BAB 13

Romance Completed 21137

Sebulan telah berlalu. Ainnur masih dihurung kesedihan. Sudah dua minggu Puan Wardah tersedar daripada koma. Ibunya terkejut mendengar berita yang anak perempuannya telah berkahwin dan kini menjadi seorang balu. Segalanya begitu pantas berlalu.

Tidak sangka sepanjang dia tidak sedarkan diri, bermacam-macam hal yang tidak diduga berlaku. Ainnur bersyukur ibunya telah sedar namun masih ada luka dalam hatinya. Dia seorang balu. Arwah Jayyid tidak pernah menyentuhnya. Ainnur menyalahkan Akif atas kematian suaminya. Kalu Akif tidak khayal semasa melintas, sudah tentu Jayyid masih hidup sehingga sekarang.

Sudah tentu juga peluangnya untuk mencuri hati Jayyid akan terbuka. He’s a killer! Akif meragut nyawa suaminya. ’I hate you Akif!’ Dia menjerit di dalam hati.

”Ain, ibu nak jodohkan kamu dengan anak kawan ibu. Ibu tak sukalah tengok Ain murung jer macam ni. Ain patut buka hati Ain untuk orang lain.”

”Apa-apa jelah ibu. Ain dah tak peduli dengan hidup Ain. Rasa macam dah fed up dengan hidup ni. Asyik masalah jer yang datang.”

”Apa ni? Tak baik tau cakap macam tu. Putus asa? Ibu tak pernah ajar Ain macam tu pun.”

”Ain ikut jer cakap ibu. Ain tak kisah dengan pilihan ibu. Ain terima jer.”

”Betul ker Ain tak kisah? Ain tak nak kenal ngan laki tu dulu?”

”Lepas kahwin kan boleh kenal. Mungkin perkahwinan yang direstui ibu lebih baik.”

Ainnur rasa perjalanan hidupnya seperti ditentukan oleh orang lain. Perkahwinan pertama memang tidak disengajakan. Perkahwinan keduanya pula ditentukan oleh ibunya. Ainnur tidak akan sesekali bantah kata ibunya. Sebagai anak, dia harus taat.

*********************

Saat majlis perkahwinannya tiba, dia terpempan. Suaminya ialah Akif? Perasaan benci terhadap lelaki itu mula menyelinap ke lubuk hati. Pilihan ibunya ialah Akif Adnan! Jejaka yang telah menyebabkan kematian Jayyid. Sekarang, dia akan menjadi suaminya?

Bagaimana dia harus menerima lelaki itu? Kerana kematian Jayyid, ada luka yang mendalam dalam hatinya. Ada perasaan benci yang menggunung tinggi dalam hatinya. Kerana Akif, Jayyid mati. Kerana Akif, peluang untuk menambat hati Jayyid tertutup.

Kerana Akif, dia menderita atas kehilangan Jayyid. Semasa sesi bergambar, Ainnur buat-buat tersenyum padahal hatinya tidak rela. Jejaka itu seperti bahagia dengan perkahwinan ini. Apa yang dia fikirkan? Mengapa dia perlu pilih Ainnur menjadi untuk menjadi isterinya?

”Ain, abang cintakan Ain. Sebab itulah abang minta umi untuk pinangkan Ain untuk abang.”

”Abang? Kau tak layak gelarkan diri kau tu abang! Aku benci kau! Aku benci dengan perkahwinan ni! Kau dah bunuh kawan kau sendiri!”

“Ain salahkan abang atas kematian Jayyid? Bukan abang yang cabut nyawa dia. Dah tertulis yang ajal Jayyid tiba pada waktu tu.“

“Enough! Don’t gelarkan diri kau dengan perkataan abang lagi! Aku tak suka dan aku benci kau! Kalau kau tak menonong jalan macam orang tak ada otak nak fikir time tu, mesti Jayyid masih bernyawa sekarang ni. Salah kau. Kalau kau tak seberang jalan macam tu tak mungkin Jayyid selamatkan kau. My eyes see you as a killer!” Ainnur mencerlung marah.

Akif memegang bahu Ainnur. Ainnur pula menepis. Dia tidak suka dengan perbuatan lelaki tersebut.

“Ain tuduh abang sebagai pembunuh? Itu semua takdir la. Sedar tak?”

”Takdir? Lantaklah yang penting aku anggap kau sebagai seorang pembunuh. Not as my husband! I hate you!” Ainnur menghempas pintu bilik. Pintu bilik itu tertutup rapat. Dia menyandarkan tubuhnya di balik pintu.

Mengapa semua ini terjadi? Mengapa dia harus berkahwin dengan Akif, penyebab kematian Jayyid? Dua perkahwinan membuatkan dia menderita. Malah, mungkin perkahwinan keduanya ini semakin menambahkan penderitaan dalam hidupnya. Ainnur tidak mempedulikan ketukan dan panggilan suaminya.

Akif berusaha untuk memujuk Ainnur tetapi gagal. Argh! Kenapa dia harus dituduh sebagai seorang pembunuh? Bukan Ainnur seorang saja yang terkesan dengan kematian Jayyid. Dia pun sama malah lagi memberi kesan yang mendalam.

Jayyid merupakan sahabat terbaiknya. Tiada insan lain yang dapat menggantikan tempat Jayyid. Tiada istilah first night yang membahagiakan. Dua jiwa menderita. Ainnur seperti tersepit dengan permainan hidup. Malam itu, dia ditemani air mata.

Jam menunjukkan tepat pukul 12 tengah malam. Akif menolak daun pintu bilik Ainnur. Dia melihat isterinya sedang nyenyak tidur. Akif menghampiri Ainnur. Selimut tebal itu ditarik sehingga ke paras bahu Ainnur. Ainnur buat-buat tidur padahal dia sedikit pun tidak mengantuk.

Tapi mengapa dia tidak mampu untuk menghalang perbuatan Akif? Suka dengan perhatian yang diberikan oleh Akif? Benarkah? Ainnur meneruskan lakonannya. Akif membisikkan sesuatu.

”Rasulullah SAW bersabda, marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk. Hadis riwayat Abi Daud.

I know that you’re angry with me. Abang tau yang abang tak boleh nak buat apa untuk redakan kemarahan Ain. Mungkin kemarahan Ain boleh reda dengan wuduk seperti sabda Nabi kita tu.I’ll love you until heaven. Sleep tight my wife.”

Akif menyelak rambut yang menutupi dahi isterinya. Dia mendaratkan kucupan di dahinya. Ainnur merasakan ada air hangat yang menitis di atas dahinya. Menangiskah suaminya? Permata jernih mengalir daripada mata Akif. Air mata yang mencerminkan segalanya.

Air mata yang melambangkan rasa bersalahnya terhadap kematian Jayyid, perasaan cinta yang ikhlas terhadap Ainnur dan juga harapannya untuk mendapatkan kasih daripada isterinya. Hati Ainnur benar-benar tersentuh. Tidak! Jangan hanya kerana air mata yang dialirkan, tidak semudah itu dia mahu menerima Akif. Tidak mungkin. Ainnur masih dengan egonya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience