BAB 9

Romance Completed 21137

”Akif. Akif! Hello..”

Akif tersedar dari lamunannya. Lihat! Berdiri di hadapan gadis itu pun boleh membikin fikirannya menerawang jauh. ’Ainnur Roudah. Kau berjaya membuat hati aku tak keruan!’

”Oh.. tak ada apa. So, awak kerja apa sekarang ni?”

”Hurm.. guru Bahasa Inggeris. Saya mengajar kat sekolah lama saya.”

”Wah.. belajar di sekolah tu. Dah besar pulak menjadi seorang pendidik di SMK Seri Dayang.”

”Awak pulak kerja apa?”

”Engineer.”

”Mesti gaji besar ni. Kalau nak dibandingkan ngan guru biasa macam saya ni, tiada

apanya.”

”Haishh. Kenapa lak cakap macam tu? Tugas seorang pendidik lagi mulia tau. Nanti anak-anak murid awak dapat ilmu yang awak ajarkan. Kalau awak dah tak ada pun, ilmu pengetahuan yang awak ajarkan kepada dia orang tu bermanfaat. If one day, awak ditakdirkan dijemput Ilahi, pahala awak tetap takkan terputus. Tak kisahlah kita kerja apa-apa pun kat sini. Yang penting halal. Masalah gaji kecil tidak perlu dibahaskan sebab rezeki Allah ada di mana-mana saja.” Segarit senyuman terukir di bibirnya.

’Awesome. Lelaki ni bukan saja ada karier yang bagus malahan bijak berkata-kata.’

”Awak buat apa kat sini? Ada appointment dengan doktor ke?”

”Oh, tak. Lawat sepupu saya. Leukemia. Saya dah nak balik ni. Saya bagi awak kad nama saya. Kalau nak contact atau minta tolong apa-apa ker, call jer saya.” Akif mengeluarkan sekeping kad lalu dihulurkan kepada Ainnur.

”Thanks.” Lelaki itu berlalu pergi. Akif? Alangkah bagusnya jika dia bertemu dengan rakannya. Jejaka yang telah mencuri hatinya lapan tahun yang lalu. Wajahnya samar-samar dalam ingatan. Namun, namanya tetap diingati. Jayyid Maulana. Teringin

untuk bertemu kembali dengan lelaki itu. Bilakah masanya?

***********************

Ainnur memberhentikan kereta Myvinya di hadapan Hotel Le Daffodils. Sebuah hotel lima bintang yang agak terkenal di daerah tersebut. Dia mengagak. Pasti rakannya, Orked menginap di hotel buat sementara waktu untuk mengelakkan masalah yang berlaku di rumahnya saat ini. Orked selalu mengadu kepadanya yang dia tidak tahan dengan perangai mamanya, selalu membawa seorang lelaki ke rumahnya. Sebagai anak, dia ada

juga menegur, namun mamanya tetap tidak mengendahkan.

Dia menyuruh mamanya untuk berkahwin namun cadangannya ditolak mentah-mentah. Dia hairan. Daripada menimbulkan prasangka buruk, lebih baik bernikah. Boleh mengelakkan maksiat. Ainnur mahu mengambil produk Herbalife daripada Orked untuk dijual. Bolehlah menambahkan pendapatan bulanannya. Dia menelefon Orked. Orked terpisat=pisat bangun. Dia mencapai telefon bimbitnya dengan malas. Dia masih mamai. Kepalanya terasa agak pening.

”Assalamualaikum.. Orked. Bilik kau nombor berapa?”

”Wasalam.. Bilik aku nombor 322.” Suaranya tidak begitu jelas.

”Hah? Tak jelaslah. Kau ni cakaplah betul-betul sikit. Mamai eh?”

Tut.. panggilan telefon dimatikan.

”Haish! Hantu betul. Boleh dia matikan? Berapa nombor bilik dia ni? Aku dengar macam 323. Alah. Malas pulak aku nak tanya kat kaunter. Dah sampai tingkat 2 ni malas pulak nak patah balik.”

Ainnur terus tercari-cari bilik yang bernombor 323. Dia mengikut kata hatinya. Dia mengetuk pintu bilik bernombor 323. Tiada sahutan. Sudah tidurkah Orked? Ainnur menolak daun pintu. Pelik. Mana si Orked ni? Tengah mandi agaknya. Ainnur mengagak. Katilnya tidak terurus. Yang paling anehnya ada baju kemeja lelaki beserta seluar jeans di atas katil tersebut. Ainnur tidak sedap hati. Takkanlah Orked bersekedudukan dengan seorang lelaki. Andaian yang paling tepat ialah dia telah tersalah bilik! Tiba-tiba, seorang lelaki keluar dari toilet. Dia hanya bertuala menutupi bahagian pusat sehingga lutut sahaja. Ainnur mula menggelabah. Malu rasanya melihat lelaki itu yang hanya bertuala,

menampakkan tubuh sasanya.

”Eh. Apa awak buat kat sini?”

”Opss. Sorry. Saya tersalah biliklah. Anggap saya tak pernah masuk sini.” Ainnur berpatah balik menuju ke pintu bilik. Wajah tampan lelaki itu persis seperti Jayyid. Atau mungkin memang Jayyid? Bunyi ketukan jelas kedengaran. Tombol pintu itu terpusing. Dua orang lelaki sedang berdiri di hadapan Ainnur. Gerak hati Ainnur mengatakan yang perkara

buruk bakal berlaku.

”Apa awak buat kat bilik lelaki ni? Jayyid, tell me something about this. Setahu saya kau belum kahwin kan??”

“Sebelum encik buat tuduhan yang bukan-bukan, bagi saya buat penjelasan dulu. Saya tersalah bilik.” Jelas Ainnur.

“Tersalah bilik? Macam pelik jer. Yalah. Yang si lelaki pakai towel jer. Menimbulkan syak wasangka. Tiada apa yang perlu dijelaskan. Alasan cik sudah basi. Sebab hotel ni memang famous dengan kes pasangan yang belum berkahwin bersekedudukan. So, saya sukar nak percaya.” Rakannya di sebelah pula berkata.

“Tolonglah encik. Saya betul-betul tak buat benda terkutuk tu.” Ainnur separuh merayu.

”Tak sangka orang cantik bertudung macam awak ni buat benda macam ni.”

”Perempuan ni dah tersalah biliklah. Tolonglah faham sikit.” Jayyid cuba meyakinkan dua orang lelaki itu.

”Jayyid, walaupun aku ni kawan kau, tapi tanggungjawab aku tak boleh diabaikan.” ujar Hakimi. Jayyid pening. Hakimi bekerja di JAIS. Akan tetapi, tidakkah bertimbang rasa sedikit? Penjelasannya tidak didengar.Ditangkap khalwat dengan gadis yang langsung tidak dikenalinya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience