Tumbukan Asyriq di rahang Shazwan membuatkan Shazwan terjatuh di atas lantai.Aku mula menyedari mulut Shazwan yang berdarah dan dia mengelapnya dengan kasar.Mata Shazwan mencerlung dan aku tahu dia mula hilang rasa sabar.Dengan marah Shazwan bangun dan cuba untuk menumbuk wajah Asyriq sekali lagi namun Asyriq sempat mengelak.Mereka berdua bergelut sehingga Shazwan menendang perut Asyriq dan wajah Asyriq berkerut menahan kepedihan.Dengan sekelip mata,Shazwan menumbuk wajah Asyriq sehingga Asyriq terjatuh di atas lantai dengan kasar.
Aku pula pada saat itu hanya panik.Tangan aku menggeletar dan aku tidak tahu nak buat apa.Nak buat apa nih?! Aku tak pernah terlibat dalam situasi bergaduh macamni? Asyriq ni pun satu,naikkan sangat kemarahan Shazwan tu kenapa! Ya Allah tolonglah berhenti!
"Be..Berhenti! Kita dekat sekolahlah!" Aku menjerit namun mereka tidak mengendahkan aku sedikitpun.Arggh,lelaki!
Kemudian,Shazwan menarik kolar Asyriq dengan kasar membuatkan aku cemas.Shazwan tergelak melihat wajah Asyriq yang geram kepadanya.
"Haha..Sekarang siapa hebat?" Shazwan tersenyum seperti orang gila.
Lalu,dia menumbuk wajah Asyriq sekali lagi.Aku sudah takut.Seseorang tolong aku leraikan budak dua orang yang gila ni!
"Tolong berhenti!" Jeritku.Aku sudah tidak sanggup melihat wajah Asyriq yang berdarah.
Shazwan memandang aku sekilas kemudian tersenyum memandang wajah Asyriq.Asyriq yang kelihatan lemah di mataku hanya merenung tajam pada Shazwan.
"Aww,tengok tu.Awek kau defend kan untuk diri kau.Kau tahu,mungkin untuk pertama kali aku boleh 'try' awek kau." Kata Shazwan sambil menjilat bibirnya yang membuatkan aku jijik serta merta.
Mendengar ayat itu,aku lihat mata Asyriq membulat dengan kemarahan.
"Sial!"
Jerit Asyriq dan sekelip mata sahaja Asyriq sudah berada di atas Shazwan dan menumbuknya dengan kuat.Aku tergamam tidak terkata.
"Kau memang nak cabar kemarahan aku kan! Ambik nik!"
Kata Asyriq dan menumbuk wajah Shazwan banyak kali.Dapat aku lihat bibir Asyriq yang berdarah tersenyum seperti orang hilang kewarasan.Alamak,Asyriq dah naik gila! Buat sesuatu Zani!
Aku ingin memberhentikan perbuatan Asyriq namun badan aku kekal beku.Sungguh aku betul-betul takut pada Asyriq sekarang.Dia seperti penjenayah gila di hadapanku.
Kemudian,mataku menangkap wajah Shazwan yang berdarah dan mukanya yang seperti separuh mati.Aku kena berhentikan Asyriq sebelum dia bunuh mamat tu!
"Asyriq berhenti! Shazwan dah nak mati tu!" Jeritku dengan cemas.
Asyriq masih tidak mengendahkanku.Dengan itu,aku mengambil langkah drastik dengan menarik tangan Asyriq yang ingin menumbuk wajah Shazwan dengan sekuat hati.Tidak semena-mena,Asyriq menolak tubuhku dengan kuat sehingga belakangku bertemu dengan lantai.Aku mengerang kesakitan.Sanggup dia tolak aku?!
Wajah Asyriq terkejut apabila melihatku terjatuh dan dia seperti baru tersedar sesuatu.
"Zani,aku tak-" Kata Asyriq dengan terkejut dan cuba menghampiriku.
"Berhenti!" Aku menjeling tajam kearah Asyriq dengan nafas tercungap-cungap.Belakang aku sakit!
"Aku tak sedar,aku tak sengaja!" Asyriq cuba merapatiku sekali lagi.
"Jangan dekat dengan aku."Aku kata dengan nada marah.
Mendengar itu,Asyriq hanya meraupkan rambutnya kebelakang dengan serabut.Aku cuba bangun perlahan-lahan dan mengkibas kainku.
Secara tiba,aku melihat guru Hilmi dan guru Nazir meluru laju kearah kami dengan raut wajah yang garang.
Oh,boy.
"Apahal ni?!" Jerit cikgu Nazir lalu mendekati aku dan Asyriq.
Cikgu Hilmi melihat keadaan Shazwan yang teruk dengan terkejut.Lalu,dia memandang wajah Asyriq dengan marah.
"Kamu lagi Asyriq?!" Kata cikgu Nazir dengan nada yang tinggi.Aku sudah mula kecut perut.
"Kamu tengok keadaan Shazwan! Kamu memang nak jadi pembunuh ke Asyriq?!" Cikgu Hilmi melihat wajah Asyriq dengan renungan membara.Lalu,dia memandang pula pada ku.
Gulp!
"Kamu ni siapa pulak?" Cikgu Hilmi menyoalku dengan garang.Aku takut.
"Sa..Saya Zani cikgu.Saya sekelas dengan Asyriq."Kataku dengan gugup.
Cikgu Nazir melihat kami berdua dengan renungan tajam.
"Kamu berdua ni kenapa sebenarnya? Saya nak penjelasan sekarang!" Jerit cikgu Hilmi membuatkan aku terkejut.
"Kamu ingat sekolah ni tempat main-main ke?! Kalau nak berlawan sangat,tak payah datang sekolah! Kamu ni Asyriq memang sampah masyarakat!" Tempik cikgu Hilmi sambil tepat-tepat memandang wajah Asyriq.Aku lihat Asyriq memandang kebawah sambil mengeratkan buku limanya.Dia sedang menahan marah.
Cukup! Cikgu Hilmi tak patut cakap macam tu pada Asyriq! Aku kenal Asyriq dan dia bukan sampah masyarakat,
"Cikgu,dia bukan sampah masyarakat." Aku kata dengan kuat namun masih mengawal nadaku.Asyriq kelihatan terkejut melihatku berkata.
"Apa?!" Kali ini,cikgu Hilmi memandangku pula dengan marah.
"Maksud saya,cikgu tak patut kata dia sampah masyarakat sebagai guru yang berpendidikan."Aku kata perlahan-lahan dengan takut.
"Kamu cuba ajar saya ke?!" Balas cikgu Hilmi dengan tidak percaya.
Asyriq mengetap bibir menahan marah melihat cikgu Hilmi.
"Dia selamatkan saya cikgu.Shazwan kacau dan pegang saya tanpa izin.Jadi,Asyriq cuba menolong saya."Kataku cuba mempertahankan Asyriq.
Cikgu Hilmi ketawa kecil dan memandang wajahku.
"Tolong? Ini bukan tolong namanya.Ini sudah masuk tahap lepaskan geram.Kamu tengok Shazwan tu,saya rasa dia yang menjadi mangsa Asyriq dalam situasi ni."Bidas guru Hilmi dengan masih tidak percaya.Aku memandang sekilas kearah Shazwan yang sudah pengsan di atas lantai.
"Tapi cikgu,dia yang mulakan dulu!" Balasku.
"Cukup!" Jerit cikgu Nazir membuatkan aku terdiam.
Cikgu Nazir memapah tubuh Shazwan perlahan-lahan dan memandang sekali lagi wajah aku dan Asyriq.
"Baiklah,kalau itu penjelasan kamu.Saya dan cikgu Hilmi akan uruskan hal ni dalam bilik disiplin .Hilmi,tolong saya papah Shazwan."Pinta cikgu Nazir dan cikgu Hilmi cepat-cepat menolong mengimbangkan tubuh Shazwan yang lemah.
"Kamu berdua,ikut saya masuk bilik disiplin."
Arah cikgu Nazir dengan suara yang tegas dan terus berlalu pergi dengan cikgu Hilmi sambil memapah tubuh Shazwan.Aku melepaskan keluhan berat dan berjalan untuk menuju ke bilik disiplin.Asyriq hanya menundukkan kepala dan mengikutiku daripada belakang.Sepanjang hidupku,aku tak pernah masuk bilik disiplin.Aku tak nak masuukk! Jerit hatiku dengan kuat.
Sepanjang perjalanan ke bilik disiplin,semua mata pelajar memandang kearah aku dan Asyriq.Mereka berbisik dan menjeling apabila melihat kami berdua.Aku sudah pasrah,aku tahu sekejap lagi pasti gosip baru tentang aku akan muncul dan Wani macam biasa akan menyerang aku dengan soalanya yang banyak.Ingin sahaja aku menangis dan tendang sahaja Asyriq di sini.Sejak aku jumpa dia,semua benda terjadi pada aku! Geramnya.kenapalah aku ni baik sangat pergi pertahankan dia tadi?! Arggh.
Aku dan Asyriq disuruh tunggu di dalam bilik disiplin sementara cikgu Hilmi dan cikgu Nazir membawa Shazwan ke dalam bilik rawatan.Di dalam bilik itu mempunyai satu kerusi yang panjang.Aku dan Asyriq duduk di satu kerusi yang sama namun dengan jarak yang jauh.Daripada tadi,aku tidak memandang sekilas langsung kearah Asyriq.Marah,menyampah,meluat! Semuanya terkumpul dalam hatiku saat ini membuatkan aku tidak mahu memandang wajahnya.Namun separuh hatiku ingin sekali mengucapkan terima kasih kepada Asyriq.Tapi dia tolak kau Zani,ingat tak? Teringatkan itu,hatiku kembali membara.
Aku melepaskan keluhan yang menarik perhatian Asyriq.Jadi beginilah rasanya berada dalam bilik disiplin? Apa nak jadilah dengan diri kau ni Zani? Daripada budak 'nerd',kau jadi budak bermasalah..Daripada pendiam,kau jadi bahan gosip pulak.Hidup aku memang tunggang terbalik sejak jumpa mamat ni.Aku menggeleng-gelengkan kepala dengan hampa.
Kemudian,aku terdengar suara halus Asyriq.
"Aku minta maaf..."
Katanya dan memandang wajahku.Mata aku masih tidak mahu melihat wajah simpatinya,imej Asyriq yang ganas ketika menumbuk Shazwan masih belum luput dalam ingatan aku.Teringatkan itu,aku takut pada Asyriq.Seakan-akan tadi bukan dirinya yang sebenar.Mungkinkah itu sifat sebenar mamat ni?
Aku masih menyepi dan enggan melihat wajah Asyriq.Akhirnya Asyriq mengeluh dan menundukkan kepalanya.Baguslah dia putus asa.Fikirku dengan sinis.Akhirnya,cikgu Nazir masuk berseorangan ke dalam bilik disiplin dan duduk di tempatnya.Serta merta tangan aku berasa sejuk dengan gelisah.Cikgu Nazir memandang kami berdua buat kali terakhir sebelum dia membuka mulut untuk berkata.
"Asyriq,kamu tunggu dekat luar sekejap.Saya nak cakap dengan Zani dulu."Kata Cikgu Nazir.Kali ini suaranya tidak ditegaskan.
Asyriq akur dan keluar daripada bilik disiplin tanpa bunyi.Aku pula yang sedang kalut menarik kerusi dan duduk dihadapan cikgu Nazir.Dalam hati aku berdoa agar tidak mendapat hukuman.Arggh,aku tak pernah dapat penalti.Tup,tap,tup,tap,masuk bilik disiplin terus.
Aku lihat cikgu Nazir membuka cermin matanya dan memicit-micit tulang hidungnya sebelum memandang wajahku.Aku buat keputusan untuk membuka perbicaraan dahulu.
"Cikgu,saya-"
"Sebelum kamu kata apa-apa.Cikgu nak cakap sesuatu dulu."
Celah cikgu Nazir membuatkan aku tergamam.
"Cikgu dan bagi pihak cikgu Hilmi nak minta maaf pada kamu dan Asyriq.Kamu betul,sebagai guru kami tak patut fikir pelajar sebagai masyarakat sampah.Cikgu rasa cikgu keterlaluan sebab masalah disiplin yang menjadi-jadi sekarang.Terutamanya masalah yang melibatkan Asyriq." Luah cikgu Nazir kepadaku dan melepaskan keluhan yang berat sekali.
Aku hanya diam dan tidak mahu mengatakan apa-apa respon.Aku faham perasaan cikgu kerana perlu mengawal pelajar dalam sekolah ni.Tapi itu tak bermaksud cikgu boleh cakap begitu kepada pelajar.Aku,Asyriq dan pelajar dalam sekolah ni masih muda,jadi bukan bimbingan macam tu yang patut kami terima.Hati aku berbelah bagi untuk menerima kemaafan guru di hadapanku,
"Jadi,Zani.Ceritakan dekat cikgu apa yang berlaku tadi.Saya nak penjelasan yang kukuh dan jujur."Arah cikgu Nazir dan sudah sedia untuk mendengar kisahku.
Jadi itulah apa yang aku buat.Aku ceritakan segala-galanya tentang peristiwa tadi kepada cikgu Nazir.Daripada kisah Shazwan menghampiriku sehinggalah peristiwa Asyriq berlawan dengan Shazwan.Habis cerita,aku terus tutup mulut.
Mendengar kisahku,cikgu Nazir menyandarkan badanya kebelakang dan melihat wajahku dengan tajam.
"Jadi apa yang kamu cuba nak katakan,Shazwanlah yang bersalah dalam hal ni.Betul?" Soal cikgu Nazir.Aku hanya menganggukkan kepala dengan laju.
Aku lihat cikgu Nazir mengambil nafas sedalam-dalamnya.
"Mendengar penjelasan kamu,cikgu faham bahawa Shazwanlah yang bersalah dan Asyriq cuma datang dalam situasi tu untuk tolong kamu.Tapi kamu kena faham,Asyriq tak patut pukul pelajar lain macam tu dekat sekolah.Cara dia pertahankan kamu tu salah.Jadi cikgu takut dia masih perlu terima hukuman."Kata cikgu Nazir.
"Hukuman dia berat sangat ke cikgu?" Aku tanya dengan risau.
"Tak adalah sangat.Tapi mungkin sebagai amaran je."
"Hukuman macam mana tu cikgu maksudkan?"
"Mungkin Asyriq akan dikenakan gantung sekolah seminggu.Tapi,kalau dia buat hal lagi,kemungkinan dia akan buang sekolah.Bagi pelajar SPM macam kamu ni,patutnya dia perlu jaga rekod disiplin dia."Kata cikgu Nazir dengan keluhan.
Aku hanya menundukkan kepala dengan kecewa.Kalaulah Asyriq tak pukul Shazwan sebegitu rupa,mesti dia terlepas daripada hukuman.Aku harap dia takkan bergaduh lagi,aku tak nak dia digantung sekolah.Nanti masa depan dia mesti kelam.Tunggu,kau tengah risau pasal Asyriq ke?Arggh,jangan fikir pasal mamat tu lah!Laju aku cuba mengusir kata hatiku.
"Baiklah,kamu tiada lagi apa-apa nak diceritakan betul?"
"Tak ada cikgu,saya dah beritahu cikgu keseluruhan cerita apa yang terjadi."
"Bagus,sekarang kamu boleh keluar.Kamu dikecualikan hukuman kerana jelas-jelas kamu mangsa Shazwan dalam kejadian tadi.Tolong panggil Asyriq masuk lepas ni."Pinta cikgu Nazir dan kembali memakai cermin matanya.
"Cikgu,boleh saya tanya.Shazwan dikenakan hukuman apa pulak?"
Kataku dan cikgu Nazir diam seketika.
"Dia akan dikenakan hukuman yang lebih berat dari Asyriq."Kata cikgu dan terus menulis sesuatu di atas kertas.Aku hanya mengangukkan kepala dan terus keluar daripada bilik disiplin.Aku lihat Asyriq sudah menunggu di luar bilik dan melihat wajahku.
"Cikgu nak jumpa."
Kataku dan terus berjalan menuju ke tangga tanpa sempat memberikan Asyriq berkata apa-apa.Aku melepaskan keluhan berat selepas menuruni tangga.Separuh hatiku berasa lega namun separuh lagi berasa aneh dan bersalah pada Asyriq.Aku tidak tahu mengapa?
Kemudian,mataku dapat menangkap kelibat Wani di koridor yang sedang bermundar-mandir dengan risau.Wani? Dia buat ape dekat sini?Ponteng kelas ke minah ni? Laju aku menghampiri Wani.
"Woi,Wani!"
"Zani!!"
Jerit Wani dengan gembira lalu memelukku.Aku sudah keliru.Ok,apa yang jadi ni?
"Kau ni kenapa Wani? Macam tak nampak aku setahun?" Soalku dengan nada ketawa.Reaksi Wani melihatku betul-betul nampak dramatik.
"Beb,cikgu cakap apa dekat kau?Shazwan pegang kau dekat mana?! Ceritalah dekat aku!" Desak Wani dengan risau yang membuatkan aku melepaskan keluhan.Wani dengan minda ingin tahu dia memang tidak pernah berpisah.
"Wani,boleh sabar tak! Aku akan cerita dekat kau semuanya,kau bertenanglah!Mesti kau dengar daripada khabar anginkan?Apa yang diorang sebarkan?" Soalku dengan ingin tahu.
Wani memandang wajahku dengan berkerut.
"Aku dengar,ada orang kata Asyriq dengan Shazwan bergaduh teruk.Lepastu semuanya berpunca daripada kau.Aku tak percaya semua tu,aku nak dengar daripada mulut kau sendiri."Kata Wani.
Aku hanya menggeleng-gelengkan kepala.Budak-budak sekolah ni memang tak pernah berubah,suka sebarkan khabar angin entah apa-apa! Geramnya aku! Namun aku menguntumkan senyuman apabila melihat wajah Wani.Wani masih percayakan aku.Aku sayang dia!
"Wani,thanks sebab percayakan aku.Kaulah sahabat dunia akhirat."Kataku dengan nada sedih.
Wani sudah tersenyum lebar dengan gembira.
"Memanglah aku percayakan kau,aku kenal sangat perangai kau tu macam mana! Sekarang,cepat cerita dekat aku!" Gesa Wani dengan teruja.
"Tunggu?Kau ponteng kelas ke sekarang ni?" Soalku dengan kening terangkat.
Aku lihat Wani sudah tersenyum nakal.
"Aku tak ponteng kelas lah.Cikgu aku tak datang,jadi aku ambil kesempatan masa ni nak tunggu kau keluar bilik disiplin.Kau tau tak aku terkejut gila bila dengar khabar berita kawan aku yang 'nerd' ni masuk bilik disiplin!" Kata Wani sambil membulatkan matanya.
Aku ketawa kecil.
"Ok,ok.Meh sini aku ceitakan dekat kau apa yang berlaku."
Lalu ,aku hanya ceritakan pada Wani serba sedikit tentang apa yang terjadi diantara aku,Asyriq dengan Shazwan.Macam biasa,Wani menelan kata-kataku dalam otaknya dengan riak penuh kejutan.
"Gilalah kau Zani!"
"Kan?Macam-macam benda gila yang terjadi pada aku hari ni."
"Tak sangka aku Shazwan perangai dia seteruk tu.Asyriq tu pulak sebaliknya sebenarnya baik sebab tolong kau.Perggh,memang nasib baik Asyriq ada dekat sana masa Shazwan pegang kau."Luah Wani dengan gembira.
Dengar nama Asyriq,aku terus terdiam.Asyriq masih tidak tahu aku sudah memaafkanya.Tunggu,kau sudah maafkan dia Zani? Tapi dia yang selamatkan aku.Kejamlah aku kalau tak maafkan dia kan?
"Beb!" Kata Wani mematikan lamunanku.
"Ape?"
"Geng Asyriq datang sini!" Kata Wani dengan gusar.
Aku terkejut dan terus menoleh kepala kehadapan.Memang betul geng Asyriq sedang menuju kearah aku dan Wani!
Bob,Amir dan Ariff meluru kearah kitaorang dengan laju.Lalu mereka semua memandang wajahku.
"Wei,ape jadi pada Asyriq?!" Soal Bob dengan wajah ingin tahu.
Aku tidak tahu untuk berkata apa-apa.
"A..Aku tak tahu.Kau tanyalah diri dia sendiri."Kataku dengan gugup dan memegang lengan Wani.
Lalu aku lihat Amir ketawa kecil.
"Hei,Asyriq ni.Tak habis-habis bergaduh.Mesti kerana kau kan Zani?" Soal Amir dengan senyuman Sinis.Aku sudah memberikan jelingan tajam padanya.
"Bro,tu Asyriq!"Kata Ariff lalu menolehkan kepala kearah tangga.
Mata aku dan Wani automatik memandang kearah tangga juga.Aku melihat Asyriq meluru kearah kami dengan wajah serius.Aku menelan air liur sedalam-dalamnya.Apa agaknya cikgu Nazir cakap pada Asyriq?
"Asyriq,ape jadi bro?! "Soal Bob memegang erat bahu Asyriq.
"Perggh,tengok muka kau! Teruk gila!" Ariff ketawa melihat wajah Asyriq.
"Kenapa Shazwan pukul kau bro?" Soal Amir.
"Macam biasalah,dia tak puas hati dengan aku tentang perlumbaan motosikal hari tu.Ada hati nak jatuhkan maruah aku konon."Kata Asyriq dengan senyuman sinis.Aku tak suka senyuman tu.
"Jadi,apasal pulak dia libatkan Zani?" Soal Ariff dengan berkerut.
Secara mengejut Amir memukul kepala Ariff dengan kuat.
"Aduuh! Sakit bodoh!"Marah Ariff melihat Amir kembarnya.
"Kaulah bodoh! Kau tak ingat ke gosip pasal Zani dengan Asyriq.Itu pasal lah Shazwan kacau Zani."Terang Amir kepada Ariff.
Lalu,mereka berdua melihatku dengan senyuman nakal.Ieee,rasa nak ketuk je muka diorang ni!
"Wow,aku tak sangka korang berdua betul-betul couple.Haha.."Gelak Bob melihat wajah Asyriq.Asyriq pula hanya diam merenung wajahku dengan pandangan serius membuatkan aku tidak selesa.
"Ehem,aku nak berterima kasih sangat pada Asyriq sebab selamatkan sahabat aku.Tapi,lain kali jangan hampiri kitaorang lagi!Terutamanya ketua korang tu,Asyriq!Lagipun,disebabkan ketua korang tu lah,Zani jadi mangsa tau!" "Dengus Wani dengan marah.Aku terkejut dengan keberanian Wani.
"Korang jangan kacau Zani lagi!" Marah Wani sambil melihat wajah Bob.Aku tahu Wani paling tak puas hati dengan Bob.Aduh,baik aku tarik Wani masuk kelas sekarang.Tak pasal-pasal kecoh pulak dekat sini.
"Wani,sudahlah tu! Jom!" Kataku dan terus menarik lenganya untuk pergi.
"Amboi,macam tu ke kau berterima kasih pada orang.Kitaorang susah-susah perhatikan sahabat kau,nada macam tu kau cakap dengan kitaorang!" Kata Bob dengan tidak percaya.
"Hei,aku tak suruh pun korang perhatikan aku!"Aku mencelah pula.
"Dengar tu,korang buang mase je tau! Baik korang belajar daripada jadi stalker macam ni."Balas Wani dengan sinis.
Dapat aku lihat Bob mula hilang sabar namun Ariff dan Amir memegang bahunya.Aku memberikan Asyriq jelingan tajam sekilas sebelum beredar daripada koridor.
"Jomlah Wani."Kataku lalu terus berlalu pergi.Aku dapat rasakan renungan mereka semua yang berada di belakangku.Tidak ingin membuang masa lagi,aku dan Wani terus menuju ke kelas.
Asyriq hanya merenung pemergian Zani ke kelas sehingga hilang bayang mereka daripada pandangan.Lamunan dia dikejutkan dengan sentuhan erat di bahu.
"Kau ok ke? Muka kau nampak teruk."Soal Ariff.
Asyriq tersenyum.
"Kau soal aku macam aku tak pernah bergaduh sebelum ni.Tak sakit,dia pukul aku macam semut.Kau patut tengok muka dia."Balas Asyriq dengan suara garau.Dia menyentuh lukanya di dagu.
"Aku tak sangka pulak dia berdendam dengan kau sampai libatkan Zani.Padahal dia yang jatuh motor sendiri masa lumba dengan kau hari tu."Kata Amir.
"Entahlah,itu aku malas nak fikir.Tapi kalau lagi sekali dia sentuh perempuan aku,lagi teruk dia kena."Kata Asyriq dengan nada serius.
"Perempuan kau? Kau maksdkan Zani ke?! Kau biar betul?"Soal Ariff dengan nada tidak percaya.
Asyriq hanya diam.Dia malas untuk menjawab soalan itu.
"Perggh,'taste' Asyriq pada perempuan memang aku tak dapat faham langsung.Dia tu lain gila daripada awek-awek kau sebelum ni."Balas Amir.
"Aku ok je dengan awek pilihan Asyriq.Tapi kawan dia buat aku panas sial!" Marah Bob teringatkan Wani.Pertama kali dalam hidup Bob,seorang perempuan memberikan amaran padanya.Iaitu Wani!
Asyriq,Amir dan Ariff tergelak mendengar kata Bob.
"Haha..Kau lupakan je lah kawan minah tu.Ke,kau pun nak jadi macam Asyriq?Ada hati dengan dia jugak?" Soal Ariff dengan kening terangkat.
"Tak nak aku dengan kawan dia.Habis,awek aku sekarang ni nak letak mana bodoh?" Soal Bob kepada Ariff.
Ariff hanya tergelak sambil mengangkat bahu.
"Aku masuk kelas dulu.Malam ni jumpa dekat tempat lumba biasa."Kata Asyriq dan terus berlalu pergi,
"Bro! Aku lupa nak tanya,apa hukuman yang cikgu bagi kali ni?" Soal Amir membuatkan Ariff dan Bob melihat wajah Asyriq.
Asyriq membuka mulut.
"Hukuman gantung sekolah,seminggu."Kata Asyriq dengan nada bosan dan terus berlalu pergi.
**********
Tiba sahaja di dalam kelas,aku melepaskan nafas lega apabila menyedari cikgu tiada di dalam.Cikgu tak datang kut.Fikirku dan terus melangkah pergi ke tempat dudukku.Ramai mata yang melekat padaku saat aku berjalan.Aku sudah letih dan malas untuk mendengar apa kata orang.Biarlah diorang nak fikir apa.Hidup diorang,asalkan aku bahagia.Aku duduk di tempatku dan mengeluarkan buku dengan lagak biasa.
Tidak sampai beberapa minit,Asyriq pula memasuki ke dalam kelas dan duduk di tempatnya.Dan saat itulah,ramai orang di dalam kelas berbisik-bisik sambil melihat kearah kitaorang berdua.Aku cuba memekakkan telinga dan membuat perangai tidak peduli.Aku tahu kalau aku terdengar apa yang diorang kata tentang aku dan Asyriq,aku dapat rasakan diri aku yang meletup nanti.
Lalu,loceng berbunyi menandakan tinggal satu masa lagi sebelum pulang iaitu satu jam.Aku mengintai di luar kelas namun kelibat cikgu masih tidak kelihatan.Takkanlah cikgu Biologi pun tak datang? Fikirku dengan keliru.
Kemudian,mataku dapat menangkap seorang pelajar perempuan yang berjalan kearahku.Di belakang pelajar perempuan itu terdapat satu lagi kumpulan pelajar yang merenung kearahku dengan pandangan tajam.Aduh,mesti diorang nak tanya pasal khabar angin tadi! Arggh!
Dengan pantas,aku sengaja mengeluarkan novel inggerisku dan membuka halaman yang ingin aku sambung baca.Mataku fokus melihat buku itu walaupun hakikatnya aku tak membaca langsung apa yang tertulis.Pelajar itu mula teragak-agak untuk menegurku.Issh,pergi je lah! Gumamku dengan geram.Aku bukan membenci pelajar itu,tetapi saat ini aku terlalu geram tentang penyebaran khabar angin yang terjadi sekarang.Akhinya,pelajar itu melepaskan keluhan dan kembali kepada kumpulan di belakangnya.
Aku cuba mengintai sekilas kearah diorang,dapat aku lihat mereka seperti kecewa dan tidak puas hati apabila menyedari aku tidak mahu berkata apa-apa dengan mereka.Aku melepaskan nafas lega.
Malas untuk memikirkan apa yang terjadi,aku mengambil keputusan untuk cuba melupakan persekitaranku dengan tenggelam dalam alam buku yang aku bawa.Aku mula fokus membaca dan imaginasi aku mula berjalan.
"I still watch her now,like i always did,and she watches me,her brown eyes looking out for a wolf's face.This is the story of a boy who used to be a wolf,and a girl who became one.I won't let this be my goodbye.I've folded one thousand paper crane memories of me and Grace,and I've made a wish.I will find a cure.And then I will find-"
Srett!
Tidak sempat aku membaca ayat terakhir di buku itu,bunyi kerusi ditarik disebelahku menarik perhatianku.Aku mendengus geram sambil menolehkan kepala untuk melihat makhluk manalah yang duduk di sebelahku dan menganggu imaginasi aku tentang Grace dan Sam di saat-saat akhir bab nih!
Mata aku membulat apabila melihat Asyriq yang duduk di sebelahku.Dia mengalihkan badanya kearahku dengan renungan tajam.Aku mula membuka mulut untuk meluahkan kemarahanku namun menutup kembali mulutku apabila menyedari semua mata di dalam kelas memandang kearah kami.Kalau diorang sangka aku dengan Asyriq akan buat drama cinta dalam kelas ni,diorang silap! Sebab aku takkan cakap dengan mamat nih!
Laju aku menjarakkan kerusi aku daripada kerusi Asyriq dan teruskan pembacaanku.Aku terdengar dengusan Asyriq yang menandakan dia tidak puas hati dengan perbuatanku.Aku menyorokkan senyuman sinis di bibirku.Biar dia bosan! Sejak aku jumpa dia,macam-macam terjadi dekat aku.Jadi penyelesaian sekarang hanyalah 'jangan layan Asyriq'.
Aku diam sambil membuat lagak membaca.Lalu,Asyriq merapatkan kerusinya kearahku membuatkan aku berasa tidak selesa.Sekarang aku betul-betul berharap cikgu hadir!
"Kau marahkan aku ke?" Suara garau Asyriq yang menyoalku membuatkan hatiku berdebar.Aku tak suka perbuatan dia yang terlalu menghampiriku.Aku menjarakkan kerusiku daripadanya sekali lagi tanpa berkata apa-apa.
"Jadi kau tak nak layan aku la sekarang?" Soalnya lagi dengan nada geram.
Aku masih diam dan membaca buku.Secara tiba,buku itu dirampas daripada tanganku dan berada di dalam tangan Asyriq.Aku memandang Asyriq dengan marah.
"Hei-"
"Jadi sekarang baru kau nak layan aku."Potong Asyriq lalu meletakkan buku novel inggerisku di bawah meja dan tersenyum sinis padaku.Aku hanya membalas senyuman itu dengan pandangan tidak puas hati.
"Kau nak apa Asyriq? Kau tahu tak khabar angin tu akan jadi lebih teruk kalau kau dekat dengan aku macam ni." Kataku dengan perlahan bercampur nada geram.Dapat aku lihat semua mata memandang aku dan Asyriq seakan-akan kami ini seperti Angelina Jolie dan Brad Pitt.
"Aku tak kisah apa orang nak kata,Hidup aku,aku yang tentukan."Katanya dengan selamba.
"Kau memanglah tak kisah,tapi aku kisah.Aku tak nak orang kata buruk pasal aku!"
"Aku tak sangka yang kau ni jenis orang yang mementingkan luaran.Alim la sangat."
Kata Asyriq yang panas itu memang terus membuatkan aku sakit hati.
"Boleh tak kau pergi dari sini!" Kataku dengan hilang sabar namun masih mengawal nadaku.
Asyriq hanya mengangkat bahu dan hanya melihat wajahku.Aku sudah geram dan terus melepaskan keluhan.
"Ok,kau nak apa dari aku nih?" Soalku dengan mengalah.Aku cuma tak nak tengok muka mamat ni je pada waktu ini.
"Kenapa kau tak layan aku?" Soal Asyriq dengan serius.
Itu je? Aku melihat muka Asyriq dengan pandangan kosong.
"Kau tahu sebabnya kan."Balasku dengan marah.
"Aku dah minta maaf dekat kau kan.Aku tak sengaja ok nak tolak kau! Shazwan naikkan darah aku."Terang Asyriq dengan bersungguh.
"Aku dah maafkan kau la! Puas hati? Sekarang tolong pergi dari sini."Balasku.
"Kau masih marahkan aku kan?" Soal Asyriq dengan sinis.
"Asyriq,aku tak marah dan benci kau.Aku cuma nak kau jangan ganggu aku."
"Kau masih marahkan aku! Zani,aku tak sengaja! Masa tu aku cuma fokus nak hancurkan muka mamat sial tu!" Katanya dengan berang apabila menyebut nama Shazwan.
"Mungkin kau patut belajar cara nak kawal kemarahan kau Asyriq!"
"Aku kena kawal kemarahan aku?! Kau sedar tak apa yang Shazwan cakap pasal kau masa tu!" Mata Asyriq tajam melihat anak mataku.
"Aku sedar,tapi itu tak-"
"Kau sedar tapi kau masih pertahankan mamat tu kenapa?" Soal Asyriq,kali ini suaranya kedengaran tegang sekali.
"Aku tak pertahankan dia la! Aku cuma-"
"Kau tau tak Zani,aku tak menyesal langsung aku pukul dia separuh mati hari ni.Malah aku suka."Kata Asyriq merapatkan jaraknya padaku sambil tersenyum sinis.
Aku hanya melihat wajahnya dengan pandangan tidak mengerti.Cara dia katakan bahawa dia suka berlawan amat menakutkan aku.Aku benci keganasan namun Asyriq sebaliknya.Aku tak sangka Asyriq betul-betul tidak rasa bersalah menumbuk Shazwan separuh mati hari ni.Ini ke perangai sebenar Asyriq yang aku tak sedar? Suka melihat orang menderita?
"Aku tak nak cakap dengan kau lagi!" Kataku dengan muktamad.
Sejurus itu,loceng sekolah terus berbunyi menandakan sesi persekolahan telah tamat.Laju aku memasukkan buku ke dalam beg dan mengangkat begku.
"Tepi sikit."
Gumamku dengan geram dan Asyriq mengalihkan tubuhnya memberi aku laluan dengan riak tidak puas hati.
"Damnit Zani! Kau tahu tak aku cuba lindungi kau!" Jerit Asyriq dengan bengang sebelum aku sempat menjejak ke luar kelas.
Pipiku sudah merah kerana malu dan aku mengambil nafas sedalam-dalamnya.Bodoh punya Asyriq! Perlu ke dia jerit dan malukan aku dekat dalam kelas sekarang nih! Aku melihat orang mula berbisik-bisik dan melihat kearahku.Tanpa mengendahkan kata rakan sekelasku,aku keluar daripada kelas dengan hati yang sebal.Separuh hatiku bengang kepada Asyriq kerana tidak dapat mengawal kemarahan dia dan menjerit pada aku di hadapan kelas.Tak guna kau Asyriq!
Dan separuh lagi hatiku bengang kerana secara faktanya aku telah memberikan penonton yang berada di dalam kelasku apa yang mereka nantikan.Sebuah drama tentang aku dan Asyriq! Arggh! Kenapalah sejak akhir ni aku selalu buat benda yang memalukan?!
********
Malam itu,aku baring di atas katil sambil mataku merenung siling dengan lama.Aku memakai
'earphone' di telinga sambil mendengar lagu Fall For You daripada Secondhand Serenade.Aku mengeluh sendirian dan fikiranku terlayar kembali peristiwa di dalam kelas pagi tadi.Teringatkan Asyriq secara automatik dadaku menjadi baran.Ieee! Aku benci mamat tu! Dia kucar kacirkan hidup persekolahan aku lepastu buat aku tanggung malu.Tambahan pula,novel inggeris aku tertinggal bawah meja dekat sekolah!
Apa kena dengan Asyriq sebenarnya? Dia nak apa dengan aku sehingga dia bersungguh-sungguh nak rapat dengan aku?!Setahu aku dia banyak je awek yang boleh dia layan.Entahlah! Tak faham aku dengan mamat gila tu.Kemudian fikiranku teringat kembali wajah Asyriq yang tersenyum semasa menumbuk Shazwan seperti orang kena rasuk.Aku menutup mata sambil mengiringkan tubuhku ke kanan.
Satu perkara sahaja yang aku keliru tentang Asyriq.Aku tak mengerti mengapa dia boleh jadi pelajar yang bermasalah dan sukakan keganasan?Selama aku kenal dia,hidup Asyriq tidak menunjukkan apa-apa kekurangan kecuali kematian ibunya.Mungkinkah aku yang tidak mengerti hidup dia? Aku teringat kesan lebam di lengan Dina.Takkanlah Dina yang buat begitu pada tubuhnya?Asyriq pula sering tidak hadir ke sekolah kerana bergaduh dan mukanya mesti terdapat lebam.Aku tahu,sebalik keganasan Asyriq,mamat tu tanggung sesuatu yang sungguh berat.Aku dapat baca daripada raut wajahnya serta auranya yang lain daripada lain.Apa yang terjadi pada dia dan adiknya agaknya?
Aku bangun daripada perbaringan dan merenung borang pertandingan melukis yang terletak di atas meja.Itu satu lagi masalah aku.Aku menggeleng-gelengkan kepala dan melabuhkan punggung di atas kerusi.Sudah jenuh aku memaksa diriku untuk meminta izin daripada ibu namun perasaan takut mesti menghalang tindakanku.Aku mengambil borang itu dan membaca kembali pilihan-pilihan soalan untuk peserta.Aku tidak tahu untuk melakarkan apa untuk pertandingan ini.Otak aku sudah penuh dengan masalah dan dilema sehingga menghalang kreativiti aku berjalan.Kemudian aku teringat galeri yang terdapat di rumah Asyriq.Kalaulah aku ada galeri macam tu dekat rumah,mesti aku tengah siap-sedia melukis untuk pertandingan sekarang.Arggh,lupakan je lah Zani.Kau dengan Asyriq sekarang musuh,ingat tak?
Aku merenung dinding sambil berfikir.Mungkin aku patut pergi perpustakaan dekat Shah Alam dan cari buku-buku seni dekat sana untuk cari inspirasi.Manalah tahu,inspirasi aku muncul dekat sana.Daripada aku duduk diam dan berfikir lebih baik aku bertindak.
Tanpa berfikir panjang,aku mengambil telefon bimbitku dan mendail nombor Wani.Saat berlalu dan Wani akhirnya mengangkat panggilan.
"Hello? Siapa ni?"
Aku tersenyum mendengar suara Wani.
"Hello? Salam mana kak?
"Opps,sorry.Assalammualaikum siapa ni?" Kata Wani dengan suara lembut seperti gadis melayu terakhir.Perli aku lah tu!
"Ini Dato' Siti Nur Haliza.Kenapa?"
"Kau jangan nak mainlah Zani.Aku tahu itu kau."Kata Wani berbaur ketawa.
"Kalau dah tau tu,kenapa tanya kak."
"Iyelah-iyelah,ko call aku ni kenapa?"
"Wani,esok teman aku pergi perpustakaan dekat Shah Alam,aku nak cari buku seni dekat sana."
"Perpustakaan Raja Tun Uda?"
"Yup."
"Kau biar betul ni Zani,bukan kau benci pergi perpustakaan?"
Soal Wani kepadaku dengan tidak percaya.Iya,aku memang mengaku aku benci pergi ke perpustakaan.Kali terakhir aku pergi perpustakaan dengan Wani,aku tak dapat belajar langsung di sana.Perpustakaan sepatutnya merupakan tempat yang sunyi dan untuk belajar.Malangnya,sesetengah orang tidak faham dengan peraturan itu.Semasa aku belajar,sekumpulan pelajar yang duduk di sebelahku sungguh bising semasa berbual dan ketawa dengan kuat.Ikutkan hati aku,nak je aku ketuk meja mereka dan suruh mereka baca balik tanda yang terletak di luar yang tertulis 'Tolong Senyap.'Namun malangnya,aku terlalu penakut untuk membuat impian itu menjadi kenyataan.Aku memandang sekeliling perpustakaan dan saat itulah aku tersedar sesuatu.Majoriti pelajar yang datang ke perpustakaan itu bukan untuk belajar,tapi lebih kepada melepak dan ber'dating'.Aku pun tak faham kepada pasangan kekasih yang mempunyai sama umur dengan aku yang memilih perpustakaan untuk ber'dating'?Seriously,library is the worst place for a date.Kalau nak berduaan sangat kenapa tak nak pergi ke tempat lain?Sejak itulah,aku tak pernah menjejak kaki ke dalam perpustakaan sehingga sekarang.
"Hello~Are you there?"
Suara Wani memecahkan lamunanku apabila aku tidak berkata apa-apa.
"Ha?Oh? Sorry Wani."
"So,kau betul ni nak pergi perpustakaan esok?"
"Emm,walaupun aku benci tapi nak buat macam mana.Tempat tu je yang ada banyak buku."Kataku dengan malas.
"Yes! Akhirnya,lama aku tunggu untuk kau kata ayat tu.Tak sabar aku nak cuci mata.Haha.."Ketawa Wani dengan gembira.Aku hanya menggeleng-gelengkan kepala memikirkan sifat kawan aku yang terlebih gatal malam ni.
"Kau ni memang gatalkan! Mamat hensem je yang kau cari,buku tak pandang pun!"Perliku
"Well,you know me."
"So,macam biasa,mak kau boleh hantar tak?"Aku soal Wani.
"No problem beb.Macam biasalah.Nanti esok aku ambil kau pukul 10 ye!"
"Ok,thanks ye Wani.Ucapkan salam sekali dekat mak kau."pukul
"Ok beb,aku nak pilih baju untuk esok.Hehe,bye!"
"Haha..Gatal ye kau.Bye,waalaikummussalam."
Kataku dan terus memutuskan panggilan.Ok,set! Esok aku pergi perpustakaan dengan Wani .Kata hatiku.Kemudian tekakku berasa kering dan haus,aku memutuskan untuk turun ke tingkat bawah untuk minum air kotak jus oren.Aku menuju ke dapur dan membuka peti sejuk.Kemudian,pintu rumah terbuka dan aku lihat ibu menapak ke dalam rumah.Seperti biasa,wajah ibu nampak penat dengan segala perkerjaan yang dia harungi untuk hari ini.
"Zani,tolong ambil beg ibu."Kata ibu dengan suara penat.
Laju aku meluru kearahnya dan mengambil beg daripada pegangan ibu.
"Ibu nak Zani sediakan air?"
"Tak.Tak apa.Ibu cuma nak solat dan tidur lepas ni."Kata ibu dengan senyuman kecil dan terus berlalu ke tingkat atas.Aku terus meletakkan beg ibu di tepi meja kecil dengan perasaan simpati.Aku tidak sabar untuk dewasa sehingga giliran aku pula untuk menjaga ibu.Aku tidak suka melihat ibu penat hanya kerana ingin mencari duit.Aku kembali ke dapur untuk menutup pintu peti sejuk.
"Zani."
Aku terdengar suara ibu lalu menolehkan kepala.Aku melihat ibu yang berada di tangga.Ibu memandang aku dengan mendalam membuatkan aku bingung.Aku ingin membuka mulut,namun hasrat itu terhenti apabila aku melihat kertas di tangan ibu.
"Ini borang apa?" Soal ibu kepadaku sambil menunjukkan borang pertandingan lukis di tanganya.
Aku tergamam.Ibu masuk bilik aku?!
"Itu..."
"Zani nak masuk pertandingan melukis ke?"Soal ibu sekali lagi kali ini dengan nada serius.
Hati aku cemas,mulut aku mula tergagap.
"Za..Zani ingat nak bagitahu ibu,tapi tak ada masa yang-"
"Zani,mak suruh kamu berhenti melukis bukan masuk pertandingan melukis!"
"Zani tahu! Tapi Zani rasa Zani boleh-"
"Boleh apa? Zani,SPM kamu seberang jalan je tau.SPM ni menentukan masa depan kamu,benda ni bukan perkara main-main.Mak nak Zani fokus,bukan libatkan diri dalam aktivit lain terutamanya perkara yang tak terlibat langsung dengan masa depan kamu!"
Tapi seni adalah masa depan aku.Seni sahaja perkara yang membuatkan aku bersemangat.
"Ibu,Zani takkan abaikan pelajaran Zani sama juga dengan seni.Zani rasa Zani boleh capai kedua-dua benda ni kalau ibu beri semangat pada-"
"Zani,stop."Ibu memotong kataku sambil memicit-micit dahinya dengan wajah berkerut.
Aku terkedu.
"Kita tak boleh bincang perkara ni pada waktu malam.Ibu tak tahu apa yang kamu fikir,tapi ibu sudah tak tahu nak cakap apa dengan kamu lagi.Ibu nak naik atas."Kata ibu.
Lalu ibu terus mendaki tangga dan memasuki ke dalam biliknya tanpa menoleh lagi kearah aku.Perasaan aku bercampur baur.Rasa bersalah,sedih,dan hati berbelah bagi.Aku tahu ibu terlalu marah pada aku sehingga malas untuk berbincang dengan aku lagi.Separuh hatiku katakan bahawa aku perlu menyuarakan pendapatku.Separuh lagi hatiku bersuara bahawa pilihan yang aku pilih ini sungguh salah.Apa yang aku dah buat ni?
**************
"Kau tahu tak betapa malunya aku,dapat panggilan daripada sekolah kau!"
Satu lagi tendangan terkena tepat pada perut Asyriq.Badan Asyriq terjatuh di atas lantai.
"Aku keluar duit,hantar kau pergi sekolah tapi macam ni kau balas pada aku!"
Datuk Nazli menarik kolar anak lelakinya dengan kasar dan melepaskan tumbukan lagi di wajah anak lelakinya.Asyriq rebah sekali lagi di atas lantai,dia tiada kudrat untuk melawan ayahnya.
"Anak lelaki tak guna! Kau suka sangat bergaduh kan,biar aku bagi kau gaduh!"
Mata Datuk Nazli sudah membara,dirinya seperti sudah dirasuk sesuatu.Dina yang memerhatikan kejadian itu hanya menangis memerhatikan abangnya daripada tingkat atas.
Datuk Nazli melangkah kehadapan,bersedia untuk memberi lagi 'pengajaran' kepada anak lelakinya.Tidak sempat dia menendang perut Asyriq,telefon bimbit yang terdapat di dalam sutnya bergetar.
Datuk Nazli mendengus geram lalu memandang tajam kearah mata Asyriq.
"Jangan ingat aku dah selesai dengan kau."
Kata Datuk Nazli lalu mengangkat panggilan dan berbual dengan orang yang menghubunginya.Asyriq melepaskan nafas lega dan mengesat darah di bibirnya.Rasa sakit dan luka di badanya seperti sudah sebati di dalam dirinya sekarang.Kalau dia memberitahu hal sebenar pada Datuk Nazli sekali pun,tidak mungkin insan yang digelarnya 'ayah' akan mempercayai katanya.Malah,mungkin lebih tumbukan yang dia akan dapat.
"Malam ni jugak?! Berapa lama aku kena stay dekat site tu?"
Asyriq diam mendengar perbualan ayahnya.
"Sebulan?Emmm...Oklah! Tunggu aku dekat lapangan terbang KLIA malam ni."Kata Datuk Nazli dengan tegas.
Sebulan? Ayah aku takkan ada dalam rumah ni sebulan?Hati Asyriq gembira.
Panggilan diputuskan oleh ayah Asyriq dan dia menyimpan kembali telefon bimbitnya di dalam sut.
"Cik Nah!" Jerit Datuk Nazli seperti ingin menggegarkan seluruh rumahnya.
"Ye,tu..tuan?"
Laju Cik Nah pergi ke sisi Datuk Nazli dengan mempamerkan wajah takut tuanya yang sudah berkedut.
"Saya akan keluar dari rumah ni untuk sebulan.Selama saya tak ada,saya nak Cik Nah jaga rumah ni elok-elok.Ingat,jangan buat masalah!"
"Ba..Baik tuan."Balas Cik Nah dengan kecut perut.
"Dan kau Asyriq!" Kata Datuk Nazli menoleh kearah anak lelakinya.
"Sekali lagi aku dapat panggilan daripada sekolah kau,mati kau aku kerjakan!"
Kata Datuk Nazli dengan amaran lalu membetulkan sutnya dan menuju ke bilik.Asyriq tidak mengendahkan amaran itu malah tersenyum.Akhirnya,makhluk yang membuatkan penderitaan hidupnya akan keluar daripada rumah ni untuk masa yang lama.
Laju Cik Nah meluru kearah Asyriq yang terbaring di atas lantai.
"Ka..Kamu tak apa Asyriq? Biar Cik Nah ubatkan luka kamu tu."Kata Cik Nah dengan gusar sambil memerhatikan wajah anak majikanya.Hatinya menjadi pilu mengenangkan penderitaan yang perlu dilalui oleh remaja yang dijaganya sejak kecil.
Asyriq menepis lembut tangan Cik Nah dan dia cuba bangun perlahan-lahan.
"Tak apa Cik Nah.Cik Nah tolong ambilkan saya air dan letak dekat dalam bilik saya."Kata Asyriq dengan suara yang serak dan terus menuju ke tangga.Tanpa membuang masa,Cik Nah menuju ke dapur untuk membuatkan air teh demi Asyriq.
Menuju sahaja ke tingkat atas,Asyriq dikejutkan dengan pelukan adik perempuanya,Dina.
"A..Abang! Ayah jahat...Se..Selalu pukul abang.."Kata Dina dengan suara yang serak-serak.Air mata mengalir di pipinya.
Asyriq tersenyum memandang adiknya.Tanganya mengusap lembut rambut Dina.
"Abang tak apa-apalah Dina.Sekarang,pergi masuk bilik abang.Esok Dina ada sekolahkan."Kata Asyriq tidak mahu memanjangkan kesedihan adiknya.
Dina tanpa protes menganggukkan kepalanya dan menuju ke dalam bilik abangnya.Asyriq hanya memerhatikan perlakuan adiknya yang masih berada dalam keadaan sedih.
Asyriq yang masih luka memerhatikan wajahnya di cermin yang terdapat di atas meja kecil.Dia melepaskan keluhan selepas selesai mengharungi penderitaan untuk hari ini.Sejujurnya dia tidak tahu untuk buat apa dengan dirinya dan hidupnya.Malah,dia sendiri tidak tahu mengapa ayahnya melayan dia seperti sampah semenjak ibunya meninggal?
Telefon bimbitnya yang berbunyi memecahkan lamunan di dalam akalnya.Dia melihat nama panggilan yang tertera.Amir.
Laju Asyriq menjawab panggilan itu.
"Kenapa kau telefon aku nih."Kata Asyriq dengan malas tanpa memberi salam.
"Kenapa dengan suara kau bro?" Soal Amir dengan serius.
Asyriq terkejut Amir perasan perubahan pada suaranya walaupun di dalam talian.
"Tak ada apa-apalah."
"Kau jangan nak tipu,suara kau teruk gila.Apahal Asyriq?" Soal Amir lagi.
Asyriq hanya senyap.
"Ini mesti pasal ayah kau lagi kan!" Soal Amir dengan marah.
"Aku ok la.Kau telefon ni apahal?"
"Bro,ayah kau dah melampaula!Aku rasa kau perlukan bantuan.Tak pasal-pasal kau boleh mati sebab ayah kau tahu tak!" Luah Amir dengan marah.Dia tahu betapa seriusnya masalah keluarga Asyriq.
"Amir,tolonglah!Aku tak nak cakap pasal hal ni."Kata Asyriq dengan bengang.
"Tapi bro,keadaan kau-"
"Kalau kau masih nak teruskan persahabatan kita,baik kau jangan cakap apa-apa."Kata Asyriq mengetap gigi.
Amir diam sejenak.Kemudian,Asyriq menangkap Amir melepaskan keluhan di talian sana.
"Ok,fine! Tapi aku takkan bagi hal ni terlepas."Mengalah Amir.
"Kau dekat mana nih? Tempat perlumbaan motor?"Soal Asyriq dan menuju ke biliknya.
"Haha..Macam mane kau tahu bro?"
Asyriq merebahkan tubuhnya di atas katil.Belakangnya berasa sedikit pedih.
"Aku dengar bunyi motor kuat gila dekat sana." Kata Asyriq.
"Pandai kau teka.So,kau tak datanglah malam ni?"
"Tak.Aku tak datang.Sebenarnya,apahal kau telefon aku ni?"
"Aku ade perkara menarik nak beritahu kau ni."Kata Amir.Asyriq sudah dapat membayangkan senyuman nakal di bibir rakanya.
"Berita ape?"
"Pasal awek kaulah!"
Awek? Zani?
Asyriq diam mendengar segala kata Amir di panggilan sana.Selesai berkata,Amir memutuskan panggilan dengan alasan sudah sampai giliranya untuk berlumba.Asyriq membaling telefonya di sisinya dan meletakkan lenganya di atas dahi.Satu senyuman nakal terukir di bibirnya setelah dia mendapat berita tentang Zani daripada Amir sebentar tadi.Minah tu takkan dapat berkekalan untuk menghindari aku.
Share this novel