Bab 16

Romance Completed 16392

16

Di Taman KLCC, mereka bertemu. Orang ramai kelihatan sedang bersantai dan bersiar-siar di taman. Pemandangan terasa begitu tenang sekali melihat suasana tempat yang dipenuhi pokok-pokok yang tumbuh meliar serta terbentur kemas. Air pancur dari jauh mulai menghampiri pemandangan.

“Terima kasih sebab sudi jumpa I,” ucap Eliza sesekali dia menikmati ais krim yang dibelinya tadi.

“It’s okay. Lagipun I tak ada benda nak buat jadi apa salahnya I jumpa you,” balas Eddy sambil menjilat ais krim ditangannya. “Jadi, ada apa hal you nak jumpa dengan I sebenarnya? Ada sesuatu yang penting kah?”

“Tak ada apa pun cuma…”

“Cuma apa?”

“Tak…cuma I nak luangkan masa dengan you je.”

“Luangkan masa dengan I? Kenapa mesti dengan I pulak?” Eddy tersengih kecil.

“Mungkin…sebab I single kot. Hehe..” Kali ini Eliza pula yang tersengih panjang.

“I see. I pun single jugak. Apa kata you jadi girlfriend I?” usik Eddy.

“You must be joking, right?” tanya Eliza seperti tidak percaya.

“No, I am not,” ujarnya serius.

Kali ini dia tidak kisah untuk bercinta ataupun berkasih dengan sesiapa. Dia tidak mahu memilih lagi. Biarlah dengan sesiapa, janji jangan dengan si Lia tu. Itulah cara dia untuk melupakan perempuan yang jenis tidak dapat dijinakkan itu. Memilih orang lain hanya untuk melupakan dia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience