BAB 8

Romance Completed 21137

Jannah menjarakkan dirinya dengan Ainnur. Dia menekan button hijau di handphonenya.

”Salam Jannah. Bila nak sampai ni? Cepat sikitlah.”

”Wasalam. Alaa.. Jayyid, Jannah ada problem sikitlah. Tunggu boleh?”

”Bakal mentua kecil hati, tanggung sendiri eh? Hehe..”

“Alah Jayyid.. cakap kat mak, Jannah mintak maaf. Betul-betul ada hal ni. Please..”

”Mak tak marah la Jannah. Apelah. Don’t take it serious. I’m just kidding okey?”

”Hish.. main-main pulak dia ni. Okeylah.. bye. Pesan kat mak, tunggu dengan sabar.

Orang tu pun kena tunggu dengan sabar jugak.”

”Bye Jannah. Be careful masa drive. ”

Tutt. Panggilan telefon dimatikan. Jannah terhibur mendengar suara Jayyid. Tak lama lagi mereka akan bertunang. Rasa kelakar pula apabila memanggil ibu Jayyid dengan panggilan ’mak’ padahal dia belum diijabkabulkan dengan Jayyid. Ibu kandung Jannah sudah meninggal lima tahun yang lalu.

Jadi, dia sudah menganggap Datin Rozana sebagai ibu kandungnya. Baru 2 tahun dia kembali ke negeri kelahirannya, Selangor. Ayahnya, Datuk Said mengambil keputusan untuk menggabungkan cawangan syarikatnya dengan Datuk Zarul.

Kerana itulah, mereka meninggalkan negeri Melaka dan berhijrah semula ke Selangor. Jannah dan Jayyid sudah merancang. Selepas empat bulan ditunangkan, mereka akan bernikah. Perkara yang membawa barakah lebih baik dipercepatkan.

Jannah tidak dapat membayangkan betapa bahagianya tatkala mendengar lafaz akad nikah. Dia mahu membina sebuah masjid yang teguh dan utuh bersama Jayyid. Perkahwinan yang didasari kasih sayang dan diberkati Ilahi. Alangkah indahnya saat itu…

”Hurm.. sorry tanya. Fiancee ke tadi?” tanya Ainnur.

”Nope. But, fiancee-to-be.”

“Congrates..”

“Thank you. Jom gerak sekarang.”

Tidak lama kemudian, mereka tiba di hospital. Ainnur menanti di luar wad ICU dengan penuh debaran. Dia tahu Doktor Raihana dan pembantu-pembantunya yang lain sedang berusaha untuk menyelamatkan nyawa ibunya. Bagaimanakah keadaan ibunya? Selamatkah? Atau terus koma selamanya?

Argh! Tidak elok berfikiran negatif. Terlalu banyak persoalan yang berlegar-legar di ruang fikirannya. Benak fikirannya terisi dengan berjuta persoalan yang berkemungkinan besar akan berlaku. Bukan mengiakan tetapi sekadar persoalan.

Jannah simpati dengan keadaan yang menimpa ibu Ainnur. Dia mengerti bagaimana perasaan Ainnur saat ini. Perasaan takut kehilangan orang yang tersayang. Jannah terimbau kembali saat ibunya pergi meninggalkan dunia ini. Hidupnya seakan menjadi sirna. Dia mengambil masa yang agak lama untuk menyembuhkan duka di hati.

Siapa yang tak sedih tatkala orang yang tercinta pergi? Belajarlah untuk merelakan mereka pergi walaupun ia sesukar mana. Jika meraung, meratapi pemergian mereka, tiada gunanya. Mereka tidak akan sesekali kembali di sisi. Takdir Allah yang perit usah ditolak. Terimalah dengan hati yang tenang.

Doktor Raihana keluar dari wad ICU. Berita yang dikhabarkan tentang ibunya menimbulkan rasa syukur yang tidak terhingga. Puan Wardah selamat. Masa kritikal berjaya dilepasi. Namun, dia masih belum sedarkan diri. Ainnur dan Jannah bergerak memasuki wad tersebut. Sedih Ainnur melihat ibunya. Comatose state. Keadaan yang terpaksa dilalui oleh ibunya.

”Ya Allah, aku pinta agar kau berikanlah kesembuhan kepada ibuku. Ibu yang menyayangiku sepenuh hati, sentiasa menuturkan kata-kata semangat kepadaku. Ya Allah, tolonglah. Sedarkan ibuku semula.” doanya di dalam hati. Ainnur mengusap lembut ubun-ubun ibunya. Jannah yang sedang berdiri di situ tersentuh melihat kasih sayang Ainnur sebagai seorang anak terhadap ibunya yang dipamerkan melalui perbuatannya.

”Ain, nak saya hantar awak balik ke tak?”

”Eh, tak payahlah. Lagipun, awak sendiri ada hal kan? So, saya tak nak susahkan awak la. Takpe. Nanti saya ambil teksi jer. Lagipun, kereta saya tu masih tersadai lagi kat tepi jalan

tu.”

”Betul ni? Sure?”

”Yelah. Jannah, terima kasih banyak-banyak tau. Saya hargai apa yang awak lakukan.”

”Welcome. Saya mintak diri dahulu tau.”

Jannah melambai-lambai tangannya lalu bergerak keluar daripada hospital tersebut. Destinasinya ke rumah Jayyid pula. Ada perkara yang perlu dibincangkan mengenai majlis pertunangan mereka. Ainnur terasa dahaga. Dia mengorak langkah ke mesin air automatik. Kelihatan seorang lelaki sedang memasukkan duit syiling ke dalam mesin tersebut. Dia memilih untuk membeli milo ais. Lelaki itu tertunduk sedikit lalu mencapai secawan air milo. Dia memusingkan tubuhnya ke belakang. Anak mata mereka bertembung.

’My rose? Is this her? Fate!’

’Macam aku pernah lihat wajah lelaki ni. Tapi aku tak ingat.’

”Salam, Ainnur Roudah? Is that you?”

”What? You know what my name is?” Tanya Ainnur dengan nada sedikit hairan.

”Oh.. nampaknya, saya jelah yang kuat ingatan. Kita pernah satu group masa program sebelum SPM tu. Tak ingat? Saya Akif Adnan. Tutor awak time tu. Remember?”

”Patutlah macam pernah tengok. Tak sangka awak boleh ingat lagi nama saya. Dengan nama saya pun awak ingat. Terrorlah.”

Gulp! Akif menelan saliva. Bukan kuat ingatan tetapi perasaan cintanya terhadap terhadap Ainnur yang tak pernah pudar. Mana mungkin dia melupakan wajah gadis itu. Gadis yang berjaya menawan hatinya. Membuatkan fikirannya melayang dengan lirikan mata gadis itu. Walaupun sudah lapan tahun berlalu, dia tetap mencintai gadis tersebut. Kasihnya dalam diam.

Gilakan? Sekali pandang sahaja boleh membuatkan dia jatuh cinta selama lapan tahun. Nampak sedikit tidak masuk akal. Itulah yang dinamakan penangan cinta from the first sight. Lapan tahun memendam rasa. Suatu tempoh yang agak lama.

’Dah kenapa laki ni pandang aku macam tu? Lain macam jer.’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience