7
Kereta yang dipandu Eddy sudah tiba di hadapan sebuah kondominium mewah di Cheras. Serta-merta pagar berpalang automatik diaktifkan bagi memberi laluan kepada Eddy untuk memasuki zon pangsapuri tersebut sebaik mendapat kebenaran daripada pengawal keselamatan di pos pengawal.
“Ha, sana! Sana! Tolong berhentikan saya di sana ya!” Lia meminta Eddy menurunkannya dihadapan blok kediamannya di blok Cengal Condominium. “Terima kasih, ya kerana sudi tolong saya. Saya tak sepatutnya berkasar dengan awak tadi.” Lia melakar senyuman dibibir kemudian mencapai beg Guessnya serentak tangannya membuka pintu kereta untuk beredar keluar dari situ. Tetapi belumpun sempat dia berbuat begitu, Eddy terlebih dahulu telah menahannya.
“Em, a..Lia.” sapa Eddy mengejut.
“Ya. Ada apa?” tanya Lia yang baru sahaja bingkas dari tempat duduk kereta.
“Em, boleh keep in touch dengan awak? Ada nombor telefon?”
“Ha? Nak keep in touch dengan saya? Em, nak buat apa? Lagipun saya ni kan perempuan biadap. Bersikap kasar pulak tu dengan awak tadi. Panggil awak kucing lagi. Tak jahat ke saya?”
“Tak adalah. Saya anggap awak ni perempuan yang pada luarannya kasar tetap berjiwa lembut di dalam. Jarang nak jumpa perempuan macam awak ni. Waktu tadi saya memang anggap awak ni seorang perempuan yang agak kurang ajar, tapi bila awak dah jelaskan semua masalah awak tadi, baru saya mengerti kenapa awak berbuat begitu. Bagi saya, saya masih berpegang pada pepatah don’t judge the book by it’s cover. Saya percaya yang awak ni bukanlah seorang perempuan yang jahat,” terang Eddy dengan penuh yakin. Bijak pula dia mengatur kata-katanya.
“Really? Dan apa pulak jaminan awak kepada saya untuk buatkan saya percaya yang awak ni bukan seorang lelaki yang jahat?”
“Macam yang saya katakan tadi. Don’t judge the book by it’s cover. You trust me too. Kalau saya lelaki jahat, tak kan saya sudi hantar awak balik kan?”
“Okeylah, I trust you. Ambillah nombor ni,” Eddy segera mencapai telefon bimbitnya lalu menekan punat-punat tertentu untuk menyimpan nombor telefon Lia itu. “012..3497010. Okeylah, saya balik dulu ya. Nanti miss call saya dan saya akan simpan nombor awak tu. Selamat malam,” ucap Lia.
“Okey. Ada masa nanti saya call awak, okey? Selamat malam,” balas Eddy sambil melemparkan senyuman kepada Lia. Sebelum Eddy memulakan perjalanan, sekali lagi dia sempat menahan Lia buat kali terakhir dengan jenaka spontannya. “Em, Lia,” sapa Edry lagi.
“Apa lagi?” Lia lantas memalingkan mukanya ke belakang. Agak letih dia melayan karenah Eddy itu.
“Kalau saya kucing, awak pulak kucing apa?” gurau Eddy secara bersahaja.
“Erm, mungkin catwoman kot,” balas Lia. Alasannya yang penuh humor itu telah disusuli dengan deraian tawa oleh mereka berdua.
“Apa pendapat awak kalau saya jadi catman pulak?” tanya Eddy yang masih belum ada niat untuk mematikan perbualan itu.
“I don’t think you can handle it. Bye,” lambai Lia sambil mengatur langkah memasuki perkarangan blok pangsapurinya.
Apabila dia melewati sahaja kolam renang yang berada tidak jauh dihadapannya, tiba-tiba telefon pintarnya berbunyi di dalam tas tangannya. Dia lantas membuka mulut begnya dan menyeluk ke dalam. Menekur di skrin, dia nampak ada miss call. Dia tahu, Eddy yang melakukannya, jadi tanpa membuang masa dia menyimpan nombor itu di dalam menu Contacts.
Dari kejauhan, kereta Eddy sudahpun meninggalkan tempat itu. Bunyi enjinnya sahaja yang tertinggal di belakang.
Share this novel