Aku tahu….Apa yang aku tahu?
Aku tahu dia selalu tinggalkan buku teks dia bawah meja sebab malas nak bawak.Aku tahu dia selalu masuk kelas pada waktu kedua selepas loceng rehat tamat.Aku tahu dia selalu bergaduh sebab selalu terdapat luka pada kening dan bibir dia.Aku tahu dia ada masalah yang tak boleh luahkan pada orang walaupun dengan kawan dia sendiri.Aku tahu dia selalu tenung luar tingkap setiap kali cikgu mengajar pelajaran yang dia anggap bosan.Aku tahu dia suka baca komik doraemon sebab dia selalu bawa dekat sekolah.Macam mana aku tahu semua ni?Sebelum macam-macam yang ada di fikiran korang semua,aku cuma nak cakapkan..
First,
I’m not a stalker!
Second,
Mata aku yang sering tertarik pada dia!
Third,
Siapa suruh dia pakai baju warna kuning masa pertama kali aku lihat dia.
....................
“Baiklah,semua pelajar sila masuk ke dalam kelas masing-masing yang ditetapkan.Dan ingat! Ini awal tahun jadi kepada pelajar belakang tu,jangan buat masalah!”Kata Puan Mastura dengan kuat walaupun mikrofon tu sudah pun mendekati bibirnya yang bergincu merah pekat.
Mendengar arahan Puan Mastura,secara drastik mata aku memandang belakang melihat tempat para pelajar lelaki beratur.Arahan tadi memang setepat-tepatnya pada kumpulan lelaki yang berada di belakang.Kumpulan itu sudah pun dikategorikan sebagai pelajar bermasalah dan memang sering melanggar disiplin sekolah.Mata aku dikecilkan lagi untuk melihat lebih jelas kumpulan lelaki yang dimaksudkan oleh Puan Mastura.Kumpulan yang dilabelkan ‘Badboy’ itu semuanya terdiri daripada empat orang.Sepasang kembar seiras,seorang lelaki berambut separuh botak dan,
Dia….Berambut perang asli ketika terkena cahaya matahari,hidung yang mancung dan kulit yang putih.Kalau sekilas orang pandang,mesti,wajib,sah akan toleh balik semula! Muka dia seperti mempunyai kacukan belanda dan remaja ‘american’ yang aku selalu tengok ‘movie’ di televisyen.Kemudian aku perasan sesuatu,di dalam uniform baju sekolahnya,dia memakai baju berwarna kuning bertulis ‘Life is bunch of joke!’
Melihat tulisan itu aku hanya menggeleng-gelengkan kepala.Memang sah mamat tu tak takutkan akhirat.Aku melihat pula sekeliling aku,dan seperti yang aku duga.Semua pelajar perempuan berbisik dan memandang kearah lelaki ‘berbaju kuning’.(Itu yang aku gelar) Haihh..kejap lagi dia dilabelkan sebagai budah hot la nih! Kemudian fikiran aku terfikir sesuatu,siapa nama dia agaknya?
“Woit! Zani!”
Terkejut aku dengan sergahan itu dan terus berpaling.
“Ishh,kau ni cuba sergah elok-elok sikit!” Marahku sambil mengetap gigi.
Aku melihat Wani dengan geram.Wani yang mempunyai kulit hitam manis dan bibir yang kecil merupakan satu-satunya kawan aku di sekolah ni.Dan,bila aku maksudkan satu-satunya kawan di sekolah ni,korang semua boleh agak..
I’m a loner and anti-socialism.Yeah.
“Aku tengok kau usharr je budak belakang tadi.Kau ushar siapa ni ha?” Kata Wani dengan senyuman meleret di mukanya.
“Hisshh,takder siapa lah.Ni,aku nak tanya,kau kelas ape?” Kataku melihat wajah Wani tepat-tepat.Harap-harapla dapat kelas yang sama.Walaupun aku ni ‘lonely’,tapi itu tak bermaksud aku tak mahu kawan seumur hidup aku.Aku pun perlukan komunikasi dalam hidup tau!
“Aku dapat kelas 5E.Kau?”
Mendengar itu aku hanya mengeluh kecil..Alaa..
“Aku dapat 5B.Alaa…tahun ni aku nak same kelass dengan kau.” Kataku dengan rajuk.
“Tak apa la beb,tak ada rezeki.Siapa suruh kau pandai sangat! Haha..”Wani tergelak sakan.
Aku sudah geram mengetap bibir,aku tengah sedih tak ada kawan nih,dia boleh pulak gelakkan aku! Tidak sempat aku ingin membuka mulut,satu suara menjerit kearah kami berdua.
“Hei,pelajar dekat sana! Ponteng ke? Masuk kelas sekarang!” Marah Puan Mastura sambil menjegilkan matanya yang sepet.Ramai mata memandang kearah kami.
Dan saat itulah aku tersedar,semua pelajar telah pergi ke kelas masing-masing.Hanya aku dengan Wani sahaja yang berada di perhimpunan.Ehekss,,,malunya.Macam mana la tak perasan tadi.
“Oklah,jumpa kau waktu rehat! Bye!” Jerit Wani sambil lari meninggalkan aku.
Aku melihat pemergian Wani dengan keluhan.Senanglah Wani,dia pandai buat kawan.Aku yang anti-socialism ni macam mana?! Tanpa membuang masa aku terus melangkahkan kaki aku di kelas yang akan aku duduki untuk setahun ini.
Aku duduk di meja belakang sekali kerana semua meja dihadapan sudah penuh dengan pelajar yang datang awal daripada aku.Majoriti kelas 5B terdiri daripada semua perempuan.Lelaki sedikit sahaja,4 orang.Aku letakkan beg dan menarik kerusi kemudian melabuhkan punggungku di kerusi kayu.Mata aku memandang hadapan dan melihat semua pelajar di dalam kelas yang tersenyum,bergembira,berborak,ketawa sementara aku pula : lonely.
Selain karakter diri aku yang lebih suka bersendirian,aku adalah remaja perempuan yang biasa.Cantik tidak hodohpun tidak.Aku berada di tengah-tengah iaitu dipanggil biasa.Plain girl.Tengok aku orang toleh sekali je,tak payah banyak-banyak kali.Dulu,aku selalu duduk di dalam kelas tengah bersama Wani.Entah mengapa masuk tahun ini aku terlebih pandai dan dapat masuk kelas hadapan.Itulah yang membuatkan aku sedih sebab berjauhan dengan Wani.Aku bukan bencikan kelas hadapan atau apa,aku cuma lebih suka kekalkan label biasa dalam diri aku.Sekarang ni aku kelas hadapan,mungkin label diri aku adalah ‘nerd girl’ pulak.Huhh..
Tidak sampai sesaat cikgu baru masuk ke dalam kelas.Seperti biasa,cikgu memperkenalkan dirinya dan meminta pelajar memperkenalkan diri mereka pula.Seorang-seorang pelajar bangun memperkenalkan diri mereka sehingga tiba saat aku.Tangan aku sudah sejuk dan hati aku sudah berdegup.Arrghh,really hate sesi kenal mengenal nih!
“Yang seterusnya,sila bangun.” Arah cikgu baru itu.Oh,ya.lupa untuk memperkenalkan sebenarnya nama cikgu baru itu adalah Puan Salwani.Puan Salwani merupakan seorang guru yang spontan sikapnya pada tanggapan pertama aku.
“Errmm...Na..Nama saya Nur Zani Binti Tahrudinn..” Aku berkata dengan nada mendatar.Dapat aku rasakan seram sejuk kerana semua mata memandang aku.Issh,tak payah pandang sangatla! Gumamku.
“Baiklah,Zani.Hobi kamu pula ape?” Soal Puan Salwani dengan kening terangkat.
Soalan Puan Salwani memang agak susah bagi aku.Disebabkan aku ni gadis terlebih biasa,aku tidak tahu sama ada aku ni ada hobi atau tidak.Pada waktu lapang aku selalu kemas rumah,basuh pinggan and etc.Jadi apa hobi aku?
“Errr…”
Aku masih berfikir.Kemudian secara tiba fikiranku teringat pada novel inggeris yang berlambak di almari bilikku.Yes! Itulah dia,aku suka membaca.
“Hobi saya….Saya suka…”
Tidak sempat aku menyempurnakan ayat,ketukan kuat di pintu mengalihkan perhatian kami semua.Dan saat itulah,aku seperti rasakan mata aku menipu diri aku sendiri.Lelaki yang ‘berbaju kuning’ masuk ke dalam kelas dengan selamba badaknya.
“Sorry cikgu,lambat.”Katanya dengan nada selamba.
Aku sudah terdiam memerhatikan perbuatanya.Sudahlah lambat,cakap macam Puan Salwani ni member sekamceng dengan dia.Memang berani.Aku sudah lihat Puan Salwani bercekak pinggang.
“Kamu ingat ni rumah kamu ke? Boleh datang sesuka hati lepastu masuk tak beri salam!” Marah Puan Salwani kepada budak lelaki ‘berbaju kuning’.Dapat aku lihat mata cikgu terjegil.
“Maaf….Saya lambat.”Kata lelaki itu dengan suara perlahan.Zani melihat dia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
Puan Salwani melihat wajah budak lelaki itu tepat-tepat kemudian melepaskan keluhan.
“Huh..Saya tak nak rosakkan mood hari pertama sekolah,jadi saya lepaskan kamu untuk hari ni.Tapi,jangan buat perbuatan yang sama! Duduk!” Kata Puan Salwani dengan tegas kemudian meluru ketempatnya.Aku melihat dia hanya mengangkat bahu dan bergerak kebelakang.Daripada riaknya,aku tahu dia akan datang lewat lagi.Badboy la katakan.
Budak lelaki berbaju kuning memilih tempat di tepi tingkap sebaris dengan barisan aku.Mata aku pula tidak putus mencuri pandang.Tak guna,ini semua baju kuning tu punya pasal.Kalau tak aku takkan asyik pandang wajah dia.Geram aku dalam hati.
“Oh,ya! Apa nama kamu,budak yang datang lewat tadi?” Kata Puan Salwani dengan veto yang tinggi.
Budak lelaki berbaju kuning melihat hadapan dan membuka mulut.
“Asyriq.Muhammad Asyriq Bin…Emm…Nazli.” Katanya dengan malas.
Kenapa dia seperti tak ikhlas menyebut nama ayah dia? Imaginasi aku je ke?
“Baiklah pelajar,sila-“
Suara Puan Salwani seakan tenggelam dalam minda aku.Entah mengapa aku asyik berfikir sahaja pasal mamat Asyriq tu hari ni?Hormon aku ke? Aku cuba memandang sekilas sekali lagi.Kali ini aku melihat Asyriq sedang menendang kerusi di sebelahnya.Seperti aku,sebelah Asyriq tiada siapa yang duduk.Aku melihat dia memandang ke luar tingkap sambil menyisir rambut perangnya kebelakang.Entah kenapa setiap tindakan dia menarik aku untuk merenung dia lagi.Kemudian,satu benda terjadi yang tak pernah aku bayangkan jadi pada aku..
Hati aku berdegup..
Satu kali..
Dua kali..
Asyriq yang seakan-akan perasan ada mata yang memandangnya cepat menoleh melihat kearah aku.Aku pula cepat-cepat memalingkan kepala,fuhh.Nasib baik tak kantoi.Aku memegang dada aku sekali lagi.Kenapa jantung berdegup tadi? Apa kena dengan aku ni?Ya Allah,kau jangan nak buat kacau wahai hati!
*****
Aku menuruni tangga bersama pelajar yang lain.Ramai orang berlari menuju ke kantin sejurus sahaja loceng berbunyi.Kantin sekolah aku tak ada la besar sangat.Mungkin sebab tu diorang semua berebut tempat.Aku menuju ke kantin dan tersenyum apabila melihat Wani sudah menjaga tempat aku disebelahnya.Alhamdulillah,tak payah berebut tempat.
“Wani!” Aku lambaikan tangan padanya.
“Woit! Sini!”
Laju aku datang dan duduk berhadapan Wani sambil tersenyum.
“Apasal kau lambat sangat! Lama aku tunggu.”
“Ehehe…Sorry.Cikgu cakap tak berhenti tadi.Kau pergilah beli makanan.Aku jagakan tempat. "Kataku dan melihat Wani sudah tersenyum lebar.
“Haha..Memang itupun aku nak cakap.Kau jaga tempat ye,aku nak beli keropok lekor.”Kata Wani dan terus bangun lalu hilang dalam lautan pelajar.Aku mendagu memandang sekeliling sambil menunggu Wani.Sekolah aku memang ramai pelajar.Bila kata ramai pelajar,itu bermakna banyak jugaklah masalah disiplin.Kesalahan yang diorang buat semuanya klasik-klasik seperti bawa henfon,warna rambut,kain labuh sampai sapu lantai,tudung singkat,bahasa kasar and etc.Yeah,itulah typical student of Malaysian.Tapi bertuah bagi aku,sebab aku tak pernah terlibat dalam satu kesalahan pun walaupun Wani sahabat aku sendiri pernah kena penalti sebab bawa henfon nak tunjukkan aku gambar kucing dia yang bernama ‘Melot’.Aku tak tahulah tak pernah dapat penalti tu perkara yang patut dibanggakan atau tak.Emmm…Maybe not.Kalau aku cerita,mungkin diorang akan start panggil aku budak ‘nerd’,baik,naïf or whateverlah!
Lamunan aku terhenti apabila telinga aku menangkap suara riuh rendah di tepi kantin.Aku bangun untuk menjenguk namun orang ramai telah kerumun tempat itu dengan sorakan.Apa kena tu? Fikirku.Aku ingin pergi ke sana,tapi nanti siapa nak jagakan tempat?
“Zani!”
Kepala aku terus menoleh melihat Wani berlari kearah aku dengan keropok lekor di tangan.
“Ada pergaduhan beb!”
“Gaduh?!”
Kataku dengan kening terangkat.Siapa pulak yang gaduh? Mata aku dengan Wani tidak lepas memandang suasana yang kecoh di tepi kantin.Ini mesti kes rebut perempuan ni.Heyy..Boys sure are weird.
Suasana yang kecoh dengan pekik tadi terus senyap dan sunyi apabila Puan Mastura bersama beberapa guru datang laju kearah mereka.Guru-guru memasuki kawasan orang ramai membuatkan pandangan aku dan Wani terbatas.Hanya suara mereka sahaja yang dengar.Damn.
“Kamu lagi! Tak serik-serik ke ha asyik muka kamu je yang cikgu nampak bergaduh!”
Siapa?
“Ke sini kamu berdua! Kita pergi bilik disiplin sekarang jugak!” Dapat aku dengar suara Cikgu Hilmi selaku guru disiplin sekolah kitaorang memekik kepada pelajar yang bergaduh tadi.Ishh,siapa sebenarnya yang bergaduh ni?! Omel hatiku.
Mata aku membulat dan hatiku terkejut apabila melihat Puan Mastura menyeret seorang budak lelaki yang aku kenal tidak sampai setengah jam tadi.Asyriq! Biar betul!
“Pergghh,budak Asyriq tu lagi.Aku dengar dia tu memang kecoh betul dengan masalah.Dekat luar pun buat kacau!” Wani kata dengan seloroh sambil memasukkan satu keropok lekor kedalam mulutnya.
Aku melihat Asyriq pergi bersama beberapa guru ke dalam blok sekolah.Dapat aku lihat sekilas wajahnya yang merah,bengkak dan berdarah.Selain pelik,lelaki juga merupakan makhluk menakutkan bagi aku.Macam manalah diorang boleh bergaduh sampai teruk macamni?
“Asyriq tu kan.Dia sama kelas dengan aku.”
“Ha?Apa dia?” Kata Wani sambil medekatkan telinganya pada Zani.Suara pekik pelajar memang kuat,nak pecahkan telinga kitaorang agaknya.
“Aku kata,Asyriq tu sama kelas dengan aku.”Kataku.
Wani hanya membuat mulut bentuk ‘o’.
“Tak sangka ye,budak macamtu pun sebenarnya otak dia pandai gakk.”Kata Wani membuatkan aku cemburu.
Aku takleh tahan,memang hati aku cemburu.Asyriq walaupun sering ponteng,dikenakan masalah disiplin.Tapi aku tak boleh nafikan yang dia memang mempunya otak yang pandai.Kalau tak,macam mana dia boleh masuk kelas sain tulen,kan?
Malas untuk membuang masa lagi,aku dengan Wani terus bergegas ke kelas masing-masing apabila loceng tamat rehat berbunyi.Kitaorang berjanji untuk jumpa lagi apabila balik sekolah selepas ini.
Sesi pembelajaran dilakukan seperti biasa.Aku hanya mencatit dan mendengar apa yang guru katakan di hadapan.Sesekali aku mengerling ke tempat Asyriq yang kosong.Agaknya bagaimanalah Puan Mastura handle kan Asyriq ye? Dia mesti dikenakan denda atau lebih teruk gantung sekolah.Perhatianku teralih apabila ketukan di pintu kelas yang kuat.Aku melihat Asyriq memasuki kelas dengan selamba dan menuju ke tempatnya dengan riak yang tiada masalah.Cikgu dihadapan hanya menggeleng-gelengkan kepala sambil mengeluh.Mungkin dah masak dan serik dengan sifat Asyriq agaknya.
Sesi pembelajaran sambung seperti biasa,dan aku tahu Asyriq tiada ‘mood’ untuk belajar.Mungkin sekarang dia sedang tenung luar tingkap atau tidur atau buat apa-apa yang dia nak.Aku memasukkan tanganku di dalam poket dan keluarkan dompetku untuk kira duit.Aku ingat hari ni nak bayar yuran bas.Harap cukup duit,gumamku.Saat membuka dompet,aku mengeluarkan ‘plaster’ berwarna biru sambil memerhatikan dengan lama.Sejak bila pulak aku bawak ‘plaster’ datang sekolah hari ni? Entahlah.Aku memasukkan kembali ‘plaster’ itu kedalam dompet saat akalku terfikir sesuatu.Emm,mungkin aku boleh bagi ‘plaster’ ni pada Asyriq.Kening dia berdarah teruk.Pelik betul,takkanlah cikgu tak perasan dan tak menawarkan untuk rawatan?
Tapi macam mana aku nak bagi?Memang gilalah aku nak bagi depan-depan macam tu! Tapi sebab apa aku nak bagi? Sebab aku risau,macamtu?Ishhh,boleh gila aku macam ni! Aku menggeleng-gelengkan kepala sambil cuba untuk fokus dihadapan.Namun,aku seperti rasa sesuatu.Bulu roma aku meremang dan aku dapat rasakan sesuatu aura dibelakangku.Ada orang tengok aku ke?
Eyyh,tak mungkinlah! Tapi hatiku kuat mengatakan ada orang yang ushar aku dibelakang saat ini.Dengan laju,aku cuba menoleh kebelakang.Dan saat itulah aku ternampak Asyriq memalingkan wajahnya dengan laju.Eh?
Dia ke yang ushar aku? Issh,tak mungkinlah.Come onlah,dalam banyak-banyak lelaki takkan Asyriq punya yang tenung aku.Maybe I’m crazy.Kata hatiku sambil ketawa kemudian memandang kehadapan kelas semula.
Waktu terakhir,kelas aku mempunyai kelas Pendidikan Jasmani di padang.Jadi semua murid diminta turun ke padang walaupun tidak memakai uniform sukan.Aku hanya mengeluh sambil memasukkan buku teks kedalam beg.Aku benci pergi padang.
Satu: Banyak budak lelaki hot main bola.
Dua: Budak perempuan akan start gembira dan memekik-mekik sambil ushar peluh budak lelaki yang turun daripada dahi diorang.Euuw.
Ketiga :Aku akan kebosanan menunggu di tepi padang kerana aku seorang diri dan aku terlupa nak bawak novel 'shiver' aku hari ni.
Huh...
Ramai orang keluar daripada kelas dan seorang budak perempuan yang mempunyai ketinggian sama dengan aku mula menghampiri aku dekat dengan meja.
“Awak,nama awak Zani kan?” Dia memberikan senyuman manis.
“Errhh….Ye saye.”
“Nama saya Azlina.Nanti boleh tak awak tolong tutupkan semua elektrik memandangkan awak orang last yang keluar.Please?” Dia mempamerkan wajah comel kepadaku yang hanya membuatkan muka aku berkerut dengan pelik.Tapi aku cuba menyembunyikanya kerana tak mahu dia fikir aku ni pelik atau apa.
“Oh,sure.Boleh je..”Kataku sambil tersengih.
“Thanks ye! Saya pergi dulu.”Kata Azlina dengan gembira dan meninggalkan aku dalam kelas seorang diri.Aku mengangkat beg dengan malas dan terus menutup semua suis kipas dan lampu.Kemudian,mata aku tertancap di meja Asyriq.Fikiran aku kosong seketika.
Lalu,tanpa berfikir kaki aku bergerak automatik ke tempat Asyriq dan mengeluarkan ‘plaster’ berwarna biru di dalam dompetku.Aku meletakkan ‘plaster’ itu di bawah meja tanpa harapan kalau-kalau kemungkinan Asyriq akan menjumpainya atau tidak esok.Biarlah…Tanpa membuang masa lagi,kaki aku laju keluar daripada kelas.
*****
Aku turun daripada van sekolah dan terus membuka pagar rumahku.Aku membuka grill pintu dan menjejak ke dalam rumah sambil memberi salam walaupun aku tahu tiada orang di rumah.Selesai mengunci semula pintu,aku mendaki tangga kemudian masuk ke dalam bilik.Objek pertama yang aku akan cari mestilah katil.Aku meletakkan beg ke tepi dan terus merebahkan badanku di atas katil yang empuk.Emm,bestnye.Penat gile tunggu van tadi.
Entah kenapa fikiran aku terfikir kembali ‘plaster’ yang aku letakkan sorok-sorok di bawah meja Asyriq.Kenapalah aku buat macam tu agaknya? Apa perasaan ni? Simpati?Empati? Atau….C..I..N..T..Tak! Itu takkan berlaku! Aku mengeluh berat kemudian turun daripada katil.I’m seriously need a bath.
Laju sahaja aku turun daripada katil dan mencapai tuala.Mata aku sempat memandang sekilas gambar mak,ayah dan aku di atas meja solekku.Sekeping gambar yang mempunya memori yang tak ternilai kepada aku.Aku merenung lama wajah ayah di dalam gambar.Senyuman dia yang gembira yang aku takkan lihat lagi di dunia ni.Ya,ayah aku sudah meninggal dunia dua tahun yang lalu.Hanya tinggal aku dan ibu aku sahaja di dalam rumah yang sunyi ni.Ibu selalu balik lewat sejak ayah meninggal kerana kerja.Yes,my mother is a workerholic.Dia merasakan semua bebanan berada di atas bahunya sejak ayah melepaskan nafas terakhir.Sebagai remaja,kita mesti akan rasa terkilan atau merungut kalau ibu selalu tiada di rumah atau kurang mendapatkan kasih sayang daripada ibu bapa.Tapi entah mengapa perasaan tu tak lekat dalam hati aku.Aku faham dia keluar balik lewat malam hanya semata-mata untuk tanggung makan minum kitaorang bedua.Memang susah sejak ayah aku meninggal,jadi aku tak boleh anggapkan diri aku ni sebagai anak kurang kasih sayang.It’s just,I don’t care.Aku sayang mak aku dan aku tahu mak aku pun sayangkan aku.Cuma sejak akhir-akhir ni dia berubah.Dia menjadi seperti orang yang suka mendesak.
Malas untuk berfikir lagi,aku masuk ke dalam bilik mandi.Setelah beberapa minit,aku keluar dengan lengkap berpakaian dan tuala yang masih berada di atas kepala.Aku keluar daripada bilik dan turun daripada tangga untuk mencari makanan di dapur.Perut aku dah bernyanyi ‘rap’ sejak tadi.Aku membuka peti tudung saji dan melihat lauk ayam masak merah dengan memo di tepi.Aku mengambil memo itu dan membaca setiap perkataan.
Nasi ada dalam peti sejuk.Panaskan dan makan lauk ayam masak merah ni.
-ibu
Aku tersenyum lalu terus menuju ke peti sejuk dengan gembira.Dan sebab inilah aku tahu aku bukan anak yang kurang kasih sayang.
Aku melihat jarum jam menunjukkan pukul 12.50.Malas untuk buat kerja rumah di dalam bilik lagi,aku keluar dan buat kerja di ruang tamu.Aku sengaja tidur lewat untuk tunggu ibu aku pulang.Aku tak boleh nafikan yang aku risau tentang keadaan ibu aku.Dia dah makan ke?Aku harap tak ada accident dekat jalan raya? Fikirku.Malas untuk membuat kerja lagi,aku menuju ke tandas untuk mengambil whuduk.Mungkin sementara menunggu aku boleh menunaikan solat sunat.Jangan salah faham,walaupun aku ni perwatakan seperti alim dan tudung labuh.Namun aku sebenarnya bukan orang warak,aku cuma seorang remaja yang menuruti perintah agamanya.
Selesai menunaikan solat,aku letakkan telekung ke tepi dan duduk kembali di sofa.Aku memerhatikan sekeliling rumah aku yang sunyi dan hanya kedengaran bunyi jam berdetik.Boringgnya,bila ibu nak balik ni? Tanpa berfikir panjang,aku terus mencapai kertas dan berfikir sejenak untuk melukis gambar apa yang aku suka.Aku melihat botol gelas di atas meja dan aku cuba melakarkanya di atas kertas.Bukan mahu sombong tapi skil melukis aku memang bagus.Aku suka melukis kerana seni boleh membuatkan aku rasa bagus dan tenang.Aku selalu melukis kalau jiwa aku kacau atau bosan.I guess,I’m really passion about art.Terdetik hatiku untuk menjadi pelukis bila besar nanti.Mungkin aku boleh buka gallery juga.Aku ketawa kecil memikirkan impian aku.Daripada saat ganti ke minit,mata aku semakin memberat dan aku mula menguap besar.Tanpa aku sedari,aku terlelap di atas meja.
“Zani-“
Aku membuka mata kemudian tutup kembali.
“Zani,bangun!”
Aku dapat rasakan badan aku digoyang-goyangkan dan memaksa mata aku untuk dibuka.Aku mengesat mataku dan memandang wajah dihadapanku.Aku tersenyum kerana melihat wajah ibu.
“Ibu,bila balik?” Tanyaku dengan suara yang serak.
Ibu tidak menjawab cuma melihat mukaku dengan lama kemudian matanya tertancap pada lukisanku di atas meja.Tanpa aku sedari,ibu mengambil lukisanku di atas meja dan memerhatikan dengan lama.
“Kamu ke yang lukis ni Zani?”
“Haah,kenapa?” Tanyaku dengan pelik.ibu nak puji ke?Aku tersenyum memikirkan apabila ibu memuji lukisanku nanti.
Satu keluhan ibu lepaskan dan meletakkan kembali lukisan itu di atas meja membuatkan aku terkejut.
“Kenapa kamu membuang masa Zani.Mak kecewa sangat.”
Hati aku seperti berhenti berdegup.
“Maksud mak?” Mukaku berkerut.
Aku lihat ibu mengeluh sekali lagi.Dan melihat ibu mengeluh begitu banyak kali hanya membuatkan hati aku hampa.
“Mak expect,kamu belajar atau ulangkaji.Ini tidak,kamu buang masa dengan melukis.Apa yang kamu dapat dengan melukis Zani?Cuba cakap dengan mak?” Suara ibu mendatar.
“Zani ingat sengaja nak….”
“Tak Zani! Zani tak boleh sengaja nak lukis.Setiap saat Zani akan taruhkan masa hadapan Zani dengan perkara buang masa ni! Mak nak Zani belajar pandai-pandai.Mak nak Zani jadi orang tertinggi besar nanti macam doktor dan pensyarah.Zani kena stop buang masa dengan melukis!” Kata ibuku mempamerkan wajahnya yang kecewa bercampur penat.Aku diam tidak berkutik.
“Sudahlah,pergi tidur.Mak penat,esok kamu ada sekolahkan.”Kata Ibu kemudian terus berlalu pergi.
Aku memandang ibu daripada jauh.Ibu memang sayang aku,tapi seperti sudah berubah.Ibu makin desak aku belajar untuk berjaya.Itu bukan benda yang salah,tapi kenapa aku rasa seperti sedih bila ibu remehkan lukisan aku.Yang aku paling pelik,air mataku seperti ingin menitis kerana ibu tak pernah soalkan apa impian aku dalam hidup ni.
Share this novel