BAB 4

Romance Completed 21137

”Abang Zarul, abang rasa tindakan kita bernikah ni betul ke tak? Ila rasa yang Ila ni macam rampas kebahagian Kak Zana.” Syakila membuka mulut, meluahkan apa yang dipendamnya selama ini. Dia memang tidak berniat untuk merampas kebahagian sesiapa pun. Tetapi, hatinya sudah terpaut dengan jejaka yang lima belas tahun lebih tua daripadanya.

Adiknya, Tiara buat-buat tidak mendengar perbualan mereka. Dia berselera sekali menjamah makanan yang terhidang di hadapan mata. Makanan tengah hari yang cukup menyelerakan di Restoran Lazada.

”Ila, dengar apa yang abang cakapkan ni. Isteri abang dah bersetuju untuk terima Ila sebagai madu. Apa yang Ila takutkan sangat ni?“ Jejaka yang berusia 40-an itu cuba mententeramkan perasaan buah hatinya.

”Tapi bang, Ila tetap rasa takut. Ila takut kalau Kak Zana terima Ila sebab terpaksa bukan betul-betul terima Ila. Abang desak Kak Zana ker untuk terima Ila?” Syakila menunjukkan raut wajah yang agak resah.

”Enough Ila. Jangan fikir yang bukan-bukan. Memanglah pada awalnya isteri abang tu tak terima, tapi lama-lama dia dapat terima. Mana ada abang desak dia. ” Zarul menyedut sedikit milo ais di hadapannya.

”Abang, Ila harap majlis pernikahan kita berjalan dengan lancar. Abang kena ingat tau. Ila tak nak abang lebihkan Ila berbanding Kak Zana. Abang kena adil tau. Ila tak nak Kak Zana rasa menyesal bagi abang permission untuk kahwin dengan Ila. Abang fahamkan?” Hati Syakila gundah-gulana.

”Ila, pasal adil tu abang memang dah bersiap sedia. Abang pun harap juga pernikahan kita berjalan lancar. Semoga perkahwinan kita akan diredhai Allah, Ila.” Zarul memerhatikan Syakila yang hanya mengacau-ngacau nasi di pinggan kaca itu. Tidak luak langsung.

Bakal adik iparnya pula sangat berselera. Syakila mengajak adiknya, Tiara untuk menemaninya bertemu dengan tunangnya bagi mengelakkan fitnah. Jika mereka berdua saja, tidak sedaplah mata memandang. Pasti ada saja mulut-mulut jahat yang mengata. Lagipun, jika dua orang yang berlainan jantina berdua-duaan, maka muncullah orang ketiga iaitu syaitan.

*************************

Zarul mengadakan majlis perkahwinannya bersama Syakilla di Dewan Utama Sri Permata. Dua minggu kemudian, sebuah majlis kesyukuran diadakan di rumah Zarul. Suasana agak meriah walaupun majlis yang berlangsung hanyalah diadakan secara ringkas. Ainnur mengenakan baju kurung yang berkain cotton.

Latar bajunya berwarna putih, dihiasi dengan taburan corak bunga ros merah. Ainnur mencapai selendang merahnya lalu dililit di bahagian kepalanya. Hari ini, dia akan pergi ke majlis kesyukuran kakak saudaranya, Syakilla.

Ainnur tidak menyangka kakak saudaranya akan memilih untuk menjadi isteri kedua kepada seorang usahawan. Mungkin kakak saudaranya lebih bahagia.Puan Wardah memandu sebuah kereta Kancil berwarna silver metallic.

Mujurlah rumah suami anak saudaranya tidak begitu jauh dari rumahnya. Fahmi tidak berminat untuk bertandang ke majlis itu. Seperti biasa, dia lebih gemar berpeleseran bersama rakan-rakan nakalnya.

”Ibu, tak sangkakan yang Kak Ila kahwin ngan suami orang? Ain pun rasa pelik jugak. Yalah. Kak Ila kan masih muda, cantik pulak tu. Ramai kut bujang kat luar sana yang lagi handsome dan muda. Sesuailah dengan Kak Ila yang jelita.”

”Ain, tak baik tau cakap macam tu. Dah jodoh, nak buat macam mana. Tak kisahlah suami kita tu muda ke tua, handsome ke tak, yang penting dia dapat jaga dan bimbing kita. Ibu rasa Kak Ila tu tak pandang dari segi kekacakannya ataupun usianya. Mungkin Kak Ila rasa Zarul tu yang paling tepat menjadi suaminya. Serasi agaknya. Lebih baik kita menilai hati budi seseorang tu berbanding menilai luarannya. Kalau kita suka seseorang dari segi paras rupa saja, memang tak lengkaplah. Mestilah suka dari segi budi pekertinya jugak.”

”Okey, ibu. Ain faham. Ibu suka kat arwah ayah pun dari segi hatinya jugak ke?” Pertanyaan Ainnur membuatkan hati Puan Wardah dihurung perasaan rindu yang menebal. Dia tidak menjawab. Dia terdiam tidak berkutik. Ainnur melihat ada air mata yang bergenang di tubir mata ibunya. Ainnur serba-salah.

”Ibu, lupakan jelah apa yang Ain tanya tadi.” Ainnur tidak sangka pula pertanyaannya membuatkan ibunya kembali sedih.

”Ain, arwah ayah sangat baik. Sebab tulah ibu pilih dia.” Puan Wardah menjawab dengan ringkas. Ainnur merenung ibunya lama. Dia tahu yang ibunya terkenangkan arwah ayahnya. Tidak lama kemudian, mereka tiba di majlis kesyukuran itu. Rumahnya agak besar. Terletak di hujung Kampung Seri Kenanga.

Tiga buah khemah telah dipasang. Syakilla dan suaminya sedang sibuk bersalaman dengan para tetamu yang hadir. Kelihatan inainya masih merah di jari. Ainnur melemparkan senyuman ke arah kakak saudaranya.

Ainnur berbual-bual mesra sebentar dengan Syakilla. Kemudian, dia dan ibunya bergerak untuk mengambil makanan. Ainnur terdengar suara-suara sumbang yang tidak sedap didengar.

”Apalah si Zarul tu. Tak padan kertu. Merenyam nak kahwin lagi satu. Kesian kat Zana.”

”Tulah Timah. Pandai nurse tu tackle si Zarul tu. Mentang-mentanglah masih muda bergetah. Pandai dia pikat suami orang.”

”Anak dara zaman sekarang ni memang tak pandang tua ke muda atau kerepot ke tak. Yang penting, kaya! Bijak betul nurse tu kan?”

”Kalau laki aku minta izin aku nak kahwin lagi, memang nak kenalah ngan aku. Aku tak sangguplah nak dimadukan. Nak-nak ngan bini muda. Hish.. mintak dijauhkanlah..”

’Ahh.. mak cik-mak cik ni. Tengah makan pun boleh jugak mengumpat.’ Detus Ainnur di dalam hati. Dia dan ibunya saling berpandangan.

Tanpa disedari, Akif sedang ralit memandang Ainnur. Sungguh gadis itu kelihatan amat cantik. Alis matanya, wajahnya yang putih bersih dan senyumannya cukup membikin jiwa lelakinya bergetar. Love from the first sight? Akif mulai percaya dengan istilah itu. Hatinya mula terpaut dengan gadis yang sama sekali tidak dikenalinya.

’Ya Allah, aku benar-benar tertarik dengan keindahan ciptaanMu.’ Jayyid menepuk kasar bahu sahabatnya.

”Kau tengok apa tu, Akif? Lain macam jer pandangan kau tu.“

“Aku tengah tengok sekuntum bunga yang sangat cantik.“

“Tak lain tak bukan mesti perempuan kan? Jaga sikit pandangan mata kau tu. Jangan sampai khayal, angau tak tentu pasal.”

”Aku rasa hati aku ni lain macam jer rasanya. Perempuan yang pakai baju kurung berbunga ros merah tu betul-betul cantik.”

Jayyid merenung ke arah perempuan yang dimaksudkan oleh sahabatnya. Memang sangat cantik. Ahh.. rakannya benar-benar dibutakan dengan kecantikan gadis tersebut.

”Datang majlis aku, bertemu cinta hati kau pulak. Cewahh..”

”Kau jangan ambil bunga ros aku tu tau. Aku akan petik bunga ros tu untuk aku jadikan perhiasan dunia yang paling indah dalam hidup aku.”

”Akif! Aku rasa otak kau macam ada fius yang terputus. SPM pun tak lepas lagi dah fikir pasal nak kahwin? Kencang betul kau ni. Kalau aku ambil bunga ros kau tu, Nurul Jannah aku nak letak mana? Ayat-ayat kau pun dah lain macam lak aku dengar. Bunga roslah. Perhiasan dunialah. Nak petik segala. Wow!” Jayyid mentertawakan rakannya.

”Tak sudah-sudah ngan Nurul Jannah kau. Tau ler mak ayah kau dah jodohkan kau dengan dia. Untunglah dah ada calon isteri. Kau gelakkan aku? Takpe. Aku akan prove kat kau yang aku ni betul-betul serius.”

Ainnur mencuri pandang wajah seorang lelaki yang sedang berbual rancak berbual dengan rakannya. Dia terpana melihat jejaka itu. Kacak memanglah kacak. Apa yang membuatkan dia terpikat ialah wajahnya seakan berseri dan menenangkan. Apa orang kata? Sejuk mata memandang?

Lebih kurang begitulah yang dirasakan oleh Ainnur. Ainnur melihatnya dari jauh. Sesuap nasi disuakan ke dalam mulutnya lalu ditelannya secara perlahan. Mungkinkah lelaki itu perasan kehadirannya? Adakah lelaki itu tahu yang dia sedang memerhatikannya? Ahh.. tidak mungkin. Ainnur, gadis cantik itu telah terpaut dengan Jayyid.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience