10
“Daripada evaluation saya, rumah kedai yang encik nak beli ni market value-nya adalah berharga kira-kira RM70K.” jelas Eddy kepada kliennya itu.
“Tapi owner rumah tu nak jual RM80K kepada saya. Macam mana?” jelas Encik Hisham.
“Sekalipun owner rumah nak jual RM80K, bank kami hanya cover nilai terendah dari mana-mana antara nilai dari saya atau nilai yang ditetapkan owner. Kami hanya cover 80% sahaja dari jumlah keseluruhan harga rumah, jadi dalam kes encik, its cover RM56K. MRTA dan legal fees kami tak cover. Lepas tolak sana sini, encik kena bayar ansuran pinjaman dalam..sekejap ya..” Eddy menyambar kalkulator yang ada di atas meja dalam lantas membuat kira-kira. “…dalam RM598 untuk duration pinjaman selama 15 tahun. Jadi, macam mana encik setuju tak?”
“Baik, setuju,” jawab Encik Hisham.
“Kalau setuju esok encik boleh datang ke bank kami untuk proceed, ya?”
“Okay, sure. Erm, waiter! Bil ya?” panggil Encik Hisham dari jauh. Pelayan yang menyedari namanya dipanggil, segera masuk ke dalam untuk mencetak bil, kemudian tidak berapa lama dia keluar semula.
“Berapa semuanya?” tanyanya lagi untuk membuat bayaran minuman mereka.
“Semuanya RM35.80, encik.”
Nah, ini dia. Keep the change,” Encik Hisham menghulurkan not RM40 kepada pelayan tadi.
“Terima kasih, encik,” senyum pelayan itu.
“Terima kasih sekali lagi dan saya pergi dulu ya, Encik Faizal?” pintanya mengundur diri.
“Sama-sama,” ucap Eddy.
Seperti yang dijanjikan, Eddy tidak berniat meninggalkan tempat itu kerana dia ada temujanji lain di tempat sama dengan Eliza. Nasib baik temujanjinya dengan kliennya itu tamat lima minit lebih awal, jadi masa yang terluang itu diambil untuk berehat seketika.
Duduk di sebuah meja berhadapan air pancur di luar premis café tersebut, dirinya terasa begitu tenang mengamati suasana itu sambil menikmati secawan espresso panas. Tanpa sedar, masa telah berlalu dengan cepat. Jam ditangannya menunjukkan pukul 6.15 petang. Ini bermakna Eliza sudah terlewat lima belas minit daripada waktu temujanji mereka.
“Mana Eliza ni tak muncul-muncul lagi ni?” cecehnya sendirian.
Tiba-tiba telefon pintar yang sememangnya sudah berada di atas meja berbunyi. Dia cepat-cepat menjawabnya.
“Hello, Eliza ya?” tanya Eddy tanpa berbasa-basi.
“Ya. Awak kat mana? Saya tak nampak awak pun?” Eliza sudah tiba di situ, tetapi dia masih tercari-cari kelibat Eddy.
“Saya duduk di luar, bukan kat dalam. Sini! Sini!” Eddy yang mula perasan akan perempuan itu, melambai-lambai ke arahnya dari luar.
Sebaik Eliza ternampak Eddy, dia terus menyentuh skrin telefon pintarnya, menamatkan panggilan itu.
Menghampiri ke sana, Eliza lantas menghulurkan tangan untuk berjabat dengan lelaki itu. Eddy menyambut salamannya tanpa malu.
“Eliza,” ujarnya pendek.
“Tahu.”
“Maaf ya, saya terlewat sikit. Saya datang cuma menaiki tren aje ke sini.”
“Naik tren pun boleh terlewat ke?” Eddy sengaja mengusik.
“A..ah. Tadi tren tergendala sekejap sebab ada sebuah tren rosak. Jadi terpaksalah kena tunggu tren lain pula.”
“Okey,” Eddy menerima alasannya tanpa banyak berfikir. Masuk akal juga alasannya.
“Dan dari mana pula awak dapat nombor telefon saya?” soal Eddy seperti seorang polis pula.
“Erm, a..” Eliza cuba mencari idea untuk memberi alasan. “Saya dapat nombor awak ni dalam internet. Saya memang nak cari seorang evaluator, tapi dah puas saya surf sana- sini, akhirnya saya dapat nombor awak dalam Google,” tipu Eliza.
“Okey…” jawab Eddy dengan perasaan sedikit curiga.
“Baiklah sebelum kita teruskan perbincangan kita, boleh saya buat pesanan dulu?” pinta Eliza. “Saya dahaga sangat ni. Tak tahulah kenapa cuaca panas sangat hari ni.”
“Sure,” ucap Eddy ringkas. “Erm, a waiter!” jerit Eddy dari jauh. Menyedari dia dipanggil, lantas pelayan itu menghambat ke sana.
“Boleh berikan saya fresh orange? Itu sahaja. Thanks,” pesan Eliza. Pelayan lelaki tadi sudah masuk ke dalam premis.
“Kalau tak keberatan, awak nak saya nilaikan rumah jenis macam mana?” tanya Eddy kerana tidak mahu berdiam lama.
“Cubalah teka,” Eliza sengaja mahu bermain teka-teki dengan Eddy.
“Teka?” Eddy mengetap bibirnya sambil sempat merenung wajah wanita itu. “Hello cik adik yang manis ni. Saya ni cuma evaluator rumah dan kerjaya saya hanya terhad dalam menilai unit-unit kediaman sahaja. Bukan evaluator untuk menilai fikiran orang, ya,” terang Eddy dalam nada penuh humor.
“Mmm..boleh awak nilaikan berapa harga cinta pula?” usik Eliza sambil menyelitkan jenaka spontan.
“Tak. Seperti yang saya katakan tadi, saya cuma evaluator rumah saje,” ulang Eddy sekali lagi. Eliza hanya tersenyum memandang wajahnya.
“Fresh orange?” Tiba-tiba pelayan yang mengambil pesanannya memunculkan diri ditepinya dengan membawa sedulang minuman.
“Oh, yes please,” Eliza mengisyaratkan tangannya ke arah meja tanpa menyuruh pelayan itu meletakkan minumannnya di situ.
Share this novel