke dalam kelas.Semua pelajar bangun seperti biasa dan memberi salam hormat.Kemudian,waktu untuk mengambil kehadiran.

"Asyriq mana? "

"Tak datang kut cikgu!" Jerit seorang pelajar.

Cikgu Farah menganggukkan kepala dan menandakan sesuatu dalam buku kehadiran.Lalu,sesi belajar dimulakan.Aku mengigit bibir dan memandang sekilas kearah tempat Asyriq.Nampaknya dia betul-betul tidak datang.

Waktu rehat sudah tiba,pelajar mula bergerak ke luar kelas kecuali beberapa pelajar yang ingin lepak di dalam kelas termasuk aku.Tanpa membuang masa,aku mengeluarkan novel inggeris di dalam beg dan sambung membaca bab yang aku tinggalkan.Bunyi perut aku yang kelaparan cuba aku endahkan.Aku malas untuk pergi ke kantin kalau tiada kawan.Uggh,kenapalah sejak akhir-akhir ni aku malas sangat?

"Zani!"

Laju aku memandang kearah pintu kelas dan melihat Wani sudah meluru kearahku.What the?! Wani datang rupanya.

"Beb,kau datang rupanya!" Kataku dengan wajah terkejut.

Wani tersengih lebar dan duduk di kerusi sebelahku.Dia tahu sebelahku tiada orang duduki.

"Sorry Zani,aku datang lewat tadi.Semalam aku tidur lewat gila sebab tengok drama online."

"Kau ni bijak betul! Tengok drama masa minggu sekolah!"

"Aku takleh tahan,muka Lee Dong Wook macam memanggil-manggil aku supaya tengok drama baru dia!" Kata Zani dengan dramatiknya.

"Entah apa-apa je lah kau ni." Kataku dengan ketawa kecil.

"Kau kenapa tak turun bawah beb,kau tak lapar ke?" Soal Wani melihat wajahku.

"Aku lapar,tapi malas nak turun.Kau nak makan dekat kantin ke?" Soalku dengan wajah mengharap.Sebenarnya nafsu makan aku sudah tinggi.

"Aku mesti la nak! Kau macam tak kenal aku pulak,aku kan kuat makan!"

Kata Wani dan aku tergelak kecil.Lalu,kita berdua keluar daripada kelas dan menuju ke kantin.Tidak sempat menuruni tangga,sekumpulan budak lelaki menahan aku dan Wani daripada memijak tangga.Kitaorang melihat sekumpulan budak lelaki itu dengan wajah tidak puas hati.Apahal pulak ni?!

Selepas melihat wajah kumpulan budak lelaki tersebut,baru aku sedar bahawa mereka semua merupakan geng-geng Asyriq yang digeruni.Dua orang budak kembar dan pelajar lelaki yang separuh botak tersenyum kearah kitaorang berdua.Aku melihat 'nametag' mereka satu persatu.Budak kembar yang mempunyai tahi lalat di atas keningnya bernama Amir,manakala kembar yang tiada tahi lalat di wajahnya pula bernama Ariff.Bagi lelaki separuh botak pula namanya tertulis Bob.Seriously,masa dia lahir mak dia berikan namanya Bob?! Itu pelik?

"Tolong ke tepi sikit boleh tak!" Kata Wani dengan kasar.Aku tahu Wani sudah mula rasa jengkel.

"Alaa,tak nak cakap dengan kitaorang dulu ke?" Kata Bob dengan senyuman sinis.Dapat aku lihat wajah Wani semakin membara.

"Ok,korang nak apa dengan kitaorang ni?" Aku menyampuk sebelum Wani meletup di situ juga.Wani hanya melepaskan dengusan dan melemparkan jelingan tajam pada Bob.

Amir dan Ariff merapati kami berdua.

"Kau Zani kan?" Soal Ariff dengan wajah selamba.

Mukaku berkerut.

"Haah.So,kenapa?" Soalku dengan bingung.

"Oooh.Jadi ni la awek Asyriq." Amir memandang aku dengan sengihan.Ariff dan Bob pula sudah mula ketawa kecil.Apa ni?! Sejak bila aku jadi awek Asyriq?!

"Kau...Kau couple dengan Asyriq Zani?!" Wani melihat wajahku dengan tidak percaya.

"Ta...Tak! Wani,kau salah faham.Aku dengan mamat tu tak ada apa-apa ok! Diorang salah faham!" Kataku dengan bersungguh-sungguh.

"Tapi beb..."

Perbincangan aku dan Wani terhenti apabila Bob mula menepuk tangan,cuba untuk mendapat perhatian aku dan Wani.

"Ok girls,tolong berhenti sekejap.Kitaorang datang sini bukan nak buat apa-apa pun."Bob mula berkata.

"So,tolong ke tepi sebab kitaorang nak pergi ke kantin ok!" Marah Wani.

"Ok,kitaorang tak nak berlama-lama,cuma ambil sekejap je masa korang."Suara Ariff.

"Apa yang korang nak sebenarnya nih?!" Soalku mula rimas.Aku dengan Wani cuma nak pergi ke kantin dan makan.Dengar macam susah ke?

"Sebenarnya,Asyriq sms kitaorang suruh perhatikan kau." Kata Amir melihat wajahku dengan serius.

"Perhatikan aku.Bu..buat apa?" Lidahku ingin terkelu.

"Kitaorang tahu pasal semalam Zani.Asyriq beritahu kitaorang.So,disebabkan dia tak datang,dia suruh kitaorang perhatikan kau dan Aina." Sambung Ariff.

Aku tergamam campur terkejut.Kenapa Asyriq buat aku macam ni?! Siapalah aku pada dia? Isshh,dia cerita pada kawan dia pulak tu! Bencinya!

"So,aku terkejut Asyriq minat awek macam kau.Intresting."Bob tersengih pada aku.

Aku rasa macam nak bagi dia penumbuk je.

"Aku dengan Asyriq tak ada apa-apa lah! Jadi,korang tak payah perhatikan aku! A..Aku ok.Kata dekat Asyriq supaya check otak dia betul-betul!"

Kataku sedikit kuat dan menarik tangan Wani supaya menuruni tangga.Mukaku merah seperti udang kena bakar.Sejujurnya aku malu kerana Asyriq libatkan hal aku dengan kawan dia sekali.Hati aku berdebar lagi.Arrghh,hate this! Memang susah nak faham mamat Asyriq ni.Kenapa dia suka buat hati aku fikir yang pelik-pelik.

Selesai membeli makanan,aku dan Wani duduk di tepi kantin.

"Zani! Kau kena ceritakan pada aku apa maksud geng Asyriq cakap tadi.A sampai Z! Kalau tak,kau bukan BFF aku lagi!" Kata Wani dengan wajah mengharap.Aku menghela nafas dan memandang mata Wani tepat-tepat.Aku tahu sudah sampai masanya aku menceritakan segalanya pada Wani.Jadi ,aku membuka mulut dan menceritakan segalanya.Saat aku bercerita,macam-macam emosi wajah yang Wani paparkan.Daripada muka berkerut,terkejut dan akhir sekali menangis.

"Wani,apasal kau menangis?" Soalku dengan bingung.

"Ieeeee,aku menangis sebab kau lah Zani! Aku tak sangka kau tanggung tu sorang-sorang.Kenapa kau tak nak beritahu aku! Aku boleh belasah Aina dengan geng dia tu cukup-cukup!" Kata Wani dengan geram sambil mengesat air matanya.Aku tersenyum hambar.

"Aku tak nak susahkan kau dengan hidup aku Wani.Walaupun,Aina dah tak kacau aku lagi."

"Beb,aku marah dengan kau sekarang! Sanggup kau tak beritahu aku,aku kecil hati tau.Aku ingat kita BFF." Wani memuncungkan bibirnya.

"Wani,aku minta maaf sangat.Time tu aq frust,aq tak tahu nak buat apa and aku tak nak libatkan kau.Aku janji,lain kali aku akan beritahu kau segalanya.Ok?" Aku cuba membuat muka simpati.Harap Wani terima.

Wani melepaskan keluhan dan memandang wajahku.

"Janji tau?"

"Janji!"

Aku dan Wani tersenyum lebar.

"Siaplah,aku nampak Aina aku tahu apa nak buat!"

"Wani,sudahlah.Baik kita jangan ganggu dia."

"Oh,lupa pulak? Asyriq yang selamatkan kau ye.Aww,so romantic." Wani membuat muka comel yang membuatkan aku geram.

"Ieeee,tolonglah jangan mention nama mamat tu.Serabut aku! Suka hati dia je beritahu pasal semalam pada kawan dia.Pastu,arahkan kawan dia perhatikan aku pulak tu! Ish,tak faham aku!" Luahku dengan marah.Wani tergelak kuat yang hanya membuatkan aku keliru.

"Zani,kau ni naif la.Kau tak perasan ke?"Soal Wani dengan senyuman.

"Perasan apa?"

"Beb,Asyriq minat kau la sengal! Sebab tu lah dia suruh kawan dia perhatikan kau! Dia risaukan kau!"

Kata-kata Wani bagaikan terbekas dalam hati aku.Mulutku tergamam tidak tahu untuk kata apa.Tak mungkinlah! Aku tak dapat bayangkan langsung wajah Asyriq risaukan aku.

"A..Ak.."

"Tengok tu,lidah dah kelu.Aku tahu,kau pun suka dia kan."Kata Wani sengaja mengusikku.

"Wani! Berhentilah cakap pasal Asyriq!"

"Ahaha...Zani suka Asyri....."

Tidak sempat Wani berkata aku menekup mulutnya dengan wajah serius.

"Shhh...Wani,nanti orang dengar jadi gosip.Kau kena rahsiakan hal ni."Kataku dengan gelisah sambil memerhati sekeliling.

"Owh,jadi betul lah kau suka dia?" Kening Wani terangkat sambil tersengih.

"Ieee..Suka hati kaulah!" Kataku dengan geram dan berjalan laju meninggalkan Wani di kantin.Wani tergelak sambil mengikuti langkahku daripada belakang.Pipiku automatik merah apabila nama Asyriq disebut oleh Wani.Kenapa dengan aku nih?

**********

Semasa belajar Pendidikan Agama,ustazah menyuruh semua pelajar agar menyalin nota sementara ustazah menyemak buku latihan.Sejujurnya,otak aku tidak dapat fokus langsung,Tidak sampai separuh aku menulis nota,tanganku sudah berhenti.Sejak habis rehat,aku tidak berhenti memikir mengapa Asyriq menyuruh rakanya supaya memerhatikan aku.Betul ke kata Wani,dia risaukan aku? Tapi,itu macam mustahil je.Mesti ade motif lain.Kenapa dia tak datang ye hari ni?

Lamunanku terhenti apabila seorang pengawas lelaki mengetuk pintu kelas dan menapak ke dalam.Semua mata memandang kearahnya.Dia memberikan kertas kepada ustazah dan ustazah memerhatikanya dengan lama.Kemudian,mata ustazah mendongak dan melihat wajahku.

"Zani,Puan Latifah nak jumpa kamu sekejap dekat bilik seni.Keluarlah."Kata ustazah sedikit lantang.

Puan Latifah nak jumpa?Kenapa agaknya? Walaupun banyak persoalan,aku menganggukkan kepala dan mengikuti pengawas lelaki itu daripada belakang untuk menuju ke bilik seni.

Jejak sahaja ke dalam bilik seni,Puan Latifah sudah melihat wajahku dengan senyuman lebar.Ok,apa yang terjadi ni?Aku memberikan senyuman kepada guru yang aku minati.

"Kenapa cikgu nak jumpa saya?" Soalku sambil menghampiri meja cikgu.

Cikgu melihat wajah aku dalam-dalam sebelum membuka mulut untuk berkata.

"Zani,cikgu ada sesuatu penting nak beritahu kamu."

"Apa dia cikgu?" Soalku dengan laju.Semua benda ni membuatkan aku tidak sabar.

"Macam ni,ada pertandingan melukis yang dianjurkan oleh PPD.Sekolah kita pun terlibat dengan syarat lima orang pelajar yang terbaik je yang pihak sekolah akan pilih.Jadi..."

Oh.My.Gosh.Betul ke ni?

"Salah seorang daripada lima tu,cikgu pilih kamu dan Syuhada.Cikgu sudah jumpa Syuhada tadi,jadi sekarang giliran kamu pula.Macam mana? Kamu nak masuk?"

"Sa..Saya..."Lidah aku terkelu.Macam-macam yang terjadi pada aku semalam dan hari ni.

Puan Latifah tergelak kecil melihat wajah terkejutku.

"Tak apa Zani,cikgu bagi kamu masa.Ini borangnya,kamu perlukan pengesahan ibu bapa sebab pertandingan ini melibatkan semua sekolah dan banyak pihak yang terlibat.Cikgu harap sangat kamu dapat masuk sebab hadiah dia merupakan duit dan sangat lumayan.Nanti,kalau menang kamu dapat sijil yang dapat tolong kamu masa universiti nanti."Terang Puan Latifah panjang lebar.

Aku mengambil borang di atas meja dengan perlahan-lahan.Perasaan aku bercampur-baur.Aku betul-betul mahu masuk! Tawaran cikgu membuatkan seolah-olah impian aku menjadi kenyataan.Cuma,aku tidak tahu bagaimana perasaan ini boleh diterjemahkan dalam perkataan.

"Terima kasih cikgu sebab percayakan saya.Saya bincang dengan ibu dulu."Kataku dengan senyuman manis.

Puan Latifah menganggukkan kepalanya.

"Baiklah,memandangkan tiada apa-apa lagi.Kamu boleh balik kelas."Senyum Puan Latifah padaku.

Aku mengucapkan terima kasih sekali lagi dan keluar daripada bilik seni dengan perasaan gembira.Ya Allah,aku mengucapkan terima kasih pada mu.Akhirnya,aku boleh kembangkan kesenian aku!Yeay!.Aku seperti ingin menari dengan gembira di sini juga.

Aku memandang borang sekali lagi,serta-merta senyuman gembiraku hilang daripada muka.Tapi,dia perlukan pengesahan ibu bapa.Ibu benci bila aku melukis,dapat ke aku masuk? Mungkin aku perlu yakinkan ibu bahawa kalau aku masuk,pelajaran aku masih tidak terjejas.Tapi kalau ibu masih marah macam mana? Hubungan aku dengan ibu baru baik.Macam mana ni?

Aku mengeluh berat dan menuju ke kelas dengan longlai.Satu lagi dilema muncul dalam hidupku.

*********

Pulang daripada sekolah,seperti biasa aku menuju ke atas dan masuk ke dalam bilik.Aku menuju ke kamar mandi dengan tuala.Semasa mandi,fikiranku tidak boleh berhenti berfikir tentang tawaran cikgu dan borang pertandingan.Macam mana aku nak yakinkan ibu? Fikirkan hal itu hanya membuatkan aku mengeluh.Malas untuk berfikir lagi,aku keluar daripada bilik dengan lengkap berpakaian.Aku turun ke bawah dan menuju ke dapur untuk makan.Ada satu memo di atas meja daripada ibu,laju aku membacanya.

Zani,ibu balik lewat dan tak singgah rumah tengahari tadi.Jadi,ibu tak sempat nak masakkan kamu apa-apa.Maafkan ibu ye.Ibu ada tinggalkan kamu duit untuk kamu makan dekat luar.Pastikan kamu makan,ibu tak nak kamu kebulur!Hati-hati masa melintas.Wsalam.

-Ibu.

Aku meletakkan memo itu ke bawah dan mengambil duit yang ibu letakkan di atas meja.Panjang betul memo ibu kali ini.Aku tergelak kecil.Tanpa protes,aku menyarung cardigan dan tudung untuk bersiap-sedia menuju ke luar.Nak makan dekat mana ye kali ni? Secara tiba mindaku teringat balik kek Blueberry Cheesecake yang pernah aku makan di 'Aishah Cafe'.Rindu pulak aku dengan kek tu.Pergi Aishah Cafe lah!.Aku tersenyum lebar.

Tapi,Asyriq kerja dekat sana! Arggh,mamat tu memang menyusahkan hidup aku.Tak apa Zani,kau check dulu mamat tu ada ke tak.Kalau ada,kau makan je lah dekat mana-mana.Fikirku dengan sedih pada waktu yang sama geram dengan Asyriq.Disebabkan dialah kemungkinan aku kebulur untuk makan kek hari ni.Tidak ingin membuang masa lagi,aku keluar daripada rumah dan mengunci pintu.

Saat ini,aku sedang berdiri di tepi tingkap 'Aishah Cafe'.Mata aku mengintai daripada luar cuba mencari kelibat Asyriq di muka pekerja.Tolonglah,bagi aku dapat makan kek hari ni!.Mata aku meliar di kaunter dan meneliti satu persatu muka pekerja.Tiada satu pun wajah mirip dengan Asyriq.Aku sudah tersenyum lebar.Yes! Dia tak datang,bolehlah aku makan dekat sini!

Aku menolak pintu dengan gembira dan menuju ke kaunter.Sempat aku mengintai sekeliling namun masih tiada bayangan Asyriq.Nampaknya dia betul-betul tiada.Memang bertuah aku hari ni.Seperti biasa,aku memesan ice-blended keladi dan kek kesayanganku iaitu 'blueberry cheesecake'.Kali ini,pesananku siap dengan cepat sekali.Aku mengambil pesanan dan mataku meliar mencari tempat duduk.Aku menuju di sudut belakang,kali ini bersebelahan dengan dinding yang mempunyai bingkai besar.Seperti biasa,'Aishah cafe' dipenuhi dengan remaja yang menghiasi kafe ini dengan gelakan dan suara mereka.Aku memasang 'headphone' di kepala dan mendengar lagu 'Real girls eat cake' daripada kumpulan 'The Janoskian.Sebenarnya aku benci lagu ini kerana terdapat banyak sangat perkataan mencarut,namun aku masih mendengar kerana rentaknya yang 'best'.

Tanpa membuang masa,aku menyuapkan kek ke dalam mulut sambil melayan lagu di telingaku.Bagusnya Asyriq tiada hari ini.Aku tersenyum lebar dan terus melayan lagu daripada 'The Janoskian.'

Hey girl,

I see you made an effort with your lipstick,

But you got some on your teeth, you f**king dipsh*t,

You're like a hot mess and I like it (yeah, yeah, yeah)
Let's go,

When we go out we make a great scene,You eat like a dude and lick your plate clean,

You're my kind of girl and I like it (yeah, yeah, yeah)

I'll be the first to take you to the prom at our school,

I get a stiffy from all your awkward dance moves

I even wrote this stupid song because I like you
(It's really stupid this song).

I don't need a girl who worries about a thigh gap,

I like the fact that you don't give a sh*t about that,

You're still sexy if you eat more than salad on a date,

'Cause real girls eat cake.

To me you are prettier than Adriana Lima,

The way you work it when you're looking in the mirror

When you're with me you can be who you want for f**k sake,

Cause real girls eat cake.

Aku tergelak kecil apabila terdengar sesetengah lirik yang lucu bagiku.Tidak sampai sesaat lagu di kepalaku habis,satu bunyi menarik perhatianku.

Tingg!

Aku melihat seorang lelaki yang menutup kepalanya dengan 'hoodie' berjalan memasuki ke dalam kedai dengan laju.Aku tidak dapat melihat wajahnya kerana dihalang oleh 'hoodies' yang dipakai.Siapa pulak tu? Aku berfikir kemudian mengangkat bahu.Bukan masalah aku lagipun.Kata hatiku dan sambung menyuap kek ke dalam mulut.

Namun,perbuatan aku terhenti apabila aku melihat lelaki yang memakai 'hoodies' tadi seperti tercari-cari seseorang di dalam cafe.Matanya meliar di segenap ruang sehinggalah berhenti pada aku.Pergerakanya terhenti sebentar apabila melihat wajahku,seperti aku pula yang menyorok daripadanya.

Kemudian,dengan tidak terjangka dalam akalku,lelaki tadi berjalan lurus menuju ke mejaku.Ok,aku rasa aku tak kenal dia?Siapa pulak mamat ni? Aku cuba endahkan apabila dia berjalan menghampiriku.Namun matanya yang tertancap padaku membuatkan aku gelisah.Dia berjalan sehingga menuju ke tempatku dan dengan selambanya dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi dihadapanku.Aku sudah terkejut.

"Maaf,tapi saya tak kenal...."

Tidak sempat aku berkata,lelaki tadi menurunkan 'hoodies' nya dan menampakkan wajahnya yang memakai topi berwarna hitam.Dia tersenyum kearahku.

"Kau masih makan kek tu?" Soal Asyriq padaku sambil tersenyum sinis.

"A..Asyriq?!"

Aku masih tidak percaya? Apa yang dia buat dekat sini?

"Yes,this is me.Apasal? Kau rindu aku ke bila tahu aku tak datang sekolah pagi tadi?" Kata Asyriq sambil tersenyum lebar menampakkan giginya yang putih.Aku cuba sorrokkan warna merah di pipiku kerana bagiku senyuman Asyriq menawan sekali.Kenapalah Asyriq ni perlu perfect daripada segi muka.Menyampah betul!

"Mengarut! Mana ada aku rindu kau! Asyriq,tolonglah jangan ganggu aku nak makan.Bukan banyak tempat ke yang kau boleh duduk? Perlu ke depan aku jugak?" Soalku dengan geram.Sudahlah aku letih emosi,lepastu nak layan mamat ni pulak.Lelaki di hadapanku ini memang tahu macam mana nak naikkan darahku.

"Kalau aku dah suka nak duduk dekat sini,kau siapa nak halang aku." Katanya dengan nada serius sambil memandang tepat-tepat wajahku.Aku benci apabila dia menukar nadanya kepada serius,suaranya boleh membuatkan aku jadi takut kepadanya.Aku tidak menjawab namun hanya menghadiahkan Asyriq jelingan tajam.

Kemudian aku baru tersedar sesuatu,wajah Asyriq terdapat banyak kesan luka!Terdapat luka di atas keningnya dan yang paling teruk rahangnya kelihatan lebam dan sedikit berdarah.Mulut aku terbuka sedikit dan mata aku membulat.Aku tidak dapat sorokkan riak terkejut di wajahku.

"Ya Allah,Asyriq apa kena dengan wajah kau?!" Soalku dengan risau.Kalau dilihat balik,luka di wajahnya agak serius.

"Asyriq,kau pergi hospital tak?" Soalku sekali lagi masih memerhatikan lebam di rahangnya.

Asyriq tidak menjawab persoalanku namun menyandarkan badanya ke belakang.Dia memalingkan wajahnya daripada melihat mukaku.Aku tahu ada sesuatu yang tidak kena.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience