BAB 5

Romance Completed 21137

Para guru yang mengajar pelajar-pelajar tingkatan 5 di SMKA Al-Islah mengadakan program khas untuk semua calon SPM di sekolah itu. Masih terdapat para pelajar yang masih lemah dan mendapat keputusan yang kurang memberangsangkan dalam Peperiksaan Percubaan SPM terutamanya dalam subjek Chemistry dan Biology. Mereka yang tergolong dalam golongan ini haruslah dibantu.

Para pelajar yang berada di ranking atas akan menjadi tutor dan penolong tutor kepada mereka. Guru-guru subjek berkenaan hanya akan memantau. Mereka akan dipecahkan kepada beberapa buah kumpulan. Seperti tahun-tahun sebelumnya, mereka akan bercampur dengan para pelajar dari sekolah-sekolah yang lain iaitu SMK Permata, SMK Seri Dayang dan SMKA Raja Muda.

Oleh itu, secara tidak langsung, mereka akan menjalinkan ukhuwah dengan mereka selain berkongsi ilmu pengetahuan.

”Akif, memang aku ada jodoh ngan kau ler. Aku kena jadi penolong tutor. Kau pulak jadi tutor. Kebetulan sangat.”

”Hehe. Memang ada jodoh pun kut. Padahal cikgu kut yang tentukan. It’s called fate.”

”Seronoknya. Nanti kita jumpa ngan budak dari sekolah lain. Heee. Tak sabar. Excited aku.”

”Kau jangan terpikat lak ngan pelajar pompan dari sekolah lain tu. Nak-nak dari SMK Seri Dayang yang semuanya pelajar perempuan. Kalau satu sekolah semua budak perempuan, lain sikit auaranya. Hiii..”

”Aura apa maksud kau? Tak fahamlah aku. Nurul Jannah tetap di hati akulah. Genap jer umur aku 25 tahun, aku akan bertunang dengan dia. Tak lama lepas tu, nikah pun boleh.“

“Eleh, masa tu kau kata yang aku ni tak habis SPM dah fikir pasal kahwin padahal kau lagi advance daripada aku. Hah, sekarang kau nak cakap apa?“

“Hihi.. kes aku ngan Nurul Jannah special sikit. Kita orang dah kenal dari kecil. Kau tu falling in love ngan pompan yang kau tak kenal langsung.“

“Tak ada bezanya pun. Sama jer. Kau tu lagilah. Muka Nurul Jannah yang sekarang kau dah tengok ker? Yelah. Korang kan dah belasan tahun tak jumpa.”

”Eh. Aku taulah muka dia yang sekarang macam mana. Lagi bertambah jelita kau tau. Aku intai kat FB dia. Hihi. Walaupun aku kat Selangor and dia kat Melaka, kita orang still contact lagilah.”

”Whatever. Nanti kau nak tunang or nikah ker inform aku tau. Aku nak jadi orang first yang dapat kad jemputan dari kau. Hehe. Jomlah. Semua pelajar dah berkumpul kat dalam dewan besar tu. Karang lambat pulak.”

Akif dan Jayyid bergegas menuju ke arah dewan besar yang terletak bersebelahan dengan gelanggang futsal. Mereka berjalan beriringan. Kedengaran suara Cikgu Mahmudah memanggil para pelajar untuk berkumpul. Para pelajar berpusu-pusu masuk ke dalam dewan besar tersebut.

Suasana agak gamat dengan kehadiran para pelajar dari sekolah-sekolah lain. Bising. Cikgu Mahmudah meminta para pelajar untuk senyap.

Mereka dibahagikan kumpulan. Akif melihat empat orang pelajar yang berbaris di belakangnya. Dua orang lelaki dan dua orang perempuan. Akif menyenggol lengan Jayyid.

”Jayyid, kau tengok budak perempuan yang kat belakang sekali tu. Dialah bunga ros aku.” Akif berbisik.

”Hoho. How? Aku rasa kau dengan dia ada chemistry kut. Congrates. Dapatlah kau jumpa ngan bunga ros kau lagi.” Jayyid membalas.

Para pelajar mengambil tempat masing-masing. Ainnur terasa kekok pula. Hatinya berdebar tidak menentu. Lelaki inilah yang dia terpaut semasa di majlis kesyukuran kakak saudaranya. Takdir? Atau mungkin jodoh?

Ahh.. terlalu awal untuk menebak. Ainnur mengingatkan dirinya. Datang ke sekolah ini untuk belajar bukan untuk mencari cinta. Perasaan suka terhadap lelaki itu dipendamkan terlebih dahulu. Fokusnya sekarang ialah untuk menimba ilmu.

”Salam semua. Sebelum kita mulakan study group kita ni, aku nak kita berkenalan dulu. Aku Akif Adnan, tutor korang. Panggil aku Akif jer.”

”Aku pulak Jayyid Maulana. Call me Jayyid. Hah. Korang lah pula.”

‘Jayyid Maulana? Sedapnya nama dia! Sesedap mata aku melihat wajahnya. Ya Allah Ain. Ingat! Kau datang nak study. STUDY !’ Hati kecil Ainnur berkata.

”Hmm. Aku Faiq Rangga. Panggil aku Faiq. Jangan panggil aku Rangga tau. Aku tak suka.”

”Aku Mohd Latif.”

”Saya pulak Orked Delima. Sebut Orked atau Delima pun saya tak kisah.”

“Ainnur Roudah. Call me Ain.”

‘Cantiknya nama dia. Ainnur Roudah. Orangnya pun cantik. Nama tu aku akan sentiasa ingat dalam otak aku ni. Ya Allah.. apa kena dengan aku ni? Mata aku tak nak melepas nak tatap muka dia. Berdosakah aku? Termasuk dalam zina mata?’ Kata Akif di dalam hati. Matanya tertumpu kepada wajah cantik Ainnur. Jayyid berdehem beberapa kali. Dia mencubit lengan sahabatnya.

”Aku nak ingatkan sikit. Kita datang sini nak belajar tau. Sama-sama berkongsi ilmu. Give and take. Tak semestinya Akif ngan aku jadi tutor and assisstant tutor kena ajar korang jer. Korang pun kena kongsi jugak apa yang korang ada. Semua kat dalam group ni sebenarnya boleh jadi tutor. Lagi satu, betulkan niat tu. Niat study. Bukan niat lain eh? Faham sendirilah apa yang aku cakapkan ni.” Jayyid menjeling Akif.

Akif benar-benar terasa dengan apa yang diperkatakan oleh Jayyid. Begitu juga Ainnur. Ainnur tersentap mendengar ayat ’betulkan niat tu’. Jejaka ini memang perfect! Perfect di mata Ainnur sahaja.

”Aku nak korang cuba buat soalan-soalan ni. Chemistry ni tak susah kalau kita rajin buat latihan. Cikgu Mahmudah ada bagi soalan skop untuk SPM tahun ni. Kejap. Aku cari dalam beg aku.” Akif mengedarkan kertas-kertas soalan kepada mereka. Dia tercari-cari buku notanya. Akif menyelak helaian demi helaian, mencari target soalan seperti yang telah diberikan oleh Cikgu Mahmudah.

”Akif, trial hari tu, Kimia kau dapat berapa?”

”Alaaa.. biasa jelah.”

”Jangan percaya cakap dia Faiq. Biasa apa bendanya. Dia dapat the highest marks in the batch! Dia ni low profile. Malaslah tu nak sebut markah Kimia dia berapa.”

”Diamlah Jayyid. Tak yah nak kecoh-kecoh. Senyap sudah ler.”

”Kalau korang nak tau, dia ni anak emas Cikgu Mahmudah sebab Kimia dia power gila. Trial yang susah hari tu, dia dapat score habis. 92 marks!”

“Wow! Otak geligalah mamat ni. Patutlah jadi tutor. Aku jawab soalan trial hari tu macam nak terkeluar usus sebab susah sangat. Dia boleh dapat 92? Hebat..” Latif memuji.

‘Terrornya! Jauh beza kalau nak banding ngan aku. Dia dapat 92. Aku pulak dapat 47.’ Ainnur membandingkan.

”Dah.. tutup pasal bab markah trial Kimia aku. Jayyid ni pun terror jugak. Dia dapat 88 tak silap aku. So, korang rasa, bab apa yang paling susah?”

”Untunglah dua-dua genius Kimia. Aku rasa bab Saponification lah. Aku tak suka bab tu. Tak paham langsung.“ Faiq mengutarakan pendapatnya.

“Owh.. Bab sabun-sabun tu ker? Saya pun menyampah sikit ngan bab tu.“ Orked pula berkata. Ainnur tetap diam membisu.

”Ain, pendapat awak macam mana?” Jayyid bertanya.

”Semua bab susah.” Jujur Ainnur menjawab. Jayyid dan Akif mengerutkan dahi.

”Serius ker semua bab susah? Tipulah.. Kalau susah, cuba bagitahu urutan metals dalam Electrochemical Series. Nak yang cation jer.” Akif mahu menguji.

“Potassium, Sodium, Calcium, Magnesium, Aluminium, Zinc, Iron, Tin, Lead, Hydrogen, Copper and Silver.” Ainnur menjawab dengan penuh yakin.

“Hah. Yang tu tau pun. Tak semua kan bab yang susah? So, berdasarkan question number 1 dalam kertas ni, What’s the usage of electrolysis in industries? Give me three answers.” Sekali lagi Akif bertanya.

“Extraction of reactive metals, Refining of metals and Electroplating of metals.”

“Pelik pulak aku ngan budak ni. Tadi kata semua bab susah. Bila tanya, boleh jawab pulak. Laju pulak tu. Nampaknya awak macam expert chapter Electrolysis. ” Jayyid memandang Ainnur hairan.

“Maybe saya blank time jawab periksa kut.” Ainnur membalas pandangan Jayyid. Hatinya berbunga sedikit tatkala mendengar pujian daripada Jayyid. Terpukau atau angau?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience