BAB 15

Romance Completed 112147

Beberapa tahun kemudian

Aku mencapai tudung dan menyarungkanya di atas kepala.Tidak sempat aku mencapai pin,telefon bimbitku berdering.Melihat nama yang tertera aku medengus-Wani.Apa lagi yang minah ni nak? Dia baru telefon aku 20 minit yang lalu.Aku mencapai telefon dan menjawab panggilanya.

“Wani,kau baru telefon aku tadi? Apa lagi ni?” Kataku dengan malas dan masih cuba memasang pin di tudung.Apabila tudungku kelihatan kemas di cermin,aku tersenyum.Im looking great.

“Beb,sorry ganggu kau tadi! Tapi,kau bukan kerja kat syarikat pun hari ni.”Aku dapat dengar Wani memerliku.

“Iyelah! Apa dia kau call aku sekali lagi ni?”

“Oh,ya! Esok,penulis novel kesukaan aku datang dekat Mall xx untuk buat sesi tandatangan! Kau mesti teman aku beb! Aku tak nak pergi sorang-sorang.”Jerit Wani dengan girang membuatkan aku menjarakkan sedikit telefon bimbitku daripada telinga.Huish,pecah gegendang telinga aku.Sejak bulan yang lepas,Wani mula cendurung baca novel yang penanya bernama ‘Z’? Pelikkan? Kenapa dalam banyak-banyak nama dalam dunia ni nak pilih huruf ‘Z’ jugak sebagai nama? Penulisnya mesti orang pelik.Biarlah,itu hidup penulis tu bukanya aku.Haha..

“Ala,aku macam malaslah nak pergi.” Sengaja aku menguji Wani.Aku sudah senyum meleret.

“Tolonglah,beb! Ini bukan calang-calang orang tau,ini Z ! Penulis yang terkenal tu.”

“Ish,aku tahu la.Banyak novel dia dijadikan movie dekat Malaysia nih.”Aku kata dengan malas.Bosan pula Asyik mendengar Wani memuji penulis misteri ‘Z’ sepanjang masa.Haihh.

“Tau pun! So?”

“Iyelah.Iyelah.”

“Yeay! I know Zani that you love me so much.Hahah.”

“Whatever.Aku letak dulu ye,nak keluar kejap lagi.”

“Pergi mana beb?”

“Sibukla kau.Bye.Haha..”

Laju aku meletakkan telefon bimbitku di dalam tas sebelum membuka pintu untuk turun ke bawah.Sudah lama kawan dengan Wani,bukan aku tidak tahu perangainya macam mana.Mana aku nak pergi mesti ditanya.Hahah,kawan yang terlebih ‘caring’ tu namanya.Apa-apa pun,aku tetap bersyukur.

Aku turun ke bawah dan terus menangkap susuk tubuh seorang lelaki yang berukuran 50-an duduk di atas sofa.Aku tersenyum lebar.Ya,aku sudah ada ayah tiri sekarang.

“Ayah,Zani nak keluar ni.”Kataku dengan lembut dan menuju kearahku.

Ayah memandangku kemudian mempamerkan senyuman yang sama.Ayah tiriku yang merangkap bekas bos ibuku bernama Osman.Sejak jumpa Osman buat kali pertama di rumah kami,aku tahu dia seorang yang baik.Cara dia pandang ibu,cakap ibu dan tegur ibu.Semuanya kelihatan lembut dan ikhlas.Namun,ayah sebenar masih tidak hilang dalam hatiku.

“Ibu kamu pergi keluar jugak.Jumpa jiran sebelah.Zani nak pergi mana?”

Katanya dengan lembut.Tinggal denganya buat beberapa tahun membuatkan aku sudah tidak kekok lagi dengan kehadiranya di dalam rumah.Malah,kasih sayang seorang ayah dalam hidupku mula terisi.

“Nak pergi Aishah Cafe.Saja je,nak beli makanan.”

“La,makanan ada banyak dekat rumah.Apsal nak pergi jauh-jauh.”

Aku tergelak kecil.Zani bukan nak makan sahaja ayah di sana,Zani nak buat benda lain jugak sebenarnya.Kata hati kecilku.

“Saja je,takleh ke Zani keluar ayah?” Saja aku menyoal.

Ayah dia seketika sebelum sambung membaca surat khabarnya.

“Pergilah,ayah tak nak halang.Walaupun bulan ni kamu asyik kerja je tak cuti.Pergilah buat apa yang kamu suka.”

Kata ayah membuatkan aku tersenyum.That’s why i love him.

“Thanks,hehe.Zani keluar dulu.Kirim salam dekat mak ok.”

Ayah hanya menganggukkan kepala dan aku keluar daripada rumah.Memakai sandal lalu membuka pintu kereta,aku tidak membuang masa untuk pergi ke destinasi kesukaan aku.

‘Aishah Cafe’,kedai yang bukan baru lagi malah sudah beberapa tahun berlalu namun perniagaanya masih maju.Aku keluar daripada kereta dan mencapai tas tangan.Aku merenung lama kedai di hadapan yang mempunyai tingkap kaca menggambarkan pelanggan-pelanggan yang sedang gembira memakan pesanan mereka.Aku tersenyum.Ayah tak faham,aku datang sini bukan sebab nak pesan ice blended keladi dengan blueberry cheesecake je.Aku datang sini sebab rindu dengan memori yang ada dalam kedai ni.Asyriq.Sudah lama aku tidak menyebut namanya.

Banyak tahun yang berlalu membuatkan aku putus asa berharap akan berjumpa dengan Asyriq lagi.Mungkin Asyriq pun sudah lupakan aku.Kita berdua sudah dewasa dan tidak mustahil dia ada seseorang yang istimewa sekarang.Aku menggeleng-gelengkan kepala.Ish,fikir lagi pasal mamat tu.

Tanpa membuang masa,aku menolak pintu kaca tersebut dan menapak ke dalam.Aku menuju ke kaunter untuk buat pesanan dan mujur tiada orang.Walaupun cafe ini riuh namun nampaknya tiada siapa yang mahu buat pesanan sekarang.Aku melihat pekerja di hadapanku.

“Saya nak order..”

Mmm,minum ice blended je lah hari ni.

“Ice blended keladi.”

Pekerja itu menganggukkan kepalanya sambil menguntumkan aku senyuman.Aku terkedu seketika teringat pertemuan Asyriq dan aku buat kali pertama.Zani,lepaskan memori tu.Aku menggeleng-gelengkan kepala.Apabila pesanaku sudah siap,aku mengucapkan terima kasih dan mencari tempat untuk duduk.Aduh,ramainya orang hari ni.Ada tempat ke?

Mata aku meliar mencari tempat dan memandang tempat yang aku selalu duduk di tepi tingkap.Namun hampa,tempat itu sudah diambil oleh seorang lelaki.Entah kenapa kaki aku melangkah untuk melihat lelaki itu lebih dekat.Lelaki yang segak memakai kemeja berwarna hitam itu sedang fokus memandang ke luar tingkap kaca membuatkan aku tidak dapat melihat wajahnya.Dia atas mejanya tidak terdapat apa-apa makanan atau minuman membuatkan wajahku berkerut.Kalau dia tak nak makan,kenapa duduk?Ish,tak puas hati pulak.Aku merenungnya.Tunggu,rambut tu seperti aku-.

Tidak sempat aku menduga,lelaki itu menoleh apabila terasa aku yang memandangnya.Aku cuba memutuskan pandangan kerana malu namun terhalang apabila melihat wajahnya.Asyriq.

Mata aku membulat tidak percaya.Asyriq juga sepertiku membuatkan dia lantas bangun.Aku mengamati segenap wajah Asyriq yang kelihatan sungguh matang dan bertambah kacak di hadapanku.Tak mungkin?Kenapa sekarang?!

“Zani? Kau..Kau Zani..”Asyriq melepaskan suaranya yang sudah lama tidak didengari olehku.Wajah Asyriq kelihatan amat asing bagiku sekarang.Matanya membesar menampakkan dia begitu gembira melihat wajahku.

“Zani,aku tak sangka-.”

Aku lari.

Aku lari tanpa sempat mendengar apa yang hendak dikatakan oleh Asyriq.Hati aku tidak boleh terima kejutan seperti ni.Aku tak sedia! Asyriq tak guna,kenapa baru muncul sekarang!

“Zani!”

Aku lari kearah tanda wanita dan menutup pintu.Asyriq tidak boleh ganggu aku dalam ni.Kenapa?Kenapa sekali lagi aku buat Asyriq macam ni?Arghh,kenapa dengan aku ni!

“Kau benci aku?” Dapat aku dengar suara lirih Asyriq di pintu.Dia kedengaran tercungap-cungap juga.Mungkin sebab kejar aku.

Aku tidak tahu hendak kata apa.

“Zani,kau tak boleh sorok dalam tu selamanya.”

“....”

“Aku..Aku gembira gila dapat tengok kau Zani.Lama aku berdoa untuk jumpa kau dekat sini,akhirnya.”

Jangan menangis Zani,jangan demi Asyriq.

“Kau marahkan aku? Zani,aku tak kisah kalau kau marahkan aku,sebab itu memang balasan untuk aku.Tapi please,let me see you.”Nada Asyriq kedengaran terdesak.
Cakap Zani,cakap sesuatu,Kalau tak kau akan menyesal.Aku sedia untuk buka mulut sehinggalah-

“Damnit! Zani,aku rindu gila dapat tengok muka kau hari ni aku takut aku akan buat sesuatu yang menyesal.Aku-Aku akan pergi.”

Aku terkedu.

“Tapi kalau jodoh kita kuat,aku takkan lepaskan kau.”Kata Asyriq semakin mengendur dan aku dapat dengar tapak kakinya.Aku kaku seketika cuba proses apa yang Asyriq katakan.No! Jangan lepaskan dia Zani! Dengan pantas,aku membuka pintu untuk melihat wajah Asyriq.

“Asyriq...”

Namun dia sudah tiada.Hanya pelanggan Aishah Cafe yang gembira sedang menikmati makanan mereka.Hati aku bagai jatuh ke lantai dengan hampa.Azhani,you really idiot.

*********************

“Zani,Wani ada dekat depan rumah! Cepat,jangan bagi dia tertunggu!”Jerit ibu.

“Ok! Ok!”

Laju aku menuruni tanggan dan mencapai tangan ibu lalu menciumnya.

“Zani pergi dulu,bye!”

“Zani tunggu-“

Aku berhenti.

“Ye ibu?”

Ibu senyap memerhatikanku dengan pandangan gusar.

“Just,senyum untuk ibu.”

Ibu perasan.Ibu perasan aku muram sejak daripada semalam.Aku melepaskan nafas lalu menguntumkan senyuman paling manis.

“See? Zani okeylah ibu.Jangan risau.”

Iyelah tu jangan risau.

Ibu memelukku dengan erat sebelum melepaskan aku pergi.Tanpa buang masa,aku menuju ke kereta Wani dan masuk ke dalam perut kereta.

“Lambat gila kau bersiap?”

“Diamlah,kau lagi lambat.”

“Eleh,sudahlah! Aku tak sabar nak tengok mr.Z!” Wani sudah tersengih lebar sebelum memusing sterengnya.Aku mencebik.Tak habis-habis dengan novelis kesukaan dia tu! Menyampah pulak aku!

Aku merenung ke luar tingkap semasa dalam perjalanan ke Mall XX.Otak aku ligat memikirkan tindakanku semalam.Kenapa aku macam tu?Kenapa aku tolak sedangkan aku rindu dia selama ni?Tapi kenapa dia menghilang macam tu?Tanpa hubungi aku pulak tu.Tapi,kenapa Asyriq begitu yakin yang dia akan jumpa aku? Kalau dia tak jumpa aku macam mana?

Tak! Aku yang kena jumpa dia.Sudah sampai masa aku jujur dengan perasaan aku sendiri.Petang ni,aku mesti ke Aishah Cafe.Dan hanya berharap kalau Asyriq nak jumpa lagi aku di sana.Aku mengeluh memikirkan kalau-kalau aku tidak dapat melihat Asyriq lagi.Entah kenapa aku menjadi takut.

“Beb! Dah sampai.”Kata Wani lalu laju membuka tali pinggangnya.Amboi minah ni,laju macam palesit demi mr.Z yang entah siapa tu.Aku pun turut keluar daripada kereta dan menuju masuk ke dalam Mall XX.

“Kau ni,suka betul dengan mr Z kan? Entah –entah dia orang tua! Hahah..”

“Ieee,kau ni kan! Senyaplah! Memusnahkan imaginasi aku je.”

“Manalah tahu..Tapi syok jugak tengok reaksi kau macam mana kalau dia betul-betul orang tua!”

Aku tergelak membuatkan Wani melempar lenganku.

“Senyaplah,kita dah sampailah!” Marah Wani lalu menarik lenganku masuk ke dalam kedai buku yang dikerumun orang itu.Huih,ramainya orang nak tandatangan novelis tuh.Famous kut! Best jugak ek dapat jadi novelis.Aku terfikir sendiri namun menggeleng-gelengkan kepala memikirkan idea mengarut itu.

Terkejut aku dibuatnya apabila secara tiba Wani mematikan langkahnya membuatkan aku terlanggar belakangnya.Wani kelihatan tergamam.

“Ish,kau ni Wani-“

“Zani,Itu...”

Wani menunding jari kepada seorang lelaki yang sedang ligat menandatangani buku-buku pembacanya.Nampanya itulah mr.Z yang Wani gila-gilakan sangat tu. Tunggu? Wajah tu-.

“Za..Zani.Mr Z adalah...Asyriq?!” Mata Wani membulat tidak percaya membuatkan aku turut tergamam.What?! Macam mana dia boleh jadi mr Z,penulis yang terkenal tu? Otak aku ligat berputar.

‘aku suka menulis.’

Patutlah.Nampaknya Asyriq betul-betul suka menulis! Ya Allah,apa aku nak buat dekat sini?

Tanpa sempat otak memikirkanya,suara Wani mengalih perhatianku.

“Weh,mr Z pergi arah kau!” Kata Wani dengan cemas.

“Apa?” Mr Z? Erkk,Asyriq?!

Muka aku mula merona merah apabila melihat Asyriq menuju kearahku dengan senyuman sinis.Tak guna,dia tahu dia akan jumpa aku dekat sini.Semua mata memandang kami membuatkan aku rasa ingin lari.Baik aku lari! Tidak sempat aku keluar daripada kedai buku itu,satu tangan menarik lenganku membuatkan aku terkejut melihat wajah Asyriq.

“Jangan lari.”Kata Asyriq dengan senyuman lebar membuatkan jantung aku gugur mendengar suaranya.

“Macam mana kau...”

“Aku dah kata,jodoh kita kuat.”Dia menunjukkan aku senyuman nakalnya membuatkan aku lupa tentang dunia di sekelilingku sementara.

Aku mengalah.Aku tak boleh lari daripada mamat ni walaupun sudah lama kami terpisah.Forever.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience