BAB 2

Romance Completed 21137

Flashback…

”Jayyid, kau ni asyik termenung jer. Wei.. Trial SPM dah nak dekat ah wei. Wake up!“ Akif cuba menyedarkan sahabat baiknya. Sejak kebelakangan ini, Jayyid menunjukkan kurang berminat untuk belajar.

“ Akif, kau taukan yang ayah aku nak kahwin lagi satu. Peninglah aku. ”

”So, kau setuju tak yang ayah kau kahwin lagi? Mak kau setuju ke tak?” Seraya itu, Akif menyelak buku rujukan Chemistry.

“Entah ler. Kalau perempuan tu baik tak pelah jugak. Aku manalah kenal sangat ngan perempuan tu, Yang aku tau, dia masih muda kut. Jururawat katanya. Agaknya, jururawat tu ubatkan ayah aku kat klinik kut, then, terus jer falling in love. Mula-mula tu mak aku terkejut, menentang keras. Macam badai yang melanda pun ada time tu.

Tapi, lastly mak bagi jugak ayah aku kahwin lagi satu. Nak buat macam mana. Ayah aku dah suka kat perempuan tu. Tapi, tak naklah aku ada mak tiri.“ Jayyid mengeluh. Kalau ayahnya mempunyai dua orang isteri, maknanya, masanya terpaksalah dibahagikan. Mestilah berlaku adil. Maksudnya masa ayahnya bersama keluarga juga akan berkurang.

“Kau ingat tak ayat 216, surah Al-Baqarah, Kamu diwajibkan berperang untuk menentang pencerobohan, sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan ingatlah, Allah jualah Yang Mengetahui semuanya itu, sedang kamu tidak mengetahuinya.

Cuba kau renungkan ayat Al-quran yang aku cakap tu. Tak semua perkara yang kau suka berikan kebaikan dan tak semestinya perkara yang kau benci itu memberikan keburukan. Betul tak? Bukan aku nak back up ayah kau kahwin lagi tapi semua yang berlaku pasti ada kebaikannya. ” Terang Akif dengan panjang lebar. Berharap agar sahabatnya mengerti.

”Alah.. aku peninglah. Cuba kau letakkan diri kau kat posisi mak aku. Apa yang kau rasa bila orang yang kau suka ada orang lain kat dalam hati dia? Walaupun mak aku dah bagi greenlight, aku pasti mesti mak aku ada rasa jealous sikit.” Jayyid berbicara. Dia sememangnya tidak mahu tumpas dengan hujah yang diutarakan oleh Akif.

”Aku ni lelaki. Payah ler nak bayangkan aku ada kat tempat mak kau. Memanglah ada rasa sakit hati sikit. But, kau ingat tak Ustaz Fazil cakap apa? Isteri yang bagi suami dia kahwin lagi satu dapat payung emas kat syurga nanti. Mak kau dapat payung emas. Untung apa..” Akif mengulum senyuman. Kalau isu poligami diperdebatkan mesti perbualan menjadi semakin rancak.

”Kau jangan main-mainlah. Kau senanglah cakap. Kau tak merasa. Tak dapat aku nak bayangkan kalau mak tiri aku tu mengandung, then, dapat baby, then aku ada adik tiri daripada bini second ayah aku. Allah… Macam manalah tu ye? I can’t imagine that..” Jayyid menggeleng-gelengkan kepalanya. Akif hanya tersenyum.

”Haish..kau ni kan, ayah kau belum kahwin lagi dah fikir sampai ke situ. Aku tak tau ler nak cakap apa lagi kat kau. Kejap, dah sampai mana hubungan ayah kau ngan perempuan tu. Dah tunang ker?”

”Dah merisik dah pun. Mak ayah dia pun setuju jer. Kalau atuk ngan nenek aku masih hidup, tak taulah dia orang sudi ke tak nak merisik perempuan tu untuk ayah aku.”

”Aku ada seorang mak cik. Dia tak boleh mengandung, then suami dia kahwin lagi satu. Dapat anak, dia orang sama-sama bahagia. Bini second suami dia tu bagi mak cik aku jaga anak dia. Happy ending wei.. ” Akif menepuk lembut bahu kanan sahabatnya.

”Tu lain kes. Ayah aku ni bukan ada isteri yang tak boleh mengandung. Anak dah ada tiga beb!” Jayyid menunjukkan isyarat nombor tiga pada jari-jemarinya.

”Mesti ada sebab kut ayah kau kahwin ngan perempuan tu. Dahlah. Layan kau ni, terbatal terus niat aku nak study. Jomlah study. Kau nak dapat result corot ker?” Akif memberi buku latihan Chemistry kepada Jayyid. Jayyid menjelingnya.

”Aku taulah kau gila Chemistry, tak yah ler bagi aku buku exercise kau ni. Haish..” Jayyid mencebik.

Akif teringat kembali zaman kecilnya bersama Jayyid semasa di Tadika Islam Mawaddah. Jayyid merupakan seorang budak lelaki yang kuat menangis dan seringkali dibuli. Akif ibarat heronya, menyelamatkan Jayyid daripada sekumpulan gangster cilik tersebut.

Akif mengajar Jayyid untuk menjadi seorang yang lebih berani. Maka, Jayyid tidak lagi senang ditindas oleh mereka. Semenjak itu, mereka berkawan rapat sehinggalah saat ini. Mereka menetap di Kampung Sentosa, Hulu Langat, Selangor. Mereka banyak menghabiskan masa bersama. Sahabat kala susah dan juga senang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience