Daripada tadi,aku hanya termenung di tepi tingkap kereta milik ibu Wani.Sedangkan Wani pula pada ketika ini sedang gembira menyanyi lirik lagu kesukaanya di sebelah aku.Aku merenung lebuh raya di luar tingkap dengan pandangan kosong.Tanpa aku sedari,aku melepaskan keluhan berat apabila memikirkan tentang peristiwa semalam.Ibu,aku,seni dan borang lukisan.
Pagi tadi,selepas bangun daripada tidur.Aku terus turun ke bawah untuk membaca memo yang ibu beri pada aku setiap hari.Namun hari ini,di atas meja makan aku hanya kosong.Tiada memo daripada ibu dan aku hanya menjumpai makanan sarapan aku yang berada di dalam 'microwave.'Aku tahu ibu masih hampa dengan aku dan perkara itu membuatkan hati aku sangat berat.Berat dengan perasaan bersalah.Adakah aku seorang anak yang pentingkan diri? Mungkin daripada awal aku patut tolak tawaran Cikgu Latifah. Aku melepaskan keluhan berat sekali lagi yang membuatkan Wani menyedari tindakanku.
"Kau ok ke Zani? Nampak 'bad mood' je ni?" Soal Wani sambil meneliti wajahku.
"Aku ok.Tidur lambat je."Aku memberi alasan sambil menguntumkan senyuman pahit.
Aku memang tidur lewat semalam.Menangis.
"Kau buat apa tidur lewat sangat? Ish,tengok tu! Dah ada 'eye bag'." Balas Wani sambil menunjukkan tanda hitam di bawah mataku.
Aku hanya tergelak kecil.Takkanlah aku nak beritahu Wani yang aku ada masalah dengan ibu aku.Tambahan lagi,aku ada masalah juga tentang pertandingan lukisan yang dianjurkan oleh PPD.Alamak,habis aku nak pergi perpustakaan ni nak buat apa?! Borang pertandingan pun ibu tak tanda tangan lagi! Arggh.
"Tak ada apa-apa lah Wani.Kau ni 'happy' bagai kenapa pulak?" Soalku dengan curiga.Sejak tadi perangai Wani tidak ubah seperti kanak-kanak ribena.
"Hehe..Kau tahukan kenapa aku happy!" Wani memberikan aku sengihan panjangnya.
Aku melihat Wani sambil mendengus.Siapa tak kenal dengan Wani.Minah yang suka sangat ushar mamat 'hot'! Macam manalah aku boleh dapat kawan gatal macam ni?
"Ieee,gatalkan kau! Aku beritahu mak kau baru tahu!" Aku ugut dengan senyuman.
"Shhh! Kau ni pun satu,senyap je la!" Wani memandang wajahku dengan gusar sebelum menjeling sekilas kearah ibunya yang memandu.Aku tergelak.
"Aku bukanlah segatal yang kau fikir ok! Sementara kau sibuk nak cari bahan lukisan,aku buatlah 'homework'."Sambung Wani dengan bangga.
"Kau bawak 'homework'?"
"Yup."
"Baguslah,boleh kita bincang sama-sama nanti."
Wani hanya menganggukkan kepala lalu menyambung kembali menyanyi lirik lagu kesukaanya.Aku melemparkan pandangan ke luar tingkap dengan perasaan keliru.Apa yang aku nak buat dekat perpustakaan nanti? Ish,aku cari je lah buku melukis walaupun masih tak pasti dengan pertandingan lukisan tu! Bebel hatiku dengan geram.
*********
Tiba sahaja di hadapan Perpustakaan Tun Raja Uda,aku dan Wani terus keluar daripada kereta.Aku menundukkan kepala untuk melihat wajah Puan Maria iaitu ibu Wani yang berada di dalam kenderaan.
"Terima kasih ye cik,sebab hantarkan.Minta maaf kalau saya menyusahkan."Kataku dengan ikhlas,
Puan Maria hanya tersenyum melihat wajahku.
"Ish,tak menyusahkan langsunglah Zani! Bukan selalu kamu dan Wani pergi perpustakaan.Wani,nanti kalau nak balik telefon ibu ok!" Kata Puan Maria melihat wajah Wani.Wani hanya tersenyum dan menganggukkan kepala.
Akhirnya,kereta Puan Maria berluncur pergi meninggalkan kami.Aku dan Wani berpandangan sesama sendiri.
"Jom masuk!" Kataku.
"Jom! Kau rasakan,berapa banyak mamat 'hot' dalam perpustakaan ni agaknya?" Soal Wani dengan mempamerkan wajah comelnya.
"Wani! Tolonglah! Cuba kawal sikit hormon kau tu!" Kataku dengan geram sambil menjegilkan mata.Tak habis-habis dengan perangai miang dia tu.
Wani hanya tergelak melihat reaksiku.
"Haha...Ok,ok! Aku stop.Jomlah masuk!"
Kata Wani dan terus menarik tubuhku masuk ke dalam perpustakaan yang besar itu.Aku dan Wani naik ke tingkat tiga dan meletakkan beg di luar.Kami memasukkan kasut ke dalam beg berwarna oren yang telah disediakan dan terus menolak pintu kaca perpustakaan itu.Angin sejuk serta merta memukul wajahku membuatkan aku berasa sejuk.Aku melihat keadaan sekeliling perpustakaan yang senyap.Nampaknya tingkat ni tak ramai orang berbanding tingkat bawah.
Aku dan Wani serta merta memilih meja yang berada di tepi tingkap kaca besar mempamerkan pandangan 'cafe' yang menarik.Wani terus mengeluarkan buku modul fiziknya serta kalkulator.Aku pula hanya meletakkan beg di atas meja.
"Wani,aku pergi bahagian seni dulu tau."
"Ok.Tunggu,bahagian tu dekat tingkat bawahkan?Kau nak turun balik la nih?"
"Yup."
"Suka hati kaulah.Aku tunggu dekat sini je.Cepat naik atas balik tau."Kata Wani melihat wajahku.
"Alright boss."
Balasku dan terus membuka langkah.Namun,tidak sempat aku melangkah tanganku direntap Wani.Aku keliru.
"Apahal kau ni?" Soalku dengan nada yang dikawal.
"Beb! Kau nampak tak mamat dekat meja sana.Hensem gila siut!" Kata Wani dengan sengihan lebar sambil matanya memandang tepat kearah meja yang berada di hadapan kami namun terletak di hujung.Aku memerhatikan makhluk yang dikatakan Wani.Budak lelaki yang memakai baju T-Shirt hitam serta berkolar itu memang nampak menarik di mataku.But still,it's not my type.
"Wani,aku tak ada masa untuk ni.Kalau kau nak renung dia,kau renunglah sampai malam.Tapi,tolong lepaskan lengan aku.Aku nak cari buku ni!" Balasku dengan geram.
Wani tergelak kecil lalu melepaskan lenganku perlahan-lahan.
"Haha...Sorry Zani tarik kau tadi.Aku ecxited sikit nampak mamat tu tadi."Kata Wani dengan senyuman meleret di wajahnya.Matanya kembali merenung kearah budak lelaki yang diminatinya tadi.Hah,Wani dah angau la tu!
"Haiish,suka hati kaula! Bila aku balik nanti,aku cuma harap kau tak mereng."
Kataku lalu terus meninggalkan Wani dengan senyuman angau di wajahnya.Semasa jalan,aku sengaja merenung sekilas kearah budak lelaki yang dimaksudkan Wani.Budak lelaki itu sedang tekun menyiapkan sesuatu di buku latihanya.Hmm,Wani betul.Budak lelaki tu memang ada rupa.
Tanpa membuang masa,aku terus turun ke tingkat dua dan pergi ke bahagian seni.Mata aku meliar mencari buku yang dapat menarik perhatianku.Kemudian,seorang pekerja perpustakaan menghampiriku bersama troli yang dipenuhi buku.Lalu,dia mengambil buku yang berada di troli dan menyusunya perlahan-lahan di rak buku.Tanpa mengendahkan perbuatan pekerja perpustakaan itu,mata aku terus mencari buku yang menarik.
Kemudian,mataku dapat menangkap sebuah buku lukisan yang mempunyai kulit yang tebal.Serta merta hatiku tertarik dan terus mengambil buku itu daripada rak.Aku menyelaknya dengan teruja.Wow,banyak gila teknik lukisan yang dia berikan dalam buku ni! Bagusnya! Kata hatiku dengan gembira.Entah kenapa gambar borang lukisan yang kosong terpapar kembali dalam mindaku.
Kalau kau dapat bahan melukis pun,bukanya kau dapat masuk pertandingan melukis Zani.Ibu kau mana izinkan,ingat tak? Kata satu suara dalam sudut hatiku.Aku melepaskan keluhan dan terus menutup buku seni itu.Mata aku meliar di seluruh perpustakaan sehinggalah satu makhluk yang menolak pintu kaca perpustakaan menarik perhatianku.
Makhluk itu merupakan seorang budak lelaki yang memakai baju T-Shirt berwarna hijau serta jaket yang berwarna hitam berbelang putih di lenganya.Budak lelaki itu menapak masuk ke dalam perpustakaan dan serta merta menangkap hampir seluruh perhatian wanita di dalam perpustakaan itu termasuk aku.Aku kenal mata tu.Aku kenal warna rambut tu.Dan aku tak mungkin silap sebab aku memang kenal wajah tu.Mamat tu adalah Asyriq?!
Bulat mataku melihat Asyriq menapak masuk ke dalam perpustakaan sambil matanya meliar mencari sesuatu.Laju aku menyorokkan tubuhku di belakang rak buku dengan terkejut.Apa Asyriq buat dekat sini?! Tak mungkin ini kebetulan?
Aku mengambil nafas panjang sedalam-dalamnya sambil mengetap bibir.Ish,tak cukup dia malukan aku sekarang ni dia nak hancurkan waktu cuti aku pulak! Kenapa Ya Allah di mana sahaja aku melihat mesti ada wajah mamat tu? Aku benci! Ieee.
Aku mengenggam erat buku tebal di tanganku.Ok,aku perlu keluar senyap-senyap supaya mamat tu tak perasan! Aku tak nak kena tegur dengan Asyriq! Kata hatiku dengan muktamad.Sekali lagi,aku cuba mengintai kelibat Asyriq yang berada di pintu kaca perpustakaan.Namun apabila aku memerhatikanya,bayang Asyriq sudah tiada di sana.Laju aku memandang sekeliling mencari bayang Asyriq.Eh,mana pulak mamat tu pergi? Kata hatiku dan terus mencari.Mungkin dia dah keluar kut? Baguslah,sekarang bolehlah aku lepaskan diri.Aku tersenyum lebar dan terus menoleh untuk melangkah.
Namun malangnya,aku tidak sedar bahawa sebenarnya dibelakangku terdapat sebuah troli yang dibawa tadi oleh pekerja perpustakaan.Tubuhku terlanggar dengan troli itu yang membuatkan serta merta buku yang terdapat di dalam troli itu terjatuh ke bawah.Bunyi kuat terhasil membuatkan semua mata di dalam perpustakaan itu memandang kearahku.
Ya Allah,malunya! Muka aku sudah merona merah dan aku terus cepat mengutip buku yang berada di atas lantai.
"Sa..Saya minta maaf sangat! Saya tak perasaan tadi!" Kataku dengan perasaan bersalah namun masih dikawal.Perlahan-lahan mata manusia yang memandangku mengalihkan pandangan mereka.
Pekerja perpustakaan wanita itu hanya tersenyum dan mengambil buku di tanganku.
"Tak apa dik,akak pun tak perasan kamu ada dekat depan troli tadi."Kata pekerja wanita itu
"Saya minta maaf sekali lagi ye."Mohonku dengan lembut.
"Tak apa."
Kakak itu tersenyum buat kali terakhir kepadaku sebelum menolak troli itu dan pergi ke bahagian lain.Aku melepaskan keluhan dan terus berpaling untuk kembali melangkah ke pintu kaca perpustakaan.
Hampir gugur jantung aku dibuatnya apabila menyedari selama ini Asyriq hanya berada di belakangku dengan senyuman meleret.
"Asyriq?! Macam mana kau ada dekat sini?" Soalku dengan terkejut.
Ish,jadi dia nampaklah kejadian tadi.Arggh.Memang 'fail' plan aku untuk larikan diri daripada dia.
Asyriq tidak menjawab pertanyaanku namun hanya menggeleng-gelengkan kepala dengan senyuman nakal di bibir.Aku cuba mengawal debaran di dada apabila melihat wajah bersihnya dan cuba menjarakkan tubuh kami.Jujur aku katakan,Asyriq nampak menarik dengan pakaian santai begini.
"Kau ni memang cuailah Zani.Troli dekat belakang pun tak nampak.Lain kali pakai cermin mata tebal ye kak."Perli Asyriq kepadaku dengan senyuman lebar.
Hati aku sudah panas.
"Suka hati akulah.Bukan masalah kau pun!" Balasku dengan geram dan cuba pergi daripada Asyriq.
Namun apabila aku melangkah,dia pasti menghalang perjalananku yang menambahkan lagi kemarahan di dadaku.Aku memandang wajahnya tepat-tepat dengan riak tidak puas hati.
"Asyriq,bagi aku laluan!" Marahku namun masih merendahkan suara.
"Aku nak cakap dengan kau Zani."Kata Asyriq dengan pandangan serius.Dia sengaja menapak kehadapan yang membuatkan aku terpaksa melangkah kebelakang.
"Aku tak nak cakap dengan kaula.Berapa banyak kali aku kena beritahu kau."Kataku sambil memandang lantai.
Sekarang ini aku rasa pelik.Entah kenapa situasi aku dan Asyriq seperti pasangan yang sedang bergaduh.Ish,tengok apa yang mamat ni dah buat pada aku! Dia buat aku fikir bukan-bukan!
"Zani,susah sangat ke kau nak maafkan aku sebab mamat sial tu!" Kata Asyriq,nadanya mula bertukar marah.
"First,tolong jangan cakap dia mamat sial.Mamat sial tu ada nama dan nama dia Shazwan! Second,aku dah banyak kali kata yang aku dah maafkan kau Asyriq.Kau nak apa lagi daripada aku ni?" Soalku dengan keliru.Sungguh perbuatan Asyriq selalu membuatkan aku bingung.
"Kalau kau maafkan aku,kenapa perangai kau macam ni sekarang!"
"Macam ape?" Aku soal dengan bingung.Aku tak faham betul lah dengan mamat ni!
"Kau jauhkan diri daripada aku Zani.Kau tahu aku tak suka perangai tu."Kata Asyriq dan cuba memandang tepat-tepat kedalam anak mataku.Laju aku mengalihkan pandanganku ke tempat lain.
"Asyriq,aku masih marahkan kau sebab kau malukan aku dihadapan seluruh kelas.Bukan tu je,aku dan kau tak pernah ada hubungan.Memang perlulah aku jauhkan diri daripada kau!" Balasku dengan rimas.
"Zani,kita berdua ada hubungan."Kata Asyriq sambil tersenyum.
"Oh,ya.Hubungan ape yang kita ada Asyriq? Jangan nak mengarut."Bidasku.
"Kau tahu,budak dalam kelas dah mula ingat kita ni 'couple'."Asyriq tersenyum lebar kali ini.
Aku mendengus bengang.
"Suka hatilah dioranglah nak fikir apa.Tapi aku takkan sekali-sekali 'couple' dengan kau.'Couple' tu haram! Dan kalau aku nak cari pakwe sekali pun,aku takkan cari kau.Hmmph!"
Daripada menunjukkan riak marah,Asyriq hanya tergelak sambil menggeleng-gelengkan kepala mendengar kata pahitku kepadanya.
"Kau ni macam ustazahlah!" Kata Asyriq masih tergelak.
"Biarlah,sekurang-kurangnya aku hanya memberikan hak aku kepada suami aku je nanti! Sekarang kau boleh tak pergi dari sini."Kataku dengan geram.Aku sudah mula rasa tidak selesa berdua-duan dengan Asyriq begini.Hatiku berdegup dengan tidak terkawal.
"Jangan risau Zani,bakal suami kau tu hanya ada depan mata kau je sekarang ni."Asyriq membalas kataku dengan senyuman yang sukar ditafsir.
"Jangan perasanlah!"
"Come on lah Zani,aku tahu kau sukakan aku."Asyriq berkata dengan nada halus cuba mengusikku.
Aku cuba sedaya upaya untuk tidak membenarkan pipiku menjadi merah.
"Tepilah!"
Gumamku dengan bengang dan terus melarikan diri daripada Asyriq.Aku berjalan laju menuju ke pintu kaca dan menolaknya.Aku menolehkan kepala kebelakang dan melihat Asyriq mengekoriku.Arggh!
"Asyriq! Jangan ikut aku boleh tak!" Marahku.
Asyriq tidak menjawab namun hanya tersenyum sinis.Malas untuk melayan sikap merengnya,aku menghentak kaki dan terus menaiki tingkat tiga dengan perasaan yang sebal.Aku menolak pintu kaca dan menuju ke tempat Wani yang diikuti oleh Asyriq.Aku memberikanya jelingan tajam sekali lagi.
"Pergilah!" Omelku dengan bengang.
Sekali lagi Asyriq tidak menjawab namun hanya mengangkat bahu dengan senyuman lebar.Dia suka buat aku geram! Dia sengaja nak buat aku marah! Aku tendang jugak mamat nih! Kata hatiku seperti gunung berapi yang sedang meletus.
Laju aku bergerak kearah meja Wani.Wani yang menyedari kelibatku terus tersenyum namun reaksi wajahnya berubah apabila melihat Asyriq.
"A..Apa yang dia buat dekat sini?!" Soal Wani kepadaku dengan mata membulat.Aku hanya mendengus dan melabuhkan punggung di kerusi.
"Wani,tolong jangan tanya aku.Aku sendiri pun tak tahu!" Balasku.
Dengan selambanya,Asyriq menarik kerusi dan duduk dihadapanku yang membuatkan aku dan Wani terkejut.
"Hei,siapa yang bagi kau duduk dengan kitaorang ha!" Marah Wani melihat Asyriq.
Asyriq hanya mempamerkan wajah gembiranya melihat reaksi Wani.
"Well,aku tak sangka yang korang ni anti-sangat dengan aku."Balas Asyriq.
"Boleh tolong pergi tak,muka kau ni bukanya dapat bagi manfaat untuk kitaorang pun."Kata Wani dengan mengetap bibir.Zani tahu sangat dengan perangai baran sahabatnya.
"Kau ni tak belajar ke,perpustakaan ni tempat awam.Suka hati akulah nak duduk mana!"
"Kau kata aku tak belajar?! Hei,aku-"
Mendengar Wani mula menaikkan veto suaranya,aku mula rasa baik aku masuk campur.
"Shhh! Senyaplah! Asyriq,jangan kacau Wani boleh tak."Aku berkata kepada Asyriq dengan nada jengkel.Asyriq hanya tersenyum sinis manakala pula Wani diam dengan perasaan bengang.
Secara tiba,aku dan Wani terlihat pula Bob yang datang menghampiri meja aku dan Wani.Mulut aku hampir ternganga.Aku dan Wani berpandangan sesama sendiri dengan perasaan tidak percaya.Bob pun datang sini?!
"Yo,bro." Bob menegur Asyriq.
"Yo Bob,duduklah." Ajak Asyriq dengan menarik kerusi di sebelahnya.
Aku sudah bengang.Perlu ke dua makhluk ni duduk dekat sini jugak?! Geramnya!
Bob melabuhkan punggungnya di atas kerusi dan melihat wajah aku dan Wani dengan kening terangkat.
"Jadi,betul lah korang ada dekat sini."Kata Bob dengan senyuman sinis.
"Apa maksud kau?" Wani menyoal.
"Macam mana kau tahu kitaorang dekat sini?" Aku mula terkejut.
Asyriq dan Bob mula memandang sesama sendiri dengan senyuman yang mencurigakan.Diorang ni betul-betul 'stalker' ke?! Bulu roma aku mula meremang.
"Amir."Kata Asyriq sepatah.
"Apa?!"Aku dan Wani berkata serentak.
"Amir yang beritahu kitaorang korang dekat sini."Kata Asyriq.
Lalu,Bob mengeluarkan telefon bimbit 'Lenovo' nya dan menunjukkan pada aku dan Wani skrin telefonya.Kepala aku dan Wani sedikit kehadapan untuk melihat apa yang terdapat di skrin itu.
Di skrin itu terpapar aplikasi 'Fac',Bob membuka 'Profile' Wani dan mataku menangkap apa yang tertulis di 'Wall'.
Esok pegi library dengan Zani.Tak sabar!-At Tun Raja Uda. >_<
-Wani_98
"Ko..Korang bukak profile aku?!" Wani berkata dengan terkejut.
"Wani!" Aku memandang Wani dengan geram.Great! Rupanya sebab 'post' Wani diorang tahu kitaorang dekat sini.
"A..Apa! Zani,aku tak tahu pun yang diorang akan 'stalk' profile fac aku!" Kata Wani kepadaku dengan mata membesar.
"Well,kau patut hati-hati.Macam yang kau kata,kitaorangkan 'stalker'.Haha.."
Bob dan Asyriq tergelak sesama sendiri.Ieee,menyampah aku dengan dua orang makhluk ni!
"Senyaplah!" Marah Wani.
"Wani,perlu ke kau 'post' kan benda tu dekat fac?" Soalku.
"Sorry Zani,aku ecxited sangat semalam.Hehe."Wani hanya memaparkan aku sengihan panjang.
Aku melepaskan keluhan dan sudah tidak tahu untuk membuat apa-apa.Adoii,pening kepala aku.
"Jadi,korang datang sini sebab nak kacau kitaorang je lah ye."Kata Wani dengan menyindir.Dia menjeling tajam pada Asyriq.
"Yes.you have a problem with that." Asyriq sengaja menghadiahkan Wani senyumanya yang paling manis.
"Ieee!" Wani yang geram mula mengangkat buku limanya.
"Wani,sabar!"
Aku kata kepada Wani sambil memegang lenganya.Asyriq hanya tergelak.Aku rasa aku sudah mula rasa benci dengar gelakan Asyriq.
Bob yang memerhatikan telefon bimbitnya sejak daripada tadi mula menoleh kearah Asyriq.
"Asyriq,aku kena blah dulu.Tauke panggil aku masuk kerja pulak.Bye bro."
Kata Bob dan bangun daripada kerusi.Asyriq dan Bob berjabat tangan cara pelik mereka sebelum Bob melihat Wani.
"Bye minah gila."Kata Bob tersenyum nakal.
"Bye B.O.B." Balas Wani dengan menyindir.
"Apasal kau eja nama aku?" Soal Bob dengan pelik.
Aku mula memerhatikan perangai mereka berdua.
"Sebab aku terlalu menyampah nak sebut nama kau."Kata Wani dengan tersenyum yang diikuti oleh aku.
Dapat aku perhatikan Bob melihat Wani dengan bengang dan menjegilkan matanya.
"Woo,sabar Bro.Haha."Kata Asyriq.
Bob mengambil nafas panjang.
"Apa-apalah."
Kata Bob dengan mengalah dan beredar daripada perpustakaan.Wani pula sudah tersenyum kemenangan.Melihat perangai Wani dan Bob,entah kenapa aku dapat rasakan yang mereka ni.....Sepadan? Hahaha,kalau aku cakap macam tu pada Wani mesti mati aku dikerjakan.Aku tergelak dalam hati.
"Aku tahu apa yang kau fikir."Suara Asyriq mencelah kata hatiku.
"Apa yang aku fikir?"Sengaja aku menduga Asyriq.
"Kau rasa diorang tu sepadan kan."Asyriq tersenyum.
Aku terkejut.
"Diamlah." Gumamku.
"Korang cakap ape ni?" Wani mula menyampuk.
"Tiada apa-apa."Balas Asyriq dengan gembira.
Wani memandang Asyriq dengan jelingan tajam.
'Asyriq,kalau kau nak duduk dekat sini,aku bagi amaran jangan kacau Zani."Kata Wani dengan serius.
Asyriq mengangkat tangan tanda mengalah.
"Whatever you said,boss."Balas Asyriq dengan tidak serius.
Wani memberikan Asyriq jelingan kali terakhir sebelum menyambung menyelesaikan masalah di buku modul fiziknya.Asyriq sengaja mendagu dan merenung wajahku dengan senyuman menggoda.Malas untuk melayan perangai gilanya,aku membuka buku seni di tanganku dan mula membaca teknik-teknik yang diberi.
Beberapa minit telah berlalu,secara tiba Wani menyiku lenganku.
"Zani,aku tak fahamlah soalan ni?Tak dapat jawapan pun?" Soal Wani kepadaku.
Aku melihat soalan di buku itu dengan muka berkerut.Errr,soalan apa ni? Susah gila?Nak gune formula apa ye?
"Jawapan dia C."Kata Asyriq dengan selamba melihat kitaorang berdua.
"Macam mana jawapan dia C pulak?" Soal Wani.
Asyriq mengambil buku di tangan Wani dan mula menerangkan pada aku dan Wani jalan kerjanya.Aku terkejut.Asyriq memang seorang yang pandai walaupun sering ponteng kelas.Ish,jelesnya aku dengan kelebihan mamat nih!
"So,itulah jalan kerjanya."Kata Asyriq.
"Errr,thanks."Balas Wani dengan kekok.Aku tahu mesti Wani juga tidak terjangka bahawa Asyriq dapat menyelasaikan masalah tadi dengan senang.
"Apasal?Korang dah tertarik sebab kepandaian aku ke?" Kata Asyriq dengan berlagak.
Aku hanya mendengus.
"Jangan perasan boleh tak,ko buat aku nak termuntah." Balas Wani dengan jengkel.
Asyriq hanya tersenyum.
"Zani,aku nak pergi tandas kejap.Sejuk gila." Bisik Wani kepadaku setelah menutup bukunya.
"Alaa..Janganlah.Kau nak aku duduk sini dengan mamat gile ni?!" Aku bisik kepada Wani dengan wajah mengharap.
"Ish,sekejap je lah."
Kata Wani kepadaku dan terus bangun lalu menarik kerusi ke dalam.Aku sedaya upaya mempamerkan wajah mengharap aku kepada Wani.Namun sahabat tersayang aku tu hanya menguntumkan senyuman dan menuju ke tandas.Tak guna.
"Dia pergi mana?" Soal Asyriq.
"Tandas."
Jawabku dan terus menyambung membaca buku.Hati aku mula berdebar dan fokus aku pada buku mula hilang.Ieee,benci betul lah perasaan ni!
Beberapa saat mula berlalu,aku rasa sesuatu yang aneh.Aku memandang hadapan dan melihat Asyriq masih merenung wajahku.Tunggu,selama aku baca buku dia tenung wajah aku ke? Asyriq tersenyum apabila menyedari aku melihatnya.Aku hanya mengerutkan wajah.
"Kenapa kau pandang aku macam tu?" Soalku.
"Saja.Kenapa?" Balas Asyriq.
"Kalau kau tak nak aku lari daripada sini,baik kau berhenti tengok aku.Ianya menakutkan tahu tak."Aku berkata dengan serius.Cara dia pandang aku membuatkan aku gelabah.
"Kau takkan lari.Aku tahu kau sukakan aku."Asyriq tersenyum.
Aku melepaskan keluhan.Apa yang patut aku buat untuk baiki fikiran mamat nih?
"Kenapa kau suka kacau aku Asyriq? Aku ni tak menarik pun."Aku berkata dengan mengalah.
"Bagi aku kau menarik dan aku suka kacau kau.Bila aku tengok muka kau,aku..."
Kata-kata Asyriq membuatkan aku menelan air liur sedalam-dalamnya.Tak pernah orang cakap macam ni pada aku.
"Kau?"
"Aku rasa tenang."
Ha? Mamat ni biar betul.
"Tenang?"
"Yup.Muka kau buatkan aku lupa masalah."Kata Asyriq memandang tepat anak mataku.Nada suaranya bertukar serius.
Adakah dia....Laju aku menggeleng-gelengkan kepala cuba mengusir perasaan aneh di dalam hatiku.Aku tidak boleh nafikan kata Asyriq membuatkan aku sedikit gembira namun aku cuba menolak perasaan itu dalam-dalam.Ini adalah Asyriq! Aku tak boleh percayakan mamat ni.
"Jangan mengarut."Kataku.
"Suka hati kaulah nak percaya atau tidak."Asyriq tersenyum lebar.
Senyuman tu! Arggh! Buat aku cair.
"Ermm.Hello?"
Satu suara perempuan memecahkan perbualan diantara aku dan Asyriq.Laju aku memandang wajah perempuan yang berukuran sama umur denganku yang mempunyai rambut perang yang panjang paras bahu.Meneliti wajah perempuan itu,aku tidak dapat menafikan bahawa dia seorang yang cantik.
"Ye?" Aku menegurnya dengan senyuman.
Namun mata perempuan itu tidak menjeling langsung kearah aku malah dia mengalihkan tubuhnya menghadap Asyriq.Ok,perempuan ni nak apa sebenarnya?
"Emmm,saya ternampak awak selesaikan masalah fizik tadi.Kawan saya dan saya ada masalah sikit dengan soalan fizik jugak.Jadi,boleh tak awak pergi ke meja kitaorang dan tolong selesaikan masalah soalan tu."Kata perempuan itu kepada Asyriq dengan senyuman manis.
Mata aku membulat dengan tidak percaya.Aku tidak sangka selama aku hidup aku akan dapat lihat perempuan yang mengorat Asyriq secara terang-terangan macam ni.Dia ternampak Asyriq atau dia perhatikan?
"Oh,nama saya Julia."Katanya dengan suara ayu.Hatiku sudah meluat.
"Aku Asyriq.Jomlah kita pergi."Kata Asyriq dan memandangku dengan senyuman sinis sebelum bangun daripada kerusi.Perempuan itu pula menjeling kearahku dengan senyuman kemenangan.
Menyampah aku! Kalau dia nak sangat 'tackle' Asyriq tu,aku tak kisahla! Lagi bagus dia bawak mamat tu jauh daripada aku.Dengan mengawal riak air mukaku,aku mula membaca buku.
Kemudian,Wani mula menghampiri mejaku dan melabuhkan punggung di kerusi.
"Eh? Mamat sengal tu mana?" Soal Wani kepadaku.
Dengan malas aku menjawab.
"Cuba kau tengok meja dekat depan sekali tu."
Laju mata Wani dialihkan pada hadapan.Kali ini aku lihat Asyriq bersama rakan-rakan Julia sedang ketawa dengan gembira.Lalu mereka semua mengeluarkan telefon bimbit masing-masing dengan senyuman lebar.Daripada jauh dapat aku lihat salah seorang daripada mereka mula menghampiri Asyriq.
Wani yang melihat hanya mendengus.
"Ceh,memang dasar 'playboy' betul Asyriq tu."
"Entah.Malas aku nak layan."Kataku dengan jujur.Memang betul,aku tidak rasa apa-apa tentang Asyriq dengan perempuan lain.Mungkin kerana aku memang faham perangai mereng mamat sengal tu.
"Eleh,tak payah nak sorok sangatlah Zani.Aku tahu kau jeles."Wani tersenyum nakal.
"Wani,baik kau jangan mengarut sebelum aku tumbuk kau."
"Ececeh..."Sakat Wani dan mula melanggar bahuku.
"Serious Wani,aku tak jeles langsung ok."
"Iyelah tu."Wani mengusikku lagi.
Aku mengeluh dan mula bangun daripada kerusi.Wani melihatku dengan keliru.
"Kau nak pergi mana?"
"Aku nak letak balik buku ni dekat tingkat bawah sekejap."
"Yeke?Ke,kau dah tak sanggup nak tengok."Wani sambung kembali dengan sakatnya.
"Wani!"
"Ok,ok! Aku stop sakat kau.Kau ni serious sangatlah Zani."Wani tergelak.
Aku mendengus lalu melangkah pergi.Dapat aku pandang sekilas kearah Asyriq yang masih ketawa bersama kumpulan rakan Julia.Sehingga sekarang,aku masih tidak dapat rasa apa-apa apabila melihat Asyriq bergembira dengan perempuan lain.Entahlah.
Laju aku menolak pintu kaca perpustakaan dan menuju ke tingkat bawah.Aku pergi kembali ke bahagian seni dan berdiri di hadapan rak buku.Aku meletakkan kembali buku itu di rak dan mataku meliar membaca tajuk-tajuk buku.Sehinggalah kali kedua mataku menangkap sebuah buku yang menarik perhatianku.Tanganku cuba mencapai buku itu yang berada di rak tertinggi sehingga satu tangan juga cuba mengambil buku itu.Aku terkejut.
Laju aku menoleh untuk melihat pemilik tangan itu.Alangkah terkejutnya aku apabila budak lelaki yang diminati oleh Wani sebentar tadi berdiri di sebelahku.Eh?Mamat yang pakai baju hitam tadi.
"Err.Sorry! Awak ambil lah buku tu."Kataku kepadanya dengan senyuman bersalah.
"Eh,tak apa! Kau ambil je lah."Katanya pula kepadaku sambil memegang tengkuk lehernya.Dia nampak...Baik?
"Tak,serius ni awak ambil je lah buku tu.Saya nak tengok-tengok je tadi.."Kataku untuk meyakinkan budak lelaki dihadapan.Melihat wajahnya dengan rapat begini,aku dapat rasakan budak lelaki ini mesti mempunyai ramai peminat wanita seperti Asyriq.Wajahnya nampak comel.
"Kalau macam tu,thanks." Katanya lalu mengambil buku di rak atas dengan senang.
Aku pula hanya menganggukkan kepala dan mula untuk beredar kembali ke tingkat atas.Apabila aku menyedari dia juga mengikutiku,aku mula bersuara.
"Tempat kau dekat tingkat atas?"
Dia hanya tersenyum lalu menganggukkan kepala.Perggh,kalaulah Wani dapat lihat senyuman mamat yang dia minat nih! Cair aku rasa minah tu.
"Kau budak seni ke?" Dia mula menyoalku.
Tidak sempat aku menjawab dia memotong lagi.
"Opps,sorry.Nama aku Lan."
"Lan?"
"Haha..nama yang pelik kan?Nama panjang aku Lan Amirul Bin Faris."
Aku hanya membuat mulut berbentuk 'o'.Bagi aku nama tu unik.Aku suka.
"Nama aku Zani dan ya,aku budak kelas seni.Kau pun sama ke?" Soalku kepadanya sementara kami berdua berjalan untuk menuju ke tingkat atas.
"Haah,aku ambil seni jugak dekat sekolah.Kau lebih suka melukis ataupun guna 'watercolour'?" Lan menyoalku.
Aku agak terkejut apabila dia cuba mengenali diriku dengan rapat.
"Aku lebih suka guna 'watercolour' sebab nampak lebih cantik dan hidup.So,aku dikira bernasib baik sebab tahun ni folio seni aku banyak guna teknik watercolour." Kataku dengan gembira.Aku memang sentiasa ceria apabila isu seni dibangkitkan.Haha..
"Oh,yeke.Tahun ni kelas kitaorang buat ukiran kayu."Kata Lan.
"Ukiran kayu? Bestnye.Aku teringin nak buat ukiran kayu."Kataku dengan teruja.
"Yeke? Kelas seni korang tak pernah buat ukiran kayu?" Soal Lan kepadaku dengan tidak percaya.
"Tak.Tahun ni cikgu tak nak buat sebab tahun lepas pelajar cikgu dah buat ukiran kayu."Balasku.
Aku tidak sedar bahawa aku dan Lan sudah tiba di tingkat tiga sehinggalah Lan membukakan pintu kaca perpustakaan untukku.Aku menapak masuk terlebih dahulu.
"Terima kasih."Ucapku dengan ramah.
Lan hanya tersenyum dan menganggukkan kepala.
Masuk sahaja ke dalam,dapat aku melihat Asyriq mengalihkan perhatianya kepadaku daripada tempat Julia dan rakan-rakanya.Riaknya nampak terkejut lalu berubah kepada serius apabila melihat Lan.
"Emm,aku pergi ke tempat aku dulu.Bye."Kataku dengan senyuman.
"Ok,semoga jumpa lagi Zani."Kata Lan membalas senyumanku.
Laju aku melangkah ke tempat Wani dan duduk di kerusi.Daripada jauh,aku mula melihat Asyriq berjalan kearahku tanpa mengendahkan panggilan Julia dan rakan-rakanya.Dia berjalan dengan riak bengang.Apahal mamat ni?
"Kau ok?" Soal Wani disebelahku.
Nampaknya Wani tak perasan aku cakap dengan Lan tadi.Kejap lagilah aku cerita dekat dia.Mesti Wani suka bila dapat tahu nama mamat yang dia minat.Hehe.
Secara tiba, Asyriq duduk di hadapanku dengan tangan bersilang.Dia memberikan aku pandangan tajam sebelum membuka mulut.
"Siapa tadi tu?" Asyriq menyoal dengan nada jengkel.
Kenapa dia nak tahu?Menyibuk je!
"Siapa?" Sengaja aku membuat bodoh.
"Kau jangan nak berlagak bodoh boleh tak,aku nampaklah mamat tadi!"
"Yang kau marah sangat ni kenapa?" Aku membalas.Dia lepak dengan perempuan lain aku tak kisah pun!Perlu ke dia bersifat macam teman lelaki aku?
Asyriq menutup mata lalu mengambil nafas panjang.Lalu dia membuka mata kembali.
"Nama dia siapa?" Dia menyoal lagi.
"Buat apa kau nak tahu?"
Dapat aku lihat Asyriq semakin mendidih dengan jawapan aku yang berbasi-basa.
"Boleh tak kau jawab je soalan aku!"
"Boleh tak kau berhenti marah dengan aku dulu!"Aku mula geram.
"Wooo! Guys,calm down!" Celah Wani apabila melihat aku dan Asyriq mula membara.
Aku tak fahamlah dengan Asyriq nih!Kenapa dia nak tahu sangat tentang Lan?
Secara tiba,telefon bimbit Wani bergetar dan laju Wani mengangkat panggilan diterima.Sementara aku dan Asyriq pula hanya merenung tajam sesama sendiri.
"Emm,Ok...Baik mak.Bye,waalaikummussalam."
Kata Wani dan terus memutuskan talian dan memandang wajahku.
"Zani,mak aku suruh kita tunggu dia dekat luar.Kejap lagi dia 'on the way."Kata Wani kepadaku.
"Emm,jomlah kemas barang."Kataku dan terus mengemas buku dan bekas penselku tanpa mengendahkan Asyriq yang sedang bengang.
Aku dan Wani bangun daripada kerusi dan terus meninggalkan Asyriq berseorangan di meja.Apabila sampai di pintu kaca,telingaku dapat menangkap gelakan daripada Wani.
"Kau gelak ni kenapa?" Soalku dengan marah yang masih bersisa apabila bergaduh dengan Asyriq tadi.
"Bila aku tengok korang gaduh tadi,nampak sepadanlah.."Luah Wani kepadaku sambil tersenyum.
Mata aku membulat.Sepadan?! Erggh,jangan harap!
"Wani,untuk kali terakhir tolong jangan merepek.Kau tengoklah perangai mamat tu tadi,tiba-tiba nak marah aku!"
"Sweet lah tu!"
"Kau pun sama! Nampak aku gaduh dengan mamat tu bukan nak 'back up'kan aku!"
"Ala,sorry la Zani.Aku tak nak kacau pasangan suami isteri bergaduh."
Kata-kata Wani hanya menambahkan lagi kemarahan di hatiku.Aku hanya melemparkannya jelingan maut.Wani yang menyedari jelingan ku terus mengangkat tangan tanda menyerah.
"Ok,ok! Fine! Aku stop sebut nama mamat tu.Jomlah turun."
Kata Wani dengan tergelak lalu terus menarikku turun ke tingkat bawah.Tidak sempat melangkah keluar,langkah Wani berhenti separuh jalan.
"Kenapa kau ni?" Soalku.
"Zani,aku nak pergi tandas sekejap.Tak tahan pulak."Wani hanya tersengih.
"Kau ni Wani,ada masalah dengan pundi kencing kau ye?"
"Issh,apa kau cakap macamtu."
"Iyelah,daripada tadi tak berhenti pergi tandas.Pergilah,aku tunggu dekat kaunter sana."
Kataku dan terus mengambil beg daripada tangan Wani.Sebelum pergi sempat lagi dia memberikan aku senyuman kerang busuknya.Tak habis-habis sengih minah ni.
Aku menunggu sambil merenung perpustakaan bahagian kanak-kanak sehingga ada satu suara yang menyebut namaku.
"Zani?"
Aku menolehkan kepala untuk melihat siapa pemilik suara itu.
"Lan?" Kataku dan memandang Lan yang berada di sisiku.
"Kau dah nak balik ke?" Soalnya dengan mempamerkan senyuman seperti iklan 'colgate'.
"Yup.Tumpang kereta kawan."Balasku.
"Owhh,Aku cuma nak tanya kau sesuatu kalau tak keberatanlah."
"Tanya apa?"
"Ermm.."
Aku lihat Lan agak sedikit gelisah.Dia nak tanya apa pulak ni?Nervous pulak aku.
"Kalau boleh,aku harap dapat tahu nombor tele-"
Tidak sempat Lan menghabiskan ayatnya,aku melihat riak mukanya berubah apabila melihat sesuatu dibelakangku.Ada apa dekat belakangku?
Laju aku memalingkan kepala dan terkejut apabila mendapati Asyriq yang berada di belakangku sambil memberikan Lan pandangan tajam.Hampir sahaja kepalaku terlanggar dengan dadanya akibat ketinggian aku yang rendah.
"A,,Asyriq?!" Aku berdesis dengan terkejut.Laju aku jarakkan sedikit jarak aku dan Asyriq.Rapat gila tubuh mamat tu dengan belakangku.Apa dia buat dekat sini?
"Cakap je lah,anggap aku takdek dekat sini."Kata Asyriq dengan senyuman sinis namun berbaur nada serius.Aku mula bengang dengan tindakan Asyriq.
Lan tidak menjawab namun hanya memberikan pandangan tajam kearah Asyriq.Untuk seketika aku dapat rasakan yang mereka berdua ni sedang bertarung pandangan.
"Apasal,kau tak puas hati dengan aku ke!"
Kata Asyriq dan mula menghampiri Lan dengan baran.Ish,Asyriq ni memang suka carik gaduh agaknya! Melihat situasi itu aku mula ambil tindakan.
"Asyriq!" Marahku dengan berbisik.Aku mula menyedari orang di sekeliling melihat kearah kami.
Lan masih mengawal riaknya yang membuatkan Asyriq mendengus.Dia memandangku.
"Aku pergi dulu Zani.Sorry ganggu 'date' korang."
Kata Lan kemudian memberikan Asyriq jelingan tajam sebelum beredar daripada kawasan kami.Telingaku dapat menangkap gelakan kecil daripada Asyriq.Date? Dia ingat aku dengan Asyriq ni 'couple' ke?!
Laju aku memandang wajah Asyriq yang sedang tersenyum kemenangan.
"Kau ni kenapa layan Lan macam tu?!"Marahku.
"Lan?Jadi itulah nama budak tu."Kata Asyriq dengan angkuh.
Dia panggil Lan budak?Asyriq ingat diri dia ni siapa?!Bengang aku!Rasa macam nak campak je mamat ni jauh-jauh!
"Kau buat dia salah faham lepastu sekarang dia dah jauhkan diri daripada aku! Kenapa dengan kau ni?" Aku mengerutkan muka.
"Jadi kau lebih sukalah kalau dia mengorat kau."Wajah Asyriq mula tegang.
"Apa?! Lan mana ada mengorat aku."
"Aku nampak gaya dia macam tu."Dia menghampirikan wajahnya kepadaku yang membuatkan aku menapak kebelakang.
"Aku-"
Tidak sempat aku berkata,telefon bimbit Asyriq berdering.Aku menarik nafas sedalam-dalamnya cuba menenangkan kembali hatiku yang sedang bergelegak,Asyriq mengangkat talian yang diterima.
"Hari ni? Tengahari ni jugak? Ermhh....Ok,ok.Nanti aku datang."Kata Asyriq dan terus memutuskan talianya.Dia memandang wajahku kembali.
"Aku kena pergi kerja."Kata Asyriq.
"Aku tak tanya pun."Sindirku.
"Bagi sini telefon bimbit kau."
Arahnya kepadaku.
"Buat apa?"Aku tidak puas hati.
"Telefon bimbit aku dah habis kredit.Aku kena telefon Bob untuk ambil aku."
"Tak boleh minta cara baik sikit ke ha?" Sengaja aku memerlinya.
Nak minta sesuatu buatlah dengan cara baik!Dia ingat aku ni kuli dia ke apa!
"Please..."Katanya dengan tidak ikhlas.
Aku memberikan Asyriq jelingan sebelum mengeluarkan telefon bimbitku perlahan-lahan.Tidak sempat aku menghulurkan telefon bimbitku,Asyriq terus merampasnya daripada tanganku.
"Hei!" Marahku namun Asyriq tidak mengendahkanya.
Dia menekan sesuatu pada skrin dan tidak sampai beberapa saat,telefon bimbitnya pula berbunyi.Aku terkejut.
"Ka..Kau tipu aku!"
"Sekarang aku dah ada nombor telefon kau."Asyriq tersenyum puas lalu menyimpan kembali telefon bimbitnya ke dalam kocek.Laju aku merampas kembali telefon bimbitku daripada tanganya.Nasib baik tak tersentuh kulit.
"Ieee!Kau ni memang melampau!"
"Jangan risau ok.I will call you later."
Gelak Asyriq kepadaku dan terus berlalu pergi meninggalkan aku dengan keadaan terpinga-pinga.Dia ambil nombor telefon aku?! Macam manalah aku boleh bodoh sangat terpedaya dengan mamat macam tu!Ya Allah,meletup jugak dada aku nanti!
Nafas aku mula tercungap-cungap akibat perasaan geram dan tidak puas hati.Kemudian,aku mula melihat kelibat Wani.Wani menghampiriku lalu mengambil beg daripada tanganku.
"Apasal dengan muka kau Zani?" Soal Wani dengan bingung apabila melihat wajahku yang sudah merah padam.Ini semua mamat sengal tu punya pasal!
"Tak ada apa-apalah!Jom keluar!"Kataku dengan nada geram lalu menarik lengan Wani keluar daripada perpustakaan.Wani yang memerhatikan tindakanku hanya mengangkat kening tanda keliru.
Langkah aku dan Wani terhenti apabila sekumpulan perempuan mula menghalang perjalan keluar kami.Aku melihat perempuan dihadapanku dan ternyata perempuan itu adalah Julia dan rakanya yang berada di belakang.Julia memberikan aku pandangan tajam.Aku dan Wani hanya berpandangan sesama sendiri dengan tidak mengerti.
"Tak ada la cantik sangat.Hmph!"
Kata Julia lalu terus memalingkan dirinya dan keluar daripada perpustakaan.Aku melepaskan keluhan,ini mesti kes jeles pada Asyriq ni.
Sejurus sahaja Julia memberikan aku pandangan tajam,kakinya menuruni tangga dan secara tiba dia terjatuh apabila tersalah langkah.Rakanya terkejut manakala Julia pula sedaya upaya bangun daripada lantai dengan wajah yang merah padam.Dia memberikan aku jelingan maut sekali lagi dan terus pergi membawa perasaan malu bersamanya.
Aku dan Wani berpandangan sesama sendiri.Daripada tersenyum lebar kami mula ketawa bersama-sama apabil melihat reaksi Julia sebentar tadi.Kadang-kala sesetengah makhluk dalam dunia ni memang suka buat lawak.Haha..
*************
Jam menunjukkan pukul 10.20 minit malam dan aku masih duduk di sofa tanpa membuat apa-apa.Aku termenung kearah siling dengan fikiran yang kosong sambil menunggu kepulangan ibuku daripada kerja.Selepas selesai melakukan solat sunat,aku berdoa agar Allah memberikan aku keberanian dan hidayah untuk bersemuka dengan ibuku malam ini.Aku sudah bertekad untuk membincangkan tentang hal masa hadapanku pada ibu.Aku sudah tidak tahan dengan situasi tegang diantara aku dan ibu.Aku diibaratkan seperti tersepit diantara dua keputusan.Aku perlu buat sesuatu.
Bunyi pintu dibuka serta merta menarik perhatianku.Ibu menapak masuk dan melihat aku yang berada di sofa.Laju aku meluru kearah ibu dan menyalam tanganya.
"Beg ibu."Pintaku seperti biasa.
Ibu memberikan aku begnya dan terus meluru kearah tangga.
"Emm,ibu."Aku bersuara.Aku cuba mengawal gugup dalam hati namun gagal.
"Apa dia?" Kata ibu menolehkan kepalanya kearahku apabila berada di atas tangga.
Aku mengambil nafas panjang.
"Zani nak cakap sesuatu pada ib-"
"Bukan sekarang Zani."
Kata ibu dan melepaskan keluhan.Tanpa membuang masa,ibu terus mendaki tangga dan menuju ke biliknya.Aku terkedu di tengah-tengah ruang tamu bersama beg ibu di tangan.Nampaknya malam ini aku gagal menjalankan apa yang aku rancang.Kecewa sangatkah ibu pada aku? Kesedihan mula merebak ke dalam hatiku.
Aku meletakkan beg ibu di atas meja seperti biasa dan mendaki tangga.Aku menapak masuk ke dalam bilik dan menutup pintu.Dengan lemah longlai,aku merebahkan badanku di atas katilku yang empuk.Aku melepaskan keluhan sekali lagi sebelum menutup mata dengan minda bercelaru.
************
Bizzt!
Bunyi apa pulak tu?
Bizzt! Bizzt!
Arggh! Dengan geram,aku membuka mataku separuh.Dalam keadaan mamai aku pandang sekeliling bilik.Ish,bunyi apa tadi tu?
Bizzt!
Aku menangkap bunyi itu berada di tepiku.Owhh,rupanya telefon aku yang berbunyi.Aku menggaru-garu kepalaku yang tidak gatal sebelum mencapai telefon bimbitku yang bergetar menandakan panggilan.Siapa pulak yang telefon aku nih? Aku membaca jam di skrin.Sekarang ni pukul 2.37 pagi?!Orang gila mana pulak yang telefon aku pada waktu macam nih! Gumamku dengan geram lalu mengangkat panggilan daripada 'unknown number.'
"Hello? Siapa nih?!" Balasku dengan bengang.
"Ini aku la."
Aku mengerutkan dahi.Siapa pulak ni?Suara macam kenal?
"'aku' ni siapa? Saya tak kenal lah.Saya letak-"
"Ini aku lah Zani."
Mata aku yang mamai terus membulat.
"Asyriq?!"
"Yup."
Dapat aku tangkap suara gelak Asyriq di talian sana.
"Apasal kau telefon aku pagi-pagi macam ni? Sekarang ni kau nak ganggu masa tidur aku pulak!"Marahku sambil menutup mata.Mamat ni memang nak hancurkan hidup aku agaknya.
"Woo..Sabar ok.Tak perlu marah-marah."Asyriq tergelak sekali lagi.Seakan-akan dia tidak dapat menangkap langsung nada kemarahan aku.Aku melepaskan keluhan akibat terlalu penat melayan karenahnya.
"Kenapa kau telefon aku ni?" Soalku sekali lagi kali ini dengan lembut.
"Ermhh,aku bukan nak kacau kau.Tapi aku..."
"Kau?"
"Aku tak boleh tidur Zani.Aku tak boleh lelapkan mata."Dapat aku dengar keluhan Asyriq.
"Itu je? Sebab itu je kau telefon aku pada waktu pukul dua setengah macam ni?"
Kataku namun Asyriq hanya diam.Asyriq ada insomnia ke?
"Asyriq?" Soalku apabila mendapati dia terlalu diam di talian sana.
"Aku still di talian."Balasnya.
Aku menarik nafas panjang-panjang.
"Ok,macam ni lah.Aku tak tahu kalau benda ni betul-betul berkesan atau tidak pada kau.Tapi setakat ni benda ni berkesan pada aku."Kataku.Walaupun terdapat perasaan meluat dalam hatiku sekarang,namun aku masih tidak dapat menolak separuh perasaanku yang ingin menolong Asyriq.
"Apa maksud kau?" Soal Asyriq tidak mengerti.
"Selalunya,kalau aku tak boleh tidur.Aku selalu ambil whuduk dahulu.Kemudian,aku bukak ayat al-quran dekat telefon dan perlahan-lahan aku lelapkan mata.Setakat ni cara tu berkesan pada aku.Kau cubalah."Kataku kepadanya.
Asyriq diam seketika.
"Aku try."Kata Asyriq.Entah mengapa terbit pula senyuman pada bibirku.
"Aku harap berkesan pada kau.Sekarang ni,jangan ganggu aku tidur!" Aku sambung kembali dengan kemarahanku yang membuatkan Asyriq tergelak.Sudah dapat aku bayangkan senyuman Asyriq di mindaku.Issh,apasal pulak aku fikir senyuman dia pada pagi-pagi macam ni?! Lupakan!
"Aku letak dulu.Assalammualaikum."Kataku dan bersedia untuk memutuskan talian.
"Zani." Suara Asyriq yang membuatkan perbuatanku terhenti.
"Ye?"
"Terima kasih dan selamat malam."
Kata Asyriq dengan lembut dan terus mematikan talian.Aku agak terkedu apabila mendengar ucapan selamat malamnya yang agak lembut ditelingaku.Aku meletakkan telefon bimbitku kembali di atas meja dan membaringkan tubuhku.Aku menutup mata dan secara tiba wajah Asyriq terbayang di mindaku yang membuatkan mataku serta merta terbuka.Aku memegang dadaku yang ternyata sedang berdebar dengan laju.Aku mengigit bibir dengan perasaan marah.Ieee,tak guna punya Asyriq!Sekarang ni dia pulak yang buat aku tak boleh tidur!
Share this novel