Malam itu,Aku tekun menyiapkan kerja rumah ‘Addmath’ di atas lantai bersama bantal besar dalam pelukanku.Berkerut-kerut muka aku ingin menyelesaikan masalah di atas buku itu.Ish,apasal lah soalan dalam buku ni susah sangat! Geram aku! Dengan bengang,aku membaling pensel di atas lantai dan melepaskan keluhan.Secara tiba,pintu bilikku terbuka.Wajah cerah ibu terpacul di muka pintu.
“Eh,ibu?”
Ibu tersenyum.
“Zani,turun bawah sekejap boleh?”
Aku menganggukan kepala tanpa banyak kata.Aku hanya membantuti ibu sehingga ke ruang depan dan duduk di sofa.Kenapa ye agaknya?
“Kenapa ibu?”
“Mmmm..”Ibu seperti takut-takut untuk melihat wajahku.
Aku mendengus.
“Ibu,just tell me.”Kataku malas ingin mendalih.
Aku melihat ibu mengambil nafas panjang sebelum membuka mulutnya untuk berkata.
“Esok,bos ibu nak datang boleh?” Suara ibu perlahan.
Mata aku membulat secara automatik.Ekk,oh no.Kekoknya!
“Ermm...Boleh je.Hehe...Kenapa dia nak datang ibu?”
“Sebenarnye..Dia datang sebab-“
“Nak jumpa Zani kan.”Tekaku.Aku tahu sangat.
Ibu menganggukkan kepala.Aku menarik nafas panjang sebelum berjalan ke arah ibu.
“Ibu,ibu tahu Zani sayang ibu kan.”Suaraku.
Ibu mengangguk.
“Dan sebab itulah,tak ada sebab untuk Zani marah ibu.Walaupun Zani masih tak biasa tapi-“
Suaraku seperti tersekat di kerongkong saat ibu melihat mataku.
“Zani akan try terima dia untuk ibu.”Kataku perlahan.
Aku melihat air mata jernih turun daripada pipi ibu,lantas dia memelukku dengan erat.
“Oh,kamu memang segalanya bagi ibu Zani.Thanks” Suara ibu kedengaran serak.
Aku tergelak.
“Ibu ni drama betul lah!”
Aku ketawa apabila melihat ibu tersenyum lebar.Namun,sebalik hatiku masih berasa sangsi dan janggal.Tapi demi ibu,aku sanggup ketepikan segalanya.
*****************
Loceng sekolah berbunyi dan seperti biasa aku dan Wani bergerak ke kelas masing-masing.Tidak sempat aku menjejak ke dalam kelas terdapat satu yang tangan menghalang.Laju aku mendongak dan melihat wajah Ariff.Aku mengeluh.
“Ish,aku nak masuk kelaslah.Ke tepi.”Kataku dengan malas.
“Zani.”Suara Ariff kelihatan serius.Gulp,ini yang aku takut ni.
“Apasal?”
“Kenapa Asyriq bad mood?” Ariff memandang aku tajam.
Aku menelan air liur sedalam-dalamnya dan aku tahu Ariff dapat tangkap perbuatanku.Ish,janganlah cakap pasal Asyriq.Aku rasa..Aku rasa lain macam.
“Aku tak tahu.”
“Jangan tipu.”
“Aku nak masuk dululah.”
Laju aku melangkah namun berhenti apabila terdengar keluhan berat Ariff.
“Zani,tolonglah jangan buat dia bad mood.”
“Dalam banyak-banyak perempuan,kenapa mesti tuduh aku yang buat Asyriq bad mood?”Aku mengerutkan kening.
“Aku tahu sangatlah,siapa je perempuan dalam dunia ni yang Asyriq paling ‘caring’ gila.”Ariff tersenyum membuatkan aku mencebik.
“Aku mintak tolong dengan kau,jangan buat dia mood.”
“Ish,yang kau ambil ber-“
“Asyriq,kau tak kenal dia.Dia dah lalui banyak benda.”
“Maksud kau?”
“Just,jangan buat dia marah-marah ok? Aku kesian dekat dia.”
Kata Ariff dengan wajah serius kemudian berlalu pergi.Adoi,pelik betul lah.Separuh hati aku berasa jeles sebab Asyriq mempunyai kawan yang baik,namun separuh hati aku penuh dengan tanda tanya.Secara tiba,aku teringat lebam di lengan Dina.There is something I don’t know and It’s killing me!
Namun,apabila melihat kelibat Puan Salwani di koridor,laju aku masuk ke dalam kelas.Aku meletakkan beg dan keluarkan buku mata pelajaran.Kemudian,Puan Salwani mula menapak masuk ke dalam kelas namun terhalang apabila Asyriq muncul di sebelahnya.Hati aku berdegup.Rambut Asyriq kelihatan agak serabai di mataku namun entah kenapa hati aku buat hal macam ni.
“Lambat lagi kamu Asyriq!” Tegur Puan Salwani.Ramai mata yang memandang namun Asyriq seperti biasa membuat bodoh dengan renungan orang.
“Sorry..”Katanya perlahan dan pandanganya menangkap mataku.Aku terkejut namun laju pandang kebawah.
“Sudah,duduk cepat.Hari ini saya nak ajar tajuk baru.”Kata Puan Salwani dan Asyriq hanya menganggukkan kepalanya.Asyriq berjalan melintasiku dan berlagak seperti biasa.
Sepanjang cikgu mengajar,otak aku tak boleh fokus.Ish,geramnya aku! Nak tahu kenapa,sebab aku terasa satu aura yang sangat kuat di belakangku dan aku tahu sangat aura tu daripada Asyriq.
Apabila rehat menjelma,ramai pelajar keluar daripada kelas dan Asyriq merupakan pelajar yang paling awal diantaranya.Aku hanya mengeluh.Aku buntu,aku tidak tahu nak fikir apa tentang Asyriq.Memanglah aku marah dengan perbuatanya tentang semalam,namun entah kenapa perasaan tu sekejap sangat.Why do I have soft spot for him anyway? Aku melepaskan keluhan lagi sebelum memasukkan buku di dalam beg.Terkejut aku apabila melihat buku Gaza pemberian Asyriq berada dalam beg aku.Eh,kenapa aku bawak? Aku berfikir lama.
Kemudian,tidak mahu membuang masa,aku mengambil buku itu dan keluar daripada kelas.Aku nekad untuk cari Asyriq dan pulangkan kembali buku ini kepadanya.Aku tak tahu kenapa aku nak pulangkan?Ke,sebab aku nak tengok muka dia je? Ish,bukanlah! Iye lah tu..Great,now im talking to myself.
Aku tidak menuju ke kantin kerana aku tahu Asyriq tidak akan berada di sana,sebaliknya aku pergi ke belakang sekolah dan bingo! Dia memang berada di sana.Asyriq sedang duduk di atas simen sekolah sambil menyandarkan badanya ke dinding.Dia kelihatan sungguh serabut.Betul ke aku yang buat?Tapi dia yang mulakan semuanya dahulu.Dia yang buat aku serabut sebenarnya.Hatiku berkata.
“Asyriq.”Aku cuba beranikan suara.
Asyriq menoleh kearahku dengan terkejut.Seperti tidak menyangka aku yang memanggilnya.Dia bangun dan meraupkan rambutnya ke belakang.
“Aku cuma nak pulangkan buku ni balik.Aku rasa aku tak patut terima.”Aku kata dengan mendatar cuba mengawal gugup.Aku menghulurkan buku itu kepadanya namun Asyriq tidak mengambil.
“Aku tak nak buku tu.”
“Asyriq,jangan buat benda ni jadi susah boleh tak?”Kataku seperti merayu.
“Maafkan aku Zani.”
Aku terkejut.
“Ambil je lah buku ni!” Gerutuku.
“Zani,maafkan aku.”Kata Asyriq dan kali ini nadanya seperti melirih.
Aku memandang Asyriq lama.Entah kenapa,aku meletakkan buku itu ke bawah dan berpaling pergi.Aku dapat mendengar tapak kasut Asyriq.
“Zani aku-“
“Asyriq aku dah maafkan kau.Jadi,kau tak perlu rasa bersalah.”Aku kata perlahan dan cuba melangkah pergi.Kenapa?Kenapa aku dingin sangat hari ni?
“Aku dah rosakkan hubungan kitakan?”Kata Asyriq dan aku dapat tangkap nada ketawa.
“Asyriq,kita mana ada-“
“Tak,Zani,maksud aku bukan hubungan tu.Just,hubungan aku dengan kau sekarang ni.”
Aku melepaskan keluhan.
“Aku tak tahu Asyriq,aku serius tak tahu.”
Kataku dan berlalu pergi selepas dapat mendengar Asyriq melepaskan keluhan yang berat.Kenapa ni? Kenapa aku mesti kata macam tu? Kau ni bodohla Zani.
***************************
Malam itu,kerja rumah dihadapanku tidak dilayan langsung.Fikiranku menerawang sambil jariku bermain-main dengan pensel di tangan.Kenapa aku cakap macam tu pada Asyriq? Susah sangat ke untuk aku maafkan dia dan kitaorang boleh berborak seperti biasa?Kenapa Zani,kenapa buat macam tu? Malas berfikir,aku merebahkan badan di atas katil dan cuba mengemaskinikan otak aku daripada semua masalah untuk hari ini.
Secara tiba,telefon bimbitku berbunyi dan laju aku bangun.Tanpa membuang masa,aku mengambil telefon bimbitku dengan resah.Asyriq ke? Namun,mataku hanya memandang nombor ‘Unknown number’ yang tertera.Arggh,mesti Amir.Dengan malas aku menjawab panggilan itu.Kenapa bukan Asyriq? Ish,apahal aku fikir miang macam ni.
“Amir,kau nak apa?”Soalku dengan dengusan.
Dapat aku menangkap tawanya yang garau.
“Hahah,so,kau dah tahu ni nombor aku.Impressive.”
Aku mengetap bibir dengan geram.
“Hei,kau ni kenapa?”
“Zani,sebenarnya aku nak beritahu kau sesuatu yang penting.Tadi,aku berbincang dengan Ariff dan kitaorang decide nak beritahu ni pada kau.”
“Apa kau cakap ni?”
“Just dengar okey,aku nak ceritakan dekat kau pasal hidup Asyriq dan Dina.”
Aku tergamam sebentar.What? Kenapa tiba-tiba? Tapi entah kenapa hati aku tertarik.
“Tunggu,kenapa kau percaya aku seratus peratus untuk ceritakan hal ni? Kau tak tahu aku,aku mungkin jahat dan akan-“
“Zani,aku tak bodoh ok.Aku tahu perangai kau macam mana sebab kalau tak,Asyriq takkan melekat dekat kau.”
Muka aku merah seketika.Argh,stupid hormon.Aku mengambil nafas panjang sebelum membuka mulut.
“Ok,cerita dekat aku.”
***********************************
Aku mendengus sebelum mendail sekali lagi nombor Asyriq,Ish,kenapa dia tak jawab?Ini sudah masuk kali kelima aku telefon Asyriq namun dia masih tidak angkat! Kenapa?Kenapa Asyriq tak beritahu sesiapa bahawa dia dan Dina kena dera? Yang paling teruk dengan ayah dia sendiri,Datuk Nazli?! Ya Allah,apa yang sudah jadi dengan dunia ni? Kenapa Asyriq masih berlagak seperti tiada apa-apa depan aku? Selama ni-lebam Dina,senyuman dia? Arggh,why he is still not answering my phone!
Aku mundar mandir dengan gelisah di dalam bilik.Aku gelisah,aku takut,aku bimbang.Semuanya sebab Asyriq! Aku tak tahu kenapa tapi sekarang,baru aku tahu bahawa aku betul-betul ambil berat pasal dia.Aku duduk di birai katil sebelum memicit-micit kepalaku.Aku seperti rasa ingin menangis,selama ni adakah dia pura-pura gembira je depan aku.Tapi,entah kenapa aku tak rasa macam tu.Bila dengan aku dia selalu tergelak atau-
Kring!
Terkejut aku dengan panggilan itu namun laju aku mencapai telefon bimbit aku kembali.Asyriq! Laju aku menjawabnya.
“Hello,Zani-“
“Asyriq! Kenapa kau tak beritahu aku keadaan kau.Aku..Aku tengah risau gila tahu tak! Kenapa kau tak laporkan benda ni dekat-“
Percakapanku terbantut apabila aku terdengar tawanya.Dia ketawa?
“Zani,kau ni macam chipmunk.Cakap terus pecut.”
Aku terkedu.
“Zani,aku nak beritahu kau sesuatu tentang aku.Aku Cuma nak kau senyap dan dengar ok?”
Aku dengar Asyriq mengambil nafas panjang.
“Aku suka warna merah,makanan kegemaran aku burger,aku suka lumba motor dekat jalanraya,aku suka menulis-“
Wajahku berkerut.Apa yang dia cakap ni?Menulis? Sejak bila Asyriq suka tulis cerita?
“Asyriq,sekarang bukan masa-“
“Dan yang terakhir Zani,ni penting.Aku nak kau dengar betul-betul.”
Mukaku semakin berkerut namun aku masih menyepi.
“Aku sayang kau Zani,gila-gila sayang dekat kau sejak aku tahu kau yang letak plaster dalam bawah meja aku.”
Aku terkejut.Ya Allah,dia tahu! Automatik aku berasa malu.
“Oh,dan aku yang suruh Amir ceritakan segalanya pada kau.Dengan kau,aku tak boleh cerita.Aku tak nak simpati kau.Aku...Huh,aku akan rindukan kau.”
Mendengar ayat itu,aku sudah merasa benda yang tidak enak.Tolonglah,jangan buat apa yang aku fikirkan Asyriq.
“Asyriq,tolong jangan-“Aku tidak sedar bahawa suaraku sudah serak.
“Bye,kalau kita ada jodoh,aku pasti dapat tangkap kau.”
Lalu,talian dimatikan membuatkan aku termangu.Sejak itu aku sedar tentang Asyriq.He has stole my heart without permission that jerk.Dan saat ini,aku hanya menyesal kenapa di sekolah tadi aku tidak menoleh kebelakang dan hanya bercakap denganya.
***********************
Tiga bulan kemudian
Asyriq.Sudah beberapa bulan aku tak nampak dia datang ke sekolah dengan Amir,Ariff,dan Bob.Sejak peristiwa aku menelefonya pada waktu malam dulu,terus tiada khabar denganya.Dan,bulan ini cikgu sudah memaklumkan bahawa Asyriq sudah berhenti sekolah.Namun,Amir,Ariff dan Bob masih tidak ketahui di mana mereka berada.Aku tak kisah semua tu.Aku cuba buang Asyriq dalam fikiranku namun nampak seperti mustahil.Kerana secara automatik,bayangan Dina dan Cik Nah akan terlintas dalam otak aku.Dina bagaimana sekarang? Aku rasa seperti ingin menangis kerana tidak dapat menangkap apa yang terjadi kepada Dina dengan lebih awal.Kenapa aku begitu lembab?
Namun,disebabkan peristiwa itu jugak aku seperti sudah berubah.Aku tak rasa aku dah berubah namun entah kenapa Wani kata aku semakin muram.Kenapa dengan aku ni? Aku memasukkan buku ke dalam beg dan bersiap sedia untuk balik.Hari ini aku tidak perlu menunggu Wani kerana dia ada perjumpaan dengan persatuan dia.
Semasa kakiku melintas pejabat,aku terlihat susuk tubuh seseorang yang aku kenali.Bob! Laju kakiku menuju ke pejabat untuk menegur Bob namun berhenti apabila melihat Bob sedang berurusan dengan pegawai pejabat.Beberapa saat berlalu dan Bob akhirnya berpaling untuk keluar daripada pejabat namun terkejut apabila melihat wajahku.
“Zani!” Bob terkejut namun wajahnya nampak ceria.
Aku hanya senyap memerhatikan Bob dengan wajah mengharap.Bob melihat wajahku dengan lama sebelum melepaskan keluhan.Aku tidak perlu ceritakan pada Bob kerana Bob tahu apa yang aku nak tahu.
“Asyriq selamat.Kau jangan risau.Dina pun sama.”Kata Bob dengan perlahan sambil memegang tengkuknya.
Aku melepaskan nafas lega.Alhamdulillah! Laju aku membuka mulut untuk berkata.
“Kenapa Asyriq,dia-“
“Zani,emm.Asyriq,dia tak nak aku beritahu kau tentang keadaan dia.” Bob kata dengan simpati.
“Kenapa?”Nadaku kedengaran hampa.
“Aku..Aku tak tahu.Tapi,aku tak nak mungkir janji.So,aku pergi dulu.”
Kata Bob berlalu pergi meninggalkan aku yang tergamam.
“Oh,Zani.”
Aku menoleh.
“Jangan risau,Asyriq akan cari kau.”Dia tersenyum kemudian berlalu pergi.Apa maksud dia?
Share this novel