“Itu sahaja untuk hari ni.Siapkan kerja yang saya bagi dan esok saya nak tengok.”
Kata Puan Salwani dan terus mengemas buku di atas mejanya.Sejurus sahaja cikgu keluar,semua pelajar mula bising dan berjalan pergi ke meja kawan masing-masing.Aku menutup buku addmath dan melepaskan keluhan kecil.Apa yang diajar oleh Puan Salwani tadi seakan-akan tak terlekat sangat dalam otak aku ni.Kenapa formula dia berbelit-belit,kenapa huruf alpha-beta macam tu,kenapa ada orang yang cipta addmath lagipun,ataupun aku yang bodoh? Dulu-dulu aku belajar math semuanya nombor,tiba-tiba algebra datang menyerang seakan-akan mengambil alih semua formula math yang aku belajar.Sekarang ni algebra terdapat dalam semua math.Sama la situasinya macam aku sekarang,asyik terfikirkan mamat Asyriq tu je.
Cakap pasal mamat tu,aku mengerlingkan mata ke tempatnya.Aku melihat Asyriq bangun daripada kerusi dan keluar daripada kelas dengan laju meninggalkan mata perempuan yang banyak memandangnya daripada belakang.Termasuk aku.
Dia nak ponteng kelas la tu,lepak dengan member dia dekat blok sebelah.Sudah dua bulan berlalu sejak hari pertama sekolah.Memang tipulah kalau aku kata selama dua bulan ni aku tak tahu apa-apa tentang mamat Asyriq tu kalau mata aku asyik ushar dia je.Banyak aku tahu pasal dia.Terlalu banyak sebenarnya sampai boleh buat senarai.Sekali lagi,aku bukan stalker!
Semua yang aku tahu pasal dia pun sebab dia yang tonjolkan sifat dia sendiri di dalam kelas.So,don’t get the whole wrong idea,I’m not a pyscho.Mata aku melirik ke meja Asyriq.Dengan buku teks yang berlambak di bawah mejanya.Mungkin dia terlalu malas untuk bawak ke rumah.Dan banyak juga komik,komik doraemon pula tu.Lama memerhatikan Asyriq,aku betul-betul pelik macam mana dia boleh masuk kelas sains tulen dengan perangai dia macamtu termasuk komik dan lighter yang terdapat dalam bawah mejanya.Dia ada genetic pandai kut? Jelesnyaa..
Malas untuk berfikir,aku keluarkan novel inggeris bertajuk ‘Wildwood’ di dalam beg aku untuk membaca.Aku sentiasa bawa buku novel sebab aku tahu aku tiada kawan di dalam kelas.Jadi,daripada termenung lepastu jerawat pulak timbul.Baik aku tenggelam dalam dunia fantasi aku sendiri.Lagi best.
Kemudian,perut aku memulas-memulas.Aku memegang menekan perutku yang terasa seakan-akan diikat ketat.Sakitnya? Apahal pulak ni? Perutku sakit seakan dicucuk-cucuk.Ini senggugutkah?Oh,no! Seumur hidup aku,aku tak pernah bocor dekat sekolah dan aku tak nak pecahkan rekod tu.Dengan laju,aku ambil pad di dalam beg dan sembunyikan di dalam poketku dan laju menuju keluar kelas untuk pergi ke tandas.
*****
“Huhhh….” Itulah perkataan pertama saat aku keluar daripada tandas.Memang betul lah ni,aku period.Nasib baik sempat.Aduuh,tapi ni first day,ini yang buatkan aku tak selesa nih! Omel hatiku dengan geram.
Kemudian,satu bunyi membuatkan pergerakanku terhenti.Pintu tandas dibuka dan beberapa orang perempuan masuk sambil tergelak-gelak.Aku tidak mengendahkanya namun terus mencuci tanganku di sinki.Daripada cermin tandas,aku memerhatikan perwatakan mereka.Tudung singkat,mekap tebal,kain labuh.Aku tahu geng perempuan yang memasuki di dalam tandas ini adalah budak daripada kelas belakang.
Penglihatan curi-curi pandangku dapat ditangkap oleh salah seorang member mereka.Dia merenung tajam kepadaku dan terus berjalan melangkah mendekati aku.Aku menelan air liur sedalam-dalamnya.
“Woi! Apasal kau tenung aku macam tu ha? Tak puas hati.” Tegurnya padaku dengan kasar.
Aku memandang wajahnya.
“Kenapa Aina?” Soal kawan disebelahnya.Barulah aku tahu nama dia Aina.
“Entah? Minah alim ni dari tadi tengok-tengok je aku.Apasal,kau tak puas hati sangat ke?! Ingat kau tu alim dah baguss la.”Jeritnya pada muka aku.Aku hanya diam sambil memerhatikan wajah Aina.Bukanya aku takut atau apa.Aku cuma sedang bersabar.Bersabar sebab aku tahu buang masa layan diorang semua.Kenapa dia ni nak ‘hot’ sangat dengan aku? Aku pandang pun salah ke?
Malas lagi untuk membuang masa,aku cuba melangkah laju pergi ke pintu tandas.Lebih baik jangan layan.Namun,tak sempat aku memegang pintu tandas,satu tangan menarik aku kebelakang membuatkan belakangku menghentak dinding tandas dengan kuat.Mukaku berkerut menahan kesakitan.Aina dan membernya mendekatiku dan satu tangan menampar pipi ku dengan kuat.Kemudian Aina menarik tudungku ke depan sambil tergelak.
“Lain kali,kalau aku tengah cakap dengan kau.Jangan buat bodoh!” Jerit Aina sambil tersenyum.
“Padan muka,cari pasal lagi dengan kitaorang.Kalau kitaorang nampak muka kau lagi,siap kau!” Tempik rakanya pula kepadaku sambil memegang kasar daguku supaya mata aku memandang matanya.Kemudian mereka semua beredar daripada tandas meninggalkan aku terduduk di atas lantai.
Ya Allah,kenapalah hari ni aku malang sangat? Aku memegang belakangku dan mukaku berkerut.Sakitanya belakang aku! Aku mengangkat kakiku perlahan-lahan untuk bangun dan membetulkan tudungku yang kedepan.Aku melihat cermin dan air mataku seperti ingin menitis.Aku melihat terdapat calar di pipiku yang berdarah.Semasa Aina menamparku,mungkin dia tidak menyedari bahawa kukunya yang tajam telah pun melukakan pipiku.Apa salah aku? Sejak bila tengok muka orang pun dituduh bersalah? Arrghh.
Loceng rehat sudah berbunyi dan aku cepat-cepat menyeka air mataku .Aku takkan menangis dekat sekolah! Itulah moto hidupku.Aku membasuh tanganku sekali lagi dan terus keluar daripada tandas.Aku menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum kakiku menuju ke kantin.
Tiba ke kantin,seperti yang aku duga pelajar semua telah memenuhi meja makan.Aku pergi kebelakang untuk mencari Wani yang mungkin telah jagakan tempat untuk aku.Kemudian,mataku terpandang sekilas kepada Aina dan gengnya yang lepak di tepi kantin.Mereka menyedari aku dan hanya menghadiahkan senyuman sinis.Ingat aku takut?Aku tak takut,aku cuma bersabar sebab aku tahu kalau aku lawan pun tiada guna.Tiada kesudahan.
Aku mengangkat kaki untuk beredar jauh daripada Aina and the ‘geng’.Annoying gila aku dengan diorang.Kemudian,aku terlihat Wani melambai-lambaikan tangan kepadaku di hujung kantin.Secara automatik aku tersenyum dan meluru laju kearahnya.
“Beb! Apasal kau lambat sangat. keropok lekor dah habis tau!” Kata Wani sambil memuncungkan mulutnya ke depan.
Aku tergelak kecil.Aku takkan beritahu Wani apa yang terjadi.Fullstop.
“Aku pergi tandas lepastu….”
“Ya Allah,apa jadi dekat pipi kau ni? Berdarah kut!” Kata Wani dengan muka berkerut sambil memegang pipiku.
“Ish,tak ada apa-apa lah.Aku…Aku terhentak bucu meja tadi.” Tipuku sambil memegang tangan Wani.Dan saat itu barulah aku tersedar,bodohnya alasan aku.Bucu meja? Really?
Wani melihat wajahku sambil menunjukkan riak tidak percaya.Yeah,stupid excuse.
“Zani,engkau memang tak pandai menipu.Siapa yang buat kau macam ni? Cakap dengan aku!” Kata Wani separuh menjerit.Dapat aku lihat kemarahan pada matanya.Aku tersenyum lebar apabilan Wani prihatin pada aku.Wani memang berani,dia pernah bergaduh masa form 1 dengan budak kelas hujung sampai hampir digantung sekolah.Sejak itu,ramai orang tak nak cari pasal dengan Wani lagi.Mungkin sebab itulah dia tak takut nak cari kacau dengan siapa-siapa pun.Berlawanan dengan aku yang lebih prefer diam dan hidup dengan sunyi.Kadang-kadang aku pelik juga macam mana Wani ni boleh jadi kawan aku?Mungkin hanya aku yang kenal hati budi Wani sebenar-benarnya.
“Wani,tak ada apa-apa lah! Mana ada orang yang kacau aku.Aku yang cuai.” Selindungku dengan harapan Wani memakan umpan.
Wani masih melihat wajahku dengan sangsi.Mukanya berkerut tidak percaya.
“Tapi beb,takkanlah sampai berdarah…”
“Issshh,aku ok! Dah,pergi beli makanan cepat.Aku jagakan tempat.Pergilah!” Kataku usir Wani.Nanti lama-lama sangat,aku takleh handle penipuan aku lagi.
“Ermm…Ok,aku pergi.Kau nak aku beli apa-apa tak.”
“Takpe,aku tak nak makan.Dah,pergilah cepat.Orang ramai tu!”
Kataku lalu menolak bahu Wani,Wani pun akur dan pergi ke gerai kantin.Aku duduk dan lepaskan keluhan berat.Kalau dah kena buli macam ni,mana aku ada mood nak makan,kan?Gumam hatiku dan cuba memegang pipiku yang sudah kering darahnya.Auuch,sakit! Huhuh…
Aku menyeluk poketku cuba mencari ‘plaster’ yang selalu aku bawak ke sekolah.Tiada.Tiada plaster dalam poketku.Damnit.Kenapa?Kenapa hari ni aku begitu…Arggh! Seperti ingin menjerit sahaja hatiku saat ini.Namun,suasana kantin yang senyap membuatkan hati aku pelik.Aku memandang sekeliling dengan curiga.Apasal semua senyap je ni? Aku melihat orang disebelahku yang secara tiba diam tidak berkutik.Aku melihat dia memandang ke hadapan dan aku juga buat begitu.
Mata aku melihat kumpulan ‘badboy’ ataupun member Asyriq yang menapak masuk ke dalam kantin.Semua orang hanya senyap seperti takut untuk bergerak.Mereka menuju ke hadapan untuk pergi ke gerai kantin.Sepasang kembar itu hanya memandang sekeliling mereka dengan senyuman sinis dan menjegilkan mata.Seperti isyarat: Jangan cari pasal.
“Apasal pandang-pandang! Nak kena penumbuk!” Teriak member Asyriq yang berambut separuh botak.
Uihhh,memang brutal geng ni.Aku melihat geng Aina bersama ahlinya pun hanya diam tidak berkutik memandang Asyriq dan kumpulanya.Aku hanya dapat memerhatikan mereka dengan seram sejuk.Kenapa la keadaan sekarang ni seperti teringatkan aku babak-babak di dalam movie gangster-gangster yang aku tengok dulu? Asyriq tidak ubah seperti gangster yang membuatkan mulut pelajar kunci tertutup walaupun wajahnya yang agak comel.Bagi aku la.Ehehe..
Hatiku semakin berdebar apabila Asyriq makin hampir untuk melintasi mejaku.Aku ingin menunduk tetapi seakan-akan mata aku tertarik untuk memandangnya lagi.Stupid thought.
Dan ketika itulah,mata aku dan Asyriq terpandang sesama sendiri.Mukaku sudah memerah dan hatiku sudah terlebih getaran.Asyriq seperti merenung wajahku dengan lama dan yang pelik,mata aku pun seperti tidak menarik daripada pandangan itu.
Satu saat..
Dua saat..
Dua saat setengah!
Aku terus menarik pandangaku dan terus memandang ke tepi.Fuhh,selamat daripada zina mata.Asyriq juga meneruskan perjalananya ke gerai kantin.Mukaku sudah tersedia dengan ‘free’ blusher.
“Woi,ketepi! Bagi aku lalu!” Jerit Asyriq pada budak yang berada di hadapanya.Budak itu sudah seperti tikus ketakutan dan terus berlari keluar daripada kantin.Asyriq dan membernya membeli makanan.
Aku memegang kedua belah pipiku dengan rasa tidak percaya.Dia pandang aku! Pandang A.K.U! Dan yang paling teruk,aku jugak pandang dia! Arrghh..What a mess! Sejak aku berikan Asyriq senyap-senyap plaster hari tu..Baru aku sedar yang aku mempunyai ‘crush’ pada dia.Cliche kan,nerd girl loved the badboy.Aku tahu itu drama cinta yang tak pernah akan jadi pada aku.Tapi kenapa hati aku masih bergetar untuk dia?.Oh ya,berkata tentang ‘plaster’.Korang mesti tertanya-tanyakan apa yang terjadi selepas aku sorok-sorok bagi Asyriq ‘plaster’? Let me tell you something,keesokanya selepas peristiwa itu.Aku lihat Asyriq masuk kedalam kelas dan duduk di mejanya seperti biasa.Dia mengambil buku di bawah mejanya dan masih tiada apa-apa yang berlaku.Nothing.Entahlah,mungkin ‘plaster’ tu hilang atau pun dibawa angin or etc.Aku memegang dadaku yang masih bergetar,sebenarnya terdapat rasa kecewa bahawa Asyriq tidak menemui ‘plaster’ biru kesayanganku.
*****
‘Kringg!’
Loceng tamat sekolah berbunyi seperti biasa dan bunyi pelajar mengemas buku mula kedengaran.Aku hanya tersenyum kecil kerana tak sabar untuk pulang ke rumah.Aku memasukkan semua buku ke dalam beg dan mengangkat beberapa buku latihan ringan di tanganku.Setiap hari buku beratlah yang selalu jadi teman aku untuk datang ke sekolah.Kalaulah sekolah aku ni macam sekolah filem America yang aku selalu tengok.Setiap pelajar ada loker sendiri untuk letak buku dan barang privasi,mesti best dan dah lama bahu aku tak sakit macamni.Haihh,apa la yang kau fikir ni Zani,Malaysia dengan America memang banyak jauhnya.Aku patut belajar bersyukur dengan apa yang aku ada kan?Walaupun, aku masih memilih negara Malaysia yang mempunyai agama islam sebagai agama rasmi daripada negara barat yang lain.
Tidak sempat aku menapak ke luar kelas,Asyriq jalan laju melintasiku dan terus keluar daripada kelas.Aku hanya memerhatikan belakangnya daripada jauh sehingga hilang di sebalik dinding.Aku memegang dadaku dengan laju.Tak berbunyi pulak kali ni? Ishh,kau biar betul Zani,ada ‘highschool crush’ dengan mamat bermasalah macamtu?! Mukaku berkerut cuba befikir kenapa wujud perasaan begitu aku kepada Asyriq.Aku takleh nafikan,kalau fikir pasal dia mesti kadang-kadang aku sengih sorang-sorang.
“Zani!”
Terkejut Zani membuatkan lamunan dia hilang serta merta.Dia melihat Wani laju meluru kearahnya.
“Apasal kau lambat nih? Aku tengok kau termenung je tadi?” Soal Wani dengan muka berkerut sambil tercungap-cungap.
“eheheh…Tak ada apa-apalah..” Sengihku.Ini semua Asyriq punya pasal.
“Ermm,iyelah tu.Ni,aku dah lambat nak pergi kelab koko.Balik nanti jangan tunggu aku ye,sebab aku lambat sikit.”
Aku hanya mendengar kata Wani dengan mata membulat.Koko?! Macam mana aku lupa aku ada kelab seni lepas sekolah.Adooiii,itulah! Berangan lagi mamat baju kuning tu! Aku menampar dahiku dengan muka berkerut.
“Adooi! Aku lupa la Wani aku ada kelab seni petang ni!” Rungutku kemudian laju memandang jam di tangan.Dah lambat kut,kelab dah lama start!
“Aku gi dulu ye,dah lambat gila ni! Balik ni pun jangan tunggu aku ye,aku balik lambat!” Kataku kemudian terus lari menuju kearah blok.Wani hanya senyum dan menganggukkan kepala.Aku lihat dia juga berlari menuju ke tempat kelab persatuanya.
Dengan nafas tercungap-cungapnya,aku sampai juga dihadapan kelas seni.Aku melihat beberapa pelajar yang telah mula melakar di kertas lukisan.Fuhh,sempat.Aku mengelap peluh di dahi kemudian mengetuk pintu dan masuk ke dalam.Cikgu seni yang mengajar aku,iaitu Puan Latifah memandang kearahku.
“Ha! Zani,kamu lambat pulak hari ni ye.Dah,pergi duduk cepat.” Kata Puan Latifah sambil tersenyum.
Aku hanya menguntumkan senyuman kembali.Aku suka lihat wajah Puan Latifah yang merah keputihan.Walaupun agak berumur,namun wajah Puan Latifah masih cantik di muka aku,memang beruntung suami dia.Puan Latifah merupakan salah satu guru seni yang terbaik di sekolah ni,memang kembanglah hidung aku dapat belajar dengan dia.Hehe..
Tanpa membuang masa,aku menarik kerusi panjang dan duduk di sebelah Puan Latifah.Aku keluarkan kertas lukisan dan beberapa pensel.
“Jadi,memandangkan kamu lambat.Cikgu tak ada masa nak terangkan balik tentang tajuk kita hari ni sebab cikgu ada meeting kejap lagi.Saya nak kamu tanya Syuhada apa yang saya terangkan tadi dan copy lukisan dekat kertas ni.” Kata Puan Latifah sambil menghulurkan aku kertas fotostet yang mempunyai lakaran buah,buku dan pemandangan rumah.
“Terima kasih cikgu.”Kataku sambil menganggukkan kepala.
Puan Latifah mengemas barangnya kemudian mengangkat tas tanganya ke bahu.Sebelum keluar,Puan Latifah sempat menoleh melihat wajahku.
“Oh,ya.Lagi satu Zani.Saya suka lukisan yang kamu hantar kepada saya minggu lepas.Memang cantik dan berbakat.”Senyum Puan Latifah kemudian terus bergerak hilang di sebalik bayang.Aku hanya tersenyum lebar dengan bangga.Memang pujian tu akan kekal dalam hati aku selama-lamanya!
30 minit kemudian..
Aku meletakkan kembali berus ke dalam cawan sambil merenung lukisan yang telah kuwarnai dengan ‘water colour’.Bukunya aku warnakan dengan warna biru namun ada sedikit warna kuning menandakan cahaya yang datang daripada luar tingkap.Aku tak tahu nak labelkan lukisan aku ni sebagai cantik ataupun hanya lukisan biasa?Entahlah.,mungkin tu semua terserah pada pemerhatian cikgu.Mataku melirik pula pada lukisan Syuhada yang masih tekun mewarnai lukisanya dengan berus.
Fuyoo! Cantik gila! Serius cantik,aku memang suka lukisan Syuhada.Memang nampak 3D dan halus.Memang sebijik dengan gambar yang dia tiru.
“Cantikla Syuhada…Berbakatnya kau..” Kataku sambil mataku masih merenung lukisanya.
Syuhada hanya memandangku sambil tersengih lebar.
“Ala..kau punya pun cantik.Aku nampak tadi kau sketch pemandangan dekat kertas,aku suka tengok.”
“Mana adalah! Pandai-pandai je kau! Aku puji kau,kau nak puji aku balik la pulak ye?” Sengihku dengan kening terangkat.
“Eheh..Tak adalah.Kau tak nak balik ke? Dah habis waktu koko ni.” Soal Syuhada.
“Aku nak balik la nih.Nak buang air ‘water colour’ ni kejap.Aku pergi dulu ye.”
Syuhada hanya menganggukkan kepalanya.Sebelum keluar,kitaorang bertukar senyuman.Aku keluar daripada bilik koko dengan hati yang berbunga.Aku suka sangat seni! Aku rasa macam nak jerit perkataan tu pada semua orang.Aku suka masuk kelab seni,aku suka kawan aku dekat sana dan aku suka Puan Latifah.Betapa berterima kasihnya aku pada tuhan kerana kurniakan tangan yang ada kebolehan macamni.
Perjalanan aku ke tandas terhenti apabila aku melihat kelibat Aina di hadapan.Muka aku yang berbunga terus 180 darjah berubah ke muram.Isshh,menyampah pulak aku tengok muka minah tu dengan geng dia.Ermm,macam mana ni? Kenapa dalam banyak-banyak bangunan sekolah aku perlu terserempak dengan diorang dekat sini jugak?!
Dalam hati,aku cuba bertenang dan berlagak seperti biasa.Aku tak boleh takut,aku bukanya jenis orang yang lemah! Okay,you can do this.Aku berjalan kehadapan dan semakin menghampiri mereka.Aku cuba memandang ke bawah namun masih dapat merasai pandangan Aina padaku.Arrgh,muka aku jugak yang dia nak pandang!
Dapat aku pandang sekilas dan tahu Aina dan rakanya menyedari kehadiran aku,tapi aku masih meneruskan langkah.Lagi sikit je lagi,dan lepastu aku boleh bebas daripada radar mereka semua.Aku berjalan sehingga melepasi mereka dan apabila betul-betul pasti aku sudah lepas.Aku melepaskan nafas lega.Sehinggalah..
Splassh!
Semuanya berlaku dengan cepat dan mata aku membulat terkejut.Tangan serta bajuku sudah basah terkena air ‘water colour’ yang berwarna biru.Aku terkejut sehinggalah menangkap tangan Aina di lenganku.
“Opps,sorry.Sebenarnya saya ingat nak tarik awak sebab nak tanya soalan.Tak sangka pulak awak pegang air warna biru tadi.Sorry ye dah basahkan baju.” Katanya dengan nada kasihan kemudian aku lihat senyuman sinis di bibirnya.Senyuman yang amat aku benci untuk abad ni!
“Kau…” Aku masih terkejut dengan muka berkerut.
“Bye budak lembab..Have fun balik sekolah nanti dengan baju comot macam tu.Euu..” Kata Aina sambil diikuti dengan gelak ketawa daripada rakanya.Nafas aku hanya tercungap-cungap cuba ingin tahan air mata yang ingin keluar.Kemudian,mereka semua pergi daripada koridor dan hanya tinggal aku sendirian.
Aku memandang bajuku yang sudah ada kesan berwarna biru.Ya Allah,macam mana ni? Takkan aku nak balik dengan baju macamni? Susah nak hilang tanda ni,biru dia pekat pulak tu.Malunya aku balik nanti! Dengan perlahan-lahan aku kutip cawan yang terjatuh di atas lantai.Hati aku sekarang ni hanya tuhan sahaja yang tahu macam mana.Benci! Marah! Rasa lemah dan tak berguna!
Agaknya memang macam nilah ye rasa kena buli.Rasa kita ni memang macam orang tak berguna.Apa masalah Aina?! Kenapa aku juga yang jadi mangsa dia sedangkan kulit dia pun aku tak sentuh?! Dengan lemah longlai,aku menuju juga ke tandas berhampiran dengan hati yang remuk.Aku benci perasaan ni.
******
Untuk semua kesusahan yang aku lalui hari ni,akhirnya kaki aku jejak jugak ke rumah selepas turun daripada van sekolah.Nak tahu macam mana aku sorokkan kesan biru yang beesarr dekat baju aku ni? Aku hanya cover dengan beg sekolah dengan lagak aku pegang beg sekolah dengan tangan.Dan nak tahu satu perkara? Pelan aku memang fail 100%.Beg sekolah aku yang tak seberapa besar ni sebenarnya tak membantu langsung aku untuk sorokkan kesan biru dekat baju sekolah aku ni.Aku ingat lagi bila aku keluar daripada pagar sekolah,semua orang pandang-pandang dengan tersenyum.Bila masuk dalam van pulak,budak-budak junior semuanya bisik pasal aku.
Huhh,nampaknya aku perlu biasakan diri aku dengan nasib macam ni.Macam mana aku nak biasakan? Entahlahh…Otak aku seperti letih nak berfungsi.Aku membuka pintu rumah kemudian menapak ke dalam.Selepas selesai mandi dan menukar pakaian,aku turun ke bawah untuk makan.Perut aku dah bekeroncong kut.
Aku buka peti sejuk,microwave dan tudung saji.Namun aku masih tak menjumpai apa-apa malah secebis makanan pun.Apa jadi ni? Mana semua makanan? Takkan ada orang ceroboh rumah aku pastu curik semua makanan kut? Aku duduk di kerusi sambil mengetuk-ngetuk jariku di atas meja makan kaca.Nak makan apa ye? Aku berdiri dan buka laci atas untuk cari Maggie ataupun kerepek.Namun satu pun tiada.Aku mendengus malas dan terus mencapai telefon bimbitku di atas meja kopi serta mendail nombor ibu.
Aku menunggu lama sehinggalah panggilan diangkat dan aku serta merta mendengar suara ibu.
“Zani? Kenapa telefon mak ni?”
Kata ibu dengan laju dan aku dapat mendengar bunyi taipan di sekeliling talian sana.Nampaknya ibu memang sibuk.
“Sorry mak kacau,tapi makanan tak ada pastu Zani tak….”
“Eh? Ya,sekejap lagi saya akan balas.Ye,ye..”
Mukaku berkerut.
“Mak? Mak cakap dengan siapa?”Soalku.
“Eh? Sorry Zani,mak tengah cakap dengan kawan sekerja mak tadi.Zani,mak betul-betul sibuk sekarang dan tak ada masa nak layan kamu.Kita jumpa dekat rumah nanti ye.” Kata ibu dengan selaju kilat.
“Tapi mak..”
“Bye!-“ Kemudian talian dimatikan.
Aku merenung telefon bimbitku dengan hati yang hampa.Great! Hari ni memang hari bertuah aku nampaknya.Sudahlah kena buli dan sekarang aku lapar dan tak ada makanan langsung dalam rumah aku!
Aku cuba menarik nafas sedalam-dalamnya dan beristifar dalam hati.Sabar Zani,ni semua ujian.Kau kena tabah sebagai seorang remaja.Aku melepaskan nafas keluhan terakhir dan memandang sekeliling.Nak buat macam mana ni? Aku lapar gila.
Nampaknya tiada pilihan lain selain aku kena makan dekat luar.Rumah aku agak jauh daripada kedai dan mungkin mengambil masa kira-kira 15 minit untuk jalan kaki.Tapi nak buat macam mana,takkan nak mati kebulur dekat sini kut.Dengan malas aku naik ke tingkat atas dan memakai cardigan dan tudung.Aku membawa beg aku yang berisi kertas lukisan a.k.a homework seni aku.Mencapai henfon dan kunci aku terus keluar daripada rumah.
Selepas beberapa minit berjalan kaki,aku sudah dapat lihat bayang kedai di hadapan aku.Aku meneliti satu persatu kedai makanan.Nak makan tom yam ke? Aku lapar tapi tak ada la lapar sangat.Sekadar nak alas perut je.Kemudian mata aku terpandang kepada sebuah kedai yang seperti baru dibuka.Papan tandanya berbentuk mug coffe dan dibawahnya tertulis “Aishah café”.Nampaknya macam kedai baru,try makan dekat situ lah.Aku tersenyum lebar kemudian melangkah ke ‘Aishah café’
Tingg!
Saat pertama aku jejak ke dalam ‘Aishah café’,hati aku sudah tertulis menyesal.Aku ingat café ni takkan dipenuhi orang ramai sebab baru buka,nampaknya aku tersilap 360 darjah.Langkah pertama aku masuk ke dalam kedai ni,sudah ramai mata memandang aku kemudian mereka sambung kembali menyambung makan atau apa yang mereka lakukan tadi.Ramai remaja yang lepak di sini sebenarnya,terutamanya budak sekolah aku.Nampaknya aku betul-betul outdated.Aku ingat nak makan dekat kedai sunyi,bolehlah tumpukan untuk lukis sementara tu.
Dengan keluhan dalam hati,aku berjalan melintasi meja makan orang ramai dan pilih untuk duduk di belakang sudut kedai bersebelahan dengan tingkap.Aku meletakkan beg di atas meja dan menuju ke kaunter untuk buat pesanan.Dalam beg aku tu ada bahan untuk melukis je,kalau nak curik pun tak berbaloi.Hehe..
Aku menuju ke kaunter dan berdiri di belakang beberapa orang yang beratur untuk membuat pesanan.Aku memandang sekeliling memerhatikan dekorasi kedai yang unik dan menarik.Memang cantik café ni siap sediakan sofa dan kusyen yang bulat dan comel.Patutlah remaja suka lepak sini.Mungkin aku pun patut kerap datang sini.Mata aku meliar sehinggalah tertangkap kepada pekerja yang mengambil pesanan di kaunter.Pekerja lelaki yang berukuran sama umur dengan aku itu memang nampak segak dengan kemeja putih dan memakai apron berwarna hitam.Tunggu? Aku macam kenal je pekerja mamat tu?
Dengan rasa sangsi aku mengecilkan mataku untuk melihat wajah pekerja itu dengan lebih jelas.Muka tu,itu bukan ke…Asyriq?! Biar betul,dia kerja dekat sini?! Kemudian satu perkara terbit dalam akal aku.Kepala aku terus memandang di sekeliling kedai dan mendapati lebih ramai pelanggan perempuan daripada lelaki.Ada juga yang aku lihat pelanggan perempuan yang mencuri-curi lihat kearah Asyriq yang sedang tekun mengambil pesanan.Patutlah! Sekarang aku tahu kenapa kedai ni famous sangat terutamanya dalam kalangan wanita.
Tanpa aku sedari,sudah sampai masa aku untuk membuat pesanan.Eh? cepat pulak sampai turn aku nih? Aduuh,malulah aku nak pandang muka dia.Macam mana ni?! Mungkin aku order dekat kaunter sebelah je lah.Tidak sempat aku berpaling,aku terdengar suara lelaki yang membuatkan jantung aku bergetar.
“Selamat datang ke ‘Aishah Café’,awak nak order ape?”
Aku menelan air liur sedalam-dalamnya.
Share this novel