BAB 12

Romance Completed 21137

”I can’t accept you as my wife. I’m sorry.”

”But, Jayyid, I love you since saya ternampak awak kat majlis kesyukuran perkahwinan ayah awak dengan kakak saudara saya tu. Saya takkan menipu tentang perasaan saya.”

”But, I still love Jannah. Not you. Ain, awak boleh cari lelaki yang more better than me. Lelaki yang boleh buat awak bahagia sepanjang hidup awak.”

“Jayyid, tak bolehkah awak buka pintu hati awak untuk saya?”

“Nampaknya macam tak boleh. Ain, awak faham tak? Sikit pun saya tak suka awak. Awak

sekadar macam teman biasa saya jer. Understand?”

Ya Allah. Tuhan saja yang tahu bagaimana rasanya tatkala cinta tidak berbalas. Ketakutan Ainnur selama ini menjadi nyata. Kerana peristiwa itu dia terjebak dengan pernikahan ini. Kerana peristiwa itu dia telah memutuskan ikatan cinta antara Jayyid dan Jannah. Kerana peristiwa itu juga telah membuatkan hatinya menderita. Jayyid menghulurkan sesuatu kepada Ainnur.

”Jayyid, apa ni?”

”Tandatangan surat ni dan awak takkan terseksa dengan pernikahan ini.”

”Maksud awak, awak nak kita bercerai?”

”Yup. Awak fikir masak-masak. Saya perlukan jawapan segera daripada awak.”

”But, kita baru jer tiga hari bernikah!”

”I’ve got to go now. Saya akan kejar cinta saya.”

”Jayyid. Awak nak ke mana?”

”Halang Jannah daripada pergi tinggalkan saya. Ain, fikirlah. Awak akan menderita dengan pernikahan ini sebab saya tak sukakan awak macam mana awak sukakan saya. Saya gerak ke lapangan terbang dulu. Goodbye and think carefully about your life.”

Jayyid mendapatkan keretanya. Dengan sekelip mata sahaja kereta tersebut hilang daripada pandangannya. Jayyid mencintai Jannah.

’Wahai Ain, sedarkah kau? Suami kau cintakan Jannah! Bukan kau! Argh! Deritanya!’ Ainnur mendapatkan kunci kereta. Tempat yang dituju ialah lapangan terbang. Dia mahu melihat sejauh mana cinta Jayyid terhadap Jannah. Dia mahu melihat adakah suaminya berjaya menghalang Jannah

daripada pergi.

Lapangan terbang kelihatan agak sesak. Ainnur tercari-cari di manakah keberadaan mereka. Dia terus berjalan mencari mereka. Tindakannya agak tidak masuk akal. Mengapa pula dia perlu melihat suaminya menghalang wanita lain daripada pergi?

Melihat suaminya sendiri memujuk wanita lain agar tidak pergi jauh daripada hidupnya. Bukankah itu semakin meyakitkan hatinya? Ainnur memang tidak suka berfikir panjang. Dalam keramaian orang, dia terlihat Jayyid sedang berbicara dengan seorang wanita. Wanita itu pasti Jannah. Wajah wanita itu kelihatan amat sedih. Ainnur memerhatikan dari jauh.

”Jannah. You can’t go now. I need you. So, stay by my side.”

“Jayyid! Jayyid lupakah yang Jayyid tu suami orang. Dah ada isteri. I’m not your wife. Jayyid perlu bersama dengan Ainnur Roudah. Bukan dengan Jannah. Balik ke sisi isteri Jayyid semula.”

“But, saya tak sukakan dia. Saya suka kat awak seorang jer. Susah ker awak nak faham? Kalau dia tak nak tandatangan surat cerai tu, saya tetap nak peristerikan awak.”

”Maksud Jayyid, Jayyid nak Jannah jadi second wife? Are you mad?!”

“Kenapa? I promise that you’ll be happy with me.”

“Jayyid. Don’t be crazy. Bukan Jannah nak halang poligami but Jayyid mampu ker berlaku adil? Sudah nyata Jayyid sukakan Jannah bukan Ainnur. Kalau Jannah nikah dengan Jayyid, Jannah takut Jayyid akan lebihkan Jannah berbanding Ainnur. Barangsiapa yang mempunyai dua isteri, lalu dia cenderung kepada salah seorang di antaranya dan tidak berlaku adil antara mereka berdua, maka kelak di hari kiamat dia akan datang dengan keadaan pinggangnya miring jatuh sebelah. Hadis riwayat Ahmad bin Hanbal. Jayyid tak takut ker dengan pembalasan itu masa kat akhirat nanti? Jannah sarankan Jayyid belajar menyukai Ainnur. I’ll forget you Jayyid. Jannah pergi dulu Jayyid. Semoga Jayyid bahagia. May Allah bless you. Goodbye.” Jannah menarik bagasi hitamnya. Serta-merta mutiara jernihnya menitik. Melepaskan Jayyid merupakan perkara yang amat sukar.

”Jannah, please don’t leave me. Jannah..” Kelopak matanya mula bergenang dengan air mata. Inilah pengakhiran kisah cintanya bersama Jannah. Mungkinkah Ainnur cinta barunya? Argh! Tidak mungkin. Dia tidak pernah berniat pun untuk membuka ruang hatinya untuk Ainnur. Dia tidak terlintas pun untuk merampas gadis yang disukai sahabatnya sendiri.

Akif merenung sahabatnya yang berdiri kaku di tengah keramaian orang. Dia tahu pasti sahabatnya bakal menghalang Jannah daripada pergi. Pandangannya tertumpu pula ke arah seorang gadis. Ainnur.

Dia sedang menangis? Mengapa? Tidak relakah dia melihat suaminya merayu wanita itu supaya terus berada di sisinya?

’Ainnur, jangan menangis. Andai saja aku boleh menyeka air mata kau. Andai saja aku boleh memeluk kau, menenangkan hati kau yang sedang terluka. Tapi, aku tak boleh. Kau bukan hak aku. Kau halal buat Jayyid bukan halal buat aku.’ Hatinya berbicara.

Akif berjalan keluar dari lapangan terbang. Terasa berat untuk melangkah. Dia seakan berkongsi kesedihan bersama Ainnur. Hatinya sedih tatkala melihat Ainnur bersedih. Akif berkhayal. Dia tidak memandang ke kiri dan kanan untuk menyeberangi jalan. Kereta Inovanya terletak di seberang jalan. Sebuah lori besar bergerak laju. Jaraknya semakin mendekati Akif. Akif seakan terkaku di situ. Badannya menggeletar. Traumanya datang kembali. Trauma semenjak kecil. Apabila kenderaan laju datang menghampirinya, dia tidak mampu untuk bergerak.

”Akif! Watch out!” Jayyid menjerit.

Akif pula tidak berganjak sedikit pun. Dia tahu, trauma sahabatnya muncul kembali. Tanpa berfikir panjang, Jayyid menolak tubuh Akif ke tepi jalan. Lori besar itu melanggar tubuhnya. Tubuhnya tersembam ke permukaan jalan. Darahnya membuak-buak keluar. Kepalanya berdarah. Mukanya ibarat disimbah dengan darah.

Akif menghampiri Jayyid yang cedera parah. Kakinya terasa lembik untuk melangkah. Beginikah erti persahabatan yang sebenar? Sebuah pengorbanan yang amat berharga. Ainnur meraung, memanggil nama Jayyid lalu menghampirinya. Sebuah kapal terbang sedang berlepas. Jannah yang berada di dalam kapal terbang itu terasa seperti ada yang tidak kena. Akif memangku sahabatnya.

”A..kif.. a..ku.. minta maaf.. A..ku.. dah ambil.. bunga ros kau.. Ma..af..kan aku..” Percakapannya tidak lancar, tersekat-sekat. Ajalnya sudah semakin hampir.

”Ini semua takdir. Mengucap Jayyid..mengucap..” Akif sudah berlinangan air mata. Nafas Jayyid tersekat di oesophagus. Dia cuba untuk mengucap dua kalimah syahadah. Nafas terakhir terhembus. Terpisahlah rohnya daripada jasad. Jayyid sudah tiada! Ainnur terjelupuk ke atas jalan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience