BAB 10

Romance Completed 21137

”Jayyid, kamu dah malukan ayah! Ayah dah jodohkan kamu dengan Jannah, kamu buat benda terkutuk dengan perempuan lain? Hey! Memalukan! Tak pernah ada keturunan ayah yang kena tangkap basah macam kamu ni!” Datuk Zarul menengking. Datin Rozana cuba menenangkan suaminya.

”Ayah. Kan Jayyid dah kata, perempuan tu tersalah bilik. Ayah cubalah faham.”

”Nak faham macam mana? Sudah terang lagi bersuluh kamu kena tangkap khalwat. Ayah sangat kecewa dengan kamu, Jayyid. Padahal, lagi seminggu kamu akan ditunangkan Jannah. Kamu jelaskan semuanya kat Jannah.”

Jayyid merenung Jannah yang sudah bergenang dengan air mata. Masakan dia tidak sedih. Bakal tunangnya ditangkap basah dengan perempuan lain. Hati wanita mana yang tidak hancur? Hati wanita mana yang tidak luluh tatkala jejaka yang diidamkan untuk menjadi imam dalam hidupnya, menemaninya sepanjang hayat, ditangkap khalwat dengan gadis lain?

”Jannah. Please trust me.”

”Jayyid. I trust you but apa yang terjadi ni betul-betul buat hati Jannah sakit.” Air matanya tumpah. Dia menyeka air matanya yang mengalir.

“Untuk tutup malu keluarga ni, ayah nak kamu kahwin dengan perempuan tu.” Datuk Zarul menuturkan kata putus.

“Abang! Dah tu macam mana dengan Jannah? Abang tak fikir perasaan Jannah?” Datin Rozana bersuara.

”Tapi ayah, Jayyid tak kenal ngan perempuan tu! Entah datang dari celah mana.”

”Jayyid, awak nikah jelah dengan perempuan tu. Mungkin ini yang terbaik untuk awak.” Jannah bangun, tanda dia mahu beredar dari rumahnya.

”Jannah, awak rela tengok saya nikah dengan perempuan lain? Sampai hatinya.”

”Mak, ayah, Jannah minta diri dulu.” Jannah melangkah pergi dengan hati yang parah.

”Jannah! Tunggu dulu! Jannah!” Panggilan Jayyid tidak dipedulikan langsung.

Ainnur menyebamkan wajahnya ke bantal. Kenapa perkara ini harus terjadi ke atasnya? Jayyid Maulana. Dia mencintai jejaka itu. Tetapi, bukan begini caranya untuk memiliki lelaki itu. Dengan cara ditangkap basah? Tidak pernah terlintas langsung di fikirannya perkara itu akan berlaku. Bagaimana pula dengan Jayyid? Adakah lelaki itu meletakkan semua kesalahan ke atas bahunya?

Takdir itu tidak boleh dijangka. Seperti kata pepatah, semalam menjadi sejarah, hari ini ialah realiti dan esok pula misteri. Apa yang berlaku kepadanya di kemudian hari? Pasti ibunya kecewa mendengar khabar ini. Sudah jatuh ditimpa tangga. Ibunya masih belum lagi sedar dia pula ditangkap basah. Jikalau ibunya tahu, pasti ibunya sangat kecewa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience