BAB 3

Romance Completed 21137

Ainnur merebahkan dirinya di atas katilnya yang empuk. Biliknya yang agak luas itu diperhatikan. Kamar yang selesa. Tempat yang paling sesuai bagi dirinya untuk menenangkan diri daripada tekanan hidup yang terpaksa dilaluinya.

Pagi tadi, dia berduka. Dia tidak berpuas hati dengan keputusan peperiksaan percubaan SPM miliknya. Dia hanya memperoleh 4A daripada sembilan mata pelajaran yang diambilnya.

4A miliknya pun subjek yang agak mudah baginya-Bahasa Melayu, Mathematics Modern, Bahasa Inggeris dan juga Pendidikan Islam. Subjek Sejarah B. Biology dan Physics pula C. Chemistry? Ahh.. lagilah hancur. Dapat gred D! Ainnur berada di ranking yang ke-69 daripada 179 orang pelajar. Baginya, itu sangat teruk. Ainnur rasa dia berada di tahap yang agak bahaya.

Di manakah silapnya? Puas dia berusaha bersungguh-sungguh tetapi hasilnya tidak setimpal dengan usaha yang dilakukan. Kadang kala, dia terfikir yang jerih-perihnya selama ini hanyalah sia-sia. Dia merupakan pelajar yang rajin bertanya, sentiasa siap melakukan kerja rumah yang diberikan dan tidak pernah tidur di dalam kelas.

Mampukah dia memberikan keputusan yang cemerlang dalam SPM untuk ibunya dan juga arwah ayahnya? Ibunya, Puan Wardah hanyalah bekerja sebagai seorang kerani di SK Temasik. Puan Wardah amat berharap agar anak bongsunya itu dapat mengubah nasib keluarga. Harapan ibunya supaya abangnya, Fahmi untuk melakar bahagia buat keluarganya punah.

Fahmi, seorang anak muda yang berusia dua puluh tahun. Puas ibunya menasihatinya tetapi ibarat mencurahkan air ke daun keladi. Sedikit pun dia tidak mendengar nasihat. Keputusan SPMnya sangat teruk. Tiada A langsung. Padahal PMR tidaklah begitu teruk. Abangnya mendapat 6A2B dalam PMR.

Semenjak ayahnya meninggal dunia lima tahun yang lalu, Fahmi berubah menjadi anak muda yang liar seperti tiada hala tuju. Dia sangat akrab dengan arwah ayahnya. Ainnur pelik melihat keadaan abangnya. Berubah 360 darjah. Semasa abangnya berumur 16 tahun, dia mula ketagih untuk menghidu gam.

Hidupnya terumbang-ambing, hanyut dalam dunia gelapnya. Pukul 2-3 pagi baru pulang ke rumah.

Fahmi seperti mencalitkan arang ke muka ibunya. Puan Wardah amat malu. Segelintir penduduk kampung menuduhnya tidak tahu untuk mendidik anak. Puan Wardah sudah mendidik dengan cara yang betul tetapi Fahmi tidak juga sedar dengan apa yang telah dilakukannya.

Ainnur takut jika abangnya mengamuk tatkala ibunya menegurnya secara baik. Habis semua barang di rumah melayang. Ditegur sedikit sudah melenting . Kadang kala, berhari-hari dia tidak pulang ke rumah sebagai tanda protes. Tumpang di rumah kawan agaknya. Ainnur amat rindukan suasana hidupnya seperti lima tahun yang terdahulu.

Suasana yang aman damai, bahagia sentiasa. Sering kali mereka sekeluarga menghabiskan waktu terluang dengan bercuti di destinasi-destinasi yang menarik seperti Pulau Langkawi, Cameron Highlands dan Bukit Bendera.

Tetapi, itu semua hanyalah tinggal kenangan. Ayahnya telah tiada. Serangan jantung itu telah meragut nyawa ayahnya. Ayahnya telah ditempatkan di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur selama beberapa hari. Namun, dia gagal diselamatkan. Allah lebih sayangkan ayahnya. Ainnur menganggap inilah dugaan yang sangat berat.

Tiada lagi ayah dalam hidupnya. Kematian ayahnya ibarat membakar hangus separuh semangatnya untuk hidup. Namun, Ainnur sedar bahawa mereka yang masih hidup harus meneruskan kehidupan masing-masing.

Dalam surah Al-Imran ayat yang ke-185 ada menyebut, ”Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.”

Setiap yang hidup pasti akan mati. Sama ada suka atau tidak, pemergian seseorang itu haruslah direlakan walaupun ianya amat perit dan sukar untuk diterima. Pada mulanya, Ainnur terasa berat untuk menerima kenyataan bahawa ayahnya pergi untuk selama-lamanya. Lama-kelamaan, dia dapat menerima takdir itu.

Kematian tidak mengenal usia, jantina dan juga masa. Bila-bila masa sahaja kematian itu akan datang menjemput. Sesetengah manusia ada yang alpa dalam mengejar harta dunia sehinggakan terlupa dengan istilah kematian yang akan muncul pada bila-bila masa. Ada juga anak-anak muda yang menganggap kematian itu datang tatkala usia mereka sudah lanjut.

Semua anggapan itu salah. Apa yang perlu, siapkan diri untuk menghadapinya. Yang penting, mati dalam keimanan.

Ainnur mendaratkan kepalanya di atas bantal. Dia harus melakukan sesuatu untuk mengubah nasib keluarganya. Dia harus membalas pengorbanan ibunya. Penat-lelah ibunya harus digantikan dengan sesuatu yang berharga.

Dia terkenang lagi dengan keputusan peperiksaannya. Apa lagi yang perlu dia lakukan? Orang kata mengejar kejayaan itu senang, tetapi mengekalkan kejayaan itu sukar. Masalah Ainnur ini berbeza.

Kejayaan pun belum digapainya, inikan lagi mahu mengekalkan kejayaan tersebut. Usaha gigihnya selama ini seakan tidak berbaloi. Ainnur memang tidak pantang menyerah kalah. Dia akan terus mengejar kejayaan itu.

Mungkin nasib belum memihak kepadanya. Ainnur mencapai buku nota arwah ayahnya. Bukan sebarang buku nota. Buku nota itu mengandungi pelbagai kata-kata semangat yang digarap sendiri oleh ayahnya.

Gadis perawan itu menyelak setiap helaian buku nota berkulit coklat gelap itu. Baru tahun ini dia tergerak untuk membaca buku nota tersebut. Pada mulanya dia fikir buku itu hanyalah buku biasa yang memuatkan kisah hidup ayahnya. Ainnur fikir itu hanyalah buku diari ayahnya namun sangkaannya meleset sama sekali.

Setiap bait-bait yang ditulis oleh arwah ayahnya dibaca dengan teliti. Arwah ayahnya memang bijak dalam menggarap kata-kata yang memberi inspirasi buat orang lain. Tidak hairanlah. Ayahnya dahulu merupakan seorang guru kaunseling.

Tiba di muka surat 25, Ainnur tertancap pada barisan ayat yang bertepatan dengan masalah yang dihadapinya. Ayat-ayat yang dikarang oleh arwah ayahnya sungguh mendalam. Ainnur merenung lama.

Success is something that hard to grab. Without the hardess effort and burning desires, there’s no success unless a failure or disappointment. But, certain people who didn’t try so hard, achieve the success. That’s their good fortune from The Almighty for them. The other people who tried very hard didn’t get the success.

Don’t be sad. Remember, The Almighty must create the another success for them. He didn’t show it right now. Always have the positive thoughts about your destiny. Pray to Allah. He will give the best for His loyal slaves.

Ainnur tersenyum. Kata-kata arwah ayahnya menaikkan semangatnya kembali untuk menggapai kejayaan. Dia yakin Allah pasti akan memberikan sesuatu kebaikan kepada orang yang telah berusaha. Cuma masa sahaja yang menentukan. Ainnur teringat kembali kata-kata Ustazah Baiduri.

Orang yang berusaha tanpa berdoa merupakan orang yang sombong manakala orang yang berdoa tanpa berusaha merupakan orang yang gemar berangan-angan. Pepatah yang sangat familiar tetapi perlu dipegang dalam menjalani kehidupan ini. Seperti yang sedia maklum, doa merupakan senjata orang mukmin.

Sesebuah kejayaan memerlukan pengorbanan. Sesebuah kejayaan juga memerlukan usaha yang gigih serta diiringi dengan doa. Tidak lupa juga restu daripada ibu bapa.

”Ayah, terima kasih banyak-banyak ayah. Semoga ayah berada ditempat orang-orang yang mulia. Ain rindukan ayah.” Ainnur bermonolog di dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience