BAB 11

Romance Completed 21137

Akif meraup wajahnya. Sahabat baiknya sendiri bakal dinikahkan dengan seorang gadis pada hari esok. Bukan dengan Jannah. Tetapi dengan Ainnur Roudah!

Seorang gadis yang menambat hatinya lapan tahun dahulu sehingga ke saat ini. Luluh hatinya mendengar khabar tersebut. Saat nama gadis itu meniti di bibir Jayyid, jejarum luka bagai menusuk hatinya. Sakit dan perit.

Sukar untuk digambarkan bagaimana perasaan hibanya tatkala khabar itu berdesup masuk ke dalam corong telinganya. Broken heart. Ingin saja dia menggantikan tempat Jayyid. Dia tahu Jayyid tidak rela bernikah dengan Ainnur. Alangkah bagusnya jika mereka boleh bertukar tempat. Argh! Impian yang tidak akan

sesekali tercapai. Mana mungkin mereka boleh berubah tempat.

Jayyid teringat kembali tentang Ainnur Roudah. Kalau Akif tidak mengingatkan kembali peristiwa lapan tahun yang lalu, mungkin sehingga saat ini dia tidak tahu yang dia bakal bernikah dengan gadis yang dicintai oleh sahabatnya.

Gadis itulah yang telah membikin sahabat baiknya berada di awang-awangan. Dia pula harus bernikah dengan gadis itu esok. Sudah banyak kali dia meminta maaf dengan Akif. Akif kelihatan pasrah. Namun, Jayyid tahu yang sahabatnya itu terluka dengan berita itu.

Tetapi, apakah yang boleh dia lakukan? Andai saja dia tahu masa depan, tidak mungkin dia menjejaki hotel itu. Majlis akad nikah akan dijalankan secara ringkas sahaja. Adakah sahabatnya, Akif akan hadir di majlis tersebut?

Ainnur berdebar-debar. Esok merupakan hari yang bakal mengubah hidupnya. Setelah dia berbincang dengan Datuk Zarul, dia bersetuju untuk bernikah dengan Jayyid. Datin Rozana seperti tidak menyukainya. Kelmarin, wanita berusia itu menjelingnya tajam semasa dia sedang duduk berbincang dengan Datuk Zarul. Jayyid pula tidak memunculkan diri.

Pernikahan yang bakal berlangsung itu bukan hanya untuk menutup maruah keluarga mereka, malah menutup maruahnya juga. Namun, akan bahagiakah dia mendirikan rumah tangga bersama Jayyid? Jayyid pula akan terimakah dia sebagai isterinya yang sah? Andai saja masa boleh diputarkan kembali, tidak mungkin dia akan turuti kata hatinya untuk melangkah ke bilik hotel tersebut.

Jannah menangis hiba. Dia memegang tiket penerbangannya ke New Zealand. Mungkin inilah jalan yang terbaik bagi melupakan kisah cintanya bersama Jayyid. Cinta yang terkubur. Jayyid ternyata bukan untuknya. Bukan jodohnya.

Mungkin dia bakal bertemu dengan jejaka lain yang lebih baik. Mungkin untuk melupakan Jayyid akan memakan masa yang agak lama. Just accept the fate even it is very painful. Bumi New Zealand bakal menyaksikan seorang gadis melupakan cinta lamanya.

Jannah mengambil keputusan untuk membawa diri. Kenapa dia memilih destinasi yang sangat jauh? Jannah hanya mahukan suasana yang sesuai untuk melupakan segala perkara peritnya.

Jika dia terus berada di Malaysia, semua kenangannya bersama Jayyid berlegar-legar dalam ingatannya. Mungkin suasana baru yang asing akan membantunya menghapus segala duka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience