Bab 2

Romance Completed 16392

2

Langkah Delilia laju menuju ke pintu luar untuk pulang ke rumah. Tetapi sebelum dia sempat berbuat begitu, langkahnya akan melewati terlebih dahulu beberapa buah partition di sepanjang pejabat pentadbiran. Kelihatan dua orang pegawai yang juga sedang berkemas untuk pulang ke rumah. Tidak pula dia tahu ada pekerja lain bekerja sehingga lewat malam. Mungkin mereka juga satu syif dengannya. Kebiasaannya bahagian pentadbiran di situ kosong kerana kebanyakan pekerja sudahpun pulang seawal jam lima petang waktu pejabat tadi.

“Eh, Hakim, kau kerja overtime ke hari ni? Bukan ke kau kerja office hour?” tanya Delilia sambil memperbetulkan tas tangannya dibahu.

“A..ah, Lia, overtime. Banyak kerja tak siaplah. Esok dah dateline. Nak buat kat rumah komputer pulak rosak. Tak apalah sekali-sekala overtime pun apa salahnya. Lagipun buat kerja sambil dengar celoteh kau kat siaran Cinta fm pun seronok juga. Best pulak topik rancangan kau hari ni,” sengih Hakim, Penolong Pegawai Tadbir yang sibuk mengemas mejanya.

“Oh, terima kasih. Dengarlah Cinta fm tiap-tiap hari tau! Manalah tahu kau bertemu dengan cinta baru,” usik Lia dengan jenaka sepontannya kemudian berlalu pergi.

“Yalah tu. Entah-entah dia yang jumpa cinta tu dulu!” balas Hakim dari jauh. Lia pula telahpun melewati pintu berkaca lalu menekan butang lif untuk turun ke bawah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience