BAB 15

Romance Completed 21137

“Aku nak mintak cerai. Ceraikan aku!“

“Tak nak! I’ll never let you go. Sampai bila-bila pun abang takkan ceraikan Ain.”

”Aku nak kita bercerai! Cepat. Ceraikan aku sekarang. Aku tak suka dengan perkahwinan yang entah apa-apa macam ni. Ceraikan aku. Now!”

”Ain. Fikirlah betul-betul. Cerai bukan benda yang boleh dibuat main. Benda ni serius.”

”Serius? So, aku nak cerai. Tu jer. Susah sangat ker nak lafazkan ’aku ceraikan kau’?”

”A’ah. Memang susah pun. Mungkin it’s easy for you but not for me. You know that I love you. So, I’ll never ceraikan Ain.”

“Please. Let me go. Aku nak cerai. Tolong ceraikan aku.”

”Tak boleh Ain. Jangan paksa lagi boleh tak?”

”Tak paksa but cuma meminta. Kau pun tak happy kan dengan keadaan macam ni? So, ceraikan aku sekarang!” Ainnur meninggikan suaranya.

”Ain. Ain fikirlah masak-masak dulu. Esok abang kena oustation kat Johor Bahru. So, selama sebulan abang tak ada. Dalam sebulan ni, Ain fikirlah betul-betul dulu.”

”Aku dah fikir masak-masaklah ni. Dah sampai hangus aku fikir.”

Akif meninggalkan Ainnur sendirian di ruang tamu itu. Argh.. kenapa isterinya sanggup meminta cerai? Dia tidak mahu menuruti permintaan Ainnur.

Sudah dua minggu Akif tiada di rumah. Ainnur terasa agak sunyi. Dia bakal bersendirian untuk dua minggu lagi. Betulkah tindakannya untuk meminta cerai? Ainnur menolak daun pintu bilik Akif. Kemas dan teratur.

Dia terlihat sebuah buku berkulit coklat di atas meja suaminya. Buku itu persis seperti buku nota ayahnya. Buku apakah itu? Diari? Ainnur membuka lembaran buku tersebut. Kelihatan seperti baru dibeli. Dia mula membaca apa yang ditulis oleh Akif.

18 Mac

Hari ini aku bernikah. Akhirnya, Ainnur Roudah menjadi isteriku yang sah. Tapi, pernikahan hanya di atas kertas. Pernikahan hanya sekadar satu lafaz. Mahligai yang terbina seakan kosong. Sunyi. Ain tidak mencintaiku sebagaimana aku mencintai dia. Dia terus menyalahkanku atas kematian Jayyid. Aku serba salah. Malam pertama yang dingin. Dia bermasam muka. Memarahiku kerana pernikahan ini. One-sided love. Itulah yang berlaku ke atas aku. Bertepuk sebelah tangan. Ain masih mengenangkan Jayyid yang tiada. Ain, dapatkah aku memiliki kasihmu? Ahh..sukarnya..

20 Mac

Aku bertekad. Aku akan cuba membahagiakan Ain. Ain tetap dingin. Sedikit pun tidak melemparkan senyuman kepadaku. Tengah hari itu, aku memeluknya dari belakang semasa dia sedang masak. Ain marah. Minyak panas terpercik ke tanganku. Melecur sedikit. Sakit. Tapi, hatiku lagi perit. Ain langsung tidak menampakkan riak bersalah. Dia menengkingku. Tanganku yang pedih aku biarkan. Demi Ain, aku rela sakit. Ain, aku maafkan kau atas perbuatan itu walaupun ianya menyakitkan.

30 Mac

Waktu sarapan pagi, Ain tidak melayanku. Aku mencedok mee goreng sendiri. Teringat layanan umi kepada abi. Umi selalu mencedokkan nasi dan lauk-pauk untuk abi. Aku juga mahu begitu. Ain menjelingku. Matanya penuh dengan rasa benci. Suasana pada pagi itu sepi. Tiada perbualan apatah lagi gurauan. Aku ibarat berkata seorang diri. Sedikit pun Ain tidak menjawab soalanku. Sedikit pun dia tidak membalas. Aku pendamkan saja rasa sakit itu. Aku hanya mahu berbual mesra dengannya. Salahkah? Ain, bolehkah kau dengar luahan hati aku?

31 Mac

Malam tadi nafsuku menggila. Aku tidak dapat terima yang Ain masih mengenangkan Jayyid. Aku telah memberikan Ain nafkah batin tanpa kerelaannya. Aku tidak tahu kenapa. Aku sudah penat melalui bahtera perkahwinan yang sepi tanpa cinta. Ain mengamuk. Dia tidak rela dengan perbuatanku. Tapi, itu memang hak aku. Ain, kenapa kau tak pernah faham apa yang aku mahu? Kenapa kau tak pernah rasa apa yang aku rasa? Aku hanya mahukan kasih daripada kau. Sukarkah?

2 April

Aku mengulangi perbuatan itu lagi. Sudah dua kali Ain ditiduri tanpa kerelaannya. Ain bertindak di luar dugaan. Dia meminta cerai. Mana aku sanggup. Cerai? Allah tidak sukakan perceraian. Esok aku terpaksa oustation. Meninggalkan Ain selama satu bulan? Derita. Aku terpaksa menanggung rindu. Mungkin Ain lebih seronok jika aku tiada. Tapi, aku? Aku benar-benar tak sanggup. Aku lebih rela dimarahi Ain daripada berjauhan dengannya. Biarlah. Asalkan Ain berada di depan mataku. Mungkin inilah masanya untuk kami berdua membuat keputusan. Ain terus mendesak untuk bercerai. Aku pening memikirkannya. Ya Allah, kau bukakanlah pintu hati Ain untuk menerima aku. Ain, maafkan aku kerana memberikan kau derita ini. Maafkan aku Ain. Aku ibarat seorang pengemis cinta yang merayu cinta daripada Ain. Ya Allah, kalau perceraian merupakan noktah perkahwinan ini, aku pasrah. Aku berserah. Sesungguhnya Engkaulah Maha Mengetahui. Tapi, jauh di sudut hati, aku masih mendamba cinta daripadamu, Ainnur Roudah, isteri yang sangat aku kasihi…

What I got to do to make you love me?
What I got to do to make you care?
What do I do when lightning strikes me?
And I wake to find that you’re not there?

What I got to do to make you want me?
What I got to do to be heard?
What do I say when it’s all over?
Sorry seems to be the hardest word.

It’s sad, so sad
It’s a sad, sad situation.
And it’s getting more and more absurd.
It’s sad, so sad

Why can’t we talk it over?
Oh it seems to me
That sorry seems to be the hardest word.

Ainnur terbungkam. Diari suaminya dipeluk erat. Air matanya mengalir deras. Dia tersentuh membaca luahan hati Akif. Mengapa baru sekarang dia sedar yang Akif amat tulus mencintainya? Ainnur kesal dengan perbuatannya selama ini.

Dia seorang isteri yang berdosa. Tidak wajar dia meninggikan suara dan menengking Akif. Dan saat itu, barulah dia sedar tentang perasaannya yang sebenar terhadap Akif. Barulah dia sedar bahawa cinta yang hadir adalah untuk dihargai bukan dipandang sepi.

Dia bertekad untuk meminta maaf daripada Akif. Tiba-tiba Ainnur terasa pening. Kepalanya berdenyut-denyut. Dia rebah di atas katil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience