BAB 7

Romance Completed 21137

Lapan tahun kemudian..

Ainnur memandu kereta Myvinya dengan laju. Kereta itu meluncur laju di atas jalan raya. Lampu isyarat di persimpangan jalan itu menunjukkan warna merah. Dia tidak peduli. Merah atau tidak, dia melanggar etika pemanduan di jalan raya. Mujurlah keadaan di jalan raya itu kelihatan sedikit lengang. Tidaklah dia bertembung dengan kenderaan yang lain.

Kalut. Satu perkataan yang amat tepat bagi menggambarkan keadaan Ainnur jika ditimpa sebarang masalah. Dia cepat menggelabah jika perkara buruk mendatang. Fikirannya jadi tidak menentu. Kerana itulah dia tidak berfikir panjang. Nasib baik tiada polis trafik yang sedang meronda. Kalau tidak, habislah dia disaman.

Sejak ibunya disahkan koma akibat kemalangan jalan raya dua minggu yang lalu, terpaksalah Ainnur berulang-alik ke hospital bagi memantau perkembangan ibunya. Mengharapkan abangnya, Fahmi menguruskan ibunya? Harapkan pagar, pagar makan padi. Abangnya memang tidak boleh diharapkan langsung.

Sudah berumur dua puluh lapan tahun, namun perangai buruknya tidak juga berubah malah bertambah semakin teruk dan liar. Sibuk dengan geng motornya. Kebelakangan ini, Ainnur terasa letih. Sebagai seorang guru Bahasa Inggeris, dia ditugaskan untuk melatih peserta-peserta debat Bahasa Inggeris di SMK Seri Dayang. Puan Wardah pula masih belum sedarkan diri.

Tension dengan masalah yang dihadapinya.

Petang itu, panggilan telefon daripada Doktor Raihana diterima. Dia dimaklumkan bahawa ibunya berada dalam keadaan kritikal. Nafasnya sesak. Jantungnya lemah. Tekanan darahnya tidak stabil. Ainnur memanjatkan doa agar ibunya selamat. Hidup tanpa kehadiran ibunya? Sungguh dia tidak sanggup. Hampir setiap hari dia datang melawat Puan Wardah.

Dia membaca surah Yaasin di tepi katil ibunya, memohon agar ibunya sedarkan diri dengan segera. Ainnur tetap tidak mengalah. Setiap malam dia melakukan solat hajat bagi melihat ibunya sembuh, kembali menjalani kehidupan ini seperti sedia kala. Yang Maha Esa akan tentukan sama ada doanya termakbul atau pun tidak. Walaupun perit menerima dugaan ini, dia tabahkan jua.

Tiba di satu persimpangan jalan, dia bertembung dengan sebuah kereta Toyota Camry. Ainnur cuba mengelak. Dia memusingkan setereng kereta. Hampir saja keretanya melanggar sepohon pokok besar di pinggiran jalan. Mujurlah dia sempat menekan brek. Ainnur melihat meter minyak keretanya. Sudah kehabisan minyak? Dia terlupa untuk mengisinya.

Menyesal rasanya tidak singgah sebentar di SHELL tadi padahal jalannya sehala saja. Ainnur membuka pintu kereta. Kenapalah nasibnya sebegini? Kenapa pemandu kereta itu begitu cuai? Tidakkah dia melihat kereta Myvinya sedang melalui jalan tersebut? Terpaksalah dia menaiki teksi. Tetapi, di kawasan ini sukar untuk mendapatkan teksi. Argghhh!

Seorang wanita keluar dari kereta Toyota Camry tersebut. Wajahnya menunjukkan riak muka bersalah. Dia menghampiri Ainnur. Ainnur memandang wanita itu. Tampak anggun dengan peplum yang dipakainya. Mahu kemanakah wanita itu?

”Salam. Saya mintak maaf sangat. Saya cuai. Kereta awak macam mana? Kalau ada rosak atau calar, saya sanggup tanggung.”

”Tak calar. Cuma minyak kereta habis. Macam manalah awak pandu kereta? Lain kali perhatikan betul-betul la. Tengok kiri, tengok kanan. Susah ker?”

”I’m so sorry. Awak nak ke mana? Saya boleh tolong hantarkan.”

”Never mind. Saya maafkan. Tapi, lain kali jangan buat macam tu lagi. Saya nak gi hospital. Urgent sangat ni.”

”Saya boleh tumpangkan awak. Nama awak?”

”Tak kisah ker kalau awak tumpangkan saya? Saya Ainnur Roudah. Just call me Ain.” Ainnur menghulurkan tangan kanannya.

”Tak kisahlah. Sebagai tanda rasa bersalah saya, ke mana pun awak nak pergi, saya hantarkan. Kenalkan saya Nurul Jannah. ” Wanita itu menyambut salamnya. Tiba-tiba, telefon bimbit Jannah berdering.

”Ain, excuse me. Wait for a minute.” Jannah menyeluk poketnya.

“Okey. Answer that call. Saya akan tunggu.”

“Thank you.” Balasnya ringkas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience