BAB 6

Romance Completed 21137

”Kau nak sambung mana lepas ni? Study kat dalam negara or oversea?” ujar Akif.

“Dalam negara jer kut. But, ayah aku suruh ambil course Business Management kat kolej swasta pulak tu. Nak tak nak, aku kena ikut jugak. Tak boleh nak bantah. Aku yang bakal ganti tempat ayah aku kat syarikat dia nanti. Alaa.. tapi aku nak sangat ambil course pharmacist kat UIA. Kau pulak? Chemical Engineering?”

”Hurm.. nak buat macam mana. Mungkin itu yang terbaik untuk kau. Kalau bukan kau, siapa lagi yang nak uruskan syarikat ayah kau tu? Kaukan anak sulung. Satu-satunya anak lelaki dalam keluarga kau. Senang cerita, ayah kau harapkan kau seoranglah. Takkanlah nak tunggu adik-adik kau pulak. Miza baru nak masuk tingkatan 1. Yani pulak masih darjah 5. Aku lak mestilah nak kejar ambition aku, engineer..”

”Congrates kau dapat straight A’s. I’m proud being your friend. Jangan lost contact ngan aku tau. “ Seraya itu, dia memandang ke arah kawanan itik yang sedang berenang di tasik itu.

“Kau pun tahniah jugak. Near miss. Okey what. Tak adanya nak lost contact. Kitakan satu village. Bila-bila masa jer aku boleh datang rumah kau. Ye tak?”

“Tak terror macam kau. Promise. Kita takkan lost contact, okey?”

“Tak yah nak promiselah. Macam budak kindergarten lak. Jayyid, kau tengok itik-itik tu. Macam tengah buat perarakan pulak aku perhatikan.”

“Haha.. Tapi aku lagi tertarik tengok pasangan itik kat sebelah sana tu. Tengah dating. Mesra semacam. Sweet lak aku tengok.”

“Allah jadikan setiap makhluk di muka bumi ni berpasangan. Asal? Kau dah tak sabar ke nak kahwin?” Akif tergelak kecil.

“Mana ada! Ridiculous. Akif, agak-agak kaulah, sampai bila friendship kita?”

“Until paradise..”

Friendship? Banyak pepatah yang menyentuh tentang persahabatan. Bagi Akif, idioms seperti ‘a friend in need is a friend indeed’ atau ‘friendship never ends’ kedengaran sedikit lapuk. Ada juga sesetengah orang mengaitkan sahabat sejati seperti pelangi. Muncul setelah hujan duka menimpa lalu menghapus kesedihan itu dengan membiaskan lingkaran warna yang dapat menukarkan semua perkara sedih menjadi indah.

Tetapi, pada pendapatnya, persahabatan yang benar-benar sejati dan tulus itu ibarat awan-gemawan yang memutih. Awan itu melihatnya dari sudut atas, menjaganya dari jauh tanpa disedari. Memberi teduhan tatkala bahang sang mentari menimpa.

Menurunkan titisan hujan kesedihan tatkala melihatnya sedang berduka atau melakukan sesuatu yang buruk. Dan sahabat itu, turut sama-sama merasai kesedihan tersebut. Itu hanyalah perumpamaannya sahaja. Akif lagi menyukai erti sahabat sejati menurut Islam.

“Sebaik-baik sahabat disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik-baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya.” (H.R Al-Hakim)

Dalam waktu yang sama…

“Ain, ibu bangga dengan Ain. Alhamdullillah. Anak ibu dapat 7A. Tahniah. Bersyukur sangat..” Puan Wardah terharu dengan kejayaan anaknya.

”Berkat ibu puasa sepanjang Ain periksa kut. Terima kasih ibu.” Ainnur mengukir senyuman. Betul apa yang ayahnya coretkan tentang kejayaan. Allah tidak memberikan Ainnur kejayaan semasa SPM walaupun keputusan trialnya tidak begitu baik.

”Ain dah fikir nak sambung mana?”

”Rasa macam nak ambil TESL. Atau pun Asasi Bahasa Inggeris kat UIA. Boleh tak?’

”Apa-apa yang Ain minat, ibu setuju jer. Tapi kalau kat UIA kan nanti ada Bahasa Arab. Ain yakin boleh kuasai bahasa tu?”

”Hurm.. Ain nak cabar diri Ain. Boleh jer kalau Ain bersungguh-sungguh.“ Bahasa Arab merupakan Lughatul Quran. Baru sekarang dia tergerak untuk mempelajari Bahasa Arab.

Ainnur benar-benar tertarik untuk mempelajarinya setelah terbaca kisah rutin harian seorang mahasiswi UIA di blog Annamuslimah. Melalui gaya penceritaannya,mempelajari Bahasa Arab kelihatan sangat seronok di sana.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience