BAB 14

Romance Completed 21137

Tiba-tiba suis lampu terpadam. Bilik Ainnur menjadi gelap gelita. Dia meletakkan penyikat rambut ke atas meja soleknya. Gelap-gelita. Dia mencari torchlight tetapi keadaan di biliknya sangat gelap. Kedengaran hujan mula turun. Malam itu dingin sekali. Cahaya pula tiada. Seperti orang buta yang berjalan dalam gelap.

Ainnur mengaduh kesakitan tatkala kakinya terlanggar bucu katil. Seseorang lelaki muncul di pintu biliknya dengan membawa lampu suluh. Jayyid? Ainnur terus menerpa, memeluk erat tubuh lelaki itu. Lampu suluh yang dipegangnya terjatuh.

“Jayyid, I miss you. Ke mana awak menghilang selama ni?” Ainnur berkata dengan nada yang perlahan. Lelaki itu seakan terkaku. Bukan terpaku dengan pelukan Ainnur namun terkejut dengan apa yang diperkatakan oleh Ainnur. Akif meleraikan pelukan gadis itu.

”But, I’m not Jayyid. I’m Akif. Nampaknya Ain masih teringatkan arwah Jayyid. Jadi, abang ni cuma bayang-bayang dia la? Kenapa Ain buat abang macam ni?”

’Ain! Sudah lupakah yang Jayyid sudah tak ada?!’ Detik hatinya. Bayangan Jayyid seakan terus menghantuinya.

“Aku tak sedar. Aku masih terbayangkan Jayyid.”

Akif mencapai semula torchlight yang sudah terjatuh. Dia menyuluh wajahnya.

”Tengok betul-betul. Muka abang ni sama ker dengan Jayyid?”

”I don’t know. Aku keliru. I still love him.” Ainnur tertunduk.

“I’ll do anything to stop you from remembering him again.”

“What do you mean?”

Akif merapatkan tubuhnya dengan Ainnur. Jarak mereka sangat dekat. Ainnur terasa ada sesuatu yang menyentuh bibirnya. Akif mendakapnya erat.

”Apa kau cuba nak buat ni??” Ainnur menengking lalu menjarakkan kedudukannya dengan Akif. Dia menyampah dengan perbuatan lelaki itu.

”I want you.” Ainnur terasa tubuhnya terangkat. Ainnur meronta-ronta untuk melepaskan diri. Argh! Kudrat wanita yang lemah. Malam itu, Ainnur tumpas.

**********************

Kini…
Losing him was blue like I’d never known
Missing him was dark grey all alone
Forgetting him was like trying to know somebody you never met
But loving him was red

Oh, red
Burning red
Remembering him comes in flashbacks and echoes
Tell myself it’s time now, gotta let go

But moving on from him is impossible
When I still see it all in my head
Burning red
Loving him was red

Kedengaran ringtone telefon bimbitnya di corong telinganya. Dua rangkap lirik lagu Red yang didendangkan oleh Taylor Swift itu seperti menggambarkan sisi hidupnya. Jayyid, mengapakah insan itu terlalu awal untuk pergi?

Ainnur membiarkan panggilan itu. Panggilan daripada Akif. Akif pula tidak putus-putus membuat panggilan. Ainnur melihat paparan skrin Samsung Corby. 15 missed call.

Kenapa dengan Akif? Tak cukupkah dia membuatnya menderita dengan perkahwinan ini? Apatah lagi dengan perbuatannya malam tadi. Waktu menginjak ke angka 4 petang. Satu pesanan ringkas daripada Akif diterima. Ainnur membaca.

’I’m sorry.’

Hanya meminta maaf? Satu kata maaf bolehkah menebus perbuatannya pada malam itu? Tidak semudah itu Ainnur mahu memaafkan. Akif tidak memahami isi hatinya. Butakah lelaki itu? Sudah terang lagi bersuluh yang dia tidak sukakan lelaki itu.

Sudah begitu, kenapa lelaki itu nekad melakukan perbuatan itu tanpa kerelaannya? Itulah. Dia bijak menuturkan kata-kata indah tetapi masih tewas dengan nafsu. Argh! Ainnur semakin membenci suaminya.

Ainnur membuka siaran televisyen. Tiada apa-apa rancangan menarik pada petang itu. Tidak lama kemudian, Akif pulang ke rumah. Kelihatan dia agak letih. Baru balik dari kawasan pembinaankah? Berpeluh-peluh.

Aish! Kenapa Ainnur perlu tahu tentang hal itu? Biarlah dia baru balik dari mana pun. Tiada kena mengena dengan dirinya. Mereka tinggal di rumah banglo yang besar tetapi tiada kedamaian langsung dalam rumah tersebut.

Seorang masih dengan keras hatinya. Seorang lagi masih menanti sang isteri membuka pintu hatinya. Usai mandi, Akif melabuhkan punggung di sebelah Ainnur. Ainnur pula menjeling tajam suaminya.

”Tengah tengok apa?” Akif bertanya. Ainnur tidak menjawab soalannya. Diam membisu.

”Ain masih marah ker?” Ainnur tetap tidak menjawab.

”Abang minta maaf pasal malam tadi. Lagipun, itu kan memang hak seorang suami.”

Ainnur tidak mengendahkan. Dia buat-buat tidak mendengar. Matanya ralit menonton TV.

”Ain! Don’t do this to me. Say something. Please.. I beg you.”

Ainnur tetap tidak bersuara. Akif hanya bersabar dengan sikap isterinya.

”Our love is like puzzles. Very hard to solve. But, I’ll cantumkan semua kepingan puzzles tu menjadi sebuah gambar yang lengkap. So, a perfect love will appear.” Memang tidak dinafikan yang Akif hebat berkata-kata.

“Our love? Hey! Listen! Tiada istilah our love sebab aku tak suka kau langsung! Kau jer yang suka kat aku. So, it’s only your love not us!” Ainnur mengangkat punggung. Dia beredar dari ruang tamu itu. Hatinya semakin sakit mendengar kata-kata yang diucapkan oleh Akif.

Masa bergerak dengan pantas. Ainnur terbaring di atas katil. Dia tertanya sendirian. Apa makna perkahwinannya bersama Akif? Jiwanya terasa kosong. Tidak pun dia merasakan bahagia. Perlukah dia lupakan Jayyid dan memberi ruang dalam hatinya untuk menerima Akif? Terima seorang killer seperti Akif? Sukar baginya untuk membuang tuduhan itu dalam fikirannya. Tiba-tiba Akif muncul lalu merebahkan tubuhnya di sebelah Ainnur. Ainnur menunjukkan riak marah.

”Hey! Apa kau buat kat sebelah aku ni? Balik la kat bilik kau!”

”This is my house. So, semua bilik kat dalam rumah ni is mine. Suka hati la where’s I want to sleep.” Akif menjawab dengan berani. Ainnur bangun mahu meninggalkan bilik itu.

“Nak ke mana tu? Sleep here with me.”

“Nak tidur kat tempat di mana tiada orang macam kau ni.”

Hati Akif sedikit terguris mendengar jawapan yang keluar daripada mulut Ainnur. Akif berdiri, mahu menghalang Ainnur pergi. Dia memegang pergelangan tangannya.

“Eh! Don’t touch me!“ Ainnur marah.

“But, I had touched you last night. So, if you don’t mind, I can do it again as last night.”

“Kurang ajar. Pergilah!” Ainnur melangkah namun dia dihadang oleh Akif. Akif merebahkan tubuh Ainnur ke atas katil. A mad husband ever !

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience