Bab 6

Romance Completed 16392

6

Delilia dan jejaka yang baru dikenalinya, Eddy singgah untuk minum di sebuah restoran masakan Siam di kawasan Kampung Baru. Mereka telahpun berada di situ lebih kurang setengah jam yang lalu. Tempat mereka adalah dibahagian luar premis, betul-betul ditepi jalanraya. Lia kelihatan sedang mengacau-ngacau teh ais dengan strawnya, sementara Eddy pula sedang menghirup kopi panasnya sambil memerhatikan tingkah laku Lia dihadapannya.

“Dari mana awak belajar silat tadi?” tanya Eddy memaculkan kata.

“Ha?” Sengaja Lia bereaksi sebegitu.

“Yang tadi tu…dari mana awak belajar?”

“Oh, yang tadi tu? Yang tadi tu karatelah. Bukan silat,” jelas Lia. “Saya belajarnya di Damansara.

“Oh, ya ke? Kat mana tu? Kebetulan pula saya pun memang tinggal di area situ,” tanya Eddy lagi.

“Kat Damansara Karate Centre,” jawab Lia.

“Oh, kat sebelah IKEA tu kan?” Eddy cuba untuk mencari titik perbualan bagi melahirkan suasana lebih mesra.

“Ya, awak tahu tempat tu ke?”

“Saya pernah dengar tempat tu tapi tak pernah pulak pergi ke sana.”

“Oh..” Lia mengacau-mengacau teh aisnya lagi.

“So, apa sebenarnya yang telah membuatkan awak untuk belajar karate tu?” lanjut Eddy lagi.

“Em, a…Oh pasal tu agak peribadi sikit bagi saya. Panjang ceritanya.”

“And you don’t want to share with me?” sambung Eddy. “Oh, okey, saya tahu saya sebenarnya tak berhak mencampuri urusan peribadi awak kan? Lagipun saya ni cuma stranger je kan?”

“Tiga bulan lepas saya putus tunang dengan Fairuz. Alasan dia nak break-up sungguh tak masuk akal.”

“Apa alasan dia sampai awak jadi macam ni?”

“Alasannya sebab..sebab kata dia kita tak setaraf. Dia cakap dia tak boleh terima perempuan yang mempunyai kerjaya yang lebih tinggi daripada dia.”

“Kenapa pulak?”

“Entahlah, mungkin dia rasa tercabar jika statusnya sebagai seorang lelaki tu lebih rendah daripada wanita. Yalah, dia takut bila dah kahwin nanti dia akan kena queen control.”

“Lah macam tu pulak?”

“Ya, the fact is memang betul kan? Awak pun mungkin tak nak berkahwin dengan perempuan yang mempunyai statusnya lebih tinggi daripada awak, kan?”

“Em, a…tak adalah.”

“Jangan tipu!” bentak Lia.

“Tak bagi saya, kalau dah jodoh tak ke mana.”

“Ya ke? Boleh caya ke? Kalau macam tu awak sanggup ke kena queen control..kena jaga anak kat rumah, kena buat semua kerja-kerja rumah tapi bini awak pergi kerja dan enjoy dengan lelaki sana-sini. Awak nak ke macam tu?”

“Adakah awak pun perempuan jenis macam tu yang awak maksudkan?”

“Em, a…tak adalah.”

“Ha, kalau buka jenis perempuan macam tu kenapa awak perlu takut berdepan dengan tu semua? Ni semuanya soal keikhlasan hati kita.”

“Ikhlas? Saya memang ikhlas tapi dia yang tak ikhlas. Dalam hal ni dia yang bersalah bukan saya.”

“Oh, jadi awak ni lebih menyalahkan lelaki dalam soal ini?”

“Iya, lelakilah yang bersalah. Dia dah dump saya, of courselah dia yang bersalah.”

“Tak baik awak cakap macam tu tau. Cara awak cakap seolah-olah awak menganggap lelaki tu semuanya jahat saja. Tak semua lelaki macam awak fikirkan. Dan saya rasa apa yang dia buat tu ada betulnya.”

“Ha tengok! Awak ni mesti nak menyebelahi dia. Awak menyokong dia sebab awak pun juga lelaki, kan? Kalau macam tu buang masa je saya cakap dengan awak tentang hal peribadi saya.”

“Bukan macam tu, Lia. Saya…”

“Okey, kalau awak ditempat lelaki tu, apa tindakan yang awak akan lakukan?”

“Em, a…a…Kalau...kalau saya, saya akan tetap kahwin dengan dia tapi saya akan suruh dia berhenti kerja.”

“Ha berhenti kerja? Awak ni sama je dengan lelaki lain kan? Inilah mentaliti lelaki. Perempuan bagi lelaki adalah layak duduk kat ceruk dapur je, kan?”

“Apa salahnya. Dia dah jadi isteri saya, sayalah yang sepatutnya kena pergi kerja cari rezeki untuk isteri saya. Tak begitu?”

“Hello? Sekarang ni zaman moden. Mana ada lagi perempuan duduk kat ceruk dapur lagi. Perempuan sekarang dah sama taraf dengan lelaki. Malah lebih hebat daripada lelaki. Perempuan sekarang dah ada yang jadi doktor, jadi polis ataupun jadi pemimpin. Buat kerja-kerja profesional yang dulunya masyarakat anggap semua kerja-kerja tu lelaki je boleh buat. Tapi sekarang semua perempuan dah boleh buat. Ha, tengok macam saya ni. Saya tahu karate. Awak tahu ke?”

“Em, a…a…tahu..” nada suara Eddy seperti agak tersekat-sekat dikerongkongnya. Dilihat seperti dibuat-buat pula.

“Yalah tu. Yang sebenarnya awak memang tak tahu kan?”

“Awak ni memang taksublah dengan gender awak tu! Lelaki bagi saya diciptakan Allah adalah untuk melindungi golongan wanita.”

“Macam mana awak nak lindungi saya sedangkan awak sendiri pun tak tahu karate? Nanti saya jalan dengan awak karang bila ada penjahat nak rompak kita, saya pulak yang kena protect awak,” Lia bijak memberi alasan. Eddy hanya terbatu.

Kali ini, alasan Lia yang terakhir itu benar-benar menguji sifat kelelakiannya. Akhirnya dia terpaksa akur dan tunduk dengan kebenaran kata-kata perempuan bernama Lia itu.

Tunduk bukan kerana kalah. Oh, tidak sesekali dia akan tunduk kepada wanita itu. Namun, dia akan bangkit daripada tunduknya itu untuk membuktikan dia juga dapat menjadi setanding dengan perempuan penuh hebat itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience