Asyriq mencampakkan telefon bimbitnya ke tepi selepas mematikan talian.Dia menyandarkan badanya kebelakang dan cuba menutup mata.Sebenarnya dia tiada tujuan untuk mengacau Zani pada waktu pagi begini.Tetapi disebabkan masalah insomnianya,dia berasa bosan dan hatinya kosong.Tidak boleh melelapkan mata mula menjadi perkara yang merimaskan.Entah kenapa tanpa dia sedari,dia mencapai telefon bimbitnya dan mendail nombor Zani.Dia tersenyum kecil apabila suara halus Zani mula terngiang-ngiang dalam akalnya.Jujur untuk katakan,sebenarnya Asyriq hanya mahu mendengar suara Zani pada waktu malam begini.
Dengan malas,Asyriq bangun daripada katil dan mencapai kotak rokok.Dia menyalakanya lalu hisap.Dia melepaskan asap daripada mulutnya dan melihat asap rokok yang makin menghilang. Sejak ibunya meninggal dan ayahnya berubah,Asyriq mula mengalami insomnia.Dia sukar untuk melelapkan mata walaupun tubuhnya terasa letih.Disebabkan itulah,dia hanya menghabiskan malamnya dengan menghisap rokok.
Ya,dia memang seorang remaja yang bermasalah.Mempunyai ayah yang bersifat pendera serta adik yang ketakutan yang perlu dia lindungi sudah membuktikan bahawa hidupnya telah rosak.Dia malas untuk memikirkan apa yang akan terjadi pada dirinya,yang penting hanyalah Dina,adiknya.Jurang kehidupan antara Asyriq dan Zani benar-benar besar.Hidup Zani yang boleh dikategorikan 'baik' tidak patut diganggu oleh dirinya yang selalu diselembungi dengan kegelapan,Tetapi entah kenapa dia tidak boleh memaksa dirinya untuk jauh daripada Zani.Dia sedar mereka berbeza namun separuh hatinya masih suka menganggu Zani.Macam yang dia katakan,wajah Zani boleh buat dia tenang.Melihat wajah Zani yang redup seketika membuatkan dia terlupa masalah tentang ayahnya serta kehidupanya yang malang.
Asyriq melepaskan sekali lagi asap daripada bibirnya sebelum membuang puntung rokok itu ke dalam tong sampah.Dia tahu rokok hanya membunuh,namun dia tidak endahkan perkara itu.Lagipun,semua manusia akan mati,apa beza kalau dia hisap atau tidak.Itulah yang selalu Asyriq fikirkan.
Otaknya memikir kembali apa yang dikatakan oleh Zani di talian.Ambil Whuduk? Sudah beberapa tahun aku tak ambil Whuduk? Aku ingat lagi ke? Arggh,kenapalah Zani selalu suruh aku buat benda yang janggal.Tapi yang bodohnya,aku ikut jugak kata minah tu.Asyriq tergelak kecil lalu bangun daripada katil dan menuju ke kamar mandi.Dia mengambil Whuduk dengan perlahan-lahan untuk cuba mengingati semula langkah yang telah diajar oleh ustazahnya pada waktu kecil.Seriously,jahil sangat ke aku ni?
Keluar daripada bilik air,Asyriq mencapai telefon bimbitnya dan membuka 'playstore'.Dia mencari aplikasi ayat-ayat alquran dan 'install' di telefon bimbitnya.Selesai sahaja 'install',dia membuka aplikasi itu dan memilih ayat Al-Anbiya tanpa berfikir panjang.Ayat Al-quran mula kedengaran dan dia merebahkan tubuhnya di atas katil.Dia menutup mata untuk seketika dan membuka kembali.Tak rasa apa-apa pun?
Asyriq melepaskan keluhan apabila memikirkan cara Zani tidak berkesan baginya.Mungkin aku sudah sampai tahap dosa yang terlalu banyak kut.Fikir Asyriq dengan malas.Haiih,dia patut tahu daripada awal bahawa cara ini memang tak berkesan pada dia.
Asyriq menutup matanya sekali lagi dengan fikiran kosong.Entah kenapa telinganya mula fokus pada ayat Al-quran yang dimainkan.Apabila mendengar suara yang merdu itu membaca ayat tuhan,entah kenapa hatinya terasa hangat dan damai.Seakan-akan ada sesuatu yang membuatkan dia terasa selamat dan tenang.Perlahan-lahan,Asyriq mula tertidur apabila terbuai dengan ayat yang dimainkan.Secara tidak sedar,insomnia Asyriq pergi begitu sahaja.
*****************
Aku termenung panjang sementara Wani di sebelahku pula sedang tekun menyelesaikan masalah matematik di buku latihanya.Kami berdua sedang duduk di kantin sementara menunggu loceng pertama berbunyi untuk masuk ke dalam kelas.Aku menutup mata dan menarik nafas sepanjang-panjangnya.Aku sudah fikir masak-masak dan membuat keputusan.Hari ini,aku terpaksa memberitahu Puan Latifah bahawa aku tidak boleh menyertai pertandingan lukisan yang dianjurkan.
Semalam,aku dan ibu masih tidak bertukar kata.Aku tahu ibu sengaja tidak mahu membangkitkan isu antara kami berdua.Namun,hati aku masih tidak rasa enak dan selesa.Aku tidak suka situasi diantara aku dan ibu sekarang.Disebabkan tidak mahu menjadi seorang anak yang pentingkan diri sendiri.Aku rasa lebih baik aku mengalah tentang seni.
Mungkin betul kata ibu,aku patut menumpukan perhatian sepenuhnya pada SPM dan bukan pada benda lain.Aku patut patuh pada ibu kerana selama ini ibulah yang banyak berjasa kepadaku.Aku membuka mata kembali dengan tekad.Mulai sekarang,aku patut sedar bahawa aku dengan seni memang tak sesuai.Separuh hatiku kecewa namun aku cuba menolaknya jauh-jauh,
Aku menolehkan kepalaku memandang Wani.Wani yang aku fikirkan sedang belajar padahal sedang termenung jauh kearah sesuatu.Mukaku berkerut.Wani tenung apa? Laju mataku memandang kearah tempat yang Wani pandang.Daripada jauh,aku melihat Bob dan seorang perempuan sedang duduk di bawah pondok sekolah.Mereka sedang berbual dan perempuan itu tergelak kecil dengan manis.Erggh,itu mesti awek Bob.Nak 'dating' dekat sekolah jugak.Gumam hatiku.
Aku kembali melihat Wani yang sedang merenung kearah mereka.Kemudian,mata aku membulat.Aku memandang kearah mereka kemudian memandang wajah Wani semula.Cara Wani pandang mereka sungguh lain? Adakah Wani...
"Wani?" Aku bersuara.
"Ha?Ye?" Wani kelihatan seperti tersedar daripada mamai kemudian laju memandang wajahku.
"Kau tengah ushar Bob dating ke?" Soalku dengan memberikan Wani pandangan tajam.
"Apa?! Ma..Mana adalah! Jangan mengarutlah Zani!"
Kata Wani dengan kalut kemudian berpura-pura sedang menyambung kiraanya di buku latihan.Lalu,aku ternampak pipi Wani yang kemerahan.Mulutku hampir terlopong.Oh,My! Ini tak mungkin akan terjadi! Wani suka Bob ke?! Aku sudah rasa seperti ingin pengsan.
"Wani! Kau...Kau minat Bob ke?!" Soalku dengan tidak percaya.
Wani melihat wajahku dengan terkejut.
"Apa yang kau merepek ni?" Nafi Wani dengan malu.
Oh my Allah! Dia memang minat Bob!
"Wani,jangan ingat aku bodoh.Aku nampakla cara kau tenung dia tadi!"
"Zani,aku tenung je lah! Bukan ada apa-apa pun!" Wani masih menyangkal sangkaanku.
"Iyelah tu! Wani,tell me.Kenapa perlu Bob jugak yang jadi 'crush' kau? Dia tu pelik dan bukan kau benci dia ke?"Soalku dengan keliru.Selama ini aku ingat Wani bencikan Bob.Hmm,nampaknya dunia memang betul sedang tunggang terbalik.
"Ieee! Aku tak minat Boblah! Senyaplah!"
Kata Wani dengan geram kemudian mengangkat buku cuba menghadang pipinya yang kemerahan.Aku tergelak kecil.Selama ini aku selalu nampak sudut diri Wani yang kasar.Tidak sangka pulak aku akan nampak wajah Wani yang comel kerana malu..Awww,my bestfriend in love.
"Wani,aku kawan dengan kau dah lama.Kau tak boleh tipu aku la.Aku cuma pelik kenapa Bob jugak yang kau minat? Korang kan setiap hari bergaduh?".Kataku.
"Malaslah nak layan kau Zani!"
Putus Wani dan terus fokus pada bukunya dengan perasaan malu.Aku cuma tergelak kecil dan tersengih panjang.Haha..Wani suka sangat sakat aku,sekarang ini giliran aku pula.
Aku cuba mencuri pandang sekali lagi pada arah Bob dan teman wanitanya.Daripada jauh aku masih melihat mereka berbual rancak.Macam manalah Wani boleh minat kawan Asyriq pulak ni? Apa yang ada pada Bob? Aku masih memerhatikan mereka dengan keliru.Kemudian,aku ternampak Bob yang sekali-sekala mencuri pandang kearah Wani yang sedang membaca buku.Bob ingat aku tak nampak yang dia tengah ushar sahabat aku! Hah,dia memang silap!
Aku sudah tersengih lebar seperti orang mereng.Kalaulah seseorang boleh berikan aku pensel dan kertas,aku boleh tulis novel cinta tentang Wani dan Bob sekarang jugak.Tak sabar aku nak tengok babak cerita cintan-cintun mereka selepas ni.
Kringg!
Loceng berbunyi dan aku dan Wani segera bangun daripada kerusi dan mengangkat beg.
"Wani,masa rehat aku tak pergi kantin tau."Kataku.
"Ala...Kenapa?"
"Aku kena jumpa Puan Latifah nak cakap tentang seni.Sorry ye.Balik nanti kita jumpa."Aku memberikan wajah simpati.
"Mmmm..Oklah.Jumpa balik nanti ye!"
"Okay beb.Bye!"
Kataku dan kami terus meneruskan haluan ke kelas masing-masing.Aku berhenti separuh langkah sebelum menjejak masuk ke dalam kelas.Ok Zani,tarik nafas dalam-dalam.Aku menarik nafas sedalam-dalamnya.Ok,here goes nothing.Kata hatiku dan terus masuk ke dalam kelas sambil terdengar kata-kata mereka berbisik.
'Aku dengar diorang 'couple' dah lama!'
'Tak sangkakan,ingat Zani tu jenis pendiam.Rupanya...'
'Ada orang nampak Zani dengan Asyriq dating!'
'Iye?! Bukan Zani tu jenis tak layan orang?'
'Well,mungkin kita tak patut nilai orang daripada luaran.'
Aku melabuhkan punggung di kerusiku dengan geram.Terdengar kata-kata rakan sekelasku benar-benar membuatkan aku marah.Mereka semua yang tak patut nilai orang daripada luaran! Omelku dengan bengang.Dalam sudut hatiku,aku tahu khabar angin itu telah menjadi teruk.Mereka semua berkata tentang aku walaupun sebenarnya mereka tidak tahu apa yang terjadi!Aku benci khabar angin tu! Aku benci Asyriq!Semua ni bermula sebab mamat tu! Luah hatiku dengan marah.
Aku memandang sekilas kearah tempat duduk Asyriq dan ternyata Asyriq tidak hadir.Asyriq tak datang?Oh! Aku lupa yang dia digantung sekolah seminggu.Great! Nampaknya aku kena tanggung derita khabar angin ni seorang diri!
Dengan dengusan aku mengeluarkan buku di dalam beg dan letakkan di bawah meja.Aku membuka buku matematik tambahan dan cuba selesaikan satu masalah.Bisikan mereka yang kuat serta jelingan mereka yang agak ketara cuba aku endahkan.
Bunyi sahaja loceng rehat,laju aku keluar daripada kelas.Sesak aku mendengar kata diorang semua.Aku berjalan laju untuk menuju ke bilik seni.Aku harap Puan Latifah ada masa lapang sekarang.Semasa berjalan,aku memikirkan ayat yang bagus untuk memberitahu Puan Latifah tentang keputusan aku.Sebenarnya,separuh hatiku masih berat untuk berputus asa tentang seni.
Namun,langkahku terhenti apabila aku melihat Shazwan berjalan laju kearahku.Kakiku kaku dan aku terkejut.Gulp! Alamak,dia nak pukul aku sekali lagi ke?! Langkah Shazwan yang semakin laju membuatkan aku takut.Dapat aku lihat wajah Shazwan yang terkejut apabila menyedari kelibatku.Kalau aku mati hari ni,aku akan menghantui Asyriq malam ni jugak!
Namun,apa yang aku bayangkan tidak terjadi.Shazwan hanya berjalan melintasiku sambil menghadiahkan jelinganya yang tajam.Dapat aku lihat wajahnya yang teruk disebabkan perbuatan Asyriq.Apabila melihat bayang Shazwan hilang,laju aku mengeluarkan nafas lega.
Fuhh! Shazwan sudah tidak kacau aku lagi.Alhamdulillah.Ini mesti pasal kes Asyriq.Untuk seketika aku dapat rasakan jantung aku ingin terhenti apabila memikirkan Shazwan akan menyerang aku lagi.Hati aku betul-betul bersyukur.Tunggu? Adakah ini bermaksud Shazwan juga takut dengan Asyriq? Aku diam sejenak.Kemudian laju aku menggelengkan kepala.Tak nak aku fikir pasal diorang berdua.
Tanpa membuang masa,aku terus meneruskan langkahku ke bilik seni.Tiba sahaja di hadapan bilik seni,aku tersenyum apabila melihat Puan Latifah berada di dalamnya dan sedang menaip sesuatu di laptop.Aku mengatakan bismillah dalam hati sebelum mengetuk pintu kayu itu perlahan-lahan.
Mendengar bunyi itu,kepala Puan Latifah menoleh dan dia tersenyum lebar apabila melihatku.Baiklah Zani,kau boleh buat!
"Ha,Zani! Masuklah." Arah Puan Latifah dengan ramah.
Aku membalas senyuman itu dan terus menapak masuk ke dalam bilik itu.Aku berdiri di hadapan Puan Latifah dan bersedia untuk berkata.
"Lama cikgu tunggu kamu pasal borang tu.So,macam mana?" Soal Puan Latifah dengan senyuman lebar.Aku rasa bersalah pula.
"Emmm...Cikgu,saya rasa saya terpaksa tolak."Aku berkata dengan perlahan.
Dapat aku lihat muka Puan Latifah berkerut.
"La..Kenapa pulak?"
"Saya betul-betul nak masuk pertandingan tu.Tapi,ibu saya suruh saya lebihkan fokus pada SPM buat masa sekarang."
"Tapi Zani,benda ni pun dapat mengubah masa depan kamu.Macam yang cikgu katakan,sijil pencapaian seni kamu nanti dapat membantu kamu masa temu duga dekat universiti nanti.Kamu tak cuba berbincang dengan ibu kamu?" Puan Latifah menatap mata aku dalam-dalam.Entah kenapa tangan aku berpeluh pula.
"Saya dah cuba.Tapi saya rasa lebih baik saya ikut kata ibu saya.Maafkan saya ye cikgu."Aku berkata dengan berat hati sekali.
Puan Latifah melepaskan keluhan.
"Tak apalah.Cikgu faham.Kalau ibu kamu tak benarkan cikgu tak dapat buat apa-apa.Tapi sayanglah,sebab kamu berbakat dan kamu patut serlahkanya pada pertandingan lukisan ni."Kata Puan Latifah lalu memberikan aku senyuman kecil.Entah kenapa hati aku berasa rugi dan menyesal.Ish,betul ke apa yang aku buat ni? Tak Zani,ini adalah keputusan kau dan ianya muktamad! Tapi....
"Nanti, berikan semula borang itu kepada cikgu ye.Nampaknya,cikgu kena cari oranglah ni untuk gantikan kamu.Kalau kamu tahu sesiapa yang berbakat,beritahu pada cikgu ye Zani."Kata Puan Latifah kepadaku.
Aku hanya tersenyum pahit dan cuba sorokkan kekecewaan pada wajahku.
"Baik cikgu,saya keluar dulu ye.Terima kasih."
Kataku dan Puan Latifah hanya menganggukkan kepala.Aku berpaling dan melangkah keluar daripada bilik seni.
"Zani."
Suara Puan Latifah membuatkan aku menoleh.
"Ye?"
"Jangan putus asa."Kata Puan Latifah dengan senyuman.Seakan-akan dia dapat membaca apa yang terjadi dalam akalku.Aku hanya tersenyum dan menganggukkan kepala.Apabila melihat Puan Latifah kembali pada kerjanya,aku terus keluar daripada bilik itu.
Loceng telah berbunyi menandakan waktu rehat telah tamat dan murid-murid sepatutnya masuk ke dalam kelas.Namun aku melangkah lambat menuju ke tandas untuk membasuh muka.Cikgu B.Melayu selalu datang lambat jadi tak apa kut kalau aku masuk lambat dalam kelas.Fikirku.
Aku berjalan menuju ke tandas yang terdapat di hujung bangunan blok.Suasana semakin sunyi di blok menandakan ramai pelajar sudah masuk ke dalam kelas masing-masing.Aku melepaskan keluhan dengan fikiran menerawang.Otak aku tidak boleh berfikir tentang keputusan yang aku buat hari ni.Betul ke apa yang aku pilih ni?
Aku tiba di hadapan tandas dan bersedia untuk menolak pintu tandas dengan lemah longlai.Sehinggalah aku terdengar satu suara yang terdapat di belakang blok sekolah.
"Lepaslah!"
Aku meneliti suara itu.Itu suara Aina kan?
"Kenapa kau nak 'break' dengan aku Aina! Apa yang aku tak ada tapi mamat tu ada!"
Aku terdengar pula suara seorang lelaki.Ish,apahal pulak tu?
"Irfan,kita dah break minggu lepas! Jangan kacau aku lagilah!"
Tangan aku teragak-agak untuk memulas tombol pintu tandas.Suara Aina kedengaran seperti sedang bergelut dengan lelaki yang bernama 'Irfan'.Patut ke aku lihat apa yang terjadi?
"Ieee! Jangan sentuh aku lah!"
Terdengar suara Aina yang semakin tinggi dan terdesak,aku mula mengintai di sebalik dinding.Mata aku membulat apa melihat Aina benar-benar sedang bergelut dengan Irfan.Irfan memerangkap Aina di dinding dan memegang pergelangan tanganya dengan kasar.Aduh,diorang buat maksiat ke?Tapi nampak macam bergaduh?
"Aku takkan lepaskan kau sampai kau suka aku balik!" Dapat aku lihat Irfan tersenyum nakal.Kini,tangan Irfan menjalar di pinggang Aina namun Aina menepisnya dengan kasar.
"Issh,kau nak buat apa ni Irfan! Kau jangan nak buat kerja gila!" Suara Aina kedengaran takut namun Irfan tidak mengendahkanya.
"Ini semua salah kau Aina! Kau yang buat aku jadi gila!" Kata Irfan dan aku lihat tanganya merayap ke dalam tudung Aina.Mulut aku sedikit terbuka akibat terkejut.Oh,tidak!
"Janganlah..." Kali ini,Aina kelihatan kecut sekali.
Melihat keadaan itu,aku terus sorok kembali di sebalik dinding.Aku tahu aku kena tolong Aina.Tapi apa yang patut aku buat nih?! Fikirku dengan serabut.Tanpa berfikir panjang,aku membuka mulut dan bersedia untuk menjerit.
"Cikgu! Cikgu! Dekat sini! Dekat sini!" Aku menjerit dengan kuat di sebalik dinding walaupun hakikatnya tiada sesiapa di sisiku.
"Apa?!" Suara Irfan kelihatan terkejut.
"Saya nampak diorang dekat belakang ni cikgu!" Aku menjerit sekali lagi.
"Arggh! Perkara ni belum selesai Aina!" Irfan memberi Aina amaran yang keras sebelum aku terdengar bunyi rumput yang menandakan Irfan telah larikan diri.Aku mengintai sekali lagi untuk memastikan Irfan benar-benar sudah pergi.Kemudian,laju aku menuju kearah Aina untuk memastikan tiada apa-apa yang terjadi padanya.Fuhh! Nasib baik menjadi 'plan' aku.Tak sangka pulak Irfan tu percaya,Hahah...
Aina pula kelihatan terkejut apabila mengetahui akulah di sebalik dalang tadi.Dia membetulkan tudungnya yang senget sambil memberikan aku pandangan tajam.
"Kau ke yang menjerit tadi?"
"Haah,akulah tu.Kau ok ke? Dia sempat pegang tubuh kau dekat mana-mana?" Soalku sambil memerhatikan Aina atas bawah.Tunggu? Kenapa aku buat baik pada orang yang buat jahat pada aku?
Aina mendengus kemudian tergelak kecil.
"Kau jangan nak berlagak la Zani.Mentang-mentang kau selamatkan aku,kau nak pandang rendah pada aku la sekarang."Kata Aina dengan mencabar.
Ieee,otak Aina ni agaknya betul ke tidak? Kenapa 24 jam dia nak marah pada aku je?Tak penat?
"Aina,siapa kata aku pandang rendah pada kau.Kau yang cakap sendiri."Suaraku sambil membalas kembali jelingan matanya.
"Habis tu,yang kau selamatkan aku tu kenapa?!"
"Mestilah aku selamatkan kau,mamat tadi hampir nak rogol kau tahu tak." Aku berkata dengan tidak percaya.
"Itu masalah aku,bukan masalah kau budak lembab."Aina berkata dengan angkuh.
Hei,nak je aku ambil penyapu lepastu ketuk kepala minah ni bagi 'straight' sikit.
"Oh,jadi kau lebih sukalah kalau aku tak selamatkan kau dan bagi mamat 'Irfan' tu pegang tubuh kau sesuka hati.Macam tu?"Kataku dengan nada sindir.Aina memberikan aku pandangan tajam kemudian berjalan lalu menolak bahuku dengan kasar.Dia melintasiku kemudian menoleh melihatku.
"Aku takkan ucap terima kasih sebab aku tak minta pun pertolongan kau.Dan jangan ingat yang aku takkan benci kau.Asyriq aku punya! Siap kau!" Kata Aina dengan serius kemudian terus berlalu pergi.
Aku melepaskan keluhan kemudian menggeleng-gelengkan kepala.Kenapa semua orang benci aku kerana Asyriq? Sekarang ni aku sudah ada tiga senarai nama yang membenci aku kerana Asyriq! Aina,Shazwan dan Julia.Tiga makhluk tu patut bukak mata mereka besar-besar.Aku dan Asyriq mana ada hubungan istimewa? Dan aku memang gembira kalau Julia dan Aina bawa Asyriq pergi jauh daripada aku.Mamat tu memang suka menyusahkan hidup aku.Kenapa Asyriq? Kenapa hidup kau perlu melibatkan aku?
Aku melepaskan keluhan sekali lagi dengan perasaan kesal.Kemudian,aku teringat sesuatu.Ya Allah! Matapelajaran B.Melayu!Laju aku melihat jam di tanganku dan serta merta mataku membulat.Dah lambat,cikgu mesti dah masuk! Arggh,tak sempat basuh muka pun! Dengan perasaan sebal aku lari menuju ke kelas.Tengok,sebut nama mamat tu pun dah ada 'effect' malang pada aku! Tapi,korang mesti pelikkan kenapa aku tolong Aina walaupun dia telah buli aku dengan teruk? Well,jangan tanya sebab aku sendiri pun tidak tahu mengapa.Yang aku tahu,aku akan menyesal seumur hidup kalau aku biarkan Aina dalam situasi tadi.
*******************
Turun sahaja daripada van,aku terus membuka pagar dan masuk ke dalam perkarangan rumah.Aku membuka grill lalu menolak pintu rumah.Aku membuka kasut dan menapak masuk ke dalam.Seperti biasa,rumah aku sunyi menandakan tiada orang.Aku sudah bersiap sedia untuk mendaki tangga sehinggalah aku terdengar suara ibu.
"Zani.."
Laju aku menolehkan kepala dan melihat ibu yang berada di ruang depan dengan baju harianya.
"Ibu?! Ibu tak kerja ke?" Terkejut aku apabila melihat ibu menghampiriku di tangga.Bukan hari ni ibu kerja?
"Ibu ambil cuti daripada bos ibu."
"Tapi,pagi tadi ibu keluar awal?" Aku masih keliru.
"Ibu keluar awal sebab nak beritahu bos ibulah tentang cuti hari ni."Kata ibu memandang wajahku.
Kenapa ibu nak cuti?Ada hal penting ke?
"Kenapa ibu cuti?" Soalku.
Aku melihat ibu mengambil nafas panjang.
"Ibu ambil cuti sebab ibu ingat hari ni nak luangkan masa supaya kita berdua dapat berbincang sesuatu."Kata ibu dan terus menuju ke sofa dan melabuhkan punggungnya.Aku hanya mengikuti ibu dan duduk di sofa berhadapan denganya.Ibu ambil cuti semata-mata nak berbincang dengan aku? Tak sangkanya sebab ibu takkan sekali-kali ambil cuti untuk perkara yang remeh.Alamak,ini mesti pasal seni! Aku mesti beritahu ibu tentang borang pertandingan tu! Aku mula membuka mulut untuk berbicara.
"Ibu,Zani dah fikir masak-masak.Zani akan ikut kata ibu dan fokus pada SPM.Ibu betul,Zani patut tinggalkan seni demi kebaikan Zani untuk masa hadapan.Zani minta maaf kalau selama ni Zani pentingkan diri sebab tak dengar cakap ibu.Zani akan cuba fokus pada SPM dan lupakan benda yang tak penting."Luahku dengan jujur walaupun rasa sedih sebab perlu meninggalkan bakat aku yang terpendam.Mungkin aku yang perlu berkorban demi ibu yang telah banyak berjasa.
Aku memandang wajah ibu namun ibu tidak berkata apa-apa.Hanya raut wajah ibu yang berubah sayu.Secara tiba,aku melihat ibu mengesat air matanya.
"I..Ibu,kenapa menangis?!" Soalku dengan terkejut.Ya Allah,ibu tersinggung sangatkah dengan diri aku? Baru aku sedar,sejak daripada tadi di tangan ibu terdapat sehelai kertas sehinggalah ibu menghulurkanya kepadaku.Aku mengambil huluran itu dan ternyata kertas itu merupakan borang pertandingan lukisan seni aku.Terkejut hatiku apabila mendapati kertas itu telah diisi oleh ibu dan memerhatikan tandatangan ibu di atas kertas itu dengan lama.Ibu isi borang pertandingan?!
"Apa ni?" Soalku memandang ibu dengan terkejut.
Aku melihat ibu mengambil nafas panjang.
"Zani,ibu dah berfikir panjang sejak akhir-akhir ni."Kata ibu.
Jadi selama ni ibu tak tegur aku sebab terfikirkan aku?
"Ibu sudah buat keputusan,ibu benarkan kamu menyertai pertandingan itu."Kata ibu memandang ke dalam anak mataku.Aku terkedu,
"Tapi ibu kata-"
"Zani,ibu tahu dulu ibu suruh kamu fokus pada SPM.Sekarang ibu mula sedar bahawa ibu sebenarnya mengongkong kamu."Aku lihat keluhan ibu.
"Ibu,jangan macam ni.Keputusan ni Zani sendiri yang buat."Pintaku.
"Zani,ibu yang melahirkan kamu di dunia ni.Ibu tahu kamu sukakan seni sejak kamu mula sekolah rendah lagi.Ibu cuma risau."
"Risau?"
"Kamu semakin membesar Zani.Kamu seorang je anak ibu yang ibu sayang.Ibu cuma nak yang terbaik untuk kamu.Ibu desak kamu belajar sebab ibu selalu terfikir.Andai kata ibu sudah tua nanti,ibu nak tengok kamu senang dan gembira.Tapi ibu tak sangka bahawa ibu sendiri yang menjadi kepada penghalang cita-cita kamu.
"Ibu,jangan cakap macam tu."Aku berkata dengan suara serak.Mataku mula berair.
"Ibu cuma nak minta maaf."Aku lihat ibu mula menangis lagi.
Laju aku pergi kearah ibu dan memeluknya.
"Ibu tak buat salah pada Zani.Jangan minta maaf ok."Kataku.
Ibu membalas pelukanku dengan erat.
"Zani anak ibu.Ibu akan buat yang terbaik untuk kamu."Kata ibuku.
Sungguh aku tersentuh.Kasih seorang ibu memang tak dapat aku tandingi.Sejak ayah meninggal,aku selalu melihat ibu minum kopi untuk tidur lewat.Bila subuh,ibulah orang yang pertama keluar.
"Zani sayang ibu."Kataku dengan ikhlas.
Ibu tidak menjawab namun hanya tersenyum kearahku.Dia mengusap pipiku dan mengesat air mataku.
"Sekarang tolong janji dengan ibu."
"Apa dia?"
"Tolong buat yang terbaik untuk pertandingan ni."
Aku tersenyum sehingga menampakkan gigi.
"Insyaallah."
Hati aku benar-benar gembira dan rasa berat di dadaku seperti sudah diangkat oleh angin.
"Emmm,Zani."
"Ye?"
"Sebenarnya ibu ada lagi satu perkara untuk beritahu kamu."
"Apa dia?"
Aku lihat ibu teragak-agak untuk katakan hal itu kepadaku.
"Ibu?"
"Sebenarnya sekarang ibu tengah jumpa seseorang."Kata Ibu dengan sedikit perlahan.
"Jumpa seseorang?"
Ibu menganggukkan kepala.Aku diam sejenak cuba memikirkan apa maksud ibu dengan jumpa seseorang.Tidak sampai sesaat,mataku membulat.
"Maksud ibu,ibu ada hubungan dengan seseorang!"
"Yes!"Balas ibu dengan kuat.
Wajah ibu agak berkerut mungkin takut untuk melihat reaksi wajahku.
"So,do you want to say something?"
Ibu melihat wajahku tepat-tepat mengharapkan aku mengatakan apa-apa komen tentang hubungan dia dengan lelaki misteri yang aku sendiri tidak tahu.Namun,hanya mata aku yang berkelip.
"Mom,i'm speechless."
**************
"Zani,aku dah agak benda ni akan berlaku!" Jerit suara Wani di panggilan sana.
Malam itu,aku terus menghubungi Wani tentang apa yang berlaku termasuk hubungan ibuku dengan seorang lelaki.Serius,aku masih terkejut sehingga sekarang.
"Aku tahu Wani.Tapi....Aku tak sangka ibu dapat cari pengganti ayah aku secepat ni?!" Kataku dengan nada lemah.Aku tidak tahu untuk komen apa tentang hubungan ibu.Separuh hati aku berasa tidak sedap hati,separuh lagi hatiku memikirkan bahawa ibu berhak untuk mendapat kebahagiaan sendiri.Arggh! Kenapa aku rasa pelik sangat sekarang? Mungkin sebab aku tak terjangka benda ini akan datang.
"Zani,aku sentiasa dapat tahu ibu kau akan dapat cari pengganti pada masa yang singkat."
"Maksud kau?" Soalku pada Wani dengan keliru.
"Fikir Zani,fikir! Ibu kau muda,cantik,dan berkerjaya.Masa dia datang sekolah pun,aku hampir ingat ibu kau tu adalah saudara kau,ingat tak! Memang aku jangka ibu kau akan dapat cari seorang lelaki yang minat dia."
Mendengar kata Wani,aku hanya melepaskan dengusan.
"Entahlah Wani.Hati aku rasa pelik tau."Luahku sambil mengenggam erat telefon bimbit di telinga.
"Kau tahu tak siapa lelaki tu?" Soal Wani.
"Tak."
"Mak kau tak beritahu ke?"
"Bukan,aku yang tak tanya."
"Kenapa kau tak tanya?"
"Sebab...Aku,Arghh! Aku tak tahu nak buat apa Wani! Aku terkejut gila tahu tak!"
"Aku tahu apa masalah kau Zani."
"Apa dia?"
"Kau takut kasih sayang mak kau bertukar arah kan?"
Kata-kata Wani membuatkan aku terkedu.Sebab tu ke?
"Dan kau takut,kau akan rasa sunyi nanti."Sambung Wani.
Aku diam sejenak.
"Mungkin kut..."Balasku perlahan.
"Zani,aku tak rasa ibu kau akan berubah.Percayalah."
Aku hanya tersenyum pahit.Entah kenapa kata-kata Wani membuatkan aku sedikit bersemangat.
"Aku harap macam tu."
"Oklah,aku nak tidur.Jumpa esok tau!" Kata Wani.
Aku tersenyum.
"Ok,jumpa esok.Thanks tau.Assalammualaikum."
"Waalaikummussalam."
Aku memutuskan talian dan terus meletakkan telefon bimbitku di atas meja belajar.Aku merebahkan badan di atas katil dan menarik selimut sehingga paras pinggang.Aku tidak melelapkan mata namun hanya merenung siling sambil melihat kipas yang berpusing.Agaknya siapalah lelaki yang ibu suka sekarang?
Lamunan lamaku terhenti apabila telefon bimbitku berbunyi.Dengan malas,aku mencapai telefon bimbitku dan melihat mesej yang diterima.Wani ke? Telefon aku menyala dan terus memaparkan nama penghantar mesej tersebut.Asyriq?!
Ish,apasal pulak dia hantar aku mesej ni? Sehari kalau aku tak fikir tentang mamat tu mesti tak sah!Dengan cebikan,aku membaca mesej yang dihantar oleh Asyriq.
Rindu aq x?
-Asyriq
Arggh,meluatnya aku baca sms ni! Malas untuk melayan sikap gila Asyriq,aku terus tekan 'delete'.Laju aku letak semula telefon bimbit di atas meja belajar dan melabuhkan punggungku di atas birai katil.Aku tersenyum sinis.Aku tahu kalau aku layan perangai mamat tu,makin menjadi-jadilah nanti.Baik aku buat bodoh je.
Tidak sampai beberapa saat,telefon bimbitku berbunyi tanpa berhenti menandakan Asyriq masih tidak putus asa menghantarkan aku mesej.Ieeee,mamat ni memang tak faham bahasa ke?! Aku cuba tunggu sekali lagi dan ternyata telefon bimbitku masih membuat bising.Dengan bengang,aku mengambil telefon bimbitku dan mendail nombor Asyriq dengan geram.Laju sahaja talian diangkat oleh Asyriq dan aku terdengar bunyi gelakanya.Dia tergelak?!
"Assalammualaikum,boleh tak kau berhenti hantarkan aku mesej!" Luahku sambil mengetap gigi.Aku tahu Asyriq fikir benda ni sebagai lawak.Geram aku!
"Hahah..Macam mana? Dah rasa nak meletup ke?" Soal Asyriq dengan nada sinis.Kemudian dia menyambung dengan tawanya.Aku mendengus.
"Kau nak apa ni?"Soalku.
"Lain kali,kalau orang hantar mesej tu balas!"
"Buat apa aku nak balas mesej kepada orang yang suka ganggu hidup aku."Sindirku.
"Cause I really like to bother you."Suara Asyriq.
Ya Allah,rasa macam nak dapat penyakit darah tinggi je cakap dengan mamat sewel ni!
"Jangan ganggu aku boleh tak."Kataku dengan geram.
"Ok,aku akan stop ganggu kau untuk malam ni kalau kau jawab soalan aku."
Sudah dapat aku bayangkan senyuman Asyriq di panggilan sana.Adooi,nak beri aku soalan pulak!
"Malam ni je? Selamanya tak boleh?"
"Tak."
Aku melepaskan keluhan dengan malas.
"Soalan apa?"
"Apa warna kesukaan kau?"Soal Asyriq dengan suara garaunya.
Mahu sahaja aku tersedak jika sekarang aku sedang minum air.Asyriq ni memang dah gila agaknya.
"Kau merepek apa ni?" Kataku dengan tidak percaya.
"Zani,aku serius.Apa warna kesukaan kau?" Nada suaranya mendatar.
Aku mengambil nafas panjang sebelum membuka mulut.Sabar Zani,sabar.Mungkin lepas ni aku patut tukar nombor telefon aku.
"Coklat."Jawabku sepatah.
"Coklat? Itu je?"
"Iyerlah.Tadi nak tahu sangat kan."
"Kenapa coklat?"
Ish,banyak mulut pulak mamat ni!
"Sebab aku suka makan coklat la bijak!"
"Oh,ok."Balas Asyriq perlahan.
"Kalau tak ada apa-apa lagi,aku-"
"Tut!"
Tidak sempat aku berkata,Asyriq terlebih dulu memutuskan talian.Aku memandang telefon bimbitku dengan geram. Sombong punya Asyriq!Kalau ia pun,berilah salam dulu sebelum putuskan talian.Padahal dia yang ganggu aku!
Tanpa membuang masa,aku membuka 'inbox'.Ternyata terdapat 12 mesej daripada Asyriq.Mata aku membulat.Gilalah! Tak habis kredit ke mamat gila tu? Oh,aku lupa dia anak orang kaya.Aku membuka mesej tersebut dan ternyata mesej itu hanya memaparkan ikon ini :
:p
-Asyriq.
Mesej ikon itu berturutan sehinggalah mesej yang ke-12.Ingin sahaja aku campak telefon aku di atas lantai.Dia hantar ikon ni je?! Aku menggeleng-gelengkan kepala sambil meraupkan rambut panjangku kebelakang.Asyriq memang suka cari pasal dengan aku.Tidak mahu lagi membuang masa,aku merebahkan tubuh di atas katil.Kemudian,telefon bimbitku bergetar sekali lagi.Aku menutup mata cuba menahan kemarahan dalam dada.Ish,apa lagi mesej yang Asyriq ni hantar!
Dengan kasar,aku membuka mesej tersebut dan membaca tulisan yang terpapar di skrin.
Selamat malam.
-Asyriq.
Aku terdiam seketika.Entah kenapa boleh timbul pula senyuman kecil di bibirku.Aduh,apa kena dengan kau ni Zani?! Laju aku menggeleng-gelengkan kepala sekali lagi sebelum meletakkan telefon bimbit di atas meja.Aku baring di atas katil dan cuba melelapkan mata.Hari ni memang hari yang memenatkan.
Share this novel