Aku hanya melihat perbuatan Asyriq yang memalingkan wajahnya daripada aku dengan wajah berkerut.Daripada riaknya aku tahu Asyriq tidak mahu menjawab sebarang persoalan aku.Aku tahu aku sepatutnya tidak peduli tentang Asyriq,tapi luka di wajahnya yang teruk membuatkan aku risau.I still care about him,that's the problem.Siapa yang pukul dia sampai teruk macam tu?Sekali lagi,mata aku dapat menangkap luka di dahinya.
"Asyriq,serious ni.Kau kena pergi hospital.Luka kau nanti kena jangkitan." Aku bersuara dengan nada serius.
Asyriq melepaskan keluhan dan masih tidak memandang wajahku.
"Aku oklah.Kau tak payah risau."Dia meraupkan wajahnya kebelakang dengan muka tegang.Aku tahu dia sedang rimas.
Tunggu,sebab wajah dia macam ni ke dia tak pergi sekolah?
"Kau bergaduh ye?"
"Zani,aku tak nak cakap pasal hal ni."
Kalau dia tak nak dengar aku membebel,kenapa duduk depan aku?
"Asyriq.kau bergaduh dengan siapa pulak ni? Kau tau tak bergaduh ni bukan perkara main-main.Kau boleh patah tulang atau patah kaki!Walaupun,pergaduhan tak bawak apa-apa kebaikan cuma dapat kesakitan! Macam kau seka-"
"Kau boleh tutup mulut tak! Ini hal aku bukan hal kau! Suka hati akulah nak buat apa! Damn!" Dia menjerit padaku sambil menendang meja dengan marah.
Aku tergamam.Namun sekejap sahaja sebelum diriku dikuasai perasaan marah dan geram.Aku risau pasal dia macam ni dia balas pada aku! Sudahlah ganggu makan petang aku lepastu datang menjerit pada muka aku pulak tu!
Laju aku bangun daripada kerusi dan menarik beg dengan kasar.Aku dah tak tahan dengan mamat ni lagi.Lantak dialah hidup ke mati! Aku mendengus dengan kasar dan menapak laju ke pintu kedai.Dalam hati aku berasa sedikit tidak puas hati kerana tidak sempat menghabiskan kek kegemaran aku.Ieee,aku benci Asyriq!
Aku menolak pintu dengan kasar dan keluar daripada 'Aishah Cafe.' Tidak sempat aku melangkah lengan aku direntap kasar.Aku melihat wajah Asyriq dengan bengang.
"Zani,aku...."
Tidak sempat Asyriq menghabiskan ayatnya,aku melepaskan genggaman Asyriq dengan kasar dan terus berjalan laju.Dengar suara dia pun aku meluat!Kemudian, lenganku direntap lagi.
"Ieee,apa ni! Jangan pegang-pegang lah!" Aku cuba melepaskan reganganya.Mamat ni lupa ke yang aku ni benci dipegang.Namun,tenaga aku masih tidak boleh kalahkan tenaga lelaki Asyriq.Genggamanya erat di lenganku.
"Boleh tak kau at least dengar apa yang aku nak cakap!"
"Aku tak nak dengar apa-apa,.Sekarang lepaskan tangan aku Asyriq."Aku kata dengan nada tegas.Asyriq melihat wajahku dengan riak tidak puas hati lalu melepaskan lengan aku perlahan-lahan.Dia meraup wajahnya dengan riak tegang sekali.
"Aku nak minta maaf ok! Aku hilang kawalan..."
"Asyriq,macam ni lah.Aku tengah marah sekarang ni jadi lebih baik kita jangan bertegur sapa lagi.Untuk kebaikan kita,aku anggap yang aku tak pernah kenal kau lagi.Ok!" Kataku dengan perasaan bercampur baur.
"Zani,aku dah minta maaf kan,kau nak aku buat apa lagi?!" Asyriq melihat wajahku dengan serabut .Aku tak faham kenapa dia bersungguh-sungguh nak kemaafan aku?Tapi,yang aku tahu dia baru sahaja kecilkan hati aku sedangkan apa yang aku buat hanya mahu tolong dia.Arrgh!
"Bye Asyriq!"
Kataku dengan geram dan terus bepaling untuk berjalan.Sekali lagi,tidak sempat aku melangkah tangan aku direntap lagi.Saat ini,hatiku sudah dikuasai kemarahan kerana perlakuan Asyriq.
"Issh,kau ni tak faham bahasa ke,aku kata jangan sentuh aku la!" Aku marah sambil melihat wajahnya.
Asyriq tidak menjawab namun hanya melihat wajahku dengan jelingan tajam.Aku betul-betul tak faham dengan mamat ni?Apa yang dia nak daripada aku?! Sejak aku kenal dia,dia tak pernah hormatkan keputusan aku.Suasana tegang dapat dirasai oleh aku dan Asyriq.
Pada waktu itulah aku tersedar sesuatu.Aku dan Asyriq sedang bergaduh di luar 'Aishah cafe'.Depan-depan 'Aishah Cafe' dan semua mata remaja di dalam kafe itu sedang merenung kearah kami berdua.Dapat aku melihat mereka berbisik-bisik dan menggeleng-gelengkan kepala.Ya Allah,satu lagi hari yang memalukan!Somebody please dig me a hole.
"Asyriq lepaskan tangan aku.Semua orang pandang dan aku tak nak diorang cakap buruk pasal aku."Aku kata dengan sedikit perlahan namun masih tegas.Pipiku sudah merah kerana malu.
"Kalau aku lepaskan,kau akan maafkan aku?" Kening Asyriq terangkat dan dia memberikan aku senyuman sinis.Aku tahu Asyriq sedar yang dia boleh mengugutku.Aku benci senyuman tu,dia ingat dia boleh kawal aku!
"Ok,aku akan maafkan kau dengan syarat kita berdua boleh lupakan semua hal ni dan jangan tegur diri masing-masing!" Aku kata dengan terdesak.Aku hanya mahu dia lepaskan lengan aku sekarang!
"Emmm,not good.Aku masih tak puas nak ganggu hidup kau." Asyriq tersenyum lebar.
Mata aku membulat.
"What?! Asyriq,aku serius! Sekarang lepaskan ak-"
Tidak sempat aku menghabiskan ayat,laju Asyriq menarik lenganku menuju ke keretanya yang diparkir di tepi kafe.Dengan menggunakan segala tenaga,aku sedaya upaya cuba menahan tenaga Asyriq yang mengheret aku keretanya.
"Asyriq,lepas! Kau nak aku menjerit ke!"Aku mengugut dengan suara sedikit tinggi.Namun dalam hati,aku tahu aku takkan menjerit.Cuba bayangkan,jerit dekat tengah-tengah kedai macamni.Mesti orang fikir aku gila.
Dia tidak mengendahkan kemarahanku dan terus membuka pintu kereta dan menolak supaya aku masuk ke dalamnya.
"Tak nak masuk!" Aku cuba menahan badanku yang ditolak oleh Asyriq.
Asyriq sudah geram,dengan satu tolakan yang kuat badanku telah dimasukkan ke dalam perut kereta.Asyriq menutup pintu dengan kuat.Laju tangan aku cuba membuka kembali pintu kereta sehinggalah bunyi.
'Klikk!'
Aku mendengus dengan kuat apabila menyedari Asyriq sudah mengunci keretanya daripada luar.Dengan selambanya,dia memasuki kembali ke dalam 'Aishah Cafe' dengan riak biasa.Asyriq ni gila atau apa?! Dia kurung aku dalam kereta yang kurang oksigen ni! Argghh!
Dengan segala kemarahan,aku menendang pintu kereta Asyriq sekuat hati.Padan muka! Biar kereta dia hancur aku tak kisah! Tidak sampai beberapa saat,bayang Asyriq keluar daripada kedai dan dia menuju ke kereta.Dia menekan sesuatu dan membuka pintu kemudian duduk di dalam kereta.Aku hanya memandang wajahnya dengan tidak percaya.
"Asyriq,kau sedar tak apa yang kau buat ni?" Aku cuba mengawal nada kemarahan dalam suaraku.Kalaulah aku ada pisau sekarang,memang nak aku kejar mamat ni hingga hujung dunia!
"Oh,sorry.Aku terpaksa 'lock' kau dalam kereta ni sementara aku nak inform dekat manager aku kenapa aku tak kerja hari ni." Dia berkata dengan aku seperti tiada apa-apa yang terjadi.
"Tak,Asyriq! Bukan pasal tu! Aku nak kau bukak pintu sekarang dan lepaskan aku.Aku nak balik!" Aku kata dengan bersungguh-sungguh.
"No,sorry.I can't do that.Aku tahu kau tengah marah,jadi aku nak bawak kau dekat satu tempat supaya kemarahan kau reda."
Suatu tempat? Ok,sekarang aku sudah mula paranoid.Aku selalu tengok cerita dekat tv apabila remaja ikut pakwe dia dekat suatu tempat,tiada benda baik yang akan berlaku kepada awek dia.Lebih teruk lagi perempuan tu kena rogol! Aku tak nak jadi macam tu.
Laju aku silang tangan cuba mempertahankan tubuhku.
"Asyriq,ini dikira culik tau! Aku tak nak pergi mana-mana berdua dengan kau!"
Asyriq tergelak besar sebelum membuka mulut.
"Aku tak sangka kau masih tak percayakan aku Zani.Haha.."
Aku hanya merenung tajam,Dengan perwatakan dia macam gangster ni,siapa nak percaya?
"Zani,aku takkan buat apa-apa pada kau,percayalah."Dia sambung.
"Macam mana aku nak per-"
"Bukan kita berdua je.Kejap lagi aku nak ambil adik aku dekat sekolah.So,secara faktanya,kita bertiga.Kau jangan risau boleh tak."Kata Asyriq sambung dengan gelakan sisanya.
Adik? Aku tak tahu pun dia ada adik? Wow,aku tak sangka yang Asyriq ni ada sifat 'abang'.Susah nak percaya dengan sifat 'gaduh' dia sekarang ni.Macam mana muka adik dia? Ishh,itu bukan topik sekarang la Zani! Cepat-cepat aku menepis.
"Aku tak kisah kita bertiga atau berempat,tapi aku masih tak nak pergi mana-mana dengan kau."
"Zani,boleh tak kau-"
"Aku tak nak! Boleh tak kau just anggap yang kita ni tak pernah kenal! Habis cerita dan hidup kita berdua akan ama-"
Secara tiba,muka Asyriq begitu hampir membuatkan mulut aku terkatup rapat.Aku cuba kebelakang namun kepalaku hanya menyentuh cermin kereta.
"Aku sumpah Zani kalau kau tak tutup mulut kau,aku yang akan tutupkan." Dia memandang mataku tepat-tepat dengan wajah serius.Aku menelan air liur sedalam-dalamnya dan memandang ke bawah.
"Ta..Tak perlu la rapat-rapat.." Kataku dengan gugup.
Akhirnya,Asyriq menghidupkan enjin kereta dan keretanya mula meluncur atas jalanraya.Aku mendengus sebelum melemparkan pandangan ke luar tingkap dengan geram.Dia suka paksa aku! Aku benci diri aku sebab sering lemah kalau lihat wajah serius Asyriq.Nampaknya aku kena belajar 'martial arts' lepas ni.Nak je aku bagi penumbuk sebiji dekat muka 'handsome' dia tu,puas hati!
"Kalau kau tak banyak cakap,keadaan takkan jadi macam ni tau."Asyriq bersuara.
Aku melepaskan keluhan.
"Boleh tak, kau memandu je supaya kita sampai ke tempat tu dengan cepat dan aku boleh balik rumah."Aku kata dengan malas.
Lalu,suasana dalam kereta menjadi sunyi sambil aku melayan perasaan marah dan Asyriq melayan perasaanya sendiri.
********
Asyriq memberhentikan keretanya di hadapan sebuah sekolah rendah kebangsaan dan menyandarkan badanya ke belakang,Aku memerhatikan sekolah itu daripada tingkap,telingaku dapat menangkap bunyi riuh rendah suara pelajar yang menandakan sesi persekolahan masih belum tamat.Sekali lagi,minda aku tertanya-tanya bagaimana agaknya wajah adik Asyriq.Lelaki atau perempuan? Aku ingin menyoal Asyriq namun disebabkan perasaan marah masih bersisa,aku diamkan sahaja,
Asyriq yang menyandarkan badanya kebelakang hanya menutup mata sementara aku hanya melemparkan pandangan ke luar tingkap.Kesunyian diantara aku dan Asyriq mula membuatkan aku rasa kekok.Aku benci perasaan janggal dalam hati aku sekarang.Mataku merenung kearah jam tanganku dengan lama.Bila adik Asyriq nak balik ni? Aku tak suka berlama-lama dengan Asyriq kerana nanti ada perasaan pelik yang akan hadir.Aku teringat kembali kata-kata ustazah bahawa lelaki dan perempuan tidak sepatutnya berdua-duaan kerana nanti syaitan hadir sebagai orang ketiga.Dan,keadaan aku sekarang ni memang tepat-tepat seperti yang ustazah nyatakan! Aku dan Asyriq hanya berduaan dalam keretanya.Kalaulah ustazah nampak aku sekarang,memang mati aku dikerjakan.Disebabkan tidak sedap hati,aku membuka pintu kereta.
"Aku duduk luar sekejap." Kataku dengan geram lalu keluar daripada kereta.Perasaan aku masih bencikan sifat Asyriq yang suka memaksa.
Tidak terjangka dalam hatiku,Asyriq juga membuka pintu dan keluar daripada keretanya.Dia menyandarkan tubuhnya pada pintu kereta sambil menyilangkan tangan.Aku hanya melepaskan keluhan apabila melihat Asyriq pun keluar sekali.Aku nak keluar sebab tidak mahu melihat wajahnya.Ah,biarlah.
Aku merenung sekolah di hadapanku sambil menarik nafas perlahan-lahan.Aku perlu luruskan fikiran aku kerana semenjak jumpa Asyriq petang ni,fikiran aku penuh dengan benda serabut.Aku termenung sejenak.Akalku terfikirkan ibu,nasib baik ibu sentiasa balik kerja lambat.Kalaulah ibu tahu sekarang aku keluar dengan budak lelaki,memang selamanya aku takkan keluar rumah.Dia mesti akan membebel padaku panjang lebar.Aku mengeluh sekali lagi.Mindaku teringat kembali tempat yang dikatakan oleh Asyriq kepadaku.Dia nak bawak aku pergi mana dengan adik dia pulak tu? Takkanlah taman kut? Kalau dia ingat tempat seperti taman boleh redakan perasaan marah aku pada dia,dia memang silap!
Aku menoleh kepada Asyriq untuk menanyakan dia soalan.Aku lihat Asyriq juga sepertiku,hanya termenung memandang sekolah dihadapan.
"Kau mesti tak sangkakan aku ada adik." Kata Asyriq tersenyum tanpa memandangku.
Aku hanya diam.
"Asyriq,aku nak tanya kau sesuatu boleh?"
Giliran Asyriq pula menoleh untuk melihatku.
"Kenapa kau suruh kawan kau,atau lebih tepat geng kau perhatikan aku?" Aku memandang wajah Asyriq tepat-tepat untuk menanti jawapan.
Muka Asyriq berubah daripada berkerut kepada terkejut.Dia meraupkan rambutnya kebelakang dengan bengang.Aku sudah keliru dengan sifatnya.
"Damnit! Aku tak suruh pun diorang beritahu kau depan-depan! Arggh,siaplah diorang malam ni!" Asyriq marah lalu menendang tayar keretanya sekuat hati.
"Kau betul-betul suruh diorang perhatikan aku ke?" Tanyaku sekali lagi dengan serius.
Aku lihat Asyriq melepaskan keluhan dan memandang kembali wajahku.
"So? Kenapa?"
"Kenapa kau suruh diorang perhatikan aku?! Tunggu,lepastu kau beritahu pada kawan kau tentang masalah aku dengan Aina! Kenapa dengan kau ni!" Suaraku sudah meninggi.Hubungan aku dan Asyriq memang tidak boleh berdamai.
"Yang kau menjerit ni apahal!" Marah Asyriq dengan baran lalu menghampiri wajahku.
"Aku marahlah! Kau sesuka hati je beritahu masalah aku pada orang lain! Kau tahu tak kawan kau pun aku tak kenal!"
"Aku beritahu diorang supaya senang diorang nak lindungi kau daripada Aina.Kau tak perlulah marah pada aku!"
"Masalahnya perlu ke kau lindungi aku!"
"Aku lindung kau,sebab aku ri-"
"Abang?"
Pergaduhan kami terbantut apabila mendengar satu suara halus yang menegur.Aku melihat seorang budak perempuan kira-kira berumur 8 hingga 9 tahun memandang kami dengan renungan pelik.Laju aku menjarakkan tubuhku daripada Asyriq.
"Apa abang tengah buat ni?" Budak itu menyoal Asyriq.
"Abang tengah layan orang gila sebelah abang ini."Kata Asyriq selamba.
Mata aku membulat apabila Asyriq menyindir aku.Laju aku memijak kakinya dengan kuat.Padan muka,suka sangat buat aku panas!
"Aduuh! Sakit bodoh!" Asyriq menjerit sambil kakinya terhinjut-hinjut.
Aku tergelak besar.Dia kata bukan-bukan lagi pasal aku,siap dia! Lalu,aku memandang budak perempuan di hadapanku.
"Adik ni adik Asyriq ke?" Soalku dengan ramah.Aku menghulurkan senyuman manis.
Wajah budak perempuan di hadapanku ini memang banyak persamaan dengan wajah Asyriq.Hidung serta mata mereka memang seiras.Jadi,kalau Asyriq ini boleh dikategorikan sebagai 'handsome',adiknya pula boleh dikategorikan sebagai 'cantik'.Aku suka melihat wajah adiknya,memang lumrah manusia terikat dengan benda yang cantik.Dapat aku bayangkan betapa ayunya adik Asyriq bila besar nanti.Bagi abang dia pula,entahlah!
Aku melihat dia menganggukkan kepala dengan gembira.Comelnya!
"Nama siapa?" Soalku.
"Dina.Nurul Dina Binti Nazli."Katanya dengan sopan.
"Hai Dina,nama akak Zani.Akak dengan abang merupakan-"
Alamak! Apa hubungan aku dengan Asyriq? Nak katakan kawan,memang bukan! Jauh sekali!
"Zani ni girlfriend baru abang." Kata Asyriq sambil tersenyum sinis.
Aku terkejut.
"Girlfriend? Bukan hari tu abang baru ada girlfriend baru ke?" Soal Dina dengan naif.
Perggh,memang dasar 'playboy' mamat nih! Nasib baik dia ni ex-crush aku! Laju kasutku memijak kembali kaki Asyriq.
"Sakitlah Zani! Kau ni kenapa?!" Asyriq memandang wajahku dengan bengang.Dapat aku lihat mukanya berkerut menahan kepedihan di kaki.Aku hanya berlagak selamba.
"Dina,sebenarnya akak dengan abang Dina ni kawan je.Jangan dengar cakap abang Dina ni,dia mereng sikit."Kataku sambil tergelak kecil.
"Woi! Aku dengarlah!" Asyriq menyampuk.
"Umur Dina berapa?" Aku tak mengendahkan Asyriq.
"Umur Dina 9 tahun.Umur akak sama dengan abang ye?"
Aku hanya menganggukkan kepala.Aku suka lihat wajah Dina sebagaimana aku suka lihat wajah Asyriq.Aww,Dina comel! Aku sudah menganggap Dina ni sebagai adik aku.
"Ok,cukuplah tu dengan kenalan diri.Aku dah panas gila dekat sini! Dina,masuk kereta."
Kata Asyriq lalu membuka pintu kereta.Dia mengambil beg adiknya dan menolong Dina perlahan-lahan memasuki kereta.Aku pula tak sangka dapat melihat sudut lain pada diri Asyriq.Sejak akhir ni,aku sering terfikir bahawa diri Asyriq hanya mempunyai sifat ganas dan suka bergaduh tanpa berfikir.Namun aku silap,Asyriq amat sayangkan adiknya.Aku tersenyum sendiri.
"Woit.kau nak masuk ke tak?" Soal Asyriq padaku apabila melihat aku tercegat di luar.
"Oh? Ermm,aku nak masuk la ni." Aku tersedar daripada lamunan dan cepat-cepat masuk ke dalam perut kereta.
Asyriq menghidupkan enjin dan kereta mula bergerak.Aku menoleh kebelakang untuk melihat Dina yang duduk di belakang kereta.
"Jadi,kenapa kakak ikut abang ambik saya?" Soal Dina dengan wajah berkerut.
Oh,ya.Kenapa aku dekat sini? Sebab mamat ni paksa aku!
"Oh,kakak pun tak tahu.Cuba tanya abang kamu ni kenapa kakak dekat sini."
Aku tersenyum sinis sambil menjeling kearah Asyriq.
"Abang,kenapa kakak Zani ada dekat sini?" Kali ini Dina pula menyoal Asyriq.
Mata kami berdua tepat-tepat memandang Asyriq menantikan jawapan daripada mulutnya.Asyriq diam seketika dan hanya fokus memandu.Kemudian,dia melepaskan keluhan dan membuka mulut.
"Abang nak tunjukkan Zani rumah kita."
"Apa?!"
Aku terkejut dengan kata Asyriq.
*************
Aku hanya memandang rumah besar yang tersergam indah di hadapanku dengan perasaan tak percaya.Rumah yang indah itu dihiaskan ala-ala gaya eropah.Batu-bata yang merah serta tingkap yang besar menandakan Asyriq dan adiknya merupakan orang yang berada.Keluarga Asyriq memang orang kaya! Gilalah,mesti best kan tinggal dekat sini! Aku hanya memerhatikan rumah Asyriq serta air pancut kecil di hadapan rumahnya dengan mulut ternganga.
Asyriq menutup pintu kereta serta memberi adiknya kunci untuk membuka pintu rumah.Dia menghampiri aku yang tidak berganjak memerhatikan seni bina rumahnya.
"I...Ini rumah kau Asyriq?" Soalku dengan tidak percaya.
"Yup.This is my home.So,kau nak tercegat dekat sini ataupun nak masuk dalam?Dina dah bukak pintu."Soal Asyriq dengan keningnya terangkat.
What the?! Kenapa pulak dia bawak aku dekat rumah dia?!
"Asyriq! Kenapa pulak kau bawak aku dekat rumah kau? Aku..Aku tak fahamlah dengan kau ni! Aku tak nak masuk dalam rumah tu yang hanya ada kau dengan adik kau! No! Aku tak nak!"
"Zani.boleh tak kau berhenti panik! Kau betul-betul boleh buat aku jadi gila!Dalam rumah tu ada Cik Nah sekali lah!" Dengus Asyriq.
"Cik Nah?" Mukaku berkerut.
"Orang gaji aku! Sekarang ni kau nak masuk atau tinggal dekat sini,suka hati kaulah!" Marah Asyriq lalu memasuki ke dalam rumahnya yang besar meninggalkan aku yang tercegat di belakang.
Aku geram dengan Asyriq!Dia yang bawak aku dekat rumah dia,sekarang ni dia nak membebel pulak dekat aku! Arggh,sabar Zani! Kuatkan iman.Aku mengambil nafas sepanjang boleh dan mula menjejak ke dalam rumah Asyriq berhati-hati.
Mata aku meliar segenap rumah memerhatikan perabot yang besar dan canggih.Nampak gaya semua perabot dekat sini diimport.Memang tak boleh nak kata apa,keluarga Asyriq dengan aku memang berbeza.
"Akak,duduklah sekejap,Dina nak tukar baju ye." Senyum Dina lalu naik ke tingkat atas.
Aku hanya memerhatikan Dina yang pergi ke tingkat atas.Wow,berapa tingkat agaknya ye rumah ni?
"Kau duduk sini sekejap,aku pun nak naik atas.Jangan meliar mana-mana." Dia kata dengan tegas dan melihat wajahku dengan pandangan serius.Aku hanya mencebik dan duduk di atas sofanya yang besar dan lembut.Suka sangat mengarah aku!
"Eh? Asyriq bawak kawan dia? Nama kamu siapa nak?" Seorang wanita yang berukuran 60-an menghampiri aku dengan wajah yang lembut dan penuh keibuan.Jadi inilah Cik Nah.Serta merta aku bangun dan menyalam tanganya.Dia tersenyum kearahku.
"Nama saya Zani cik.Acik ni ke Cik Nah?"
"Haah,acik ni orang gaji je dekat rumah ni." Dia tersenyum lebar.
Kenapa Cik Nah gembira sangat?
"Acik gembira tengok Asyriq ada kawan perempuan bertudung sopan macam kamu.Kenapa kamu dekat sini nak?" Dia menyoalku lagi.
"Sa..Saya pun tak tahu.Cuba acik tanya Asyriq."
Cik Nah memandang Asyriq dengan wajah ingin tahu.
"Cik Nah tak perlu tahulah.Ini hal Asyriq dengan Zani" Kata Asyriq dengan selamba lalu terus mendaki tangga naik ke tingkat atas.Aku memandang Asyriq seperti ingin telan,biadap betul! Dia tidak sedar ke Cik Nah ni banyak berjasa dengan dia! Dia tak patut cakap macam tu.
Cik Nah yang menyedari riak wajahku hanya menguntumkan senyuman.
"Zani,kamu tak perlu marah.Cik Nah ni hanya orang gaji je dalam rumah ni,Asyriq patut cakap macam tu pada acik."Katanya dengan lembut.
"Tapi acik,itu biadap! Kita sepatutnya hormat orang tua,bukan layan mereka macam tidak peduli.Saya tak fahamlah dengan Asyriq tu!" Aku meluahkan geram.
"Zani,Asyriq tu baik budaknya.Perangai dia macam tu sebab pengalaman yang mengubah diri dia jadi macam tu.Dulu,dia budak yang ceria tau."Kata Cik Nah dengan pahit.
Dulu? Pengalaman apa yang mengubah diri Asyriq?
"Maksud Acik?" Aku ingin tahu.
"Tiada apa-apalah,sekarang ni kamu duduk dulu.Acik nak gorengkan kamu sesuatu."
"Eh! Tak payah cik,tak payah!"
"Zani,kamu ni tetamu majikan acik,sekarang duduk."
Katanya dengan senyuman lalu berlalu ke dapurnya yang besar.Aku hanya melepaskan keluhan dan melabuhkan punggung di atas sofa.Ada sesuatu tentang Asyriq yang aku tak tahu.Aku dapat rasakan ada sesuatu yang berlaku pada Asyriq yang mengubah dirinya menjadi sifatnya sekarang.Sejarah hidup Asyriq seakan-akan menarik diri aku.Aku nak tahu apa yang terjadi.
Lamunanku terhenti apabila menyedari Dina yang turun daripada tangga.Bajunya pun sudah bertukar.Dina duduk di atas sofa berhadapan denganku sambil tersenyum.
"Dina,kalau akak nak cakap ni jangan rendah diri tau." Kataku memulakan perbualan.
"Apa dia kak?"
"Dina ni akak tengok memang cantik.Comel dan ayu gitu,suka akak tengok." Aku terus terang sambil tersenyum lebar.Dapat aku lihat wajah Dina sudah merah akibat malu.
"Issh,mana adalah akak ni!"
"Betul! Akak tak tipu!" Aku mengiakan sahaja.
Dina hanya menggeleng-gelengkan kepala dan ketawa kecil sebelum membuka mulut untuk berkata.
"Jadi,akak dengan abang Dina memang tak ada apa-apa ke? Sebab abang tak pernah bawak kawan perempuan dia di rumah,ini pertama kali tau! So,akak dengan abang ni-"
"Dina,tak.Akak dengan abang bukan ada hubungan macam tu.Walaupun kitaorang ni terlalu muda."
"Tapi,walaupun abang muda.Dina nampak abang tu banyak je girlfriend dia."Soal Dina keliru.
"Abang Dina tu memang sifat dia gilakan perempuan.Dina jangan jadikan abang Dina sebagai contoh tau! Nanti Dina jadi mereng macam dia."Kataku sambil berbisik halus.Haha,sorry Asyriq.Aku tak dapat tahan daripada kutuk personaliti kau.
Aku dan Dina tergelak kecil sehinggalah aku perasan sesuatu di lengan Dina.Lengan Dina terdapat lebam yang banyak dan berwarna biru.Aku terkejut.
"Dina,kenapa dengan lengan tu?" Aku soal dengan risau.Aku mengalihkan tempaku di sebelah Dina serta merta.Aku membelek kesan lebam itu dengan berhati-hati.Ya Allah,kenapa ni?
Dina diam sejenak.Mukanya menjadi keruh seperti susah untuk katakan sesuatu.
"Dina boleh cerita dekat akak tau.Akak janji tak beritahu."Kataku dengan lembut.
Dina menutup mata lama,kemudian membukanya dan memandangku.
"Kesan ni Dina dapat masa-"
"Hei,apa yang korang bincang tu?"
Aku dan Dina dikejutkan oleh suara Asyriq.Laju kepala kami memandang kearahnya.Aku hanya melihat Asyriq yang baru turun daripada tangga dengan perasaan berdebar.Asyriq yang sekarang memakai baju lengan panjang berbelang-belang warna putih dan biru benar-benar nampak kacak.Serious cool.Serious handsome.Dia boleh jadi model tau! Ish,apa yang aku fikir nih! Lupakan!
Aku hanya menelan air liur sedalam-dalamnya dan memalingkan pandangan apabila Asyriq menghampiri aku dan Dina.
"Zani,bangunlah.Aku nak ajak kau naik atas." Katanya memandang wajahku.
"Naik atas? Buat apa?" Aku soal dengan pelik.
"Emmm,kalau macam tu Dina masuk bilik dulu ye." Kata Dina seperti ingin keluar daripada situasi aku dan Asyriq.
"Dina,tunggu-"
Tidak sempat aku berkata,Dina sudah pergi dengan laju.Aku memandang Dina dengan risau.Aku tahu ada sesuatu yang terjadi pada Dina dan ada cerita sebalik lebam itu.Aku tak boleh berhenti risau pasal Dina.
"Woi,cepatlah bangun."Gesanya sambil meraupkan rambutnya kebelakang.
"Nama aku bukan 'woi'.Aku Zani lah." Balasku dengan geram dan bangun.
Asyriq tidak mengendahkan aku dan terus berjalan mendaki tangga sekali lagi.Aku hanya mengekorinya daripada belakang.Sampai sahaja ke tingkat atas,mulutku tidak dapat berhenti daripada melopong.Malah di tingkat atasnya pun terdapat ruang yang besar dan perabot yang cantik..Lalu,aku melihat Asyriq menoleh kebelakang.
"Naik tingkat atas lagi." Katanya dan mendaki lagi tangga yang terdapat di sebelah kamar.
Aku cuma menahan lagi mulutku daripada terbuka.Ada tangga lagi? Tiga tingkat?! Wow.
Dengan senyap,aku hanya menurut sahaja kata Asyriq dan mengikutinya mendaki tangga.
"Errm,kau nak bawak aku pergi mana?" Soalku.
Asyriq hanya senyap kemudian kami sampai ke tingkat atas.Asyriq berjalan dan berhenti di hadapan sebuah pintu.Dia memandang wajahku dengan senyuman yang sukar ditafsir.Aku melihat pintu dihadapanku dengan bingung.
"Jadi,kenapa kau bawak aku dekat depan pintu?" Aku menaikkan kening.
"Sebalik pintu ni lah tempat yang aku tahu akan redakan kemarahan kau."Dia tersenyum ikhlas.
Aku terkejut tidak dapat kata apa-apa.Kali ini hati aku berdebar kerana melihat senyumanya.
Asyriq memulas tombol pintu dan menolaknya ke dalam.Dia terlebih dahulu memasuki ke dalam bilik membiarkan aku di luar dengan perasaan tidak sangka.Mata aku membulat dan aku tergamam tidak terkata.Aku melihat bilik yang besar itu dengan terpegun.
"Asyriq,i...ini.." Aku tidak dapat menghabiskan kataku kerana terpesona dengan hiasan di dalam bilik itu.
"Yes,welcome to my gallery." Senyum Asyriq.
Di dalam bilik yang besar itu penuh dengan lukisan-lukisan besar yang digantung serta terdapat banyak kanvas di atas lantai.Semua lukisan di dalam bilik itu boleh dikategorikan sebagai lukisan yang antik atau diimport daripada luar negara.Aku menjejak masuk ke dalam bilik galeri itu dengan hati teruja.Tak mungkin,aku tak sangka rumah Asyriq ada galeri seni lukisan!
Share this novel