BAB 4

Romance Completed 112147

Aku membuka mata perlahan-lahan dan melihat kipas yang berpusing-pusing di siling.Tanganku merasa cadar yang lembut.Ini katil kan? Kepalaku berasa sedikit pening dan berpinar.Aku mengangkat tubuhku dan melihat selimut yang menyeliputi tubuhku paras dada.Aku dekat mana ni? Aku melihat sekeliling dengan fikiran yang kosong.Di hadapanku terdapat almari yang penuh dengan ubat dan di sisi katilku terdapat meja yang banyak kertas di atasnya.Aku kenal tempat ni.Ini....Bilik kesihatan sekolah kan?Macam mana aku boleh ada dekat sini?

Fikiranku terlayar kembali di mana Aina dan rakanya membuli aku.Seingat aku,masa tu aku pengsan dan...Asyriq! Aku ingat lagi wajah Asyriq! Mata aku membulat tidak percaya.Dia selamatkan aku lepastu siap dukung aku lagi.Argghh,malunya! Jadi,dia la yang bawak aku dekat bilik kesihatan?Mukaku sudah merah sama dengan warna merah tomato.Ya Allah,kenapalah aku asyik buat benda yang memalukan! Sekarang macam mana aku nak berdepan dengan dia.

Aku menutupi tubuhku dengan selimut.Perasaan malu dan tidak percaya membaluti hatiku saat ini.Tapi,macam mana dia jumpa aku? Terfikirkan hal itu membuatkan aku diam sejenak.Aku ingat lagi Aina mengatakan pada aku bahawa Asyriq adalah ex-boyfriend dia.Psshh,siapa kisah! Asyriq bukan hak aku pun,itu semua salah faham.Aku memegang dadaku,kenapa berdebar?

Kemudian,aku terdengar bunyi pintu berkuak.Bunyi tapak kaki semakin lama semakin menghampiriku.Gulp.Asyriq ke tu?Aku mengenggam selimut dengan erat.Aku dengar bunyi spring katil menandakan ada orang melabuhkan punggung di atas katil bersebelahan dengan katilku.Akhirnya,aku melihat siapa yang duduk di sisiku.Siapa lagi kalau bukan Asyriq.Aku sembunyikan separuh wajahku dengan malu.Aku seperti tidak percaya Asyriq yang menyelamatkanku.

Asyriq menyisir rambutnya kebelakang dan merenung wajahku dengan serius.Aku cuba mengawal riak wajahku dan bangun.Aku duduk di pinggir katil sambil membetulkan tudung sekolahku yang senget.

"Kau ok?"

Soal Asyriq dengan suara yang dalam sekali.Dia melihat wajahku dengan riak serius.

"Aku ok.Mana jururawat?"Soalku perlahan.

"Daripada tadi aku tunggu jururawat.Tapi entah kenapa tak muncul-muncul." Dia balas tanpa memandang wajahku.Aku hanya mengangukkan kepala.Ok Zani,sekarang beritahu yang kau berterima kasih pada dia!Kata hatiku dan cuba untuk tidak memikirkan peristiwa dia mendukung tubuhku.Malu gila bila teringat balik.Mesti aku berat.

Aku mendongak kepala melihat wajah Asyriq.Tidak sempat aku ingin buka mulut,aku melihat Asyriq bangun daripada katil dan mundar-mandir di tengah-tengah bilik rawatan.Dia menyisir rambutnya sekali lagi dan mendengus marah.Ok,kenapa daripada tadi dia nampak macam tak puas hati?

Lalu,dia berhenti dan merenung tajam pada mataku.Dia nampak marah?

"Kenapa kau tak melawan?"

"Apa dia?"

"Maksud aku,kenapa kau tak lawan masa geng Aina pukul kau! Cuba kau tengok keadaan kau sekarang! Gosh,you so stupid." Asyriq memarahiku sambil kembali bermundar-mandir.

Mulut aku hampir ternganga,Dia panggil aku 'stupid'?! Ini memang melampau.Tanpa aku sedari,aku bangun daripada katil dengan perasaan marah.

"i'm sorry,did you just called me stupid?" Aku mula berang.Dia cakap bahasa mat salleh,aku pown bolehlah!Asyriq melihat wajahku semula.

"Yes! Aku panggil kau bodoh! Kenapa kau tak jerit atau panggil orang supaya tolong engkau? Nasib baik aku datang kalau tak...."

Aku potong katanya.

"Minta maaf ye kalau aku ni bodoh sangat! Tapi aku bukan lemah,aku tak melawan sebab aku tak nak panjangkan hal ni.So,terima kasih sebab selamatkan aku tapi lain kali aku tak perlukan khidmat kau! Hmphh!" Dengan geram,aku berpaling untuk keluar.Panas hati aku berada dalam bilik bersama mamat nih.Mana lah jururawat ni tak datang-datang?

Tidak sempat aku menuju ke pintu,Asyriq mengenggam lenganku dengan kasar.

"Wei,aku tak habis cakap dengan kau lagi la!" Dia meninggikan suara.

Aku sudah rimas.Dia ni tak tahu ke hukum-hakam pegang kulit bukan muhrim?

"Ieee,lepaslah! Yang kau marah sangat dengan aku ni kenapa?"

"Kau expect aku tak marah? Kau tahu tak aku risau gila...."

Aku lihat muka Asyriq berubah sebelum dia sempat menghabiskan ayatnya.Aku juga sepertinya,terkejut.Risau?Dia risaukan aku?

Aku terdiam begitu juga dengan Asyriq.Seakan-akan kami berdua tersedar sesuatu.Keadaan menjadi janggal dan perlahan-lahan Asyriq melepaskan genggamanya.Aku sudah menunduk ke bawah dengan malu manakala Asyriq pula memasukkan tanganya ke dalam poket seluar.

"Sorry,bukan tu maksud aku..Aku sebenarnya..."

Aku melepaskan keluhan,

"Tak apalah...Aku cuma nak cakap terima kasih.Tu je.Bye."

Kataku dengan lemah cuba untuk keluar daripada situasi janggal sekarang.Aku melangkah laju keluar daripada bilik kesihatan dan mengelap lenganku yang telah disentuh Asyriq.Issh,suka hati dia je sentuh aku! Tapi,apa maksud dia dengan 'risau' tadi? Issh,tak mungkinlah dia risau pasal aku.Tak masuk akal langsung! Hei,kenapalah banyak-banyak manusia perlu dia jugak yang selamatkan aku daripada situasi tadi? Mamat yang paling aku nak jauhkan diri adalah Asyriq.Mesti dia fikir aku lemahkan?

Aku keluar daripada pagar sekolah dan menuju ke perhentian bas.Aku memandang sekeliling dan masih terdapat ramai pelajar yang menuggu van dan bas sekolah masing-masing.Aku bingung.Aku pengsan bukan lama ke? Kenapa masih ramai pelajar baru balik daripada sekolah.Lupa pula aku nak tanya Asyriq berapa lama aku pengsan.Persoalanya,berapa lama dia tunggu aku?

Aku menggeleng-gelengkan kepala cuba mengusir wajah dan nama mamat tu daripada tertulis dalam akalku.Aku meraba bahu belakangku yang berasa sakit.Kuat jugak Aina dengan geng dia.Tunggu? Mana beg aku? Dan,mana van sekolah aku? Selalunya van aku datang awal.Ya Allah,beg sekolah aku hilang dan aku tertinggal van sekolah! Satu persatu perkara malang terjadi pada aku hari ni!

Aku melepaskan keluhan berat dan menekup wajahku dengan hampa.Ya Allah,adakah aku terlalu banyak dosa? Fikirku dengan lemah.Pelajar yang duduk disebelahku hanya memerhatikan perlakuanku dengan pelik.Namun aku tak kisah sebab aku dah serik dengan nasib malang hari ni.

"Woi!"

Aku terdengar suara orang menjerit kepadaku.Suara ni? Arggh,tak nak aku pandang! Aku hanya menekup wajah sambil melayan perasan.

"Zani,aku panggil kau la!"

Arggh,kenapalah mamat ni memang suka menyusahkan hidup aku!

Dengan malas aku memandang kehadapan.Seperti yang aku duga,pemilik suara tu adalah Asyriq.Aku melihat Asyriq yang berada di dalam kereta berada di hadapan perhentian bas.Aku sudah gelisah apabila menyedari hampir semua mata pelajar memandang kearahku.Ala,mesti diorang fikir bukan-bukan.

Aku masih berdiri kaku di perhentian bas sambil melemparkan Asyriq pandangan :Apa yang kau nak?.Asyriq tersenyum sinis dan memberi isyarat jari supaya aku menghampiri keretanya.Dengan dengusan aku menghampiri tingkap keretanya.

"Apa lagi ni?" Kataku dengan berbisik masih memandang sekeliling.Terdapat pelajar yang memandang kearah kami dengan berbisik-bisik.Aduh,aku tak nak jadi bahan gosip!

"Aku hantar kau balik.Masuklah." Katanya dengan selamba,

Lagi sekali?Aku hanya melihat wajahnya dengan geram.Perkataan 'stupid' yang dia lemparkan pada aku tak sampai lima minit tadi masih segar dalam ingatan.

"Buat apa aku nak balik dengan orang yang panggil aku 'bodoh'." Kataku dengan sinis.

"Ala,itu pun kau nak terasa ke.Lupakan je lah,sekarang masuk." Dia membalas pandanganku dengan wajah serius.

Amboi,dia ingat dia tu siapa! Suka hati je arahkan aku.Sudahlah tiada lesen,memang tak nak aku naik dengan dia!

"Bye!"

Balasku dengan nada kemarahan dan berpaling untuk kembali ke perhentian bas. Malas aku nak layan orang gila macam tu.

"Tunggu!"

Aku melepaskan keluhan dan menoleh untuk melihat Asyriq sekali lagi.Wajah Asyriq tersenyum lebar dan tanganya mengangkat sesuatu.Itu kan...Beg aku?!

"Ma..macam mana kau...Beg aku!" Aku memandang Asyriq dengan wajah tidak puas hati.

Dia hanya tersenyum sinis dan meletakkan beg sekolah aku di tempat duduk sebelahnya.Aku tahu dia suruh aku memasuki ke dalam keretanya.Arggh,dia curik beg aku! Aku memberikan dia jelingan tajam sebelum membuka pintu kereta dan masuk ke dalamnya.Asyriq sudah tersenyum kemenangan.

"Aku ugut,baru kau masuk."Dia ketawa kecil.

Tetapi,aku bukan jenis yang suka putus asa.Aku mengambil beg sekolahku dan cepat-cepat cuba untuk buka pintu kereta.Namun malanganya,Asyriq lebih pantas menekan sesuatu dan pintu kereta sudah 'lock'.Sekali lagi,aku menjeling tajam kearahnya.Bencinya!

"Babe,terima je lah hakikat yang aku hantar kau balik hari ni.Aku tahu kau tertinggal van kan?" Dia tersenyum kemudian keretanya meluncur di atas jalan.

Aku tidak membalas namun hanya melemparkan pandangan ke luar tingkap.Putus asa aku layan mamat nih.Lagipun,kenapa dia beriya-iya nak hantar aku? Aku melepaskan keluhan sekali lagi.Kemudian,satu perkara terbit dalam akalku.Aku menoleh melihat wajah Asyriq yang memandu.

"Macam mana kau tahu aku dalam tandas?"

Asyriq memusingkan sterengnya sebelum menjawab soalanku.

"Aku tertinggal lighter dalam kelas.And then bila aku lalu depan tandas perempuan,aku dengar suara Aina."

Aku hanya menganggukkan kepala.Ini semua kebetulan kan?

"So,kau tak nak bagi aku apa-apa ke?"

"Buat apa?"

"Well,secara rasminya aku hero kau hari ni." Asyriq tersenyum bangga.

Aku hanya menggeleng-gelengkan kepala sebelum melemparkan kembali pandangan ke luar tingkap.Makin lama layan mamat ni makin pelik jadinya.

Suasan menjadi semakin sepi.Dia tak nak bukak radio ke?

"Tahu tak,aku still marah dengan kau pasal hal dalam bilik rawatan tadi."

Arggh,hal ni lagi.Asyriq sambung berkata lagi.

"Kau boleh jerit tahu tak! Nasib baik aku...."

"Kau buat apa pada Aina?"

Aku potong kata Asyriq sebelum dia membebel lagi panjang.Kenapalah dia marah sangat? In pasal isu 'risau' tu ke?

"Aku soal ni..Kau buat apa pada Aina?" Aku cuba melihat wajah Asyriq.Dapat aku kesan mukanya semakin tegang apabila nama Aina disebut.Wajah Asyriq yang serius membuatkan aku takut.Gulp.Tolong jangan cakap dia buat benda buruk pada minah tu.Walaupun dia buli aku,aku masih tak nak orang lain cedera kerana aku.

"Aku...."Ayat Asyriq tergantung.

"Kau?" Aku menanti ayatnya dengan tidak sabar.

Secara tiba,kereta Asyriq berhenti dengan mendadak membuatkan tubuh aku sedikit kehadapan.Asyriq mengeluh kemudian menyandarkan badanya di kerusi.Aku memandang sekeliling dengan cemas.

"Kenapa kau berhenti dekat sini?!"

Kereta Asyriq berhenti di tepi jalanraya berdekatan dengan hutan.Oh,tidak! Ini sama macam dalam movie.Mungkin Asyriq nak bunuh aku dan campak mayat aku dalam hutan!Aku tak nak!

"Ke..kenapa kau berhenti dekat sini? Aku nak balik rumah bukan berhenti dekat sini.Tolonglah jangan bunuh sebab aku muda lagi.Banyak benda yang aku tak...."

Tidak sempat aku menghabiskan ayat,suara gelakan Asyriq terdengar di telingaku.

"Apasal kau gelak?" Tanyaku dengan bingung.

"Kau ingat aku nak bunuh kau? Memang lawak la kau ni..Haha...Kau cakap tak berhenti,macam chipmunk."Dia sambung dengan tawanya.

Aku mengetap bibir.

"Aku serius ni! Aku nak balik,kenapa kita berhenti dekat sini?!" Zani mula rasa tidak sedap hati.Dia rasa menyesal pula.

"Aku nak merokok sekejap."

Kata Asyriq kemudian rokok sudah tersedia dalam mulutnya.Zani sudah ternganga.

"Itu je.Kenapa kau tak nak merokok selepas hantar aku balik!"

"Sebab kau ada la aku nak merokok."Asyriq balas dengan selamba dan melepaskan asap daripada mulutnya.

Isshh,aku benci rokok!Nak je aku rampas puntung tu dan buang luar tingkap.Zani melepaskan dengusan dan sedia untuk membuka pintu.Tak nak aku bagi asap tu masuk dalam peparu.

"Kau nak pergi mana?" Soal Asyriq melihat wajah Zani.

"Aku nak keluar.Aku tak suka asap rokok."Jawab Zani dengan selamba.

"Budak skema.."

Panas sahaja telinga aku mendengar ayat itu.

"Sorry sikit ye,aku cuma nak ambil langkah berhati-hati supaya tak terkena penyakit sebab perbuatan kau tu!" Marahku.

Asyriq tersenyum yang hanya membuatkan aku keliru.

"Kau sama macam minah lain.Nilai aku daripada luaran.Tak semua mamat yang hisap rokok 'rosak' tau."

"Aku tak cakap kau jahat pun!"

"Habis,yang kau nak keluar daripada kereta tu apahal?"

Aku mengambil nafas sedalam-dalamnya sebelum menjawab soalan Asyriq.Sabar Zani,sabar.

"Kau sedar tak merokok tu bahaya.Ramai orang mati dan dapat penyakit kanser sebab merokok.Lagipun,benda ni hanya membuang duit.Lebih baik duit tu kau buat benda berfaedah macam beli buku belajar ataupun...."

Tidak sempat aku menghabiskan ayat,Asyriq ketawa dan membuang puntung rokoknya ke luar tingkap.

"Haha..Kau memang 'nerd'."

Ketawa Asyriq dan keretanya kembali bergerak di atas jalanraya.Aku putus asa,memang buang masa cakap dengan mamat macam ni.Lain kali,jangan harap aku nak naik kereta dia lagi.Malas untuk bertekak lidah,aku hanya menyepi dan termenung luar tingkap.

"Apasal senyap?" Soal Asyriq dengan senyuman sinis.Dia tahu kenapa aku diam,Malas nak layan.Suara ketawa halus Asyriq kedengaran.

Kereta Asyriq akhirnya berhenti di hadapan rumahku.Dalam hati,aku sudah mengucapkan kesyukuran tak terhingga kerana akhirnya dapat keluar daripada kereta mamat nih.Memang menyeksakan.

"Terima kasih."Kataku dengan tidak ikhlas.Lagipun,bukan aku yang nak sangat dia tumpangkan aku.Aku mengambil beg dan bersedia untuk membuka pintu.

"Zani..."

Aku menoleh untuk melihat wajah Asyriq.Terkejut aku apabila secara tiba Asyriq menampal 'plaster' di pipiku tanpa izinku.Aku tergamam.

"Pipi kau dah start berdarah.Nasib baik aku ada plaster."Kata Asyriq padaku.

Hati aku berdebar namun aku cepat-cepat menepis perasaan halus dalam hatiku.Memang sweet gilalah apa yang Asyriq buat.Tapi,ini semua salah! Dia kena stop pegang kulit aku sesuka hati.

"Ka..Kau...Apa yang kau buat ni?!" Marahku dengan malu.Aku menyentuh pipiku yang sudah ditampal plaster.

"Apa? Aku baru buat baik pada kau ok." Dia tersenyum sinis.Aku start benci senyuman tu.

"Ma..Mana boleh! Kau tak boleh pegang aku sesuka hati ok.Aku bukan girlfriend kau dan pegang kulit bukan muhrim berdosa la! Kau ni tak belajar agama ke?!" Bengangku.Entah kenapa hatiku semakin bertambah pula debaranya.

Asyriq menunjukkan aku wajah selamba dan hanya menggerakkan bahunya.

"Arrghh...Jangan sentuh aku lagi!"

Jeritku dan terus keluar daripada kereta dengan perasaan marah dan bercampur.

"Jumpa esok ye!"

Asyriq melambaikan tangan dengan sengaja,dia tahu aku tidak menyukainya.Aku hanya membalas dengan jelingan tajam.Sebelum pergi,Asyriq memberikan aku senyuman dan keretanya meluncur pergi.

Aku membuka pintu rumah dan mendaki tangga.Rumah aku senyap menandakan tiada orang di rumah selain aku.Perasaan yang bukan asing lagi bagi aku untuk pulang ke rumah yang tiada orang.Aku melepaskan keluhan dan mencampakkan beg di atas katil.Kakiku menuju ke cermin untuk melihat luka yang dikatakan oleh Asyriq.

Aku meneliti 'plaster' di pipiku di cermin.Mulut ku ternganga dan jantung aku hampir terhenti. Ini bukan 'plaster' biru yang aku bagi Asyriq ke? Biar betul?Aku meneliti sekali lagi.Takkanlah ini plaster aku,banyak lagi plaster yang sama dekat luar sana.Aku menggeleng-gelengkan kepala dengan keliru. Ya Allah, macam-macam terjadi pads aku hari ni yang melibatkan Asyriq.Aku mencampakkan tubuhku di atas katil dengan penat.Senyuman Asyriq terlayar kembali dalam otakku.Asyriq seperti datang ke dalam hidupku tanpa diundang dan mengubah segalanya.Apa yang kau buat pada hidup aku mamat pelik?

*******

Asyriq menyandarkan badanya ke sofa.Dia meletakkan rokoknya yang separuh habis ke dalam bekas.Sejak akhir-akhir ni dia sering merokok,dia tidak tahu samada mahu teruskan atau berhenti.Otak dia seperti tidak mahu berfikir.Dia baring di atas sofa dan meletakkan lenganya di atas dahi.Dia termenung melihat siling dengan perasaan kosong.

Kadangkala dia tidak tahu mana yang betul atau yang salah.Hidup dia terlalu sarat dengan penderitaan yang dia lalui sekarang.Dia perlu kuat untuk lindungi adiknya.Dia sudah berjanji dengan dirinya untuk membawa dirinya dan adiknya keluar daripada sengsara hidup sekarang.Asyriq tahu ramai yang kata dia bodoh kalau dia kata hidupnya sengsara.Ayah Asyriq merupakan seorang CEO syarikat dan rumah mereka merupakan antara rumah yang terbesar dalam kawasan kejirananya.Tapi itu hanya luaran,jika dilihat dalaman.Keluarga mereka hancur dan musnah.Tiada lagi kasih sayang.

Kemudian,satu perkara tidak terjangka terjadi dalam hidupnya.Zani muncul dalam hidup dia dengan meletakkan 'plaster' di bawah mejanya.Dia tahu Zani tidak menyedari bahawa dia berada di dalam kelas pada saat itu.Semasa pulang,Asyriq tertinggal sesuatu dan menuju ke dalam kelas.Lalu,dia melihat Zani meletakkan 'plaster' di bawah mejanya kemudian berlalu pergi.

Asyriq mengambil 'plaster' itu dengan bingung.Dia tidak tahu apa maksud Zani dengan memberikanya 'plaster' itu.Kemudian baru dia tersedar sesuatu,mungkin 'plaster' itu berkaitan dengan pergaduhan dia tadi.Asyriq hanya menyimpan 'plaster' itu tanpa niat untuk menggunanya.

Kemudian,semakin hari dia selalu terfikir tentang Zani dan 'plaster' birunya.Zani mula menarik perhatian dalam dirinya secara perlahan.Perasaan pelik mula menyelubungi hati Asyriq.Dia selalu memerhatikan Zani secara senyap dan dia sendiri tidak mengerti kenapa.

Akhirnya,hari ini selepas selamatkan Zani,dia terbagi pula 'plaster' kepunyaan Zani kepada tuanya di pipi Zani.Dia tergelak kecil apabila memikirkan wajah geram Zani.Tunggu,kenapa aku senyum teringatkan wajah minah tu?Asyriq melepaskan keluhan dan bingung dengan perasaan sendiri.Apa yang Zani sudah buat pada hidupnya?

Pintu biliknya terkuak dan dia menoleh melihat siapa yang memasuki ke dalam biliknya.Adiknya yang berumur 9 tahun menapak masuk ke dalam biliknya dengan wajah resah.

"Kenapa Dina?" Serta merta Asyriq bangun daripada pembaringanya dan menuju kearah adik yang paling dia sayangi.

Dina yang mempunyai wajah mirip dengan abangnya hanya mempamerkan wajah gusar,

"Boleh Dina tidur sini tak malam ni.Dina takut nanti ayah..."

"Adik,adik boleh tidur sini.Abang temankan."Senyum Asyriq sambil mengusap kepala kecil adiknya.Dina sudah tersenyum lebar.Tanpa mereka sedari,satu jeritan kedengaran daripada tingkat bawah yang membuatkan mereka terkejut.

"Dina! Asyriq! Turun bawah sekarang!" Jeritan bergema kuat di seluruh rumah dengan suara lelaki yang berukuran 40-an itu.

"A..Abang Dina takut...."

Serta merta Dina meyorok di belakang tubuh abangnya dengan tangan menggeletar.Pintu biliknya ditolak kasar dan terbuka luas.Ayah Asyriq,iaitu Datuk Nazli menapak masuk ke dalam kamar Asyriq dengan wajah bengis.Asyriq bangun dengan mengetap bibir dan riak muka yang serius.Dia sudah bersiap-sedia menerima apa yang bakal berlaku untuk melindungi adiknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience