19
Malam itu, Lia seperti biasa ke udara di stesyen Cinta.fm. Dan malam ini sepatutnya dia akan membincangkan topik-topik hangat cinta, tetapi lain pula anginnya hari ini. Dia mengambil kesempatan itu untuk berkongsi kisah dan pengalaman yang terjadi ke atas dirinya petang tadi. Hendak dikatakan ia sebuah kisah cinta, tidak juga. Kerana dia sendiri tidak pernah bercinta dengan yang dia sendiri namakan sebagai ‘lelaki itu’. Tetapi entah kenapa dia selalu teringatkan si dia dengan entah seribu satu persoalan yang dia sendiri tidak dapat jawabpun. Ramai pendengar di luar sana terleka mendengar kisah DJ itu yang hampir setengah jam ke udara. Eddy turut mendengar siaran tersebut sambil berbaring di sebelah katilnya. Dia hanya tersenyum panjang.
“…dan saat itu, sejak dia dah tak datang lagi ke pusat karate tu, saya mula tertanya-tanya, di mana dia? Kenapa dia tak datang? Sakit ke? Dah berhenti ke? Dan lepas tup..tup..dengar dia dah bertunang. Bertunang pulak tu dengan rakan serumah I. Pelik kan kadang-kadang perasaan ini. Kadang-kadang memang betul kata orang, kita akan merindukan seseorang itu saat kita mula berjauhan, dan sangat jarang sekali kita akan menghargai saat-saat bersama sewaktu orang itu ada di depan mata kita..Betul tak?”
Tiba-tiba, dia tersentak sebaik telefon pintarnya berbunyi. Ada SMS masuk. Dia terus mencapai telefonnya lalu membaca SMS tersebut.
EDDY
Betul
‘Hah, dia ada sedang mendengar siaran ini juga ke? Alamak malunya!’ hatinya berbisik sendirian. Dengan lekas-lekas dia membalas SMS Eddy itu.
LIA
Awak pun sedang dengan siaran ini jugak ke? Awak dah tahu siapa saya?
EDDY
Ya. Dah pergi sambung balik celoteh awak di siaran tu cepat! Pendengar mesti hairan kenapa terdiam lama tu.
Baru dia teringat bahawa dia sedang ke udara tapi masih boleh lagi ‘bermain’ balas-membalas SMS dengan Eddy pula.
“..Oh maaf ya kerana lama tergendala. Saya rasa kita perlu berehat seketika dan terimalah sebuah lagu Cinta Pahit daripada pendatang baru, Afira Raelia. Hanya di Cinta.fm..Sentiasa mencintai anda!”
Sebaik sahaja dia memasukkan selingan lagu tersebut, terus mata Lia tertancap ke telefon pintarnya itu. Menaip SMS kepada Eddy.
LIA
Siapa bagitahu awak yang saya ni DJ Cinta.fm?
EDDY
Kawan baik awak tulah. Eliza.
LIA
Jadi betul ke awak dah bertunang dengan dia?
EDDY
Taklah. Petang tadi tu kita orang cuma sengaja nak menyakat kau aje. Hehe..Kau tak marah kan?
Agak lama Lia berfikir bagaimana untuk membalas SMS Eddy itu dan Eddy juga agak lama menanti dia membalasnya. Akhirnya, dia membalas jua.
LIA
Taklah, saya tak marah. Tapi lain kali kalau nak ajak saya keluar jangan segan-silu ya. Tak perlu mengupah orang lain nak jadi tunang awak pulak ya.
Yes! Perkataan yang dia nanti-nantikan selama ini daripada Lia akhirnya keluar juga. Eddy aka Faizal sudah dapat lampu hijau. Dia dah tak perlu berlakon lagi dah.
Kini, bilik konti Cinta.fm sudah tidak seperti dulu lagi. Lia bukan hanya mengendalikan siaran cinta, tetapi dia juga telah menemui cintanya sendiri…
Share this novel